Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

KAJIAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

TINGKATAN 2

NAMA : NUR ASHRYFFAH ALEEYA BINTI RAFFAIE


KELAS : 2 IBNU RUSHD
GURU MATA PELAJARAN : USTAZ RAHMAN BIN
LABUNU
ISU/TAJUK : KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN DAN
MASALAH YANG DIHADAPI DI TAMAN RIA 8 JALAN
UTARA BARU,TAWAU SABAH
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
Penghargaan 2
Pendahuluan 3
1.0 Perancangan
1.1 Jadual kerja 4

1.2 Objektif kajian 5

1.3 Kaedah kajian 6

2.0 Proses awal


2.1 Borang temu bual 7

3.0 Laporan akhir


3.1 Konsep pengangkutan 9

3.2 Latar belakang ciri fizikal & budaya 10

3.3 Latar belakang pengangkutan 11

3.4 Peta pemikiran 12

3.5 Masalah-masalah yang dihadapi di kawasan kajian 13

3.6 Usaha-usaha untuk mengatasi masalah pengangkutan 14

4.0 Rumusan 15
5.0 Rujukan 16
6.0 Lampiran 17
PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang banyak menolong saya
dalam melaksanakan kerja Lapangan Geografi ini. Terima kasih diucapkan
kepada pengetua kerana membenarkan saya membuat Karsus Kerja
Lapngan Geografi. Ucapkan terima kasih kapada guru mata pelajaran kerana
telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu-bapa dan rakan-rakan kerana
telah memberi sokongan dan kerjasama yang sewajarnya.

Saya juga ingin berterima kasih kepada Sumber kerana kerja-kerja ini
memerlukan akal fikiran , tenaga dan bimbingan.
PENDAHULUAN

Saya dan rakan-rakan memilih tajuk kajian tentang Pengangkutan dan


Masalah yang dihadapi di Taman Ria 8 Tawau, Sabah

Saya menyiapkan kajian ini dalam tempoh lebih kurang tiga minggu.
Walaupun semasa membuat kajian ini kami hadapi pelbagai jenis masalah ,
tetapi akhirnya semua maslah telah diatasi. Saya berasa sungguh berpuas
hati kerana dapat menyiapkan kajian ini’

Akhir sekali, saya berharap kajian ini akan memberi banyak manfaat
kepada saya dan rakan-rakan saya.
1.0 PENERANGAN
1.1 Jadual Kerja

MINGGU TARIKH AKTIVITI


Minggu 1 21 Nov - 25 - Diberi taklimat daripada guru mata
Nov pelajaran bagaimana melaksanakan
kerja lapangan.
- Membuat jadual kerja,objektif kerja dan
kaedah kajian.
- Berbincang dengan rakan-rakan.
-mencari maklumat.
-melengkapkan borang temu bual.
Minggu 2 25 Nov - 2 Dis - Menerangkan konsep dan takrif
pengangkutan.
-Menghuraikan latar belakang kaasan
kajian.
- Menghuraikan latar belakang
pengangkutan di kawasan kajian.
- Melukis peta pemikiran berkaitan
dengan jenis-jenis pengangkutan yang
terdapat di kawasan.
Minggu 3 5 Dis - 7 Dis - Menghuraikan masalah-masalah
pengangkutan yang dihadapi di kawasan
kajian.
- Mencadangkan usaha-usaha untuk
mengatasi masalah pengangkutan yang
dihadapi/
- Menghantar tugasan
1.2 Objektif Kajian

Adalah diharapkan kajian tentang pengangkutan dan masalah yang dihadapi


dikawasan Taman Ria Lapan Tawau ini dapat :

1. Menerangkan konsep dan takrif pengangkutan

2. Mengenal pasti latar belakang kawasan kajian.


3. Melukis peta pemikiran berkaitan tentang jenis-jenis pengangkutan yang
terdapat dikawasan kita.
4. Menghuraikan masalah-masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan
kajian.
5. Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi masalah pengangkutan
yang dihadapi.
1.3 Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan ini menggunakan pelbagai kaedah, antaranya

1. Temu bual : saya menemu bual dua orang sumber untuk mengetahui latar
belakang pengangkutan, masalah, dan cadangan mengatasi masalah
pengangkutan di kawasan kajian

2. Pemerhatian : saya telah membuat pemerhatian mengenai pandang darat


budaya fizikal dan , pandang darat budaya yang terdapat dikawasan kajian
dan jenis pengangkutan yang melalui jalan raya di kawasan kajian tersebut.

