Migrasi Dan Impaknya Terhadap Kepelbagai PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PROCEEDINGS - The 6th International Conference on Social Sciences and Humanities 4-6 April 2017, Malaysia

ISBN 978-983-2795-36-0

(A083)

Migrasi dan Impaknya Terhadap Kepelbagaian


Etnik Islam di Sabah

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin1, Ibnor Azli Ibrahim2

1
Calon Phd Peradaban Islam, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
2
Professor Madya, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam
& Felo Bersekutu, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: Migrasi bukanlah suatu fenomena baharu di Sabah. Sebelum penjajahan lagi sehinggalah
Sabah mencapai kemerdekaan, gelombang migrasi terus berlaku dan tidak mempunyai tanda
berhenti. Terdapat banyak kajian telah dijalankan berhubung fenomena migrasi di Sabah. Kesan
mahupun impak migrasi merupakan topik yang sering menjadi tumpuan para pengkaji.
Bagaimanapun kurang kajian migrasi dari sisi pandang agama. Oleh itu kertas kerja ini akan
membahaskan berhubung impak migrasi terhadap kepelbagaian etnik Islam di Sabah. Kajian ini
adalah berbentuk kualitatif dan dijalankan dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan.
Kajian mendapati bahawa migrasi etnik dominan Islam daripada Brunei, Filipina dan Indonesia
bukan sahaja membentuk kepelbagaian etnik Islam, malah menjadikan Islam sebagai kumpulan
majoriti dianuti di Sabah. Sekali gus memberi impak yang besar apabila Islam menjadi agama rasmi
negeri Sabah. Kajian ini diharapkan menjadi titik tolak kepada kajian migrasi dari perspektif agama
di Malaysia amnya dan Sabah khususnya pada masa akan datang.

Kata Kunci: Migrasi, Etnik, Brunei, Filipina, Indonesia, Sabah.

merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia


Pengenalan selepas Sarawak dengan keluasan 72, 500 km
persegi dengan pantai sepanjang 14, 400 km serta
Migrasi bukanlah suatu fenomena baharu di Sabah. berkedudukan pada 4-80 latitude dan 115- 120
Banyak kajian telah dilakukan berhubung fenomena longitude. Sabah dikelilingi oleh Laut China Selatan
migrasi di Sabah dalam pelbagai aspek sama ada di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut
dari sudut politik, ekonomi, sosial, keselamatan, dan Laut Celebes di bahagian Timur. Sabah
pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi. Impak dan dikelilingi oleh beberapa negara iaitu Brunei,
kesan migrasi merupakan aspek yang sering menjadi Filipina, dan Indonesia.
tumpuan para pengkaji. Bagaimanapun kurang
kajian yang membahaskan impak migrasi di Sabah Sebelum pembentukan persempadanan lagi,
dari segi hal ehwal agama. Bagi mengisi kekurangan penduduk Sabah adalah terdiri daripada 33
tersebut, kertas kerja ini akan membahaskan impak kumpulan etnik peribumi yang berkomunikasi lebih
migrasi etnik dominan Islam dari Brunei, Filipina 50 bahasa dan 80 dialek. Pada awalnya masyarakat
dan Indonesia terhadap pembentukan kepelbagaian Sabah adalah terdiri daripada beberapa suku etnik
etnik Islam di Sabah. peribumi asli yang kemudiannya telah menjadi
sebuah masyarakat majmuk ekoran daripada proses
Landskap Beragama Penduduk Sabah migrasi yang berlaku seawal kurun ke-10.
Dipercayai migran yang datang ke Sabah pada
Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia ketika itu adalah dari negara-negara berdekatan
yang terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah seperti Brunei, Filipina dan Indonesia. Malah tidak
wilayah persekutuan. Sabah terletak di utara Pulau kurang juga migrasi dari negara-negara yang lebih
Borneo iaitu pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah jauh seperti Yaman, China, India, Pakistan,

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Bin Hajimin, calon Phd Peradaban Islam, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi
Selangor. No. tel: 014-5602095, E-mel: mnhidayath_h@yahoo.com.

