Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan


1. Huraikan tiga perbezaan antara organisasi perniagaan dengan bukan perniagaan [6]
2. Berikan empat aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan [4]

3. Nyatakan empat kelemahan kaedah pemeriksaan secara menyeluruh. [4]

4. Huraikan tiga pendekatan kawalan kualiti yang boleh digunakan dalam proses
pengeluaran. [6]
5. Huraikan dua langkah terakhir dalam proses pemasaran. [4]
6. Huraikan tiga aspek faktor psikologi yang mempengaruhi keputusan pembelian
produk pengguna. [6]
7. Huraikan tiga peranan pengurus kewangan. [6]
8. Huraikan perkara berikut
a) Nisbah semasa [2]
b) Pusing ganti inventori [2]
9. Jelaskan langkah kedua dan langkah ketiga dalam proses perancangan sumber
manusia [6]
10. Huraikan dua peranan penilaian prestasi. [4]

1
Bahagian B [50 markah]
Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.
11. Perodua singkatan kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd telah ditubuhkan
pada tahun 1993 merupakan syarikat pengeluar automatif Malaysia. yang kedua selepas
proton. Perodua memfokus pengeluaran kereta kompak dengan harga yang rendah menjadi
faktor utama jenama Perodua menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam pembelian kereta.
Sehingga kini Perodua telah mengeluarkan pelbagai model kereta yang dapat
memenuhi keperluan pengguna. Lini produk tekini Perodua iaitu Alza, Bezza, Myvi, Aruz,
Axia dan Ativa dilengkapi dengan teknologi yang dapat menjimatkan bahan api di samping
penawaran harga yang rendah serta dengan jaminan kilang (factory warranty) selama lima
tahun atau 150,000 km. Setiap model kereta yang dikeluarkan Perodua mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri bagi memenuhi sasaran pasarannya.
Model baru Perodua Alza yang baru dilancarkan pada bulan Julai yang lepas pada
harga RM62,500 utntuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian
AV. Perodua Alza merupakan kenderaan pelbagai guna tujuh tempat duduk (MPV) yang
mempunyai daya tarikan nilai keseluruhan pakej termasuk peningkatan dalam ciri
keselamatan seperti enam beg udara, ciri ‘bantuan keselamatan termaju’,tawaran digital yang
dipertingkatkan , ruang yang luas dan keselesaan pemanduan yang lebih baik. Perodua Alza
baharu mempunyai lima warna yang menarik iaitu “ivory white, white,glittering silver, garnet
red,elegant black dan vintage brown”. Perodua juga mengeluarkan kenderaan utiliti sukan
(SUV) iaitu Peodua Aruz dan Perodua Ativa yang ditawarkan pada harga permulaan antara
bermula RM72,900 dan RM72,600 masing-masing. Perodua Aruz yang hadir dengan 7
tempat duduk menjadi pilihan pelanggan yang berkeluarga manakala dan Perodua Ativa 5
tempat duduk menjadi pilihan gologan eksekutif muda gemar aktiviti lasak yang bergaya..
Perodua Myvi Facelift 2022 telah dilancarkan juga dengan tawaran harga antara
RM46,000 hingga 59,900 dengan lima varian yang boleh dipilih oleh para pelanggan..Model
ini dikeluarkan selepas empat tahun model Myvi generasi ke 3.Model Perodua seteusnya
adalah Bezza “The Smart Style Sedan” yang berharga aatara RM34,580 hingga RM49,980
merupakan model sedan keluaran pertama Perodua.. Perodua Axia pula merupakan model
kereta yang paling popular bagi golongan belia Malaysia. Perodua Axia yang dilancarkan
dengan harga antara RM25,000 hingga RM45,000.
Jenama Perodua sentiasa menjadi pilihan ramai sama ada pengguna ingin mencari
kereta pertama pada awal kerja atau kereta untuk keluarga besar,  Keunggulan jenama
Perodua juga di sokong oleh perkhidmatan selepas jualan Perodua yang baik.Perkhidmatan
selepas jualan yang ditawarkan oleh Perodua adalah mengecat dan membaiki badan kereta,
alat ganti yang tulin, minyak enjin yang tulin dan harga alat ganti yang mampu milik dengan
6 bulan jaminan (warranty).. Jualan kereta Perodua melepasi paras 200,000 unit bagi tempoh
Januari hingga Oktober.2022. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dalam satu
kenyataan, berkata berdasarkan perbandingan bagi tempoh 10 bulan, pendaftaran untuk
kereta Perodua melonjak kepada 51.2 peratus berbanding 146,951 unit yang dijual dalam
tempoh yang sama pada 2021. Perodua Bezza mencapai jualan tertinggi berbanding dengan
model-model yang lain.

