Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Soalan Objektif

1) Antara berikut, yang manakah merupakan organ bagi sistem reproduktif lelaki? [C1]
A. Faraj
B. Zakar
C. Ovari
D. Uterus

2) Apakah fungsi utama ovari? [C2]


A. Menghasilkan sperma
B. Menerima ovum yang telah disenyawakan
C. Menghasilkan ovum untuk proses persenyawaan
D. Mengeluarkan air kencing dari pundi kencing dan membuang benih ke saluran
kemaluan wanita

3) Yang manakah merupakan umur bagi golongan remaja menurut WHO? [C1]
A. 16 hingga 20 tahun
B. 11 hingga 19 tahun
C. 10 hingga 19 tahun
D. 16 hingga 19 tahun

4) Antara sumber bagi vitamin ialah ______________. [C2]


A. daging, ayam dan ikan
B. coklat, madu dan gula-gula
C. susu dan berbagai jenis bijirin
D. buah limau, betik, nanas dan sayuran hijau

5) Apakah kesan pengambilan bahan inhalan dalam jangka masa panjang? [C4]
A. Kematian mengejut
B. Emosi semakin stabil
C. Badan semakin cergas
D. Otak bertambah cerdas

6) Antara berikut, yang manakah bukan bahan inhalan? [C2]


A. Petrol
B. Gam kasut
C. Pen marker
D. Karbon dioksida

7) Berikut merupakan gambar individu yang menyalahgunakan bahan inhalan: [C5]


Nyatakan cara menangani penyalahgunaan bahan inhalan yang betul.
A. Menjual bahan inhalan kepada orang lain
B. Memberikan bahan inhalan kepada rakan
C. Mengambil bahan inhalan dalam kuantiti yang sedikit
D. Menyampaikan bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah kepada
kanak-kanak

8) Berikut merupakan situasi konflik yang berlaku dalam keluarga kecuali [C4]
A. Tidak bertegur sapa apabila bertemu
B. Mengungkit kisah silam yang tidak baik
C. Berlaku sifat pilih kasih dalam keluarga
D. Pergi melancong bersama-sama ahli keluarga

9) Sekiranya kita mengalami stress, kita perlu ______________. [C5]


A. Melakukan vandalisme
B. Memberontak dengan ibu bapa
C. Bergaduh dengan rakan di sekolah
D. Muhasabah diri dan menunaikan sembahyang

10) Antara berikut, yang manakah merupakan contoh penderaan yang nyata dalam
keluarga? [C5]
A. Dipaksa bersukan bersama pada waktu petang
B. Dipaksa makan bersama-sama di meja makan
C. Dipaksa melancong ke luar negara bersama-sama
D. Dipukul kerana mendapat markah rendah dalam peperiksaan

11) Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang cara menangani penderaan
dalam keluarga? [C3]
i. Meminta bantuan rakan untuk membalas dendam
ii. Mendapatkan khidmat kaunseling dan rawatan yang sesuai
iii. Menjalani rawatan pemulihan di hospital bagi yang mempunyai masalah
ketagihan
iv. Menjadikan hospital sebagai tempat berlindung sementara yang selamat
untuk diri dan keluarga

A. i, ii, dan iii


B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

12) Gambar di bawah menunjukkan satu jenis penderaan dalam keluarga: [C3]
Syorkan cara meminta bantuan untuk menangani penderaan dalam keluarga.
A. Berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa
B. Lari dari rumah dan merempat di tepi jalan
C. Membalas dendam dengan membunuh si pendera
D. Mendapatkan perlidungan daripada pihak berkuasa seperti polis, hospital dan
NGO

13) Berikut merupakan penyakit yang boleh berjangkit kecuali? [C2]


A. Beguk
B. Cacar Air
C. Demam panas
D. Demam campak

14) Cara terbaik mencegah jangkitan penyakit berjangkit adalah dengan? [C3]
A. Memberi suntikan vaksin
B. Menggalakkan mereka beriadah
C. Memulaukan mereka yang dijangkiti
D. Mengasingkan individu yang dijangkiti

15) Yang manakah merupakan langkah-langkah merawat kecederaan melecur yang


betul? [C3]
i. Terus balut dengan kain
ii. Sapukan krim atau losyen yang sesuai
iii. Jangan pecahkan gelembung pada kawasan kulit yang melecur
iv. Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15
minit

A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

You might also like