1
PROCEEDINGS - The 6th International Conference on Social Sciences and Humanities 4-6 April 2017, Malaysia
ISBN 978-983-2795-36-0

Kepulauan Kokos dan lain-lain lagi. Migrasi ke Bajau merupakan etnik dominan Islam.
Sabah berlaku disebabkan kedudukan geografi yang Kadazandusun dan Murut merupakan etnik dominan
dekat, hubungan kekeluargaan, persamaan adat dan Kristian. Ini bermaksud penyumbang utama
budaya, potensi ekonomi, menyebarkan agama, pengangut Islam di Sabah adalah daripada etnik
krisis politik dan lain-lain lagi. Bajau. Manakala Kadazandusun dan Murut
merupakan penyumbang utama kepada Kristian.
Sebelum membahaskan berkenaan landskap Etnik-etnik lain yang dominan Islam adalah seperti
beragama masyarakat Sabah, perkara pokok yang Idahan, Sungai, Iranun, Melayu-Brunei, Kedayan,
perlu diketahui terlebih dahulu adalah pembahagian Bisaya, Sulu, Kokos, Pakistan, Yaman dan lain-lain
dan kumpulan etnik yang wujud di Sabah. Seperti lagi. Etnik-etnik lain yang dominan Kristian juga
mana di negeri-negeri Malaysia yang lain, etnik adalah seperti Rungus. Selanjutnya Buddha sinonim
Sabah boleh dibahagikan kepada kumpulan dengan etnik Cina, dan Hindu sinonim dengan etnik
Bumiputera dan Bukan Bumiputera. Etnik India. Namun, tidak dinafikan masih terdapat
bumiputera utama di Sabah adalah Kadazandusun, masyarakat Sabah yang kekal tidak beragama.
Bajau dan Murut. Kadazandusun merupakan etnik Malah terdapat juga mereka yang telah menganut
terbesar yang mewakili satu pertiga dari jumlah sesuatu agama, kepercayaan animisme ini juga tidak
keseluruhan penduduk dan dianggap sebagai terpinggir kerana telah sebati sebagai adat mereka.
penduduk asal Sabah. Hal ini kerana sukar untuk
mendatangkan bukti kewujudan etnik-etnik lain Dengan pembahagian di atas beberapa kesimpulan
berbanding Kadazandusun dan sub-etniknya yang dapat dibuat iaitu masyarakat Sabah terdiri daripada
berasal dari Tanah Besar Asia. Manakala Bajau dan pelbagai etnik dan agama. Setiap agama pula
Murut merupakan etnik kedua dan ketiga yang sinonim dianuti oleh etnik-etnik tertentu. Secara
terbesar di Sabah. Selain itu terdapat juga etnik- tidak langsung ia memudahkan masyarakat luar
etnik bumiputera lain seperti Idahan, Sungai, untuk mengenali pegangan agama bagi sesebuah
Kwijau, Iranun, Melayu-Brunei, Kedayan, Bisaya, etnik secara umum di Sabah. Dalam konteks
Sulu, Tidong, Sino-Kadazan, Lotud, Rungus, masyarakat Islam di Sabah, dapat dilihat ia juga
Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan, Minokok, terdiri daripada pelbagai etnik. Mereka bukan sahaja
Rumanau, Mangkaak, Kokos dan lain-lain lagi. dibentuk daripada etnik majoriti Islam, malah turut
Manakala bagi Bukan Bumiputera, etnik-etniknya diwarnai oleh etnik minoriti Islam. Selain itu,
terdiri daripada Cina, India, Pakistan, Eropah, kepelbagaian etnik Islam Sabah juga adalah impak
Yaman dan lain-lain lagi. Etnik Cina merupakan daripada migrasi etnik-etnik dominan Islam
kumpulan bukan bumiputera terbesar di Sabah. Cina daripada negara jiran seperti Brunei, Filipina dan
merupakan etnik terbesar selepas Kadazandusun dan Indonesia.
India pula merupakan kumpulan minoriti (Siti Aidah
2007: 4-6). Migrasi Etnik Dominan Muslim Brunei