2
(Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.perodua.com.my dan http://www.bharian.com.my
dicapai pada 10/11/2022)

Berdasarkan kajian kes Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.

a) Jelaskan segmentasi pasaran yang dilaksanakan oleh Perodua. [10]


b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pemilihan model kereta
Perodua. [10]
c) Jelaskan atribut produk bagi model Perodua Alza dan khidmat sokongan Perodua.
[10]

Jawab satu soalan sahaja

12. Jelaskan tiga jenis sumber dana jangka panjang dan dua jenis sumber dana jangka
pendek [20]
13. Jelaskan empat aspek pemilihan dalam proses pengambilan sumber manusia bagi
jawatan pengurus di sebuah syarikat swasta. [20]

SKEMA PEMARKAHAN
3
Bahagian A [50 markah]
Jawab semua soalan
1. Huraikan tiga perbezaan antara organisasi perniagaan dengan bukan perniagaan [6]

Tiga perbezaan antara organisasi perniagaan dengan bukan perniagaan

Aspek Organisasi Perniagaan Organisasi Bukan Perniagaan


Tujuan penubuhan Memaksimumkan keuntungan Memberi kebajikan kepada
masyarakat
Aktiviti Utama Jualan barang dan perkhidmatan Aktiviti bercorak
serta pengeluaran kemasyarakatan
Sumber kewangan Diperoleh daripada modal Diperoleh daripada yuran ahli,
sendiri atau pemegang saham derma atau tajaan sesuatu pihak
Pendaftaran Didaftarkan dengan ROC Didaftarkan dengan ROS
organisasi (Pendaftar Syarikat) (Pendaftar Pertubuhan)
Perundangan Ditubuhkan di bawah Akta Ditubuhkan di bawah Akta
(Penubuhan) Syarikat 1965 Pertubuhan 1966

2. Berikan empat aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan [4]

Empat aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan

1. Peruncitan

2. Pemborongan

3. Kewangan

4. Perhotelan

5. Pendidikan

6. Komunikasi

7. Profesional

8. Pengangkutan
Empat fakta yang pertama

3. Nyatakan empat kelemahan kaedah pemeriksaan secara menyeluruh. [4]

4
Empat kelemahan kaedah pemeriksaan secara menyeluruh

i. Kos pemeriksaan yang sangat tinggi. [1]


ii. Memerlukan masa yang lama untuk melakukan pemeriksaan. [1]
iii. Melibatkan pekerja yang ramai untuk membuat pemeriksaan. [1]
iv. Tidak sesuai untuk pengeluaran yang bersaiz besar atau pengeluaran secara [1]
massa.
4F x 1 = 4

4. Huraikan tiga pendekatan kawalan kualiti yang boleh digunakan dalam proses
pengeluaran. [6]

Tiga pendekatan kawalan kualiti yang boleh digunakan dalam proses pengeluaran ialah

F1 Kawalan input [1]


H1 Kawalan keatas input seperti bahan mentah, modal, modal insan yang
dilakukan sebelum aktiviti pengeluaran bermula bagi memastikan semua
input adalah yang terbaik tanpa sebarang masalah [1]

F2 Kawalan proses [1]


H1 Kawalan yang dilakukan pada peringkat input ditransformasikan kepada
output dan bertujuan untuk menyisih barangan cacat. [1]

