Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT GMP NEGERI PERAK (BATU KURAU)

BIL 2/2022

Tarikh : 29 Disember 2022 (Khamis)


Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, FAMA Daerah Larut Matang, Selama & Kerian

Kehadiran

1. En. Faril Mushawwir bin Zulamran (FMZ) - TPFN-O (Pengerusi)


2. En. Noor Shahrizal bin Mohd Arif (NSMA) - PO Batu Kurau
3. En. Mazli bin Abdullah (MA) - Ketua Unit Kontrak Pemasaran
4. En. Muhammad Firdaus bin Ahmad Tarmizi (MFAT) - Pemb. Ehwal Ekonomi
5. Pn. Normala Binti Mat Sani (NMS) - Pemb. Tadbir (Pencatit Minit)

Tidak Hadir Dengan Maaf

1. En. Mohd Fidaus bin Osman (MFO) - Pen.Peg. Ehwal Ekonomi


2. En. Abd Hadi bin Daud (AHD) - Pemb. Ehwal Ekonomi (Unit
Ladang Kontrak)

1 PUSAT OPERASI FAMA BATU KURAU, PERAK


MINIT MESYUARAT GMP BIL 2/2022
Bil Perkara

1. Ucapan Pengerusi
a) Pengerusi mengucapkan salam serta berterima kasih kepada semua ahli yang hadir
ke mesyuarat pada hari ini.

2. Pengesahan Minit

Minit Mesyuarat GMP Bil 1/2022 disahkan tanpa sebarang pindaan.

PERKARA TINDAKAN

3. Perkara Perbincangan

1. Mesyuarat GMP 2023

a) Pengerusi memaklumkan untuk tahun 2023, agenda mesyuarat


GMP perlu membincangkan perkara-perkara yang terdapat
seperti di dalam manual GMP

b) Mesyuarat bersetuju supaya kakitangan dari Ibupejabat juga turut


dijemput untuk bersama di dalam mesyuarat GMP yang akan
datang

c) Mesyuarat GMP perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali


setahun dengan cadangan perbincangan seperti berikut:-
KU (KP)
PO (BK)
i) Mesyuarat bilangan 1 – membincangkan prestasi GMP tahun 2022 Pemb. EE
serta merancang penambahbaikan GMP bagi tahun 2023 (BK)

ii) Mesyuarat bilangan 2 – Membuat lawatan di premis –


mengenalpasti sejarah teguran audit – mengenal pasti perkara
yang mungkin akan ditegur oleh audit sebagai persediaan

iii) Mesyuarat bilangan 3 – Membincangkan teguran –teguran audit

iv) Mesyuarat bilangan 4 – Meneliti dan membincangkan semula


keputusan audit.

2. Kawalan Makhluk Perosak

Mesyuarat bersetuju supaya pihak Pusat Operasi FAMA Batu Kurau PO (BK)
Pemb. EE
mengadakan perbincangan bersama Syarikat Best Penang Durian
(BK)
Sdn. Bhd. bagi mendapatkan persetujuan untuk berkongsi bayaran
perkhidmatan kawalan makhluk perosak di Pusat Pemprosesan
Buah-buahan FAMA Batu Kurau.

3. Kebersihan
2 PUSAT OPERASI FAMA BATU KURAU, PERAK
MINIT MESYUARAT GMP BIL 2/2022
Mesyuarat bersetuju agar kakitangan PRA di Pusat Operasi FAMA KU (KP)
Batu Kurau membantu melaksanakan kerja pembersihan di pusat PO (BK)
pemprosesan secara berkala bagi memastikan tahap kebersihannya Pemb. EE
(BK)
dijaga. Peruntukan untuk pembelian bahan pencucian boleh
dimohon menggunakan bajet GMP.

4. Naiktaraf Status Blok B dari GMP Kepada HACCP


Syarikat Best Penang Durian Sdn. Bhd. yang merupakan penyewa di
Blok B Pusat Pemprosesan Buah-Buahan FAMA Batu Kurau telah
PO (BK)
membuat permohonan untuk menaiktaraf status dari GMP kepada Pemb. EE
HACCP, dan telah diluluskan oleh pihak Ibupejabat FAMA. Tindakan (BK)
selanjutnya ialah membuat permohonan melalui sistem FOSIM KKM
dan mendapatkan panduan dari pihak KKM untuk melaksanakan
naiktaraf status tersebut.

5. Keperluan Peruntukan Untuk Mengekalkan Status GMP Batu Kurau


Untuk mengekalkan status GMP FAMA Batu Kurau, terdapat
beberapa perkara yang perlu dipatuhi mengikut seperti yang
dikehendaki di dalam manual GMP. Contohnya adalah seperti KU (KP)
PO (BK)
keperluan melakukan swab test peralatan, ujian makmal untuk
Pemb. EE
produk, kalibrasi peralatan, penyelenggaraan penghawa dingin, bilik
sejuk dan beberapa perkara lain lagi. Mesyuarat bersetuju supaya
pihak Pusat Operasi FAMA Batu Kurau mendapatkan anggaran kos
minimum yang diperlukan untuk keperluan tersebut dan seterusnya
akan dibuat permohonan ke Ibupejabat.

4. Penutup
Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 12.30 tengahari. Mesyuarat akan datang
dijangka dilaksanakan pada bulan Mac 2023.

Disemak Oleh :

NOOR SHAHRIZAL BIN MOHD ARIF


Pengurus Operasi FAMA Batu Kurau

Disahkan Oleh :

FARIL MUSHAWWIR BIN ZULAMRAN


Timbalan Pengarah FAMA Negeri Perak (Operasi)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Tarikh :

3 PUSAT OPERASI FAMA BATU KURAU, PERAK


MINIT MESYUARAT GMP BIL 2/2022

You might also like