Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

MODUL PEMBANTU MAKMAL

KIMIA

PANEL PENYEDIA MODUL

1. WAN NOOR AFIFAH BINTI WAN YUSOFF


SBP INTEGRASI GOMBAK, SELANGOR
2. FARIDAH BINTI HAMAT
SM SAINS SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
3. JAMALIAH BINTI GHAZALI
SMK SEGAMBUT JAYA, KUALA LUMPUR
4. REETA NESAMALAR A/P BANIFACE
SMK RAJA MUDA MUSA, BATANG BERJUNTAI, SELANGOR
5. KHOO POO KIEW
SMK COCHRANE, KUALA LUMPUR
6. CAROLINE INDRANI A/P S. SELVARATNAM
SMK BUKIT KEMUNING, SHAH ALAM, SELANGOR
7. NIK NADZIFAH DHUHAA BINTI NIK ABDULLAH
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
8. MOHD ASRI BIN SAHARUDDIN
SMK UNDANG JELEBU, NEGERI SEMBILAN

TIARA BEACH RESORT,


PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN
21 - 24 OGOS 2005
ISI KANDUNGAN

Bab Kandungan Muka surat


1 Pengetahuan tentang unsur dan sebatian serta sifat-
sifatnya
1.1Senarai nama unsur 3
1.2 Senarai nama sebatian 4-5

2 Pengetahuan tentang alat radas dan bahan kimia serta


pengendaliannya
2.1 Senarai alat radas 6-12
2.2 Pengendalian dan penyelenggaran radas dan 13
peralatan sains
2.3 Mengurus bahan kimia 14
2.4 Format melabel botol reagen 15
2.5 Penghitungan jisim molar 15

3 Penyediaan larutan
3.1 Penyediaan larutan piawai daripada bahan 16-19
kimia pepejal
3.2 Penyediaan larutan piawai daripada bahan 19-21
kimia cecair
3.3 Pencairan 22-13

4 Penyediaan larutan meja / bahan uji


4.1 Senarai bahan kimia yang biasa digunakan 24
dalam makmal
4.2 Penyediaan bahan uji khas 25

5 Penyediaan larutan penunjuk 26

6 Penyediaan gas
6.1 Gas karbon dioksida, hidrogen, oksigen dan 27
klorin
6.2 Penyediaan gas oksigen dengan 28
menggunakan kalium klorat(V) atau kalium
manganat(VII)
BIBLIOGRAFI 30

2
1.0PENGETAHUAN TENTANG UNSUR DAN SEBATIAN SERTA
SIFAT-SIFATNYA

1.1 Senarai nama unsur

Bil Bahasa Melayu English equivalent Simbol unsur


1 Magnesium Magnesium Mg
2 Natrium Sodium Na
3 Litium Lithium Li
4 Kalium Potassium K
5 Zink Zinc Zn
6 Stanum ( Timah ) Tin Sn
7 Plumbum Lead Pb
8 Kuprum Copper Cu
9 Ferum ( besi) Iron Fe
10 Aluminium Aluminium Al
11 Iodin Iodine I2
12 Bromin Bromine Br2
13 Klorin Chlorine Cl2
14 Hidrogen Hydrogen H2
15 Oksigen Oxygen O2
1.2 Senarai nama sebatian

Bil Bahasa Melayu English equivalent Simbol sebatian


1 Asid hidroklorik hydrochloric acid HCl
2 Asid nitrik nitric acid HNO3
3 Asid sulfurik sulphuric acid H2SO4
4 Asid fosforik phosphoric acid H3PO4
5 Asid etanoik ethanoic acid CH3COOH
6 Asid oksalik / asid oxalic/ ethanedioic acid H2C2O4
etanadioik
7 Ammonia ammonia NH3
8 Ammonium sulfat Ammonium sulphate (NH4)2SO4
9 Argentum nitrat Silver nitrate AgNO3
10 Kalium nitrat Potassium nitrate KNO3
11 Plumbum(ll) nitrat Lead(II) nitrate Pb (NO3)2

3
12 Kalsium nitrat Calcium nitrate Ca(NO3)2
13 Magnesium nitrat Magnesium nitrate Mg(NO3)2
14 Zink nitrat Zink nitrate Zn (NO 3)2
15 Kuprum(ll) nitrat Copper (II) nitrate Cu (NO3)2
16 Kalsium karbonat Calcium carbonate CaCO3
17 Natrium karbonat Sodium carbonate Na2CO3
18 Magnesium karbonat Magnesium carbonate MgCO3
19 Zink karbonat Zinc carbonate ZnCO3
20 Plumbum (ll) karbonat Lead(II) carbonate PbCO3
21 Kuprum (ll) karbonat Copper(II) carbonate CuCO3
22 Kalium iodida Potassium iodide KI
23 Kalium klorida Potassium chloride KCl
24 Barium klorida Barium chloride BaCl2
25 Ferum (lll) klorida Iron (III) chloride FeCl3
26 Kalsium klorida kontang Anhydrous calcium chloride CaCl2
27 Natrium klorida Sodium chloride NaCl
28 Kkuprum (ll) klorida Copper(II) chloride CuCl2
29 Plumbum (ll) bromida Lead (II) bromide PbBr2
30 Kalium bromida Potassium bromide KBr
31 Ferum (ll) sulfat Iron (II) sulphate FeSO4
32 Kuprum (ll) sulfat Copper (II) sulphate CuSO4
33 Barium hidroksida Barium hydroxide Ba(OH)2
34 Kalsium hidroksida Calcium hydroxide Ca(OH)2
35 Natrium hidroksida Sodium hydroxide NaOH
36 Kuprum (ll) oksida Copper(II) oxide CuO
37 Mangan (lV) oksida Manganese(IV) oxide MnO2
38 Aluminium oksida Aluminium oxide Al2O3
39 Kalium manganat (Vll) Potassium manganate (VII) KMnO4
40 Kalium dikromat (Vl) Potassium dichromate (VI) K2Cr2O7
41 Kalium heksasianoferat (II) Potassium hexacynoferate (II) K4Fe(CN)6
42 Kalium heksasianoferat (lll) Potassium hexacynoferate (III) K3Fe(CN)6
43 Kalium tiosianat Potassium thiocynate KSCN
44 Natrium tiosulfat Sodium thiosulphate Na2S2O3
45 Disulfur diklorida Disulphur dichloride S2Cl2
46 Hidrogen peroksida Hydrogen peroxide H 2O 2

