Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 168

122

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Pada bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil dapatan kajian daripada
keseluruhan responden. Tujuan perbincangan ini adalah untuk menjawab persoalan
kajian yang telah dikemukakan pada bab satu. Hasil dapatan yang akan dibncangkan
ini adalah berbentuk kualitatif. Dapatan kualitatif tersebut akan ditunjukkan dalam
bentuk jadual yang pola yang terhasil daripada keselarasan antara tiga atau lebih
subjek kajian ini. Sebagai penjelasan, pola yang dimaksudkan di sini akan terhasil
daripada perkara yang sama berlaku kepada tiga atau lebih Guru Pendidikan Islam
(GPI). Jadual pola tersebut akan digunakan oleh pengkaji dalam perbincangan bab
ini. Hal ini kerana keselarasan sehingga membentuk pola merupakan sebahagian
daripada analisis data kajian kualitatif berbentuk kajian kes.

4.2 Latar Belakang GPI Dan Sekolah

Latar belakang yang akan dibincangkan pada bab ini berkenaan GPI dan
sekolah yang terlibat dengan kajian. Dapatan ini diperolehi secara kualitatif meliputi
123

temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen yang diperolehi daripada setiap
tempat kajian.

4.2.1 Latar Belakang GPI di SA-SE

Merujuk kepada persoalan temu bual yang dikemukakan kepada GPI di SA-
SE adalah berkisar kepada latar belakang peribadi, latar belakang pendidikan, dan
latar belakang kerjaya. Latar belakang peribadi menekankan aspek umur dan asal.
Manakala latar belakang pendidikan pula meliputi aspek tahap pendidikan rendah,
menengah, dan IPT.

Jadual 4.1: Perbandingan Latar Belakang GPI di SA-SE dari Segi Pendidikan,
Pengalaman Mengajar, dan Pengiktirafan
GPI Sekolah IPT Pengalaman Pengiktirafan
GPISA - SMU al-Falah PMR - Kolej Ugama Sultan Zainal 14 tahun -
- SM Atas Sultan Abidin (KUSZA) Diploma
Zainal Abidin SPM - Maktab Perguruan Islam
(MPI), Bangi.
- Universiti Islam
Antarabangsa (UIA)
GPISB - Sekolah Arab Pasir - Universiti Islam Negeri, 15 tahun APC 2005
Mas Bandung, Indonesia (KPM)
- Sekolah Arab Banggol
Kulim
GPISC - SK Atas Tol, - Kolej Ugama Sultan Zainal 9 tahun -
K.Terengganu Abidin (KUSZA).
- SMU Sultan Zainal - Universiti al-Azhar (Tafsir
Abidin Ladang, dan Ulum Quran).
K.Terengganu - SPM

GPISD - SK Morak, Tumpat - Ijazah Sarjana Muda di 8 tahun APC 2009


- SK Kampong Keling Universiti Teknologi (Daerah)
- Maahad Muhammadi, Malaysia (UTM)
KB - SPM
GPISE - SRK Gua, Kuala Lipis - Ijazah Sarjana Muda di 4 tahun -
UPSR Universiti Kebangsaan
- SMA al-Maidah al- Malaysia (UKM)
Diniah PMR, SPM
- SMKA Tengku
Ampuan Hajah Afzan
- STPM
124

Bagi latar belakang kerjaya pula adalah berkaitan dengan pengalaman


mengajar, pendidikan iskhtisas, kursus serta program yang terlibat, dan anugerah
yang diperolehi sepanjang mengajar di sekolah. Secara ringkasnya, latar belakang
GPISA-E boleh dirujuk pada Jadual 4.1. Pada jadual tersebut, hanya sebahagian
daripada latar belakang yang disertakan sebagai gambaran mudah keseluruhan latar
belakang responden yang terlibat.

4.2.1.1 GPISA

Responden pertama yang diberikan kod GPISA sepanjang kajian yang


dijalankan ini merupaka seorang lelaki. Beliau berasal daripada Terengganu dan
dilahirkan di Kampung Ibuk, Kemaman. Beliau dilahirkan pada tahun 1976 dan
sekarang berumur 37 tahun. Menurut beliau, pendidikan rendah dimulakan di Sekolah
Kebangsaan Ibuk dari darjah satu sehingga darjah enam. Selesai pendidikan rendah,
beliau meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama
(SMU) al-Falah selama tiga tahun, iaitu dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga.
Kemudian beliau menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Atas Sultan Zainal
Abidin yang bertempat di Batu Burok, Kuala Terengganu (GPISA 2012: 11). Selesai
dua tahun di SM Atas Sultan Zainal Abidin (SMAZA) pada peringkat menengah atas,
beliau melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalm bidang Pendidikan dan Bahasa
Arab di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Gong Badak, Kuala Terengganu
(GPISA 2012: 13). Kursus diploma yang diambil adalah selama tiga tahun bermula
tahun 1994 sehingga tahun 1997. Setelah menamatkan pengajian peringkat diploma,
beliau ditempatkan untuk pertama kalinya berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah
Kebangsaan Seri Sempurna pada tahun 1997 (GPISA 2012: 14).

Pengalaman beliau sebagai seorang guru bermula pada tahun 1997 apabila
ditempatkan mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Sempurna, Batu Pahat. Beliau
berkhidmat di sekolah tersebut selama hampir tujuh tahun, iaitu dari tahun 1997
sehingga tahun 2003. Pada tahun berikutnya, beliau menyambung pelajaran
melalui program pensiswazahan guru (PKPG) di Maktab Perguruan Islam (MPI),
Bangi. Program yang beliau sertai itu adalah selama 3 tahun sehingga tahun 2006.
125

Program tersebut berjalan melalui dua peringkat, iaitu satu tahun di MPI, Bangi
dan baki 2 tahun lagi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) (GPISA 2012: 17).
Program pensiswazahan tersebut membolehkan beliau memperoleh Ijazah Sarjana
Muda. Pengkhususan yang diambil semasa pada program pensiswazahan tersebut
ialah dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan. Setelah tamat program
PKPG selama tiga tahun, beliau ditempatkan untuk mengajar semula. Untuk
penempatan mengajar kali kedua ini, beliau diarahkan untuk mengajar di SA
bermula pada bulan Jun tahun 2006 (GPISA 2012: 18, 30). Di S1, responden telah
berkhidmat sehinggalah sekarang. Oleh itu, beliau mempunyai pengalaman
mengajar selama 14 tahun, iaitu tujuh tahun di sekolah rendah dan tujuh tahun di
sekolah menengah. Selama tempoh mengajar itu, beliau mempunyai pengalaman
berkhidmat di seklah rendah, sekolah menengah, sekolah berasrama penuh, dan
juga sekolah menengah harian. Pengalaman ini juga termasuk semasa beliau
menjalani latihan praktikum di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan dan
Sekolah Menengah Ugama (SMU) al-Falah (GPISA 2012: 25). Syarat yang
dipenuhi oleh beliau untuk berkhidmat sebagai guru adalah melalui pendidikan
ikhtisas. Bagi beliau, pendidikan ikhtisas yang dimiliki adalah diploma Bahasa
Arab dan Pendidikan daripada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA),
Kuala Terengganu (GPISA 2012: 23).

Walaupun telah berkhidmat selama 14 tahun, namun beliau masih belum


menerima sebarang penganugerahan di mana-mana peringkat sama ada sekolah, daerah
mahupun negeri. Hal ini kerana, tempoh 14 tahun mengajar itu beliau berada pada dua
sekolah yang berbeza ditambah pula kesibukan yang dialami oleh guru baru seperti
beliau semasa mula mengajar pada tahun 1997. Walaupun beliau pernah diminta oleh
pengetua SA untuk memohon jawatan Guru Cemerlang namun beliau menolak kerana
merasakan belum layak dan memberi laluan kepada guru yang lebih senior di SA. Jadi
beliau tiada sebarang anugerah yang diperolehi sepanjang tempoh mengajar.
Walaubagaimanapun, beliau tetap menjadi cadangan utama Ketua Panitia dan Guru
Penolong Kanan Bidang sebagai responden kajian. Sepanjang mengajar juga, beliau
banyak terlibat dengan pelbagai program dan kursus PdP yang dianjurkan sekolah.
Antara program tersebut adalah bengkel penandaan kertas untuk PMR, program PdP
peringkat sekolah, program pembinaan modul tingkatan satu hingga lima pada tahun
2003 (PYSA 2012: 91). Penganjuran program tersebut adalah sebagai bimbingan kepada
126

guru agar dapat menggunakan dan menghasilkan bahan pengajaran (GPISA 2012: 67).
Selain itu, beliau juga aktif sebagai guru pengiring bagi aktiviti pelajar di luar sekolah
seperti Kem Badan Beruniform Peringkat Negeri, dan Program Lawatan Guru dan Pelajar.

4.2.1.2 GPISB

Responden kedua ini merupakan seorang guru lelaki yang berumur 44 tahun.
Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1968. beliau berasal daripada Terengganu. Latar
belakang pendidikan GPISB bermula pada pendidikan awal di Sekolah Arab
Banggol Kulim. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di
Sekolah Arab Pasir Mas (GPISB 2012: 23). Setelah tamat pengajian di peringkat
menengah, beliau melanjutkan pelajar ke Universiti Islam Negeri, Bandung,
Indonesia selama tiga tahun dan seterusnya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.
Sebagai seorang guru, kelayakan beliau untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan
adalah dengan adanya Diploma KPLI yang beliau ambil di Maktab Perguruan Batu
Rakit, kuala Terengganu. Diploma KPLI adalah selama setahun, iaitu pada tahun
1997. setelah tamat diploma KLPI, beliau ditempatkan untuk mengajar di SB.
Penempatan ini merupakan yang pertama untuk beliau, iaitu pada tahun 1998.

Pengalaman mengajar beliau boleh dianggap lama kerana sejak penempatan


mengajar kali yang pertama pada tahun 1998 di SB, beliau tidak dipindahkan
kemana-mana sehingga kini (GPISB 2012: 41). Pengalaman mengajar beliau selama
15 tahun di satu sekolah sahaja membolehkan beliau dianugerahkan pelbagai
anugerah dan tanggungjawab. Hal ini dibuktikan apabila pada tahun 2005, beliau
telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di peringkat sekolah
dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Anugerah ini menjadikan beliau
seorang Guru Cemerlang Pendidikan Islam menengah rendah (GPISB 2012: 50;
NotaSB 2012: 134; ADSB 2012: 42). Setelah dilantik sebagai guru Cemerlang,
tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau semakin banyak apabila diminta
menghadiri program anjuran sekolah dan daerah. Antaranya Porgram Lawatan
Penanda Aras Guru pendidikan Islam Ke Madrasah al-Junied, Fasilitator Kem Sinar
Kecemerlangan Pendidikan Islam PMR dan SPM, Kursus Literasi computer,
127

Program Kcemerlangan PMR 2011 (Pendidikan Islam), Fasilitator Seminar


Kecemerlangan Pendidikan Islam PMR Kelas Aliran Agama (KAA), Penceramah
dan Fasilitator Seminar Skor Minima Pendidikan Islam PMR KAA. Kepadatan
aktiviti yang dihadiri ini membolehkan beliau dilantik sebagai Jurulatih Utama
Petaksiran peringkat sekolah dan daerah (ADSB 2012: 382).

Selain memegang jawatan untuk urusan sekolah, beliau juga merupakan


Ketua Warden bagi asrama SB. Asrama tersebut merupakan asrama bagi sekolah
harian. Beliau juga terlibat dengan program-program asrama di peringkat negeri dan
kebangsaan. Antaranya Kursus Tahsin al-Quran Guru Pendidikan Islam Sekolah-
Sekolah Berasrama (ADSB 2012: 41), Mesyuarat Penyelarasan Anugerah Sri
Asrama Terbilang (ADSB 2012: 486), Mesyuarat dan Bengkel Kerja Transformasi
Asrama Harian KPM (ADSB 2012: 530), dan Pertandingan Anugerah Sri Asrama
(ADSB 2012: 549).

4.2.1.3 GPISC

GPISC adalah berasal dari Kuala Terengganu merupakan seorang lelaki. Beliau
mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu. Setelah
tamat pendidikan rendah, beliau menyambug pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah
Menengah Ugama (SMU) Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu sehingga
memperolehi SPM. Pendidikan beliau tidak sampai di situ sahaja, malah belaiau
menyambung pelajarannya di peringkat diploma dalam bidang Pengajian al-Quran dan
As-Sunnah selama tiga tahun di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).
Berbekalkan kelulusan diploma, beliau menyambung pelajaran ke Timur Tengah, iaitu di
Universiti al-Azhar dalam bidang Usuludin (Tafsir dan Ulum Quran). Selesai melanjutkan
pengajian di Mesir, beliau cuba memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah
Sarjana dan beliau berjaya mendapat tempat dalam bidang Pentadbiran Pendidikan di
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) selama setahun (GPISC 2012:
15). Tidak berhenti di situ sahaja, selepas selesai Ijazah Sarjana pada tahun 2001, beliau
memohon dan ditawarkan untuk mengikuti bidang perguruan kursus KPLI di Maktab
128

Perguruan Islam Bangi selama setahun. Pengkhususan bidang semasa kursus KPLI yang
beliau ambil ialah al-Quran Tarannum ataupun Tarannum dan Qiraat.

Pengalaman mengajar bermula setelah beliau selesai dan menamatkan kursus


KPLI di Maktab Perguruan. Kemudian beliau ditempatkan untuk mengajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Ulu Tiram selama tempoh tiga tahun, iaitu 2003 hingga 2005.
Setelah itu, khidmat beliau diperlukan dan berpindah ke SC sehinggalah sekarang
(GPISC 2012: 21). Syarat kelayakan beliau menjadi seorang guru adalah dengan adanya
diploma KPLI yang diambilnya di Maktab Perguruan Islam di Bangi. Dalam tempoh
pengalaman mengajar selama Sembilan tahun ini, belum ada sebarang anugerah yang
diperolehinya sama ada dari sekolah, daerah mahupun KPM. Sepanjang tempoh
mengajar itu juga, beliau pernah melibatkan diri dalam program atau kursus yang
dianjurkan. Antaranya Bengkel Kemahiran al-Quran (KKQ) Tingkatan 1, 2, dan 3,
(ADSC 2012: 76) Kem Muslim/ Muslimah Terbilang (ADSC 2012: 228), Kursus
Latihan Dalam Perkhidmatan (ADSC 2012: 235), Tenaga Pengajar KKQ, Jurulatih
Tilawah al-Quran Pertandingan MTQ (ADSC 2012: 252), Hakim Tilawah al-Quran,
Program Mutaqa' Guru Pendidikan Islam j-QAF (ADSC 2012: 255), Kursus Biro
Tatanegara, Kolokium Pendidikan Guru-Guru Sarjana, Kursus Aplikasi TMK dalam
PdP Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (GPISC 2012: 32), dan
Kursus Peningkatan Kemahiran al-Quran Guru-Guru Kelas Khas Kemahiran Membaca
dan Menghafaz al-Quran. Merujuk kepada program yang dihadiri, beliau adalah
merupakan satu-satunya guru yang mengandalikan Kelas Kemahiran Membaca dan
Menghafaz al-Quran (KKQ).

4.2.1.4 GPISD

GPISD merupakan seorang guru lelaki yang berasal daripada Kota Bharu,
Kelantan dan berusia 31 tahun. Pendidikan awal beliau di Sekolah Kebangsaan
Morak, Tumpat, Kelantan. Kemudian semasa dalam darjah lima, beliau berpindah ke
Sekolah Kebangsaan Kampong Keling kerana mengikut ibubapanya berpindah.
Setelah menamatkan UPSR di peringkat rendah, beliau menyambung pelajaran di
peringkat menengah di Maahad Muhammadi, Kota Bharu dari tingkatan satu hingga
129

tingkatan enam. Selesai STPM, beliau ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di


peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam
pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam).
Kemasukan beliau di UTM pada ketika itu ialah pada tahun 2000. beliau berjaya
menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda selama empat tahun, iaitu
pada tahun 2004. Di atas kelayakan menamatkan pengajian dalam bidang
pendidikan, beliau ditempatkan untuk berkhidmat di SD pada awal tahun 2005
sehingga sekarang. Kelayakan beliau ini adalah disebabkan beliau mempunyai Ijazah
Sarjana muda dalam bidang pendidikan (GPISD 2012: 37).

Pengalaman mengajar selama lapan tahun merupakan waktu yang singkat


untuk beliau mendapat sebarang anugerah. Namun, beliau pernah menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2009 di peringkat sekolah itu
sendiri dan beliau juga layak sehingga peringkat daerah (GPISD 2012: 46).

Selama mengajar di SD, beliau banyak menghadiri beberapa program dan


kursus yang dianjurkan di peringkat sekolah. Antaranya Kursus Latihan Dalam
Perkhidmatan yang diadakan dua kali setahun. Selain itu, beliau juga merupakan
seorang warden di asrama SD. Pelantikan beliau sebagai warden adalah sejak awal
beliau ditempatkan untuk mengajar di SD (GPISD 2012: 109).

4.2.1.5 GPISE

GPISE merupakan seorang guru lelaki yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang.
Beliau berumur 29 tahun. Beliau menerima pendidikan awal di peringkat sekolah
rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Gua, Kuala Lipis, Pahang. Selesai sekolah
rendah, beliau menyambung pelajaran di sekolah menengah di Sekolah Menengah
Agama al-Maidah al-Diniah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Selesai SPM,
beliau telah menyambung pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan di Jerantut. Setelah selesai
mengambil STPM selama dua tahun, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat
130

Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang


Pendidikan Islam selama empat tahun sehingga tahun 2009.

Pada bulan Julai 2009, beliau diberikan penempatan untuk mengajar di SE


baru hampir empat tahun (GPISE 2012: 29). Syarat kelayakan beliau menjadi
seorang pendidik adalah dengan Ijazah Sarjana Muda yang diperolehinya. Walaupun
pengalaman mengajar di sekolah masih baru, beliau telah memperolehi anugerah
penghargaan di atas khidmat baktinya dalam kejayaan dan kecemerlangan sekolah
pada tahun 2009. Namun selain di peringkat sekolah, belum pernah lagi menerima
sebarang anugerah khusus.

Di atas usaha keras yang dilakukan, terdapat beberapa program dan kursus
yang telah dihadiri bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan penguasaan
dalam bidang pendidikan. Antara Kursus Bina Negara Asas guru Pendidikan Islam,
Kursus Peningkatan Profesionalisme Pengurusan Murid Melalui Pendekatan
Alternatif, Program Mukhayyam Bahasa Arab, Kursus Khas Guru Pendidikan Islam
SMKA dan SABK KPM (GPISD 2012: 396).

4.2.2 Latar Belakang Sekolah

Berdasarkan kepada lokasi SA-SE, kelima-lima sekolah tersebut terletak


dalam negeri Johor dan berada di daerah yang berbeza. Pada bahagian ini, pengkaji
akan menjelaskan latar belakang SA-SE khususnya dari aspek jenis sekolah, lokasi,
pengiktirafan sekolah, serta pengiktirafan akademik seperti dalam Jadual 4.2.
131

Jadual 4.2: Perbandingan Latar Belakang Sekolah di SA-SE dari Segi Jenis Sekolah,
Lokasi, Pengiktirafan Sekolah, dan Pengiktirafan Akademik.
GPI Jenis Sekolah Lokasi Pengiktirafan Pengiktirafan Akademik
Sekolah
GPISA Sekolah Bandar Sekolah Bestari, Anugerah Cemerlang Pencapaian
Berasrama (Johor Sekolah Kluster Terbaik Keseluruhan Daerah,
Penuh (SBP) Bahru) Kecemerlangan Kecemerlangan Akademik
(SKK) 2008, Sekolah Peringkat Negeri Johor, dan
Berprestasi Tinggi Anugerah Kecemerlangan PMR
(SBT), 2010. Pencapaian Terbaik Gred Purata
Sekolah Kawalan.
GPISB Sekolah Harian Pinggir Sekolah Bestari, Lonjakan Saujana oleh PPD
Berasrama Bandar Sekolah Kluster keputusan dan Perfect Score bagi
(SMK) (Pontian) Kecemerlangan, keputusan PMR dan SPM.
2011.
GPISC Sekolah Harian Bandar Sekolah Bestari 2006 Sekolah Cemerlang PMR dan SPM
Berasrama (Kota Daerah, Sekolah Cemerlang PMR
(SMK) Tinggi) Kategori Pencapaian 100 peratus
Pendidikan Islam.
GPISD Sekolah Bandar Sekolah Bestari, Anugerah Sekolah Cemerlang SBP
Berasrama (Kluang) Sekolah Kluster Negeri Johor, Anugerah Emas PMR
Penuh (SBP), Kecemerlangan 2009 termasuk Subjek Pendidikan
Sekolah (SKK) 2011, Sekolah Islam.
Menengah Berprestasi Tinggi
Sains (SMS) (SBT) 2012.
GPISE Sekolah Pinggir Sekolah Bestari 2003 Pertama Mata Pelajaran Pendidikan
Menengah Bandar Islam Peringkat Kebangsaan PMR
Kebangsaan (Segamat) 2008, Anugerah Sekolah Cemerlang
Agama kategori SMKA PMR 2009 dan
(SMKA) 2011, Lulus 100% Pendidikan Islam
dengan peningkatan 2006-2012.

4.2.2.1 Sekolah A (SA)

SA merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Johor Bahru.


Sekolah ini berstatus Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di kawasan bandar. Kejayaan
yang diperolehi sekolah ini sangat membanggakan kerana berjaya memperoleh satu
demi satu anugerah yang dipertandingkan. Di awal kejayaannya, SA telah mendapat
pengiktirafan daripada KPM sebagai Sekolah Bestari yang membolehkan semua
sistem PdP di sekolah berasaskan teknologi. Seterusnya Sekolah Kluster pula
dianugerahkan kepada SA pada tahun 2008 (ADSA, 2012: 643). Kejayaan tersebut
berterusan sehingga SA mampu mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
pada tahun 2010 (ADSA, 2012: 641).
132

Dari aspek kejayaan akademik, SA juga merupakan sekolah yang teratas


menguasai keputusan PMR dan SPM di peringkat daerah dan negeri. Sejak tahun
2003 lagi SA telah dianugerahkan sekolah cemerlang dari pelbagai kategori untuk
keputusan PMR, diikuti pada tahun 2005, 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011. Antara
kategori anugerah yang diterimanya ialah Anugerah Cemerlang Pencapaian Terbaik
Keseluruhan Daerah, Kecemerlangan Akademik Peringkat Negeri Johor, dan
Anugerah Kecemerlangan PMR Pencapaian Terbaik Gred Purata Sekolah Kawalan
(ADSA, 2012: 639). Kesemua anugerah ini termasuk dalamnya kecemerlangan bagi
subjek Pendidikan Islam dalam peperiksaan PMR dan SPM.

4.2.2.2 Sekolah B (SB)

SB merupakan sekolah harian berasrama, iaitu SMK. Sekolah ini juga


dikategorikan sebagai sekolah luar Bandar walaupun kawasannya berdekatan dengan
Bandar Pontian. Untuk pengiktirafan daripada KPM, SB telah dianugerahkan tahap
Sekolah Bestari (GPISB 2012: 142). Kemudian kejayaan SB berterusan sehingga mencapai
tahap Sekolah Kluster pada tahun 2011. Selain itu, SB juga pernah memenangi anugerah
3K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan) peringkat kebangsaan (GPISB 2012: 85).

Bagi kejayaan akademik pula, SB merupakan sekolah kawalan PPD kerana


lonjakan keputusan PMR dan SPM yang membanggakan. Oleh sebab itu, SB telah
dianugerahkan Lonjakan Saujana oleh PPD (GPISB 2012: 97). SB juga merupakan
sekolah yang tertinggi di daerah mendapat keputusan Perfect Score bagi keputusan
PMR dan SPM (GPISB 2012: 98).

4.2.2.3 Sekolah C (SC)

SC merupakan sekolah harian berasrama, iaitu SMK. Sekolah ini juga


dikategorikan sebagai sekolah bandar kerana kedudukannya di kawasan bandar Kota
Tinggi. SC merupakan sekolah kawalan PPD oleh kerana pencapaiannya yang
133

membanggakan sekolah dan daerah. SC juga diiktiraf oleh KPM sebagai Sekolah
Bestari sejak tahun 2006 (NotaSC 2012: 420). Manakala bagi anugerah Sekolah
Kluster Kecemerlangan pula, SC hanya layak dicalonkan sahaja untuk memenangi
anugerah tersebut selama dua tahun berturut-turut.

Dari aspek kejayaan akademik, SC merupakan sekolah yang sentiasa berada di


tempat teratas dalam keputusan PMR dan SPM bagi kategori sekolah menengah harian di
daerah tersebut. pada tahun 2006, SC pernah dianugerahkan Sekolah Cemerlang PMR
Kategori Pencapaian 100 peratus Penguasaan Semua Mata Pelajaran Yang Diambil
termasuklah pencapaian 100 peratus bagi subjek Pendidikan Islam sejak 2009
(NotaSC 2012: 131).

4.2.2.4 Sekolah D (SD)

SD merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Sains yang


dikategorikan sebagai sekolah jenis bandar. Sekolah tersebut terletak di kawasan
bandar Kluang. Anugerah pencapaian yang diterima oleh SC antaranya Anugerah
Sekolah Cemerlang SBP Negeri Johor, Anugerah Emas PMR 2009 termasuklah
kecemerlangan bagi subjek Pendidikan Islam PMR.

SD menempa nama di peringkat kebangsaan dengan menerima anugerah


Sekolah Bestari, diikuti dengan anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
pada tahun 2011. Kejayaannya semakin berganda apabila dinobatkan sebagai
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2012 (ADSD 2012: 112).

4.2.2.5 Sekolah E (SE)

SE merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, iaitu SMKA. SE juga


merupakan sekolah harian berasrama yang menempatkan semua pelajarnya. SE
dikategorikan sebagai sekolah pinggir bandar kerana terletak lebih kurang lima kilometer
134

dari kawasan bandar Segamat. SE mencipta kejayaan dengan dianugerahkan status


Sekolah Bestari sepenuhnya pada tahun 2003 (ADSE 2012: 486) selepas dicalonkan
sebagai Sekolah Bestari rintis pada tahun 2000. Bagi anugerah Sekolah Kluster
Kecemerlangan (SKK) pula, SE hanya dicalonkan sahaja tetapi belum layak kerana belum
mncapai tahap yang dikehendaki.

Dari aspek kejayaan akademik, SE penerima anugerah tempat pertama bagi


subjek Pendidikan Islam di peringkat kebangsaan untuk PMR 2008 (ADSE 2012:
441). Selain itu, SE ada menerima anugerah sekolah Cemerlang kategori SMKA
untuk PMR 2009 dan 2011. Subjek Pendidikan Islam juga mendapat beberapa
anugerah yang membanggakan, antaranya Lulus 100 peratus bagi subjek Pendidikan
Islam dengan peningkatan sejak tahun 2006 sehingga kini.

4.3 Dapatan Data Kajian Pelbagai Kes

Pada bahagian dapatan data kajian ini, pengkaji menjelaskan dapatan yang
diperolehi melalui pendekatan kualitatif. Dapatan ini secara tidak langsung
menjawab persoalan kajian yang dikemukakan pada bab satu kajian ini.

4.3.1 Sumber Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Pendidikan Islam

Pada bahagian ini, perbincangan dilakukan untuk menjawab persoalan kajian


yang telah ditetapkan, iaitu " Apakah sumber bahan bantu mengajar yang digunakan
oleh Guru Pendidikan Islam?". Soalan kajian ini hanya dikemukakan kepada
responden GPI sahaja. Soalan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman GPI yang
menggunakan BBM sepanjang PdP mereka. Dapatan temu bual yang diperolehi
135

berkenaan sumber-sumber BBM GPI terbahagi kepada dua jenis, iaitu sumber
pengetahuan dan sumber bahan.

4.3.1.1 Sumber Pengetahuan

Dapatan sumber pengetahuan terbahagi kepada dua jenis, iaitu sumber guru
dan sumber sekolah. Manakala sumber bahan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
sumber guru, pelajar, dan sekolah/pihak atasan. Penjelasan kepada jenis-jenis sumber
pengetahuan dan sumber bahan dijelaskan merujuk kepada Jadual 4.3 hingga Jadual
4.8.

