Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu
bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan
program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar
biasa. Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan
menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-


kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi,
tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Perbezaan ini adalah mencapai tahap yang
mana kanak-kanak memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun
perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya berkembang pada kapasiti
maksimum.

Jadi, pendidikan khas adalah jalan penyelesaiannya. Kaedah-kaedah yang dibentuk


khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan
atau kekurangan upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran
dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital
dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum
biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi murid-murid keperluan khas. Ini
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem
pendidikan di negara kita boleh melahirkan pelajar produktif dan kreatif.

Tidak semua kanak-kanak dilahirkan sempurna. Kanak-kanak ini tidak boleh


dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi perhatian terutama
pendidikan. Walau bagaimanapun disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka
pendidikan yang diberi kepada mereka agak berbeza dengan kanak-kanak normal lain.
Pendidikan tersebut lebih dikenali sebagai Pendidikan Khas.

1
2.0 TUGASAN SATU
2.1 MENSINTESIS DATA

SUKAN

DEFINISI DAN KONSEP KEPENTINGAN

 Sukan merupakan segala aktiviti


fizikal : semasa melakukan aktiviti sukan,
yang diinstitusikan secara kompetitif
otot kanak-kanak berkeperluan khas ini
melibatkan penggunaan tenaga dan
dapat dilatih untuk digerakkan. Melalui
kemahiran fizikal yang kompleks, di
aktiviti ini, murid dapat memanaskan badan
mana penglibatan seseorang itu
yang mampu menggerakkan otot sendi dan
didorong oleh gabungan kepuasan
ia baik untuk jantung dan paru-paru.
dalaman lalu dikaitkan dengan
ganjaran luaran yang diperoleh Sosial : memerlukan kerjasama antara
melalui sukan itu. kumpulan dalam mencapai kejayaan.
 Contohnya : bola sepak, badminton, Secara tidak langsung perpaduan dalam
bola keranjang dan olahraga. kalangan murid murid-murid pendidikan
 Aktiviti ini mampu meningkatkan khas dapat ditingkatkan.
banyak kemahiran dalam diri kanak-
Emosi : mampu memberi impak yang
kanak pendidikan khas.
positif kepada elemen emosi dalam murid
berkeperluan khas. Contohnya, melalui
bermain mereka mudah terhibur dan ini
mampu menurangkan ketegangan emosi
dalam diri mereka.

Kognitif : merangsang murid untuk lebih


berfikir dan cuba menyelesaikan masalah
yang dihadapi dan ini dapat menjadikan diri
mereka menjadi kreatif.

2
PERMAINAN

DEFINISI DAN KONSEP KEPENTINGAN

fizikal : semasa melakukan aktiviti


permainan, otot kanak-kanak berkeperluan
khas ini dapat dilatih untuk digerakkan.
 Dedifinisikan sebagai apa-apa Melalui aktiviti ini, murid dapat memanaskan
kegiatan yang memberikan badan yang mampu menggerakkan otot
kegembiraan dan kepuasan sendi dan ia baik untuk jantung dan paru-
paru.
kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil Sosial : memerlukan kerjasama antara
kumpulan dalam mencapai kejayaan. Secara
kegiatan itu.
tidak langsung perpaduan dalam kalangan
 Bermain bukan satu kejadian murid murid-murid pendidikan khas dapat
yang dipaksa tetapi ia merupakan ditingkatkan.
perkembangan semulajadi Emosi : mampu memberi impak yang positif
kanak-kanak. kepada elemen emosi dalam murid
berkeperluan khas. Contohnya, melalui
bermain mereka mudah terhibur dan ini
mampu menurangkan ketegangan emosi
dalam diri mereka.

Kognitif : merangsang murid untuk lebih


berfikir dan cuba menyelesaikan masalah
yang dihadapi dan ini dapat menjadikan diri
mereka menjadi kreatif.

