Teks MC Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Malaysia 2021 BPK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Teks Pengacara Majlis 13 Ogos 2021

Majlis Perhimpunan Bulanan BPK dan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat BPK Jumaat, 9.00 pagi

Perkara Teks / Tindakan Que


Pengumuman Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. VIP telah berada
Tuan-tuan dan puan-puan, majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi. Justeru, saya ingin memohon dalam talian

kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk memastikan mikrofon google meet telah disenyapkan dan
memberi perhatian sepenuhnya kepada majlis kita pada pagi ini.

Kata-kata aluan Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Teknikal telah
Pengacara Majlis Selamat datang ke MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BPK DAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN bersedia

BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2021 PERINGKAT BPK.


Hadirin telah
bersedia
Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Sembah salam pembuka bicara
Dalam talian kita bersua

Yang Berusaha
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

1
Teks Pengacara Majlis 13 Ogos 2021
Majlis Perhimpunan Bulanan BPK dan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat BPK Jumaat, 9.00 pagi

Yang Berusaha
Dr. Latip bin Muhammad
Timbalan Pengarah Kanan
Kluster Dasar, Sains dan Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Yang Berusaha
Dr. Kashry bin Ab. Rani
Timbalan Pengarah Sektor Pendidikan Khas
Merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Sosial dan Sukan

Timbalan-Timbalan Pengarah Sektor Bahagian Pembangunan Kurikulum

Ketua Sektor Khidmat Pengurusan,

Ketua-Ketua Unit
Ketua-Ketua Penolong Pengarah
Tuan-Tuan, Puan-Puan serta warga BPK yang dihormati sekalian.

Pertama sekali, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izinNya,
kita dapat berhimpun secara dalam talian pada hari ini, Jumaat 13 Ogos 2021 bersamaan 4 Muharram
1443H.

2
Teks Pengacara Majlis 13 Ogos 2021
Majlis Perhimpunan Bulanan BPK dan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat BPK Jumaat, 9.00 pagi

Untuk maklumat Yang Berusaha Tuan Pengarah dan warga BPK sekalian, perhimpunan bulanan kita pada
kali ini buat julung-julung kalinya dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian bagi mematuhi saranan
kerjaan bagi mengekang penularan COVID-19. Untuk makluman bersama, majlis kita pada kali ini diketuai
oleh Sektor Dasar dan pendidikan Kurikulum dengan kerjasama semua sektor di BPK. Perrhimpunan bulanan
kita pada kali ini adalah perhimpunan bagi bulan Mei hingga Ogos dan diadakan bersama-sama Majlis
Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat BPK.
Nyanyian lagu
kebesaran Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Bagi memulakan majlis, marilah kita sama-sama berdiri tegak untuk menghormati dan menyanyikan lagu Lagu
Negaraku dan lagu Maju dan Sejahtera. dinyanyikan
**********
Hadirin dipersilakan duduk.
Bacaan doa
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati
Hadirin sekalian,
Untuk memohon rahmat dan berkat majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Ustaz Jusoh bin Mamat dari Sektor Pendidikan Khas untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan
********** Doa dibacakan

3
Teks Pengacara Majlis 13 Ogos 2021
Majlis Perhimpunan Bulanan BPK dan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat BPK Jumaat, 9.00 pagi

Bacaan ikrar Amin amin amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan dengan aturcara lafaz ikrar yang akan dipimpin oleh _____ dari Sektor Pendidikan
Ikrar dilafazkan
Sekolah. Dipersilakan.
**********
Terima kasih diucapkan atas penyempurnaan lafaz ikrar sebentar tadi.
Ucapan
Pengerusi BKSS Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Seterusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan Yang Berusaha, Dr. Kashry bin Ab Rani, Ucapan
Pengerusi Biro Kebajikan, Sosial dan Sukan, BPK. disampaikan
********** oleh Pengerusi
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Dr. Kashry bin Ab Rani atas ucapan yang telah BKSS

disampaikan sebentar tadi.