Sebelum kemasukan pengaruh agama, peribumi Sebelum kemasukan penjajah pada tahun 1881,
Sabah tidak menganut sebarang agama (pagan) Sabah pernah berada di bawah dua pemerintahan
sebaliknya mengamalkan kepercayaan animisme kesultanan Islam iaitu Kesultanan Brunei dan
iaitu mempercayai bahawa setiap benda dan alam Kesultanan Sulu. Melalui Sultan Brunei pertama
sekeliling seperti pokok, batu, dan lain-lain lagi iaitu Sultan Muhammad Shah (1383-1402M)
mempunyai roh, semangat, hantu dan iblis. telah pun memberikan impak kepada perkembangan
Pengaruh Islam terawal memasuki Sabah etnik Islam di Sabah (Nurasnie 2012: 44). Hal ini
direkodkan pada tahun 1300 (Mat Zin 2003: 28). kerana Brunei merupakan pusat penyebaran Islam di
Manakala kemasukan Kristian ke Sabah adalah pada kepulauan Borneo pada ketika itu. Bagaimanapun
tahun 1859 (Regina 2008: 113). proses penyebaran dan perkembangan Islam adalah
lebih pesat ketika pemerintahan Sultan Brunei
Setelah kemasukan agama, etnik-etnik tersebut ketiga Sultan Sharif Ali (1425-1432M). Melalui
sinonim dibahagikan kepada agama dan penguasaan Kesultanan Brunei wujud aliran migrasi
kepercayaan tertentu. Ini kerana etnik-etnik tersebut masyarakat Brunei ke Sabah. Ini berikutan para
membentuk majoriti menganut agama-agama pembesar bukan sahaja dihantar mentadbir kawasan,
tersebut. Bagi kumpulan etnik peribumi utama, malah merupakan galakan sultan agar rakyatnya

2
PROCEEDINGS - The 6th International Conference on Social Sciences and Humanities 4-6 April 2017, Malaysia
ISBN 978-983-2795-36-0

