Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SK MUADZAM SHAH Tel : 09-4523172

26700 MUADZAM SHAH Fax : 09-4528164


PAHANG Email : cba8043.skemshah.gmail.com

Ruj. Kami : CBA8043.100


Tarikh : 06 DISEMBER 2023
IBUBAPA / PENJAGA kepada :
_____________________________
Kelas : _______________________

Tuan / Puan

TAWARAN PERLANTIKAN JAWATAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH BAGI TAHUN


2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan / puan telah dipilih oleh Badan Disiplin Dan
Pengawas SK Muadzam Shah untuk menjadi Pengawas Sekolah bagi sesi 2023.

2. Walaubagaimanapun, tuan puan dimaklumkan bahawa perlantikan ini adalah diiringi


dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi kelak, iaitu :

a) Sentiasa memastikan disiplin berada di tahap optimum supaya dapat


menjadi suri tauladan kepada murid lain

b) Rekod kehadiran ke sekolah yang baik iaitu tidak datang lewat atau
sengaja ponteng sekolah

c) Sentiasa amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan-


tugasan yang diberikan

d) Sentiasa memastikan tahap akademik berada di tahap cemerlang

e) Perlantikan ini boleh dibubarkan apabila didapati seseorang pengawas itu


tidak kompeten pada tugasnya dan perlucutan jawatan oleh Badan
Disiplin akan dijalankan tanpa bantahan

3. Sehubungan dengan itu, tuan / puan hendaklah mengisi akuan persetujuan dan
dikembalikan kepada Cikgu Nurain (010-4171583) pada hari esok.

4. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas perlantikan ini.


Kerjasama dari pihak tuan puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Saya Yang Menjalankan Amanah,

....................................................
NURAIN BINTI MOHD RAZALI
SETIAUSAHA BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH
SK MUADZAM SHAH
TATACARA PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH 2023

TATACARA PEMAKAIAN PENGAWAS LELAKI

1. BAJU KEMEJA BIRU MUDA LENGAN


PANJANG

2. SELUAR BIRU GELAP

3. TALI LEHER BIRU GELAP BELI DI KEDAI


BUKU SEKOLAH

4. STOKIN HITAM

5. KASUT HITAM

TATACARA PEMAKAIAN PENGAWAS PEREMPUAN

1. TUDUNG BIRU MUDA

2. BAJU KEMEJA BIRU MUDA LENGAN


PANJANG

3. KAIN SUSUN KIPAS DI BAHAGIAN


BELAKANG WARNA BIRU GELAP

4. TALI LEHER BIRU GELAP BELI DI KEDAI


BUKU SEKOLAH

5. STOKIN HITAM

6. KASUT HITAM
SILA HAFAL IKRAR,DOA DAN TEKS PENGACARAAN PERHIMPUNAN DI BAWAH.

IKRAR PERHIMPUNAN PAGI

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan, menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

 KELUHURAN PERLEMBAGAAN

 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

 KESOPANAN DAN KESUSILAAN

BACAAN DOA

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫ِبسْ ِم‬
َ ‫هلل َربِّ ْال َعلَم‬
‫ِين‬ ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬
َ ‫لى َأ ْش َرفِ اَأل ْن ِب َيآ ِء َوالمُرْ َسل‬
‫ِين‬ َ ‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم َع‬
َّ ‫َوال‬

َ ‫صحْ ِب ِه َأجْ َمع‬


‫ِين‬ َ ‫لى آلِ ِه َو‬
َ ‫َو َع‬

Ya ALLAH Ya Tuhan kami,


Kurniakanlah kepada kami kesihatan anggota dan kecerdasan minda.
Tiupkanlah kepada kami ketenangan jiwa dan kekuatan semangat.
Semoga kami mampu menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu.
Jadikanlah kami insan yang berbudi pekerti tinggi, berdisiplin dan saling sayang-
menyayangi.
Kau rahmatilah ibu bapa dan guru-guru kami.
Berikanlah kesihatan dan kekuatan kepada guru-guru kami dalam mencurahkan ilmu
kepada kami.
Berkatilah Sekolah Kebangsaan Muadzam Shah ini agar terus dipandang tinggi.
ً ‫َر َّب َنا َأ ِت َنا فِى الدُّن َيا َح َس‬
‫نة‬