F3 Kawalan output [1]


H1 Kawalan yang dibuat selepas proses pengeluaran tamat yang bertujuan
untuk membuat penambahbaikan terhadap proses dan membolehkan
Tindakan pembetulan diambil. [1]
3F + 3H = 6 markah

5. Huraikan dua langkah terakhir dalam proses pemasaran. [4]


Langkah 3 Membina Campuran Pemasaran [1m]
i. Pemasar merancang dan membentuk strategi pemasaran yang sesuai dengan
produk dan segmen pasaran yang dipilih. [1m]
ii. Pemasar membentuk campuran pemasaran yang terdiri daripada produk,
pengedaran, penentuan harga dan promosi bagi segmen pasaran tersebut.[1m]

Langkah 4 Mengurus Usaha Pemasaran [1m]


i. Melaksana aktiviti pemasaran yang melibatkan pembangunan produk,
penetapan harga, kaedah promosi dan pengedaran.[1m]
ii. Mengenalpasti campuran pemasaran terbaik, pemasar harus mengurus usaha-
usaha pemasaran melibatkan aktiviti perancangan, melaksana dan mengawal
proses pemasaran. [1m]

5
iii. Pemasar dapat memantau dan mengubahsuai campuran pemasaran mengikut
perubahan persekitaran pemasaran. [1m]
[2F + 2H = 4m]

6. Huraikan tiga aspek faktor psikologi yang mempengaruhi keputusan pembelian


produk pengguna.
Tiga aspek faktor psikologi yang mempengaruhi keputusan pembelian produk
pengguna ialah: [6]
i) Motivasi -1
Merupakan pendorong yang mendesak individu untuk memenuhi keperluan
dan kehendaknya yang pelbagai.-1

ii) Persepsi -1
Setiap pengguna mempunyai persepsi yang berlainan tentang produk yang
ditawarkan di pasaran dari segi harga, kualiti, reka bentuk, warna dan
jenama.-1

iii) Personaliti/konsep kendiri-1


a) Merupakan sifat-sifat individu yang unik dan konsisten serta dikaitkan
dengan sifat peribadi seseorang.-1/
b) Personaliti yang berbeza akan mempengaruhi gelagat pengguna dalam
membuat keputusan pembelian.-1

iv) Pembelajaran/pengalaman -1
Merujuk kepada pengalaman dan pemerhatian lepas yang mempengaruhi
perlakuan atau gelagat pengguna.-1

v) Sikap-1
Merupakan penilaian dan tindakbalas yang konsisten terhadap sesuatu produk
atau idea oleh seseorang yang seterusnya akan menentukan sama ada dia suka
atau tidak terhadap produk tersebut.-1
3F+3H yang pertama = 6m

7. Huraikan tiga peranan pengurus kewangan. [6]


Tiga peranan pengurus kewangan
i) Membuat perancangan kewangan -1

6
Pengurus kewangan bertanggungjawab menyediakan perancangan kewangan
jangka pendek dan jangka panjang berasaskan keperluan perniagaan dan
pelaburan sedia ada.-1
ii) Menjaga kecairan dan keberuntungan syarikat -1
Pengurus menjaga ketersediaan tunai dan nisbah kecairan yang sesuai serta
menentukan keberuntungan yang diperoleh daripada aktiviti syarikat
berdasarkan risiko kewangan yang bakal dihadapi.-1
iii) Menilai dan memilih sumber pembiayaan terbaik -1
Sumber kewangan boleh diperoleh dengan cara mendapatkan modal dan
membuat pinjaman.-1
iv) Mengurus struktur aset -1
Pengurus kewangan menentukan penggunaan aset tetap yang akan
menghasilkan pulangan maksimum sebelum membuat keputusan penggunaan
yang seimbang antara aset tetap dengan aset semasa. -1

