Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengat Keladi

BAHAN-BAHAN:
300gm keladi
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:
1. Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus keladi bersama daun pandan hingga
empuk.
2. Masukkan gula Melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau
sebati.
3. Masak sehingga kuah agak memekat.
4. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Pengat Ubi Keladi

Bahan-bahan

1 biji ubi keladi – dipotong dadu

1 biji telur gred C

1 kotak kecil santan

1 keping manisan (sederhana)

2 sudu besar gula – jika yang sukakan manis tambahlah 1 @ 2 sudu besar

Secubit garam

2 helai daun pandan

Caranya

Santan bersama 2 cawan air ke dalam periuk. Selepas itu masukkan manisan, gula, garam dan daun
pandan. Masakkan hingga larut manisan, gula dan kemudian masukkan ubi keladi hingga empuk. Bila
masak, masukkan telur yang telah dipukul..dan terus tutup.
Pengat Keladi

Bahan2:

 1 bj ubi keladi- dadu


 1/2 kotak santan - boleh lebihkan kalau nk lg berlemak
 1 kerek nisan 
 secubit garam
 1 helai daun pandan, simpulkan - kalau xde stok, guna esen pandan
 secubit garam

Cara2:

 rebus keladi sampai separa empuk. toskan.


 masak santan, nisan, daun pandan dgn api perlahan sampai gula larut.
 masukkan keladi dan masak smp mendidih. kacau sentiasa supaya x pecah minyak.
 masukkan sedikit garam.
 siap!
PENGAT KELADI

Bahan2
 Ubi keladi ( bape gram x hengat tapi sederhana je saiz- 1 ketul je...)
 Santan secukupnya ( anggaran dlm 2-3 cawan)
 Gula -ikut kadar manis yg digemari
 2 sudu besar sagu
 1 helai daun pandan
 secubit garam

Cara2
1. Keladi kupas kulit dan potong ikut kretiviti masing2.Basuh dan rebus hingga
empuk
2. Keladi dah empuk, buang air rebusan dan masukkan santan, gula garam dan
daun pandan
3. Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau lembut supaya tak pecah
.santan.
4. Sagu basuh dan rendam seketika.
5. Bila santan hampir mendidih masukkan sagu..kacau
6. Masak hingga sagu dah takde nampak putih...kat tengah tu..

You might also like