4
47 Metilbenzena / toluena Methylbenzene/toluene C6H5CH3
48 Sikloheksana Cyclohexane C6H12
49 Sikloheksena Cyclohexene C6H10
50 Heksana Hexane C6H14
51 Metanol Methanol CH3OH
52 Etanol Ethanol C2H5OH
53 Propanol Propanol C3H7OH
54 Butanol Buthanol C4H9OH
55 Naftalena Naphthalene C10H8
56 Dietil eter Diethyl eter CH3CH2OCH2CH3

2.0 PENGETAHUAN TENTANG ALAT RADAS DAN BAHAN KIMIA


SERTA PENGENDALIANNYA

2.1 Senarai alat radas

Bil Radas Catatan


1 • Terdapat dalam saiz 50 cm3, 100 cm3,
250 cm3, 500 cm3 dan 1000 cm3
• Untuk mengisi cecair dan larutan.

Bikar/beaker
2 • Disimpan dalam keadaan menegak di
rak khas.Jika alkali digunakan,
hendaklah dibasuh dengan asid nitrik
cair diikuti dengan air sebaik sahaja
amali selesai untuk mengelakkan
alkali melekat.
• Untuk menyukat dan memindahkan
cecair pada isipadu yang
tepat( ketepatan 0.1cm3)

Buret/burette

5
3 • Disimpan dalam keadaan menegak
di rak khas.Jika alkali digunakan,
hendaklah dibasuh dengan asid
nitrik cair diikuti dengan air sebaik
sahaja amali selesai untuk
mengelakkan alkali melekat.
• Untuk menyukat cecair pada isipadu
yang khusus. (10 cm3, 25 cm3, 50
cm3)
pipet/pipette
4 • Simpan di almari yang tertutup
• Digunakan untuk mengisi isi padu
cecair dengan tepat seperti
penyediaan larutan piawai.
(25 cm3, 50cm3, 100cm3)

Kelalang volumetric/
volumetric flask
5 • Simpan jauh dari sumber haba bagi
mengelakkan getah menjadi rapuh.
• Digunakan untuk mengisi cecair ke
dalam pipet.

pengisi pipet/
pipette filler
6 • Simpan di almari yang tertutup.
• Untuk mengisi cecair dan larutan.
(Biasanya digunakan untuk
pentitratan)

Kelalang kon/conical flask


7 • Simpan di almari yang tertutup.
• Untuk memanaskan cecair atau
larutan kimia dalam jumlah yang kecil.

Tabung didih/boiling tube

6
8 • Simpan di almari yang tertutup.
• Untuk megisi cecair atau larutan kimia
dalam jumlah yang kecil.

Tabung uji/test tube


9 • Simpan di almari yang tertutup.
• Untuk memisahkan pepejal daripada
cecair.

corong turas/filter funnel


10 • Simpan di almari yang tertutup.
• Untuk mengisi larutan yang bertindak
sebagai titian garam

tiub-U/U-tube
11 • Simpan di almari yang tertutup.
• Untuk memindahkan cecair dalam
jumlah yang kecil setitis demi setitis.

penitis/dropper
12 • Rod kaca yang panjang hendaklah
diletakkan secara mengufuk bagi
mengelakkannya daripada melentur.
• Untuk mengacau larutan di dalam
sesuatu bekas.

rod kaca/glass rod

7
13 • Salur kaca yang panjang hendaklah
diletakkan secara mengufuk bagi
mengelakkannya daripada melentur.
• Hendaklah ditutup dikedua-dua
hujung bagi mengelakkan habuk
masuk.

salur kaca/glass tube


14 • Simpan di almari yang tertutup.
• Untuk menambah larutan ke
dalam campuran tindak balas.

Corong tisel/thistle
funnel
15 • Untuk memanaskan bahan
• Getah penyambung yang sudah
bocor, keras atau kembang
hendaklah diganti.

