JKA101 Tugasan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

JKA101 / 4

JKA101TG1

PENGANTAR ANTROPOLOGI/SOSIOLOGI
INTRODUCTION TO ANTHROPOLOGY/SOCIOLOGY
Academic Session 2022/2023

TUGASAN TG1

DANIA ANIESHA BINTI ABDUL


Name
HARITH
Matric No. JG/12208/21
I.C No. 011026030982
Regional 011026030982
_________________
Centre.
House :
Phone No.
H/P:
Name SYAMIMIE SYAZA BINTI SYARMAN
Matric No. JG/12391/21
I.C No. 010712020448
Regional
_________________ 010712020448
Centre.
House :
Phone No.
H/P:
NURUL AINASHARMAINE BINTI
Name
KAMARUZI
Matric No. JG/11281/19
I.C No. 960202145514
Regional 960202145514
_________________
Centre.
House :
Phone No.
H/P:
PUSAT PENGAJIAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JKA 101 PENGANTAR ANTROPOLOGI


SOSIOLOGI
MAKLUMAT AHLI :

KETUA KUMPULAN : DANIA ANIESHA BINTI ABDUL HARITH


NO. TELEFON ; 016-5564083

AHLI : SYAMIMIE SYAZA BINTI SYARIMAN


NO. TELEFON : 011-12171510

AHLI :NURUL AINASHARMAINE BINTI KAMARUZI


NO. TELEFON : 012-554 0394
TOPIK : HUMINODUN BUDAYA SABAH

Pengenalan

Bagi kebanyakkan warga Malaysia Unduk Ngadau mungkin hanya satu pertandingan
ratu cantik, tetapi Unduk Ngadau yang diadakan semperna Tadau Kaamatan
sebenarnya tradisi rakyat sabah yang diadakan bagi mengenang cerita legenda
pengorbanan Huminodun. Unduk Ngadau datang daripada perkataan ‘Runduk Tadau’
yang membawa maksud ‘gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari’.

Huminodun merupakan kebudayaan masyarakat Sabah. Huminodun yang bermaksud


‘yang berkorban’ , di mana Huminodun merupakan anak kepada Kinoingan dan
isterinya Suminundu yang telah mengorbankan anak perempuan mereka demi
menyelamatkan kaum Kadazan yang mengalami bencana alam dan kelaparan akibat
musim kemarau. Hal ini menyebabkan penduduk kampung telah meninggal dunia
kerana keadaan bumi alam yang kering kontang. Hal ini membuatkan Kinongan
sangat bersimpati terhadap keadaan yang dihadapi kehidupan mereka. Kinoingan dan
isterinya Suminundu terpaksa berbuat demikian kerana percaya masalah bencana
alam melanda kampung mereka akan berakhir selepas upacara pengorbanan anak
gadis jelita mereka Huminodun. Upacara korban disempurnakan dengan baik dan
mayat dikebumikan dengan penuh adat istiadat masyarakat mereka. Justeru itu,
dengan pengorbanannya menjadi suatu simbol yang bernilai terhadap sumber
ekonomi hasil daripada tumbuhan seperti padi setiap tahun oleh masyarakat ini dan di
situ lah kaum Kadazan mendapat sumber makanan mereka.

Menurut lagenda , segala bahan makanan yang wujud pada ketika itu berasal daripada
tubuh badan gadis tersebut Huminodun. Di mana beras itu datangnya daripada isi
gadis yang putih, darahnya menjadi lada dan kepalanya bertukar menjadi kelapa serta
jemarinya bertukar menjadi halia. Menurut kepercayaan mereka dikongsi oleh
beberapa etnik termasuk Murut dan Rungus. Bagi untuk mengingati peristiwa ini,
mereka ,merayakan upacara kesyukuran kepada semangat Huminodun serta semangat
padu (bambarayon). Di samping itu juga, jelmaan roh Huminodun telah hidup
kembali sebagai Unduk Ngadau dari dalam Kaamatan, setelah tujuh hari dia
dikorbankan.

Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun yang berasal dari perkataan
Runduk Tadau yaitu, ‘gadis yang dinobatkan sebagai sinar cahaya matahari’. Unduk
Ngadau merupakan salah satu cara untuk memperingati pengorbanan Huminodun
serta pertandingan ini secara rasminya bermula pada tahun 1960 an di Penampang.
Pada umumnya nama gelaran pemenang berubah ubah mengikut zaman, misalnya
pada tahun 1960 hingga 1970 dimana gelaran pemenang pertandingan adalah ‘Miss
Kadazan’ kemudian nya ‘Miss Harvest Festival’ yang berlaku pada sekitar tahun 1970
hingga 1980. Gelaran Ratu Kaamatan digunakan dari tahun 1981 hingga 1990 dan
Unduk Ngadau telah digunakan sejak tahun 1991 sehingga hari ini dan perayaan ini
diadakan pada 30 sehingga 31 Mei pada setiap tahun sempena perayaan Tadau
Kaamatan. Tentunya, kepercayaan ini turut dikongsi oleh beberapa etnik lain
termasuk, Murut dan Rungus, sekaligus terbabit sama dalam meraikan acara itu pada
setiap tahun bermula 30
sehingga 31 Mei.
Selain itu, bagi menyemarakan lagi perayaan Pesta Kaamatan pementasan teater
muzikal mengenai Huminodun turut diadakan. Program pementasan teater
memberikan fokus kepada keunikan penceritaan asal usul pembentukan sesebuah
komuniti bagi memberikan fokus kepada keunikan. Mahal pementasan teater muzikal
Huminodun dapat membantu menyedarkan pentingnya memulihara budaya dan
warisan masyarakat sabah. Dengan menyertai pertandingan seperti ini dapat
membimbing seseorang gadis yang lebih berdisiplin dan berkepemimpinan, malah
turut menjadi pencetus semangat untuk menyayangi tradisi yang sudah diamalkan
sejak sekian lamanya.

Lagenda Huminodun ini terus dilestarikan bagi mengenang kembali sejarah


pengorbanan serta bertujuan untuk memuji watak Huminodun yang bersedia
sepenuhnya menyerahkan diri untuk menyelesaikan krisis masyarakat mereka yang
serius. Sehingga hari ini, cerita lagenda Huminodun terus bersemadi dalam jiwa
masyarakat Bumiputera Sabah dengan mengangkat semangat itu sebagai satu acara
gilang gemilang yang diraikan.
SEJARAH DAN ASAL-USUL HUMINODUN

Huminodun, juga dikenali sebagai 'Semangat Padi', adalah puteri Dewa Kinoingan
dan isterinya Suminundu, yang mengorbankan dirinya untuk kesejahteraan rakyatnya.
Huminodun bermaksud "orang yang mengorbankan dirinya", yang mengorbankan
dirinya kepada roh Bumi sebagai pertukaran untuk limpah hasil tuaian untuk manusia.
Kinoingan, bersimpati dengan kesengsaraan dan penderitaan kaum
Kadazandusun,terpaksa mengorbankan Huminodun. Bagaimanapun, Kinoingan pada
mulanya tidak sanggup untuk mengorbankan nyawa manusia terutamanya
Huminodun yang merupakan anak perempuan tunggalnya. Akhirnya, Kinoingan
dengan sepenuh hati bersetuju untuk mengorbankan anak perempuannya dengan
memotong Huminodun kepada tujuh bahagian dan menanamnya di dalam tanah,
dengan harapan pelbagai jenis tumbuhan tumbuh.

Masyarakat Kadazandusun percaya bahawa beras itu berasal dari manusia bernama
Huminodun, seorang gadis cantik yang merupakan anak Kinoingan. Menurut
kepercayaan Kadazandusun, Kinolingan adalah dewa nenek moyang mereka.
Kinoingan mengorbankan anaknya Huminodun untuk mengatasi masalah kelaparan
dan kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku ini, semua jenis makanan
diperoleh terutamanya dari bahagian tubuh Huminodun yang berlainan. Dikatakan
bahawa nasi berasal daripada daging putih Huminodon, darah bertukar menjadi lada
cili, dan halia adalah jari Huminodon. Juga, bawang keluar dari rambut Fuminodon,
giginya menjadi jagung, kepalanya menjadi kelapa, dan sebagainya.