(1) Sumber Guru

Perbincangan dimulakan dengan sumber pengetahuan GPI menggunakan


BBM ketika PdP. Sumber guru dan sumber sekolah terhasil daripada temu bual GPI
di SA-SE. Sumber guru terdapat sepuluh jenis seperti yang ditunjukkan pada Jadual
4.3. Berdasarkan dapatan kajian, hanya empat jenis sumber guru yang mencapai
tahap pola, iaitu perbincangan rakan, cuba jaya, internet, dan buku. Sumber
pengetahuan perbincangan rakan adalah yang tertinggi dan diwakili oleh majoriti
GPI kecuali GPISA. Perbincangan ini dibuat bersama rakan sejawat di sekolah sama
ada guru panitia, guru cemerlang, guru biasa, atau guru IT (PYSB, 2012: 173;
GPISB, 2012: 690, 719, 1317; GPISC, 2012: 411, 416). Perbincangan bersama rakan
di sini adalah dari aspek perkongsian kemahiran penggunaan BBM (GPISB, 2012:
719; GPISC, 2012: 417; GPISE, 2012: 236) serta pemilihan kesesuaian BBM yang
hendak digunakan (GPISD, 2012: 491). Sebagai contoh GPISB menjelaskan:

(GPI: BBM:SPG/SPT/GUR/PBC) "Dan ada seorang guru muda tu yang


mahir ICT, bagus lah macam tu kan. Dia biasa gunakan email, apa semua.
Ada buat blog, macam tu saya terfikir nak buat macam dia lah kan. Memang
136

dia lebih kepada penggunaan, ustaz juga lah kan, penggunaan LCD, power
point."
GPISB, 2012: 719

Kaedah cuba jaya memberikan kesan dalam meningkatkan pengetahuan GPI


SA-SE dalam menggunakan BBM melalui kesilapan yang dilakukan. Kaedah cuba
jaya juga membantu meningkatkan pengetahuan baru serta pendedahan kepada GPI
(GPISA, 2012: 333; GPISD, 2012: 80). Hal ini turut dijelaskan oleh GPISA, katanya:

(GPI: BBM:SPG/SPT/GUR/CBJ) "ada pun kalau dekat rumah tu saja lah


cuba-cuba sendiri kan. jadi pendedahan tu dapat sikit-sikit lah. sekarang ni
kebanyakan guru dah guna, jadi power point tu suatu benda yang remeh
dah, dah tak ada apa. orang sekarang dah pakai flash, video korporat.
macam-macam lah kalau tengok software tu."
GPISA, 2012: 333.

Selain itu, cuba jaya dikategorikan juga sebagai pencarian maklumat serta cara
mengaplikasikan maklumat yang diperolehi GPI (GPISB, 2012: 711, 728). Bentuk cuba jaya
yang dilakukan oleh GPI adalah membina dan menghasilkan BBM (GPISA, 2012: 317, 322).

Sumber internet pula merupakan salah satu sumber yang digunakan oleh GPI
SA-SE untuk meningkatkan maklumat berkenaan BBM (GPISA, 2012: 318; GPISB,
2012: 1315; GPISC, 2012: 376; GPISD, 2012: 108) Internet merupakan sumber yang
sangat mudah kepada semua GPI untuk mendapatkan maklumat berkenaan BBM
(GPISB, 2012: 712, 1315) kecuali GPISE. Sebagai contoh yang dijelaskan oleh
GPISB: (GPI: BBM:SPG/SPT/GUR/INT) "Kita lebih banyak pencarian lah. Cari
sendiri. Daripada internet ke. Pasal senang ada internet kan." GPISB, 2012: 711.

Bukti teks temu bual di atas adalah berkaitan sumber internet memudahkan
pencarian maklumat. Namun tidak menjejaskan usaha majoriti GPI untuk membaca buku
berkaitan dengan penggunaan BBM (GPISA, 2012: 348; PYSB, 2012: 173). Hal ini
dijelaskan oleh GPISA: (BBM:SPG/SPT/GUR/BUK) "beli kitab, beli buku. kalau kena
hafal, kita hafal. study dulu lah, sebagai maklumat kita." GPISA, 2012: 348. Sebaliknya
GPISD dan GPISE tidak menggunakan buku disebabkan maklumat sewaktu belajar masih
137

dipraktikkan memandangkan kedua-duanya guru baru (GPISD, 2012: 34; GPISE, 2012:
29).

Jadual 4.3: Sumber Pengetahuan Daripada Guru Semasa Penggunaan BBM


Bil. Sumber Pengetahuan Daripada Guru SA SB SC SD SE
1. Perbincangan rakan - x x x x
2. Cuba jaya x x - x x
3. Internet x x x x -
4. Buku x x x - -
5. Semasa belajar - - - x x
6. Pengalaman guru - x x - -
7. Artikel - x - - -
8. Video - x - - -
9. Perisian - - x - -
10. Rujukan sendiri - x - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J01

Sumber buku pula diwakili oleh GPI di SA, SB, dan SC. Buku yang digunakan
oleh GPI adalah dibeli sendiri semata-mata untuk memperoleh pengetahuan tentang
penggunaan BBM (GPISA, 2012: 348). Pengetahuan GPI diperolehi melalui pembacaan
buku-buku yang berkaitan dengan aplikasi pelbagai jenis BBM yang boleh diperolehi di
pasaran (PYSB, 2012: 172; GPISB, 2012: 674; GPISC, 2012: 376).

Selain lima sumber pengetahuan GPI yang mencapai tahap pola, terdapat
tujuh sumber sumber pengetahuan GPI yang tidak mencapai tahap pola iaitu,
pengalaman guru (SB dan SC) (PYSB, 2012: 166; GPISC, 2012: 422), aktiviti
sekolah diwakili (SB dan SC) (GPISB, 2012: 718; GPISC, 2012: 426), semasa
belajar diwakili (SD dan SE) (GPISD, 2012: 472; GPISE, 2012: 231). Manakala
sumber artikel (GPISB, 2012: 677), video (GPISB, 2012: 678), dan rujukan sendiri
(PYSB, 2012: 172) diwakili oleh SB dan sumber perisian (GPISC, 2012: 376)
diwakili oleh SC.

(2) Sumber Sekolah

Sekolah juga didapati menyumbang kepada empat jenis sumber yang boleh
memberikan pengetahuan kepada GPI. Daripada empat jenis sumber pengetahuan, hanya
tiga sahaja yang mencapai tahap pola pada Jadual 4.4, iaitu kursus, internet, dan buku.
138

Jadual 4.4: Sumber Pengetahuan Daripada Sekolah Semasa Penggunaan BBM


Bil. Sumber Pengetahuan Daripada Sekolah SA SB SC SD SE
1. Kursus x x x - x
2. Internet x x x x -
3. Buku x x x - -
4. Aktiviti sekolah - x x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J02

Sumber pengetahuan melalui kursus mewakili majoriti GPI kecuali GPISD.


Maksud sumber pengetahuan melalui kursus ini ialah bertukar maklumat melalui program
antara sekolah (GPISA, 2012: 326); subjek yang diambil semasa pendidikan ikhtisas
(GPISA, 2012: 318; GPISC, 2012: 422); kursus sebelum dan semasa perkhidmatan
(GPISC, 2012: 409, 410; 411 ); dan kursus anjuran sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD), ataupun JPN (GPISA, 2012: 315, 332; GPISB, 2012: 717; GPISE, 2012: 259,
1890). Sebagai contoh, GPISA berkata:

(GPI: BBM:SPG/SPT/SEK/KUR) "Kalau kursus tu ada lah. tapi lepas


kursus tu ada membantu juga. macam teknik-teknik pengajaran yang
disediakan oleh PPD dan sebagainya. Macam Bahagian Teknologi
Pendidikan tu, sekolah ni sekolah bestari, sekolah ni ada teknik pengajaran
yang terkini yang menggunakan sistem, pembelajaran dalam internet dan
sebagainya, membantu lah."
GPISE, 2012: 1888.

Pernyataan ini menjelaskan bahawa kursus yang dianjurkan oleh pihak atasan
sangat memberi manfaat dalam meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan
BBM. Sumber internet pula merupakan salah satu sumber yang digunakan oleh GPI untuk
meningkatkan maklumat berkenaan BBM (GPISA, 2012: 318; GPISB, 2012: 1315;
GPISC, 2012: 376; GPISD, 2012: 108). Internet merupakan sumber yang sangat mudah
kepada semua GPI untuk mendapatkan maklumat berkenaan BBM (GPISB, 2012: 712,
1315) kecuali GPISE. Sebagai contoh yang dijelaskan oleh GPISB: (GPI:
BBM:SPG/SPT/SEK/INT) "Kita lebih banyak pencarian lah. Cari sendiri. Daripada
internet ke. Pasal senang ada internet kan." GPISB, 2012: 711.

Bukti teks temu bual di atas adalah berkaitan sumber internet memudahkan
pencarian maklumat. Namun tidak menjejaskan usaha majoriti GPI untuk membaca buku
139

berkaitan dengan penggunaan BBM (GPISA, 2012: 348; PYSB, 2012: 173). Hal ini
dijelaskan oleh GPISA: (BBM:SPG/SPT/SEK/BUK) "beli kitab, beli buku. kalau kena
hafal, kita hafal. study dulu lah, sebagai maklumat kita." GPISA, 2012: 348. Sebaliknya
GPISD dan GPISE tidak menggunakan buku disebabkan maklumat sewaktu belajar masih
dipraktikkan memandangkan kedua-duanya guru baru (GPISD, 2012: 34; GPISE, 2012:
29).

Guru
Perbincangan
Kursus Rakan
Sumber
Internet Cuba jaya
Pengetahuan

Buku Internet
Sekolah
Buku

Rajah 4.1: Pola Dapatan Kajian Bagi Sumber Pengetahuan GPI Semasa Penggunaan
BBM

Sumber buku pula diwakili oleh GPI di SA, SB, dan SC. Buku yang digunakan
oleh GPI adalah disediakan di sekolah untuk menambah pengetahuan tentang penggunaan
BBM (GPISA, 2012: 348). Pengetahuan GPI diperolehi melalui pembacaan buku-buku
yang berkaitan dengan aplikasi pelbagai jenis BBM yang sekolah perolehi dari pasaran
(PYSB, 2012: 172; GPISB, 2012: 674; GPISC, 2012: 376). Secara keseluruhannya, amalan
penggunaan yang mencapai tahap pola dapatan kajian ini ditunjukkan pada Rajah 4.2.

4.3.1.2 Sumber Bahan

Selain sumber yang digunakan oleh GPI untuk meningkatkan pengetahuan tentang
penggunaan BBM, GPI turut mempunyai pelbagai sumber untuk menghasilkan dan
mendapatkan BBM. Sumber BBM yang disenaraikan oleh keseluruhan GPI SA-SE
dibahagikan kepada tiga jenis. Antaranya ialah sumber guru, pelajar, dan sekolah.
140

(1) Sumber Guru

Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh GPI bukanlah keseluruhannya


daripada mereka. Sebaliknya GPI mempunyai pelbagai sumber untuk mendapatkan BBM
untuk tujuan pengumpulan dan koleksi sepanjang perkhidmatan sebagai guru. Koleksi
BBM juga akan digunakan untuk membantu PdP mereka semasa mengajar. Sumber bahan
yang disediakan oleh guru dikategorikan kepada dua, iaitu bahan sedia ada dan bahan
buatan.

(a) Sumber Bahan Sedia Ada: Jadual 4.5 menunjukkan terdapat empat jenis
sumber bahan sedia ada, iaitu guru, internet, rakan, dan masa belajar. Hanya tiga
sumber yang mencapai tahap pola daripada keseluruhan empat jenis sumber yang
diperolehi.

Guru merupakan sumber yang tertinggi dalam menghasilkan dan mendapatkan


BBM kerana mereka digalakkan oleh pentadbir sekolah (GPISA, 2012: 276; PYSD, 2012:
548). Selain itu guru juga mengetahui keperluan mengikut kesesuaian dan pengalaman
mereka (GPISA, 2012: 278; PYSD, 2012: 559). Maka menjadi kebiasaan semua GPI SA-
SE menghasilkan sendiri BBM sebelum digunakan ketika PdP mereka (ADSA, 2012: 407;
ADSB, 2012: 54; PYSA, 2012: 442; P1SB, 2012: 593; NotaSC, 2012: 470; P2SD, 2012:
31; PYSE, 2012: 57). Sebagai contoh yang dikatakan oleh PYSE, katanya: (PYSE:
BBM:SPG/SBH/GUR/BSA/GUR) "ya... mereka bincang, mereka mesyuarat, mereka
sepakat bagi tugas dan sebagainya dan akhir sekali mereka siapkanlah berdasarkan
kerjasama daripada semua guru." PYSE, 2012: 834.

Sumber lain yang mewakili keseluruhan GPI SA-SE ialah sumber internet.
Sumber internet menjadi kegemaran GPI untuk mendapatkan BBM dengan cara memuat
turun bahan yang bersesuaian dengan PdP mereka (OBSA, 2012: 101; P2SA, 2012: 1212;
GPISB, 2012: 1214; GPISC, 2012: 993; PYSE, 2012: 266). Sumber internet juga
dijadikan untuk mencari bahan sampingan untuk melengkapkan bahan PdP GPI yang
sedia ada (ADSB, 2012: 100; GPISE, 2012: 1526). Selain itu, sumber ini digunakan untuk
menjelaskan suatu gambaran sebenar. Sebagai contoh melalui apa yang dikatakan oleh
141

GPISA: (GPISA: BBM:SPG/SBH/GUR/BSA/INT) "contohnya bahagian sirah kan, ok


cari dalam internet gambar Masjidil Haram. jadi pelajar pun dapat cari dan tengoklah
Masjidil Haram yang sebenar tu." GPISA, 2012: 1054.

Jadual 4.5: Sumber Bahan Sedia Ada Daripada Guru Semasa Penggunaan BBM
Bil. Sumber Bahan Sedia Ada Guru SA SB SC SD SE
1. Guru x x x x x
2. Internet x x x x x
3. Rakan x x - x x
4. Masa belajar - - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J03

Sumber rakan juga mencapai tahap pola dapatan kajian yang diwakili oleh GPI di
SA, SB, SD, dan SE. Sumber rakan yang dimaksudkan ialah melibatkan rakan guru yang
mengajar subjek sama (GPISE, 2012: 325) di sekolah sendiri (GPISE, 2012: 332) atau
sekolah berlainan (GPISA, 2012: 930; GPISD, 2012: 565). Sumber rakan ini merupakan
inisiatif GPI sendiri untuk mengurangkan beban dalam menghasilkan BBM sepenuhnya.
Hal ini diakui oleh GPISD: (GPISD: BBM:SPG/SBH/GUR/BSA/RKN) "kalau saya buat
satu tajuk tu kalau orang lain buat kita pakat, jadi sorang buat satu tajuk dah boleh cover
banyak tajuk. biasanya macam tu lah penyediaannya." GPISD, 2012: 566. BBM yang
diperolehi daripada rakan akan terus digunakan tanpa diubah untuk mengekalkan isi dalam
bahan tersebut (GPISD, 2012: 572, 602, 609, 617).

Sumber yang tidak mencapai tahap pola ialah masa belajar kerana merupakan
waktu mengumpulkan BBM untuk digunakan semasa bekerja dan dibuktikan oleh
GPISE, katanya: (BBM:SPG/SBH/GUR/BSA/STD) "ok sumber bahan bantu
mengajar saya ambil ada yang diperolehi daripada semasa saya belajar dulu dan ada
yang saya perolehi daripada kawan." GPISE, 2012: 324. Hal ini ditambah pula dengan
persiapan GPI semasa belajar untuk digunakan semasa praktikal. GPISD ada
menjelaskannya dengan mengatakan: "Biasanya kita orang buat masa kita orang
praktikal, jadi benda tu dah ada kita ambil sahaja." GPISD, 2012: 944. Bahan-bahan
yang disediakan semasa praktikal juga lebih menarik kerana mereka ada masa untuk
membuatnya seperti kata-kata GPISD: "jadi slide dia tu lebih menarik lah sebab masa
praktikal ni lain tau." GPISD, 2012: 949.
142

(b) Sumber Bahan Buatan: Merujuk kepada jenis BBM yang digunakan oleh
keseluruhan GPI SA-SE, tidak semua BBM tersebut sedia untuk digunakan oleh GPI. Ada
antara BBM yang perlu dihasilkan oleh GPI kerana hanya digunakan untuk setiap kali PdP
sahaja. Melalui sumber bahan buatan yang dijelaskan oleh keseluruhan GPI SA-SE,
majoriti GPI menghasilkan BBM merujuk kepada tiga sumber seperti dalam Jadual 4.6.
Terdapat tiga jenis bahan rujukan yang disenaraikan oleh GPI di SA-SE untuk
menghasilkan BBM, iaitu buku teks, buku rujukan, dan buku latihan.

Sumber rujukan yang digunakan mewakili keseluruhan GPI SA-SE ialah buku
teks dan buku rujukan. Manakala sumber buku latihan tidak mewakili majoriti GPI kerana
digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja berbanding buku teks dan buku rujukan. Bagi
sumber buku teks, semua GPI menjadikannya rujukan utama ketika menggunakan dan
menghasilkan BBM. Sepertimana pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji bahawa:
"buku teks digunakan untuk rujukan penulisan pelajar dan juga penerangan oleh
responden." OBSA, 2012: 248. Buku teks dijadikan rujukan utama dalam menghasilkan
keseluruhan BBM kerana ia merupakan skema maklumat yang ingin disampaikan oleh
guru (GPISA, 2012: 666; P2SA, 2012: 84; OBSC, 2012: 82). Selain itu, aktiviti PdP
seperti bacaan, penerangan, penulisan dan soal jawab banyak merujuk kepada buku teks
(ADSA, 2012: 492; OBSA, 2012: 132, 248; NotaSC, 2012: 661; OBSC, 2012: 55, 167;
NotaSD, 2012: 163; OBSD, 2012: 51; P1SD, 2012: 537).

Jadual 4.6: Sumber Bahan Buatan Daripada Guru Semasa Penggunaan BBM
Bil. Sumber Rujukan BBM SA SB SC SD SE
1. Buku teks x x x x x
2. Buku rujukan x x x - x
3. Buku latihan - - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J04

Sumber bahan buatan kedua ialah buku rujukan yang merupakan bahan tambahan
selepas buku teks dalam menghasilkan BBM (PYSA, 2012: 404, 418). Buku rujukan
dilihat penggunaannya dalam keadaan tertentu sahaja. Sebagai contoh ketika menguji
kefahaman pelajar selepas selesai membuat penerangan (OBSA, 2012: 133, 249). Buku
rujukan yang pelbagai juga akan digunakan oleh guru untuk menentukan ketepatan
jawapan pelajar apabila ditanya (P1SA, 2012: 79, 899). Buku rujukan yang digunakan
bukanlah disediakan oleh sekolah, tetapi sebaliknya adalah inisiatif masing-masing yang
143

menggunakannya (P2SD, 2012: 135, 1073). Hal ini dikatakan oleh GPISA: (GPISA:
BBM:SPG/SBH/PLJ/BBT/BRJ) "pelajar pun ada buku rujukan mereka sendiri. ada yang
sama dengan saya, dan ada yang tak sama. sebab pelajar bawa mereka punya masing-
masing." GPISA, 2012: 651.

Sumber bahan buatan yang tidak mewakili pola keseluruhan pula ialah buku
latihan. Sumber ini hanya diwakili oleh GPI SD dan SE sahaja. Sumber ini hanya dirujuk
apabila guru ingin mendapatkan soalan-soalan latihan sahaja (GPISD:1; GPISD:3;
PYSE:1, 2) dan diakui oleh KFSD: "lembaran kerja tu ada yang ustaz buat sendiri, dan
ada yang diambil daripada buku-buku latihan." KFSD. Lebih memudahkan, ada GPI
yang hanya membuat fotokopi daripada buku latihan dan dijadikan latihan untuk pelajar
(PYSD:2; GPISD:2; GPISE). Hal ini turut diakui oleh PYSD:2: "itu dia boleh fotostat
buku kerja tu lah sebagai tambahan lah. ada juga ustaz buat macam tu." PYSD:2.

(2) Sumber Pelajar

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian lapangan, bahagian


sumber pelajar merupakan penyumbang kepada BBM yang digunakan oleh GPI. Melalui
aktiviti yang dilakukan ketika PdP, pelajar turut membuat BBM untuk kegunaan mereka.
Hasil pelajar itu akan digunakan kembali oleh GPI untuk PdP lain yang akan datang.
Sumber bahan buatan pelajar terdiri daripada tiga jenis seperti yang dijelaskan pada Jadual
4.7.

Pelajar turut menyumbang kepada sumber BBM ketika PdP guru berdasarkan
kepada dua rujukan yang diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE. Penglibatan pelajar
dalam PdP merupakan salah satu cara terhasilnya BBM (GPISA, 2012: 897; ADSC,
2012: 428; GPISC, 2012: 1151).

Jadual 4.7: Sumber Bahan Daripada Pelajar Semasa Penggunaan BBM


Bil. Sumber Rujukan BBM SA SB SC SD SE
1. Buku teks x x x x x
2. Buku rujukan x x x - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J05
144

Merujuk kepada dokumen GPI yang dianalisis menjelaskan bahawa GPI ada
memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyediakan BBM:
(BBM:SPG/SBH/PLJ/BBT) "Pelajar diarahkan oleh responden untuk menyiapkan
slaid power point di luar waktu PdP dan mestilah siap sebelum tibanya waktu
pembentangan mengikut giliran." ADSC, 2012: 360. Selain aktiviti, setiap pelajar
juga mempunyai BBM sama seperti yang dimiliki oleh GPI (P2SB, 2012: 114;
P2SD, 2012: 144)

(3) Sumber Sekolah atau Pihak Atasan

Sumber bahan yang ketiga dapat dikategorikan melalui dapatan kajian lapangan
ialah sumber sekolah. Sumber ini bermaksud segala jenis BBM yang diperolehi GPI
bergantung kepada kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah/pihak atasan. Terdapat
tujuh kemudahan yang disediakan sekolah/pihak atasan untuk kegunaaan GPI
mendapatkan BBM seperti yang terdapat pada Jadual 4.8. Sumber tertinggi ialah sumber
internet. Sumber ini menjadi kegemaran GPI untuk mendapatkan BBM dengan cara
memuat turun bahan yang bersesuaian dengan PdP mereka (OBSA, 2012: 101; P2SA,
2012: 1212; GPISB, 2012: 1214; GPISC, 2012: 993; PYSE, 2012: 266). Sumber internet
juga dijadikan untuk mencari bahan sampingan untuk melengkapkan bahan PdP GPI yang
sedia ada (ADSB, 2012: 100; GPISE, 2012: 1526). Selain itu, sumber ini digunakan untuk
menjelaskan suatu gambaran sebenar. Sebagai contoh melalui apa yang dikatakan oleh
GPISA: (GPISA: BBM:SPG/SBH/SEK/INT) "contohnya bahagian sirah kan, ok cari
dalam internet gambar Masjidil Haram. jadi pelajar pun dapat cari dan tengoklah
Masjidil Haram yang sebenar tu." GPISA, 2012: 1054.

Panitia sekolah juga berperanan sebagai sumber BBM kepada guru dan pelajar.
Jadual 4.5 menunjukkan bahawa GPI di SC, SD, dan SE bergantung kepada panitia dalam
mendapatkan BBM (ADSA, 2012: 570; PYSD, 2012: 564; GPISD, 2012: 528; ADSE,
2012: 507; PYSE, 2012: 283). Hal ini kerana pihak panitia telah berbincang tentang
kesesuaian bahan yang digunakan ketika PdP (OBSE, 2012: 313; GPISE, 2012: 435). Hal
ini telah dijelaskan melalui pemerhatian pengkaji di SE: (OBSE:
145

BBM:SPG/SBH/SEK/PTA) "Buku PBS merupakan buku yang telah disediakan sekolah


yang dibeli dan dipilih sendiri oleh guru Pendidikan Islam." OBSE, 2012: 313.

Ada juga bahan PdP yang dibeli untuk dibekalkan kepada guru dan pelajar. Semua
panitia di SA, SD, dan SE menganggap dengan membeli bahan akan memudahkan guru.
Hal ini dinyatakan oleh GPISE: (BBM:SPG/SBH/SEK/BUY) "modul PBS tu untuk tahun
ni kita gunakan yang dah dijual, dah siap." GPISE. Tidak semua BBM yang mesti dibeli
dan hanya yang terpilih sahaja yang akan dibeli. KFSD ada menyatakan bahawa: "selalu...
kalau apa yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah buku kerja seperti workout, top out,
twitter...itu saja." KFSD, 2012: 156. Namun amalan ini tidak digalakkan oleh sesetengah
pentadbir malah mereka syorkan agar GPI membinca sendiri bahan tersebut. Pengalaman
GPISA yang menceritakan bahawa: "kita pernah beli buku latihan tu, tapi pengetua lama
tu marah lah. ada simpan dekat rumah saya, banyak pula tu. bukan saya yang beli masa
tu, ketua panitia yang beli." GPISA, 2012: 276.

Jadual 4.8: Sumber Bahan Daripada Sekolah/Pihak Atasan Semasa Penggunaan BBM
Bil. Sumber Bahan Sekolah/Pihak Atasan SA SB SC SD SE
1. Internet x x x x x
2. Panitia - - x x x
3. Beli x - - x x
4. Surau - x x - -
5. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) - - - x -
6. Kursus - - x - -
7. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J06

Sumber-sumber yang tidak mencapai tahap pola ialah surau, JPN, kursus, dan
PPD. Surau juga menyumbang kepada sumber BBM yang digunakan oleh GPI di SB dan
SD. Hal ini kerana kemudahan LCD ada disediakan di surau seperti yang dinyatakan oleh
GPISB, 2013: 166: "tak ada tempat khusus. Surau je lah, surau. Macam LCD kita ada,
kebanyakannya kita buat dekat surau lah kalau untuk PdP. kalau nak khusus pakai LCD
di sana lah" GPISB, 2013: 166. Surau di SC juga disediakan kemudahan LCD seperti
kata-kata:

(BBM:SPG/SBH/SEK/BUY) "kalau dari segi bahan berat tu, macam


LCD, skrin tu untuk penggunaan Pendidikan Islam, jadi Alhamdulillah
146

tahun lepas kita panitia pendidikan islam dan bantuan daripada


jawatankuasa surau membeli LCD dan skrin dan disediakan di surau.".
GPISC, 2012: 151

Malah ada surau yang dijadikan sebagai bilik sementara untuk simpanan BBM
disebabkan kekurangan bilik. Masalah ini disuarakan oleh GPISB, 2013: 249: "Bahan
Bantu Mengajar, ye lah. Buku-buku, dan juga buku rujukan pun ada. Cuma tak
dikunci, tu masalahnya." GPISB, 2013: 249.
Buku Teks

Bahan buatan Buku Rujukan


Guru
Bahan Sedia Ada Guru

Internet

Semasa Belajar Rakan

Sumber Bahan

Pelajar Bahan buatan Buku Teks

Buku Rujukan

Internet
Sekolah Panitia
Beli

Rajah 4.2: Pola Dapatan Kajian Bagi Sumber Bahan GPI Semasa Penggunaan BBM

Sumber JPN, kursus, dan PPD adalah yang paling rendah sekali kerana diwakili
oleh seorang GPI sahaja. Sumber JPN ada mencadangkan buku latihan untuk kegunaan
sekolah-sekolah di bawah seliaannya. Namun tidak semua yang menggunakan buku
tersebut seperti kata GPISD: "Kita kalau untuk kelas peperiksaan ni kita ada dapat satu
buku dia panggil buku TUDINGAN. Buku TUDINGAN ni JPNJ yang sediakan."
GPISD, 2012: 1560. Hal ini turut dilaksanakan oleh beberapa buah PPD yang
membekalkan BBM untuk kegunaan GPI. Keadaan ini digambarkan melalui temu bual
bersama GPISA: "Sebenarnya itu daripada PPD cuma saya murnikan balik lah. Kalau
dari kawan-kawan tu pun ambil daripada PPD juga" GPISA, 2012: 769.
147

Keseluruhan pola dapatan pada jadual-jadual yang dibincangkan berkenaan


dengan sumber BBM yang digunakan oleh GPI dapat dijelaskan melalui Rajah 4.3. Oleh
yang demikian, penjelasan sebelum ini menjawab persoalan berkaitan "Apakah sumber
bahan yang digunkana oleh GPI dalam mendapatkan BBM?".

4.3.2 Faktor Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Pendidikan Islam

Pada bahagian ini akan membincangkan faktor penggunaan BBM oleh guru
Pendidikan Islam (GPI) berdasarkan soalan kajian, iaitu " Apakah faktor penggunaan
bahan bantu mengajar dalam kalangan Guru Pendidikan Islam?" Hasil analisis
dapatan kajian mendapati bahawa terdapat dua jenis faktor penggunaan BBM dalam
kalangan GPI di SA-SE. Faktor tersebut ialah faktor dorongan dan faktor halangan.
Penjelasan berkenaan faktor dorongan adalah merujuk kepada Jadual 4.9, Jadual
4.10, dan Jadual 4.11.

4.3.2.1 Faktor Dorongan

Faktor ini dilihat menjadi faktor utama penggunaan BBM dalam kalangan GPI di
SA-SE kerana melibatkan tiga aspek yang utama, iaitu guru, pelajar, dan sekolah. Ketiga-
tiga faktor ini akan dijelaskan secara terperinci merujuk kepada jadual matrik dapatan
kajian yang diperolehi.