Penunu Bunsen/Bunsen
burner
16 • Simpan jauh dari sumber haba
bagi mengelakkan getah menjadi
rapuh
• Untuk menyumbat tabung uji,
tabung didih atau kelalang kon

penutup getah/rubber
stopper

8
17 • Simpan dialmari yang tertutup
• Untuk menyukat isipadu cecair

Silinder penyukat/
measuring cylinder
18 • Hendaklah ditutup dikedua-dua hujung
bagi menelakkan habuk masuk.
• Untuk menyalurkan gas yang terhasil
untuk dikumpulkan

Salur penghantar/delivery
tube
19 • Untuk mengalas sebarang radas yang
diperbuat daripada tanah liat dan
logam.

segitiga tanah liat/


pipe clay triangle
20 • Untuk memegang radas pada
kedudukan tertentu ketika
mengendalikan eksperimen

Kaki retort dan pemegang/


retort stand and clamp
21 • Untuk melindungi radas yang diperbuat
daripada kaca ketika pemanasan.

Kasa dawai/wire gauze

9
22 • Untuk menyalurkan gas dari sumber ke
penunu Bunsen.

Tiub getah/rubber tubing


23 • Untuk menjalankan eksperimen yang
melibatkan pemanasan pepejal dengan
gas seperti penentuan kedudukan
hydrogen dala siri kereaktifan,
penentuan formula empiric CuO dan
tindak balas antara halogen da gas
Tabung pembakaran/ klorin
combustion tube
24 • Simpan di almari yang tertutup
• Untuk mengumpul gas

Balang gas/gas jar


25 • Untuk memanaskan ketulan
litium,natrium dan kalium bagi tindak
balas antara logam tersebut dengan
gas klorin

Sudu pembakaran
26 • Untuk memanaskan bahan pepejal

Mangkuk pijar/crucible
10
27 • Simpan di almari yang tertutup
• Untuk menimbang bahan dalam jumlah
yang kecil

Piring kaca/glass dish


28 • Untuk memegang objek yang panas

Penyepit/crucible tongs
29 • Digunakan untuk memgang tabung uji

Penyepit tabung uji/


Test tube holder
30 • Digunakan untuk mengambil bahan
kimia pepejal

Spatula/spatula
31 • Digunakan untuk meletakkan tabung
uji/tabung didih dalam keadaan
menegak

Rak tabung uji/


Test tube rack
32 • Digunakan untuk mengisi elektrolit
ketika proses elektrolisis.

Sel elektrolisis/
Electrolysis cell

11
33 • Perlu disimpan di dalam kotaknya
setelah digunakan. Tombol pada jam
hendaklah disapu minyak supaya tidak
berkarat.
• Bagi jam randek digital, baterinya
hendaklahdikeluarkan jika tidak
digunakan dalam jangka masa yang
panjang
• Untuk mengukur masa yang diambil
untuk sesuatu eksperimen/ tindak
balas.
Jam randek/stopwatch
34 • Label pada botol reagen bagi bahan
kimia yang pekat atau menghakis
mestilah dilabel dengan warna merah.
• Untuk mengisi larutan kimia.
(semua botol reagen yang telah diisi
hendaklah dilabel)

Botol reagen/reagent bottle

2.2 Pengendalian dan penyelenggaraan radas serta peralatan sains

2.2.1 Alatan kaca

Jenis kaca yang biasa digunakan ialah kaca borosilikat dan kaca soda.
• Kaca soda tahan terhadap kakisan bahan kimia tetapi mempunyai ketahanan
terma yang rendah.
• Kaca borosilkat mempunyai ketahanan tinggi terhadap bahan kimia dan
haba. Contoh Jenama : Kimax, Pyrex, Corning

Semua radas yang digunakan untuk menyukat isi padu mestilah dibersihkan
menggunakan berus dan serbuk pencuci serta membilas dengan air paip dan
diikuti dengan air suling.

2.2.2 Tiub getah dan plastik

Tiub getah di simpan pada tempat yang jauh daripada sumber haba dan dalam
keadaan kering. Getah yang kendur dan merekah permukaannya tidak
sepatutnya disimpan.

2.2.3 Termometer

12
Termometer mesti disimpan di dalam bekas yang sesuai.Tanda skala pada
termometer akan hilang selepas satu jangka masa tertentu. Untuk membuat
tanda kekal pada termometer, gunakan dakwat dan biarkan dalam ketuhar pada
suhu 50oC - 70oC selama sehari.

Jika bebenang merkuri terputus, panaskan bebuli dalam kukusan minyak


sehingga bebenang merkuri bercantum semula dan dibiarkan sejuk.

Untuk termometer digital, baterinya hendaklah dikeluarkan jika termometer tidak


digunakan dalam jangka masa yang lama.

2.2.4 Kebuk wasap

Kebuk wasap perlu dijaga agar sentiasa berkeadaan baik dan berfungsi. Dinding
dan permukaan meja dalam kebuk wasap hendaklah di cuci selepas setiap kerja
amali. Pintu kebuk wasap hendaklah sentiasa dibersihkan supaya
pergerakannya tidak tersekat. Kipas penyedut hendaklah dihidupkan setiap kali
kebuk wasap digunakan.

2.2.5 Penyuling air

Bagi mengelakkan kerosakan peralatan penyulingan air, pastikan air dialirkan


sebelum suis dipasang. Sebelum penyulingan dihentikan, pastikan suisnya
dimatikan dahulu sebelum pili air ditutup. Suis dan pili air hendaklah ditutup
apabila tamat waktu persekolahan setiap hari untuk mengelakkan kerosakan
pada alat apabila tiada bekalan air.

