Kertas Kerja KBS 2021

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2

81930 BANDAR PENAWAR


KOTA TINGGI, JOHOR

KERTAS KERJA

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SECARA ATAS


TALIAN SIRI 2
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2

DISEDIAKAN OLEH :
SHAHRUL ANUAR BIN HADISON
PENYELARAS KEM BESTARI SOLAT
SK BANDAR PENAWAR 2
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT SECARA ATAS TALIAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2

1.0 NAMA PANITIA

Panitia Pendidikan Islam , Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2, 81930 Bandar


Penawar, Kota Tinggi, Johor.

2.0 NAMA PROJEK/PROGRAM

Kem Bestari Solat Secara Atas Talian.

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini disediakan bagi menjalankan Program Kem Bestari Solat Secara Atas
Talian bagi semua murid-murid beragama Islam Sekolah Kebangsaan Bandar
Penawar 2, Kota Tinggi, Johor.

4.0 PENDAHULUAN

Seminar Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) Peringkat Kebangsaan
anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5
Mac 2004 telah memutuskan bahawa Model Bestari Solat dilaksanakan bersama
model-model projek j-QAF yang lain. Ia dirancang khusus untuk memastikan murid-
murid mendapat pendedahan berkenaan ibadah solat dengan sempurna yang
merangkumi aspek mengambil wuduk, bacaan dan perbuatan dalam solat, di
samping penghayatan dan pengamalan ibadah tersebut secara istiqamah. Aktiviti ini
dilaksanakan secara intensif iaitu sebanyak 2 kali setahun.

Memandangkan situasi semasa tidak mengizinkan membuat program secara


bersemuka, kami barisan guru-guru panitia pendidikan islam telah merangka atur
perjalanan program secara atas talian.

5.0 MATLAMAT

Melahirkan murid yang berdisiplin dan berpengetahuan dalam mendirikan ibadah


solat di samping mendidik dan memberi pendedahan bagi memantapkan akidah dan
membangunkan sahsiah diri mereka.
6.0 OBJEKTIF

1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.


2. Murid mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu.
3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat
dengan betul dan lancar.

7.0 JANGKA MASA PROGRAM

7.1 Tarikh : 19 November 2021


Hari : Sabtu
Masa : 9.00 – 11 pagi
Medium : Youtube live
Sasaran : Semua murid beragama islam Sekolah Kebangsaan Bandar
Penawar 2

8.0 PERJALANAN PROGRAM

9.00 pagi : Motivasi Solat


9.30 pagi : Tatacara Wudhuk
10.00 pagi : Tatacara Solat
10.30 pagi : Sesi soal jawab
11.00 pagi : Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN

BUTIRAN KUANTITI JUMLAH (RM)

1. Carta Bacaan RM 450.00 x 1 set (20sheet) RM 450.00


Dalam Solat
Jenazah
2. Carta Elemen RM 500 x 1set (20sheet)) RM 500.00
PAFA Sekolah
Rendah
3. Buku Panduan
Solat RM 6.00 x 300 buah RM 1800.00
4. Rehal RM 45.00 x 30 buah RM 1350.00
5. Set Kafan RM 100.00 X 5 set RM 500.00
6. Marker RM 24.65 x 1set RM 24.65
Whiteboard

JUMLAH KESELURUHAN RM 4624.65


9.0 PENUTUP

Diharapkan agar Program Kem Bestari Solat Secara Atas Talian berjalan dengan
lancar dan dapat mencapai objektif program yang diharapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

SHAHRUL ANUAR HADISON MOHD ZAMRI CHE ABU BAKAR EN. SININ BIN MOKREH
Penyelaras, Ketua Panatia Pendidikan Guru Besar,
Kem Bestari Solat, Islam, SK Bandar Penawar 2.
SK Bandar Penawar 2. SK Bandar Penawar 2.

You might also like