8. Huraikan perkara berikut


a) Nisbah semasa [2]
Nisbah ini mengukur peratusan aset semasa daripada liabiliti-1/
Nisbah semasa yang kurang daripada satu menunjukkan firma mungkin tidak
berupaya untuk menjelaskan semua tuntutan liabiliti semasanya. -1/
Nilai nisbah semasa yang lebih dari satu menunjukkan asset semasa mampu
untuk membiayai liabiliti semasa.
Formula:
Nisbah semasa = Aset semasa
Liabiliti semasa -1
Mana-mana 2 huraian.
b) Pusing ganti inventori [2]
Pusing ganti inventori menunjukkan kekerapan pusingan inventori dalam
setahun -1/
Pusing ganti inventori mengukur keupayaan firma untuk menjual produknya/
Nilai pusing ganti inventori yang rendah menunjukkan firma tidak berupaya
untuk menjual produknya dan firma terpaksa menanggung kos pemegangan,
penyimpanan dan keusangan inventori tinggi. -1/

7
nilai pusing ganti inventori yang tinggi menunjukkan inventori cepat ditukar kepada
jualan - 1
Formula :

Pusing ganti inventori = Kos Jualan


Inventori -1

Mana-mana 2 huraian.

9. Jelaskan langkah kedua dan langkah ketiga dalam proses perancangan sumber
manusia [6]
Langkah kedua dalam proses perancangan sumber manusia ialah:
F1 Menentukan Keperluan
H1 Penentuan sumber manusia dibuat melalui peramalan sumber manusia dengan
inventori sumber manusia.
H2 menentukan keperluan merupakan suatu anggaran bilangan dan jenis pekerja
yang diperlukan oleh organisasi pada masa hadapan.
Contoh: Jika inventori sumber manusia kurang berbanding dengan penambahan
keperluan masa hadapan , hal ini memerlukan perancangan pengambilan
pekerja.

Langkah ketiga dalam proses perancangan sumber manusia ialah:


F2 Memenuhi keperluan
H1 memenuhi keperluan ialah merancang proses pengambilan pekerja sesuai
dengan permintaan organisasi.
H2 Perancangan sumber manusia akan merancang proses pengambilan pekerja
daripada sumber dalaman atau sumber luaran.
Contoh: Penambahan pekerja ketika ekonomi meningkat perlu program menarik
pekerja bagi meningkatkan pengambilan pekerja.

2F +2H+2C =6
#Terima sebarang Contoh yang relevan.

10. Huraikan dua peranan penilaian prestasi. [4]


Dua peranan penilaian prestasi ialah :
F1 Pemberian ganjaran kepada pekerja
H1 Penilaian prestasi merupakan asas penilaian untuk menentukan jumlah dan
kadar ganjaran.
H2 Pekerja yang mempunyai skor yang tinggi diberi ganjaran yang lebih tinggi
berbanding yang lain.

8
F2 Maklumat melaksanakan latihan dan pembangunan
H1 Penilaian memberi petunjuk kepada keperluan kursus dan kemahiran
pekerja.
H2 Penilaian dapat memilih pekerja untuk mengikuti kursus pembangunan bagi
tujuan kenaikan pangkat.

F3 Memberi keadilan kepada pekerja


H1 Pekerja yang memberi sumbangan besar perlu diberi penghargaan yang
setimpal
dengan sumbangannya berbanding pekerja yang kurang memberi
sumbangan.
H2 Keadilan diberi dalam bentuk ganjaran, kenaikan pangkat dan
tanggungjawab.

F4 Penyimpanan Rekod Pekerja


H1 Maklumat sejarah pencapaian pekerja dapat disimpan dalam fail pekerja.
H2 Perkembangan pencapaian pekerja dari awal perkhidmatan hingga
perkhidmatan semasa dapat dilihat dengan jelas.
F5 Maklum balas kepada pekerja
H1 Penilaian membolehkan pekerja dapat mengetahui pencapaian dan
sumbangan
kepada organisasi.
H2 Pekerja mengetahui kelebihan dan kelemahan setiap aspek penilaian.