(1) Faktor Guru

Faktor dorongan guru disebabkan oleh memudahkan PdP, kemahiran, dan


peribadi. Ketga-tiga faktor ini mencapai tahap pola dapatan kajian. Faktor memudahkan
148

PdP adalah yang tertinggi dan diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE. Begitu juga dengan
dua lagi faktor selebihnya yang diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE juga.

Merujuk kepada Jadual 4.9, memudahkan PdP dilihat oleh GPI sebagai punca
utama yang mendorong mereka menggunakan BBM. Hal ini dibuktikan dengan dapatan
yang diwakili oleh GPI SA, SC, dan SD. Maksud memudahkan PdP itu antaranya ialah
cara penyampaian khususnya bagi tajuk yang sukar (NotaSB, 2012: 104; PYSD, 2012:
863, 865). Dapatan ini selari dengan apa yang dikatakan oleh GPISC:
(BBM:FKP/FKD/GUR/MMD) "rasa-rasa boleh menolong dari segi pemahaman. saya
rasa dia boleh memberikan pemahaman kepada pelajar, dan memudahkan cara
penyampaian apa yang nak disampaikan." GPISC, 2012: 1131.

Jadual 4.9: Faktor Dorongan Guru Semasa Penggunaan BBM oleh GPI
Bil. Faktor Dorongan Guru SA SB SC SD SE
1. Memudahkan PdP x - x x -
2. Kemahiran x - x - x
3. Peribadi x - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J07

Faktor kemahiran pula diwakili oleh tiga orang GPI dari SA, SC dan SE.
Kemahiran ini bermaksud GPI mampu untuk membuat kelainan dalam PdP-nya (PYSA,
2012: 576; GPISE, 2012: 1838) dan menyelesaikan masalah teknikal (NotaSC, 2012: 660;
OBSC, 2012: 45). Kesan daripada kemahiran yang ada akan menyebabkan GPI semakin
minat dan seronok menggunakan BBM (PYSE, 2012: 924) seperti yang dikatakan oleh
PYSE: (BBM:FKP/FKD/GUR/MHR) "saya rasa aaa... kemahiran adalah penting, ok.
kalau guru tu mahir memang akan dia selalu guna bahan bantu mengajar, makna seronok
guna, ok." PYSE, 2012: 917.

Faktor seterusnya ialah faktor peribadi dan GPI amat bergantung kepada faktor ini
ketika menggunakan BBM. Faktor peribadi ini adalah kesan daripada manfaat yang
diperolehi GPI yang belajar dan mencuba semata-mata untuk menggunakan BBM (PYSA,
2012: 508; GPISA, 2012: 1164). Hal ini dijelaskan oleh PYSE:
(BBM:FKP/FKD/GUR/PBD) "bagi guru yang minat ataupun yang kita kata dia ni minat
dia agak tinggi memang dia akan terus menerus guna walaupun dalam keadaan dia rasa
agak berat sedikit. sebab dia tahu input dia atau kesan dia. output dia adalah berbaloi
149

lah." PYSE, 2012: 924. Peribadi guru juga bergantung kepada kemudahan yang mereka
perolehi semasa menggunakan BBM (PYSE, 2012: 931).

(2) Faktor Pelajar

Faktor pelajar juga merupakan pendorong GPI menggunakan BBM ketika


pelaksanaan PdP. Dapatan daripada faktor pelajar ini memberikan dua hasil, iaitu
memudahkan PdP dan respon positif. Kedua-dua faktor ini dijelaskan merujuk kepada
Jadual 4.10. Faktor memudahkan PdP adalah dapatan yang tertinggi dicapai. Faktor ini
diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE kecuali GPISB dan GPISE.

Guru akan merasa mudah menggunakan BBM apabila dirasakan penyampaian


PdP yang dilakukan menjadi mudah (GPISA, 2012: 1164). Manakala pelajar akan merasa
mudah untuk menerima apa yang diajar melalui kemudahan menggunakan BBM oleh guru.
Buktinya seperti apa yang dikatakan oleh GPISA: (GPISA: BBM:FKP/FKD/PLJ/MMD)
"jadi saya gunakannya sebab ia mudah. pelajar juga mudah faham apa yang saya ajar.
Dia (BBM) juga membantu guru, membantu untuk PdP kita lah. pelajar pun mudah
faham." GPISA, 2012: 1208. Selain itu, memudahkan bagi guru juga membawa maksud
apabila penyampaiannya itu mudah diterima dan difahami pelajar (GPISC, 2012: 1132,
1138; GPISD, 2012: 504). Bagi pelajar pula, mereka mudah untuk menerima pengajaran
tanpa perlu penerangan yang mendalam atau berulang-ulang (GPISA, 2012: 1208; PYSD,
2012: 868). Faktor dorongan memudahkan pelajar ini turut dibuktikan lagi dengan kata-
kata PYSC: (BBM:FKP/FKD/PLJ/MMD) "tapi memang sebetulnya bahan bantu
mengajar ni memang banyak membantu lah sebab kalau mereka (pelajar) nampak dia
lebih cepat ingat berbanding kita cakap saja kan." PYSC, 2012: 525.

Jadual 4.10: Faktor Dorongan Pelajar Semasa Penggunaan BBM oleh GPI
Bil. Faktor Dorongan Pelajar SA SB SC SD SE
1. Memudahkan PdP x - x x -
2. Respon positif x - x - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J08

Faktor respon positif pelajar pula juga mencapai tahap pola yang perlu
diincangkan. Faktor tersebut mempunyai kaitan dengan faktor memudahkan PdP seperti
150

yang telah dibincangkan sebelum ini. Faktor ini diwakili oleh GPISA, GPISC, dan GPISE.
Respon pelajar ini ditunjukkan melalui minatnya dengan PdP yang dilakukan oleh GPI
menggunakan BBM (PYSA, 2012: 513; GPISA, 2012: 1265; PYSE, 2012: 909). Malah
ada yang meminta agar GPI menggunakan BBM ketika PdP (PYSA, 2012: 513) serta
membuat kelainan setiap kali pertemuan (GPISC, 2012: 1165). Respon ini merujuk
kepada dapatan temu bual PYSA:

(PYSA: BBM:FKP/FKD/PLJ/RSP) "macam saya mengajar ni kan, nanti


pelajar kata "ustazah, ni ada kisah berkaitan murtad. ustazah ada tahu tak
seorang pelajar malaysia murtad?, kita buka youtube sekejap ustazah".
haaa... pelajar yang banyak bantu saya. jadi dalam masa yang sama kita
belajar pasal isu-isu semasa dan belajar buka itu, buka ini. dalam masa
saya mengajar tu saya juga belajar lah."
PYSA, 2012: 513.

(3) Faktor Sekolah

Faktor ini dilihat oleh GPI sebagai pendorong mereka menggunakan BBM selain
dua faktor yang dibincangkan sebelum ini. Faktor ini lebih kepada kemudahan peralatan
yang akan digunakan oleh GPI sebagai BBM mereka ketika PdP. Terdapat tiga faktor
dibawah faktor sekolah yang dihasilkan berdasarkan dapatan kajian. Pada Jadual 4.11
ditunjukkan antara faktor yang ada kaitannya dengan faktor sekolah.

Dapatan yang mencapai tahap pola akan dibincangkan dengan mendalam bermula
daripada dapatan pola yang tertinggi. Faktor dorongan tertinggi yang dicapai berdasarkan
dapatan kajian ini ialah bahan mencukupi. Faktor ini adalah yang utama dalam
penggunaan BBM oleh GPI dan diwakili oleh GPISA, GPISC, GPISD dan GPISE. Faktor
bahan mencukupi bermaksud tiada halangan yang dihadapi oleh guru jika mahu
menggunakan BBM seperti bahan kurang atau rosak (GPISA, 2012: 1201; PYSA, 2012:
523; NotaSC, 2012: 871). Selain itu, bahan yang diperuntukkan juga berfungsi apabila
digunakan ketika PdP (GPISA, 2012: 1133; GPISC, 2012: 1136; PYSD, 2012: 874). Oleh
yang demikian, guru tiada alasan untuk tidak menggunakan BBM disebabkan di sekolah
151

tidak mencukupi bahan (NotaSB, 2012: 109) seperti yang dikatakan oleh PYSE:
(BBM:FKP/FKD/SEK/BCK) "saya rasa tidak ada alasan bahan tidak mencukupi eh...
bahkan lebih melambak kita katakan. cuma atas kerajinan guru, ataupun minat, usaha,
dan kerajinan masing-masing. untuk menggunapakai dalam PdP." PYSE, 2012: 946.

Jadual 4.11: Faktor Dorongan Sekolah Semasa Penggunaan BBM oleh GPI
Bil. Faktor Dorongan Sekolah SA SB SC SD SE
1. Bahan mencukupi x - x x x
2. Ada peluang - - x x x
3. Sokongan pentadbir - - x x x
4. Budaya sekolah x - x - -
5. Perubahan zaman x - - - x
6. Keperluan akademik x - x - -
7. Berkeyakinan - - x - -
8. Kreativiti dan pelbagai x - - - -
9. Penghawa dingin - - - x -
10. Pencahayaan - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J09

Faktor dorongan kedua adalah dengan adanya peluang GPI menggunakan tempat
selain daripada kelas. Ada peluang bermaksud GPI mudah untuk menggunakan tempat
tersebut dengan syarat perlu menempahnya terlebih dahulu. Keutamaan tempahan ini
disebut oleh PYSD:

(BBM:FKP/FKD/SEK/APT) "untuk makmal-makmal tu saya rasa ada lah


yang gunakan. tapi dia banyak gunakan bilik kemanusiaan. sebab tu bilik
kita kan, untuk dikongsi bersama. dia ada cikgu dia yang jaga lah, jadi
kena booking di situ."
PYSD, 2012: 98

GPI perlu menempah untuk menggunakannya terlebih dahulu untuk mengelak


berlaku penindanan dengan GPI lain yang ingin menggunakannya. GPI juga berpeluang
menggunakan segala kemudahan yang disediakan di sekolah untuk tujuan PdP seperti
yang dinyatakan oleh PYSD: (BBM:FKP/FKD/SEK/BCK) "maksudnya masa pelajar tu
tak banyak yang terluang, bukan tak ada. kalau peralatan dan bilik-bilik tu dia boleh pergi
lah" PYSD, 2012: 887 dan "kemudahan semua lengkap, pelajar boleh cari lah. pelajar
boleh pergi bilik komputer, bilik bestari ke..." PYSD, 2012: 888.
152

Peluang menggunakan tempat selain kelas juga sekurang-kurangnya memudahkan


guru dari aspek persiapan penggunaan BBM seperti temu bual GPSD: "nak setting lagi
satu hal lagi, jadi cara mudahnya bawa pelajar pergi bilik komputer" GPISD:3. Dan
kadang-kadang GPI juga terpaksa menggunakan peluang yang ada untuk menggunakan
BBM yang telah dirancang. GPISD ada mengatakan: "sebabkan kita nak guna kemudahan
LCD dan komputer maka kita terpaksa bawa pelajar ke bilik komputer." GPISD, 2012:
888.

Guru juga berpeluang untuk menggunakan tempat PdP memandangkan tiada masa
yang diperuntukkan dalam jadual untuk penggunaannya (PYSD, 2012: 889). Ditambah
pula dengan masa PdP yang diperuntukkan begitu terhad untuk guru melakukan pelbagai
aktiviti dan penggunaan BBM (GPISD, 2012: 476). Contoh gambaran faktor ada peluang
sebagaimana kata-kata PYSD: (PYSD: BBM:FKP/FKD/SEK/APT) "kemudahan semua
lengkap, pelajar boleh cari lah. pelajar boleh pergi bilik komputer, bilik bestari ke, tapi
masa dia tu tak ada." (2012, 888). Faktor ini diwakili oleh GPISC, GPISD, dan GPISE.

Sokongan pentadbir juga menjadi faktor yang menyumbang kepada penggunaan


BBM oleh GPI. Setiap pentiadbir pada sekolah yang mewakili faktor ini memberikan
galakan kepada GPI menggunakan BBM. Galakan tersebut termasuklah dengan
memberikan kelulusan jika ada GPI yang membuat permohonan membeli BBM (PYSC,
2012: 503, 506, 524; PYSE, 2012: 178). Selain itu, sokongan pentadbir juga dari bentuk
penganjuran kursus untuk GPI seperti kata-kata GPISE: (GPISE:
BBM:FKP/FKD/SEK/SPD) "galakan lah. ada galakan dariapada pentadbir untuk
gunakan BBM ni. macam dia sediakan kursus dan sebagainya. haaa, itu galakan lah."
GPISE, 2012: 1850.

Lima faktor yang selebihnya tidak mewakili oleh majoriti responden, iaitu budaya
sekolah (GPISA, 2012: 1177; PYSC, 2012: 508; GPISC, 2012: 1143), perubahan zaman
(PYSA, 2012: 508; GPISA, 2012: 1177; PYSE, 2012: 896), keperluan akademik (GPISA,
2012: 1177; NotaSB, 2012: 79; PYSC, 2012: 520), berkeyakinan (GPISC, 2012: 1174),
serta kreativiti dan pelbagai (PYSA, 2012: 576). Faktor budaya sekolah tidak diwakili oleh
majoriti GPI di SA-SE. Hal ini menggambarkan bahawa di SA-SE, budaya penggunaan
BBM ketika PdP kurang diberikan penekanan khususnya oleh pihak pentadbir sekolah.
Kenyataan ini digambarkan oleh pentadbir di SB bahawa:
153

(NotaSB): "Beliau berpendapat bahawa, tidak mustahil jika guru mampu


menggunakan bahan bantu mengajar disebabkan kelebihan dan fungsi
penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat memudahkan PdP. Beliau
turut berharap agar penggunaan bahan bantu mengajar menjadi budaya
dan amalan di sekolah tersebut."
NotaSB, 2012: 104.

Faktor adanya penghawa dingin hanya mendorong GPISD menggunakan BBM


yang disediakan di bilik tersebut. GPISD mengakui bahawa penghawa dingin mendorong
GPI dengan kata-katanya: "Tapi saya rasa setakat ni kalau dalam bilik komputer dia
memang biliknya selesa lah.. sebab ber aircond lebih kurang dalam bilik macam ni lah"
GPISD. Penghawa dingin yang digunakan juga berfungsi dengan baik dan akan
disediakan oleh staf jika GPI ingin menggunakannya sebagaimana pemerhatian OBSA,
2012: 25: "Staf perpustakaan lebih dahulu telah membuka lampu, kipas dan penghawa
dingin untuk kegunaan perpustakaan tersebut" OBSA, 2012: 25.

Ada Kemahiran
Guru
Memudahkan PDP

Peribadi Guru

Memudahkan PDP
Faktor Dorongan Pelajar
Respon Positif

Bahan Mencukupi

Sekolah Ada Peluang Tempat

Sokongan Pentadbir

Rajah 4.3: Pola Faktor Yang Mendorong GPI menggunakan BBM

Aspek pencahayaan juga mendorong penggunaan BBM kerana tidak berlaku


masalah tersebut seperti yang dijelaskan oleh GPISD: "dari segi masalah cahaya,
masalah apa... budak tak nampak ke rasanya tak timbul kot..." GPISD. Setiap tempat
yang digunakan GPI mempunya ciri pencahayaan yang sesuai dengan BBM yang akan
digunakan. Hal ini merujuk kepada pemerhatian OBSA, 2012: 22: "Kawasan dalam
154

perpustakaan agak terang sedikit tetapi masih memerlukan cahaya lampu untuk
menambahkan pencahayaan kawasan perpustakaan"OBSA, 2012: 22.

Sebagai kesimpulan terhadap penjelasan faktor dorongan, terdapat tiga aspek


utama yang mendorong GPI. Aspek-aspek utama tersebut telah diringkaskan dan
digambarkan merujuk kepada Rajah 4.3. Aspek-aspek utama pada Rajah 4.3 ini terhasil
daripada faktor yang mencapai tahap pola. Faktor utama ini juga menghasilkan
beberapa pecahan yang dipersetujui oleh majoriti GPI di SA-SE.

4.3.2.2 Faktor Halangan

Berdasarkan beberapa faktor dorongan yang dinyatakan sebelum ini, terdapat juga
faktor yang menghalang GPI SA-SE menggunakan BBM ketika PdP mereka. Merujuk
kepada dapatan hasil kajian ini, terdapat dua jenis halangan, iaitu halangan guru dan
halangan sekolah.

(1) Faktor Guru

Faktor yang menjadi utama antara faktor dorongan dan halangan ini ialah faktor
guru. Hal ini kerana segala keputusan sama ada mahu menggunakan BBM ataupun tidak
adalah bergantung kepada guru. Bagi faktor halangan ini, faktor guru menghasilkan dua
sub-faktor yang lain, iaitu masa dan persediaan. Kedua-dua faktor ini mempengaruhi GPI
menggunakan BBM malah sebelum penggunaan BBM lagi.

Faktor halangan masa diwakili oleh semua GPI SA-SE (GPISA, 2012: 1234;
GPISB, 2012: 308; GPISC, 2012: 218; GPISD, 2012: 98; GPISE, 2012: 620). Faktor masa
menjelaskan beberapa maksud antaranya GPI kurang membuat persediaan disebabkan
bebanan tugas (OBSA, 2012: 95; OBSD, 2012: 28; GPISD, 2012: 98). Terdapat juga
waktu yang tidak sesuai menggunakan BBM seperti yang dijelaskan oleh GPISA:
155

(BBM:FKP/FKH/GUR/MSA) "satu lagi kalau nak buat macam tu kena


tengok masa juga lah, kalau waktu tengahari sakit lah macam tu. kalau
waktu pagi ke tengah fresh tu. sebab tu kita kena bersedia dengan berbagai
maklumat, sebabnya lepas tu pelajar akan tanya."
GPISA, 2012: 1234.

Gaya pengajaran GPI yang mengambil masa yang lama untuk menghabiskan satu-
satu tajuk juga termasuk dalam faktor masa (PYSA, 2012: 583). Selain itu, masa yang
diperuntukkan untuk PdP juga singkat dan terhad (OBSA, 2012: 117; NotaSB, 2012: 85;
PYSC, 2012: 118). Hal ini kerana perpindahan pelajar dan pertukaran kelas mengambil
masa PdP GPI (OBSA, 2012: 19, 123; PYSB, 2012: 426; OBSC, 2012: 16) seperti kata-
kata PYSB: "tapi, kekangannya ialah kadang-kadang ia agak melambatkan, sebab kena
bergerak ke makmal. Yang ada... kekangan masa lah sebenarnya.". PYSB, 2012: 426.

Jadual 4.12: Faktor Halangan Guru Semasa Penggunaan BBM oleh GPI
Bil. Halangan Guru SA SB SC SD SE
1. Masa x x x x x
2. Persediaan x - - x x
3. Tugasan lain - - - x x
4. Pengalaman x - - x -
5. Peribadi - - x x -
6. Fokus peperiksaan - - - x -
7. Pelajar tidak fokus x - - - -
8. Bebanan pentadbir - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J10

Halangan terakhir yang mencapai tahap pola dapatan kajian diwakili oleh majoriti
GPI di SA-SE ialah persediaan guru. Persediaan yang dijelaskan pada Jadual 4.12 adalah
persediaan bahan, diri, budaya, dan tempat. Dapatan ini menggambarkan bahawa halangan
persediaan bukanlah menjadi permasalahan utama kepada GPI di SA-SE. Faktor
persediaan merupakan faktor kedua tertinggi dan diwakili oleh GPISA, GPISD dan
GPISE. Bukti faktor halangan persediaan adalah seperti yang dikatakn oleh PYSE:

PYSE (BBM:FKP/FKH/GUR/PSD): " sebenarnya kita nak guna bahan


bantu mengajar ni satu benda yang agak berat juga sebab perlu persediaan
yang lebih berbanding masuk kelas biasa, kan... persiapan-persiapan tu
156

memang lebih. kadang-kadang perlu sediakan powerpoint kan, aaa... dan


sebagainya."
PYSE, 2012: 918

Persiapan bahan ini perlu dilakukan sepenuhnya oleh GPI. Persiapan bahan ini
termasuklah membuat atau menghasilkan BBM (GPISD, 2012: 173, 188, 900; PYSE,
2012: 921; GPISE: 620) dan persiapan teknikal (GPISD, 2012: 256, 593, 910). Bagi
persediaan diri GPI diwakili oleh GPISA dan GPISD. Buktinya seperti yang dikatakan
oleh GPISD: "dan majority guru.. PdP, masa kelas tu lah dia baru nak buka buku nak
study apa dia nak ajar biasanya, macam tu lah.. kadang-kadang 10 minit sebelum nak
masuk tu baru buka buku cari 'apa aku nak ajar?' itu realiti" GPISD, 2012: 408.

Persediaan berikutnya ialah persediaan tempat yang melibatkan peranan GPI


untuk membuat penempahan (GPISA, 2012: 1273; PYSD, 2012: 98). Manakala halangan
yang terakhir ialah persediaan budaya (GPISD, 2012: 354).

Faktor tugasan lain juga menjadi halangan GPI menggunakan BBM. Tugasan lain
yang dimaksudkan ialah tugasan yang terpaksa di lakukan oleh GPI selain mengajar
sepertimana kata-kata GPISD: "dan 1 kelas tu sampai 60 orang dan setiap kali pergi kelas
nak kena buat kerja-
benda lah." GPISD, 2012: 417. Tugasan lain yang perlu dilakukan oleh GPI adalah
meliputi kurikulum, ko-kurikulum, tugasan di asrama, dan tugasan di luar sekolah (OBSD,
2012: 32; GPISD, 2012: 1460; GPISE, 2012: 1894). Orientasi peperiksaan juga
menyebabkan GPI tidak dapat menggunakan BBM kerana terikat dengan silibus yang
dirancang (NotaSB, 2012: 68; GPISD, 2012: 831). Faktor ini diwakili oleh GPISD dan apa
yang dilakukan oleh beliau adalah mengajar mengikut silibus sambil menerapkan
penghayatan ilmu kepada pelajar. Buktinya adalah seperti temu bual berikut: "kalau
sekolah ni sebenarnya orentasi peperiksaan, jadi kita ajar budak tu di samping untuk nak
dapat ilmu kita fokus budak pada peperiksaan." GPISD, 2012: 888.

Selebihnya lima lagi faktor tidak mewakili pola dapatan kajian kerana tidak
diwakili oleh majoriti GPI. Antaranya ialah tugasan lain (GPISD, 2012: 831; GPISE,
2012: 1894), fokus peperiksaan (NotaSB, 2012: 64; GPISD, 2012: 435), pengalaman
(PYSA, 2012: 545; GPISA, 2012: 1267; GPISD, 2012: 1839), peribadi (PYSC, 2012: 541;
157

PYSD, 2012: 901), pelajar tidak fokus (GPISA, 2012: 1247; PYSA, 2012: 545), dan
bebanan pentadbir (GPISD, 2012: 405).

(2) Faktor Sekolah

Faktor halangan kedua ialah faktor sekolah yang terdiri daripada tiga jenis
halangan. Halangan tersebut ialah faktor bahan, pengurusan, dan tempat. Faktor bahan
merupakan halangan yang berkait rapat dengan faktor sekolah yang telah dikenal pasti
terdapat lapan jenis halangan merujuk kepada Jadual 4.13.

(a) Faktor Halangan Bahan: Faktor halangan bahan yang utama ialah
kekurangan bahan PdP yang ada di sekolah (PYSA, 2012: 521; GPISB, 2012: 293).
Kekurangan yang jelas dilihat ialah ketika GPI ingin menggunakannya sebagaimana
kata-kata PYSE:

(BBM:FKP/FKH/SEK/BHN) "selain daripada tu saya nampak ialah


kemungkinan bahan bantu mengajar tu masih kurang di sekolah ini
berbanding dengan bilangan guru. misalnya kadang-kadang guru berebut-
rebut menggunakan LCD projektor, contohnya lah."
PYSE, 2012: 959

Faktor ini diwakili oleh GPISA, GPISB, GPISD, dan GPISE. Selain itu,
kekurangan bahan bermaksud kekurangan tempat yang ada disediakan bahan dan
peralatan PdP (PYSD, 2012: 104; GPISD, 2012: 201). Kekurangan ini menyebabkan
GPI dan pelajar terpaksa berkongsi bahan sesama mereka (GPISE, 2012: 633).

Faktor capaian juga merupakan halangan yang mencapai tahap pola kerana
diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE. Kekangan yang dihadapi oleh majoriti GPI ialah
tiada penambahbaikan perisian dan perkakasan yang disediakan di sekolah (PYSB, 2012:
464; NotaSC, 2012: 873; GPISE, 2012: 617). Masalah teknikal seperti gangguan bekalan
elektrik juga menjadi punca halangan capaian dalam penggunaan BBM GPI (GPISA,
158

2012: 1258). Faktor capaian ini dibuktikan melalui kata-kata GPISE:


(BBM:FKP/FKH/SEK/BHN/CPI) "dulu ok kan, sekarang ni bilik tu pun nak masuk...
sistem down. internet, online... tahu saja lah gangguan internet dan sebagainya." GPISE,
2012: 617.

Faktor seterusnya ialah bahan terbengkalai dan diwakili oleh GPISA, GPISC,
GPISD. Faktor ini disebabkan kesan projek PPSMI seperti kata-kata PYSC:
(BBM:FKP/FKH/SEK/BHN/KLI) "dulu masa PPSMI juga kemudahan dari segi LCD
ada juga disediakan di kelas, tapi guna juga diperingkat awal tapi macam benda tu dia
cepat rosak. akhirnya tak boleh nak digunakan" PYSC, 2012: 110. Hal ini juga kesan
daripada projek Sekolah Bestari yang dilaksanakan secara berperingkat sehingga
melibatkan masa yang lama (GPISC, 2012: 172; GPISD, 2012: 240).

Jadual 4.13: Faktor Halangan Bahan Semasa Penggunaan BBM oleh GPI
Bil. Halangan Bahan SA SB SC SD SE
1. Kurang x x - x x
2. Capaian x x x - x
3. Terbengkalai x - x x -
4. Tidak sesuai x - x x -
5. Rosak - x x - x
6. Tidak diselia - - - x x
7. Tidak terkini - - x - -
8. Keselamatan - x - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J11

Faktor bahan tidak sesuai juga diwakili oleh GPI yang sama pada faktor bahan
terbengkalai. Faktor bahan tidak sesuai ialah dari aspek masa penggunaannya seperti yang
dijelaskan oleh GPISD: (BBM:FKP/FKH/SEK/BHN/XSS) "dengan tempoh period kita
PdP dengan kita nak sediakan ABM memang sangat sukar dan sangat terhad." GPISD,
2012: 188. Selain itu, kesesuaian bahan juga perlu bergantung kepada tajuk yang ingin
diajar oleh GPI (GPISC, 2012: 1157; PYSA, 2012: 566).

Faktor yang mencapai pola seterusnya ialah bahan rosak dan faktor ini berkaitan
dengan faktor bahan terbengkalai. Faktor bahan rosak ini adalah disebabkan peralatan yang
disediakan tidak dibiasakan penggunaannya (GPISB, 2012: 478; PYSC, 2012: 110; GPISC,
2012: 172). Sebagai contoh temu bual PYSB: (BBM:FKP/FKH/SEK/BHN/RSK) "Dan
LCD yang disediakan masa PPSMI dulu, sekarang dan dasar itu semakin, benda itu dah
159

tak di supply lagi lah. Yang ada tu banyak dah rosak." PYSB, 2012: 475. Selain tidak
biasa digunakan, bahan tersebut juga jarang diselenggara tahap kebolehgunaannya
(GPISC, 2012: 174; GPISE, 2012: 1855).

Dua faktor selebihnya yang tidak mencapai tahap pola ialah tidak diselia dan tidak
terkini. Faktor bahan tidak diselia diwakili oleh GPI di SD dan SE (GPISE, 2012: 1857)
serta kata- Masa tu ada disediakan tapi biasanya bila disediakan, tak ada
maintenance pula..." GPISD, 2012: 289. Manakala faktor yang terakhir ialah halangan
keselamatan (GPISB, 2012: 264).