3
REKREASI

DEFINISI DAN KONSEP KEPENTINGANPE

Fizikal : dapat meningkatkan kemahiran motor


 rekreasi adalah kegiatan yang kasar dan halus. Dalam aktiviti ini, pergerakan
dapat menyegarkan kembali otot mampu digerakkan bagi menyihatkan
kesihatan individu serta boleh tubuh badan dengan mengeluarkan peluh.
melapangkan fikirian.
 Istilah rekreasi berasal dari Sosial : aktiviti ini memerlukan mereka untuk

perkataan Latin, recreatio yang berinteraksi dan bekerjasama antara satu

bermaksud menyegarkan. sama lain. Sebagai contohnya apabila ingin

 Terdapat dua jenis rekreasi iaitu mendirikan khemah, menyalakan unggun api.

rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Pelajar dapat mengamalkan sikap perpaduan

 Penglibatan murid berkeperluan dan muhibah bersama rakan.

khas dalam aktiviti adalah amat


Emosi : aktiviti memberi peluang kepada
disokong kerana ia dapat
mereka untuk meluahkan perasaan,
meningkatkan kualiti hidup
mengurangkan tekanan, menambah keyakinan
mereka.
diri, bersedia menerima risiko, bersemangat
dan berani.

Kognitif : dapat membentuk daya pemikiran


yang sangat kreatif kepada murid-murid.
Sebagai contohnya, apabila mereka hendak
mendirikan khemah, mereka hendaklah
mempunyai peralatan yang cukup. Jika tidak
lengkap mereka boleh berfikir mencari alternatif
lain untuk mendirikan khemah.

4
MUZIK SUAIAN

DEFINISI DAN KEPENTINGAN


KONSEP

Fizikal : apabila mendengar muzik, murid akan


menggerakkan badannya mengikut irama.

 Muzik merupakan seni media Proses ini sangat bagus kerana

yang melibatkan alat muzik menghubungkan sel-sel otak murid

atau suara. berkeperluan khas. Aktiviti ini juga mampu

 Sebuah buku Cina ‘I Ching’ menyebabkan otot-otot bergerak mengikut

menyatakan muzik isyarat yang diterima.

mempunyai kuasa untuk Sosial : mereka dapat berinteraksi dengan


menenangkan ketegangan para guru, rakan-rakan serta masyarakat
dalaman dan juga berupaya sekeliling termasuklah keluarga. Muzik boleh
untuk mengurangkan meningkatkan kemahiran bertutur dengan
gangguan emosi seseorang. proses berinteraksi jika murid hendak bertanya
 Merupakan elemen yang soalan .
sangat penting kerana ia
dapat menenangkan fikiran Emosi ; muzik dapat meresap ke dalam emosi

seseorang itu. seseorang. Sebagai contohnya, murid dapat


meluahkan perasaan mereka menerusi lagu
dan bait-bait lirik. Ini akan dapat menguatkan
lagi ketahanan emosi mereka.

5
SENI VISUAL

DEFINISI DAN KEPENTINGAN


KONSEP

Fizikal : kemahiran motor halus dapat


ditingkatkan. Sebagai contohnya, semasa aktiviti
 Seni memberi maksud yang
melukis dan mewarna, tangan mereka bergerak
subjektif kerana setiap
dengan mudah dan pergerakan tangan ini
individu menjalani kehidupan
mampu meningkatkan kemahiran motor halus
dengan pengalaman yang
terutamanya kanak-kanak yang menghidapi
tersendiri dan berbeza.
penyakit cereblum palsy.
 Seni boleh merangkumi seni
tari, seni uzik, seni lukis, Sosial : elemen sosial dapat diterapkan semasa
kraftangan, fesyen dan lain- aktiviti seni suaian dilakukan. Mereka mungkin
lain lagi. akan menanyakan kepada guru atau rakan
 Seni dalam pendidikan mereka tentang cara-cara melukis dan
memainkan peranan yang sebagainya. Keadaan ini boleh meningkatkan
penting ke arah kemahiran bertutur. Ia amat sesuai untuk kanak-
perkembangan kanak-kanak kanak yang menghidapi autisme.
melalui peningkatan daya
Emosi : membantu membuat ekpresi
persepsi, estetika dan
disebabkan kesukaran. Contohnya, kanak-kanak
kreativiti.
yang mempunyai masalah pertuturan akan
mengekpreskan keinginan, kehendak,
keseronokan emosi mereka melalui seni. Maka
mereka tidak akan berasa malu dan yakin untuk
belajar.

Kognitif : dapat meningkatkan daya pemikiran


dan imaginasi. Apabila guru mengarahkan untuk
melukis sesuatu seperti bunga murid akan dapat
menggambarkan bentuk, saiz dan warna bunga
terutamanya bunga yang mempunyai warna
terang seperti bunga tulip dan bunga raya.

