Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

BAB 5- DEMOKRASI DAN PILIHANRAYA

Pilihan raya
- Sistem demokrasi berparlimen mengadakan proses pilihan raya yang memberi kuasa kepada parti
politik yang menang bilangan kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum untuk memerintah
negara
- Pilihanraya penting kerana menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah
- Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab untuk mengadakan pilihanraya Dewan
Rakyat dan Dewan Undangan Negeri terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya
Tujuan
- Memilih wakil rakyat di Parlimen untuk memerintah negara (Persekutuan)
- Memilih wakil rakyat di DUN untuk memerintah negeri (Negeri)
Tempoh
- Diadakan setiap 5 tahun
- YDPA membubarkan Parlimen atas cadangan PM
- YDPA boleh membubarkan parlimen sebelum cukup tempoh 5 tahun
- DUN tidak semestinya dibubarkan jika Parlimen dibubarkan.
- Pilihan Raya diadakan dlm tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen (Semenanjung) dan 90
hari (Sabah dan Sarawak)
- Dalam tempoh 120 hari selepas tarikh pembubaran, YDPA atau Sultan mesti memanggil
Parlimen atau DUN bersidang
Sejarah pilihan raya
- Kawasan pilihan raya berubah dari masa ke masa disebabkan pertambahan penduduk
- Pilihan raya pertama pada tahun 1951 untuk Majlis Perandaran Pulau Pinang
- 1952- pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, Perikatan menang 9/12 kerusi
- Pilihan raya umum pertama pada 1955, Perikatan menang 51/52 kerusi. Isu yang digunakan ialah
kemerdekaan dan perpaduan kaum
- Pilihan raya 1959 dan 1969-isunya ialah perkauman
- Pilihan raya 1964 dan 1974-isunya ialah kestabilan politik
Perbezaan Piliharaya Umum dan Pilihanraya Kecil
UMUM:
- melibatkan semua kawasan Parlimen dan Kawasan Dewan Undangan negeri di seluruh negara
(melibatkan 13 buah negeri)
KECIL:
- Melibatkan sesebuah kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri jika berlaku kekosongan
luar jangka
Pilihanraya Kecil tidak boleh di jalankan jika
- Jika kekosongan luar jangka berlaku dalam dua tahun terakhir daripada tempoh lima tahun
Dewan Rakyat @ DUN.
- Namun, jika kekosongan luar jangka itu menyebabkan parti yang memerintah kehilangan
majoriti, pilihanraya akan diadakan (dimohon oleh Speaker Dewan kepada SPR)
Tempoh pelaksanaan pilihan raya
- Diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan DUN di Semenjung dan 90
hari di Sabah-Sarawak
- Pilihanraya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Tujuan SPR
- Memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yang adil
- Memastikan rakyat dapat memilih wakil mereka melalui pengundian

Peranan SPR
Tugas Utama SPR:
- Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Parlimendan negeri tidak
kurang 8 tahun dari tarikh persempadanan semula yang terdahulu.
- Menjalankan urusan daftar pemilih dan semakan daftar pemilih.
- Menjalankan pilihanraya
Tugas-tugas lain:
- Mengkaji semula bahagian pilihan raya
- Mendaftar calon-calon yang bertanding
- Memastikan calon memenuhi kelayakan yang ditetapkan
- Menerima dan menyelidik rayuan tentang keputusan pilihan raya untuk memastikan kelancaran
perjalanan
Keanggotaan SPR
- Anggotanya :
1. Pengerusi SPR
2. Timbalan Pengerusi
3. 5 ahli lain
- Ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
- Tidak boleh di pecat daripada jawatan kecuali atas syor tribunal.
Syarat menjadi ahli SPR
Umur – sehingga 66 tahun.
Tidak muflis
Tidak pegang jawatan bergaji/ berpendapatan yang lain
Bukan ahli parti politik
Bukan Ahli Parlimen
Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri

Hilang kelayakan anggota SPR


1. Dipecat oleh YDPA atas syor Tribunal.
2. Boleh dipecat oleh YDPA tanpa melalui tribunal jika :
Seorang bangkrap/muflis yang belum dilepaskan
Melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar/bergaji
Ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
Elemen pilihanraya
(STPM 2013)
- Bahagian Pilihanraya
- Pemilih
- Calon
- Proses Pilihanraya

Pengundi
Membuang 2 kertas undi (parlimen dan DUN) kecuali Wilayah Persekutuan
Syarat menjadi pengundi
- Warganegara Malaysia
- Umur > 21 tahun
- Telah berdaftar dengan SPR dalam daftar pemilih
- Bermastautin di bahagian pilihan raya
- Tidak hilang kelayakan kewarganegaraan
Hilang Kelayakan Pengundi
(STPM 2017)
1. Tidak waras
2. Menjadi banduan
3. Dijatuhi hukuman gantung sampai mati
4. Telah menukar kewarganegaraan
Undi pos
- Bermastautin di luar kawasan pilihan raya
Syarat pengundi pos
1. Anggota perkhidmatan awam (isteri & suami) yang bertugas di luar negara
2. Petugas pilihanraya, Ahli SPR, pegawai dan kakitangan SPR yang bertugas pada
1. hari pengundian
2. Anggota polis (ditetapkan oleh undang-undang)
3. Pegawai tentera yang bertugas di belantara/sempadan
4. Pelajar berumur 21 tahun (suami-isteri) yang belajar di luar negara semasa
5. pilihan raya
6. Pemilih yang telah mendaftar sebagai pemilih tidak hadir.
Syarat jadi calon pilihan raya
1. Warganegara Malaysia
2. Umur > 21 tahun
3. Akal fikirannya sempurna
4. Tidak muflis
5. Tidak pernah dipenjarakan lebih 12 bulan
6. Tidak pernah didenda RM2000 ke atas tanpa pengampunan
7. Tidak memiliki kewarganegaraan negara lain
8. Bermastautin di negeri tempat dia bertanding untuk kerusi DUN
9. Tidak boleh pegang jawatan berpendapatan seperti kakitangan awam dll
10. Mengemukakan penyata perbelanjaan dalam tempoh 31 hari selepas
keputusan pilihan raya diwartakan
Sebab diadakan pilihan raya kecil /kekosongan luar jangka
(STPM 2016)
1. Kematian Calon yang menang
2. Peletakan jawatan
3. Pelucutan keahlian/ hilang kelayakan

You might also like