Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM NUZUL AL-

QURAN SEMPENA RAMADHAN


1442H/ 2021M
Pada bulan Ramadhan tahun ini, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program
Nuzul Al-Quran Ramadhan yang bertarikh pada 28/04/2021. Program ini dapat dijalankan di
sekolah mengikut SOP yang ditetapkan memandangkan kita berhadapan dengan suasana
Covid sepanjang tahun ini.

Program Nuzul Al-Quran dirancang dan dilaksanakan dengan bertujuan untuk


mengingati peristiwa besar yang berlaku pada 17 Ramadhan, iaitu Peristiwa Penurunan Al-
Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang
pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi
lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Justeru itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua guru telah
melaksanakan program Nuzul Al-Quran dengan jayanya. Antara pengisian Program Nuzul
Al-Quran pada kali ini ialah, dimulakan dengan Bacaan Yassin Perdana yang telah dipimpin
oleh Cikgu Muhamad Fauzi Bin Abu Seman. Selepas itu, Program diteruskan dengan
Ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan sendiri oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam
iaitu Al-Fadhil Ustaz Abd Hafiz Bin Mat Johar.

Acara kemuncak pada Program ini ialah, Kuiz Ramadhan untuk semua murid
beragama Islam Tahun 3,4,5 Dan 6, dan juga Pertandingan Mencipta Kad Raya untuk semua
murid Tahun 5 dan 6 dan Pertandingan Mewarna bagi Tahun 3. Program ini adalah suatu
program Ilmiah yang bertujuan untuk memberikan pengisian rohani kepada semua warga
guru serta Pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Lalang.

Alhamdulillah, Pengisian Tazkirah dalam Program Nuzul Al-Quran yang diberikan


adalah sangat memberi kesan yang positif kepada semua warga SKBBSL . Manakala aktiviti
yang berfaedah seperti Kuiz dan Mencipta Kad Raya dan Mewarna yang dilaksanakan oleh
murid sangat memberi manfaat untuk pengetahuan mereka mengenai Peristiwa yang berlaku
pada setiap 17 Ramadhan, dan ianya akan menjadi memori untuk diingati oleh semua murid.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SKBBSL dan khasnya kepada semua Guru
Agama SKBBSL yang telah bertungkus-lumus dalam merancang dan memastikan program
Nuzul Al-Quran dapat berjalan dengan lancar walaupun dalam situasi kita berhadapan
dengan ujian Covid 19.

Sekian, jazakallahu khairan jaza’

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ _________________

(PN NURUL SYUHADA TASSA) (ABDUL HAFIZ BIN MAT JOHAR)


Setiausaha Program Sambutan Ketua Panitia Pendidikan Islam,
Nuzul Al-Quran, SK. Bandar Baru Sungai Lalang,
SK. Bandar Baru Sungai Lalang, 08000 Sungai Petani, Kedah.
08000 Sungai Petani, Kedah.

You might also like