Oleh itu, bagi menghormati dan menghargai pengorbanan Kinoringan dan


Huminodun, nenek moyang suku kaum ini melakukan upacara tradisi seperti
Momohizan dan Humabot.berlangsung pada bulan tersebut. Pesta Tohkayama
diadakan untuk memupuk semangat padi, memelihara dewa penjaga padi,
menyuburkan padi, dan melindungi padi daripada penyakit dan bencana alam.
Upacara Humabot pula merupakan adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan
oleh nenek moyang suku ini apabila membina rumah baharu. Sebuah keluarga dari
suku ini yang ingin membina rumah meminta Bobohizan untuk membayangkan tanah
untuk membina rumah itu.

Mata pencarian masyarakat ketika itu banyak bergantung kepada hasil pertanian dan
perhutanan. Namun, kemarau berpanjangan melanda kampung, kemarau berlarutan
memusnahkan tanaman rakyat dan mengeringkan sungai. Lembu-lembu juga mati
kerana tidak tahan dengan cuaca panas. Penduduk kampung berbincang dan
memutuskan untuk meminta bantuan Kinoingan. Kinoingan adalah tokoh spiritual
mereka, dan Kinoingan mempunyai seorang anak perempuan dengan isterinya
bernama Siminundu. Gadis Kinoingan bernama Huminodun adalah seorang gadis
yang sangat cantik dan baik hati, dan penduduk kampung terutamanya golongan muda
terpesona dengan kecantikannya. Dengan sifat penyayang dan lemah lembut
Huminodun. Penduduk kampung datang ke rumah Kinoingan dan memberitahu apa
yang berlaku.
Selepas penduduk kampung pulang, Kinoingan memikirkan tentang kemarau yang
melanda mereka. Tiba-tiba kedengaran suara ghaib mengatakan jika Kinoingan
mengorbankan anaknya Huminodun, kemarau akan berakhir. Keluarga Kinoingan
terkejut dan tidak sanggup mengorbankan anak mereka sendiri. Bagaimanapun,
Huminodun rela mengorbankan dirinya, tetapi dihalang oleh ibunya, dan
mengumumkan keputusannya kepada penduduk kampung. Penduduk kampung amat
sedih dengan keadaan ini, namun tiada apa yang boleh dilakukan. Huminodun
meminta semua penduduk kampung berkumpul di sawah dan melakukan upacara
korban.

Suminundu menangis teresak-esak melihat anaknya dikorbankan, dan beberapa


penduduk cuba menenangkannya. Huminodoun telah diarahkan oleh Kinoingan untuk
menutup matanya dan berbaring di atas tanah. Kinoingan menghampiri anaknya
dengan berat hati lalu Kinoingan mencebikkan bibirnya dan melakukan ritual dengan
melaungkan mantera dan jampi. Beberapa orang penduduk lain membuat bising pada
waktu majlis itu. Kinoingan menikam Huminodun terus di dada dengan pisaunya, dan
Huminodun perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhirnya. Tiba-tiba, angin
kencang bertiup dengan hujan renyai-renyai, menunjukkan pengorbanan Huminodun
tidak sia-sia.
Huminodun berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk mengorbankan
dirinya. Keputusannya tidak diterima oleh semua penduduk kampung dan dia yakin
dia tidak akan meneruskan keputusannya, tetapi gadis itu tetap dengan pendiriannya.
Saya telah bersetuju untuk melaksanakan upacara untuk

"Tubuh saya menghasilkan semua jenis tumbuhan yang boleh dimakan untuk
memberi makan orang. Daging saya adalah nasi, kepala saya, kelapa, tulang saya, ubi
kayu, jari kaki, halia, gigi, jagung, saya Lutut petani menghasilkan keladi, orang kita
tidak akan lapar lagi.”

Selepas gadis itu dikorbankan, cuaca menjadi gelap dan tidak lama kemudian hujan
turun dengan lebat. Bagi memperingati peristiwa ini, mereka meraikan majlis
kesyukuran kepada roh Fuminodun dan semangat Padi (Bambarayong). Unduk
Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal daripada
perkataan Runduk Tadau yang bermaksud 'gadis bermahkota seperti cahaya matahari'.

