Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Jalan Diplomatik Off Jalan Bako Tel 082-473473 Petra Jaya Faks 082-473478 93050 Kuching, Sarawak Laman Web : jonsarawak.moe.gov.my Ruj. Tuan : KPM,100-1/7/56 (40) Ruj.Kami_ : JPNSW5.800-4/2/1 Jid.3( JD) Tarikh : 5 Disember 2022 SEGERA Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sarawak Tuan, PENYELARASAN PENGOPERASIAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN BERIKUTAN KENAIKAN KADAR SEBANYAK RM1 MULAI 06 NOVEMBER 2022 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Surat Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bemnombor rujukan KPM.800-4/4/29 Jid.4 (84) bertarikh 3 November 2022 adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah ditambahbaik dengan kenaikan kadar sebanyak RM1 bermula pada 6 November 2022 untuk Semenanjung Malaysia manakala 7 November 2022 dengan kadar baharu RMT iaitu RM4,00 di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. 3. Berdasarkan kenaikan kadar ini, perkara-perkara berikut perlu diselaraskan mengikut ketetapan berikut: 3.1 Salinan Surat Pemakluman Kenaikan Kadar Rancangan Makanan Tambahan Sebanyak RM1 Mulai November 2022 bernombor rujukan KPM.800-4/4/29 Jid.4 (84) bertarikh 3 November 2022 dilampirkan dalam kontrak perjanjian asal RMT untuk dirujuk sebagai punca kuasa pelaksanaan. Pihak sekolah tidak perlu untuk membuat perjanjian baharu kerana tempoh kontrak sedia ada akan berakhir 9 Disember 2022. 3.2 Digalakkan agar Nota Minta dan Pesanan Tempatan bulan November 2022 dibatalkan dan dibuat baharu berdasarkan kadar baharu bermula 7 November 2022 (penambahan RM1 bagi tempoh bermula 7 November 2022 juga boleh di buat oleh pihak sekolah). 3.3. Semua perbekalan oleh pembekal RMT bagi tahun 2022 diselesaikan pembayarannya dalam tahun semasa dan baki dibawa kehadapan (tahun 2023) adalah baki tanpa tanggungan bayaran. 2h "WENJULANG PENDIDIKAN HEGERI SARAWAR™ “FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH” JPNSW5.800-4/2/1 Jid. () 3.4 Sekolah perlu diberi penegasan bahawa tambahan RM1 adalah bertujuan mengimbangi kenaikan kadar harga pasaran bahan mentah sekaligus meringankan beban kewangan pembekal RMT supaya makanan yang disediakan mengikut kuantiti dan kualiti menu yang telah ditetapkan dalam perjanjian sebelum ini. Tiada pertambahan terma kontrak seperti tambahan menu atau kuantiti makanan. 3.5 Penambahbaikan pelaksanaan RMT sebelum ini, iaitu perubahan menu air kepada air kosong adalah kekal dilaksanakan. 3.6 Pihak sekolah juga dimohon untuk memastikan tempoh perbekalan RMT bagi tahun 2022 bermula Januari 2022 hingga Disember 2022 adalah maksima sebanyak 190 hari persekolahan sahaja (teguran audit dalam 2019) 4. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dimohon untuk memanjangkan perkara ini kepada sekolah di bawah seliaan tuan yang melaksanakan Program RMT Sesi Persekolahan 2022/2023 supaya mereka boleh memaklumkan perkara yang sama kepada semua pembekal RMT yang mengendalikan program ini. 5. Sebarang penjelasan dan maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi Puan Haniffa binti Narawi di talian 082-473632. Kerjasama daripada pihak tuan dalam menyegerakan perkara ini amat kami hargai Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (HAJ! ZAMZAtTUL AKMAL HISHAM BIN AHMAD) Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid bp. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sk, 1. Fail Timbul Pengaran Pendidikan Sarawak 2. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan 3. ‘Semua Unit Kewangan PPD Sarawak Kool mtr

You might also like