Kertas - Kerja - Hari Kebangsaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM RIANG RIA HARI KEBANGSAAN 2022

AJK PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PERMATA ,BUKIT MERTAJAM

Pendahuluan

AJK Persatuan Penduduk Taman Permata akan mengadakan program Sambutan Bulan
Kebangsaan bagi Tahun 2020.. Sambutan Kebangsaan ini melibatkan semua semua penduduk
Taman Permata. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada komuniti setempat . Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi
manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan
mesra dan kerjasama di kalangan penduduk Taman Permata.

Matlamat

Matlamat utama penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan ke – 65 adalah bagi menanam dan
meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan murid. Sambutan ini juga diharap
dapat memperkukuhkan semangat muhibah di kalangan penduduk Taman Permata ini melalui
pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Objektif

1. Komuniti setempat dapat menghayati peristiwa kemerdekaan dan peristiwa penggabungan


Sabah dan Sarawak menbentuk Malaysia
2. Masyarakat dapat bersyukur atas nikmat keamanan dan kemakmuran yang negara kita
kecapi kini.
3. Masyarakat dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.
4. Masyarakat dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema
kemerdekaan sepenuhnya.
Rasional

Penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perpaduan supaya masyarakat
mengetahui sejarah negara seterusnya memupuk semangat petriotisme. Di samping itu pihak
AJK telah merancang beberapa program bagi mencapai perpaduan diantara semua kaum yang
hidup di Malaysia.

Cadangan Tarikh

4 September 2022

Tempat

Dewan Taman Permata

Perasmian Pembukaan

Belum Diputuskan

Kumpulan Sasaran

Semua penduduk Taman Permata

Ahli Jawatankuasa

- Sila lihat Lampiran 1 -

Tentatif Program

- Sila lihat Lampiran 2 -


Perbelanjaan

- Sila lihat Lampiran 3 –

Sumber Kewangan

1. Persatuan Penduduk Taman Permata


2. Dana sumbangan dari luar

Penutup

Program ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang
disasarkan.Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

______________________ __________________________
Lampiran 1

JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Pengerusi : En. Delbeer Singh a/l Mangal Singh

Naib Pengerusi : En. Jayaraman

Penyelaras : Pn Krishna Latha

AJK PELAKSANA:
Pertandingan Mewarna & Melukis
Tahap 1 - Pn Kim
- Pn. Letchumi

Tahap 2 - Pn Parames
- Pn Siti Sara

AJK Makanan
Pn Siti Sara
Pn Tina

AJK Siaraya
En Vasurajan

AJK Fotografi
En Tajuddin

AJK Hadiah
Pn Krishna Latha
Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM

1. UPACARA MENAIKKAN JALUR GEMILANG


2. NYANYIAN NEGARAKU
3. BACAAN DOA
4. AKTIVITI :
i) Pertandingan Bulan Kebangsaan
ii) Nyanyian lagu patriotiK
iii) Laungan kemerdekaan
5. ACARA PENYAMPAIAN HADIAH
6. BERSURAI
7. JAMUAN RINGAN

Lampiran 3
Perbelanjaan Program Sambutan Hari Kebangsaan

HARGA JUMLAH
BIL PERKARA BILANGAN
SEUNIT (RM) HARGA (RM)
1 Hamper Makanan 30 RM 30.00 RM 900
2 Kertas Lukisan RM 30.00 RM 30.00
3 Kek 1 biji RM 100.00 RM 100.00
4 Cenderamata 3 set RM 50.00 RM 150.00
5 Makanan 150 org RM 750.00 RM 750.00
6 Kanopi RM 300 RM 600.00 RM 600.00
7 PA Sistem RM300 RM 300.00 RM 350.00
8 Hadiah Trofi RM 200 RM 200.00 RM 200.00
9 Air Mineral RM 120 RM 120.00 RM 120.00
JUMLAH RM 3202

You might also like