Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA LIMAUAN SABAH

PETI SURAT 231, 89608 PAPAR, SABAH, MALAYSIA


TEL : 088-911692 FAKS: 088-915616 EMEL: xra4001@gmail.com

Rujukan : PPT3/ BAS/SMKAL/ 10/2016(1)


Tarikh : 13 OKTOBER 2016
Kepada;

Pengetua,
SMK Agama Tun Ahmad Shah,
KG. Kalansanan, Jln. Tuaran Lama,
Km. 10, 88856
Kota Kinabalu, Sabah.

Tuan,

Memohon Penggunaan Bas Bagi Program Lawatan Pasca PT3 tahun 2016.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sebagai makluman bagi pihak tuan, pihak kami akan mengadakan program lawatan ke
Sandakan sebagai salah satu aktiviti Pasca PT3 bagi pelajar tingkatan 3 tahun ini. Untuk
makluman tuan, bas sekolah kami juga akan digunakan bagi program ini.. Jadi dengan rasa
rendah dirinya kami ingin memohon penggunaan bas sekolah tuan juga sebagai pengangkutan
tambahan bagi pelajar kami memandangkan jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 107
orang.

3. Berikut merupakan perincian berkaitan program lawatan yang bakal berlangsung :

Tarikh : 15-18 November 2016


Hari : Selasa - Jumaat
Masa : 7.00 pagi (Bertolak) 15/11/16 hingga
10.00 malam ( Dijangka tiba di SMKA Limauan) 18/11/16
Tempat : Sekitar Bandar Sandakan

4. Justeru, kami amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan
kami dan segala jasa baik daripada pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

……………………………………………
Ust Mohd Khairuddin Bin Yusop
Pengetua
SMK(A) Limauan Kimanis

Sk: fail

You might also like