(b) Faktor Halangan Pengurusan: Bentuk faktor pengurusan, halangan ini


berkaitan dengan tempat PdP selain kelas yang ingin digunakan oleh GPI. Merujuk
kepada Jadual 4.14, terdapat lima faktor halangan pengurusan yang menghalang
penggunaan BBM oleh GPI di SA-SE. Faktor halangan pengurusan yang paling
majoriti diwakili ialah perlu tempahan. Faktor ini diwakili oleh empat GPI, iaitu di
SA, SB, SD dan SE. Setiap kali GPI ingin mempelbagaikan penggunaan BBM,
mereka perlu ke tempat lain yang disediakan kemudahan tersebut. Prosedur yang
telah ditetapkan bahawa setiap penggunaan tempat hendaklah ditempah awal terlebih
dahulu (PYSB, 2012: 484; NotaSC, 2012: 172; PYSD, 2012: 939). Faktor ini
merujuk kepada kata-kata PYSB: (BBM:FKP/FKH/SEK/PGR/TMP) "Tak boleh
pada masa tu dia nak buat, dia terus guna. Sekurang-kurangnya satu hari sebelum
itu dia kena booking, kalau dia confirm. Memang sentiasa penuh makmal tu. Jadi dia
kena booking sekian haribulan dia akan masuk." PYSB, 2012: 173. Hal ini
menyebabkan ada GPI sanggup tidak menggunakannya kerana berlaku pertindanan
walaupun sudah membuat tempahan (GPISD, 2012: 178; GPISE, 2012: 207).
Perkara ini diceritakan oleh GPISD: "kadang-kadang kita tengah nak mengajar tu
kan kadang-
booking dulu"... kadang berlaku kes-kes macam tu lah... eh." GPISD, 2012: 203.
Untuk peminjaman peralatan juga memakan masa sehingga ada GPI yang sanggup
membelinya sendiri (NotaSA, 2012: 54; GPISA, 2012: 1201). GPISA ada
membuktikan bahawa beliau membelinya sendiri, katanya: "dah susah sangat nak
dapatkan projektor tu, last sekali beli sendiri. lagipun boleh buat macam-macam,
untuk PdP boleh, nak luar daripada PdP pon boleh." GPISA, 2012: 1201.
160

Jadual 4.14: Faktor Halangan Pengurusan Semasa Penggunaan BBM oleh GPI
Bil. Halangan Pengurusan SA SB SC SD SE
1. Perlu tempahan x x - x x
2. Bergilir-gilir x x - x x
3. Urusan kunci - x - x x
4. Tiada peluang - - - x x
5. Perlu kebenaran - x - - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J12

Faktor berikutnya ialah bergilir-bergilir sepertimana prosedur penempahan untuk


menggunakan tempat selain kelas. Faktor ini juga diwakili oleh GPI di SA (PYSA, 2012:
523), SB (GPISB, 2012: 312), SD (GPISD, 2012: 210), dan SE (GPISE, 2012: 189).
Faktor ini menyebabkan GPI perlu mengikut giliran jika ingin menggunakan tempat selain
kelas seperti kata-kata PYSA: (BBM:FKP/FKH/SEK/PGR/GLR) "memang sentiasa
penuh setakat ni. boleh nak guna tapi kena tunggu turn lah kan." PYSA, 2012: 522.
Giliran penggunaan juga bercampur antara guru pagi dan guru petang yang ingin
menggunakannya (GPISB, 2012: 312). Sistem penggiliran juga semakin kurang berkesan
apabila penggunaannya hanya pada guru yang sama sahaja (GPISD, 2012: 180). GPISD
menyuarakan rasa kesalnya dengan mengatakan:

(BBM:FKP/FKH/SEK/PGR/GLR) "biasanya bilik tu di digunakan selalu


oleh seorang je lah. kita bukan kata nak pertikaikan apa lah, sebab dia yang
jaga kan tapi dari segi praktikalnya agak tidak praktikal lah sebab terpaksa

GPISD, 2012: 180

Selain itu, faktor yang mencapai pola yang ketiga, iaitu urusan kunci semasa GPI
membuat penempahan menggunakan tempat selain kelas. Urusan kunci juga memerlukan
kepada prosedur yang perlu GPI laksanakan seperti kata-kata GPISE:
(BBM:FKP/FKH/SEK/PGR/UKC) "buka buku kunci tu biasanya lah, mohon... lepas tu
pengurusan kunci, ambil... lepas tu tandatangan, lepas tu pulangkan." GPISB, 2012: 197.
Faktor ini turut menjadi penghalang kerana ada guru tertentu di SA-SE yang memegang
kunci bilik tersebut. Maka menjadi masalah apabila guru tersebut berada di sesi
persekolahan yang berlainan (GPISB, 2012: 303). Ada juga yang sentiasa
menggunakannya kerana guru tersebut ditugaskan untuk memegang kunci (GPISD, 2012:
208).
161

Dua lagi faktor yang tidak mencapai tahap pola keseluruhan GPI di SA-SE ialah
tiada peluang (GPISD dan GPISE) dan perlu kebenaran (GPISB dan GPISE). Faktor tiada
peluang yang dimaksudkan adalah kemudahan tempat yang ada didahulukan untuk aktiviti
luar seperti PPD dan JPN. Keadaan ini berlaku kepada sekolah kawalan PPD (GPISE,
2012: 207) dan juga dibuktikan oleh temu bual GPISE:

"kadang-kadang kita ni, boleh kata kan, sekolah ni, selalu digunakan,
sering digunakan oleh urusan luar seperti kursus dan sebagainya. jadi
kadang-kadang... apabila kita nak gunakan untuk PdP, ada kursus..."
GPISE, 2012: 205.

(c) Faktor Halangan Tempat: Dalam mempelbagaikan PdP dan penggunaan


BBM, GPI perlu menggunakan tempat-tempat khusus yang telah disediakan oleh
pihak sekolah. Namun kemudahan tempat yang disediakan di sekolah masih tidak
mampu untuk memenuhi keperluan guru yang ramai. Oleh yang demikian, halangan
tempat tersebut menjadi faktor yang menghalang guru untuk menggunakan BBM.
Merujuk kepada Jadual 4.15 terdapat dua faktor halangan tempat yangdihadapi oleh
guru. Antaranya ialah halangan tempat terhad yang menjadi halangan utama kerana
diwakili oleh kesemua GPI di SA-SE.

Bukti halangan tersebut seperti yang dikatakan oleh PYSA:


(BBM:FKP/FKH/SEK/TMP/THD) "makmal tu ada satu, tapi yang nak gunakannya
bukan seorang saja. kena ada jadual lah, memang sentiasa penuh setakat ni." PYSA,
2012: 521. Tempat terhad ini adalah disebabkan kelewatan proses pembinaan bangunan
tambahan (PYSB, 2012: 492; PYSA, 2012: 528). Kesan kelewatan pembinaan, bilik
menjadi kurang, sempit dan berlaku pengubah suaian menyebabkan PdP tidak selesa
(GPISA, 2012: 117; GPISB, 2012: 257; GPISE, 2012: 311).

Jadual 4.15: Halangan Tempat Semasa Penggunaan BBM oleh GPI


Bil. Halangan Tempat Penggunaan BBM SA SB SC SD SE
1. Terhad x x x x x
2. Kondisi tempat x - x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J13
162

Selain itu, di sekolah juga kurang terdapat bilik yang khusus untuk setiap bidang
atau subjek merujuk kepada temu bual GPISD:

(BBM:FKP/FKH/SEK/TMP/THD) "yang jadi masalah nya ialah kepada


guru
-subjek bahasa,
untuk subjek ni kita tak ada satu bilik khusus..."
GPISD, 2012: 169

Sebagai penyelesaian ada antara GPI yang memiliki bahan seperti yang ada di
sekolah (NotaSA, 2012: 54) dan sebaliknya ada yang sanggup untuk tidak menggunakan
tempat tersebut (GPISC, 2012: 1162; GPISD, 2012: 193). Faktor kedua ialah kondisi
tempat yang diwakili oleh semua GPI kecuali GPI di SB. Kondisi tempat ini meliputi
aspek pengcahayaan dan pengudaraan (NotaSC, 2012: 878, 882) seperti yang dijelaskan
oleh GPISC: (BBM:FKP/FKH/SEK/TMP/KON) "...ataupun dari segi kecerahan bilik
tempat, kadang bilik tu dia masalah kecerahan dia. dia gelap." GPISC, 2012: 393.
Kondisi tempat juga melibatkan kedudukannya yang jauh menyebabkan sukar untuk
digunakan (GPISD, 2012: 361).

Masa
Guru
Persediaan
Kurang

Bahan Capaian

Faktor Halangan Tidak Sesuai

Rosak
Sekolah
Terbengkalai

Pengurusan Perlu Tempahan


Terhad Tempat
Bergilir-gilir
Kondisi Tempat
Urusan Kunci

Rajah 4.4: Pola Faktor Yang Menghalang GPI Menggunakan BBM

Secara kesimpulannya, halangan persediaan yang wujud melalui temu bual GPI di
SA-SE telah dijelaskan secara terperinci. Gambaran keseluruhan untuk halangan
163

persediaan ini hanya dijelaskan tema-tema yang mencapai tahap pola sahaja. Pola-pola
halangan persediaan tersebut adalah seperti pada Rajah 4.4.

4.3.3 Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) GPI

Merujuk kepada persoalan kajian yang dinyatakan, pertamanya adalah berkaitan


dengan apakah jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh GPI ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Untuk memperoleh jawapan
sedemikian, pengkaji telah membuat soalan, iaitu "Apakah jenis-jenis bahan bantu
mengajar yang digunakan oleh Guru Pendidikan Islam?". Jawapan yang diberikan oleh
semua responden untuk soalan tersebut adalah merujuk kepada Jadual 4.16. Terdapat 16
jenis BBM yang pernah digunakan oleh GPI di SA-SE. Daripada sejumlah itu, hanya 10
jenis BBM yang mencapai tahap pola dapatan kajian. BBM tersebut ialah papan putih,
buku teks, powerpoint, kertas edaran, kertas majong, gambar, buku nota pelajar, buku
latihan dan modul, buku rujukan, video, dan kertas A4. Kesemua jenis BBM yang
mencapai tahap pola itu diwakili oleh semua GPI di SA-SE kecuali video dan kertas A4.
Kesemua bahan tersebut diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE. Manakala bahan selebihnya
yang tidak mencapai tahap pola ialah audio, CD, kad imbasan, smartboard, dan tafsir al-
Quran.

BBM yang mencapai tahap pola tertinggi sekali digunakan oleh semua GPI di SA-
SE ialah papan putih. Hal ini diakui oleh GPISA: (BBM:WBO) "masa tu saya guna
whiteboard sepenuhnya lah dan saya tumpukan pada pelajar saja" GPISA, 2012: 1228.
Penggunaan papan putih sudah menjadi kebiasaan setiap guru menggunakannya seperti
yang dikatakan oleh PYSB: "Sebab dah jadi budaya kalau sekolah ini, semua kelas pakai
whiteboard." PYSB, 2012: 342. PYSC turut menambah: "kalau di dalam kelas tu kan,
buku teks dan papan hitam tu memang penggunaan biasa lah bagi seorang guru" PYSC,
2012: 165. P1SD juga mngakui bahawa papan putih adalah penggunaan biasa GPI melalui
kata-katanya: "kalau di dalam kelas selain apa yang diajarkan menggunakan buku teks,
ustaz ada menggunakan lembaran kerja daripada buku-buku latihan yang berkaitan lah.
164

dan papan putih pun biasa ustaz gunakan lah" P1SD, 2012: 12. Selain itu, penggunaan
papan putih hanyalah untuk menulis perkara-perkara yang penting sahaja. Seperti yang
diakui oleh P2SD: "bagi saya pula biasanya memang papan putih yang ustaz gunakan
tetapi biasanya papan putih tu ustaz macam tuliskan perkara-perkara yang penting lah"
P2SD, 2012: 16. Hal ini turut disokong oleh PYSE, bahawa: "sebab saya lihat antara
yang digunakan oleh ustaz rizal pertama sekali ialah papan putih dan marker yang selalu
dibawanya, di catat apa yang perlu dicatat, perkara-perkara penting, point-point penting
lah" PYSE, 2012: 232.

Buku teks juga menjadi pilihan kepada semua GPI di SA-SE untuk
menggunakannya semasa PdP. BBM ini adalah yang kedua tertinggi selepas penggunaan
papan putih. P2SA (2012: 84), PYSC (2012: 166), P1SD (2012: 13), GPISD (2012: 430),
P1SE (2012: 9), dan PYSE (2012: 266, 530) menjelaskan bahawa buku teks menjadi
keutamaan kepada GPI untuk menggunakannya. P2SA berkata: (BBM:BKS) "sepanjang
sesi PdP, buku teks merupakan bahan bantu mengajar utama guru dan ustaz ada
menggunakan buku teks." P2SA, 2012: 84. Keutamaan ini bertujuan sebagai sumber
pengayaan maklumat yang diperlukan oleh GPI seperti yang dinyatakan oleh PYSA:
"buku teks tu sebenarnya untuk pengayaan maklumat. Untuk mencari bahan-bahan, isi-isi
penting pun dari buku teks." PYSA, 2012: 403. Keutamaan ini menurut PYSC bahawa
buku teks dimiliki oleh GPI dan pelajar melalui kata-katanya: "buku teks pun bahan yang
utama untuk guru dan pelajar. itu memang wajib bagi pelajar juga menggunakannya."
PYSC, 2012: 153. GPISA menambah bahawa keutamaan ini juga menyebabkan buku teks
menjadi satu kewajipan kepada GPI untuk menggunakannya, katanya: "kalau buku teks
memang wajib." GPISA, 2012: 271. Kewajipan itu seolah-olah jika GPI menggunakan
buku teks sahaja sudah mencukupi (GPISA, 2012: 1232). Maka buku teks dianggap
sebagai asas penggunaan BBM serta bahan-bahan yang lain (GPISE, 2012: 348). Hal ini
kerana buku teks merupakan skema bagi keseluruhan subjek Pendidikan Islam (GPISA,
2012: 667).

Penggunaan powerpoint juga diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Semua GPI di
SA-SE pernah menggunakan powrpoint sebagai BBM ketika PdP. Walaupun powerpoint
digunakan oleh semua GPI di SA-SE, namun P2SB membuktikan bahawa GPI jarang
menggunakannya (P2SB, 2012: 801). Hal ini kerana penggunaannya bergantung kepada
kemudahan yang disediakan oleh sekolah. Ianya dbuktikan oleh P1SB, katanya:
165

(BBM:PPT) "kadang-kadang 2 minggu sekali. bergantung pada LCD lah" P1SB, 2012:
799. Selain melihat kepada peluang kemudahan, powerpoint digunakan untuk tujuan
aktiviti pembentangan pelajar (GPISC, 2012: 1039). P1SE dan P2SE mengakui aktiviti
tersebut melalui temu bual berikut: "kitaorang just buat presentation saja dekat luar
kelas." P2SE, 2012: 17 dan "yang masa hari tu lah, yang masa ustaz berikan tugasan hari
tu. yang masa presentation tu." P1SE, 2012: 759.

Penggunaan kertas edaran pula diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Kertas edaran
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu latihan edaran dan nota edaran (P1SA, 2012: 783;
P2SA, 2012: 786). Bentuk ini dijelaskan oleh P1SA: (BBM:KE/LTHN; BBM:KE/NOT)
"ya, dua-dua bentuk ada. nota ada, latihan pun ada." P1SA, 2012: 93. Bagi latihan
edaran, kandungannya adalah latihan yang diberikan kepada pelajar. sepertimana yang
dijelaskan oleh P1SD: (BBM:KE/LTHN)

"tapi kalau dalam lembaran kerja ini bentuknya seperti ini (bentuk latihan)
untuk menilai pelajar seara terus daripada membuat latihan dan juga untuk
menilai pelajar seperti disini terdapat bahan-bahan penting untuk pelajar
membuat latihan tersebut dan juga kod tahap latihan tersebut."
P1SD, 2012: 12

Pelbagai bentuk latihan yang dihasilkan oleh GPI pada latihan edaran
tersebut. antaranya seperti yang dijelaskan oleh GPISE: "ok... latihan ada
berbentuk macam... isi tempat kosong... jawab soalan dan sebagainya." GPISE,
2012: 1635. GPI juga menghadkan penggunaan latihan edaran ini hanya untuk
kelas-kelas tertentu sahaja (GPISD, 2012: 1569) melalui kata-kata GPISD: "kalau
saya kelas-kelas biasa tu saya tak bagi bahan edaran ni lah. saya tak sempat nak
buat. sebab dia pun dah ada buku latihan sendiri kan." GPISD, 2012: 1575.
Manakala nota edaran pula adalah berbentuk nota yang dicetak pada kertas bersaiz
A4. Ciri ini dinyatakan oleh P1SB: "bentuk nota sahaja bukan latihan" P1SB,
2012: 638 dan "apa ni, dia macam print dekat kertas A4." P1SB, 2012: 53.

Bagi BBM kertas majong pula, penggunaannya hanya melibatkan pembentangan


pelajar sahaja. PYSC menjelaskan penggunaan BBM tersebut melalui kata-katanya:
(BBM:KMJ) "kertas mahjong juga ada digunakan oleh ustaz. cumanya kalau di sini yang
166

biasa kita buat pelajar tu yang buat sendiri." PYSC, 2012: 167 dan "setakat ni yang saya
nampak lah. yang guna kertas mahjong ni pelajar lah. pelajar yang menghasilkan dan
pembentangan juga oleh pelajar." PYSC, 2012: 485. GPI juga ada menggunakannya
tetapi hanya pada waktu tertentu sahaja. Waktu tersebut dinyatakan oleh GPISD: "untuk
kertas majong dan kad imbasan biasanya saya gunakan bila saya kena observe lah."
GPISD, 2012: 1639.

Jadual 4.16: Jenis Bahan Bantu Mengajar Yang Digunakan oleh GPI
Bil. Jenis BBM SA SB SC SD SE
1. Papan putih x x x x x
2. Buku teks x x x x x
3. Powerpoint x x x x x
4. Kertas edaran x x x x x
5. Kertas majong x x x x x
6. Gambar x x x x x
7. Buku Nota Pelajar x x x x x
8. Buku Latihan dan Modul x x x x x
9. Buku Rujukan x x x x x
10. Video x x x - x
11. Kertas A4 x x - x -
12. Audio x - x - -
13. CD - x - x -
14. Kad imbasan - - x - -
15. Smartboard x - - - -
16. Tafsir al-Quran x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J14

Gambar juga menjadi pilihan semua GPI di SA-SE untuk dijadikan BBM ketika
PdP. Kebanyakan gambar yang digunakan akan diintegrasikan dengan penggunaan
powerpoint (ADSA, 2012: 95). Hal ini diakui oleh PYSC, beliau berkata: (BBM:GBR)
"setakat yang saya menyelia tak ada nampak pula dia guna gambar. kalau ada pun dia
gunakan gambar di powerpoint lah." PYSC, 2012: 409. Penggunaan gambar oleh GPI
ketika PdP adalah sebagai hiasan dan maklumat awal. Penggunaan sebagai hiasan
biasanya hanya untuk kekemasan pada powerpoint yang akan digunakan (GPISE, 2012:
1367) seperti yang dikatakan oleh GPISC: "gambar yang digunakan tu bukan untu
penerangan pun... kadang-kadang gambar tu sebagai hiasan saja. cuma nak nampak
cantik saja." GPISC, 2012: 1020. Manakala penggunaan gambar untuk maklumat awal
pelajar pula bertujuan untuk menarik minat para pelajar supaya fokus kepada tajuk yang
diajar. Hal ini dijelaskan oleh P1SD: "yang susah pelajar nak faham tu ustaz akan
167

letakkan gambar dekat powerpoint tu bagi lebih menarik minat pelajar untuk memahami
pelajaran tersebut." P1SD, 2012: 181.

Penggunaan buku nota pelajar serta buku latihan dan modul adalah untuk pelajar.
telah menjadi kebiasaan GPI baawa setiap pelajar mestilah menyediakan buku kosong
untuk dijadikan buku nota mereka. Buku tersebut disediakan oleh sekolah untuk mereka
beli pada awal tahun persekolahan (GPISD, 2012: 1635; GPISE, 2012: 430). Hal ini
dijelaskan oleh P2SD, iaitu: (BBM:BNP) "buku nota tu saiz buku tulisan yang dibekalkan
sekolah dan buku tu gabung untuk semua sekali" P2SD, 2012: 1325. Penggunaan buku ini
bukan sekadar untuk penulisan nota sahaja, malah kegunaannya adalah pelbagai seperti
contoh oleh P1SD, iaitu: "buku nota yang kami gunakan tu adalah seperti buku tulis ini
(buku tulis kulit coklat). dicampurkan dengan latihan, nota, kemahiran jawi." P2SD, 2012:
1322. Manakala buku latihan dan modul pula adalah bahan yang dibeli oleh sekolah untuk
pengukuhan pelajar. pembelian modul tersebut dibuktikan oleh GPISE: "modul PBS tu
untuk tahun ni aaa... kita gunakan yang dah dijual, dah siap. jadi ada yang perlu kita
tambah lah, dia senang... dia selaras." GPISE, 2012: 1758. Manakala pembinaan modul
oleh GPI sendiri dijelaskan melalui temu bual PYSE: "dan kalau dilihat di sini setiap
subjek mempunyai modulnya tersendiri yang dibuat ataupun yang dicipta oleh guru yang
mengajar lah mengikut tingkatan dan juga mengikut subjek-subjek yang diajar, ok."
PYSE, 2012: 57.

Buku rujukan pula digunakan oleh GPI dan pelajar di SA-SE. Penggunaan buku
rujukan ini adalah sebagai tambahan sahaja (PYSA, 2012: 404). Penggunaan buku teks
oleh pelajar adalah atas inisiatif mereka sendiri dan bukan permintaan GPI. GPISA
menjelaskan hal berikut dengan kata-katanya: (BBM:BRJ) "ya. pelajar pun ada buku
rujukan mereka sendiri. ada yang sama dengan saya, dan ada yang tak sama. sebab
pelajar bawa mereka punya masing-masing." GPISA, 2012: 651.

Dua bahan terakhir yang mencapai tahap pola dapatan kajian ialah video dan
kertas A4. Penggunaan video diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE kecuali GPISD
manakala kertas A4 digunakan oleh semua GPI kecuali GPISC dan GPISE. Video yang
digunakan oleh GPI di SA-SE berkenaan isu-isu semasa yang dapat dikaitkan dengan PdP.
Penggunaan video tersebut adalah seperti: (BBM:VDO)
168

Antara video yang terdapat dalam folder tersebut ialah: FOX TV News -
Islam World Most Growing Religion 2010 YouTube, Islam will take over
the World in 50 Years YouTube, 8 German Convert to Islam 2010
YouTube, Islam fastest growing faith in USA YouTube, ISLAM The
Fastest Growing Religion in the World YouTube, Media afraid of Islam
YouTube, Mike Tyson - Muslim - Praying - Takbir YouTube, mike tyson
muslim YouTube, Mike Tyson performs Umrah (Pelgrim to Mekka)
Islam YouTube, Nicole Queen Converts after seeing Youtube videos on
Islam YouTube, Prince Naseem Hamed Reciting The Shahadah
YouTube, The Rise of Islam in America YouTube, Tony Blair's sister-in-
law converts to Islam YouTube, yusuf islam pal vcd, 4000 German
convert to Islam every year YouTube, Yusuf.
ADSA, 2012: 54

Penggunaan kertas A4 pula adalah semasa aktiviti pembentangan pelajar (P2SA,


2012: 603). Kegunaan kertas A4 ini adalah seperti yang dianalisis berdasarkan dokumen
yang diperolehi: "Tugasan dibuat di kertas A4 yang diberikan oleh responden sebagai
rangka dan lakaran jawapan sebelum ditulis semula di papan putih di hadapan." ADSA,
2012: 469. Namun pengkaji merasakan bahawa penjelasan berkenaan BBM jenis kertas A4
tidak perlu dibuat. Hal ini kerana bahan tersebut tidak menunjukkan penggunaannya yang
lengkap walaupun telah mencapai pola dapatan kajian.

Selebihnya lima jenis BBM yang tidak mencapai tahap pola ialah audio, CD, kad
imbasan, smartboard, dan tafsir al-Quran. BBM yang paling rendah sekali digunakan ialah
tafsir al-Quran yang hanya diwakili oleh GPISA. Melalui analisis beberapa dokumen yang
diperolehi, GPISC ada menggunakan tafsir al-Quran tetapi bukan untuk tujuan PdP. Bukti
analisis tersebut dibuat seperti berikut:

bergambar menunjukkan pelajar menggunakan al-Quran dan modul


hafaza
yang digunakan ialah al-Quran dan tafsir serta modul pengajaran."
ADSC, 2012: 89
169

Audio juga sangat kurang digunakan oleh GPI sebagai BBM ketika PdP kerana
penggunaannya sebagai contoh bacaan al-Quran (GPISA, 2012: 1122; P2SB, 2012: 39,
43). Kekurangan penggunaan audio disebabkan pelajar tidak dapat memberi fokus kepada
audio (GPISA, 2012: 1123) memandangkan GPI menggunakan audio di telefon bimbit
sahaja (P1SB, 2012: 727). GPISC turut merancang untuk menggunakan audio sebagai
BBM ketika PdP kerana mempunyai koleksi bahan audio, buktinya:

Folder pertama iaitu (albaqoroh203-213) mengandungi 29 file mp3 dengan


3 jenis riwayat iaitu Soba, Nahwand, dan Bayati. File kedua pula dengan
nama (mtq2011-) merupakan himpunan bacaan-bacaan qari dan qariah pada
Majlis Tilawah al-Quran. Terdapat 16 file mp3 yang mewakili setiap daerah.
Selebihnya 10 jenis file mp3 adalah koleksi bacaan al-Quran dari qari dan
qariah luar dan dalam negara.
ADSC, 2012: 158

Penggunaan CD juga hanya diwakili penggunaannya GPISB dan GPISD dan


jumlah ini tidak mampu untuk membentuk pola amalan penggunaan CD ketika PdP.
Penggunaan CD hanyalah untuk tujuan menunjukkan praktikal sesuatu teori (PYSD, 2012:
188, 687, 733) khususnya dalam topik ibadah (PYSB, 2012: 15). Manakala penggunaan
kad imbasan pula hanya digunakan oleh GPISC sahaja untuk tujuan aktiviti bagi PdP
tajwid dan hafazan al-Quran (NotaSC, 2012: 564, 566). Penggunaan kad imbasan ini tidak
mencapai tahap pola kerana persediaannya yang memerlukan masa yang lama dan
dihasilkan sendiri oleh GPI mengikut kreativiti tersendiri (GPISC, 2012: 886; NotaSC,
2012: 566).

Smartboard pula merupakan jenis BBM hanya digunakan oleh GPI di SA. Bahan
ini merupakan bahan terhad yang dimiliki oleh SA kerana harganya yang sangat mahal.
Hal ini dibuktikan melalui nota lapangan pengkaji, NotaSA, iaitu: "Lagi pun dekat sekolah
ni semua guru dah gunakan powerpoint. Tu sebagai asas kepad penggunaan smartboard
yang ada di sekolah ni. Smartboard ni memang setakat ni sekolah ni saja lah yang ada
" NotaSA, 2012: 77. GPISA juga telah terpilih untuk
membuat pertunjukan tentang cara penggunaan smartboard ketika lawatan pihak
kementerian. Hal ini diakui sendiri oleh GPISA, katanya: "macam pernah sekali tu ada
170

orang datang daripada Kementerian, saya terpilih la kena mengajar. saya guna bilik sains
tu lah mengajar guna smartboard." GPISA, 2012: 304.

Papan Putih Buku Teks Powerpoint

Kertas Edaran

Kertas Majong

Jenis BBM Gambar

Buku Nota Pelajar

B. Latihan & Modul

Kertas A4 Video Buku Rujukan

Rajah 4.5: Pola Dapatan Kajian Bagi Jenis-Jenis BBM Yang Digunakan Oleh GPI

Secara kesimpulannya, terdapat sebelas jenis BBM yang digunakan oleh GPI di
SA-SE mencapai tahap pola. Manakala selebihnya sebanyak lima jenis BBM yang
digunakan oleh GPI di SA-SE tidak mencapai tahap pola merujuk Rajah 4.5.

4.3.4 Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) GPI

Merujuk kepada dapatan kajian, perbincangan pada bab ini akan menjawab
persoalan kajian, iaitu " Apakah faktor penggunaan bahan bantu mengajar dalam
kalangan Guru Pendidikan Islam?". Terdapat sepuluh jenis BBM yang mencapai pola
penggunaan oleh GPI di SA-SE. Antara BBM yang digunakan ialah papan putih, buku
teks, powerpoint, kertas edaran, kertas majong, gambar, buku nota pelajar, video, buku
latihan dan modul, dan buku rujukan. Pada bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan
amalan yang menjadi kebiasaan GPI semasa menggunakan BBM melalui tiga peringkat
utama, iaitu persediaan, penggunaan, dan selesai guna. Urutan jenis BBM yang
dibincangkan adalah merujuk kepada dapatan pada Jadual 4.16.
171

4.3.4.1 Papan Putih

Bahan bantu mengajar yang kerap digunakan oleh GPI di SA-SE ialah papan putih
kerana diwakili oleh semua GPI. Untuk menjelaskan berkenaan amalan penggunaan papan
putih, pengkaji akan mengklasifikasikan amalan tersebut kepada tiga peringkat. Peringkat-
peringkat tersebut ialah amalan persediaan, penggunaan, dan selesai penggunaan.

