Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 1/12

Minggu
. Praktikum : Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 03 Julai 2017 – 07 Julai 2017


Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di Sk Kg Tanjung Tuang
Sarawak

Pada hari pertama, saya bersama lagi rakan seperjuangan Muhammad Syamim bin
Sohani melapor diri kepada En Ahmad Safri, selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kg
Tanjung Tuang Sarawak. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri
kepada beliau. Kedatangan kami disambut dengan baik sekali. Keramahan beliau menjadikan
kami tidak gugup untuk berdiskusi tentang apa yang terlahir di fikiran. Bersama beliau, kami
membincangkan beberapa perkara:

1)    Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah

2)    Perkara atau aktiviti yang akan kami sepanjang waktu persekolahan

3)    Program atau aktiviti yang perlu kami laksanakan di sekolah

4)    Cara lapor diri dan kedatangan setiap hari di sekolah

Selepas itu, kami di perkenalkan kepada guru pembimbing yang akan memantau dan
membimbing saya dan rakan saya Muhammad Syamim bin Sohani iaitu Ustazah Suraya Binti
Ismail yang juga merupakan Guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut. Ustazah Suraya Binti
Ismail memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan
pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester. Guru
pembimbing telah menyeru kami untuk melihat dan meneliti kaedah dan teknik mengajar pada
minggu ini bagi subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Pada hari kedua pula mendapat jadual waktu, saya terus menganalisis rancangan
pengajaran harian untuk merancang dan membuat persiapan mengajar pada minggu hadapan.
Saya diberikan 9 waktu seminggu dan mengajar bagi tahun 2 bagi mata pelajaran Bahasa Arab
dan tahun 4 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Kedua-dua kelas yang saya ajar saya
mulakan dengan menganalisis murid agar mudah untuk mengajar pada hari-hari berikutnya. Ini
dapat memudahkan untuk kawalan kelas semasa menjalankan sesi PdP.

Pada hari ketiga pula, saya dikehendaki untuk menggantikan guru yang menghadiri
tugas rasmi di luar. Kebetulan kelas tersebut merupakan kelas yang saya akan ajar iaitu tahun
4. Saya mengambil kesempatan untuk membuat rapo bersama murid agar saya mudah untuk
mengajar pada minggu yang seterusnya. Saya memberitahu peraturan yang perlu dipatuhi
semasa mengikuti kelas bersama saya. Saya juga memperkenalkan token ekonomi untuk
mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Pada hari keempat, kami telah mengambil bahagian dalam latihan kebakaran yang telah
diadakan oleh pihak sekolah. Pihak bomba turut dipanggil bagi menjayakan latihan kebakaran
ini. Saya telah ditugaskan untuk membantu mengumpulkan murid-murid di dalam dewan
sebelum program itu dimulakan.

Pada hari ke lima, kami guru pelatih ditugaskan untuk membantu membuat persediaan
bagi Kem Kepimpinan Pengawas sekolah dan saya dilantik menjadi AJK Fotografi dan
Dokumentasi serta menjadi pembaca doa bagi perasmian ke tersebut. Ini merupakan tugasan
pertama kami di sekolah ini. Saya juga telah kembali ke kampus untuk menghantar jadual
waktu persendirian dan takwim sekolah kepada kepada pensyarah pembimbing iaitu Ustaz Nik
Zul Azhar bin Nik Hassan. Hal ini kerana bagi memudahkan beliau untuk membuat
perancangan untuk melaksanakan penyeliaan praktikum pada mingu yang berikutnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing, Disahkan Oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh

You might also like