Professional Documents
Culture Documents
Bahan Program Lima Minit Antidadah 2018
Bahan Program Lima Minit Antidadah 2018
Rasional
Kurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran
maklumat PPDa di sekolah. Satu set bahan bahan maklumat yang jelas perlu
disediakan untuk memudahkan para guru menyampaikan mesej antidadah.
Objektif
Memberi maklumat PPDa kepada warga sekolah.
Memberikan kesedaran bahaya dadah kepada warga sekolah ke arah
gaya hidup cemerlang.
Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat PPDa kepada warga
sekolah.
Kaedah Perlaksanaan
Menyampaikan mesej Jauhi Dadah melalui perhimpunan mingguan
Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Perhimpunan khas
Aktiviti kokurikulum.
a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf
tunjang);
JENIS-JENIS DADAH
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol); alkohol dan
tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan
dadah dari segi kesannya.
Ubat dan Dadah mempunyai perbezaan yang amat ketara di antara satu sama lain.
Perbezaannya adalah seperti berikut :-
2. Ubat tidak memberikan kesan yang tidak Dadah akan memberi kesan
diingini atau kesan sampingan yang berbahaya yang berkekalan
minima seperti pening kepala, panas sebagai satu tabiat yang
badan dan mengantuk. Kesan ini akan berkekalan walaupun pengambilan
hilang apabila pengambilan ubat dan penggunaanya dihentikan.
tersebut dihentikan.
Dadah telah dikeluarkan oleh beberapa buah negara di dunia ini. Negara-negara
yang mengeluarkan dadah adalah seperti berikut :
1. Peru Koka
2. Bolivia Koka, Marijuana
3. Colombia Koka, Marijuana
4. Equardo Koka
5. Burma Candu
6. Loas Candu
7. Thailang Candu
8. Pakistan Candu
9. Iran Candu
10. Lebanon Candu
11. Afghanistan Candu
12. Mexico Marijuana
13. Jamaica Marijuana
14. Morocca Marijuana
15. Belize Marijuana
16. Amerika Syarikat Marijuana
17. Negara Timur Tengah Hashish
18. Guatemala Candu
TAJUK 5
1. toleran meningkat;
2. gejala tarikan
Apabila seseorang terjebak dalam dunia dadah, amat sukar sekali untuk keluar dari
jaringan dadah ini.
Kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk sekali, sama ada
pengambilan dadah secara suntikan ataupun pengambilan dadah melalui mulut.
Kesan-kesan buruknya adalah seperti berikut:
KANABIS (GANJA)
Kanabis (ganja) adalah sejenis dadah yang didapati dari bunga dan daun-daun
pokok India Hemp, canabis Satiral. Pokok Kanabis (Ganja) tumbuh subur di negara-
negara yang beriklim tropikal seperti Malaysia, Indonesia, Amerika Selatan, Timur
Tengah, Thailand dan lain- lain lagi. Pokok kanabis (Ganja) tingginya di atara 7
hinga 12 kaki. Daun Kanabis (Ganja) yang telah dikeringkan dan dihancurkan
menyerupai daun tembakau dan berwarna hijau pucat. Apabila dibakar, bau
asapnya seperti bau rumput atau tali tebakar dan hangit. Kanabis (Ganja) di
pasaran haram adalah dalam bentuk campuran, dibungkus dalam kertas coklat dan
biasanya berbentuk selinder.
Jenis Kanabis :
- Minyak Hashish
Menghisap Ganja mengubah persepsi masa dan jarak serta mencacatkan daya
ingatan jangka pendek dan koordinasi. THC dalam dos tinggi mengubah pandangan
dan menyebabkan halusinasi.
Satu reaksi daripada menghisap Ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-
tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok Ganja.
Penghisap menjadi cemas, bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak
terkawal lagi.
Bahan kimia yang terdapat pada Ganja terkumpul dalam tubuh manusia. 30% -50%
THC tertinggal dalam tubuh manusai seminggu selepas menghisap sebatang rokok
Ganja dan dianggarkan bahawa 4-6 minggu berlalu sebelum kesemua THC
dikeluarkan dari tubuh mengikut proses fisilogi normal. Jika seseorang menghisap
ganja terus-menerus dalam satu minggu atau satu bulan, THC sentiasa terkumpul
dalam semua sel tubuh, terutama sekali dibahagian otak, paru-paru dan organ
pembiakan yang mana akan mengubah peribadi dan kelakuan orang itu.
Ganja mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa yang
singkat (18-24 bulan). Penghisap ganja sering batuk apabila menyedut asap Ganja.