(1) Persediaan

Amalan persediaan penggunaan adalah merujuk kepada kebiasaan yang dilakukan


oleh GPI sebelum menggunakan papan putih. Terdapat empat amalan yang akan
dilakukan oleh GPI di SA-SE sebelum menggunakan papan putih merujuk kepada Jadual
4.17. Amalan-amalan tersebut adalah memastikan marker pen ada, memastikan keadaan
peralatan, melihat suasana kelas, dan memastikan kebersihan kelas.

Terdapat dua amalan pada tahap pola sebelum penggunaan papan putih yang
diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Manakala satu amalan diwakili oleh tiga GPI di SA-
SE dan selebihnya hanya satu amalan yang tidak mencapai pola. Amalan yang tertinggi
dilakukan adalah memastikan marker pen ada. Amalan ini diwakili oleh semua GPI di
SA-SE seperti apa yang dikatakan oleh P2SD: "sambil tu ustaz akan memeriksa peralatan
untuk menulis seperti duster, marker..." P2SD, 2012: 1119. Pemeriksaan yang dilakukan
itu adalah terhadap peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah (GPISD, 2012: 1030).
Hal ini kerana ada dakwat marker pen yang habis apabila digunakan (P1SA, 2012: 726;
P1SE, 2012: 276). Oleh itu, inisiatif GPI membawanya sendiri setiap kali masuk ke kelas
(P2SA, 2012: 724, 742; P1SA, 2012: 727; PYSB, 2012: 368; GPISD, 2012: 1025; P1SE,
2012: 276) seperti kata GPISE: "jadi setiap guru tu mesti sekurang-kurangnya kena ada
marker la. satu hitam atau biru, satu merah la. kena ada... kena bawa. jangan harap
dalam kelas tu... ada marker. persediaan sendiri lah." GPISE, 2012: 927. Pelajar juga ada
menyediakan untuk kegunaan guru jika berlaku masalah pada marker pen guru (P2SA,
2012: 724, 733; P1SA, 2012: 727, 737, 740; P1SC, 2012: 225). Hal ini dijelaskan oleh
KFSA:
172

(BBM:WBO/PSD/MPA) "cikgu ada bawa sendiri dan kalau cikgu punya


marker pen dah habis, kami yang akan sediakan. biasanya kami yang akan
sediakan untuk cikgu, duit kelas memang kami guna untuk beli marker
pen dan kelengkapan kelas yang lain."
P1SA, 2012: 727

Selain marker pen, GPI juga akan memastikan keadaan papan putih terlebih
dahulu sebelum menggunakannya. Amalan ini diwakili oleh semua GPI di SA-SE yang
mencapai tahap pola. Cara GPI memastikan peralatan dalam keadaan baik adalah merujuk
kepada kata-kata P1SB: (BBM:WBO/PSD/KED) "ada ustaz check... macam ada lekuk-
lekuk tu kan, nanti ustaz cakap 'ni kenapa ni?'. Ada lekuk tu kan macam susah nak tulis.
Ustaz tanya lah kenapa?" P1SB, 2012: 365. Antara kerosakan yang wujud seperti
permukaan tidak rata disebabkan tempoh penggunaannya yang sudah lama (P2SA, 2012:
689; P1SA, 2012: 693; GPISE, 2012: 920). Selain itu, ada juga GPI yang menggunakan
permanent marker pen kerana terlalu banyak marker pen yang disediakan di kelas
(GPISE, 2012: 918). Sebagai inisiatif, GPI hanya mampu bertindak dengan membuat
laporan pada pentadbir tentang kerosakan tersebut (P1SA, 2012: 694; PYSC, 2012: 252).
Tindakan susulan yang diterima adalah bergantung kepada peruntukan yang disediakan
untuk membaik pulih kerosakan tersebut (P2SA, 2012: 691; PYSC, 2012: 253; GPISD,
2012: 1013).

Jadual 4.17: Amalan Persediaan Sebelum Menggunakan Papan Putih


Bil. Amalan Persediaan SA SB SC SD SE
1. Marker pen ada x x x x x
2. Keadaan peralatan x x x x x
3. Suasana kelas x - x x -
4. Kebersihan kelas - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J15

Bagi menggalakkan pembelajaran yang selesa, GPI akan memastikan kelas dalam
keadaan baik melalui amalan suasana kelas. Amalan ini diwakili oleh tiga GPI, iaitu di
GPISA, GPISC, dan GPISD. Sebagai contoh amalan yang dilakukan adalah merujuk kata-
kata P2SD: (BBM:WBO/PSD/SUA) "biasanya ustaz akan tengok keadaan kelas sama
ada bersih atau tidak, pelajar dah bersedia ke belum." P2SD, 2012: 1118. Suasana kelas
yang perlu diambil kira oleh GPI adalah pencahayaan kelas (GPISC, 2012: 728), kawalan
pelajar (PYSA, 2012: 291), dan kebersihan kelas (OBSE , 2012: 26; P2SD, 2012: 1118).
173

Amalan memastikan kebersihan kelas sebelum mula mengajar hanya diwakili oleh GPISD
sahaja (P2SD, 2012: 1118; GPISD, 2012: 1002). Hal ini kerana kelas yang diajar oleh
GPISD dalam keadaan tidak teratur dan kurang kemas memandangkan semua pelajar
lelaki dalam kelas tersebut (OBSD, 2012: 47).

(a) Kebersihan Peralatan Sebelum Penggunaan Papan Putih: Selain


memastikan amalan pada Jadual 4.18, GPI ada mengamalkan kebersihan papan putih
sebelum penggunaannya. Jadual 4.18 merupakan dapatan amalan kebersihan peralatan
yang dilakukan oleh GPI di SA-SE. Terdapat tiga amalan yang dilakukan dan kesemuanya
mencapai tahap pola. Amalan yang tertinggi adalah menjadi tugasan pelajar untuk
membersihkan papan putih sebelum bermulanya GPI mengajar. Hal ini diakui oleh P2SA
melalui kata-katanya: (BBM:WBO/PSD/KBR) "sebenarnya sebelum ustaz masuk lagi
papan putih tu dah bersih." P2SA, 2012: 698.

Kebiasaannya pelajar akan siap membersihkan papan putih setiap kali masa
pertama dan kedua waktu persekolahan (GPISB, 2012: 812, 815; P1SB, 2012: 347; P2SB,
2012: 349; PYSC, 2012: 269; OBSD, 2012: 49; P1SE, 2012: 244; GPISE, 2012: 896).
GPISA ada mengatakan bahawa: (BBM:WBO/PSD/KBR/TGS) "kadang-kadang pelajar
sendiri akan nampak, dia orang sendiri yang akan buat lah tanpa arahan pun." GPISA,
2012: 414. Tetapi waktu seterusnya pelajar kebiasaannya akan diarahkan oleh GPI untuk
membersihkan papan putih (P1SA, 2012: 339; P2SB, 2012: 343; GPISB, 2012: 811, 814,
821; GPISC, 2012: 469; OBSD, 2012: 40; P1SD, 2012: 1085; PYSD, 2012: 748; GPISD,
2012: 992, 994).

Jadual 4.18: Kebersihan Peralatan Sebelum Menggunakan Papan Putih


Bil. Amalan Kebersihan Peralatan SA SB SC SD SE
1. Tugas pelajar x x x x x
2. Padam maklumat x x x x x
3. Tidak padam - - x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J16

Amalan seterusnya ialah tidak padam dan mencapai pola dapatan kajian kerana
diwakili oleh GPISC, GPISD, dan GPISE. Amalan ini dilakukan ketika ada pelajar yang
tidak sempat untuk menyalin nota kelas sebelumnya di papan putih (P1SC, 2012: 212;
P2SC, 2012: 215; P2SD, 2012: 1126). Jika keseluruhan kelas belum selesai menyalin nota,
174

GPI membuat pembahagian dan menulis di bahagian yang kosong pada papan putih
(P2SC, 2012: 200, 208; P1SC, 2012: 205). Hal ini dijelaskan oleh P2SD:

(BBM:WBO/PSD/KBR/XPD) "biasanya ustaz akan tanya pada pelajar


sama ada dah siap ke belum... contohnya kalau ada sebahagiannya yang
dah siap dan ada sebahagiannya yang belum siap, ustaz akan suruh rujuk
kepada rakan yang dah siap. tapi kalau semua pelajar belum siap, ustaz
akan membahagikan papan putih dan mengambl ruang yang kosong."
P2SD, 2012: 1126.

Adakalanya jika hanya beberapa orang pelajar yang tidak sempat menyalin, GPI
akan menunggu sehingga pelajar selesai (GPISC, 2012: 902) seperti yang dikatakan oleh
GPISE: "haaa... bersih. tapi tak juga... kadang-kadang masuk, dia tengah salin kan.
kadang kita terpaksa tunggu dulu. tangguh dulu kejap.". GPISE, 2012: 902.

(b) Persediaan Pelajar Sebelum Penggunaan Papan Putih: Bagi pelajar pula,
persediaan untuk PdP mestilah dilakukan dengan segera bagi mengelak gangguan kepada
rakan mereka yang telah bersedia. Peranan guru yang diterapkan melalui amalan
persediaan sebelum mula mengajar adalah merujuk kepada Jadual 4.19.

Jadual 4.19: Persediaan Pelajar Sebelum Menggunakan Papan Putih


Bil. Amalan Persediaan Pelajar SA SB SC SD SE
1. Persiapan diri x - x x -
2. Uji penglihatan pelajar - x x x -
3. Baca buku teks x - - x -
4. Hafal point x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J17

Hanya dua daripada amalan persediaan pelajar yang mencapai tahap pola,
iaitu persiapan diri dan uji penglihatan pelajar. Selebihnya dua amalan, iaitu baca
buku teks diwakili oleh GPISA dan GPISD manakala hafal point diwakili oleh
GPISA sahaja. Bagi malan tertinggi, iaitu persiapan diri diwakili oleh GPISA,
GPISC dan GPISD. Ketiga-tiga GPI ini akan memulakan PdP apabila pelajarnya
benar-benar bersedia. Kenyataan ini diakui oleh pemerhatian yang dilakukan melalui
data OBSE:
175

OBSE (BBM:WBO/PSD/PRS/DIR): "Setelah siap membaca doa,


responden mengarahkan pelajar untuk duduk dan kemudian pelajar terus
mempersiapkan keperluan untuk subjek responden dengan mengambil
buku-buku yang berkaitan dengan subjek seperti buku teks, buku nota, dan
modul latihan/PBS."
OBSE, 2012: 37.

Masa persiapan pelajar adalah untuk mengeluarkan buku-buku yang berkaitan


dengan pelajaran (PYSA, 2012: 289; OBSB, 2012: 43; OBSD, 2012: 43, 52; P2SD, 2012:
1004; GPISD, 2012: 1043). Tujuan diberikan masa supaya pelajar tidak ketinggalan untuk
mengikuti arahan GPI (PYSA, 2012: 291).

Amalan seterusnya ialah GPI menguji penglihatan pelajar terhadap maklumat


yang ditulis di papan putih. Amalan ini diwakili oleh GPISB, GPISC dan GPISD
sepertimana yang diaktakan oleh GPISC: (BBM:WBO/PSD/PRS/UPP) "maknanya, saya
tulis tu nanti saya tanya "nampak tak?" kalau tak nampak tu, nanti saya besarkan sikit lah
tulisan saya. ataupun saya ubah tempat tulisan saya tu." GPISC, 2012: 644. Pengujian ini
dilakukan oleh GPI dengan bertanya kepada pelajar khususnya di bahagian belakang kelas
(P1SB, 2012: 378; P2SB, 2012: 380; OBSC, 2012: 137; P1SC, 2012: 460; P2SC, 2012:
571; GPISC, 2012: 644; P2SD, 2012: 1211). Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar
dapat melihat maklumat yang ditulis GPI (P2SD, 2012: 1212; OBSE, 2012: 48). P2SD ada
mengatakan tentang hal tersebut:

(BBM:WBO/PSD/PRS/UPP) "biasanya ustaz ada suruh pelajar supaya


nak pastikan macam... biasanya ustaz akan menyuruh pelajar di belakang
supaya nak pastikan pelajar di belakang tu nampak apa yang ustaz tulis.
selain tu ada pelajar disuruh baca kalau ustaz nampak pelajar tu tak fokus."
P2SD, 2012: 1211.

Jika terdapat pelajar yang tidak nampak, GPI akan membuat perubahan
sehingga pelajar nampak (GPISC, 2012: 645). Selebihnya dua lagi amalan yang
dilakukan GPI ialah baca buku teks (GPISA, 2012: 382; P1SA, 2012: 875; P2SA,
2012: 749). Kedua-dua amalan ini diwakili oleh GPISA dan GPISD, P1SD ada
mengatakan: "semasa ustaz menulis tu, ustaz suruh kami semua membaca tajuk yang
176

akan dipelajari pada hari tersebut." P1SD, 2012: 1229. Amalan ini tidak mencapai
tahap pola kerana tidak diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE. Bagi amalan hafal point
penting, GPISA ada mengatakan bahawa: "kita beri lah tugasan pada mereka. kita
suruh mereka hafal point-point penting ke. "ok, setiap orang cari point-point
penting. lepas tu ustaz akan tanya". masa tu kita tulis lah." GPISA, 2012: 486.

(2) Penggunaan

Amalan seterusnya ialah cara penggunaan papan putih. Cara penggunaan papan
putih terbahagi kepada amalan penulisan, alat memadam, tarik perhatian pelajar,
penerangan, alat menunjuk, melukis dan perancangan. Amalan ini dijelaskan merujuk
kepada dapatan data pada Jadual 4.20 hingga Jadual 4.39. Kesemua dapatan pada jadual
tersebut menggambarkan amalan yang dilakukan oleh GPI semasa menggunakan papan
putih ketika PdP.

(a) Penulisan di Papan Putih: Cara penggunaan papan putih dimulakan dengan
penulisan GPI. Amalan penulisan melibatkan sembilan tema yang dihasilkan melalui
analisis data temu bual bersama responden. Pembahagian amalan penulisan tersebut ialah
tempat, bentuk, isi penting, aktiviti, batasan, inisiatif, ciri tulisan, ciri penulisan, dan fokus
penulisan.

(i) Tempat Penulisan: Berdasarkan dapatan kajian yang dianalisis, pengkaji


mendapati bahawa terdapat tiga jenis tempat penulisan di bahagian papan putih yang
menjadi amalan GPI di SA-SE. Dua tempat penulisan menapai tahap pola manakala hanya
satu sahaja yang tidak mencapai tahap pola dapatan kajian seperti yang dijelaskan pada
Jadual 4.20.

Amalan tertinggi penggunaan papan putih oleh GPI di SA-SE ialah mulakan
penulisan di tengah-tengah. Amalan ini diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Amalan ini
diakui oleh PYSD yang menyelia PdP GPI dengan kata-katanya:
(BBM:WBO/PGG/PLS/TPT/MDT) "ustaz mulakan ditengah-tengah terus, sebab ustaz
177

buat peta minda kan." PYSD, 2012: 777. Penulisan pada bahagian tengah papan putih
menjadi amalan GPI di SA-SE. Tema amalan ini bermaksud GPI memulakan penulisan di
bahagian tengah sama ada sebagai tajuk besar ataupun tidak (OBSA, 2012: 190; GPISC,
2012: 452; OBSD, 2012: 87; P1SD, 2012: 1098; OBSE, 2012: 59, 68, 79; P1SE, 2012:
258; GPISE, 2012: 1024). Antara sebab penulisan di tengah-tengah adalah kerana GPI
menulis dalam bentuk peta minda yang kreatif (OBSA, 2012: 190; P1SA, 2012: 661;
OBSB, 2012: 40; P2SB, 2012: 286; PYSC, 2012: 225, 233, 235; PYSD, 2012: 777;
GPISD, 2012: 1092; P2SE, 2012: 286). Hal ini diakui oleh PYSC katanya:
(BBM:WBO/PGG/PLS/BTK/PTM) "jadi kalau tadi kata dia mula dari tengah, memang
ada kemungkinan sebahagian besar sebab dia menggunakan kaedah kreatif." PYSC,
2012: 232. Selain itu, pelajar juga akan jelas melihat maklumat yang ditulis oleh GPI di
tengah-tengah papan putih (GPISA, 2012: 390; OBSC, 2012: 144; P2SE, 2012: 421;
P2SE, 2012: 425).

Jadual 4.20: Tempat Penulisan Semasa Penggunaan Papan Putih.


Bil. Amalan Semasa Menggunakan SA SB SC SD SE
1. Mula di tengah x x x x x
2. Pecahan di tepi x x x x x
3. Mula dari tepi - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J18

Semasa menulis di papan putih, GPI perlu membuat perancangan dan lakaran
supaya kelihatan tersusun. Amalan penulisan di papan putih dalam bentuk pecahan di tepi
menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh GPI di SA-SE. Hal ini diakui sendiri oleh GPISE
melalui katanya: (BBM:WBO/PGG/PLS/TPT/PDT) "satu papan putih... bergantung lah.
Tengok juga lah, kadang satu papan putih tu... saya mula dari tengah, pecahan kanan...
kiri...Tak penuh lah." GPISE, 2012: 1024. Amalan penulisan pecahan di tepi ini
bermaksud GPI menulis tajuk besar di tengah-tengah dan kemudian membuat cabang-
cabangnya (OBSA, 2012: 191; GPISA, 2012: 376; ADSB, 2012: 628; P1SB, 2012: 275;
OBSC, 2012: 260; OBSE, 2012: 79). Cabang-cabang tersebut diletakkan isi-isi sebagai
penerangan kepada tajuk besar tersebut (OBSA, 2012: 191; ADSB, 2012: 628; P2SB,
2012: 272; P1SB, 2012: 275; P2SB, 2012: 355; GPISB, 2012: 829; OBSC, 2012: 261;
P1SC, 2012: 334; OBSE, 2012: 79). Untuk memudahkan, amalan penulisan ini adalah
membentuk peta minda (GPISA, 2012: 376; ADSB, 2012: 628; P2SB, 2012: 272; P1SB,
2012: 275; GPISD, 2012: 1086).
178

Manakala dapatan yang tidak mencapai tahap pola hanya satu sahaja, iaitu mula
dari tepi. Gaya penulisan dari tepi ini jarang dilakukan oleh majoriti GPI di SA-SE. Hal ini
kerana menyebabkan penglihatan pelajar kurang jelas terhadap maklumat yang ditulis
(GPISD, 2012: 1272).

(ii) Bentuk Penulisan: Dari segi bentuk penulisan, GPI di SA-SE mengamalkan
empat bentuk untuk penulisan di papan putih. Amalan bentuk penulisan yang tertingi
adalah bentuk peta minda yang diwakili oleh semua GPI (P1SA, 2012: 661, 662; PYSA,
2012: 252, 270; GPISA, 2012: 373, 375; P1SB, 2012: 275; P2SB, 2012: 272, 286, 455;
P1SC, 2012: 175; PYSC, 2012: 237; P2SD, 2012: 1106; P1SD, 2012: 1108; PYSD, 2012:
167, 222, 771, 777, 779; GPISD, 2012: 1086; OBSE, 2012: 78; P1SE, 2012: 253). Hal ini
dijelaskan melalui temu bual PYSD: (BBM:WBO/PGG/PLS/BTK/PTM) "bentuk
penulisan tu kena tengok tajuk lah tapi lebih kerap ustaz gunakan peta minda." PYSD,
2012: 771. Tujuannya adalah untuk memudahkan kefahaman pelajar (P2SE, 2012: 250)
serta dapat melihat gambaran keseluruhan pelajaran (GPISA, 2012: 375, 558; GPISC,
2012: 553). Bentuk ini juga membolehkan pelajar menyertai aktiviti PdP (ADSA, 2012:
181; GPISA, 2012: 488, 558; OBSB, 2012: 61; OBSC, 2012: 253) kerana GPI hanya
menulis sebahagian isi penting sahaja (GPISA, 2012: 558; ADSB, 2012: 628; P1SC, 2012:
175; PYSC, 2012: 292; GPISC, 2012: 555; P1SD, 2012: 1109; PYSD, 2012: 168; P1SE,
2012: 254; GPISE, 2012: 938). Namun, penggunaan peta minda hanyalah bergantung
kepada kesesuaian tajuk pelajaran diajar (PYSD, 2012: 779).

Jadual 4.21: Bentuk Penulisan Semasa Menggunakan Papan Putih


Bil. Amalan Bentuk Penulisan SA SB SC SD SE
1. Peta minda x x x x x
2. Buat pembahagian x x x x -
3. Berubah-ubah - - x - -
4. Carta - x - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J19

Bentuk penulisan yang seterusnya ialah dengan membuat pembahagian menegak


pada papan putih (P2SA, 2012: 668; P1SA, 2012: 671; PYSA, 2012: 268; PYSB, 2012:
342; PYSC, 2012: 207, 218; P2SD, 2012: 1101; GPISD, 2012: 1062, 1084). Amalan ini
dilakukan oleh GPI di SA-SD, manakala GPISE tidak menggunakan bentuk tersebut. Hal
ini dibuktikan melalui kata-kata PYSC: (BBM:WBO/PGG/PLS/BHG) "...jadi dia bahagi-
bahagi lah. makna dia tahu lah ruang ni walaupun kadang tak dibahagi tapi penggunaan
179

ruang ni ada pada pemikiran dan perancangan mereka untuk masa tertentu." PYSC,
2012: 207. Pembahagian ini dilakukan adalah untuk membolehkan GPI menulis secara
berperingkat-peringkat (P2SD, 2012: 1101). Tujuannya adalah untuk digunakan semasa
perbincangan dengan pelajar di dalam kelas (P2SA, 2012: 667; P1SA, 2012: 671).

Amalan bentuk penulisan yang terendah sekali ialah bentuk berubah-ubah dan
bentuk carta. Bagi bentuk penulisan berubah-ubah ini diwakili oleh SC (PYSC, 2012: 298,
306; GPISC, 2012: 710) manakala bentuk carta pula diwakili oleh SB (GPISB, 2012: 829,
985).

(iii) Penekanan Isi Penting: Semasa penulisan, GPI ada menekankan aspek cara
penulisan untuk isi-isi penting yang digunakan terdapat tiga jenis sahaja. Maklumat
yang ditulis di papan putih merupakan isi penting yang diringkaskan oleh GPI
daripada sumber rujukan. Merujuk kepada Jadual 4.22, GPI melakukan enam cara
sebagai penekanan isi penting kepada pelajar. Tiga daripadanya mencapai tahap pola
dan selebihnya tidak mencapai tahap pola. Cara yang paling tinggi digunakan ialah
menggariskan dan dibuktikan melalui temu bual P1SA:
(BBM:WBO/PGG/PLS/ISP/GRS) "kalau ada yang penting biasanya ustaz akan
gariskanlah menggunakan pen marker yang berbeza supaya nampak mana yang
penting." P1SA, 2012: 882. Tujuan GPI menggariskan isi penting tersebut adalah
untuk perhatian (GPISA, 2012: 526; OBSC, 2012: 282), fokus (ADSB, 2012: 614),
dan pelajar mudah ingat (OBSC, 2012: 282).

Jadual 4.22: Penekanan Isi Penting Semasa Penulisan di Papan Putih


Bil. Penekanan Isi Penting SA SB SC SD SE
1. Garis x x x x x
2. Pelbagai warna x x x x x
3. Bulat x x x - x
4. Penulisan mendalam - - - x -
5. Highlight x - - - x
6. Penerangan mendalam - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J20

Seterusnya GPI ada menggunakan marker pen pelbagai warna berdasarkan temu
bual PYSD: (BBM:WBO/PGG/PLS/ISP/WRN) "ataupun ustaz ada juga buat garisan
pada isi penting atau istilah penting tu, kadang-kadang ada juga ustaz gunakan warna
180

yang berlainan." PYSD, 2012: 843. Kesan penggunaan marker pen pelbagai warna akan
menyebabkan pelajar mudah nampak isi penting yang ditulis oleh GPI (P1SA, 2012: 833,
883; GPISE, 2012: 1122, 1124). GPI juga akan membulatkan isi penting yang ditulis di
papan putih berdasarkan temu bual P2SB: (BBM:WBO/PGG/PLS/ISP/BLT) "ustaz
bulatkan mana yang penting." P2SB, 2012: 439.

Manakala tiga cara lain yang digunakan, iaitu penulisan mendalam, highlight, dan
penerangan mendalam adalah tidak mencapai tahap pola. Penulisan dan penerangan secara
mendalam dilakukan adalah bergantung kepada keperluan dan kepentingannya (PYSD,
2012: 840, 846; GPISD, 2012: 1235). Ianya bertujuan memudahkan pelajar untuk melihat
(GPISD, 2012: 1102) dan mengingat apa yang ditulis oleh GPI (OBSD, 2012: 214).

(iv) Aktiviti Guru dan Pelajar: Semasa penulisan di papan putih, GPI ada
membuat beberapa aktiviti sambilan bersama pelajar. Aktiviti yang dilakukan oleh
GPI dan pelajar dijelaskan pada Jadual 4.23.

Aktiviti yang mencapai tahap pola tertinggi ialah pelajar sebut & baca, dan pelajar
tulis. Kedua-dua aktiviti ini diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Hal ini dibuktikan oleh
kata-kata GPISC: "setakat ni, cuma melibatkan bila pelajar menyebut apa yang saya tulis
tu lah." GPISC, 2012: 559. Aktiviti pelajar baca dan sebut bermula secara sukarela
(OBSA, 2012: 86; GPISB, 2012: 841; GPISD, 2012: 1265) dan permintaan daripada GPI
(GPISA, 2012: 488; ADSB, 2012: 516; OBSB, 2012: 50, 51, 53; OBSC, 2012: 146;
P1SD, 2012: 1209; PYSD, 2012: 828; P2SE, 2012: 139; GPISE, 2012: 950). Selain itu,
aktiviti ini membantu GPI mengetahui penguasaan pelajar (OBSD, 2012: 225) serta fokus
kepada pelajaran (GPISA, 2012: 562). Realitinya, aktiviti ini dilakukan kerana ada pelajar
yang mengantuk dan tidak fokus (OBSD, 2012: 226; P2SD, 2012: 1212; PYSD, 2012:
827). Konsep aktiviti ini sama dengan aktiviti yang kedua, iaitu pelajar menulis (ADSA,
2012: 294, 540; GPISA, 2012: 490, 541; ADSB, 2012: 346, 517;). Tujuannya adalah
untuk menggalakkan pelajar menggunakan tulisan jawi (ADSB, 2012: 517). Selain itu,
pelajar menerima pembetulan dan komen secara langsung daripada GPI (P2SB, 2012: 476).

Merujuk kepada amalan aktiviti pelajar semasa GPI menulis, hanya GPI di SC
sahaja yang tidak menentukan aktiviti berbanding GPI SA, SB, SD, dan SE. Hal ini
dijelaskan melalui temu bual bersama GPISA: (BBM:WBO/PGG/PLS/AKT) "kita beri
181

lah tugasan pada mereka. kita suruh mereka hafal point-point penting ke. "ok, setiap
orang cari point-point penting. lepas tu ustaz akan tanya". masa tu kita tulis lah." GPISA,
2012: 382. Antara aktiviti yang menjadi amalan pelajar semasa GPI menulis adalah
membaca tajuk pelajaran (OBSA, 2012: 193, 195; P1SA, 2012: 746; P2SA, 2012: 749;
GPISA, 2012: 382, 470, 560; OBSD, 2012: 95; P1SD, 2012: 1229; OBSE, 2012: 68, 76;
P1SE, 2012: 345; P2SE, 2012: 348), baca ayat hafazan (OBSB, 2012: 41, 43; P2SB, 2012:
414, P1SB, 2012: 416), fokus penulisan GPI (PYSA, 2012: 288), penerangan daripada
GPI (PYSA, 2012: 287), tiada aktiviti (PYSA, 2012: 289, 291; OBSD, 2012: 93, 95;
P2SD, 2012: 1232; OBSE, 2012: 243; P1SE, 2012: 345), persiapan pelajar (PYSA, 2012:
290, OBSB, 2012: 43; PYSD, 2012: 766), dan menghafal isi penting (GPISA, 2012: 486).

