Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Pendidikan Islam


Aras Bawah dan Dua, Bangunan Mustapha Kamal,
No. 2251, Jalan Usahawan 1, Tel : 603-8321 7200
Faks : 603-8321 7201
63000 CYBERJAYA, Laman Web : www.moe.gov.my
SELANGOR DARUL EHSAN.

Ruj. Kami: KPM.200-1/3/19 JLD23 ( )


Tarikh : 9 Januari 2023M____
16 Jamadilakhir 1444H

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Jalan Istana, Bukit Beruang
75450 Melaka

Tuan,

LAWATAN TAPAK BAHARU BAGI TUJUAN PEMBINAAN SEKOLAH


MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA ALOR GAJAH, MELAKA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pra-Makmal bagi Pelaksanaan


Makmal Kajian Nilai Bagi Projek Pembinaan Di Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Alor Gajah, Melaka yang diadakan pada 30 Jun 2022 bersama-sama Unit
Perancang Ekonomi (EPU) memutuskan supaya KPM menyemak semula kesesuaian
penggunaan tapak asal projek yang memerlukan kos yang tinggi bagi skop kerja-kerja
tanah.

3. Bahagian Pembangunan KPM kepada Bahagian ini melalui memo bertarikh 9


September 2022 mencadangan supaya Bahagian Pendidikan Islam mengemukakan
cadangan tapak baharu bagi projek ini.

4. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini akan mengadakan lawatan tapak baharu
di Melaka seperti yang telah dicadangkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Melaka
dalam mesyuarat Pra-Makmal tersebut seperti yang berikut:

Tarikh : 11 Januari 2023 (Rabu)


Masa : 10.30 pagi
Tempat : SMKA Alor Gajah, Melaka

5. Bahagian ini turut memohon agar pegawai perancangan dan infra daripada
JPN Melaka turut dilibatkan dalam lawatan tersebut.

...2/-
KPM.200-1/3/19 JLD23 ( )

6. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan Encik


Mohd Syahir bin Mohd Yusoff, Penolong Pengarah Unit Pengesanan Dasar di talian
03-8321 7323.
Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHAMAD ZAKI BIN HAMID)


Timbalan Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like