Asap Ganja mengandungi THC, bahan kimia lain (yang menyakiti paru-paru) serta
racun-racun seperti karbon monoksid dan ammonia. Kesan asap ini begitu teruk
sekali sehingga para saintis menyatakan bahawa kesan 5 batang rokok ganja
adalah sama seperti 112 batang rokok tembakau
Asap Ganja juga merosakkan sistem ketahanan paru-paru yang secara normal
berfungsi untuk membinasakan bahan asing dan bakteria. Penyakit bronchitis dan
sakit dada sering berlaku di kalangan penghisap Ganja. Selain dari itu penyakit
laryngitis, lelah (asthma) dan tanda-tanda awal penyakit kanser paru-paru juga telah
dilaporkan.
Satu kajian di Boston pada tahun 1982 menunjukkan bahawa ibu-ibu yang
menghisap ganja ketika mengandung ini mempunyai kemungkinan 5 kali lebi besar
untuk melahirkan bayi-bayi yang cacat. Bayi-bayi ini mengalami kecacatan fizikal
TAJUK 12
OPIAT
Opiat juga dikenali sebagai narkotik, adalah bahan yang digunakan dalam perubatan
untuk menidurkan atau untuk melegakan kesakitan, tetapi mempunyai potensi yang
tinggi untuk menyebabkan ketagihan. Sebahagian dari opiat seperti candu, Morfin,
Heroin dan kodein diperolehi dari getah buah Popi. Pokok Popi ditanam di negara-
negara Timur Tengah dan Asia. Jenis Opiat yang lain adalah jenis Opiat sintetik.
Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone dan petidin. Bahan ini
mempunyia sifat-sifat yang serupa dengan bahan-bahan Opiat .
1. ASLI : Candu
Morfin
Heroin
Kokain
2. TIRUAN ; Petidin
Methadon
Pengguna menjadi gelisah, berasa loya dan muntah-muntah. Pengguna juga rasa
mengantuk. Dengan dos besar, pengguna tidak dapat dikejutkan dari tidur, anak
mata mereka menjadi kecil, kulit mereka menjadi sejuk, lembab dan berwarna
kebiru-biruan. Pernafasan mereka menurun atau menjadi sesak yang boleh
menyebabkan kematian.
Penagihan berlaku apabila pengguna menggunkan Morfin sedikit demi sedikit dalam
tempoh masa yang lama.
TAJUK 14
(Bahagian 1)
Dadah yang dijual di kaki lima dicampur dengan berbagai jenis bahan
campuran yang mana kandungan sebenar tidak diketahui oleh penagih.
Kematian boleh berlaku apabila dadah campuran ini disuntik dan tersumbat
dalam pembuluh dadah. Heroin yang dicampur dengan barbiturat akan juga
mengakibatkan pergantungan terhadap dadah tersebut.
C. RISIKO KEMALANGAN
ini memuncak selepas kira-kira 24-72 jam dan berkurangan dalam masa
7-10 hari. Adakalanya gejala seperti tidak tidur dan rasa gian
berpanjangan hingga berbulan-bulan.
TAJUK 16
Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan
dadah adalah :
Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, kerja, disiplin dan hasil
kerja menurun.
Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau
mata yang redup dan kuyu.
Perut dan bekas suntikan di lengan dan dihujung jari bertukar warna akibat
menghisap ganja.
RAWATAN DETOKSIFIKASI
TAJUK 18
TAJUK 19
TAJUK 20
Jenis racun yang berada di bawah kawalan Akta ini termasuk bahan yang digunakan
untuk tujuan perindustrian, perubatan dan pertanian. Sebahagian racun telah
dikelaskan sebagai bahan psikotropik dan hanya boleh dibekalkan melalui preskripsi
PPDa MENCIPTA FENOMENA
oleh pengamal perubatan, doktor haiwan dan doktor pergigian. Ahli Farmasi atau
doktor yang diberi kuasa sahaja dibenarkan menjual bahan ini.
TAJUK 21
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 adalah satu akta yang
memperuntukan dengan secara menyeluruh aspek rawatan dan pemulihan. Akta ini
mula berkuatkuasa pada 15 April 1983. Segala kelemahan yang terdapat di
Bahagian VA – Akta Dadah Berbahaya 1952 telah diperbaiki dan disemak dengan
pengubahan Akta baru ini.
Peruntukan di bawah Akta ini mewajibkan mana-mana orang yang disahkan sebagai
penagih dadah termasuk mereka yang tampil secara sukarela, untuk menjalani
rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, atau secara pengawasan. Tempoh
program rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan ialah selama dua tahun. Ini
diikuti dengan jagaan lanjutan selama dua tahun lagi.
TAJUK 22
AIDS
Ia adalah penyakit penularan seksual yang disebabkan oleh virus HIV (Human
Immunodeficiency Virus).
AIDS adalah amat merbahaya kerana tiada rawatan atau Vaksin untuk AIDS setakat
ini. Semua pesakit-pesakit AIDS akhirnya akan mati disebabkan penyakit ini.
Bukannya mudah untuk dijangkiti virus HIV. Virus ini senang musnah dan tidak
dapat bertahan lama diluar daripada badan manusia.