berhijrah bagi mencari tanah yang subur sekali gus Migrasi Etnik Dominan Muslim Filipina
membina penempatan baru. Maka secara langsung,
pembesar yang diarahkan bermigrasi ke Sabah akan Filipina mempunyai sejarah yang panjang dan jelas
turut diikuti oleh sejumlah rakyat Brunei. Selain itu, mempunyai hubung kait terhadap pembentukan
konflik istana dan kezaliman sultan terhadap rakyat masyarakat Islam di Sabah. Sabah pada ketika
juga menjadi faktor migrasi berlaku (Bilcher et. al dahulu pernah menjadi wilayah pemerintahan
2008: 13). Kesultanan Sulu pada tahun 1703 (Mohd. Nasran &
Akmal 2009: 2). Melalui pemerintahan tersebut, ia
Selanjutnya ketika Sabah berada di ambang telah membentuk aliran keluar masuk warga Filipina
kemasukan penjajah SBBUB, sultan telah ke Sabah. Ini tidak menghairankan kerana pada
menghantar bala tenteranya untuk menjaga beberapa ketika itu Sabah merupakan satu tempat
kawasan di Sabah daripada diceroboh. Sungguhpun persinggahan strategik bagi para pedagang
tidak berjaya, secara tidak langsung ia telah terutamanya dalam aktiviti pertukaran barang.
meningkatkan populasi mereka di Sabah. Malah
ketika Sabah telah jatuh di tangan SBBUB, migrasi Masyarakat Islam di Filipina bertumpu di bahagian
warga Brunei terus berlaku bagi tujuan perdagangan selatan iaitu wilayah Mindanao. Area ini dikenali
(Bilcher et. al 2008: 13). Sehingga kini migrasi sebagai Wilayah Autonomi Muslim Mindanao. Ia
rantaian terus berlaku kerana mengikuti keluarga merangkumi Basilan, Tawi-tawi, Sulu,
dan kenalan yang sedia ada di Sabah. Maka tidak Maguindanao dan Lanao Del Sur. Wilayah-wilayah
menghairankan apabila terdapat etnik-etnik Brunei ini adalah hampir dengan sempadan Sabah. Terdapat
seperti Melayu (dikenali sebagai Melayu-Brunei), etnik-etnik dari wilayah tersebut sinonim beragama
Bisaya dan Kedayan di Sabah. Etnik Brunei Islam seperti Bajau, Visaya, Iranun, dan Sulu.
mendapat julukan sebagai Islam Asal kerana Kehadiran mereka ke Sabah selanjutnya menetap
merupakan etnik yang mewarisi Islam secara turun dan berkahwin dengan penduduk tempatan, secara
temurun seperti mana etnik Bajau, Suluk, Idahan tidak langsung menjadikan Islam berkembang dan
dan sebagainya. (Siti Aidah 2004: 91-92; Muhiddin membentuk masyarakat Islam dari pelbagai
1990: 5). Etnik Brunei juga dapat dikenali menerusi campuran etnik.
pangkal nama mereka yang memakai nama-nama
seperti Pengiran, Ampuan, Awang dan Dayang. Malah kehadiran orang-orang Islam dari selatan
Filipina lebih jelas berlaku pada tahun 1970-an.
Taburan etnik Brunei boleh didapati di Pulau Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos telah
Labuan dan kawasan Pantai Barat Selatan Sabah mengisytiharkan undang-undang darurat yang
yang pernah menjadi pemerintahan Kesultanan membawa kepada pertempuran antara pihak tentera
Brunei. Ia merangkumi merangkumi Membakut, dengan rakyat selatan Filipina. Pertempuran tersebut
Beaufort, Menumbok, Bongawan, Sipitang, Kuala menyebabkan gerakan migrasi besar-besaran warga
Penyu dan Papar. Menurut North Borneo Census Islam Mindanao ke Sabah. Setelah krisis tersebut
1951 iaitu bancian penduduk yang dibuat oleh reda, migrasi terus berlaku melibatkan migrasi
kerajaan British, etnik Brunei pada ketika itu adalah ekonomi bagi mendapatkan pekerjaan dan migrasi
berjumlah 22312 orang. Bagi tahun-tahun rantaian kerana mengikuti keluarga. Berdasarkan
berikutnya, menerusi banci penduduk di bawah kepada Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang
Kerajaan Malaysia agak sukar untuk mendapatkan Asing di Sabah (2014) menyatakan bahawa dari
data etnik Brunei secara spesifik kerana telah tahun 1970-an sehingga 1980-an, dianggarkan
diklasifikasikan sebagai kumpulan Melayu yang seramai 70,000 sehingga 150000, warga Muslim
turut menghimpunkan etnik-etnik lain. Menurut Mindanao telah memasuki Sabah. Jumlah besar
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia etnik tersebut jelas memberikan kesan kepada
Melayu Sabah pada tahun 1970 adalah seramai perkembangan komposisi penganut Islam Sabah.
18244 orang dan pada tahun 2010 meningkat kepada
184197 orang. Pantai Timur Sabah merupakan wilayah
pemerintahan Kesultanan Sulu pada ketika dahulu.
Maka tidak hairanlah majoriti etnik-etnik tersebut
telah membentuk penempatan di bahagian tersebut.
Etnik Iranun di Kudat, Kota Belud dan Tungku,

3
PROCEEDINGS - The 6th International Conference on Social Sciences and Humanities 4-6 April 2017, Malaysia
ISBN 978-983-2795-36-0