2.2.6 Neraca elektrik

Penimbang dibersihkan dan dikeringkan setiap kali selepas digunakan.


Penimbang juga mesti disimpan di tempat yang kering. Sambungan wayar
penyambung hendaklah sentiasa kemas untuk memastikan tiada wayar yang
terdedah untuk mengelakkan daripada litar pintas berlaku.

2.3 Mengurus bahan kimia

2.3.1 Asid pekat

Ketika menyediakan larutan asid cair, anda perlu memasukkan asid ke dalam air
suling dan BUKAN AIR KE DALAM ASID.

Semua asid pekat haruslah disimpan di dalam kebuk wasap.


Jangan sekali-kali mencampurkan asid sulfurik dengan air dalam silinder
penyukat kerana haba yang terhasil daripada tindak balas boleh memecahkan
dasar silinder.

2.3.2 Bahan organik

13
Bahan kimia organik biasanya disimpan mengikut abjad di tempat yang
berasingan daripada bahan lain.

Semua bahan organik seperti metanol, etanol, propanol dan butanol mempunyai
takat didih yang rendah dan mudah meruap. Bahan-bahan ini perlu disimpan di
tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

Bekas mestilah ditutup rapi apabila tidak digunakan.

Cara terbaik mengendalikan cecair ialah dalam kebuk wasap.

2.3.3 Logam alkali ( Natrium, litium dan kalium )

Logam mesti sentiasa disimpan di dalam rendaman parafin.


Logam akan bertindak balas cergas dengan air.
Logam mesti dipegang menggunakan forsep.

2.3.4 Bahan kimia peka cahaya

Bahan seperti argentum nitrat hidrogen peroksida dan air bromin peka kepada
cahaya. Bahan-bahan ini mesti disimpan dalam botol gelap.

2.4 Format melabel botol reagen

Asid Hidroklorik, HCl Nama bahan dan formula

2 mol dm-3 Kepekatan larutan

15/8/2005 Tarikh penyediaan

2.5 Penghitungan jisim molar

(i) Nilai jisim molar bahan dapat ditentukan dengan menjumlahkan nilai jisim
atom relatif unsur berdasarkan formula bahan.
(nilai jisim atom relatif boleh diperolehi daripada Jadual Berkala unsur)

(ii) Contoh 1

a) KCl

14
39 + 35.5 = 74.5g

b) Al2O3

[27 × 2] + [16 × 3] = 102 g

c) Ca(OH)2

40 + [ (16+1)2 ]= 74 g

3.0 PENYEDIAAN LARUTAN

3.1 Penyediaan larutan piawai daripada bahan kimia pepejal

3.1.1 Maksud : Larutan piawai ialah larutan yang diketahui kepekatan dengan jitu.
Larutan piawai yang biasa disediakan ialah larutan natrium hidroksida
dan larutan kalium hidroksida

3.1.2 Radas yang digunakan untuk menyediakan larutan piawai ialah :


a) Kelalang volumetrik 50 cm3 / 100 cm3 / 250 cm3 / 500 cm3 / 1000 cm3 / 2000 cm3 /
5000 cm3
b) Bikar / botol penimbang
c) Neraca penimbang
d) Corong turas
e) Rod kaca

3.1.3 Dua unit kepekatan larutan piawai :


a) mol dm-3
b) g dm-3

15
3.1.4 Pengiraan kuantiti bahan kimia bagi penyediaan larutan piawai dalam
unit mol dm-3

Langkah 1 : Dapatkan jisim molar bahan terlibat daripada label botol bahan kimia
dalam unit g mol-1

Langkah 2 : Hitungkan bilangan mol bahan terlibat mengikut isi padu dan
kepekatan yang dikehendaki menggunakan formula
n = MV
1000
Di mana n = bilangan mol bahan
M = kepekatan dalam mol dm-3
V = isi padu dalam cm3

Langkah 3 : Hitungkan jisim bahan terlibat menggunakan formula ,


Jisim = bilangan mol x jisim molar, gmol-1

Contoh 1
Hitungkan jisim natrium hidroksida , NaOH yang diperlukan untuk
menyediakan 250 cm3 larutan natrium hidroksida 0.1 mol dm-3

Jawapan:
Langkah 1 : Label botol NaOH menunjukkan jisim molar bagi natrium
hidroksida ialah 40 g mol-1
Langkah 2 : Hitung bilangan mol NaOH
Bilangan mol natrium hidroksida = 0.1mol x 250 cm3
1000 cm3
= 0.025
Langkah 3 :

Jisim NaOH = 0.025 mol x 40 g mol-1


= 1 g.
Contoh 2
Hitungkan jisim pepejal kalium hidroksida, KOH yang diperlukan untuk
menyediakan 500 cm3 larutan kalium hidroksida 0.5 mol dm-3

Jawapan
Langkah 1: Label botol KOH menunjukkan jisim molar ialah 56 g mol-1

16
Langkah 2: Hitung bilangan mol KOH
Bilangan mol KOH = 0.5 mol dm-3 x 500 cm3
1000 cm3

= 0.25 mol

Langkah 3: Hitung jisim KOH


Jisim KOH = 0.25 mol x 56 g mol-1
= 14.0 g

3.1.5 Pengiraan kuantiti bahan kimia bagi penyediaan larutan piawai


dalam unit g dm-3

1. Hitung jisim bahan yang diperlukan menggunakan formula :


Jisim bahan = Kepekatan dalam g dm-3 x isipadu dalam cm3
1000

Contoh 1
Hitungkan jisim natrium hidroksida , NaOH yang diperlukan untuk
menyediakan 250 cm3 larutan Natrium Hidroksida 23 g dm-3