6
2.2 MEMBANDING BEZA

SUKAN/PERMAINAN REKREASI

 Memerlukan tenaga yang Tidak memerlukan


banyak tenaga yang banyak
 Terhad kepada lapisan Tidak terhad kepada
umur lapisan umur
 Mempunyai peraturan Tidak mempunyai
dalam permainan peraturan
 Memerlukan latihan atau Tidak memerlukan
penguasaan dalam latihan
sesuatu permainan Sekadar kepuasan pada
 Ada ganjaran yang diri
diberikan Boleh dilakukan secara
 Memerlukan banyak ahli individu ataupun
dalam satu kumpulan kumpulan

 Untuk menyihatkan tubuh badan


 Dapat mengisi masa lapang
 Melibatkan motor halus dan kasar
 Dapat menyeimbangkan koordinasi badan
 Menggalakkan interaksi sosial

7
SENI VISUAL
MUZIK SUAIAN

o Menggunakan suara dan


o Menggunakan peralatan peralatan muzik seperti
seni seperti warna, kerincing, tambori, marakas
pensel, krayon dan lain- dan lain lagi
lain lagi o Meningkatkan kemahiran
o Meningkatkan daya bertutur dan interaksi
pemikiran dan imaginasi o Meluahkan emosi dari lirik-
o Meluahkan emosi dari lirik lagu
hasil pengkaryaan seni o Melibatkan motor kasar iaitu
o Melibatkan motor halus melalui pergerakan kaki
iaitu melalui memegang seperti melompat dan
pensil dan mewarna menari

 Membantu membaiki kemahiran daya tumpu


 Boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu
 Menggalakkan interaksi sosial
 Boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif
 Menyumbang kepada kepuasan diri

8
3.0 TUGASAN 2

(MODUL TERAPI SENI VISUAL)

9
4.0 TUGASAN 3

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai


kekuatan dan kelemahan di dalam diri mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya
melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran
bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran yang kondusif dan ceria serta
menjalani kehidupan secara optimum. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini
perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian beserta penggunaan sumber
dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai. Ini bertujuan untuk
mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental yang sihat,
kestabilan emosi, integrasi sosial, dan kecergasan kemahiran motor mereka.

Kadangkala kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah, mempunyai


masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah kemahiran motor, masalah
sosialisasi dan emosi. Antara usaha yang boleh dijalankan oleh para guru untuk
membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan
mereka adalah dengan mengamalkan aktiviti terapi ketika proses pengajaran di dalam
atau luar kelas.

Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang
mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan
psikomotor bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid berkeperluan khas adalah golongan yang
mempunyai ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor, maka terapi amat
diperlukan bagi membantu perkembangan mereka.

Antara kepentingan terapi ialah meningkatkan daya pengamatan murid-murid,


merangsang mereka untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran
serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka.
Selain daripada itu, melalui terapi juga para guru dapat melatih murid-murid menguasai
kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. Kata-kata
pujangga ada mengatakan bahawa “ lebih baik berusaha menyalakan lilin dari
menyumpah kepada kegelapan”. Keadaan ini memberi gambaran bahawa kanak-kanak

10
istimewa juga berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sama dengan kanak-kanak
normal kerana pendidikan merupakan sebuah proses seumur hidup bagi manusia.
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita tidak boleh memandang rendah terhadap
ketidakupayaan mereka kerana mungkin mereka adalah insan yang lebih sempurna
daripada kita.

Dalam pelaksanaan modul ini, saya telah memilih untuk membuat terapi seni kepada
kanak-kanak khas di SK Padang Kala. Secara umumnya terapi seni merupakan satu
bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Terapi ini menggunakan media seni, imej, proses
kreativiti serta tindak balas individu menghasilkan produk sebagai mencerminkan
perkembangan, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan individu.
Saya telah menggunakan tanah liat sebagai medium terapi untuk membantu mereka
meningkatkan kemahiran motor halus, meningkatkan deria sentuh dan meningkatkan
keyakinan diri kanak-kanak berkeperluan khas.

Murid-murid berkeperluan khas mempunyai beberapa masalah dalam pembelajaran


mereka. Antaranya ialah masalah pengamatan/perhatian, koordinasi motor kasar dan
halus, masalah komunikasi, sosialisasi, imaginasi dan pemahaman konsep. Semasa
saya menjalankan modul seni visual ini kepada murid-murid khas di Sk Padang Kala,
saya telah mendapati bahawa memang ada pelajar mempunyai masalah yang
disebutkan di atas. Apabila saya menyuruh mereka untuk membuat huruf menggunakan
tanah liat, saya mendapati bahawa seorang pelajar ini dia hanya memberi tumpuan pada
awal penerangan saya sahaja selebihnya dia tidak memberi tumpuan. Mungkin pelajar ini
mengalami masalah ADD (Attention Deficit Disorder).