Lahad Datu. Etnik Bajau pula di Semporna, kepelbagaian etnik Indonesia di Sabah. Daripada
Sandakan, Tawau, Kota Belud, Tuaran, Kota etnik-etnik tersebut, Jawa dan Bugis merupakan
Kinabalu, Putatan dan Papar. Adapun etnik etnik yang dominan beragama Islam.
Sulu/Suluk/Tausug di Sandakan, Tawau, Lahad
Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu. Sehingga kini, Bugis merupakan etnik asal
Indonesia majoriti di Sabah. Etnik-etnik tersebut
Jumlah spesifik untuk etnik-etnik tersebut kecuali terutamanya Bugis lebih ramai tertumpu di kawasan
Bajau agak sukar untuk ditentukan kerana Pantai Timur Sabah merangkumi Tawau, Semporna,
dikategorikan sebagai “bumiputera lain” yang turut Kunak dan Lahad Datu. Tawau merupakan daerah
dihimpunkan dengan etnik-etnik lain. Bagi Bajau, ia yang paling ramai etnik Bugis ekoran kedudukannya
merupakan antara etnik peribumi Sabah utama yang paling hampir dan menjadi pintu masuk dari
selain Kadazandusun dan Murut. Bajau juga Indonesia. Bagaimanapun, agak sukar untuk
merupakan etnik yang membentuk majoriti menentukan jumlah etnik-etnik tersebut kerana
penganut Islam Sabah. dikategorikan kepada tiga kategori dalam banci
penduduk sama ada sebagai Melayu, Bumiputera
Migrasi Etnik Dominan Muslim Indonesia Lain, dan Warga Asing (Suraya 2007: 46). Menurut
North Borneo Census tahun 1960 iaitu bancian
Indonesia juga merupakan salah sebuah negara penduduk yang dibuat Kerajaan British, seramai
terhampir dengan Sabah. Sebelum pembentukan 24784 warga Indonesia terdapat di Sabah. Pada
persempadanan negara, masyarakat Indonesia juga 1970 melalui bancian yang dibuat oleh Jabatan
telah mempunyai arus keluar masuk ke Sabah. Perangkaan Malaysia, ia meningkat kepada 39155.
Kedatangan orang-orang Indonesia adalah lebih Daripada jumlah tersebut, seramai 36367
jelas dan dibuat secara formal pada zaman merupakan penganut Islam. Pada tahun 1991,
penjajahan SBBUB. Pembangunan ekonomi Sabah jumlah tersebut meningkat kepada 139318 dan
yang pesat memaksa kepada keperluan tenaga kerja seramai 131898 merupakan penganut Islam. Ini
tambahan daripada luar Sabah. Mereka diperlukan menunjukkan bahawa majoriti etnik Indonesia di
untuk bekerja dalam sektor perladangan seperti Sabah adalah beragama Islam (Jabatan Perangkaan
tembakau, getah, pisang, pembalakan, koko dan Malaysia 1991).
kelapa sawit. Pada tahun 1882, seramai 90 orang
etnik Jawa telah di bawa masuk (Tregonning 1965:
142). Pada tahun 1907, SBBUB menjalin hubungan
kerjasama dengan Kerajaan Belanda yang
memerintah Indonesia untuk menghantar tenaga
kerja Indonesia ke Sabah selama tiga tahun (Khazin
1988: 126). Sehingga tahun 1931, seramai 10014
orang Jawa telah di bawa masuk (Lee Yong Leng
1965: 48-50). Begitu juga pada era penjajahan
Jepun, buruh-buruh Jawa terus di bawa masuk
bagaimanapun dilakukan secara paksa.

Pada tahun 1951, kemasukan warga Indonesia dari


pelbagai wilayah mulai meningkat. Mereka datang
dari Kalimantan, Sulawesi, Pulau Timor dan
Kepulauan Indonesia (Lee Yong Leng 1965: 48-50).
Kesannya wujud buruh Indonesia pelbagai etnik di
Sabah seperti Jawa, Bugis, Toroja, Banjar,
Bulongan, Buton dan Timor. Malah sehingga kini
migrasi warga Indonesia ke Sabah terus berlaku.
Pelbagai faktor penghijrahan mereka sama ada
ketidakstabilan politik, ekonomi, keselamatan dan
sifat mereka sendiri yang suka mengembara.
Kedatangan mereka ini telah mencorakkan

4
PROCEEDINGS - The 6th International Conference on Social Sciences and Humanities 4-6 April 2017, Malaysia
ISBN 978-983-2795-36-0

Komposisi Penganut Islam Sabah Mengikut Etnik (1951-2010)

Jadual 1: Komposisi Penganut Islam Sabah Mengikut Etnik


Sumber: Diambil dan diubahsuai dari North Borneo Census, British & Banci Penduduk & Perumahan, Jabatan
Perangkaan Malaysia
Tahun/ Warganegara Bukan TOTAL
Etnik warga
K/Dusun Bajau Murut Melayu Bumi/ Cina India Indo Lain-
lain lain
1951 5093 44491 523 50959 237 101303
1960 9880 59421 687 69035 520 32781 172324
1970 16890 74628 1510 17960 90868 1194 36367 21528 260945
1980 Peribumi 1445 2096 487627
484086
1991 57280 202694 5688 106006 174004 3284 131898 22764 358596 1062214
2000 100968 342421 11698 303497 273092 8589 107782 510238 1658285
2010 128939 428928 18473 184197 529702 9591 3164 40216 752943 2096153