Jawapan:
Jisim NaOH = 23 g dm-3 x 250 cm3
1000 cm3
= 5.75 g
Contoh 2

Hitungkan jisim kalium hidroksida , KOH yang diperlukan untuk


menyediakan 500 cm3 larutan kalium hidroksida 20 g dm-3
Jawapan:
Jisim KOH = 20 g dm-3 x 500
1000

= 10.0 g

3.1.6 Langkah penyediaan larutan piawai setelah jisim bahan dihitung.

a) Timbang bikar kosong yang bersih dan catatkan jisimnya . Jumlahkan jisim
bikar dengan jisim bahan yang telah dihitung . Timbang dengan tepat
jumlah jisim tersebut.
b) Kenal pasti saiz kelalang volumetrik berdasarkan jumlah isi padu larutan
yang hendak disediakan.
c) Bilas kelalang volumetrik dengan air suling.
d) Isi kelalang volumetrik dengan air suling sehingga 1/3 penuh.
e) Masukkan bahan yang telah ditimbang ke dalam kelalang volumetrik melalui
corong turas.

17
f) Bilas bikar dan corong turas dengan air suling dan tuangkan ke dalam kelalang
volumetrik, Ulang langkah ini sebanyak dua kali.
g) Pusarkan larutan kelalang volumetrik hingga semua bahan terlarut.
h) Tambah air suling ke dalam kelalang sehingga ke tanda senggatan (Rujuk Rajah
1)
i) Tutup kelalang volumetrik dengan penutup. Goncang dan telangkupkan kelalang
itu beberapa kali.

Aras
senggatan
Kelalang volumetrik kelalang
volumetrik

Larutan yang disediakan

Rajah 1

3.1.7 Latihan

a. Hitungkan jisim pepejal kalium hidroksida, KOH yang diperlukan untuk


menyediakan 250 cm3 larutan kalium hidroksida 0.2 mol dm-3

b. Hitungkan jisim pepejal natrium hidroksida, NaOH yang diperlukan untuk


menyediakan 100 cm3 larutan natrium hidroksida 2.0 mol dm-3

c. Hitungkan jisim pepejal natrium hidroksida, NaOH yang diperlukan untuk


menyediakan 50 cm3 larutan natrium hidroksida 50 g dm-3

d. Hitungkan jisim pepejal kalium hidroksida, KOH yang diperlukan untuk


menyediakan 100 cm3 larutan kalium hidroksida 25 g dm-3

e. Anda dikehendaki menyediakan larutan natrium hidroksida 0.1 mol dm-3.


Huraikan langkah-langkah yang perlu diikuti untuk memperolehi larutan piawai
natrium hidroksida.

3.2 Penyediaan Larutan piawai daripada bahan kimia cecair

18
3.2.1 Penyediaan larutan piawai daripada larutan pekat

Dengan menggunakan formula, ketumpatan = jisim dan spesifikasi yang


Isi padu
diberi dalam jadual di bawah, isi padu reagen yang dikehendaki untuk pencairan
boleh dikira.

Jenis larutan Jisim molekul relatif Ketumpatan atau Ketulenan (Purity)


spesifikasi graviti
( S.G )

Asid hidroklorik 36.5 1.18 36%


(HCl)

Asid sulfurik (H2SO4 98.0 1.84 98%


)

Asid nitrik (HNO3 ) 65.0 1.42 70%

Hidrogen peroksida 34.0 1.13 35%


( H2O2 )

Ammonia ( NH3 ) 17.0 0.88 – 0.91 25%

Asid etanoik 60.0 1.05 99.5%


(CH3COOH)

Contoh Pengiraan: Penyediaan 1 dm3 larutan 0.1 mol dm-3 bagi asid hidroklorik
, isipadu larutan asid pekat yang diperlukan adalah

3.65 x 100 = 8.59 cm3


1.18 36

Jadual di bawah menunjukkan isipadu larutan pekat yang diperlukan untuk penyediaan
1 dm3 larutan 0.1 mol dm-3.

Jenis larutan 0.10 mol dm-3 Isi padu yang diperlukan / cm3
HCl 3.65 8.6

H2SO4 9.80 5.4

HNO3 6.50 6.5

H2O2 3.40 8.6

NH3 1.70 7.7

19
CH3COOH 6.00 5.7

Contoh :

Penyediaan 1 dm3 larutan asid hidroklorik,HCl berkepekatan 0.1 mol dm-3.

Radas : Pipet bersenggat 10.0 cm3, pengisi pipet; corong turas; kelalang volumetrik
1000cm3, rod kaca; bikar 500cm3; air suling.

Bahan kimia : Larutan asid hidroklorik (36%;S.G.1.8) dan air suling.