Terapi seni yang diajar kepada murid berkeperluan khas adalah satu proses untuk
memperkembangkan bakat dan potensi serta ia boleh diintegrasikan merentasi subjek. Ia
juga merupakan salah satu unsur terapi untuk membantu murid yang mengalami
masalah tekanan perasaan melalui aktiviti seni. Hasil seni yang dihasilkan bukan sahaja
memiliki seribu makna, malah ia mampu meluahkan perasaan murid itu sendiri. Terapi
seni sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas bagi memahami dan
mengembangkan bakat dan potensi diri, khususnya dalam bidang seni. Seni yang
diterapkan dalam kemahiran terapi ini seiring dengan kemahiran pendidikan seni yang
bertujuan untuk membentuk keperibadian yang celik budaya, mempunyai nilai estetika
yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

11
Oleh itu, terapi seni sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas bagi
memahami dan mengembangkan bakat dan potensi diri, khususnya dalam bidang seni.
Kanak-kanak khas mempunyai keupayaan belajar yang sama dengan kanak-kanak
normal yang lain, cuma mereka hanya lambat untuk mencapai apa yang dipelajari dan
didapati di persekitaran mereka. Jadi, terapi seni dalam pendidikan khas merupakan
salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid bekeperluan khas menguasai sesuatu
kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak


berkeperluan khas antaranya ialah pemilihan dan penentuan aktiviti seni hendaklah
bersesuaian dengan murid berdasarkan kepada pengalaman yang dialami, tahap daya
imaginasi mereka serta, jenis peralatan dan bahan yang digunakan. Sesuatu projek yang
diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan, kebolehan, penumpuan,
pengalaman dan pemerhatian murid. Kegiatan yang menarik minat serta mampu
mencetus idea melalui aktiviti penerokaan amatlah digalakkan, sama ada secara manual
atau berbentuk penggunaan komputer.

Selain guru pendidikan khas, ibu bapa juga perlu mempunyai kemahiran untuk
mengesan bakat dan minat kanak-kanak berkeperluan khas. Kerjasama daripada
pelbagai pihak adalah satu usaha yang dapat mencungkil dan mengenal pasti kreativiti
dan kebolehan yang terpendam dalam diri murid bekeperluan khas. Cara ini secara tidak
langsung mampu untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak berkeperluan khas
kerana mereka akan terasa diri mereka lebih dihargai kerana ada pihak yang mengambil
berat tentang diri mereka. Melalui Pendidikan Seni, guru Pendidikan Khas perlu
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dengan mata
pelajaran yang lain, bagi meningkatkan potensi murid berkeperluan khas yang dikenal
pasti potensinya. Manakala, ibu bapa boleh mengesan bakat dan kreativiti anak mereka
melalui pemerhatian dan aktiviti sewaktu di rumah.

Seterusnya ialah kanak-kanak ini memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada
orang dewasa bagi menentukan teknik yang sesuai serta penggunaan yang betul
semasa melaksanakan aktiviti seni terutamanya. Hal ini adalah kerana ia merupakan
satu cara bagi kanak-kanak khas untuk mendapatkan kepuasaan diri ketika melakukan
aktiviti seni. Kanak-kanak sememangnya mempunyai daya kreativiti mereka sendiri.
Justeru, mereka perlu diberi peluang belajar seni sama ada mereka berbakat atau pun

12
tidak, kerana seni memberi penekanan kepada kepentingan aktiviti mata dan tangan.
Melakar, menconteng dan berimaginasi merupakan sebahagian daripada perkembangan
dan pertumbuhan mereka. Kebanyakan pakar pendidikan berpendapat bahawa,
pembelajaran kanak-kanak akan lebih efektif jika aktiviti dijalankan secara aktif. Kanak-
kanak akan meningkatkan daya kreativiti serta membuat pengamatan dan penaksiran
melalui pengalaman seni. Keupayaan ini akan membuatkan mereka berkeupayaan
mengembangkan potensi, sikap dan psikomotor mereka.

