Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Lampiran

KEMPEN ELAKKAN PEMBAZIRAN MAKANAN PERINGKAT


KEBANGSAAN 2022
PROSEDUR DAN SYARAT PENYERTAAN
Tarikh Pelaksanaan : 13 Jun 2022 hingga 23 Julai 2022

AKTIVITI 1 - Penerangan tentang kesedaran tidak membazir makanan -(wajib)


AKTIVITI 2 - Pertandingan tindakan kesedaran tentang pembaziran makanan (poster /
video / kolaj) - (pilihan)
AKTIVITI 3 - Tindakan jadikan lebihan makanan kepada nilai wang - (pilihan)

 Konsep aktiviti - mentor mentee


 Penyertaan dikemukakan secara individu.
 Setiap cawangan boleh laksanakan aktiviti-aktiviti di peringkat Cawangan.
 Cawangan perlu menghantar 3 peserta ke peringkat Kebangsaan.
 Tempat pertama hingga kelima peringkat layak mendapat e-Sijil Pencapaian dan plaque.
 Semua peserta peringkat Kebangsaan mendapat e-Sijil Penyertaan dan lencana (batch)
Kempen Elakkan Pembaziran Makanan.

AKTIVITI 1 - PENERANGAN TENTANG KESEDARAN TIDAK MEMBAZIR MAKANAN -(WAJIB)

Prosedur / Syarat-syarat Penyertaan:-


1. Aktiviti 1 adalah WAJIB disertai oleh setiap peserta yang mengambil bahagian dalam
program ini.

2. Terbuka kepada semua ahli Pandu Puteri Kelip-kelip (Prasekolah, Tahun 1 hingga
Tahun 2) yang berdaftar dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan wajib ada
nombor keahlian.

3. Peserta dikehendaki menghantar aktiviti 1 sama ada dalam bentuk


gambar,rakaman video, poster atau gambar kolaj melalui Google form yang
disediakan oleh pihak penganjur.

4. Maksimum 5 keping gambar (.jpg), jika menghantar aktiviti berbentuk gambar.

5. Durasi masa rakaman video selama 3 minit, jika menghantar aktiviti berbentuk video.

6. Video perlu dimuat naik di youtube secara unlisted atau public.

7. Penganjur berhak menyiarkan video yang dihantar di laman sosial.

8. Peserta perlu mendapat penerangan tentang kesedaran tidak membazir makanan


daripada guru pemimpin.

9. Penerangan tentang

1
Lampiran

 Kerugian membazir makanan


 Pembaziran wang
 Tidak mengamalkan budaya membazir makanan.
 Prihatin dan peka terhadap rakan-rakan yang sukar mendapatkan makanan
 Menghargai usaha-usaha untuk mendapatkan makanan.

10. Pakaian mestilah uniform pra sekolah atau baju T-shirt Pandu Puteri bersama skarf
Pandu Puteri Kelip-Kelip.

11. Tarikh akhir penghantaran 23 Julai 2022.

AKTIVITI 2 - PERTANDINGAN TINDAKAN KESEDARAN TENTANG PEMBAZIRAN MAKANAN


(POSTER / VIDEO) -(PILIHAN)

Syarat Pertandingan

Beli makanan Sayangi sisa


Guna Jadi kreatif
yang anda makanan
semula
perlukan anda

1. Pertandingan ini terbuka kepada Pandu Puteri Kelip-Kelip secara individu.


2. Terdapat dua cara untuk menghantar penyertaan untuk aktiviti 2 iaitu melalui video
ataupun penghasilan poster digital.
3. Aktiviti ini merupakan sebuah pertandingan tindakan kesedaran ahli Pandu Puteri
Kelip-kelip tentang pembaziran makanan.
4. Pilih salah satu sahaja.
5. Penyertaan melalui video:
 Durasi video 2 minit.
 Video perlu dimuat naik di youtube secara unlisted atau public.
 Pakaian mestilahuniform pra sekolah atau baju T-shirt Pandu Puteri bersama
skarf Pandu Puteri Kelip-Kelip.
 Letakkan nama, nama sekolah dan cawangan di dalam video.
 Video yang dihasilkan mestilah bertepatan, kreatif dan pengisian yang
bermanfaat.
 Penganjur berhak menyiarkan video yang dihantar di laman sosial.
 Hantarkan video ke link yang disediakan oleh pihak penganjur.
 Tarikh akhir penghantaran 23 Julai 2022.

2
Lampiran

6. Penyertaan melalui penghasilan poster digital.


 Durasi video 2 minit.
 Masukkan gambar/eviden Pandu Puteri Kelip-Kelip ke dalam poster digital
bersama langkah-langkah jika perlu.
 Pakaian mestilah uniform pra sekolah atau baju T-shirt Pandu Puteri bersama
skarf Pandu Puteri Kelip-Kelip.
 Letakkan nama, nama sekolah dan cawangan di dalam poster tersebut.
 Poster yang dihasilkan mestilah bertepatan, kreatif dan pengisian yang
bermanfaat.
 Hantarkan poster ke link yang disediakan oleh pihak penganjur.
 Tarikh akhir penghantaran 23 Julai 2022.

AKTIVITI 3 - TINDAKAN JADIKAN LEBIHAN MAKANAN KEPADA NILAI WANG - (PILIHAN)

Prosedur / Syarat-syarat Pertandingan

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli Pandu Puteri Kelip-Kelip (prasekolah,
tahun 1 hingga tahun 2) yang berdaftar dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

2. Pertandingan dalam bentuk penghantaran video pendek mengenai tindakan ahli


Pandu Puteri Kelip-kelip membuat pertukaran lebihan makanan kepada nilai wang.

3. Peserta boleh guna semula sisa dengan kreatif atau mengitar semula sisa makanan
menjadi baja kompos.

4. Video perlu dimuat naik di youtube secara unlisted atau public.

5. Pakaian mestilah uniform pra sekolah atau baju T-shirt Pandu Puteri bersama skarf
Pandu Puteri Kelip-Kelip.

6. Hantarkan video ke link yang disediakan oleh pihak penganjur.

7. Penganjur berhak menyiarkan video yang dihantar di laman sosial.

8. Tarikh akhir penghantaran 23 Julai 2022.

You might also like