Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

KURSUS

SKBL3163 LARAS BAHASA

NAMA
SHARIFAH NURUL SYAHADAH BINTI SYED AHMAD

NO MATRIKS
A180384

TAJUK
PERINCIAN BERKENAAN LARAS BAHASA BIASA

NAMA PENSYARAH
DR MOHAMMAD AZLAN MIS
LARAS BAHASA BIASA
1.0 PENGENALAN
Laras bahasa biasa atau laras bahasa umum merupakan salah satu jenis laras bahasa yang tidak
merangkupi mana-mana bidang tertentu semasa penggunaannya. Penggunaan laras bahasa
umum ini kerap diguna pakai dalam kehidupan sehari-hari setiap manusia yang menggunakan
bahasa demi komunikasi atau aspek sosial. Secara amnya, laras bahasa umum ini merupakan
bahasa komunikasi manusia yang banyak dipengaruhi oleh aspek sosial iaitu bahasa basahan.
Bahasa bahasan merupakan gabungan beberapa aspek kebahasaan seperti slanga kemudian
disesuaikan dalam komuniti atau kelompok tersendiri. Hal ini dapat dilihat penggunaan laras
sebegini digunakan dalam semasa aktiviti perniagaan di pasar basah atau semasa di pesta-pesta
keramaian.

Bahasa dikatakan mempunyai dua bentuk, iaitu lisan dan bukan. Pecahan daripada
aspek lisan terbahagi kepada pertuturan umum dan pertuturan rapi. Dari aspek tulisan pula
terdiri daripada bahasa tulisan umum dan bahasa tulisan rapi (Abdullah Hassan, 1987:1).
Penulisan bahasa berbentuk umum kerap digunakan di dalam pelbagai bentuk media seperti
akhbar, majalah, iklan dan aktiviti surat-menyurat tidak rasmi, contohnya poskad. Penulisan
dalam media seperti bahan bacaan yang dikemukan signifikan dalam memastikan setiap artikel
mampu disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan komuniti
masyarakat. Memandangkan kepada bahasa pertuturan umum pula boleh dilihat dalam
perbualan atau pertuturan yang mengandungi aspek tidak formal iaitu unsur basahan seperti
kependekan, penggunaan ganti nama yang lebih mesra tetapi masih tidak melanggar elemen
kesantunan dalam berkomunikasi. Pertuturan jenis umum ini mudah dikenalpasti dan didapati
sumbernya kerana setiap interaksi sosial yang berlatarkan situasi tidak formal dilihat sebagai
contoh.

Perincian laras bahasa umum ini akan melibatkan tiga aspek utama iaitu tajuk wacana
(field of discourse), cara penyampaian (mode of discourse) dan gaya wacana (style of
discourse). Dalam aspek tajuk wacana dilihat melalui pemilihan topik perbincangan atau
perbualan. Sesuailah dengan apa yang dikongsi oleh Halliday (1968) menyatakan bahawa laras
bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Oleh sebab laras bahasa secara
umumnya dikatakan sebagai dialek sosial yang sering digunakan laras-laras situasi yang
berbeza dalam kehidupan sehari-hari.
2.0 PERBINCANGAN

Laras Bahasa

Jenis Laras
(Laras Bahasa
Umum)

Cara Gaya
Tajuk Wacana
Penyampaian Penyampaian

Jadual 1

Setiap bidang laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa ataupun
konteks pengucapan. Penggunaan laras bahasa umum dalam bentuk tulisan dilihat merangkumi
pelbagai topik wacana yang digunakan seperti mana yang dicetak dalam penulisan akhbar atau
artikel yang dimuat turun dalam laman sesawang. Perkara ini dapat dilihat melalui beberapa
artikel yang berkonsepkan pengetahuan am (general knowledge). Oleh hal yang dikatakan
demikian, penulis akhbar atau artikel memilih leksikal-leksikal yang mudah difahami oleh
pelbagai peringkat masyarakat terutama dari segi umur, taraf pendidikan serta taraf
kefahamaan individu terhadap perkongsian ilmu. Selain itu, perubahan perbualan daripada satu
topik ke topik yang lain juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti latar, penutur, peserta dan
tujuan. Hal ini dapat dilihat situasi individu A menghadiri kuliah pengajian kemudian berlaku
dua jenis interaksi iaitu interaksi bersama rakan sekumpulan bagi tugasan juga sesama kawan
sepengajian. Oleh sebab adanya dua interaksi antara dua peserta yang berbeza tujuan maka
penggunaan laras bahasa antara dua kumpulan tersebut berbeza.

Seterusnya penyesuaian semasa menyampaikan laras umum ini juga penting semasa
komunikasi sama ada menggunakan bentuk lisan atau tulisan. Terdapat beberapa faktor yang
menentukan cara penyampaian sesuatu isu atau tajuk hal ini termasuklah faktor penutur atau
peserta itu sendiri. Jika dilihat golongan masyarakat yang berusia dalam lingkungan 50-an lebih
selesa akan penyampaian yang berbentuk lisan atau pertuturan secara berhadapan. Hal ini
termasuklah peningkatan penyampaian maklumat dalam bentuk video-video kreatif platform
media seperti Tiktok. Ada mungkin perkongsian pengetahuan dalam bentuk lisan memudahkan
sesetengah individu dalam memanhami konteks atau isu yang cuba disampaikan secara lisan
yang memerlukan bahasa gerak tubuh seperti ‘eye contact’, mimik muka, pergerakan tangan
dan lain-lain. Wujud juga beberapa situasi di mana golongan berusia yang lebih suka membaca
maklumat atau pengetahuan dalam bentuk akhbar, majalah ataupun posting di media sosial
Facebook.

