SOALAN LAZIM e-VOLUNTARY EXCESS (e-VE) - (BM)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SOALAN LAZIM

BERKAITAN PERMOHONAN VOLUNTARY EXCESS(VE)


MELALUI i-AKAUN (MAJIKAN)

BIL PERKARA
1 Apakah dimaksudkan dengan Voluntary Excess dalam talian (e-VE) ?
Voluntary Excess dalam talian (e-VE) merupakan kemudahan permohonan pendaftaran atau
pembatalan Voluntary Excess (VE) bagi Syer Pekerja dan/atau Syer Majikan melalui i-Akaun
(Majikan).

2 Bilakah kemudahan permohonan e-VE akan dilaksanakan?


Kemudahan permohonan e-VE melalui i-Akaun (Majikan) akan dilaksanakan mulai 20 Mac
2022.

3 Siapakah yang boleh membuat permohonan VE?


Permohonan VE boleh dibuat oleh:

a) Semua ahli KWSP (Warganegara dan Bukan Warganegara) yang belum mencapai
umur 75 tahun, DAN
b) Semua majikan yang berdaftar dengan KWSP.

4 Bagaimanakah proses pengendalian permohonan pendaftaran VE (Syer Pekerja)


dilakukan?
Proses pengendalian permohonan pendaftaran VE bagi Syer Pekerja adalah seperti berikut :

a) Ahli perlu melengkapkan Borang KWSP 17A (AHL) / KWSP 18A (AHL) - Permohonan
Pendaftaran / Pembatalan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) yang
boleh diperoleh di laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/

b) Ahli perlu mengemukakan borang tersebut kepada majikan, dan majikan hendaklah
mengunci masuk maklumat permohonan pekerja berkenaan melalui i-Akaun
(Majikan). Sila rujuk Panduan Permohonan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (VE)
Melalui i-Akaun (Majikan).

c) Borang yang diterima oleh majikan perlu disimpan sebagai rekod majikan (tidak perlu
dikemukakan kepada KWSP).

5 Bagaimanakah ahli boleh menyemak status permohonan Pendaftaran/Pembatalan VE


(Syer Pekerja)?
Ahli boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli) di mana Permohonan
Pendaftaran/ Pembatalan VE yang berjaya akan menerima mesej di ruangan Inbox.

6 Adakah ahli yang bekerja sendiri boleh memohon VE (Syer Pekerja)?


Tidak boleh. Walau bagaimanapun, ahli yang bekerja sendiri boleh mencarum secara
sukarela. Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution

1
BIL PERKARA
7 Berapakah peratusan (%) potongan caruman maksima yang boleh dimohon oleh pekerja
untuk VE (Syer Pekerja)?
Peratusan (%) potongan caruman maksima yang boleh dimohon bagi VE (Syer Pekerja) adalah
seperti contoh di bawah :

Upah Kadar Berkanun VE Khas Peratusan (%)


Semasa maksima VE (Syer
Pekerja) yang dibenarkan
(a) (b) (c) (a) – (b) – (c)

100% 9% 2% 89%

Walau bagaimanapun kadar sebenar adalah tertakluk kepada syarat potongan gaji mengikut
majikan masing-masing.

8 Adakah ahli boleh membatalkan permohonan VE (Syer Pekerja)?


Boleh, ahli boleh membatalkan permohonan VE (Syer Pekerja). Proses permohonan
pembatalan adalah seperti berikut:

a) Ahli perlu melengkapkan Borang KWSP 17A (AHL) / KWSP 18A (AHL) - Permohonan
Pendaftaran / Pembatalan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) yang
boleh diperoleh di laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/

b) Ahli perlu mengemukakan borang tersebut kepada majikan, dan majikan hendaklah
mengunci masuk maklumat permohonan pekerja berkenaan melalui i-Akaun
(Majikan). Sila rujuk Panduan Permohonan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun
(VE) Melalui i-Akaun (Majikan).

c) Borang yang diterima oleh majikan perlu disimpan sebagai rekod majikan (tidak
perlu dikemukakan kepada KWSP)

9 Bagaimanakah majikan boleh membuat permohonan pendaftaran VE (Syer Majikan)?


Majikan boleh membuat permohonan pendaftaran VE (Syer Majikan) bagi pekerja secara
terus melalui i-Akaun (Majikan), dan majikan tidak perlu mengisi borang KWSP 17(MAJ).

10 Berapakah peratusan (%) potongan caruman maksima yang boleh dibuat oleh majikan
bagi VE (Syer Majikan)?
Tiada had maksimum. Walau bagaimanapun kadar sebenar adalah tertakluk kepada syarat
dan terma majikan masing-masing.

-TAMAT-

You might also like