2F+2H yang pertaama =4

9
Bahagian B [50 markah]
Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.
11. Perodua singkatan kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd telah ditubuhkan
pada tahun 1993 merupakan syarikat pengeluar automatif Malaysia. yang kedua selepas
proton. Perodua memfokus pengeluaran kereta kompak dengan harga yang rendah menjadi
faktor utama jenama Perodua menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam pembelian kereta.
Sehingga kini Perodua telah mengeluarkan pelbagai model kereta yang dapat
memenuhi keperluan pengguna. Lini produk tekini Perodua iaitu Alza, Bezza, Myvi, Aruz,
Axia dan Ativa dilengkapi dengan teknologi yang dapat menjimatkan bahan api di samping
penawaran harga yang rendah serta dengan jaminan kilang (factory warranty) selama lima
tahun atau 150,000 km. Setiap model kereta yang dikeluarkan Perodua mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri bagi memenuhi sasaran pasarannya.
Model baru Perodua Alza yang baru dilancarkan pada bulan Julai yang lepas pada
harga RM62,500 utntuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian
AV. Perodua Alza merupakan kenderaan pelbagai guna tujuh tempat duduk (MPV) yang
mempunyai daya tarikan nilai keseluruhan pakej termasuk peningkatan dalam ciri
keselamatan seperti enam beg udara, ciri ‘bantuan keselamatan termaju’,tawaran digital yang
dipertingkatkan , ruang yang luas dan keselesaan pemanduan yang lebih baik. Perodua Alza
baharu mempunyai lima warna yang menarik iaitu “ivory white, white,glittering silver, garnet
red,elegant black dan vintage brown”. Perodua juga mengeluarkan kenderaan utiliti sukan
(SUV) iaitu Peodua Aruz dan Perodua Ativa yang ditawarkan pada harga permulaan antara
bermula RM72,900 dan RM72,600 masing-masing. Perodua Aruz yang hadir dengan 7
tempat duduk menjadi pilihan pelanggan yang berkeluarga manakala dan Perodua Ativa 5
tempat duduk menjadi pilihan gologan eksekutif muda gemar aktiviti lasak yang bergaya..
Perodua Myvi Facelift 2022 telah dilancarkan juga dengan tawaran harga antara
RM46,000 hingga 59,900 dengan lima varian yang boleh dipilih oleh para pelanggan..Model
ini dikeluarkan selepas empat tahun model Myvi generasi ke 3.Model Perodua seteusnya
adalah Bezza “The Smart Style Sedan” yang berharga aatara RM34,580 hingga RM49,980
merupakan model sedan keluaran pertama Perodua.. Perodua Axia pula merupakan model
kereta yang paling popular bagi golongan belia Malaysia. Perodua Axia yang dilancarkan
dengan harga antara RM25,000 hingga RM45,000.
Jenama Perodua sentiasa menjadi pilihan ramai sama ada pengguna ingin mencari
kereta pertama pada awal kerja atau kereta untuk keluarga besar,  Keunggulan jenama
Perodua juga di sokong oleh perkhidmatan selepas jualan Perodua yang baik.Perkhidmatan
selepas jualan yang ditawarkan oleh Perodua adalah mengecat dan membaiki badan kereta,
alat ganti yang tulin, minyak enjin yang tulin dan harga alat ganti yang mampu milik dengan
6 bulan jaminan (warranty).. Jualan kereta Perodua melepasi paras 200,000 unit bagi tempoh
Januari hingga Oktober.2022. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dalam satu
kenyataan, berkata berdasarkan perbandingan bagi tempoh 10 bulan, pendaftaran untuk
kereta Perodua melonjak kepada 51.2 peratus berbanding 146,951 unit yang dijual dalam

10
tempoh yang sama pada 2021. Perodua Bezza mencapai jualan tertinggi berbanding dengan
model-model yang lain.
(Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.perodua.com.my dan http://www.bharian.com.my
dicapai pada 10/11/2022)

Berdasarkan kajian kes Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.

a) Jelaskan segmentasi pasaran yang dilaksanakan oleh Perodua. [10]