Persembahan
nyanyian Busana mempelai tampaknya mewah
Persembahan Sarat hiasan bermotif flora
bacaan Majlis dirai pengikat ukhwah
sajak/puisi Persembahan penyeri acara
Hadirin sekalian,
Justeru, mari kita saksikan persembahan nyanyian yang telah disediakan oleh Sektor Kesenian dan Nyanyian dan
kesihatan serta persembahan deklemasi sajak yang telah disediakan oleh Sektor Bahasa dan deklemasi sajak
Kesusasteraan. Mari kita saksikan bersama. disampaikan

4
Teks Pengacara Majlis 13 Ogos 2021
Majlis Perhimpunan Bulanan BPK dan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat BPK Jumaat, 9.00 pagi

*********
Demikianlah tadi persembahan yang begitu bermakna dan beerti yang telah disediakan oleh Sektor Kesenian
dan Kesihatan bagi persembahan nyanyian dan Sektor Bahasa dan Kesusasteraan bagi deklemasi sajak
kemerdekaan.
Ucapan
Pengarah Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata ucapan

Hadirin sekalian…..tanpa melengahkan masa, mari kita saksikan ucapan Yang Berusaha, Tuan Haji Video

Azman bin Haji Adnan, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan seterusnya merasmikan Majlis Pengarah
berucap dan
Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat BPK.
seterusnya
******
memukul gong
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Azman bin Haji Azman
atas ucapan amanat dan gimik perasmian yang telah disempurnakan sebentar tadi. Semoga ucapan dan
amanat yang telah beliau titipkan sebentar tadi dapat dijadikan wadah dan asas rujukan kepada kita semua
untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan dan konsisten menabur bakti kepada anak bangsa agar kualiti
pendidikan di bumi Malaysia yang bertuah ini dapat ditingkatkan dan dimartabatkan sepanjang masa.

Video ‘Segalanya

5
Teks Pengacara Majlis 13 Ogos 2021
Majlis Perhimpunan Bulanan BPK dan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat BPK Jumaat, 9.00 pagi

Bermula Di Sini’
Hadirin sekalian, Video

Seterusnya, untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik sempena sambutan bulan kebangsaan dan Hari ditayangkan

Malaysia, mari kita saksikan sebuah video yang cukup menarik yang telah disediakan oleh Sektor Sains
Sosial bertajuk ‘Segalanya Bermula Di Sini’. Dipersilakan.
**********
Video aktiviti Terima kasih diucapkan atas tayangan video yang begitu bermakna sebentar tadi.
Pertandingan Video
Sempena Bulan Warga BPK yang dihormati sekalian, ditayangkan
Kebangsaan dan Seterusnya, mari kita saksikan pula video aktiviti Pertandingan Sempena Bulan Kebangsaan dan Hari
Hari Malaysia Malaysia 2021 Peringkat BPK yang turut disediakan oleh Sektor Sains Sosial. Dipersilakan.
2021 Peringkat
BPK **********
Terima kasih diucapkan atas tayangan video itu tadi. Diharapkan agar warga BPK dapat menyertai semua
aktiviti yang telah dirancang bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada
tahun ini.

Nyanyian lagu
Malaysia Prihatin
dan lagu BPK

6
Teks Pengacara Majlis 13 Ogos 2021
Majlis Perhimpunan Bulanan BPK dan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat BPK Jumaat, 9.00 pagi

Teras Pendidikan
Berkebaya batik berwarna merah
Berseri indah hiasan permata
Ucapan sudah persembahan pun sudah
Sesi nyanyian menyusul tiba
Hadirin sekalian,
Hadirin
Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan dengan nyanyian lagu Malaysia Prihatin dan lagu BPK Teras
bernyanyi
Penutup Pendidikan. Hadirin dimohon berdiri.
**********
Hadirin dipersilakan duduk.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka berakhirlah Majlis Perhimpuan Bulanan dan Majlis Pelancaran
Sambutan Bulan Kembangsaan dan Hari Malaysia 2021Peringkat BPK.
Terlebih dahulu, majlis ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tuan Pengarah dan warga BPK sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dan
memeriahkan majlis kita pada hari ini.

Saya, Zamhari bin Azman dari Unit Sains Fizikal, Sektor Sains dan Matematik mewakili pihak jawatankuasa
majlis ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai terdapat sebarang kekurangan dan
kelemahan sepanjang majlis ini berlangsung.

Banyak keluk ke penarik

7
Teks Pengacara Majlis 13 Ogos 2021
Majlis Perhimpunan Bulanan BPK dan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat BPK Jumaat, 9.00 pagi

Keluk tumbuh pohon kuini


Nan elok bawalah balik
Nan tak elok tinggallah di sini

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Sekian, sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang. Wabilla…. dan salam sejahtera.

You might also like