Berdasarkan kepada Jadual 1, sungguhpun etnik walaupun mempunyai jumlah yang kecil namun
Kadazandusun merupakan etnik peribumi terbesar, tidak dinafikan sumbangan mereka kepada
ia bukanlah penyumbang utama kepada penganut kepelbagaian etnik Islam dan peningkatan penganut
Islam Sabah. Bajau merupakan etnik kedua utama Islam Sabah.
peribumi Sabah dan penyumbang terbesar dan
utama kepada komposisi penganut Islam, dituruti Berdasarkan kepada Jadual 2, migrasi yang berlaku
oleh etnik Melayu dan Bumiputera lain. Bancian bukan sahaja telah mencorakkan kepelbagaian etnik
pada tahun 1980 pula tidak dibahagikan mengikut Islam, namun telah menyumbang perubahan
kepada etnik sebaliknya dihimpunkan sebagai satu komposisi penganut Islam daripada kumpulan
kumpulan peribumi. Ini menjadikan satu kesukaran agama minoriti kepada majoriti di Sabah. Pada tahun
bagi menentukan jumlah spesifik penganut Islam 1960, Islam merupakan kumpulan minoriti iaitu
sekitar 30% berbanding bukan Islam (termasuk tidak
Sabah mengikut etnik pada tahun tersebut. Bancian
beragama) 60%. Bermula pada tahun 1970-an,
pada tahun 1970 dan 1991 juga menunjukkan
berlaku peningkatan yang signifikan terhadap
bahawa etnik Indonesia (warganegara) juga
penganut Islam Sabah sehingga membentuk
menyumbang jumlah yang agak besar selepas Bajau, kumpulan majoriti. Sehingga bancian tahun 2010,
Melayu dan Bumiputera Lain. Bancian 1991, 2000 angka tersebut terus meningkat dan Islam kekal
dan 2010 menarik perhatian apabila bukan sebagai kumpulan agama majoriti di Sabah dengan
warganegara mewakili komposisi Islam sekitar 30- membentuk 65% manakala bukan Islam 35%.
40%. Etnik-etnik lain seperti Murut, Cina dan India

Jadual 2: Komposisi Penduduk Sabah Berdasarkan Agama


Sumber: Diambil dan diubahsuai daripada North Borneo Census, British & Banci Penduduk & Perumahan,
Jabatan Perangkaan Malaysia
Agama/ 1951 1960 1970 1980 1991 2000 2010
Tahun
Islam 115126 172324 260945 487627 1062214 1564839 2096153
(45%) (38%) (40%) (51%) (61%) (63%) (65%)
Kristian 29092 75247 157422 258606 470371 691096 853726
(11%) (17%) (24%) (27%) (27%) (28%) (27%)
Buddha 63313 78868 126206 160433 194428
(10%) (8%) (7%) (7%) (6%)
Hindu 2896 3231 2468 3037
(0.3%) (0.2%) (0.1%) (0.1%)

5
PROCEEDINGS - The 6th International Conference on Social Sciences and Humanities 4-6 April 2017, Malaysia
ISBN 978-983-2795-36-0

Lain-lain 33513 206740 94495 65078 25970 17277 5959


(13%) (46%) (15%) (7%) (2%) (0.7%) (0.2%)
Tidak 135425 75131 57481 40726 32087 9850
Beraga- (53%) (12%) (6%) (2%) (1.3%) (0.3%)
ma
Tidak 1380 43586
diketahui (0.08%) (1.3%)
Jumlah 257804 454311 651304 950556 1730098 2468200 3206742
(100%) (100%) (100%) (100%) (100%) (100%) (100%)