Segmentasi pasaran yang dilaksanakan oleh Perodua ialah
Bil Fakta Huraian Kaitan Kes
1. Segmentasi pasaran Merupakan pembahagaian
mengikut pasaran kepada kumpulan- 1) Model baru Perodua Alza yang
demografi.- kumpulan tertentu berdasarkan baru dilancarkan pada bulan Julai
pendapatan -1 jantina,saiz keluarga, yang lepas pada harga RM62,500
pendapatan, ,pendidikan, utntuk varian X, RM68,000 untuk
pekerjaan, agama dan varian H dan RM75,500 untuk
pekerjaan. -1 varian AV -1

2) Perodua juga mengeluarkan


kenderaan utiliti sukan (SUV)
iaitu Peodua Aruz dan Perodua
Ativa yang ditawarkan pada
harga permulaan antara bermula
RM72,900 -1

3) RM72,600 masing-masing.-1

4) Perodua Myvi Facelift 2022


telah dilancarkan juga dengan
tawaran harga antara RM46,000
hingga 59,900 -1

5) Model Perodua seteusnya


adalah Bezza “The Smart Style
Sedan” yang berharga aatara
RM34,580 hingga RM49,980 -1

6) Perodua Axia yang dilancarkan


dengan harga antara RM25,000
hingga RM45,000. -1
2 Segmentasi pasaran Menrupakan mengikut 1) Lini produk tekini Perodua
mengikt manfaat kumpulan pengguna iaitu Alza, Bezza, Myvi, Aruz,
produk -1 berdasarkan penekanan kepada Axia dan Ativa dilengkapi dengan
faedah yang berbeza boleh teknologi yang dapat menjimatkan
dinikmati pengguna apabila bahan api -1
menggunakan produk tersebut-
1. 2) Perodua memfokus
pengeluaran kereta kompak
dengan harga yang

11
rendah -1

2F + 2H + 6 kaitan kes =10m (minima 1 kaitan kes untuk satu fakta)

b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pemilihan model kereta
Perodua. [10]
Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam pemilohan model kereta Perodua ialah :
Bil Fakta Huraian Kaitan kes
1. Faktor sosial -1 Merujuk kepada taraf sosial 1) Perodua memfokus
yang menentukan bagaimana pengeluaran kereta kompak
individu diiktiraf dalam dengan harga yang rendah
sesuatu masyarakat. merupakan faktor utama
Faktor sosial terdiri daripada : jenama Perodua menjadi
i) Taraf sosial kereta pilihan bagi rakyat
ii) Kumpulan rujukan, keahlian Malaysia. -1
dan aspirasi
iii) Anggota keluarga -1 2) . Perodua Aruz yang hadir
dengan 7 tempat duduk
menjadi pilihan pelanggan
yang berkeluarga-1

3) Perodua Ativa 5 tempat


duduk menjadi pilihan
gologan eksekutif muda
gemar aktiviti lasak yang
bergaya.. -1

4) Perodua. Perodua Axia


pula merupakan model kereta
yang paling popular bagi
golongan belia Malaysia.
Perodua Axia yang
dilancarkan dengan harga
antara RM25,000 hingga
RM45,000. -1

2. Faktor individu -1 Keputusan pengguna 1) Jenama Peordua sentiasa


dipengaruhi oleh ciri-ciri menjadi pilihan ramai sama
peribadi seperti berikut: ada pengguna ingin mencari
i) Umur dan tahap kitaran kereta pertama pada awal
hidup kerja atau kereta untuk
ii) Pekerjaan keluarga besar-1
iii) Gaya hidup
iv) Personaliti -1 2) model Perodua Bezza