Bermula dengan suku kaum Kadazandusun yang mengamalkan upacara Perayaan


Kaamatan, yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai. Pesta Kaamatan diadakan untuk
penambahbaikan pemakanan pada masa hadapan. Upacara penghormatan dilakukan
kepada roh padi iaitu padi yang telah dituai dan selamat diangkut ke Ketawai
(Tankob), tempat asal padi itu disimpan. Tambahan pula, sambutan Pesta Kaamatan
mengingatkan rakyat asal usul dan penciptanya iaitu Kinoingan yang rela
mengorbankan anak kesayangannya Huminodun demi menyelamatkan rakyat
daripada kebuluran.Juga dipercayai penjelmaan roh Huminodun sebagai Unduk
Gadau hidup semula selepas tujuh hari berkorban. . Sejak itu, perkataan Unduk
Ngadau digunakan untuk melambangkan keindahan dan keramahan Huminodun.
Peraduan Cantik Unduk Ngadau diadakan di Pesta Kaamatan Thadauk.
CIRI-CIRI

Unduk Ngadau secara literal bermaksud ‘ tunas matahari’ di mana ia merupakan satu
manifestasi tersirat kepada pucuk muda yang bercambah dan menjulur ke arah sinar
matahari. Ia membawa simbolik tentang kecantikan, kekuatan dan kemurnian.
Pertandingan ini bukan menilai kecantikan daripada mulusnya kulit misalnya cantik
rupa paras seperti Miss World tetapi ia adalah simbolik wanita bercirikan seperti
Huminodun. Justeru itu, Huminodun mempunyai paras rupa yang mansi dengan ciri-
ciri anggun seperti wanita tradisional di mana ianya simbol kepada kerendahan hati
dan semangat kental seperti badan minda dan jiwa seseorang. Melalui ciri-ciri ini
dapat dinilai sikap dan kewibawaan peserta Unduk Ngadau ketika berada di pentas
dengan memperagakan busana tradisional yang kaya dengan nilai sosiobudaya. Malah
Huminodun juga mempunyai jiwa yang murni kerana sanggup berkorban untuk
kesejahteraan budaya mereka. Oleh hal yang demikian, ramai penduduk Sabah
sumandak yang mahu untuk dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan kerana
nilainya yang tinggi dan mencontohi ciri keperibadian Huminodun. Ini menunjukkan
betapa tingginya martabat dan signifikannya pertandingan Unduk Ngadau ini kepada
masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.

Pertandingan Unduk Ngadau ini adalah pertandingan kecantikan yang sinonim


dengan masyarakat Sabah yang menonjolkan wanita cantik dan cerdas dari semua
daerah. Unduk Ngadau bukan calang-calang pertandingan yang diadakan, kerana
ianya bukan setakat mencari sumandak yang pandai masak tetapi lebih kepada
mencari personaliti gadis atau sumandak dalam kalangan Kadazan, Dusun dan Murut
yang cantik, kuat dan murni seumpama Huminodun. Tambahan pula, bagi
pertandingan Unduk Ngadau ini antara kriteria yang penting untuk menjadi peserta
adalah dapat bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Justeru itu, kriteria ini
sememangnya tidak menjanjikan kemenangan meskipun mahir bertutur dengan fasih
tetapi ia dianggap sebagai tambahan markah. Ini sebenarnya antara salah satu inisiatif
untuk memartabatkan bahasa ibunda seperti Kadazan dan Dusun , Murut, Rungus dan
lain-lain lagi. Tambahan pula, para peserta juga haruslah mempunyai kecerdasan
intelek bukan sahaja dari segi kelulusan akademik malah harus mengetahui sejarah
Kadazan Murut Bersatu (KDM), budaya, pakaian tradisional, adat resam dan
makanan tradisional.

Secara ringkasnya, setiap peserta yang melibatkan diri dalam pertandingan tersebut
perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam mengenali budaya
masing-masing serta aspek berkaitan dengan Unduk Ngadau. Hal ini kerana, ia
merupakan sebuah inisiatif untuk menggalakkan peserta untuk memahami serta
menghayati kebudayaan dengan lebih mendalam dan menguji kebolehan dalam
menyampaikan maklumat dengan berkesan, tepat dan berkeyakinan. Beberapa petua
turut diamalkan oleh peserta termasuk menjaga makan dan minum dengan hanya
mengambil kuantiti makanan yang kurang ketika sarapan pagi dan tengahari. Selain
itu, peserta harus juga memastikan masa tidur mencukupi selain cukup rehat, ini
adalah kerana tempoh dua minggu sebelum pertandingan ini jadual agak padat, selain
perlu banyak latihan di pentas serta belajar cara senyum. Pertandingan Unduk Ngadau
dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada wanita desa supaya mempunyai
keyakinan tinggi. Pertandingan Unduk Ngadau ini, menjadi inspirasi kepada wanita-
wanita Kadazan dan sebab itu pemilihan peserta kini bukan hanya mementingkan
kecantikan, malah berilmu dan mempunyai kemahiran serta ada semangat sedia
membantu kerana itulah pengorbanan Unduk Ngadau berdasarkan legenda
Huminodun.