Kesimpulan Amar Steve Shim Lip Kiong, Herman J. Luping,


K.Y. Mustafa, Kamaruzaman Ampon &
Migrasi jelas memainkan peranan terhadap terhadap Henry Chin Poy Wu. 2014. Laporan
perkembangan Islam di Sabah. Seperti mana di Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di
negara lain, kemasukan Islam ke Sabah itu sendiri Sabah.
merupakan kesan daripada migrasi golongan Bilcher Bala, Baszley Bee Basrah Bee & Jakaria
pendakwah ke Sabah. Melalui proses dakwah, Islam Dasan. 2008. Pengaruh Kesultanan Brunei
mulai tersebar dan dianuti oleh peribumi Sabah yang Kepada Masyarakat Sabah (Siri I & II).
terdiri dari pelbagai etnik. Pada asalnya masyarakat Utusan Borneo, 13. 3 April.
Islam Sabah hanya dibentuk oleh beberapa etnik Jabatan Perangkaan Malaysia. 1970. Banci
peribumi asal sahaja. Kehadiran kumpulan- Penduduk & Perumahan Malaysia 1970.
kumpulan etnik sinonim Islam dari pelbagai negara Jabatan Perangkaan Malaysia. 1991. Banci
telah mengembangkan dan mencorakkan lagi Penduduk & Perumahan Malaysia 1991.
masyarakat Islam Sabah. Perbezaan di antara suku Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Banci
kaum di Sabah adalah sangat ketara terutama sekali Penduduk & Perumahan Malaysia 2010.
dari segi bahasa, agama, adat, budaya, pegangan Jones, L.W. 1953. North Borneo: Report on the
hidup dan termasuklah pakaian tradisi mereka. Census of Population Held on 4th June
Namun, masyarakat Sabah dapat membentuk 1951. London: Crown Agents.
perpaduan yang kukuh dan hidup harmoni bersama. Jones, L.W. 1962. Colony of North Borneo: Report
Faktor-faktor tidak langsung seperti perkahwinan on the Census of Population Taken on 10th
campur sama ada antara migran Islam dengan warga August 1960. Kuching: Government
bukan Islam Sabah atau migran bukan Islam dengan Printing Office.
warga Islam Sabah tidak dapat dipinggirkan telah Khazin Mohd. Tamrin. 1988. Orang Jawa di
berlaku turut memberi tempias kepada Borneo Utara: Satu Nota Awal. Jurnal
perkembangan Islam. Bagaimanapun kurang kajian JEBAT (16): 123-136.
migrasi yang mengaitkan sumbangan dan peranan Lee Yong Leng. 1965. North Borneo (Sabah): A
migrasi dalam perkembangan Islam di Sabah. Oleh Study in Settlement Geography.
itu, dicadangkan agar kajian-kajian migrasi dari sisi Singapore: Eastern Universities Press Ltd.
pandang agama terhadap Malaysia amnya dan Sabah Mat Zin Mat Kib. 2003. Kristian di Sabah 1884-
khususnya terus dilakukan pada masa akan datang. 1994. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Rujukan Mohd. Nasran Mohamad & Akmal Mohamad.
2009. Tuntutan Filipina ke Atas Borneo
Anon. 2014. Sabah contoh terbaik gagasan 1 Utara Serta Kaitannya Dengan
Malaysia. Sinar Harian. Kebanjiran Pendatang Islam Filipina di
http://www.sinarharian.com.my/sabah Sabah. Bangi: Fakulti Pengajian Islam
-contoh-terbaik-gagasan-1malaysia- Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.317271, 16 September. [26 September Regina Lim. 2008. Federal State Relations in
2016] Sabah, Malaysia: The BERJAYA
Administration, 1976-85. Singapore:
Institute of Southest Asian Studies.

6
PROCEEDINGS - The 6th International Conference on Social Sciences and Humanities 4-6 April 2017, Malaysia
ISBN 978-983-2795-36-0

Siti Aidah Hj Lokin. 2004. Sejarah, Sosioekonomi Suraya Sintang. 2007. Sejarah dan Budaya Bugis di
dan Kebudayaan Suku Kaum Bisaya Tawau Sabah. Kota Kinabalu: Universiti
Sabah. Dlm. Mohd Sarim Hj. Mustajab Malaysia Sabah.
(pnyt). Warisan Budaya Sabah: Etnisiti Tregonning, K.G. 1965. A History of Modern Sabah.
dan Masyarakat. hlm. 91-103. Kota Singapore: University Malaya Press.
Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

You might also like