12
mencapai jualan tertinggi
berbanding dengan model-
model yang lain. -1

2F x1 = 2m
2h x1 = 2m
Kaitan kes=6kk x1 = 6m
Total = 10m
c) Jelaskan atribut produk bagi model Perodua Alza dan khidmat sokongan Perodua.
[10]
Atribut produk bagi model kereta Perodua Alza
Bil Fakta Huraian Kaitan kes
1. Atribut produk bagi Merupakan keputusan 1).merupakan kenderaan
model kereta Perodua utama dalam pelbagai guna tujuh tempat
Alza pembangunan sesuatu duduk (MPV) yang
produk yang melibatkan mempunyai daya tarikan
faedah dari segi kualiti, nilai keseluruhan pakej
ciri,gaya dan reka bentuk - termasuk
1
2) peningkatan dalam ciri
keselamatan seperti enam
beg udara,
ciri ‘bantuan keselamatan
termaju’,-1

3) tawaran digital yang


dipertingkatkan ,-1

4) ruang yang luas -1

5) dan keselesaan
pemanduan yang lebih baik.-
1

5) Perodua Alza baharu


mempunyai lima warna yang
menarik iaitu “ivory white,
white,glittering silver, garnet
red,elegant black dan vintage
brown”. -1

2 khidmat sokongan bagi Merupakan perkhidmatan 1) mengecat dan membaiki


semua model kereta tambahan yang diberikan badan kereta,-1
Perodua. ke atas produk bagi
menambahkan nilai 2) alat ganti yang tulin,-1
produk sedia ada. -1

13
3) minyak enjin yang tulin -1

4) harga alat ganti yang


mampu milik dengan 6 bulan
jaminan (warranty).-1

5) jaminan 5 tahun atau


150,000km(factory warranty)

2Hx1 = 2m
Kaitan kes = max 8m
Total = 10m

Jawab satu soalan sahaja

12. Jelaskan tiga jenis sumber dana jangka panjang dan dua jenis sumber dana jangka
pendek [20]

14
Tiga sumber dana jangka panjang ialah
F1. Bon -1
H1 Sekuriti hutang jangka panjang yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan
untuk dijual lepada individu dan institusi kewangan bagi mengumpul modal.
H2. Kontrak formal untuk penerbit bon membayar balik wang yang dipinjamkan
pada tarikh matang.
H3. Faedah secara bertempoh pada suatu masa tetap.contoh setiap enam bulan atau
setahun
H4 Pemegang bon adalah pemberi pinjaman(pemiutang)dan penerbit bon adalah
peminjam(penghutang)
Contoh Bon seperti bon kerajaan ,bon korporat, bon biasa

F2 Ekuiti -1
H1 Pelaburan dana daripada pemilik perniagaan sama ada dalam bentuk saham
biasa atau perolehan tertahan dalam perniagaan
H2 Saham biasa menunjukkan pemilikan sesebuah syarikat dan tiada tempoh
matang.
H3. Pemegang saham mempunyai hak mengundi , hak ke atas aset dan hak ke atas
pendapatan.
H4 Perolehan tertahan – keuntungan bersih syarikat yang tidak diagihkan kepada
pemegang saham dalam bentuk dividen
H5 Disimpan dalam syarikat untuk mengembangkan perniagaan.

F3 Saham keutamaan
H1 Aset kewangan syarikat yang tiada tempoh matang dan dibayar dengan kadar
faedah ke atas pemilikan saham.
H2 Satu instrument kewangan yang menggabungkan ciri ciri sekuriti hutang dan
saham biasa .
H3 Pemegang saham keutamaan akan menerima pulangan dalam amaun yang
tetap pada setiap tempoh yang ditetapkan
H4 Dividen saham keutaman akan dibayar terlebih dahulu berbanding saham
biasa.
Contoh
F4. Hutang Jangka Panjang
H1 Diberikan oleh institusi kewangan kepada pelanggan atau syarikat.