Tuntasnya, bagi menjadi pemegang gelaran Unduk Ngadau, seseorang wanita itu
harus mempunyai semua aspek semangat Huminodun seperti mana ia telah
mengorbankan dirinya kepada roh bumi sebagai balasan bagi hasil tanaman kepada
masyarakat. Oleh itu dengan ciri-ciri yang tersebut, sedikit sebanyak ia dapat
membantu generasi muda akan datang untuk tidak mementingkan diri sendiri dan
bersedia melayani komunitinya serta menjadi inspirasi kepada semua golongan wanita
dari segi kepintaran serta kemuliaan diri.

Secara ringkasnya, untuk menjadi pemegang gelaran Unduk Ngadau, peserta itu harus
merangkumi semua aspek semangat Huminodun. Antara aspek-aspek yang diperlukan
peserta tidak harus mementingkan diri sendiri dan bersedia melayani komunitinya seta
menjadi inspirasi kepada semua wanita dari segi kepintaran dan kemuliaan.
MAKNA HUMINODUN

Huminodun merupakan seorang tokoh dalam mitologi orang Kadazandusun, iaitu


suku asli yang bermukim di Sabah, Malaysia. Menurut legenda, Huminodun adalah
seorang gadis yang menjadi simbol kesejahteraan dan kesuburan tanah. Ia diyakini
sebagai Dewi Bumi yang mampu memberikan hasil tuaian yang baik kepada para
petani.Dalam mitos tersebut, Huminodun diceritakan sebagai seorang putri yang
memilih untuk dikorbankan demi menyelamatkan rakyat daripada bencana kelaparan.
Huminodun yang merupakan anak kepada Dewa Kinoingan dan isterinya Suminundu
telah dikorbankan dan jasadnya disemadikan di bumi lalu tumbuhlah sejenis
tumbuhan iaitu padi dan dari situlah suku kaum Kadazandusun mendapat sumber
makanan.

Dipercayai juga jelmaan roh Huminodun telah hidup kembali sebagai Unduk Ngadau
dari dalam Kaamatan, setelah tujuh hari dia dikorbankan. Ia disimbolkan sebagai padi
yang kemudian dituai dan seterusnya dimakan oleh masyarakat sebagai tanda terima
kasih atas pengorbanannyaSeiring perkembangan zaman, mitos tentang Huminodun
masih dipercayai oleh sebahagian besar orang Kadazandusun, dan seringkali
dihubungkaitkan dengan tradisi dan upacara adat mereka, terutama dalam perayaan
musim menuai yang juga dikenali sebagai Tadau Kaamatan.

Makna Huminodun sangat penting bagi orang Kadazandusun, kerana ia


melambangkan kesuburan, keberlimpahan, dan kesejahteraan yang diberikan oleh
bumi kepada manusia. Selain itu, Huminodun juga dianggap sebagai lambang
keberanian, pengorbanan, dan semangat persatuan.
Dalam mitos asal-usul Huminodun, ia rela mengorbankan dirinya untuk
menyelamatkan rakyatnya dari kelaparan dan kekurangan makanan. Tindakan
pengorbanannya itu kemudian dihargai dan dihormati oleh masyarakat dengan
memakannya sebagai satu bentuk ucapan terima kasih. Peristiwa ini memberikan
makna yang cukup besar terhadap masyarakat Kadazandusun dalam memelihara adat
dan budaya mereka.