Prosedur:

a) Pipetkan 8.6 cm3 larutan asid hidroklorik pekat (36%;S.G.1.8) ke dalam bikar
500 cm3 yang telah diisi dengan 200 cm3 air suling dengan mengalirkannya pada rod
kaca.
b) Kacau larutan dengan rod kaca dan kemudian masukkanya ke dalam kelalang
volumetrik berukuran 1000 cm3 dengan menggunakan corong turas.
c) Bilas bikar tadi dengan air suling dan masukkan air bilasan tadi ke dalam kelalang
volumetrik 1000 cm3 berkenaan.
d) Tambahkan air suling ke dalam kelalang volumetrik sehingga mencapai senggatan.
e) Tutup kelalang volumetrik dengan penutupnya dan goncang dengan perlahan-lahan.
f) Langkah a hingga e perlu dilakukan berdasarkan jadual isi padu larutan pekat yang
diperlukan (rujuk jadual diatas) untuk menyediakan 1 dm3 larutan berkepekatan
0.1 mol dm-3.

3.2.2 Penyediaan larutan alkohol (etanol) dengan peratusan tertentu daripada


alkohol 95%

Contoh:
Penyediaan alkohol 70% melalui kaedah pencairan

M1V1 = M2V2

V1 = M2V2
M1

= 70 x 100
95
= 73.7 cm3

Prosedur:
a) Sukat 73.7 cm3 alkohol 95% dan masukkan ke dalam kelalang
volumetrik bersaiz 100 cm3
b) Tambahkan air suling sehingga isipadu mencapai tanda senggatan.

20
Catatan:
Larutan alkohol yang biasa digunakan dalam makmal seperti : 70% , 50% , 30%,
20% (pengiraan mengikut seperti contoh di atas )

3.2.3 Penyediaan larutan hidrogen peroksida (H2O2 )

Larutan hidrogen peroksida berkepekatan “10 isi padu” boleh disediakan dengan
mencampurkan 500 cm3 H2O2 “20 isi padu” dengan air suling dan dijadikan 1 dm3
larutan.

3.2.4 Latihan

a) Senaraikan alat radas yang diperlukan untuk menyediakan satu larutan piawai
asid sulfurik daripada larutan asid sulfurik pekat.

b) Hitungkan isi padu larutan etanol 95% yang diperlukan untuk menyediakan
larutan etanol 30%.

3.3 Penyediaan larutan dengan kepekatan tertentu melalui kaedah pencairan

3.3.1 Rumus pencairan

Rumus yang digunakan ialah :

M1V1 = M2V2

di mana M1 = Kemolaran larutan sebelum dicairkan.


V1 = Isi padu larutan sebelum dicairkan
M2 = Kemolaran larutan selepas dicairkan.
V2 = Isi padu larutan selepas dicairkan

3.3.2 Contoh pengiraan

Tujuan: Menyediakan 100 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3 daripada larutan piawai
asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 melalui kaedah pencairan.

Radas: Kelalang volumetrik 100 cm3, penitis, pipet 10 cm3, pengisi pipet

21
Bahan: Air suling, asid hiroklorik 1 mol dm-3
Prosedur:
Langkah 1
Hitungkan isi padu larutan piawai asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 yang
diperlukan untuk menyediakan 100 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3
Daripada formula pencairan :
M1 = 1.0 mol dm-3.
V1 = Isi padu larutan sebelum dicairkan
M2 = 0.1 mol dm-3 .
V2 = 100 cm3
maka,
(1.0 ) V1 = (0.1) (100)
(0.1)(100)
V1 =
(1.0)

V1 = 10.0 cm3

Langkah 2
a) Bilas kelalang volumetrik 100 cm3 dengan air suling.
b) Bilas pipet 10 cm3 dengan air suling ,diikuti dengan larutan piawai asid
hidroklorik 1.0 mol dm-3 .
c) Pipetkan 10 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 dengan menggunakan
pengisi pipet. Pastikan tiada gelembung udara terperangkap di dalam pipet
dan keluarkan hujung pipet daripada larutan asid hidroklorik.
d) Selaraskan meniskus pada tanda senggatan dan pada paras mata
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2 .
e) Pindahkan kandungan pipet ke dalam kelalang volumetrik 100 cm3 .
f) Sentuhkan sekali sahaja hujung pipet pada dinding dalam kelalang
volumetrik untuk mengeluarkan titisan terakhir Jangan tiup atau
Goncang untuk mengeluarkan baki yang tertinggal dalam pipet.
g) Tambahkan air suling sehingga hampir tanda senggatan. Kemudian
titiskan air suling sehingga menepati 100 cm3 .(kedudukan meniskus
larutan
adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 2
h) Tutup kelalang volumetrik dengan penutup . Goncang dan telangkupkan
kelalang itu beberapa kali

Catatan : Kaedah Pencairan ini boleh digunakan untuk menyediakan sebarang larutan
yang dikehendaki.

Meniskus
Tanda Paras Mata
Senggatan

22
Rajah 2

3.3.7 Latihan

a) Hitungkan isi padu larutan natrium hidroksida 5.0 mol dm-3 yang diperlukan
untuk menyediakan Arah goncangan
(i) 500 cm3 larutan natrium hidroksida 0.25 mol dm-3
(ii) 250 cm3 larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3

b) Tentukan kepekatan 1 dm3 larutan kuprum (II) sulfat yang dicairkan


dengan menggunakan
(i) 50.0cm3 larutan kuprum (II) sulfat 2.0 mol dm-3 .
(ii) 100.0cm3 larutan kuprum (II) sulfat 0.2 mol dm-3 .

c) Anda dikehendaki menyediakan 1 dm3 larutan asid nitrik 0.2 mol dm-3
dengan menggunakan larutan asid nitrik 2.0 mol dm-3 . Huraikan langkah-
langkah yang perlu untuk mendapat larutan tersebut.