Penetapan gaya penyampaian sebuah laras bahasa perlu diambil berat supaya adanya
kesantunan dalam berbahasa terutama dalam beberapa situasi yang mempunyai tujuan yang
berbeza. Dalam beberapa latar atau lokasi penetapan gaya rasmi atau tidak rasmi dalam sebuah
interaksi sosial. Adalah penting dalam satu konteks sosial bagi mengimbangi sama ada suatu
ucapan atau perbualan disampaikan dalam situasi formal atau tidak formal. Hal ini dapat dilihat
bahawa penggunaan laras bahasa umum yang digunakan dalam bentuk tulisan lebih menjurus
kepada aspek formal terutama penggunaan kata dalam akhbar juga majalah ilmu. Penulisan
yang menggunakan laras umum aspek tidak formal dalam dilihat melalui posting dalam laman
sesawang seperti Shopee atau Lazada yang berkongsi tentang maklum balas item atau
perkhidmatan yang digunakan dalam aplikasi tersebut. Adanya kependekan dalm penulisan
juga campur aduk bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal ini dilihat adanya
persamaan dalam bentuk lisan di mana individu yang menggunakan laras bahasa umum dalam
situasi di mana pertukaran gaya penyampai formal ke tidak formal disebabkan aspek-aspek
penggunaan laras. Sebagai contoh adanya situasi perbincangan berkumpulan dalam kalangan
pelajar didapati kebanyakan individu bertutur dengan lebih mesra menggunakan nama
panggilan mesra bertukar kepada situasi formal apabila jika adanya pemantauan individu yang
berbeza status seperti pensyarah. Secara tidak sedar individu dalam latar tersebut adanya
pertukaran berbahasa lebih formal sebagai tindak balas kepada penyertaan peserta yang
berbeza status.
3.0 KESIMPULAN
Menurut Ferguson (1968) semasa membincangkan ciri-ciri bahasa yang maju, beliau berkongsi
salah satu pita pengukur kepada penentuan kemajuan taraf sesuatu bahasa ialah menerusi
jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan. Laras bahasa merupakan salah satu aspek
terpenting dalam sebuah perhubungan sosial manusia. Jelas bahawa laras tertentu digunakan
dalam pelbagai latar serta situasi yang tertentu. Penggunaan laras bahasa umum ini boleh
dikatakan sebagai titik permulaan perkembangan laras bahasa khusus yang mencakupi pelbagai
bidang khusus seperti bidang sains teknologi, sastera, matematik, bidang agama dan lain-lain
bidang. Penggunaan laras bahas umum ini secara tidak langsung mudah difahami kerana
larasnya yang lebih bebas terutama dilihat daripada aspek tatabahasanya.

Penggunaan ragam bahasa umum juga antara aspek penting dalam situasi sosial yang
melibatkan pelbagai kumpulan peserta yang berbeza umur, agama juga bangsa. Penggunaan
ragam inilah yang mampu merapatkan hubungan silaturahim dan meningkatkan semangat
kemasyarakatan yang semakin pudar terutama dalam kalangan generasi baharu kini. Selain
menggunakan ragam berbahasa, unsur latar bahasa umum juga menitik beratkan unsur
kemesraan antara penutur juga pihak berlawanan penutur. Dilihat masyarakat di Malaysia
kerap menggunakan panggilan diri (abang, akak, adik, makcik dsb). Berkemungkinan besar
penggunaan panggilan ini dipengaruhi oleh aspek budaya masyarakat yang mementingkan
aspek kesantunan semasa menggunakan bahasa.

Meskipun dilihat laras bahasa umum ini kurang dititik beratkan dalam kalangan
masyarakat namun ianya memberi kesan serta impak terhadap hubungan kemasyarakatan
dalam sebuah komuniti. Tanpa ada penguasaan menyeluruh dalam laras bahasa umum ini juga
menentukan kemampuan individu dalam menggunakan laras bahasa tertentu dalam bidang
yang berbeza. Kelemahan inilah yang perlu diperbaiki demi memastikan pengguna-pengguna
bahasa mampu menggunakan bahasan dengan lebih baik.
Rujukan

Malik Muhamad. 12 November 2022. TFC singkir juara bertahan. Akhbar Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/11/1024893/tfc-singkir-juara-bertahan

[13 Nov 2022]

Nadia Johari. nd. Bila Fariza Review Makanan: Makan Besar. Blog.
https://www.miszrockers.com/2016/08/bila-fariza-review-makanan-makan-besar.html

[13 Nov 2022]

Rizal Choy. 2020. Prinsip Laras Bahasa Umum Dan Laras Bahasa Undang-Undang. Kertas
Kerja.
https://www.academia.edu/43411596/Perbezaan_Laras_Bahasa_Umum_dan_Undang
_undang

[13 Nov 2022]

You might also like