Kertas Kerja Penanaman Kelapa Sawit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT ANTHONY


JALAN SUNGAI NIBONG,
36000, TELUK INTAN
PERAK

KERTAS KERJA

PENANAMAN POKOK KELAPA


SAWIT
PENDAHULUAN

SK Saint Anthony, Teluk Intan merupakan sekolah yang berlokasi di Bandar Teluk Intan.
Terdiri daripada 238 orang murid, 20 orang guru dan 3 orang kakitangan. Mempunyai 1
sahaja bangunan dua tingkat yang menempatkan 10 kelas, pejabat, bilik guru dan bilik-bilik
khas. Sekolah juga dilengkapi dengan padang dan gelanggang badminton.

Tujuan projek ini adalah untuk mewajarkan permintaan sekolah untuk pencarian dana
bagi menanam kelapa sawit di kawasan sekolah . Struktur tanah yang lembik dan berair tidak
sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti sekolah. Sehubungan ini, penanaman kelapa sawit
ini dapat memantapkan struktur tanah.

OBJEKTIF

1. Memantapkan struktur tanah


2. Pendapatan tambahan PIBG SK Saint Anthony.
3. Memberikan keselesaan kepada murid untuk menjalankan sebarang aktiviti di padang.
4. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
5. Menjalinkan hubungan sekolah dengan organisasi luar

ANGGARAN KOS

1. Anak pokok kelapa sawit (30 pokok)


2. Baja
3. Upah penyediaan tempat dan penanaman pokok kelapa sawit

Anggaran kos : RM 3000.00


Cadangan kawasan tanaman :

Tepi padang sekolah dan di belakang pagar sekolah.

KESIMPULAN

Harapan PIBG SK Saint Anthony, Teluk Intan agar pihak alumni, syarikat atau individu
dapat memberi sumbangan dalam bentuk tunai atau anak pokok kelapa sawit bagi
menjayakan projek ini. Sesungguhnya projek ini juga merupakan satu projek yang memberi
manfaat kepada sekolah dalam masa jangka panjang. Semoga sumbangan dan kerjasama dari
semua pihak dapat menjayakan projek ini demi kesejahteraan sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ……………………………
(Lim She Enn) (Dr.Promila Kaur a/p Jasbir)
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SK Saint Anthony,Teluk Intan SK Saint Anthony, Teluk Intan

You might also like