Jadual 4.23: Aktiviti Semasa Penulisan di Papan Putih


Bil. Amalan Semasa Menggunakan SA SB SC SD SE
1. Pelajar baca & Sebut x x x x x
2. Pelajar Tulis x x x x x
3. Aktiviti pelajar semasa guru menulis x x - x x
4. Guru Tanya x x - x x
5. Tunjuk cara betul x x - - -
6. Betulkan kesalahan pelajar - x - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J21

Semasa menggunakan papan putih, GPI berperanan melakukan aktiviti di dalam


kelas. Antara aktiviti yang dikenal pasti dilakukan oleh GPI merujuk kepada Jadual 4.23.
Terdapat tiga peranan GPI yang diperolehi melalui temu bual yang dilakukan. Antaranya
ialah guru bertanya, guru tunjuk cara yang betul, dan guru betulkan kesilapan pelajar.
Peranan guru bertanya adalah mencapai tahap pola yang diwakili oleh majoriti GPI kecuali
di SC. Hal ini dijelaskan oleh GPISA: (BBM:WBO/PGG/PLS/AKT/PTYG) "ok habis
masa yang diberikan untuk membaca buku, saya akan tanya "subtopik apa yang awak
tahu?". apa erti Qasar? dia pun jawab, nak kita tulis." GPISA, 2012: 560. Pertanyaan GPI
adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar aktif dan menyertai aktiviti PdP-nya
(OBSB, 2012: 52; OBSE, 2012: 251; P2SB, 2012: 469). Selain itu, pertanyaan GPI juga
adalah untuk menguji dan mengetahui tahap kefahaman pelajar (OBSC, 2012: 287).

Dua lagi peranan GPI semasa menggunakan papan putih adalah tidak mencapai
tahap pola kerana kurang pengalamannya. Amalan menunjukkan cara yang betul
dilakukan ketika aktiviti penulisan GPISA dan GPISB di papan putih khususnya menulis
182

jawi (P1SA, 2012: 756; GPISB, 2012: 866, 873). Bagi peranan membetulkan kesalahan
pelajar, hanya GPISB sahaja yang mengamalkannya. Hal ini diakui oleh GPISB bahawa:
"ok saya akan betulkan dari segi ejaan yang salah, banyak komen salah lah." GPISB,
2012: 874.

(v) Batasan Penulisan: Semasa menulis di papan putih, GPI sentiasa mengawal
tulisannya dan membuat batasan penulisan kepada dua bahagian yang mencapai
tahap pola seperti pada Rajah 4.24. Batasan penulisan tersebut adalah bahagian
bawah yang diwakili oleh GPI SB, SC, dan SD. Manakala bahagian tengah diwakili
oleh GPI SA, SC, dan SE. Batasan penulisan bahagian bawah seperti yang diakui
oleh GPISD: (BBM:WBO/PGG/PLS/BTS/BBW) "kalau... kalau 4 bahagian kalau
kita bahagikan 4 bahagian, yang bahagian atas tu memang kita tak guna... kita
gunakan 3 yang bawah je lah.. " GPISD, 2012: 1147. Penulisan pada bahagian
bawah (GPISD, 2012: 1126) menyebabkan GPI akan membongkokkan sedikit badan
(P2SB, 2012: 427; P1SB, 2012: 429; GPISB, 2012: 938; P1SC, 2012: 293; OBSE,
2012: 104) dan tidak sehingga mencangkung (P1SC, 2012: 293) ketika menulis.

Jadual 4.24: Batasan Penulisan Semasa Menggunakan Papan Putih


Bil. Batasan Penulisan SA SB SC SD SE
1. Bahagian Bawah - x x x -
2. Bahagian tengah x - x - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J22

Batasan penulisan bahagian tengah pula dibuktikan melalui temu bual GPISC:
(BBM:WBO/PGG/PLS/BTS/BHT) "saya rasa penulisan saya tak sampai bawah. kalau
yang sampai bawah tu saya akan bawa ke atas. pasal bawah tu orang belakang tu tak
nampak. kalau atas, orang belakang nampak." GPISC, 2012: 526. Bahagian tengah ini
bermaksud penulisan GPI tidak sampai pada bahagian bawah (OBSC, 2012: 269, 271;
GPISA, 2012: 511; GPISC, 2012: 526) dan tepi papan putih (GPISC, 2012: 643; GPISE,
2012: 1030). Hal ini kerana kawasan tersebut tidak sesuai untuk penglihatan pelajar
(GPISA, 2012: 511; GPISC, 2012: 527).

Dari aspek penulisan, GPI dan pelajar berperanan dalam memastikan penulisan
GPI dapat dilihat. Antaranya merujuk kepada Jadual 4.25 yang menunjukkan terdapat tiga
inisiatif apabila tulisan di papan putih tidak kelihatan. Inisiatif yang tertinggi dan mencapai
183

tahap pola ialah pelajar bergerak. Inisiatif ini dilakukan sendiri oleh pelajar (P2SB, 2012:
390; P1SC, 2012: 243; GPISC, 2012: 649; P1SD, 2012: 1164, 1169; P2SD, 2012: 1160,
1173; GPISD, 2012: 1130, 1132, 1133) dan arahan daripada GPI (GPISA, 2012: 442, 595,
598; OBSB, 2012: 72; KFSB, 2012: 563; P2SD, 2012:1160; GPISE, 2012: 1138).

Jadual 4.25: Inisiatif Tidak Nampak Tulisan Semasa Menggunakan Papan Putih
Bil. Inisiatif Tidak Nampak Tulisan SA SB SC SD SE
1. Pelajar bergerak x x x x x
2. Ubah penulisan x - x x -
3. Penerangan yang jelas x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J23

Inisiatif yang kedua pula ialah GPI mengubah penulisannya. Dapatan ini hanya
mencapai tahap pola yang diwakili oleh tiga GPI, iaitu di SA, SC, dan SD. Ubah peulisan
bermaksud GPI mengubah tempat penulisan (KFSC, 2012: 244, 247; PYSC, 2012: 384;
GPISC, 2012: 642, 645; P2SD, 2012: 1155) dan mengubah saiz tulisan (GPISA, 2012:
500; GPISC, 2012: 645). Manakala inisiatif yang terakhir dan tidak mencapai pola adalah
GPI memberikan penerangan yang jelas kepada pelajar. Inisiatif ini diwakili oleh GPISA
sahaja (GPISA, 2012: 502; OBSC, 2012: 137).

(vi) Ciri Penulisan: Bagi ciri penulisan maklumat di papan putih, Rajah 4.26
menunjukkan sepuluh ciri yang diamalkan oleh GPI di SA-SE. Ciri yang mencapai tahap
pola berjumlah tujuh dengan lima ciri yang pertama diwakili oleh keseluruhan GPI.
Manakala tiga ciri tidak mencapai tahap pola. Lima ciri penulisan yang pertama ialah
berperingkat, tempoh masa menulis, beri masa salin nota, pelajar menegur kesilapan, tulis
tajuk. Manakala selebihnya maklumat tersusun, dan tidak sentuh tulisan diwakili oleh
majoriti responden. Empat lagi ciri penulisan ialah memudahkan pelajar ingat, ikut
kesempatan, kesesuaian, dan maklumat asas.

Ciri penulisan GPI secara berperingkat-peringkat (OBSB, 2012: 101; GPISC,


2012: 584, 590, 591; OBSD, 2012: 211, 213; KFSD, 2012: 1099, 1243, 1245, 1264;
GPISD, 2012: 1239; KFSE, 2012: 392; GPISE, 2012: 1014, 1015) adalah yang tertinggi
dicatatkan sebagai ciri penulisan. Maksud berperingkat ini ialah penulisan pada satu
bahagian hingga bahagian lain (PYSB, 2012: 341; KFSD, 2012: 1099). Tujuannya untuk
memudahkan pelajar melihat gambaran keseluruhan tajuk yang disampaikan oleh GPI
184

(GPISA, 2012: 554; GPISC, 2012: 584; KFSD, 2012: 1264; KFSE, 2012: 392). Ciri ini
juga akan menjadikan maklumat di papan putih lebih tersusun dan terancang (KFSE,
2012: 392; PYSE, 2012: 332, 342).

Jadual 4.26: Ciri Penulisan Semasa Menggunakan Papan Putih


Bil. Ciri Penulisan SA SB SC SD SE
1. Berperingkat x x x x x
2. Tempoh masa menulis x x x x x
3. Beri masa salin nota x x x x x
4. Pelajar menegur kesilapan x x x x x
5. Tulis tajuk x x x x x
6. Memudahkan Pelajar faham x x x x x
7. Maklumat tersusun - x x x x
8. Tidak sentuh tulisan x x x - -
9. Memudahkan Pelajar ingat x x - - -
10. Ikut kesempatan - x - - -
11. Kesesuaian x - - - -
12. Maklumat asas - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J24

Tempoh masa penulisan di papan putih juga menjadi amalan GPI di SA-SE.
Semua GPI di SA-SE menjelaskan bahawa tempoh masa yang diambil untuk menulis di
papan putih adalah tidak lama. Hal ini dibuktikan oleh kata-kata PYSC:
(BBM:WBO/PGG/PLS/CCP/TMM) "untuk menulis maklumat, sepanjang pencerapan
saya tak macam tu lah. maksudnya bijak menggunakan masa. dia kalau tulis lama nanti
tergendala, budak ternganga. tak ada lah macam tu kan." PYSC, 2012: 314. Kenyataan
ini bermaksud bahawa GPI akan menulis mengikut keperluan sahaja bergantung kepada
apa yang hendak ditulis (GPISD, 2012: 1258). Jika maklumat yang ingin ditulis itu ringkas
maka GPI hanya mengambil masa yang singkat sahaja (OBSA, 2012: 196; P2SA, 2012:
781; P1SA, 2012: 783; GPISA, 2012: 478; OBSC, 2012: 272; P1SC, 2012: 275; P2SC,
2012: 277; PYSC, 2012: 320; GPISC, 2012: 442; P1SD, 2012: 1259; GPISD, 2012: 1258;
P2SE, 2012: 339; P1SE, 2012: 341). P2SD berpendapat bahawa: " ustaz tak ambil masa
yang lama lah untuk menulis." P2SD, 2012: 1257. Ada juga GPI mengambil masa yang
lama jika maklumat yang ingin ditulis itu panjang (PYSA, 2012: 296; P1SB, 2012: 408;
P2SB, 2012: 410; GPISE, 2012: 1012). Penulisan GPI juga menjadi ringkas apabila
menulis mengikut kesempatan masa yang ada (PYSA, 2012: 268; GPISB, 2012: 916).

Selesai penulisan dan penerangan GPI terhadap apa yang ditulis di papan putih,
pelajar diberi masa untuk menyalin maklumat di buku mereka (OBSB, 2012: 111; P2SB,
185

2012: 333; P1SB, 2012: 335; PYSB, 2012: 397, 399, 401; P1SD, 2012: 535, 1253; P2SD,
2012: 1251; GPISE, 2012: 1143).

Perkara ini menjadi amalan semua GPI di SA-SE. Hal ini diakui sendiri oleh
penyelia di SB melalui temu bual berikut: (BBM:WBO/PGG/PLS/CCP/SNO) "untuk
peringkat budak menengah rendah tingkatan satu dan dua ni, kaedah kena bagi masa
untuk salin ni memang kena bagi." PYSB, 2012: 397. Tidak semua maklumat perlu
disalin, tetapi hanya maklumat yang sukar untuk pelajar faham sahaja (GPISD, 2012:
1244). GPI juga perlu memastikan mereka menyalin maklumat yang ditulis di papan putih
(PYSB, 2012: 399; PYSC, 2012: 366; P2SD, 2012: 1295; GPISD, 2012: 1082; GPISE,
2012: 324).

Penulisan GPI di papan putih sentiasa diperhatikan oleh pelajar. Oleh sebab itu,
GPI perlu memastikan maklumat yang ingin ditulis mestilah tiada kesalahan. Jika terdapat
kesalahan, pelajar akan menegur GPI terhadap kesalahan tersebut. Amalan ini dibuktikan
oleh GPI di SA-SE melalui kata-katanya: (BBM:WBO/PGG/PLS/CCP/PTK) "nanti kami
yang tegur lah, "Ustaz tu macam ada yang salah saja?". nanti ustaz kata "oh, maaf"."
P1SA, 2012: 801. Oleh kerana amalan ini menjadi kebiasaan, GPI sentiasa membuat
pembetulan segera jika ternampak (GPISB, 2012: 965) atau ditegur kesilapannya oleh
pelajar (P1SB, 2012: 492; P2SB, 2012: 496; P1SC, 2012: 306; P2SC, 2012: 308; PYSC,
2012: 336, 339; P1SD, 2012: 1205; GPISD, 2012: 1154, 1164; OBSE, 2012: 264, 267;
P2SE, 2012: 385; P1SE, 2012: 387; GPISE, 2012: 1041). Bentuk kesalahan yang ditegur
oleh kebanyakannya adalah kesalahan ejaan semasa penulisan (GPISD, 2012: 1160, 1164;
P1SE, 2012: 380; GPISE, 2012: 1041).

Di awal penulisan maklumat di papan putih, GPI akan menulis tajuk sama ada di
bahagian atas (P2SA, 2012: 749; PYSA, 2012: 252; GPISA, 2012: 370; OBSC, 2012:
226, 228; PYSD, 2012: 760; P1SD, 2012: 1138; GPISD, 2012: 1057; PYSE, 2012: 382,
515; GPISE, 2012: 891, 913) ataupun di bahagian tengah-tengah papan putih (OBSA, 2012:
190; P2SA, 2012: 750; GPISA, 2012: 558; P1SB, 2012: 276; PYSC, 2012: 235; OBSE,
2012: 68, 237; P2SE, 2012: 284) mengikut bentuk penulisan. Amalan menulis tajuk ini
dilakukan oleh semua GPI di SA-SE merujuk kepada kata-kata PYSD:
(BBM:WBO/PGG/PLS/CCP/TTJ) "ok katalah kalau hari ini kita nak bincangkan
contohnya kata lah rukun haji, ok kalau rukun haji tu ustaz akan tuliskan tajuk." PYSD,
186

2012: 760. Penulisan tajuk ini adalah sebagai gambaran kepada pelajar terhadap tajuk yang
akan dipelajari (GPISA, 2012: 558; P1SC, 2012: 358).

Penulisan maklumat semua GPI di SB-SE adalah tersusun bermula dari awal
sehingga selesai mengajar. Hal ini dibuktikan melalui temu bual bersama penyelia di SB:
(BBM:WBO/PGG/PLS/CCP/MTS) "Setengah orang dia tulis sini, tulis sana. Last sekali
bila berakhir pengajaran dia, semua tempat ada. Tapi yang dia punya ni ikut step yang
dia ajar lah." PYSB, 2012: 345. Amalan ini bermaksud penulisan GPI mengikut turutan
subjek yang perlu diajar (ADSB, 2012: 604: OBSB, 2012: 98; PYSB, 2012: 344; P2SE,
2012: 393) dan kedudukan tulisannya pula teratur (ADSB, 2012: 604: P1SB, 2012: 359;
P2SB, 2012: 361, 481; PYSB, 2012: 345; OBSD, 2012: 240; P1SD, 2012: 1143; GPISD,
2012: 1359; P2SE, 2012: 392; P1SE, 2012: 395).

Ciri penulisan yang dijelaskan di atas memberi kesan memudahkan kepada


kefahaman (GPISA, 2012: 458; GPISB, 2012: 857, 862, 879; KFSC, 2012: 193, 391,
485; PYSC, 2012: 396; GPISC, 2012: 579; OBSE, 2012: 295; KFSE, 2012: 250,
322; PYSE, 2012: 428) dan ingatan pelajar (GPISA, 2012: 434, 458, 608; KFSB,
2012: 459) merujuk pada Jadual 4.26. Kefahaman pelajar diwakili oleh semua GPI di
SA-SE. Hal ini merujuk kepada jenis tulisan biasa dan mudah (KFSA, 2012: 880,
887; GPISA, 2012: 458, 608; KFSB, 2012: 459, 464; GPISB, 2012: 857, 862; KFSC,
2012: 485; OBSE, 2012: 128, 129, 131; KFSE, 2012: 322) yang digunakan oleh GPI.
Namun GPI tetap memerlukan penerangan terhadap tulisan yang digunakan (GPISA,
2012: 434; KFSC, 2012: 193; GPISC, 2012: 574, 576, 579; KFSD, 2012: 1235).

Manakala memudahkan ingatan pelajar hanya diwakili oleh GPISA dan GPISB
yang tidak mencapai tahap pola seperti pada Jadual 4.26. Untuk memudahkan ingatan
pelajar, GPI ada menghasilkan cara tersendiri yang diamalkan semasa PdP (GPISA, 2012:
459, 460, 524). Selain itu, GPI ada membantu pelajar mengeluarkan isi-isi penting untuk
ditulis di papan putih (KFSB, 2012: 464). Di samping itu, GPI mengurangkan jumlah
pengajaran dan pemberian maklumat kepada pelajar (GPISB, 2012: 881).

Bagi amalan yang tidak mencapai tahap pola pula adalah kesesuaian (SA);
maklumat asas (SD); dan ikut kesempatan (SB). Menurut GPISA, kesesuaian penggunaan
papan putih adalah untuk perbincangan soalan latihan atau peperiksaan (P1SA, 2012: 50,
187

52, 54), dan mengetahui maksud ayat pada topik tilawah (P2SA, 2012: 59; P1SA, 2012:
53). Gaya penulisan dari tepi pula jarang dilakukan oleh majoriti GPI di SA-SE. Hal ini
kerana menyebabkan penglihatan pelajar kurang jelas terhadap maklumat yang ditulis
(GPISD, 2012: 1272). Bagi amalan penulisan maklumat asas seperti hari dan tarikh, sudah
menjadi tugasan pelajar menulisnya setiap hari. Semasa penulisan maklumat, GPI akan
mengikut kesempatan untuk menulis di papan putih bergantung kepada keadaan dakwat
marker pen (GPISB, 2012: 916).

(vii) Ciri Tulisan: Bagi ciri tulisan maklumat yang digunakan di papan putih, Rajah
4.27 menunjukkan 15 ciri yang diamalkan oleh GPI di SA-SE. Ciri yang mencapai tahap
pola berjumlah 13 dengan enam ciri yang pertama diwakili oleh keseluruhan GPI.
Manakala tiga ciri tidak mencapai tahap pola. Enam ciri penulisan yang pertama ialah
dapat dilihat, ringkas, tulisan jawi, jelas, berwarna, dan maklumat pasti. Ciri dapat dilihat
dan jelas perlu diutamakan GPI untuk membolehkan pelajar baca (KFSA, 2012: 711, 878;
KFSE, 2012: 325, 329; PYSE, 2012: 451; KFSB, 2012: 308; GPISC, 2012: 669, 675;
GPISD, 2012: 1349, 1357; GPISE, 2012: 1130) dan nampak (OBSB, 2012: 71; PYSC,
2012: 286; GPISC, 2012: 494, 495; OBSE, 2012: 128, 294; KFSE, 2012: 425; KFSA,
2012: 782, 786; GPISA, 2012: 441, 606; KFSB, 2012: 298, 488, OBSC, 2012: 142;
KFSC, 2012: 229, 233) dari belakang kelas (OBSB, 2012: 69; KFSC, 2012: 233; PYSC,
2012: 285; GPISD, 2012: 1349; KFSE, 2012: 332; KFSB, 2012: 481; GPISB, 2012: 966,
967; OBSD, 2012: 217).

Penulisan GPI juga mementingkan ciri yang ringkas kerana dapat


menjimatkan masa penulisan (KFSA, 2012: 778, 780; GPISA, 2012: 478, 480;
KFSE, 2012: 195) selain mempunyai ciri nota yang kreatif (PYSC, 2012: 293; KFSE,
2012: 253; ADSB, 2012: 628). Penulisan yang ringkas juga dapat membantu pelajar
memahami apa yang diajar oleh GPI (PYSE, 2012: 419; GPISE, 2012: 974, 975;
KFSD, 2012: 1235; OBSE, 2012: 130). Maka GPI dapat memfokuskan masanya
memberikan penerangan kepada pelajar (PYSD, 2012: 760; GPISA, 2012: 371, 480;
ADSB, 2012: 622). Pada kebiasaannya, GPI menulis menggunakan tulisan jawi
untuk membina kemahiran dan juga melatih pelajar menulis jawi (GPISB, 2012: 386,
792, 862; OBSC, 2012: 276; GPISC, 2012: 801; KFSD, 2012: 1274; OBSE, 2012:
287).
188

Jadual 4.27: Ciri Tulisan Semasa Penggunaan Papan Putih


Bil. Ciri Tulisan SA SB SC SD SE
1. Dapat dilihat x x x x x
2. Ringkas dan penting x x x x x
3. Tulisan jawi x x x x x
4. Jelas x x x x x
5. Berwarna x x x x x
6. Maklumat pasti x x x x x
7. Besar x x x x -
8. Had perkataan x - x x x
9. Tulisan Biasa x x x - x
10. Sama bentuk x x x - -
11. Ruang antara baris - - x x x
12. Tulisan rumi - - x x x
13. Kemas x - x - -
14. Tulisan sempurna x - x - -
15. Beza ikut tahap pelajar x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J25

Untuk memastikan pelajar fokus, GPI pelbagaikan ciri penulisan dengan


menggunakan marker pen berwarna (KFSA, 2012: 810, 814, 816, 820, 878; KFSB, 2012:
433, 435; PYSB, 2012: 358; PYSD, 2012: 782; GPISD, 2012: 1026, 1030; PYSE, 2012:
508). Penggunaan tulisan berwarna mestilah berterusan untuk setiap kali mengajar
(GPISA, 2012: 621). Hal ini kerana ia adalah inisiatif GPI sendiri (PYSB, 2012: 358;
PYSD, 2012: 783; GPISD, 2012: 1030) manakala penjagaan pen marker berwarna agak
susah (GPISA, 2012: 621; PYSA, 2012:395; KFSC, 2012: 312, 315). Ciri penulisan GPI
juga adalah secara berperingkat-peringkat (OBSB, 2012: 101; GPISC, 2012: 584,
590, 591; OBSD, 2012: 211, 213; KFSD, 2012: 1099, 1243, 1245, 1264; GPISD,
2012: 1239; KFSE, 2012: 392; GPISE, 2012: 1014, 1015) pada satu bahagian hingga
bahagian lain (PYSB; KFSD:1). Tujuannya untuk memudahkan pelajar melihat
gambaran keseluruhan tajuk yang disampaikan oleh GPI (GPISA, 2012; 341; GPISC,
2012: 584; KFSD, 2012: 1099; KFSE). Ciri ini juga akan menjadikan maklumat di
papan putih lebih tersusun dan terancang (KFSE, 2012: 392; PYSE, 2012: 332, 342).

Manakala enam lagi ciri yang mencapai tahap pola hanya diwakili oleh majoriti
GPI di SA-SE. Antaranya besar, had perkataan, tulisan biasa, sama bentuk, ruang antara
baris, dan tulisan rumi. GPI sentiasa memastikan tulisan yang digunakan bersaiz besar
supaya pelajar nampak (GPISA, 2012: 440; KFSB, 2012: 481; GPISB, 2012: 898), faham
(GPISB, 2012: 857), dan boleh membacanya (OBSA, 2012: 197). Kebiasaannya ciri ini
digunakan untuk membezakan penulisan setiap topik yang berlainan (ADSB, 2012: 603).
189

Ciri penulisan GPI juga telah ditetapkan had perkataan untuk setiap baris (OBSA, 2012:
198; GPISA, 2012: 546; ADSB, 2012:597, 610; OBSC, 2012: 266; KFSC, 2012: 385;
GPISC, 2012: 566, 855; PYSD, 2012: 800; OBSE, 2012: 137, 289; KFSE, 2012: 307,
311; GPISE, 2012: 974) dan jarak antara baris maklumat (ADSB, 2012: 620; OBSC,
2012: 267; KFSC, 2012: 488, 492; GPISC, 2012: 703; GPISD, 2012: 1351, 1362; OBSE,
2012: 138, 291; GPISE, 2012: 1115) yang sesuai.

Tiga ciri yang tidak mencapai tahap pula ialah kemas, tulisan sempurna, dan
beza ikut tahap pelajar. Ciri tulisan kemas tidak mencapai tahap pola disebabkan GPI
menulisnya dengan cepat untuk menjimatkan masa (KFSC, 2012: 281, 481, 486).
Walaupun menulis dalam keadaan cepat, semua maklumat yang ditulis dengan ejaan
yang sempurna (GPISC, 2012: 480). Akan tetapi, penulisan GPI tidak mengikut
kepada perbezaan penguasaan pelajar yang pelbagai (GPISA, 2012: 449).

(viii) Fokus Penulisan: Penulisan maklumat GPI juga merupakan satu


perancangan berdasarkan pengalamannya. Oleh itu, GPI mempunyai fokus
penulisannya setiap kali menggunakan papan putih seperti yang dikatakan oleh
PYSA: "...penggunaan whiteboard tu tak berapa sangat lah. mungkin gunakan
whiteboard tu untuk yang penting-penting saja." PYSA, 2012: 311. Antaranya
merujuk kepada Jadual 4.28 yang menjelaskan terdapat tiga jenis penulisan yang
sentiasa difokuskan oleh GPI. Fokus penulisan yang mencapai tahap majoriti pola
ialah isi penting kerana bersesuaian dengan masa PdP GPI yang sangat terhad
(GPISA, 2012: 374; GPISE, 2012: 882; PYSA, 2012: 311).

Jadual 4.28: Fokus Penulisan Semasa Menggunakan Papan Putih


Bil. Fokus Penulisan SA SB SC SD SE
1. Isi penting x x x x x
2. Tajuk besar - x x - x
3. Tajuk kecil - x x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J26

Isi penting ini digambarkan oleh GPI sebanyak dua hingga lima perkataan
sahaja (GPISC, 2012: 566, 855). Persembahan isi-isi penting ini biasanya ditulis
dalam bentuk peta minda (GPISA, 2012: 374; KFSC, 2012: 175; PYSC, 2012: 292;
GPISC, 2012: 447; KFSD, 2012: 1106) ataupun bullets and numbering (GPISA,
190

2012: 374, 377, 524, 568; KFSB, 2012: 395; KFSC, 2012: 175, 178; KFSD, 2012:
1096, 1107, 1111, 1239; PYSD, 2012: 759, 777; GPISD, 2012: 1068; OBSE, 2012:
271, 288; KFSE, 2012: 228, 303; PYSE, 2012: 232; GPISE, 2012: 882, 942) di
papan putih.

Fokus penulisan kedua ialah tajuk besar yang hanya mencapai tahap pola dan
diwakili oleh tiga orang GPI, iaitu GPI SB, SC, dan SE. Tujuan peulisan tajuk besar
juga menjimatkan masa PdP GPI. Hal ini kerana GPI tidak perlu menulis semua
maklumat tetapi hanya menulis tajuk besar dengan penerangan yang jelas (GPISB,
2012: , 2 ; OBSE, 2012: 9). Kebiasaannya tajuk besar ini adalah sebagai
pembukaan (KFSC, 2012: 327; GPISC, 2012: 589; GPISE, 2012: 946) yang utama
dalam penulisan GPI (PYSC, 2012: 235; GPISC, 2012: 443, 589).

(ix) Alat Memadam di Papan Putih: Penulisan GPI kebiasaannya menggunakan


papan putih sepenuhnya. Semasa penulisan juga, terdapat kesalahan yang akan
diakukan oleh GPI. Maka peralatan yang digunakan untuk memadam kesalahan yang
dilakukan adalah merujuk kepada Jadual 4.29. Terdapat tiga jenis alat yang
digunakan oleh GPI untuk memadam kesalahan. Cara yang tertinggi adalah dengan
menggunakan pemadam papan putih. Cara ini diwakili oleh semua GPI kecuali
GPISA. Terdapat dua jenis pemadam yang digunakan, iaitu pemadam untuk papan
putih (KFSB, 2012: 583, 585; OBSD, 2012: 206; KFSD, 2012: 1298; PYSE, 2012:
489) dan papan hitam (OBSB, 2012: 80, 83) bergantung kepada peralatan yang
disediakan oleh sekolah. Penggunaan pemadam adalah untuk memadamkan
kesalahan besar yang dilakukan semasa penulisan (KFSB, 2012: 585; KFSC, 2012:
502, 505). Selain itu, penggunaan pemadam adalah bergantung kepada peralatan
tersebut sama ada disediakan atau tidak (GPISC, 2012: 716; KFSD, 2012: 1301;
GPISD, 2012: 1376, 1382; PYSE, 2012: 489, 495).

Jadual 4.29: Alat Memadam Semasa Menggunakan Papan Putih


Bil. Alat Memadam SA SB SC SD SE
1. Guna pemadam - x x x x
2. Guna tangan x x x - -
3. Guna kertas x - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J27
191

Selain itu, terdapat juga GPI yang menggunakan tangan sahaja untuk memadam
kesalahan maklumat yang ditulis. Cara ini mencapai tahap pola kedua tertinggi yang
diwakili oleh GPI SA, SB, dan SC. Memadam menggunakan tangan adalah bersesuaian
untuk kesalahan maklumat yang kecil sahaja (GPISA, 2012: 635, OBSB, 2012: 109;
KFSB, 2012: 583, 585; GPISB, 2012: 986; KFSC, 2012: 502; PYSC, 2012: 401, 403;
GPISC, 2012: 716, 717). Akan tetapi, amalan ini akan memberikan kesan perspektif
pelajar yang kurang elok terhadap GPI (GPISA:2). Amalan terakhir yang tidak mencapai
tahap pola ialah penggunaan kertas untuk memadam. Amalan ini adalah sebagai ganti
kepada pemadam papan (GPISA, 2012: 631; GPISC, 2012: 716, 717).

