Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

IMPLIKASI MOTIVASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Motivasi mempunyai beberapa kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,


terutamanya sebelum, sewaktu dan selepas proses berkenaan.
 Guru-guru perlu mengenalpasti secara sistematik bagaimana pengajaran dan aktiviti-aktiviti
yang boleh memotivasikan murid-murid.

Sebelum Proses Pengajaran dan Pembelajaran

 Guru-guru perlu membuat rancangan mengajar dan alat-alat bantuan pengajaran berkaitan
yang akan digunakan.
 Guru-guru juga boleh menimbulkan minat dalam kalangan murid mengenai topik yang diajar
seperti mengarahkan perhatian mereka membaca bahan yang relevan, memasang poster
dan gambar rajah berkaitan di dinding bilik darjah atau membawa barang-barang untuk
dipamerkan.
 Guru-guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang mencabar serta mengkehendaki
mereka meneroka dan mengetahui sendiri mengenai sesuatu topik tersebut.

Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

 Guru-guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memperkenalkan sesuatu topik


dengan melibatkan penglibatan murid-murid samada dalam perbincangan atau aktiviti-
aktiviti yang bersesuaian dengan topik.
 Guru-guru boleh memberikan ganjaran kecil seperti gula-gula, bintang pada carta yang
membawa rasa pencapaian dan penghargaan yang bagus.
 Guru-guru mesti mengelak daripada mengkritik murid-murid semasa pelajaran berlangsung.
 Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan guru yang mempunyai komunikasi yang
berkesan dapat memotivasikan murid-muridnya mengikuti pengajaran dan pembelajaran
dengan baik.

Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

 Selepas tamat sesi pelajaran, murid-murid diberikan waktu untuk membuat refleksi dan
dicatatkan di dalam buku catatan mereka untuk membantu murid-murid menilai kekuatan
dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka supaya guru dapat memberikan pertolongan
yang khusus.
 Penilaian guru boleh dibuat melalui kerja rumah atau secara lisan di penghujung pengajaran,
guru-guru boleh memberikan kata-kata perangsang terhadap pencapaian matlamat
pembelajaran mereka.
 Guru-guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas proses pengajaran dan
pembelajaran seperti kuiz-kuiz dalam talian yang membolehkan murid-murid menjawab kuiz
pada waktu lapang.

Rujukan

Mok Soon Sang. 2011. Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd

You might also like