TAJUK 23
Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda seperti berikut :
2. SISTEM-SISTEM PERNAFASAN
- sesak nafas
(respiratory dan cerdial system)
Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam masa yang singkat
mungkin menyebabkan :
1. ketidakserasian (disorientation)
2. kehilangan kawalan diri
3. tidak sedarkan diri
4. sawan (serangan otak dengan tiba-tiba)
5. kurang penyelarasan pergerakan otot
6. refleksi/gerakan yang berkurangan ( depressed reflexes)
7. hidung berdarah, mata merah dan nafsu berbau
8. bengang dan pening kepala selama beberapa hari.
TAJUK 24
1. Letih Lesu
2. Pucat
3. Kehilangan daya ingatan
Kebanyakan kesan jangka panjang ini boleh dipulihkan kembali (reversible) jika
pengunaan inhalan dihentikan.
Penghiduan wap pekat yang dilakukan berulang kali dalam tempoh masa yang
berlanjutan boleh menyebabkan :
1. kerosakan sistem saraf pusat yang berkekalan yang mungkin tidak dapat
dipulihkan kembali;
2. pengurangan besar keupayaan jasmani dan mental;
3. kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang;
4. kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang tidak
tetap, kesukaran bernafas, kemalangan dan kesesakan nafas.
TAJUK 25
Setiap kali anda sedut asap rokok anda mengisikan paru-paru anda dengan 3 jenis
bahan :
1. NIKOTIN
Ialah sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem saraf. Ia
boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan saluran-saluran
darah dan menaikan tekanan darah. Nikotin menyebabkan ketagihan perokok
kepada rokok.
2. KARBON MONOKSIDA
3. TAR
TAJUK 26
PPDa MENCIPTA FENOMENA
BAHAYA- BAHAYA MEROKOK
1. KERONGKONG
2. CILIA
3. PARU-PARU
a. Sesak nafas
b. Kurang tenaga
4. JANTUNG
6. MENYEBABKAN PENYAKIT
a. Enfisema
b. Bronkitis
c. Membahayakan bayi dalam kandungan
7. MENYEBABKAN KANSER
TAJUK 27
TAJUK 28
1. Program-program di sekolah
2. Proggram-program di sekolah melibatkan masyarakat
TAJUK 30
Terhadap penggunaan dadah, tidak terdapat hukum atau larangan khusus dari Al-
Quran atau Hadis Rasullullah(S.A.W). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis
melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan
diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kehidupan
yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap
individu tidak terjebak didalam kebinasaan.
Mungkin fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Masriah Al Sabiq (Bekas Mufti Mesir),
Al Syeikh Hasanin Makhluf dan kitabnya “Fatwa Al-Syari’iyah” (muka surat 184),
bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan: pemberian dan
membuat jualan perniagan mengikut Mazhab Syafei dan Al Syeikh Al Islam Ibn
Taimiyah dari Ulamak Hambali.
Ali Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa
aspek antaranya , dadah boleh memabukkan dan merbahaya kepada manusia dan
masyarakat seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis
sebagaimana berikut:
Ertinya,
PPDa MENCIPTA FENOMENA
“Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram” (Hadis Bukhari dan Muslim)
Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencanaya yang disiarkan oleh Majalah Al-
Wayul Islam keluaran disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada
arak dan tiga sebab utamanya ialah:
Majlis Raja-raja dalam mesyuarat yang ke 128 yang diadakan pada 24.2.1983,
setelah menimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:
Dari dalili-dalil diatas, jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya dari arak.
Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram, malahan lebih haramnya
daripada arak. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah(S.W.T) dan dosanya amatlah
besar.
TAJUK 33
Heroin
Definasi
Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud
kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan
untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari
Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat
dari Morfin.
Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin
Black Tar
Nama lain
Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah ,
pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul
Morfin
Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari
putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% - 90%
morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih
dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi
peratus morfinnya 60% - 70% . Berbau seperti candu dan berupa
seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat
pucat.
Jenis/Bentuk
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
Candu
Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan
buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan
berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan
sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .Tahi candu : sisa bakaran
atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-
muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul
Ganja
Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa.
Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9
tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang
mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC
terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua
secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap
ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan
menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed
Cara penggunaan
menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu
cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang
pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan ,
yuforia dan sunggul
Syabu
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek
perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan
perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal ,
diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah
kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
Nama lain
Ice
PPDa MENCIPTA FENOMENA
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari
tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata
dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan
Ecstacy/MDMA
Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-
methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna
oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk
menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap ,
boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas
terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah ,
halusinasi , cemas dan takut, mulut kering , tidak boleh tidur
Ketamin
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin
semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .
Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair , pil
Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria
pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan
PPDa MENCIPTA FENOMENA
kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak
ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah.
TAJUK 36
ii) Remaja/ pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan
ini akan
memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.