3. Rujukan : saya telah membuat rujukan melalui internet dan buku teks
mengenai konsep pengangkutan.
2.0 PROSES AWAL
2.1 Borang temu bual

Pada tarikh 19.12.2022 betermpat di Taman Ria Lapan, saya telah kerumah
makcik Munah untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan…

BORANG TEMU BUAL

Nama : Maimunah binti Ali


Umur : 57 Tahun
Alamat : Taman Ria 8 Jalan Utara Baru Tawau , Sabah

1. Latar belakang pengangkutan di kawasan kajian.


Jalan uatama bagi laluan penduduk sekitar Taman Ria 8, Jalan Utara yang
menghubungkan banyak Taman seperti Taman Ria Height, Taman wawasan
dalan sebagainya.

2. Jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian.


Terdapat beberapa pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian seperti
kenderaan tersendiri , bas mini , motorsikal dengan jumlah yang banyak dan
banyak lagi.

3. Masalah-masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian.


Masalah pengangkutan ini ialah jalan yang mempunyai dua ketiga hala jalan
raya dan jangka masa yang lama untuk menunggu bas awam untuk tiba di
perhentian bas.

4. cadangan mengikut masalah pengangkutan di kawasan kajian.


Saya Hazyrah sebagai penduduk di kawasan ini mencadangkan bagi
membesarkan jalan raya untuk memudahkan kenderaan lalu lintas dan
menggelakkan kes kemalangan di jalan raya.
Pada tarikh 20.12.2022 betermpat di Taman Ria Lapan, saya telah kerumah
Encik Ashraff untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan…

BORANG TEMU BUAL

Nama : Mohd Ashraff Danial bin Raffaie


Umur : 16 tahun
Alamat : Taman Ria 8 Jalan Utara Baru Tawau , Sabah

1. Latar belakang pengangkutan di kawasan kajian.


Pengangkutan utama adalah Bas mini dimana dikenali sebagai bas henti-
henti dikawasan kajian. Terdapat beberapa Pondok perhentian bas bagi
memudahkan penduduk sekitar Taman Ria ini dan kawasan sekitarnya.

2. Jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian.


Banyak pengangkutan yang melalui jalan raya di kawasan kajian seperti
kereta, bas awam, lori yang mengangkut bahan yang berat atau banyak,
motor dan kenderaan yang singgah di stesen pengisi minyak.

3. Masalah-masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian.


Masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian ialah kesesakan lalu
lintas , jalan sempit , darjah kertesampaian yang rendah.

4. cadangan mengikut masalah pengangkutan di kawasan kajian.


Saya Ashraff mencadangkan untuk mengadakan kempen alam sekitar dan
gunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
3.0 LAPORAN AKHIR

3.1 Konsep Pengangkutan

Menurut Wikipedia
Pengangkutan merujuk kepada sebuah kenderaan yang akan menyangkut
atau membawa seseorang atau seuatu dari satu detinasi ke destinasi yang
lain,yang biasanya jarak perjalanan adalah lebih jauh berbanding dari berjalan
kaki.

Menurut Kanvas Dewan dan Bahasa , 2017


Pengangkutan dapat ditakrif sebagai satu konsep cara pemindahan daripada
sesuatu tempat ke tempat yang lain. Pengangkutan terbahagi kepada
beberapa iaitu pengangkutan daripada darat, pengangkutan melalui jalan air
dan melalui jalan udara.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka


Pengangkutan bermaksud teknologi yang dicipta bagi memindahkan seusatu
objek daripada suatu tempat ke tempat yang lain. Seseorang boleh bergerak
ke suatu tempat yang lain tanpa memerlukan sokongan luaran.
3.2 Latar Belakang Ciri Fizikal dan Budaya

Kawasan kajian
Kawasan kajian terletak di Taman Ria 8 Tawau,Sabah. Jarak mutlak dari
bandar ke kawasan kajian ialah manakala jarak relatif dari bandar ke
kawasan kajian ialah 7km.

Pandang darat fizikal di Taman Ria 8 Tawau, Sabah ialah dari segi bentuk
muka bumi yang berdekatan dengan bukit dan lereng cerun. Selain itu
terdapat rumput semak disetiap perjalan menuju daripada bandar ke Taman
Ria.

Pandang darat budaya pula dilihat beberapa masjid yang dibina


sepanjang perjalanan dari bandar utama ke Taman ria. Selain itu terdapat
juga rumah ibadat lain seperti kuil dan gereja. Jalan utama ini terdapat jalan -
jalan raya simpang kearah lain.
3.3 Latar Belakang Pengangkutan