َ ‫َوفِى اَألخ َِر ِة َح َس َن ًة َو ِق َنا َع َذ‬


‫اب ال َّناِر‬

َ ُ‫ِّك َربِّ الع َِّز ِة َعمَّا يَصِ ف‬


‫ون‬ َ ‫ان َرب‬
َ ‫ُبح‬
َ ‫س‬
َ ‫َو َسالَ ٌم َعلَى الم ُر َسل‬
‫ِين‬

َ ‫هلل َربِّ ال َعلَم‬


‫ِين‬ ِ ‫الحم ُد‬
َ ‫َو‬
TEKS PENGACARA MAJLIS ( PENGAWAS )
PERHIMPUNAN RASMI - Isnin
SK MUADZAM SHAH 2023

PERKARA TEKS UCAPAN


Semua murid beratur dalam barisan kelas masing-masing.
PERSEDIAA Murid rendah di hadapan, murid tinggi di belakang.
N Pengawas, sila jalankan tugas anda.
Angkat tangan ke depan, luruskan barisan.
Jatuh tangan.
Angkat tangan.
Jatuh tangan.
(ulang jika perlu..pastikan semua murid bersedia baru mulakan)
UCAPAN Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera..
ALUAN Yang berusaha,Guru Besar Sk Muadzam Shah, Puan Norhayati Binti Abdul Rahim
PENGACAR Yang dihormati, barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru
A MAJLIS seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
BACAAN Majlis perhimpunan rasmi kita pada hari ini dimulakan dengan bacaan doa.
DOA Oleh itu, majlis menjemput pengawas yang bertugas untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
*** bacaan doa ***
NYANYIAN Terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
LAGU
Sekarang, tibalah masa untuk kita menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu sekolah.
***nyanyian lagu***
BACAAN Seterusnya, majlis menjemput pengawas bertugas untuk memimpin bacaan ikrar. Dipersilakan.
IKRAR ***bacaan ikrar***
UCAPAN Terima kasih atas pimpinan ikrar sebentar tadi.
GURU Sebelum majlis diteruskan, semua murid dan pengawas, dipersilakan duduk.
BERTUGAS
MINGGUAN
Seterusnya, majlis dengan ini menjemput guru yang bertugas pada minggu ini untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
***ucapan guru bertugas***
(Jika Ada Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
baru baca)
Majlis dengan ini menjemput mana-mana guru yang hendak menyampaikan info atau ucapan, dipersilakan.
***ucapan guru ***
Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
UCAPAN Hadirin sekalian, pihak majlis dengan penuh hormat menjemput : (pilih 1 sahaja)
GURU
BESAR 1. Guru Besar SK Muadzam Shah. Puan Norhayati untuk menyampaikan amanat dan nasihat.
ATAU GPK
(Tanya
Atau
dahulu siapa 2. Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Ustazah Mashitah untuk menyampaikan amanat dan nasihat.
yang akan Atau
berucap, dan 3. Guru Penolong Kanan Hal Ehwa Murid. Ustaz Rosman untuk menyampaikan amanat dan nasihat.
pilih ayat di Atau
sebelah) 4. Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Cikgu Fauziah untuk menyampaikan amanat dan nasihat.
***ucapan guru***
UCAPAN Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Diharap ianya menjadi panduan berguna kepada
PENUTUP kita semua.

Hadirin sekalian,
Perhimpunan rasmi kita pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya. Untuk itu, diminta pengawas bertugas
memimpin bacaan al-Asr dan Tasbih Kafarah. Dipersilakan.
***bacaan***
1. Semua murid sila berdiri dalam keadaan senyap dan tenang
2. Pengawas bertugas sila berada di barisan jagaan masing-masing
3. Semua murid bergerak ke kelas dengan teratur dimulakan dengan Pra Sekolah.
4. Sekian, wassala mualaikum wbt.
SURAT DAN AKUAN PERSETUJUAN PERLANTIKAN PENGAWAS
SEKOLAH SK MUADZAM SHAH BAGI SESI 2023
1. Saya SK
______________________________ ibubapa
MUADZAM SHAH, 26700 MUADZAM SHAH, PAHANG/ penjaga
kepada ___________________________________ murid kelas
______________ . (Tandakan √ pada kotak berkenaan)

BERSETUJU

TIDAK BERSETUJU
atas perlantikan Pengawas Sekolah ini.

2. Saya juga akan memastikan anak jagaan saya menjalankan


amanah sebagai pengawas sekolah dengan penuh rasa
tanggungjawab dan amanah.
3. Perlantikan ini boleh dibubarkan apabila didapati seseorang
pengawas itu tidak kompeten pada tugasnya dan perlucutan
jawatan oleh Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah akan
dijalankan tanpa bantahan.

TANDATANGAN IBUBAPA / TANDATANGAN CALON


PENJAGA PENGAWAS SEKOLAH

Yang Benar Yang Benar

________________________ ________________________
( ) ( )

*SERAHKAN SURAT INI SAHAJA KEPADA CIKGU NURAIN PADA HARI ESOK.

You might also like