Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

KHIDMAT KOMUNITI MPU 2412

KOLEJ VOKASIONAL TAIPING

PELAKSANAAN ALAM SEKITAR :

MEMBERSIHKAN SURAU NURUL HIDAYAH , KAMPUNG BUKIT JANA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memenuhi kehendak modul kursus Khidmat Komuniti MPU
2412. Projek kumpulan komuniti dicadangkan sebagai aktiviti yang digunakan untuk mengasah
bakat dan potensi diri pelajar dengan menampilkan dan mengayakan “soft skill” dalam
menjalankan aktiviti kumpulan. Projek kumpulan diambil sebagai konsep serampang dua mata
dalam membina potensi diri pelajar di samping memperkenalkan kolej vokasional kepada
masyarakat umum.

2.0 PENGENALAN

Khidmat komuniti ialah kerja-kerja kekomunitian yang dilaksanakan secara berkumpulan dan
mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kekomunitian sekiranya dilaksanakan
dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna.
Khidmat komuniti juga merupakan suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan
muhibah antara pelajar dan komuniti. Bukan itu sahaja, malahan dengan perancangan khidmat
komuniti yang sempurna sama ada di dalam kolej atau di luar kolej akan dapat memberikan
impak kepada pelajar itu sendiri khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada
komuniti sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.

1
3.0 MISI

Memupuk perasaan cinta akan alam sekitar dalam membina sikap keprihatinan pelajar di
samping melahirkan pelajar yang beretika dan berdisiplin serta dapat membina modal insan yang
cemerlang.

4.0 MATLAMAT

Projek khidmat komuniti digunakan sebagai medan menguji potensi diri pelajar dan
mengaplikasi “soft skills” dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan mantap
bersesuaian dengan Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional.

5.0 OBJEKTIF

 Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang diperoleh semasa


pengajaran dan pembelajaran.
 Berkomunikasi dengan berkesan, menyampaikan maklumat dan idea secara jelas serta
meyakinkan.
 Menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.
 Mengamalkan budaya kerja berpasukan dalam menjayakan aktiviti.
 Mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, bertolak ansur dan empati dalam menjayakan
aktiviti.
 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat membentuk murid
yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

6.0 SASARAN

16 orang pelajar kursus Teknologi Pembinaan.

2
7.0 TARIKH DAN MASA

TARIKH : 12 JULAI 2019

MASA : 8:00 Pagi – 11:00 Pagi

8.0 TEMPAT

Surau Nurul Hidayah,


Kampung Bukit Jana
34600 Kamunting, Perak

9.0 PENGENDALI

Tenaga pengajar Modul Khidmat Komuniti

10.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH AKTIVITI
Berkumpul di Dataran Prime, Kolej Vokasional Taiping

Bertolak ke Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana


Sarapan pagi

12 JULAI 2019 Taklimat daripada guru pembimbing dan pengerusi surau

Bacaan doa daripada pelajar


( 8:00 pagi hingga 11:00 pagi )
Menjalankan aktiviti
Majlis penutup
Berkemas untuk pulang ke Kolej Vokasional Taiping

Bersurai

3
11.0 BARANG KEPERLUAN PELAJAR

 Cangkul
 Pencakar
 Plastik hitam
 Penyodok
 Penyapu
 Penyedut hampagas
 Pencuci lantai

4
12.0 STRUKTUR ORGANISASI

CARTA ORGANISASI

PENAUNG

En Kamarulzaman bin Nayan

( Pengarah Kolej Vokasional Taiping )

PENASIHAT

Pn Rosni binti Abd Jamil

PENYELARAS

En Ikhtiaruddin bin Harun

GURU PEMBIMBING

Pn Fadzilah binti Ishak

KETUA PROJEK

Muhammad Aiman bin Zainor

AHLI JAWATANKUASA (AJK)

AJK PROGRAM : Muhammad Aiman Bin Zainor

Ernie Natasha Binti Roselan

Mohamad Shahakim Bin Mohamad Azman

Nurul Syafiqah Binti Mohamad Afzal

5
AJK FOTOGRAFI : Afifahmie Zarif Bin Abdul Risham

Amirul Alazim Bin Azman

Nur Nelleyna Faira Binti Fairuz Erwan

Nuren Anis Natasha Binti Nurul Hizam

AJK MAKANAN : Shaminzah Afika Binti Dinullah

Nurul Afhiqah Binti Abdullah

Norsham Bin Ghazali

Mohamad Zharfan Bin Mohamed Zahari

AJK PERALATAN : Adil Danial Bin Adil Azaki

Ahmad Faris Fadhli Bin Ishak

Muhammad Ghazali Bin Abdul Wahab

Noor Balqis Zahidah Binti Noor Hisham

6
13.0 BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA

AJK PENGANGKUTAN

 Membuat tempahan pengangkutan bas


 Memastikan perjalanan pergi dan balik berjalan dengan lancer

AJK PERALATAN

 Menyediakan peralatan yang bersesuaian


 Memastikan peralatan berfungsi dengan baik
 Memastikan peralatan mencukupi

AJK MAKANAN

 Memastikan makanan disediakan tepat pada waktunya


 Memastikan makanan mencukupi
 Menyediakan tempat pembuangan sisa makanan

AJK PROGRAM

 Merancang aktiviti program


 Memastikan kelancaran program
 Memantau kelancaran program

AJK FOTOGRAFI

 Mengambil gambar sepanjang aktiviti berjalan


 Bertanggungjawab mengambil video

7
14.0 ANGGARAN PENDAPATAN

KOS PEMBELANJAAN

KOS SEUNIT
PERKARA KUANTITI JUMLAH
(RM)

SARAPAN PAGI RM5.00 16 RM80.00

MAKAN TENGAH
RM5.00 16 RM80.00
HARI

PENGANGKUTAN RM100.00

CENDERAMATA RM50.00

PELBAGAI RM50.00

JUMLAH RM360.00

SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


RM 5 X 16 Orang
1 SUMBANGAN PIBG
= RM 80.00
RM 10 X 16
2 KUTIPAN PELAJAR
= RM 160.00

3 SUMBANGAN PIHAK LUAR RM 50.00

4 SUMBANGAN KOPERASI RM 70.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 360.00

8
15.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, diharapkan melalui Khidmat Komuniti ini, para pelajar dapat
memperoleh ilmu dan pengalaman sepanjang melaksanakan projek ini. Selain itu, aktiviti
membersihkan alam sekitar ini memberi peluang kepada para pelajar menunjukkan
contoh teladan yang baik bagi membersihkan kawasan persekitaran di samping para
pensyarah dapat melihat dan menilai gerak kerja para pelajar. Semoga projek Khidmat
Komuniti ini memberi satu pengalaman yang amat berharga dan menjadi inspirasi kepada
generasi muda untuk mencintai alam sekitar di samping melahirkan generasi muda yang
mempunyai semangat patriotik yang mendalam kepada negara tercinta.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………….. …………………………………...

( ) (FADZILAH BINTI ISHAK)


Setiausaha Projek Khidmat Komuniti, Pensyarah Khidmat Komuniti
Kolej Vokasional Taiping Kolej Vokasional Taiping

Disahkan oleh ,

…………………………………….

(KAMARULZAMAN BIN NAYAN)

Pengarah ,

Kolej Vokasional Taiping.

You might also like