Jawapan
a) (i) 25.0 cm3
(ii) 50.0 cm3
b) (i) 0.1 mol dm-3
(ii)0.02 mol dm-3
c) 100.0 cm3 HNO3 2.0 mol dm-3
4.0 PENYEDIAAN LARUTAN MEJA DAN BAHAN-BAHAN UJI

4.1 Senarai bahan kimia yang biasa digunakan dalam makmal

Bahan kimia Formula kimia Warna Warna larutan


pepejal
Kalsium hidroksida Ca(OH)2 Putih Tak Berwarna
Natrium hidroksida NaOH Putih Tak Berwarna
Kalium hidroksida KOH Putih Tak Berwarna
Ammonium hidroksida NH4OH - Tak Berwarna
(larutan ammonia)
Asid hidroklorik HCI - Tak Berwarna
Asid sulfurik H2SO4 - Tak Berwarna
Asid nitrik HNO3 - Tak Berwarna
Asid asetik (asid CH3COOH - Tak Berwarna
etanoik)
Argentum nitrat AgNO3 Kelabu Tak Berwarna
berkilat
Natrium karbonat Na2CO3 Putih Tak Berwarna
Natrium klorida NaCI Putih Tak Berwarna

23
Ferum(ll) sulfat terhidrat FeSO4.7H2O Hijau muda Hijau muda
Ferum(lll) klorida terhidrat FeCl3.6H2O Perang Perang/kuning
Kalium kromat (Vl) K2CrO4 Kuning Kuning
Kalium dikromat (Vl) K2Cr2O7 Jingga Jingga
Kalium manganat (Vll) KMnO4 Ungu Ungu
Kalium heksasianoferat (ll) K4Fe(CN)6 Kuning Kuning
Kalium heksasianoferat (lll) K3Fe(CN)6 Jingga Kuning
Kalium tiosianat KSCN Putih Tak berwarna
Kalium iodida Kl Putih Tak berwarna
Barium klorida BaCl2 Putih Tak berwarna
Plumbum (ll) nitrat Pb(NO3)2 Putih Tak berwarna
Zink sulfat ZnSO4 Putih Tak berwarna
Diammonium iron(ll) (NH4)2SO4.FeSO4.6H2O Hijau muda Tak berwarna
sulphate(Vl) hexahydrate*
Ammonium etanoate* CH3COONH4 Putih Tak berwarna
Sodium oxalate (sodium Na2C2O4 Putih Tak berwarna
ethanedioate)*
Hydrated ethanedioic acid* H2C2O4.2H2O Putih Tak berwarna
8-hydroxyquinoline* C9H7NO Perang Perang

Catatan:
Nama bahan kimia dalam Bahasa Inggeris yang bertanda ‘ * ‘digunakan oleh
pelajar Tingkatan Enam

Untuk penyediaan larutan piawai di atas, sila rujuk *Penyediaan Larutan


Piawai* pada muka surat 15

Untuk penyediaan larutan meja melalui kaedah pencairan sila rujuk


bahagian modul bertajuk *Penyediaan Larutan dengan kepekatan tertentu
melalui Kaedah Pencairan* pada muka surat 21

4.2 Penyediaan larutan bahan uji khas

Larutan Cara penyediaan


Air klorin
• Larutan NaClO dicampurkan dengan asid sulfuric dalam nisbah isi
padu yang sama

Air bromin
• Larutkan 6 cm3 cecair bromin dalam 200 cm3 air suling dan
jadikan 1 dm3 larutan.
Larutan
• Larutkan 25 g pepejal iodin dalam
iodin
1 dm3 larutan Kl berkepekatan
50 g dm-3.

Air kapur
• Campurkan 50 cm3 air suling kepada 100 g kalsium hidroksida
pepejal di dalam kelalang kon dan sejukkan kelalang kon di
bawah air pili.
• Sumbatkan kelalang kon dengan gabus getah dan biarkan
24
beberapa hari
• Kemudian turaskan larutan

5.0 PENYEDIAAN LARUTAN PENUNJUK

Larutan Cara penyediaan Perubahan Skala pH


warna
Larutan litmus • Larutkan 10 g litmus perdagangan
dalam 500 ml air panas dan
biarkan larutan seketika, turaskan
dan kepada hasil turasan, - -
campurkan beberapa titik asid
nitrik cair (1M) sehingga warna
ungu terdapat.
Metil jingga • Larutkan 0.1 g metil jingga dalam Merah ke 2.9-4.6
100 cm3 air suling. kuning
Fenolftalein • Larutkan 1 g pepejal fenolftalein Kuning ke 8.0-9.6
dalam 500 cm3 alkohol (etanol) merah
dan tambahkan air suling ke jambu
dalam larutan tersebut sehingga
isipadu menjadi 1 dm3.

25
Metil merah Larutkan 0.4 g metil merah dalam Kuning ke biru 3.6 - 5.2
200 ml etanol dan tambahkan air
suling ke dalam larutan tersebut
sehingga isipadu menjadi 1 dm3.

Kertas Sediakan larutan kanji terlebih


iodida kanji dahulu iaitu dengan melarutkan 1 g
kanji dalam sedikit air sejuk dan
tambahkan air yang mendidih
sehingga isipadu menjadi 100 cm3.