Makna ini mengajarkan bahawa manusia harus sentiasa berterima kasih dan
memelihara kelestarian bumi yang merupakan sumber kepada kehidupan manusia.
Apabila manusia dapat merawat dan menjaga kelestarian bumi dengan baik, maka
ganjarannya adalah dengan meraih kesuburan dan kesejahteraan yang kekal.
Selain itu, makna Huminodun juga turut mencerminkan semangat kesatuan dan
kerjasama dalam masyarakat Kadazandusun. Dalam cerita tersebut, pengorbanan
Huminodun merupakan hasil kesepakatan bersama antara para pemimpin dan rakyat
untuk menyelesaikan masalah kelaparan yang berlaku dalam kalangan rakyat ini. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa hanya dengan bekerjasama dan dan kolaborasi yang
baik antara pemimpin dan rakyat, cabaran dan kesulitan yang dihadapi pasti dapat
diatasi dengan baik.
KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan mengenai topik Huminodun budaya Sabah ini, dapat


disimpulkan bahawa cerita legenda itu akan terus dilestarikan bagi mengenang
kembali sejarah pengorbanan Huminodun. Banyak nilai yang baik dapat diambil
daripada budaya dan adat yang unik ini termasuklah dengan menghargai sumber bumi
dan memeliharanya sebaik mungkin kerana sumber-sumber ini adalah sangat bernilai
kepada manusia sejagat. Cerita ini jelas mengilustrasikan tentang bagaimana bumi
memberikan sumber daya yang penting bagi kehidupan manusia, dan bahwa manusia
harus merawat dan menjaga bumi agar terus memberikan hasil yang baik.

Selain itu, cerita Huminodun juga menunjukkan bahawa pengorbanan merupakan


tindakan yang mulia dan akan terus dihargai oleh masyarakat. Semangat pengorbanan
ini dapat memupuk semangat bersatu padu dalam masyarakat, sehingga dapat
mengatasi segala rintangan dan kesulitan yang dihadapi bersama-sama.

Di samping itu, cerita Huminodun juga merupakan bahagian dari warisan budaya
orang Kadazandusun, yang menjadi bahagian penting dalam mengekalkan identiti
mereka sebagai suku asli di Sabah, Malaysia. Cerita ini dapat dijadikan sebagai
contoh bagi kita untuk terus menjaga dan melestarikan budaya dan warisan nenek
moyang kita, serta merangkul keragaman budaya yang ada di sekitar kita.
Sehingga hari ini, cerita legenda Huminodun terus bersemadi dalam jiwa masyarakat
Bumiputera Sabah dengan mengangkat semangat itu sebagai satu acara gilang
gemilang yang diraikan setiap tahun agar pengorbanannya akan terus diingati oleh
semua generasi tidak kira yang tua mahupun muda.
GAMBARAN CONTOH :
SUMBER RUJUKAN

Hussin, H. (2008). Performing Rice Farming Rituals by Penampang Kadazan of


East Malaysia: Between Sacred Ritual and Secular Performance. JATI: Jurnal
Jabatan Pengajian Asia Tenggara,Jilid 13, 173-190.

Low, K.O., & Lee, Y.F. (2012). Investigating the relationship between
Kadazandusun beliefsabout paddy spirits, riddling in harvest-time and paddy-
related sundait. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia

Tenggara, Jilid 13. 65-93.

Martin, M. (2015, September 22). Legenda Huminodun. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/09/83875/legenda-huminodun

Kandawayon, J. K. (n.d.). KADAZANDUSUNDAN LAGENDA HUMINODUN.

http://jeffrisonkgkandawayon.blogspot.com/2016/09/kadazandusundan-

lagenda-huminodun.html
BORANG PENILAIAN KERJA KUMPULAN

Nama ketua kumpulan: __________________________________________________

Tuliskan nama setiap ahli kumpulan anda dalam ruangan yang disediakan. Nyatakan
tahap penglibatan (dalam angka) bagi setiap ahli dalam menyediakan tugasan
kumpulan yang diberi mengikut kriteria penilaian yang dikemukakan dan kirakan
jumlahnya.
Skala: Sangat Tinggi (5), Tinggi (4), Sederhana (3), Rendah (2), Sangat Rendah (1),
Tiada Penglibatan (0)

Kriteria Penilaian Nama Ahli 1 : Nama Ahli 2 : Nama Ahli 3 :

Menghadiri/melibatkan diri
dalam perbincangan
dengan kerap dan menepati
masa

Menyumbang kepada
perbincangan kumpulan

Menyempurnakan tugasan
kumpulan mengikut masa

Menyediakan kerja yang


berkualiti

Menunjukkan kerjasama
dan sikap menyokong satu
sama lain

Jumlah keseluruhan

You might also like