(x) Melukis di Papan Putih: Semasa menggunakan papan putih, GPI bukanlah
hanya menulis maklumat tetapi ada juga GPI yang melukis untuk tujuan penerangan
kepada pelajar. merujuk kepada Jadual 4.30, dua dapatan yang terhasil berkenaan melukis
semasa GPI menggunakan papan putih. Tema yang tertinggi diwakili oleh semua GPI,
iaitu lukisan mudah. Maksud lukisan mudah ini sepertimana yang dikatakan oleh KFSA,
2012: 841: (BBM:WBO/PGG/PLS/MKS/LMD) "kalau gambar yang dibawa tu tak ada
lah. kalau ada pun gambar yang dilukis tapi tak berapa jelas sangat." KFSA, 2012: 841.
Jenis lukisan ini tidak sukar serta tidak mengambil masa lama kerana sangat ringkas
(GPISC, 2012: 722) dan mudah (GPISE, 2012: 1087). Antara lukisan yang dihasilkan
secara mudah ini seperti anggota tubuh manusia (KFSA, 2012: 836; KFSB, 2012: 455;
NotaSC, 2012: 575) ataupun bersifat lakaran sahaja (PYSD, 2012: 794). Tujuannya
adalah untuk memberikan gambaran realiti sebenar kepada pelajar seperti liang lahad
(GPISE, 2012: 1087, 1089, 1092).

Jadual 4.30: Melukis Semasa Menggunakan Papan Putih


Bil. Amalan Melukis SA SB SC SD SE
1. Lukisan mudah x x x x x
2. Asingkan tulisan - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J28

Walaupun GPI membuat lukisan mudah semasa menggunakan papan putih


tetapi pengurusannya masih lagi kurang teratur. Hal ini kerana hanya GPISC sahaja
yang mengasingkan tulisan dan lukisan semasa menggunakan papan putih. Manakala
GPI yang lain tidak menyatakan ciri kedua pada Rajah 4.34 (GPISC, 2012: 546).
192

(xi) Perancangan di Papan Putih: Setiap kali GPI menggunakan papan putih,
beberapa perancangan dan persiapan telah dilakukan sama ada secara formal ataupun
tidak. Dapatan kajian pada Rajah 4.31 menunjukkan terdapat beberapa persediaan
yang dilakukan oleh GPI di SA-SC. Terdapat dua jenis perancangan yang mencapai
tahap pola, iaitu sedia sebelum mengajar, dan cara penulisan. Perancangan
selebihnya tidak mencapai tahap pola, iaitu merangka, jika penuh, penulisan point,
lihat pengetahuan pelajar, perbaiki kekurangan membina point, tanpa intgrasi,
mengawal penulisan, dan keadaan pelajar.

Jadual 4.31: Perancangan Semasa Menggunakan Papan Putih


Bil. Perancangan Semasa Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Sedia sebelum mengajar x - x x -
2. Cara penulisan x x x - -
3. Merangka x - x - -
4. Jika penuh - x - x -
5. Penulisan point x - - x -
6. Lihat pengetahuan pelajar x - - - -
7. Perbaiki kekurangan x - - - -
8. Membina point x - - - -
9. Tanpa integrasi x - - - -
10. Mengawal penulisan x - - - -
11. Keadaan pelajar x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J29

Bagi ciri yang tertinggi, iaitu sedia sebelum mengajar bermaksud GPI telah
membuat persiapan PdP semasa menggunakan papan putih (GPISA, 2012: 424).
Perkara tersebut biasanya telah disenaraikan oleh GPI dan kebiasaannya terus
diaplikasikan (GPISA, 2012: 474). Kesannya terhadap PdP GPI dapat dilihat
sejauhmana perancangan yang telah dibuat (ADSC, 2012: 616). Selain itu, GPI
mampu untuk menjimatkan masa penulisan kerana tiada kesalahan besar yang
dilakukan (PYSC, 2012: 205, 209; KFSD, 2012: 1111).

Ciri kedua yang tertinggi ialah cara penulisan GPI semasa menulis di papan
putih. Ciri ini merupakan ciri yang kedua dan terakhir sekali mencapai tahap pola
pengamalannya. Cara penulisan yang diamalkan oleh GPI di SA, SB, dan SC
hanyalah perancangan dan strategi penulisan dalam subjek yang akan diajarkan
(KFSB, 2012: 312, 316; PYSC, 2012: 345). Selain itu, GPI juga sering mengambil
respon daripada pelajar sebagai penambah baikan kepada penulisannya (GPISA).
193

Manakala selebihnya perancangan GPI semasa menggunakan papan putih adalah


tidak mencapai tahap pola. Antara perancangan yang tidak mencapai tahap pola ialah lihat
pengetahuan pelajar dan keadaan pelajar yang diwakili oleh GPISA. Perancangan
penulisan GPI adalah melihat kepada tahap pengetahuan pelajar dan kedudukan kelas
pelajar (GPISA, 2012: 447, 448). Perancangan ini bertujuan mengelakkan GPI mengajar
mengikut cara sendiri tanpa mengambil kira penerimaan pelajar (GPISA, 2012: 447, 556).
GPI juga perlu pandai mengenal pasti keadaan pelajar semasa waktu PdP-nya (GPISA,
2012: 470).

b) Penerangan di Papan Putih: Penerangan yang dilakukan oleh GPI di SA-SE


terhadap maklumat di papan putih dibahagikan kepada beberapa pecahan yang
diperolehi melalui analisis dapatan kajian. Antaranya ialah masa penerangan, ciri
penerangan, fokus guru, dan fokus pelajar.

(i) Masa Penerangan: Dapatan masa penerangan yang mencapai pola


keseluruhan GPI sebanyak dua ciri, iaitu terang kemudian dan terang dahulu. Ciri
terang kemudian adalah yang tertinggi diamalkan oleh semua GPI di SA-SE
berbanding penerangan yang dibuat pada awal PdP. Ciri ini bermaksud penerangan
GPI dilakukan selepas daripada penulisan maklumat (KFSA, 2012: 747; OBSB,
2012: 55, 121; KFSB, 2012: 404, 525; PYSB, 2012: 371; GPISB, 2012: 826, OBSC,
2012: 281; KFSC, 2012: 165, 254, 258; PYSC, 2012: 315; GPISC, 2012: 488, 584,
591; OBSD, 2012: 211, 213; KFSD, 2012: 111, 1257, 1261, 1264, 1265; PYSD,
2012: 760, 818, ; GPISD, 2012: 1177, 1239, 1240; OBSE, 2012: 96, 99, 247; KFSE,
2012: 228, 305, 334, 457; GPISE, 2012: 882, 883, 944, 1014). Tujuannya adalah
untuk memberikan gambaran awal kepada pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari
(GPISA, 2012: 384, 468, 469; OBSB, 2012: 55; OBSC, 2012: 281; PYSD, 2012:
806; OBSE, 2012: 122; GPISE, 2012: 883).

Jadual 4.32: Masa Penerangan Semasa Menggunakan Papan Putih


Bil. Masa Penerangan SA SB SC SD SE
1. Terang kemudian x x x x x
2. Terang dahulu x x x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J30
194

Walaupun ciri ini yang tertinggi, ciri lain, iaitu terang dahulu juga diwakili oleh
semua GPI di SA-SE. Tujuan penerangan dahulu adalah untuk memberi kefahaman
kepada pelajar tentang tajuk yang ingin diajar (PYSB, 2012: 371, 374; KFSC, 2012: 263,
265; GPISE, 2012: 949, 994). Walaupun diwakili oleh semua GPI, namun amalannya
masih bergantung kepada kesesuaian keadaan (KFSA, 2012: 757, 762; PYSB, 2012: 371,
374; KFSC, 2012: 250; GPISD, 2012: 1177; PYSD, 2012: 752).

(ii) Ciri Penerangan: Penerangan yang diamalkan oleh GPI di SA-SE adalah
bercirikan penerangan yang mampu untuk memberikan kefahaman dan penjelasan yang
berkesan. Berdasarkan Jadual 4.33, terdapat lima ciri penerangan yang diamalkan oleh
GPI di SA-SE. Empat daripada ciri tersebut telah mencapai tahap pola dapatan kajian, iaitu
berperingkat, jelas, terima respon pelajar, dan ringkas. Manakala satu ciri tidka emncapai
tahap pola, iaitu guna rujukan tambahan.

Jadual 4.33: Ciri Penerangan Semasa Menggunakan Papan Putih


Bil. Cara Penerangan SA SB SC SD SE
1. Berperingkat x x x x x
2. Jelas x x x x -
3. Terima respon pelajar x - x x x
4. Ringkas x x - x -
5. Guna rujukan tambahan - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J31

Secara umumnya, penerangan GPI adalah secara berperingkat (KFSB, 2012: 502;
GPISC, 2012: 584; OBSD, 2012: 211, 213; GPISD, 2012: 1239; OBSE, 2012: 96; KFSE,
2012: 334; GPISE, 2012: 1014) yang telah diamalkan berdasarkan ciri penulisan
berperingkat pada Jadual 4.26. Penerangan secara berperingkat membantu pelajar untuk
fokus (GPISA, 2012: 553) melihat gambaran keseluruhan tajuk yang diajarkan oleh GPI
(GPISC, 2012: 584).

Ciri lain yang mencapai tahap pola ialah jelas, terima respon pelajar, ringkas dan
guna rujukan tambahan. Semasa memberikan penerangan, GPI mewujudkan hubungan
dua hala dengan mengambil kira respon yang diberikan pelajar (PYSC, 2012: 332; GPISD,
2012: 1172, 1265). Aktiviti yang dilakukan GPI semasa penerangan di papan putih ialah
pertanyaan (GPISA, 2012: 468; GPISC, 2012: 660; GPISD, 2012: 1265; OBSD, 2012:
223), pembacaan (GPISA, 2012: 469), soal jawab (GPISA, 2012: 469; GPISC, 2012:
195

660), penulisan (GPISA, 2012: 469), penerangan (KFSE, 2012: 135), dan perbincangan
(OBSE, 2012: 149).

Manakala cara penerangan yang tidak mencapai tahap pola ialah guna rujukan
tambahan. GPI kurang menggunakan rujukan tambahan semasa penerangan kepada
pelajar untuk pelbagaikan contoh-contoh penyampaian mereka (GPISC, 2012: 742). Hal
ini kerana kebanyakan GPI menyatakan bahawa buku teks sudah memadai dan sempurna
tanpa bahan tambahan lain.

(iii) Fokus Guru: Semasa penerangan, GPI sentiasa memberikan fokus


khususnya kepada pelajar. Ciri ini diwakili oleh semua GPI dengan cara
menumpukan penglihatan kepada pelajar (OBSB, 2012: 105; KFSB, 2012: 523, 531,
537, 541, 543; KFSC, 2012: 425, 427, 431; PYSC, 2012: 325, 332, 371, 373; GPISC,
2012: 596; OBSD, 2012: 230; KFSD, 2012: 694, 696). Selain itu, tumpuan penglihatan
GPI kepada pelajar bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman pelajar berdasarkan
respon yang diberikan (KFSC, 2012: 530, 534; KFSD, 2012: 1216). Kesannya, GPI
dapat mengetahui apa yang para pelajar lakukan semasa penerangannya (OBSC,
2012: 150; KFSC, 2012: 433; GPISC, 2012: 596; OBSD, 2012: 230). Penerangan GPI
juga bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada pelajar berdasarkan maklumat
yang ditulis (PYSA, 2012: 279; OBSB, 2012: 64; KFSB, 2012: 525; PYSB, 2012: 74;
GPISB, 2012: 912; ADSC, 2012: 617; OBSC, 2012: 151, 280; KFSC, 2012: 358, 393,
397, 530; GPISC, 2012: 567; GPISD, 2012: 1292; OBSE, 2012: 99, 116, 254, 260;
PYSE, 2012: 421). Secara umumnya, penerangan GPI adalah secara berperingkat
(KFSB, 2012: 502; GPISC, 2012: 584; OBSD, 2012: 211, 213; GPISD, 2012: 1239;
OBSE, 2012: 96; KFSE, 2012: 334; GPISE, 2012: 1014) yang telah diamalkan
berdasarkan ciri penulisan berperingkat pada Jadual 4.26. Penerangan secara
berperingkat membantu pelajar untuk fokus (GPISA, 2012: 396) melihat gambaran
keseluruhan tajuk yang diajarkan oleh GPI (GPISC, 2012: 597).

Jadual 4.34: Fokus Guru Ketika Penerangan Semasa Menggunakan Papan Putih
Bil. Cara Penerangan SA SB SC SD SE
1. Beri kefahaman x x x x x
2. Beri Penghayatan - x - x x
3. Memudahkan x x - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J32
196

Ciri beri penghayatan pula adalah merujuk kepada penerangan GPI terhadap tajuk
yang diajarkan. GPI di SB, SD, dan SE memfokuskan penerangan kepada pelajar supaya
mereka menghayati apa yang disampaikan dalam pelbagai cara (OBSB, 2012: 77; GPISB,
2012: 880; GPISD, 2012: 1222, 1294; OBSE, 2012: 113, 254; PYSE, 2012: 421).
Penerangan tersebut diharapkan oleh GPI agar pelajar mendapat sesuatu untuk amalan
kehidupan mereka (OBSB, 2012: 77; ADSC, 2012: 620, GPISD, 2012: 1221, 1222,
1294; OBSE, 2012: 113, 254).

Penghayatan pelajar terhasil daripada cara GPI memberikan penerangan terhadap


maklumat yang ingin disampaikan. Merujuk kepada dapatan penerangan GPI yang
memudahkan (KFSA, 2012: 773; GPISB, 2012: 875; ADSC, 2012: 617; KFSD, 2012:
1280), hanya GPI di SA, SB, dan SD sahaja yang mewakilinya. Ciri memudahkan ini
berdasarkan kepada pengalaman GPI sebagai pemeriksa untuk Penilaian Menengah
Rendah (PMR) (GPISB, 2012: 875). Jika ada pelajar yang masih sukar untuk
memahaminya, GPI menggunakan pelbagai cara sehingga berjaya (GPISD, 2012: 1210,
1260; OBSE, 2012: 260). Cara penerangan yang terakhir ialah GPI menerangkan
maklumat yang diajarkan secara ringkas (KFSA, 2012: 771; GPISB, 2012: 875). Cara ini
perlu dilakukan oleh GPI memandangkan masa PdP uyang diperuntukkan adalah terhad
(GPISD, 2012: 1224).

(iv) Fokus Pelajar: Selain fokus GPI semasa penerangan sebagai satu cara yang
diamalkan pada Jadual 4.35, pelajar juga perlu fokus kepada penerangan GPI. Jadual 4.35
menjelaskan terdapat pelajar yang fokus dan tidak fokus semasa penerangan GPI. Pelajar
yang fokus mencapai tahap pola yang tertinggi dengan diwakili oleh semua GPI di SA-SE.
Manakala ada juga pelajar tidak fokus dan dapatan ini mencapai tahap pola tetapi tidak
diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Fokus pelajar terhasil apabila GPI tidak membenarkan
pelajar melakukan apa-apa melainkan mendengar penerangan daripada GPI (GPISA,
2012: 396; KFSB, 2012: 567; GPISC, 2012: 597; KFSD, 2012: 700, 704; OBSE, 2012:
94, 108; GPISE, 2012: 1040, 1044). Fokus pelajar juga boleh terganggu kerana
ganggunan luar kelas bagi pelajar yang duduk di bahagian tepi (KFSB, 2012: 569) atau
pertanyaan pelajar kepada rakannya (GPISC, 2012: 597). Untuk memastikan pelajar
sentiasa fokus, GPI bergerak mengelilingi kawasan kelas (OBSB, 2012: 66), menguatkan
suara semasa penerangannya (OBSB, 2012: 124), serta merenung pelajar yang tidak fokus
(KFSC, 2012: 470).
197

Manakala bagi pelajar tidak fokus pula diwakili oleh GPI SC, SD, dan SE. Sebab
pelajar tidak fokus adalah kerana telah teralih pandangannya daripada penerangan GPI
(GPISC:1), mengantuk (OBSD, 2012: 231; KFSD, 2012: 700; PYSD, 2012: 825, 850;
GPISD, 2012: 1133; KFSE, 2012: 135), kurang jelas penglihatan di papan putih (KFSD,
2012: 1209), pelajar lemah (GPISE, 2012: 1046, 1048, 1054). Jika terdapat pelajar yang tidak
fokus, GPI melakukan aktiviti soal jawab (GPISC, 2012: 599, 601; PYSD, 2012: 825;
GPISE, 2012: 1046, 1048) senaman (OBSD, 2012: 231; KFSD, 2012: 700; GPISD, 2012:
1133), pembacaan (KFSD, 2012: 1209; PYSD, 2012: 825; GPISE, 2012: 1054), dan
penulisan (PYSD, 2012: 825).

Jadual 4.35: Fokus Pelajar Ketika Penerangan Semasa Menggunakan Papan Putih
Bil. Fokus Pelajar SA SB SC SD SE
1. Fokus x x x x x
2. Tidak fokus - - x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J33

(v) Kedudukan Guru: Semasa memberikan penerangan, GPI berada pada kedudukan
seperti dapatan pada Jadual 4.36. Terdapat lima keadaan kedudukan GPI semasa memberikan
penerangan menggunakan papan putih. Kedudukan GPI yang tertinggi ialah bergerak yang
diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Tujuan GPI bergerak semasa penerangan disebabkan
pelajar tidak jelas penglihatan dan pendengaran (GPISA, 2012: 578; PYSC, 2012: 379;
KFSD, 2012: 1186). Selain itu, GPI juga memastikan keadaan pelajar sama ada memberikan
tumpuan ataupun tidak (OBSE, 2012: 299; KFSE, 2012: 452).

Kedudukan berikutnya ialah GPI berdiri di tengah kelas semasa memberikan


penerangan (GPISA, 2012: 570; KFSC, 2012: 407, 409, 547; GPISC, 2012: 501; OBSD,
2012: 223; KFSD, 2012: 773; GPISD, 2012: 1278; OBSE, 2012: 88; KFSE, 2012: 449,
452; GPISE, 2012: 863) dan kedudukannya tidak menghalang penglihatan pelajar
(GPISA, 2012: 578). Kedudukan ini diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE kecuali GPISB.
Tujuannya adalah untuk menarik fokus pelajar kepada penerangan GPI (GPISE, 2012:
863; KFSE, 2012: 449) dan pelajar dapat lihat maklumat yang ditulis (GPISC, 2012:
501; KFSD, 2012: 775). Walaupun kedudukan GPI seperti membelakangkan papan putih
namun penerangannya tidak merujuk kepada penulisan (KFSC, 2012: 411, 415, 417, 421;
OBSE, 2012: 89; GPISE, 2012: 863).
198

Kedudukan seterusnya ialah berdiri di tepi dan dapatan ini diwakili oleh semua
GPI kecuali GPISA. Hal ini dibuktikan melalui kata-kata P1SB: "kalau tu pun ustaz ada
berdiri betul-betul dekat sebelah papan putih la. biar tak menghalang pemandangan
orang." P1SB, 2012: 518. Kedudukan ini dikira bersesuaian kerana tidak menghalang
penglihatan pelajar semasa GPI ingin merujuk papan putih (OBSB, 2012: 107; KFSB,
2012: 518; GPISB, 2012: 941, 943; OBSC, 2012: 141, 283; KFSC, 2012: 421; PYSC,
2012: 379, 380; GPISC, 2012: 620; OBSD, 2012: 220; KFSD, 2012: 770, 774; PYSD,
2012: 1, 2; OBSE, 2012: 1, 2, 3; GPISE, 2012: ). Kedudukan ini juga yang diamalkan
oleh para pelajar GPI semasa melakukan aktiviti pembentangan di dalam kelas (GPISB,
2012: 941).

Jadual 4.36: Kedudukan Guru Ketika Penerangan Semasa Menggunakan Papan Putih
Bil. Kedudukan Guru SA SB SC SD SE
1. Bergerak x x x x x
2. Berdiri di tengah kelas x - x x x
3. Berdiri di tepi - x x x x
4. Menghadap & Berdekatan pelajar x x x x -
5. Duduk di meja guru - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J34

Dapatan yang mencapai pola seterusnya pula ialah kedudukan menghadap dan
berdekatan pelajar. Kedudukan ini diwakili oleh semua GPI kecuali GPISE. Kedudukan ini
dianggap oleh GPI sebagai fokus dan perhatian yang diberikan kepada pelajarnya (KFSA,
2012: 864, 868; GPISA, 2012: 569, 571, 573; KFSC, 2012: 401, 404; GPISC, 2012: 608,
610, 614; PYSD, 2012: 831; OBSE, 2012: 297). Manakala kedudukan yang terendah dalam
dapatan pada Jadual 4.31 ialah duduk di meja guru. Kedudukan ini hanya diwakili oleh GPISC
sahaja. Hal ini kerana meja guru di kelas GPISC diletakkan di tengah-tengah menyebabkan
GPI duduk di kerusinya ketika penerangan (GPISC, 2012: 607).

(c) Alat Menunjuk di Papan Putih: Semasa penerangan, GPI akan merujuk
kepada maklumat yang ada pada papan putih. Untuk memastikan pelajar fokus pada apa
yang diterangkan, GPI ada menggunakan alat unutk menunjuk maklumat di papan putih.
Jadual 4.37 menunjukkan alat yang digunakan oleh GPI, iaitu marker pen, tanpa peralatan,
dan kapur (untuk papan hitam).
199

Jadual 4.37: Alat Menunjuk Ketika Penerangan Semasa Menggunakan Papan Putih
Bil. Peralatan Menunjuk SA SB SC SD SE
1. Marker pen x x x x x
2. Tanpa peralatan x x x - -
3. Kapur - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J35

Peralatan yang tertinggi ialah marker pen yang diwakili oleh semua GPI di SA-SE.
GPI menggunakan marker untuk menunjuk maklumat di papan putih tanpa menggunakan
peralatan lain (OBSB, 2012: 104; KFSB, 2012: 547, 549; GPISB, 2012: 951; KFSC,
2012: 445, 449; OBSD, 2012: 238; KFSD, 2012: 1176, 1179; GPISD, 2012: 1366, 1370,
1374; OBSE, 2012: 98; GPISE, 2012: 1081). Namun ada GPI yang menggunakan marker
pen juga untuk tujuan menggariskan maklumat yang difokuskan (GPISC, 2012: 628, 630)
dan membuat penambahan (KFSD, 2012: 1179).

Disebalik penggunaan marker pen sebagai alat menunjuk utama, juga GPI yang
tidak menggunakan peralatan. Hal ini ditunjukkan pada Jadual 4.37, iaitu tanpa peralatan
telah mencapai tahap pola kedua tertinggi yang diwakili oleh GPISA, SB, dan SC. Tanpa
peralatan yag dimaksudkan ialah GPI memberi fokus menggunakan tangan (GPISA, 2012:
590; OBSC, 2012: 283; KFSC, 2012: 437; PYSC, 2012: 390), dan sebutan (KFSB,
2012: 553, 555). Manakala penggunaan kapur sebagai alat menunjuk adalah diamalkan oleh
GPISC kerana sekolah tersebut adalah satu-satunya Sekolah Bestari yang menggunakan
papan hitam di beberapa buah kelas (KFSC, 2012: 439; GPISC, 2012: 627).

(d) Cara Menarik Perhatian di Papan Putih: Semasa penulisan maklumat di


papan putih, GPI tidak mengambil masa yang lama sepertimana yang telah dijelaskan
sebelum ini. Cara yang dilakukan oleh GPI untuk menarik perhatian pelajar adalah
merujuk kepada Jadual 4.38.

Jadual 4.38: Cara Menarik Perhatian Pelajar Semasa Menggunakan Papan Putih
Bil. Cara Menarik Perhatian Pelajar SA SB SC SD SE
1. Penulisan & Penerangan x - x - x
2. Teknik sendiri x - x - x
3. Guna rotan - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J36
200

Terdapat tiga cara, iaitu penulisan dan penerangan, teknik sendiri, dan guna rotan.
Terdapat dua cara yang mencapai tahap pola, iaitu penulisan dan penerangan, serta teknik
sendiri. Manakala cara guna rotan tidak mencapai tahap pola. Untuk cara penulisan, GPI
menggunakan gaya penulisan di papan putih dengan tulisan yang menarik (GPISA, 2012:
457). Manakala untuk penerangan yang menarik perhatian pelajar, kekuatan suara GPI
memainkan peranan (OBSB, 2012: 65, 122, 124; KFSC, 2012: 465, 521, 526; OBSE, 2012:
64, 304; KFSE, 2012: 468). Isi penerangan yang disampaikan oleh GPI juga mampu menarik
perhatian pelajar kepada pengajarannya (OBSC, 2012: 151).

Cara kedua tertinggi yang digunakan oleh GPI ialah menggunakan teknik sendiri.
Cara ini diwakili oleh GPISA, GPISC, dan GPISE. Teknik sendiri yang dilakukan oleh GPI
antaranya ialah menyampaikan maklumat kepada pelajar dalam bentuk irama (GPISA,
2012: 458). Teknik penyampaian dengan menyelitkan cerita pengalaman juga menarik
perhatian pelajar (KFSE, 2012: 464). GPI juga membantu pelajar membuat ringkasan
maklumat untuk memudahkan pelajar mengingatnya (GPISA, 2012: 524). Selain itu GPI
juga tegas apabila ada pelajar yang tidak menumpukan perhatian kepada pengajarannya.
Maka kerap kali dalam PdP-nya, GPI menghentikan penerangannya jika ada pelajar yang
tidak fokus (KFSC, 2012: 470).

(3) Selesai Penggunaan:

Bahagian ketiga dalam amalan penggunaan papan putih adalah amalan


selepas daripada menggunakan papan putih. Jadual 4.39 menjelaskan satu amalan
GPI selepas menggunakan papan putih. Amalan tersebut adalah GPI menyuruh
pelajar membersihan papan putih yang penuh dengan maklumat. Akan tetapi, amalan
ini tidak mencapai tahap pola kerana hanya diwakili oleh GPI SB dan SC.

Amalan bersihkan papan putih selepas digunakan hanya dilakukan pada waktu
akhir PdP sebelum pelajar pulang meninggalkan kelas (GPISB, 2012: 817). Jika waktu
pertengah hari PdP, GPI hanya memberikan arahan kepada pelajar untuk memadamkan
maklumat tersebut (OBSE, 2012: 163, 332; KFSD, 2012: 1293).
201

Jadual 4.39: Cara Penggunaan Selepas Menggunakan Papan Putih


Bil. Amalan Selepas Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Suruh bersihkan - x - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J37

Sebagai kesimpulan, amalan penggunaan papan putih telah dijelaskan pada


jadual-jadual sebelum ini. Perbincangan yang jelas dan lengkap merujuk kepada
jadual-jadual yang disertakan sekali lebih mudah dilihat apabila merujuk pada Rajah
4.6. Rajah tersebut adalah merupakan pola amalan penggunaan yang dipersetujui
oleh majoriti GPI di SA-SE.
202

Rajah 4.6: Pola Amalan Penggunaan Papan Putih

4.3.4.2 Buku Teks

Bahan bantu mengajar seterusnya ialah buku teks. Bahan ini sering digunakan oleh
GPI ketika PdP berlangsung. Sebagai penjelasan dapatan bahan ini, pengkaji akan
menjelaskannya berdasarkan peringkat penggunaan melalui persediaan, penggunaan, dan
selesai guna.
203

(1) Persediaan

Penggunaan bahan bantu mengajar jenis buku teks dalam kalangan GPI
sangat berleluasa. Melalui dapatan yang diperolehi, buku teks adalah pola yang
kedua tertinggi selepas penggunaan papan putih dalam kalangan GPI di SA-SE.
Peringkat pertama penggunaan buku teks adalah persediaan yang dilakukan oleh
GPI. Persediaan ini dilakukan kerana buku teks turut digunakan oleh pelajar kerana
pelajar juga memilikinya. Amalan ini dijelaskan melalui cara penggunaan kedua
tertinggi yang juga diwakili oleh semua GPI di SA-SE pada Jadual 4.40. Hal ini
kerana GPI sendiri yang memastikan semua pelajar membawa buku teks masing-
masing (KFSB, 2012: 180, 186; GPISB, 2012: 1112; KFSC, 2012: 606, 608, 631,
634; PYSC, 2012: 457, 460; KFSD, 2012: 556; KFSE, 2012: 48; GPISE, 2012: 674).