Kemudian sediakan larutan KI - -


(kalium iodida) dengan melarutkan
8.3 g pepejal KI dalam air suling
dan larutan dijadikan 100 cm3.
Campurkan larutan kanji bersama
larutan KI, kemudian celupkan
beberapa keping kertas turas dalam
campuran.Keringkan kertas itu dan
simpan di dalam botol yang bertutup
rapat.

6.0 KAEDAH PENYEDIAAN GAS

6.1 Gas karbon dioksida, hydrogen, oksigen dan klorin

6.1.1 Susunan radas di bawah digunakan untuk menyediakan gas karbon dioksida,
hidrogen dan oksigen melalui kaedah penyesaran air.

Corong
tisel
Salur
penghantar
Balang
gas

Larutan X 26 Air
Pepejal Y
Rajah 3

6.1.2 Cadangan bahan kimia bagi penyediaan gas karbon dioksida, oksigen
hidrogen dan klorin.

Gas Larutan X Pepejal Y Persamaan Kimia


Karbon Sebarang asid cair Karbonat CaCO3 + 2HCl → CaCl2 + CO2 + H2O
dioksida (0.5 – 1.0 mol dm-3) logam
seperti HCl, dan seperti CaCO3 + 2HNO3 → Ca(NO3)2 + CO2 + H2O
HNO3 CaCO3
[Asid sulfuric tidak sesuai digunakan kerana
terbentuk garam tak terlarutkan]
Hidrogen Sebarang asid cair Logam Mg Mg + 2HCl → MgCl2 + H2
(0.5 – 1.0 mol dm-3) dan Zn
seperti HCl, H2SO4 sahaja Zn + H2SO4→ ZnSO4 + H2
dan HNO3
Mg + 2HNO3 → Mg(NO3)2 + H2
Catatan
▪ Logam K, Na dan Ca tidak sesuai
kerana terlalu reaktif.
▪ Al tidak sesuai kerana lapisan
oksidanya menyebabkan gas
hidrogen tidak dapat dihasilkan
▪ Fe,Sn dan Pb tindakbalas sangat
perlahan
▪ Cu dan Ag tidak bertindakbalas
dengan asid

Oksigen Larutan hidrogen Pepejal 2H2O2 → O2 + 2H2O


peroksida mangan(I
‘20-isi padu’ V) oksida [mangan(IV) oksida bertindak sebagai
mangkin]

Gas klorin Asid hidroklorik Kalium 16HCl + 2KMnO4 → 2MnCl2 + 2KCl +


pekat manganat 8H2O + 5Cl2
(VII)

6.1.3 Langkah Penyediaan

a) Sukat 100 cm3 – 200 cm3 larutan X kedalam kelalang dasar bulat.
b) Sediakan radas seperti rajah 2.
c) Timbang kuantiti yang sesuai pepejal Y ( 5 – 10 g untuk logam/karbonat logam
dan 1 – 2 g untuk Mangan(IV)oksida ) dan masukkan ke dalam kelalang dasar
bulat. Dengan serta merta tutup kelalang dasar bulat dengan penyumbat yang
27
telah dipasang salur penghantar dan corong tisel.(Pastikan hujung salur corong
tisel tenggelam dalam larutan X untuk mengelakkan gas terbebas keluar)
d) Apabila semua air dalam balang gas disesar keluar, tutup mulut balang dengan
sisip kaca dan tegakkan .Gantikan dengan balang gas yang telah diisi penuh
dengan air.
e) Tambah larutan X melalui corong tisel jika perlu

6.2 Penyediaan gas oksigen dengan menggunakan kalium klorat(v) atau kalium
manganat(VII)

Kalium klorat(v)
atau
kalium Salur
manganat(VII)) penghantar Balang
gas

Panaskan

Air

Rajah 4

6.2.1 Langkah penyediaan

a) Masukkan 2 – 5 spatula serbuk kalium klorat(V) ke dalam tabung didih.


Tutup tabung didih dengan gabus yang telah disambung dengan salur
penghantar
b) Sediakan radas seperti rajah 4
c) Apitkan tabung didih pada kaki retort.
d) Isikan balang gas penuh dengan air dan telangkupkan ke dalam besen
yang telah berisi air. Pastikan tiada udara yang terperangkap dalam
balang gas tersebut
e) Panaskan kalium klorat(v) dan kumpul gas di dalam balang gas

28
f) Apabila semua air dalam balang gas disesar keluar, tutup mulut balang
dengan sisip kaca dan tegakkan .Gantikan dengan balang gas yang telah
diisi penuh dengan air.
.

BIBLIOGRAFI

1. Pengurusan dan keselamatan makmal sains sekolah, 1999, PPK, Kementerian


Pelajaran Malaysia
2. Buni bin Sunade, Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah, Lim Yean Ching, Kimia
Tingkatan 4, 2001, Zeti Enterprise
3. Buni bin Sunade, Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah, Lim Yean Ching, Kimia
Tingkatan 5, 2002, Zeti Enterprise
4. Laboratory management and techniques for school and colleges, 1978, Recsam,
Anthonian
5. Ooi Chong Beng, Mohd Khairuddi Yahya, Panduan makmal sains, 1982,
DBP, Kementerian Pelajaran Malaysia

29
30

You might also like