Di samping itu, untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak khas aspek


keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran seni perlu dititikberatkan.
Antara kepentingan yang perlu diambil kira bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran kepada kanak-kanak berkeperluan khas ialah pertama dapat
menghargai keindahan alam ciptaan tuhan. Kedua dapat meningkatkan pengetahuan,
daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat
diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Kepentingan yang ketiga ialah dapat
menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik, dan teknologi untuk mereka cipta
barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Yang keempat ialah mendapat nilai
tambah dalam disiplin sains, teknologi, dan mata pelajaran lain. Selain itu, terapi seni
dapat menjadikan bidang seni sebagai prospek kerjaya serta menyedari dan menghargai
suasana seni dalam kehidupan dan persekitarannya. Akhir sekali ialah dapat membina
jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Melalui strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, ia akan dapat membantu kanak-kanak bekeperluan khas
mengembangkan bakat dan kreativiti mereka. Ini akan melahirkan modal insan yang
dapat bersaing dengan individu yang lain, bagi mencapai tujuan dan matlamat
pendidikan khas.

Seterusnya, sebagai seorang masyarakat yang bertanggungjawab jangan sesekali


pernah mendiskriminasikan mereka terutamanya dari segi pentaksiran. Kenyataan ini
dapat disokong melalui Mandat-mandat Asas PL94-142 yang memberi penekanan
terhadap pentaksiran yang tidak didiskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian
pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-
undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri pada
kanak-kanak khas tersebut dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau
kekurangan mereka. Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan
menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak tersebut, lebih daripada satu penilaian
dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam
kategori kanak-kanak pendidikan khas. Dalam konteks mengadakan aktiviti seni visual,

13
seorang guru mestilah memuji hasil yang dilakukan oleh anak muridnya kerana mereka
akan berasa dihargai dan hal ini akan menaikkan semangat mereka untuk belajar.

Para guru juga perlu didedahkan dengan aktiviti terapi bagi memantapkan
penyampaian pengajaran, serta pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti-
aktiviti terapi juga boleh dijalankan di dalam atau luar kelas secara berkumpulan atau
individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor, dan sosial pelajar
bekeperluan khas. Melalui terapi seni juga, semua pihak yang terlibat harus sedar
bahawa ia turut membentuk kemantapan sahsiah kanak-kanak bekeperluan khas.
Pelaksanaan unsur terapi seni akan meningkatkan kualiti kehidupan kanak-kanak
berkeperluan khas kerana unsur-unsur terapi seni dapat meningkatkan kepercayaan
kendiri mereka, mengurangkan tekanan serta kecelaruan dalam pembelajaran dan
pengalaman traumatik yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.

Pada kesimpulannya, menjadi seorang guru pendidikan khas bukan sekadar menjadi
guru biasa tetapi sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid kepada
guru adalah melebihi murid-murid yang normal. Namun, sebagai seorang guru,
keikhlasan dalam mendidik menjadikan mereka seorang yang berfikiran positif, bersikap
menerima dan sebagainya.  Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi tetapi didiklah
mereka kerana mereka berpeluang untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan
kebergantungan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

14
RUJUKAN

Ahmad, M. S. (2008). Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar. Kuala Lumpur: PTS
Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Fazura, H. (2011, Disember 5). Pengenalan Pendidikan Khas. Retrieved April 1, 2015, from
Cikgu Aza: http://hazanatol.blogspot.com/2011/12/pengenalan-pendidikan-khas.html

Geoff Kewley dan Pauline Latham. (2008). 100 Panduan Membantu Murid yang mengalami
ADHD. Selangor: Percetakan Info Meditasi Sdn.Bhd.

Hussain, Y. (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Selangor: Pekan Ilmu Publication Sdn
Bhd.

Jaafar, F. (2011, November 20). Pendidikan Khas. Retrieved Mac 29, 2015, from Teknologi
Maklumat Sekolah Rendah KRT 3013 :
http://mrz10325.blogspot.com/2009/12/pendidikan-khas.html

Kamarul dan Asyraf. (2014, April 3). Terapi Seni Visual. Retrieved Mac 25, 2015, from Yang
Teristimewa: http://cekgukamarul.blogspot.com/2014/04/terapi-seni-visual-
pengenalan-terapi.html

Mohamed, J. K. (20015). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur:


PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Razhiyah, K. (2008). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS Publishing
Sdn.Bhd.

Yasmin Hussain dan Noorlian Ishak. (2013). Gerak Kerja Kreatif Peringkat Awal Kanak-
Kanak. Selangor: Pekan Ilmu Publication Sdn.Bhd.

Yasmin Hussain dan Zainal Ariffin. (2013). Asas Terapi Muzik. Selangor: Pekan Ilmu
Publication Sdn.Bhd.

15
LAMPIRAN

16

You might also like