Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tukarkan ayat pasif di bawah menjadi ayat aktif.

1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.
………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………..
2. Bola itu ditendang oleh Ali mengenai belakang badan Fahmi.
………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………..
3. Pada minggu lepas, keluarga Suhaila telah dikunjungi oleh rombongan keluarga
pengantin lelaki.
………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………..
4. Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di
perpustakaan sekolahnya.
………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………..

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian senaraikan dua kata nama am dan dua
kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
dan penggunaannya.

Cemperai ialah pokok renek bersaiz kecil yang berketinggian lebih kurang empat
meter dan tumbuh di Kawasan yang beriklim tropika, termasuklah Malaysia. Cemperai
mempunyai daun yang berbentuk bujur dan bersaiz lebih kurang 20 cm panjang dan
mempunyai buah bersaiz lebih kurang antara 5 mm hingga 10 mm dan mempunyai
lebih daripada lima biji dalam satu tangkainya. Warna buah cemperai berubah-ubah,
iaitu hijau ketika muda, kuning ketika separuh masak dan merah apabila cukup matang
atau cukup masak.
Baca dialog di bawah, kemudian nyatakan 3 peribahasa yang sesuai dengan situasi
tersebut.

Penghulu - Saya berasa berpuas hati apabila kampung kita sudah aman dan
selamat. Masalah kecurian tidak lagi berlaku sejak dua minggu lepas. Penduduk
kampung sudah sepakat dalam perjumpaan baru-baru ini untuk mengatasi masalah ini.
En. Ali - Betul, saya amat berterima kasih dan berbesar hati atas kerjasama yang
diberikan oleh penduduk kampung kita ini
Penghulu - Sesungguhnya banyak perkara positif yang akan kita dapat jika kita
bersepakat dan bekerjasama. Masalah jenayah kecurian juga dapat dielakkan dan
dalam masa yang sama kita dapat mengeratkan tali persaudaraan.

1. …………………………………………………………………………………………

2. …………………………………………………………………………………………

3. ………………………………………………………………………………………….

You might also like