15
H2 Pinjaman ini akan dibayar balik dalan jangka panjang
H3 Dengan bayaran bunga dan pokok secara berkala.
H4 Jumlah Pinjaman bergantung jumlah modal keseluruhan perniagaan
Contoh

Mana-mana 3F + 6H + 3Contoh= 12 markah

Dua sumber dana jangka pendek


F1. Overdraf -1
H1 Kemudahan kredit oleh bank kepada pemegang akaun semasa
H2 Membenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam akaun
semasa
H3 Tujuan penggunaan bagi membayar perbelanjaan, hutang,pembelian barangan
H4 Faedah dikenakan terhadap pemegang akaun berdasarkan jumlah wang yang
dikeluarkan sahaja.
Contoh
F2 Pemfaktoran-1
H1 Melibatkan pengambilalihan dan pentadbiran akaun penghutang perniagaan
dan aktiviti pengutipan hutang
H2 Syarikat pemfaktor ialah Institusi kewangan yang menjalankan kegiatan
pemfaktoran .
H3 Aktiviti ini merupakan kemudahan pembelian invois atau akaun penghutang
perniagaan.
H4 Sesebuah organisasi perniagaan akan menjual akaun penghutang perniagaan
pada nilai kurang dari nilai muka.
Contoh

F3. Penerimaan Jurubank -1


H1 Merupakan bil pertukaran yang dikeluarkan oleh pengimport atau pengeksport
dan diterima dan disahkan oleh Bank.

16
H2 Bank mempunyai komitmen untuk membayar sejumlah wang dinyatakan pada
satu tarikh masa tertentu atau masa depan.
H3 Satu kaedah pembiayaan perdagangan jangka pendek yang disediakan oleh
bank kepada pelanggan.
Contoh
Mana-mana 2F +4H+2Contoh= 8 markah

13. Jelaskan empat aspek pemilihan dalam proses pengambilan sumber manusia bagi
jawatan pengurus di sebuah syarikat swasta. [20]

Empat aspek pemilihan dalam proses pengambila sumber manusia bagi jawapan
Pengurus di sebuah syarikat swasta ialah :
No.
Soalan Fakta / Huraian /Contoh
13 F1 Borang permohonan -1

17
H1 Maklumat berkenaan calon yang diisi sama ada secara manual atau
dalam talian; -1
H2 Langkah awal dalam penapisan/senarai pendek calon yang Berjaya-1
H3 Maklumat calon dinilai berdasarkan kriteria jawatan yang telah
Ditetapkan -1
H4 Jawatan Pengurus memerlukan kelulusan Ijazah dalam bidang
Berkaitan -1
Contoh

F2 Semakan Rujukan -1
H1 Rujukan ialah pihak lain yang boleh memberi maklumat tambahan tentang
pemohon pekerjaan.
H2 Tujuan utk tapisan keselamatan
H3 Pihak lain adalah seperti majikan terdahulu atau pensyarah calon tempat belajar di
kolej/universiti.
H4 Merujuk kepada pengurusan syarikat/majikan terdahulu tempat calon bekerja
Contoh

F3 Temuduga
H1 Proses pertukaran maklumat antara calon dengan organisasi
H2 Bertujuan mendapatkan maklumat lebih daripada calon tentang pengalaman dan
kemahiran.
H3 Dengan melihat gelagat atau personaliti calon dapat mengetahui sikap dan
pendirian calon.
H4 Memastikan kesahihan maklumat yang diberikan dalam borang permohonan
H5 Mengenal pasti calon yang benar-benar sesuai dan menyingkirkan calon yang
tidak memenuhi kriteria.
Contoh

F4 Ujian
H1 Proses saringan bagi mengenalpasti calon yang benar-benar memiliki
pengetahuan, kebolehan, kemahiran dan keupayaan untuk memegang jawatan
Pengurus.
H2 Ujian hendaklah bersesuaian dengan jawatan yang dipohon iaitu Pengurus.
H3 Jenis ujian seperti ujian kecerdasan, ujian bakat, ujian personaliti, ujian
kecekapan, ujian dadah dan ujian kesihatan.
H4 Bagi jawatan Pengurus, ujian yang boleh dijalankan ialah ujian kecerdasan, ujian
kecekapan dan kemahiran, ujian dadah dan ujian kesihatan
Contoh

4F +12H (setiap Fakta pilih mana-mana 3 huraian) + 4C=20 markah

18

You might also like