Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Peningkatan kualiti hidup masyarakat merupakan prasyarat penting dalam memastikan Malaysia

menjadi sebuah negara maju. Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh kerajaan dalam meningkatkan
kualiti hidup rakyat Malaysia. Bincangkan.

Isu : Kualiti hidup rakyat

Fokus isu : Usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Format : 5+0

[PENDAHULUAN]

Peningkatan kualiti hidup rakyat merupakan antara ciri sesebuah negara yang menuju ke arah
kemodenan. Kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini bagi mencapai sebuah
negara yang moden. Oleh itu, pelbagai usaha boleh dilakukan oleh kerajaan dalam meningkatkan
kualiti hidup rakyat di Malaysia.
PERKARA HURAIAN

IDEA Selain itu, usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam meningkatkan
kualiti hidup rakyat di Malaysia ialah dengan meningkatkan kemudahan
infrastruktur

APA Kerajaan seharusnya menyediakan dan meningkatkan kemudahan infrastruktur


yang ada di bandar mahupun luar bandar

KENAPA Kemudahan tersebut akan memudahkan lagi rakyat menjalankan aktiviti harian
mereka.

BAGAIMANA Sebagai contoh, kerajaan perlulah menambah baik sistem pengangkutan di


Malaysia bagi menangani kesesakan lalu lintas.

KESIMPULAN maka, rakyat dapat menjalani kehidupan harian mereka dengan mudah dengan
adanya kemudahan infrastruktur yang mantap
PERKARA HURAIAN

IDEA Antara usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam meningkatkan kualiti
hidup rakyat di Malaysia ialah menyediakan pendidikan berkualiti

APA Kerajaan boleh menambah peruntukan bagi menjayakan sasaran Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia.

KENAPA Kerajaan seharusnya mengambil kira kepentingan pendidikan awal kanak-kanak


bagi memupuk dan membentuk pelajar dari awal usia untuk menjadi rakyat
yang bersatu padu dan berdaya tahan untuk berdepan dengan pelbagai
cabaran pada masa depan.

BAGAIMANA Sebagai contoh, kerajaan boleh memperuntukkan dana dalam program latihan
dan peningkatan kemahiran guru.

KESIMPULAN Jelaslah bahawa pendidikan yang berkualiti dapat menjamin masa depan
seseorang dam melahirkan rakyat yang bijak.
PERKARA HURAIAN

IDEA Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam meningkatkan
kualiti hidup rakyat di Malaysia ialah membangunkan ekonomi

APA Kerajaan seharusnya merancakkan lagi aktiviti pelaburan di Malaysia.

KENAPA Kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan kerana pihak kerajaan akan mempunyai
dana yang kukuh untuk menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur kepada
rakyat semula hasil daripada pelaburan yang dilakukan.

BAGAIMANA Sebagai contoh, kerajaan telah memperkenalkan Belanjawan 2013 bagi


mencergaskan lagi pasaran modal dan kewangan di Malaysia

KESIMPULAN Tegasnya, kepesatan ekonomi negara dapat menjamin kestabilan


pembangunan rakyat dan mewujudkan kehidupan yang berkualiti
PERKARA HURAIAN

IDEA Usaha lain yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam meningkatkan kualiti
hidup rakyat di Malaysia.ialah dengan mengekalkan kelestarian alam sekitar.

APA Kerajaan boleh memperkenalkan sistem pengangkutan mesra alam kepada


rakyat

KENAPA Hal ini demikian kerana asap daripada cerobong alat-alat pengangkutan dapat
membahayakan kesihatan dan memberi kesan yang buruk kepada rakyat.

BAGAIMANA Antara sistem pengangkutan mesra alam yang telah diwujudkan di Malaysia
ialah KLIA ekspres dan penggunaan minyak NGV

KESIMPULAN Jelaslah bahawa alam sekitar yang bersih akan mengurangkan risiko rakyat
mendapat penyakit serta kualiti hidup mereka meningkat secara tidak langsung
PERKARA HURAIAN

IDEA Akhir sekali, usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam meningkatkan
kualiti hidup rakyat di Malaysia ialah memperluas peluang pekerjaan

APA Kerajaan perlu menyusun semula ekonomi untuk mewujudkan lebih banyak
pekerjaan untuk golongan belia

KENAPA Pertambahan peluang pekerjaan ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk
dan menurunkan kadar pengangguran di Malaysia

BAGAIMANA Sebagai contoh, kerajaan boleh menyediakan pelbagai program dan latihan
kemahiran bagi melengkapkan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran
yang sesuai untuk memudahkan mereka memperolehi pekerjaan pada masa
depan.

KESIMPULAN Oleh itu, setiap individu mempunyai pendapatan masing-masing dan dapat
menyara hidup mereka serta hidup dalam keadaan yang selesa
[PENUTUP]

Kesimpulannya, kehidupan rakyat yang berkualiti dapat mewujudkan negara yang aman dan
harmoni.Keadaan ini akan menjadi tunjang kepada proses negara Malaysia untuk mencapai status
negara maju dan sejahtera.

You might also like