Berdasarkan Geografi kawasan Taman Ria 8 yang terletak berdekatan


dengan Bandar Daerah Tawau, Maka jarak merangkumi 7km daripada
bandar dengan melalui jalan utama yang dikenali sebagai Jalan Utara.
Pengangkutan awam yang biasa digunakan adalah Bas Mini. Ini kerana ianya
mudah didapati dilaluan utama jalan ini. Terdapat juga pondok perhentian bas
sepanjang jalan setiap 1km. Ini sangat memudahkan orang ramai. Selain itu
selain pengangkutan bas, terdapat juga kenderaan persendirian digunakan.
Begitu juga dengan kenderaan sewaan seperti teksi dan sebagainya. Begitu
juga kenderaan bermotor seperti motorsikal dan juga basikal digunakan
sebagai pengangkutan dikawasan kajian ini. Pada masa sekarang jalan yang
dilalui ini sangat baik kerana jalan yang beraspal berbanding suatu ketika
dahulu dimana jalan cuma diturap dengan batu dan ini menyebabkan
perjalanan mengambil masa yang agak panjang. Tetapi pada hari ini laluan
perjalanan untuk pengangkutan ini disediakan lebih effisen dan moden seperti
lampu trafik, papan tanda dan sebagainya untuk memudahkan perjalanan.
3.4 Peta Pemikiran

Jenis - Jenis Pengangkutan :

Jenis - Jenis Pengangkutan

3.5 Masalah Yang Dihadapi Di Kawasan Kajian


a) Pencemaran Udara
Berpandukan daripada temu bual orang sumber, pencemaran udara
merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia
atau biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada manusia atau
organisma dan merosakkan alam sekitar. Contohnya pelepasan asap kilang ,
kenderaan motor di jalan raya, asap rokok dan pembakaran terbuka.

b) Pencemaran Bunyi
Berpandukan daripada temu bual orang sumber, pencemaran bunyi
merupakan penghasilan bunyi yang kuat dan bising daripada mesin, haiwan
atau manusia yang menggangu akiviti atau keseimbangan kehidupan lain.
Misalnya, lori yang besar dan bunyi kereta dan motor yang menggunakan
kelajuan tinggi.

c) kesesakan Lalu Lintas


Berpandukan daripada temu bual orang sumber, kesesakan lalu lintas
merupakan keadaan dalam pengangkutan yang dicirikan oleh kelajuan yang
lebih perlahan, masa perjalanan yang lebih lama dan peningkatan barisan
kenderaan. Seperti kereta bergerak lebih perlahan yang boleh mendatangkan
lambat sampai tujuan.

3.6 Usaha Untuk Mengatasi Masalah Pengangkutan


a) Menguat Kuasa Undang-Undang
Melalui pemerhatian saya, saya mencadangkan tindakan undang - undang
dikenakan atas pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Tindakan
ini perlu mendisiplinkan pemandu kenderaan dan menjadi pengajaran bagi
pemandu kenderaan yang lain.

b) Kempen Berkongsi Kenderaan


Menurut pemerhatian saya, kempen berkongsi kenderaan boleh mengatasi
masalah pengangkutan, dengan berkongsi kenderaan suatu kawasan akan
mengurangkan pencemaran bunyi dan tidak akan menggangu penduduk di
kawasan itu.

c) Membesarkan Jalan
Pihak kementerian perlu berbincang mengenai tentang membesarkan jalan
raya kerana kesesakan jalan raya. Dengan membesarkan jalan raya boleh
menggelakkan kesesakan lalu lintas dan pemandu boleh sampai tujuan
dengan tepat masa dan selamat, ia juga boleh mengurangkan kemalangan di
jalan raya.

4.0 RUMUSAN
Hasil dari kajian yang saya laksanakan, saya mendapati masalah
pengangkutan berlaku disebabkan oleh Kekurangan pengangkuan awam
seperti bas mini yang meliput hanya 40%. Dengan jarak bandar ke Taman
Ria meliputi 7km, sudah pasti sangan memerlukan pondok perhentian bas
yang lebih banyak dibina.Ini membolehkan masa menunggu setiap
penumpang lebih singkat dan selesa.

Pembesaran jalan juga merupakan satu perkara yang perlu diutarakan dan
dipertimbangkan supaya pergerakan kenderaan lebih sistematik dan teratur.
Usaha bagi mengatasi setiap masalah pengangkutan ini perlu diambil
perhatian yang serius.

Harapan kajian ini dapat memberi inpak dalam menarik perhatian kepapa
yang berkenan untuk menaik tarafkan sistem pengangkutan di kawasan
kajian.

5.0 RUJUKAN
1. Buku Teks
Buku Teks Tingkatan 2

2. Buku Rujukan
Abd Rahim Md Nor. (2004). Geografi KBSM Tingkatan 2. Shah Alam: Cerdik
Publications Sdn.Bhd

3. Orang Sumber
Hazyrah Nur Iman , Taman Ria 8 Jalan Utara Baru Tawau, Sabah
Mohd Ashraff Danial , Taman Ria 8 Jalan Utara Baru Tawau, Sabah

4. Internet
https://anyflip.com/ruvqg/nfjj/basic
6.0 LAMPIRAN

You might also like