Cara GPI memberi arahan juga menggalakkan pelajar untuk membawa buku
teks semasa PdP. Hal ini disebabkan GPI sentiasa memastikan setiap pelajarnya
mempunyai buku di atas meja sewaktu PdP (OBSA, 2012: 38; GPISC, 2012: 827).
Dapatan ini mencapai tahap pola kerana diwakili oleh GPI SA, SC, SD, dan SE. GPI
memberi arahan penggunaan buku teks kepada pelajar pada awal pengajarannya
(OBSA, 2012: 36, 38; PYSA, 2012: 420; OBSC, 2012: 55, 228; GPISC, 2012: 589,
827; OBSD, 2012: 68, 97, 199; OBSE, 2012: 41, 53, 60, 228, 231; KFSE, 2012: 48,
49, 53; PYSE, 2012: 554; GPISE, 2012: 676, 1000, 1005). Antara arahan GPI kepada
pelajar adalah untuk menghafal (ADSB, 2012: 489, 512), membaca (PYSA, 2012:
415, 417; NotaSC, 2012: 659, 661; OBSC, 2012: 57, 61; GPISD, 2012: 1416).
Manakala cara yang tidak mencapai pola dapatan kajian ialah muqaddimah. Amalan ini
hanya diwakili oleh GPISC. Hal ini menunjukkan bahawa GPI tidak mementingkan
muqaddimah diawal pengajaran mereka. Muqaddimah yang perlu dilakukan adalah
penerangan berkaitan dengan tajuk yang diajar pada buku teks (ADSB, 2012: 473; GPISC,
2012: 590)

Jadual 4.40: Persediaan Semasa Penggunaan Buku Teks


Bil. Persediaan Penggunaan Buku Teks SA SB SC SD SE
1. Semua bawa x x x x x
2. Beri arahan x - x x x
3. Beri latihan dan tugasan - - - x x
4. Muqaddimah - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J38
204

Selain GPI, pelajar juga diberikan buku teks untuk kegunaan mereka sepanjang
PdP di sekolah. Disebabkan pihak sekolah memberikan pinjaman, ada juga pelajar yang
tidak membawanya. Tindakan GPI terhadap pelajar yang tidak membawanya seperti yang
dijelaskan pada Jadual 4.41. Hasil dapatan menunjukkan bahawa GPI ada mengamalkan
tiga tindakan kepada pelajar yang tidak membawa buku teks. Antaranya kongsi, denda,
dan pinjam. Amalan kongsi adalah dapatan tertinggi dan mencapai tahap pola yang
diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Amalan ini adalah disebabkan pelajar yang tidak
membawa buku akan berkongsi dengan rakan mereka (OBSA, 2012: 38; KFSA, 2012:
966; KFSB, 2012: 179; OBSC, 2012: 234; GPISC, 2012: 782; KFSD, 2012: 580;
GPISD, 2012: 1412; PYSE, 2012: ; GPISE, 2012: 691).

Jadual 4.41: Tindakan GPI Terhadap Pelajar Tidak Bawa Buku


Bil. Persediaan Tindakan GPI SA SB SC SD SE
1. Kongsi x x x x x
2. Denda x x x - x
3. Pinjam x - x x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J39

Amalan kedua ialah pelajar dikenakan denda jika tidak membawa buku teks.
Amalan ini hanya diwakili oleh majoriti GPI kecuali SD. Sebelum mengenakan denda,
GPI akan menegur pelajar yang tidak membawa buku teks (PYSA, 2012: 413; GPISA,
2012: 699; KFSB, 2012: 166, 171, 174; PYSC, 2012: 459). Teguran itu disebabkan
alasan terlupa ataupun dengan sengaja tidak bawa (GPISA, 2012: 699; GPISC, 2012: 765,
772; KFSE, 2012: 49). Tempoh masa denda juga tidak lama sekitar sepuluh hingga 30
minit atau jika pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan oleh GPI (GPISC, 2012:
765, 772; GPISE, 2012: 681).

Selepas itu, GPI di SA, SC, dan SD akan mengarahkan pelajar yang didenda
untuk meminjam buku teks daripada rakan mereka di kelas lain (KFSA, 2012: 950,
953, 963; KFSC, 2012: 614; KFSD, 2012: 584, 588). Tujuannya adalah untuk
memastikan semua pelajar ada buku teks semasa PdP GPI (KFSA, 2012: 950).
205

(2) Penggunaan

Cara penggunaan buku teks yang menjadi amalan GPI di SA-SE dijelaskan
pada Jadual 4.42 hingga Jadual 4.45 yang dibahagikan kepada empat cara
penggunaan, iaitu perancangan, aktiviti, penerangan, dan tugasan.

(a) Perancangan: Melalui dapatan tersebut, penjelasan dimulakan dengan aspek


perancangan GPI menggunakan buku teks.

Jadual 4.42: Perancangan Penggunaan Buku Teks Oleh GPI


Bil. Perancangan Penggunaan Buku Teks SA SB SC SD SE
1. Rujukan utama x x x x x
2. Fizikal x x x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J40

Terdapat dua ciri perancangan yang dilakukan oleh GPI dan kesemuanya
mencapai tahap pola dapatan kajian. Cara yang mencapai tahap pola dapatan kajian
tertinggi penggunaan buku teks ialah rujukan utama. Cara ini diwakili oleh semua GPI di
SA-SE sepertimana yang dijelaskan oleh KFSA: 3 "ustaz rujuk buku teks untuk tulis
maklumat dipapan putih." KFSA, 2012: 3. Rujukan utama di sini bermaksud GPI
membuat rujukan untuk penulisan (OBSA, 2012: 248; KFSA, 2012: 936, 940; PYSC,
2012: 448; KFSD, 2012: 536, 548, 740; PYSD, 2012: 415; OBSE, 2012: 285; KFSE,
2012: 228; PYSE, 2012: 532), penerangan maklumat (PYSA, 2012: 453; GPISA, 2012:
669; NotaSB, 2012: 330; PYSB, 2012: 80; KFSC, 2012: 143, 592; PYSC, 2012: 448;
OBSD, 2012: 109, 200; KFSD, 2012: 536, 544, 548, 740; PYSD, 2012: 425; OBSE,
2012: 91, 256; KFSE, 2012: 228; PYSE, 2012: 531), skema peperiksaan (GPISA, 2012:
664, 676), dan latihan (PYSA, 2012: 421, 473; GPISA, 2012: 664; KFSD, 2012: 788).
Buku teks dijadikan rujukan utama adalah kerana telah diperakui kesahihannya oleh KPM
sendiri (PYSB, 2012: 81).

Cara penggunaan yang seterusnya ialah fizikal buku teks yang dimiliki oleh GPI.
Ada dalam kalangan GPI di SA-SE berpendapat bahawa fizikal buku bukanlah perkara
utama yang perlu diambil kira (GPISA, 2012: 668). Namun keadaan buku GPI yang
206

disediakan oleh pihak sekolah dalam keadaan baik dan kemas (KFSA, 2012: 928, 931;
KFSB, 2012: 135, 140; KFSC, 2012: 599, 602; KFSD, 2012: 759, 760, 763, 765; PYSD,
2012: 436, 437; KFSE, 2012: 94, 96). Oleh itu GPI bertanggungjawab untuk menjaga
segala kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah (KFSB, 2012: 144, 146; KFSC,
2012: 599, 602; KFSD, 2012: 765).

(b) Aktiviti: Semasa penggunaan buku teks, GPI ada melakukan beberapa aktiviti
bersama pelajar. Semua aktiviti pada Jadual 4.43 mencapai tahap pola dapatan kajian
boleh dikelaskan kepada aktiviti soal jawab dan pembacaan. Aktiviti yang tertinggi tahap
amalannya ialah suruh pelajar baca yang diwakili oleh semua GPI. Pelajar perlu merujuk
buku teks untuk membacakan ayat yang diminta oleh GPI (ADSA, 2012: 176, 213, 285,
492, 517; ADSB, 2012: 333, 385, 512; GPISC, 2012: 849; PYSD, 2012: 480). Selain itu,
pelajar akan diuji kefahaman mereka dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa PdP.
Antara aktiviti yang dilakukan oleh GPI ialah pertanyaan kepada pelajar selepas
penerangan dibuat (ADSA, 2012: 496; OBSA, 2012: 82; PYSA, 2012: 476; GPISA,
2012: 726; GPISB, 2012: 1136, 1182; GPISC, 2012: 874, 852; KFSD, 2012: 660, 675,
678; GPISD, 2012: 1451, 1452; KFSE, 2012: 222; PYSE, 2012: 627; GPISE, 2012:
780). Pertanyaan GPI adalah bertujuan untuk menguji tahap kefahaman dan penguasaan
pelajar terhadap penerangan yang dilakukan (ADSA, 2012: 496; PYSE, 2012: 627).

Jadual 4.43: Aktiviti GPI dan Pelajar Semasa Penggunaan Buku Teks
Bil. Aktiviti Penggunaan Buku Teks SA SB SC SD SE
1. Suruh pelajar baca x x x x x
2. Uji kefahaman x x x x x
3. Guru baca x - x x x
4. Suruh pelajar jawab - x x x x
5. Pelajar bertanya - - x x x
6. Semak dan betulkan bacaan pelajar - - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J41

Aktiviti yang kedua tertinggi ialah guru membaca dan amalan ini diwakili
oleh semua GPI kecuali GPISB. Bacaan guru adalah contoh supaya pelajar boleh
mengikutinya (OBSA, 2012: 53, 55, 58, 61, ; KFSA, 2012: 1013, 1016, 1021; ADSB,
2012: 335, 337, 345, 354, 389, 434, 454; ADSC, 2012: 645; OBSC, 2012: 242;
GPISC, 2012: 797, 828, 851; KFSD, 2012: 627, 630; KFSE, 2012: 74, 156; GPISE,
207

2012: 393, 400, 742, 745, 751). Kebiasaan bacaan guru adalah pada bahagian tilawah
sahaja seperti ayat-ayat al-Quran (OBSA, 2012: 56; KFSA, 2012: 1013; ADSB,
2012: 434, 454; KFSD, 2012: 630). Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar
tiada kesalahan bacaan khususnya bacaan ayat al-Quran (OBSA, 2012: 55, 59, 61;
ADSB, 2012: 335, 337; GPISE, 2012: 751).

Majoriti GPI kecuali GPISA sahaja yang tidak mengamalkan aktiviti ketiga, iaitu
suruh pelajar jawab (ADSA, 2012: 144, 518, 540; OBSA, 2012: 84, 85, 86; ADSB, 2012:
490, 491, 497; KFSD, 2012: 678; GPISD, 2012: 1451, 1452; ADSE, 2012: 59; OBSE,
2012: 93, 235; KFSE, 2012: 366, 368; PYSE, 2012: 627, 629) pada Jadual 4.39.
Pertanyaan GPI kebiasaannya ditujukan kepada pelajar yang tidak fokus semasa PdP
(GPISC, 2012: 845; KFSD, 2012: 660, 675). Selain itu, GPI menyuruh pelajar menjawab
adalah untuk melihat penguasaan pelajar terhadap tajuk pelajaran di akhir sesi PdP
(ADSA, 2012: 496; GPISB, 2012: 1137; KFSE, 2012: 222, 360; GPISE, 2012: 727, 780).
Aktiviti yang terakhir mencapai tahap pola dapatan kajian ialah pelajar bertanya. Amalan
ini diwakili oleh GPI SC, SD, dan SE. Kebiasaannya pelajar akan bertanya apabila
terdapat masalah untuk memahami apa yang diajarkan oleh GPI (KFSC, 2012: 649;
KFSD, 2012: 663, 667, 671; KFSE, 2012: 145, 185, 190. 222).

Amalan terakhir yang tidak mencapai tahap pola dapatan kajian, iaitu semak dan
betulkan bacaan pelajar. Amalan semak dan betulkan bacaan pelajar kurang diamalkan
kerana hanya diwakili oleh GPISD dan GPISE sahaja. Amalan ini bertujuan untuk
menyemak dan perbetulkan bacaan tulisan jawi pelajar (ADSA, 2012: 138, 215, 222, 238,
286, 521, 543, 554; OBSA, 2012: 51, 68; ADSB, 2012: 335, 345, 491, 492, 498, 513;
KFSD, 2012: 640, 643, 647, 650; PYSD, 2012: 480, 486, 487, 495; GPISD, 2012: 1493;
OBSE, 2012: 80; KFSE, 2012: 165, 168).

(c) Penerangan: Aspek ketiga penggunaan buku teks dalam kalangan GPI di
SA-SE ialah penerangan yang dilakukan. Penerangan yang dijelaskan dibahagikan
kepada dua, iaitu fokus serta ciri penerangan yang dilakukan oleh GPI di SA-SE.

(i) Ciri Penerangan: Bagi ciri penerangan, dapatan kajian menjelaskan terdapat
empat ciri yang dijelaskan pada Jadual 4.44. Amalan penerangan tertinggi ialah
208

jelaskan istilah yang juga diamalkan oleh semua GPI. Amalan ini bermaksud, GPI
menjelaskan dan menyediakan beberapa istilah penting kepada pelajar (ADSA, 2012: 538;
GPISA, 2012: 706; GPISB, 2012: 1123; KFSC, 2012: 643, 647, 653, 665; KFSD, 2012:
606, 608; PYSD, 2012: 442; GPISD, 2012: 1426; OBSE, 2012: 300, 301). Tujuan
disediakan istilah tersebut adalah untuk memudahkan pelajar faham dan ingat isi-isi
penting yang diajarkan (KFSA, 2012: 980, 982; KFSD, 2012: 612; PYSD, 2012: 442;
PYSE, 2012: 616). Sebagai persediaan, GPI juga telah bersedia dengan maklumat yang
mudah diterima pelajar (KFSD, 2012: 539, 612).

Jadual 4.44: Ciri Penerangan GPI Semasa Penggunaan Buku Teks


Bil. Ciri Penerangan GPI SA SB SC SD SE
1. Jelaskan istilah x x x x x
2. Penerangan berperingkat x - x x x
3. Beri rujukan tambahan x x - x x
4. Kedudukan guru - - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J42

Penerangan berperingkat merupakan cara yang diamalkan oleh majoriti GPI


kecuali GPISB. Penerangan berperingkat semasa menggunakan buku teks bermaksud
menjelaskan maklumat yang disampaikan selepas daripada pelajar membaca pada buku
teks (ADSA, 2012: 140, 178, 217, 287, 493, 517, 518, 555; OBSA, 2012: 132; KFSA,
2012: 972, 973, 976; GPISA, 2012: 726, 727; OBSC, 2012: 246, 248; KFSC, 2012: 595,
671, 674; PYSC, 2012: 479; GPISC, 2012: 829, 838; KFSD, 2012: 612; GPISD, 2012:
1434, 1451; KFSE, 2012: 117; PYSE, 2012: 599; GPISE, 2012: 713). Penerangan
berperingkat ini juga diselang selikan dengan aktiviti GPI dan pelajar ketika PdP (ADSA,
2012: 518; GPISD, 2012: 1451). Penerangan GPI secara berperingkat juga merujuk
kepada isi penting pada buku teks yang dikeluarkan untuk kemudahan pelajar (ADSA,
2012: 493, 495; KFSA, 2012: 1038, 1042; PYSA, 2012: 401, 469; GPISA, 2012: 718,
733; GPISB, 2012: 1188; KFSC, 2012: 688; PYSD, 2012: 504, 506, 519; GPISD, 2012:
1427, 1428, 1429, 1445).

Sebagai pengukuhan kepada isi penting yang dijelaskan, GPI ada memberikan
rujukan tambahan kepada pelajar (PYSA, 2012: 448; GPISA, 2012: 673, 751; GPISB,
2012: 1196; PYSD, 2012: 418, 524, 530; GPISE, 2012: 813). Amalan ini mencapai tahap
pola kerana diwakili oleh majoriti GPI kecuali SC. Manakala dapatan yang tidak mencapai
tahap pola ialah kedudukan guru. Hal ini kerana GPI hanya mengamalkan ketika terdapat
209

aktiviti bersama pelajar (OBSA, 2012: 68, 77, 89, 130; OBSD, 2012: 109; KFSD, 2012:
769, 772; OBSE, 2012: 62, 88, 89; GPISE, 2012: 862).

(ii) Fokus Penerangan: Penerangan yang dilakukan oleh GPI tidak dilakukan
terhadap keseluruhan buku teks, malah penerangan hanya tertumpu kepada beberapa fokus
sahaja. Jadual 4.45 menjelaskan aspek-aspek yang akan difokuskan oleh GPI apabila
membuat penerangan.

Jadual 4.45: Fokus GPI Semasa Membuat Penerangan Menggunakan Buku Teks
Bil. Fokus Penerangan GPI SA SB SC SD SE
1. Terangkan gambarajah x x x x x
2. Fokus isi penting x x x x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J43

Dapatan tertinggi ialah terangkan gambarajah dan diwakili oleh semua GPI di SA-
SE. Amalan ini ditekankan oleh semua GPI serta diberikan penerangan selengkapnya
(KFSA, 2012: 989; GPISB, 2012: 1171, 1175; KFSD, 2012: 725, 727; PYSD, 2012: 448;
GPISD, 2012: 1473; KFSE, 2012: 209, 211; PYSE, 2012: 657; GPISE, 2012: 792, 797).
Gambarajah yang diterangkan adalah yang terpilih (KFSA, 2012: 989; KFSC, 2012: 696;
KFSE, 2012: 203; GPISE, 2012: 797) dan dilihat mampu menjelaskan perkara sebenar
(KFSA, 2012: 986; GPISA, 2012: 738; KFSD, 2012: 715, 716).

(d) Tugasan: Aspek penggunaan yang terakhir ialah tugasan yang diberikan kepada
pelajar. Setiap kali GPI mengajar satu-satu topik yang baru, tugasan akan diberikan kepada
pelajar. Tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk mendapatkan kefahaman dan
mengingat.

(i) Tips Faham: Selepas daripada penerangan yang dilakukan GPI


menggunakan buku teks, tugasan akan diberikan kepada pelajar. Antara tugasan yang
diberikan secara tidak langsung ialah meminta pelajar memahamkan pelajaran yang
diajar oleh GPI. Pada Jadual 4.46, terdapat dua cara yang dilakukan oleh GPI untuk
memudahkan pelajar faham penerangan. Antaranya ialah fahamkan apa yang dibaca
dan fahamkan penerangan. Kedua-dua dapatan ini mencapai tahap pola kerana
dipersetujui oleh majoriti GPI di SA-SE. Cara fahamkan apa yang dibaca adalah
yang tertinggi diwakili oleh smeua GPI kecuali GPISB. Amalan ini dilakukan
210

dengan cara pelajar mestilah memahami apa yang mereka baca sebelum penerangan
yang dibuat oleh GPI (GPISC, 2012: 797). Pembacaan daripada pelajar atau
pertanyaan daripada GPI dapat membantu pelajar untuk faham isi pelajaran tersebut
(OBSA, 2012: 44, 45; KFSC, 2012: 676, 680; KFSD, 2012: 612; GPISD, 2012: 1451;
GPISE, 2012: 730). Cara ini juga terhasil daripada aktiviti pembacaan yang dilakukan
semasa PdP berlangsung (OBSE, 2012: 75, 86; GPISE, 2012: 703).

Jadual 4.46: Tips Faham Daripada GPI Semasa Penggunaan Buku Teks
Bil. Tips Faham daripada GPI SA SB SC SD SE
1. Fahamkan apa yang dibaca x - x x x
2. Fahamkan penerangan - - x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J44

Dapatan kedua pula ialah fahamkan penerangan yang diwakili oleh GPISC, SD,
dan SE. Cara ini dilakukan oleh GPI dengan memberikan penerangan secara kreatif bagi
menarik pelajar untuk memahamkan apa yang diterangkan (OBSA, 2012: 91; KFSE,
2012: 65, 143, 442; GPISE, 2012: 703, 705, 706). Cara ini menjadi satu kepentingan
kepada GPI untuk memastikan semua pelajarnya dapat memahami apa yang disampaikan
(KFSD, 2012: 708, 710; PYSD, 2012: 443; OBSE, 2012: 303; KFSE, 2012: 148, 151,
181, 185, 203; PYSE, 2012: 616, 630; GPISE, 2012: 780).

(ii) Tips Ingat: Penerangan GPI yang efektif membantu pelajar menguasai setiap
pelajaran yang diajarkan. Dapatan pada Jadual 4.47 menunjukkan bahawa GPI
mempunyai beberapa tips untuk memudahkan pelajar mengingat apa yang disampaikan
ketika PdP. Terdapat enam tips yang diamalkan oleh GPI di SA-SE. Tiga daripadanya
mencapai tahap pola dapatan kajian, iaitu sediakan kata kunci, menulis dan menghafal
berperingkat, dan penekanan ketika penerangan. Sediakan kata kunci merupakan amalan
tertinggi yang dilakukan oleh semua GPI kecuali GPISB. GPI akan mengeluarkan kata
kunci (KFSD, 2012: 683; PYSD, 2012: 512, 513, 519; GPISD, 2012: 796, 882, 1466,
1467, 1468, 1473, 1474; PYSE, 2012: 599) untuk tujuan memudahkan pelajar mengingat
dan faham isi penting pelajaran yang diajar (KFSC, 2012: 688, 692; GPISC, 2012: 855;
KFSD, 2012: 683; PYSD, 2012: 512). Ada masanya juga GPI akan meminta pelajar yang
mengeluarkan kata kunci (PYSD, 2012: 513; GPISE, 2012: 758).
211

Tips kedua yang diamalkan oleh GPI SB, SD, dan SE ialah menulis dan
menghafal berperingkat. Dua kaedah ini digabungkan dengan cara pelajar menulis isi
penting dalam buku yang dianggap sebagai kamus simpanan mereka (GPISB, 2012:
1144, 1147; PYSE, 2012: 608). Kemudian pelajar menghafal tulisannya itu sedikit
demi sedikit sehingga keseluruhannya (ADSB, 2012: 463; KFSD, 2012: 688, 689;
GPISD, 2012: 1490; PYSE, 2012: 608).

Jadual 4.47: Tips Ingat Daripada GPI Semasa Penggunaan Buku Teks
Bil. Tips Ingat daripada GPI SA SB SC SD SE
1. Sediakan kata kunci x - x x x
2. Menulis & Menghafal berperingkat - x - x x
3. Penekanan ketika penerangan x x - x -
4. Perbincangan guru bersama pelajar - - x - x
5. Ulang baca dan hafal - - x - x
6. Rekabentuk nota pelbagai - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J45

Dapatan pola yang terakhir ialah penekanan ketika penerangan yang diwakili oleh
GPI SA, SB, dan SD. Amalan ini sesuai untuk mengingat istilah-istilah pada awal sesuatu
pelajaran (KFSA, 2012: 1030; GPISB, 2012: 1146, 1149, 1154; PYSD, 2012: 504, 506).
Amalan pelajar semak bersama rakan merupakan yang terendah dan tidak mencapai tahap
pola. Semua GPI di SA-SE tidak melakukan amalan tersebut. namun, melalui pemerhatian
pengkaji, GPISA ada melakukan cara tersebut sebagai satu tips untuk memudahkan pelajar
mengingat khususnya ayat-ayat al-Quran (ADSA, 2012: 141, 233; OBSA, 2012: 65).

(3) Selesai Guna

Bahagian terakhir penggunaan buku teks, iaitu peringkat selesai penggunaan ialah
rumusan yang dilakukan oleh GPI. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat satu
amalan pola sebagai penutup penggunaan buku teks dalam kalangan GPI di SA-SE. Jadual
4.48 menunjukkan amalan selesai guna buku teks oleh GPI di SA-SE.

Jadual 4.48: Rumusan GPI Selesai Penggunaan Buku Teks


Bil. Selesai Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Rumusan x x x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J46
212

Semua Bawa

PERSEDIAAN Beri Arahan


Kongsi

Tak Bawa Buku Denda

Pinjam

Rujukan Utama
Perancangan
Fizikal

Suruh Pelajar Baca

Guru Baca

Suruh Pelajar Jawab


Aktiviti Pelajar Bertanya
Uji Kefahaman

Fahamkan Apa Yang


Tips Faham Dibaca

Fahamkan
Tugasan Penerangan
BUKU TEKS PENGGUNAAN

Sediakan Kata Kunci


Tips Ingat Menulis & Menghafal
Berperingkat

Penekanan Ketika
Penerangan

Fokus Isi Penting

Terangkan
Gambarajah
Penerangan
Beri Rujukan
Tambahan

Ciri Penerangan
Jelaskan Istilah

Penerangan
Berperingkat
SELESAI GUNA Rumusan

Rajah 4.7: Pola Amalan Penggunaan Buku Teks

Semua GPI mengamalkan rumusan di akhir pengajarannya (ADSA, 2012: 154,


543, 544; KFSB, 2012: 261, 263; GPISC, 2012: 847, 880; KFSD, 2012: 738, 740, 746,
753; PYSD, 2012: 537; OBSE, 2012: 305; GPISE, 2012: 713, 718). Rumusan yang dibuat
213

cuba dikaitkan oleh GPI dengan isu semasa (KFSA, 2012: 1047, 1049; GPISA, 2012: 759;
KFSC, 2012: 709, 712; PYSC, 2012: 449; GPISC, 2012: 871; KFSD, 2012: 750; PYSD,
2012: 542; GPISD, 2012: 1497; OBSE, 2012: 148, 151; PYSE, 2012: 691; GPISE, 2012:
820) ataupun sekadar ringkasan sahaja (ADSA, 2012: 291; PYSA, 2012: 468, 471;
GPISB, 2012: 1203; KFSD, 2012: 744; PYSD, 2012: 540; PYSE, 2012: 704).

Secara kesimpulannya, amalan penggunaan buku teks telah dijelaskan melalui


perbincangan pada setiap jadual yang telah disertakan. Perbincangan amalan penggunaan
buku teks ini dapat dijelaskan lagi melalui pola amalan penggunaannya pada Rajah 4.7.

4.3.4.3 Powerpoint

Perisian powerpoint merupakan bahan bantu mengajar yang menjadi pilihan


ketiga dalam kalangan GPI di sekolah. Secara umumnya, terdapat beberapa cara
penggunaan yang menjadi amalan GPI di SA-SE. Penggunaan powerpoint digunakan
dengan cara tiga peringkat, iaitu persediaan, penggunaan, dan selesai penggunaan.

(1) Persediaan

Penggunaan powerpoint dimulakan dengan peringkat persediaan yang


ditunjukkan pada Jadual 4.49 Terdapat lapan cara persediaan menggunakan
powerpoint yang diamalkan oleh majoriti GPI. Daripada keseluruhan lapan cara
tersebut, hanya dua cara yang mencapai tahap pola dapatan dan menjadi amalan GPI
di SA-SE. Dua amalan tersebut ialah adaptasi dan isi pelajaran. Manakala
selebihnya, enam amalan lagi tidak mencapai tahap pola dapatan kajian.

Cara yang menjadi amalan persediaan powerpoint ialah adaptasi. Cara ini diwakili
oleh GPI SA, SD, dan SE. Kebanyakan powerpoint yang digunakan bukanlah dihasilkan
sepenuhnya oleh GPI (GPISD, 2012: 560, 944, 949; GPISE, 2012: 1312, 1313, 1317).
214

Walaubagaimanapun, GPI ada membuat penambahbaikan powerpoint sedia ada yang


disesuaikan dengan keadaan sekarang. Antara adaptasi yang dilakukan ialah kekemasan
warna, tulisan serta semakan semula maklumat yang digunakan (GPISA, 2012: 930, 931,
932, 933; GPISE, 2012: 1317). Selain itu, ada GPI yang menyesuaikannya dengan
keadaan isu-isu semasa yang berlaku (PYSA, 2012: 314).

Sebelum menggunakan powerpoint, GPI perlu membuat persediaan yang lengkap


seperti memastikan isi pelajaran pada powerpoint yang digunakan. Persediaan ini adalah
yang kedua tertinggi diamalkan dalak kalangan majoriti GPI di SB, SD, dan SE membina
sendiri (GPISB, 2012: 484; GPISE, 2012: 1312, 1335) ataupun berkongsi (GPISD, 2012:
566) isi pelajaran pada powerpoint mereka. GPI juga perlu selaraskan kandungan
powerpoint dengan tempoh masa PdP (GPISE, 2012: 1336).

Jadual 4.49: Persediaan Semasa Penggunaan Powerpoint


Bil. Persediaan GPI SA SB SC SD SE
1. Adaptasi x - - x x
2. Isi pelajaran - x - x x
3. Kesesuaian x x - - -
4. Perancangan & persediaan x - - x -
5. Tempat - - - - x
6. Masa buat - - - x -
7. Set induksi - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J47

Persediaan tempat dan masa buat pula tidak ramai dalam kalangan GPI yang
melakukannya. Urusan persediaan tempat adalah di bawah kendalian GPI sendiri (KFSE,
2012: 617, 621) dari aspek tempahan bilik (GPISE, 2012: 1327, 1328, 1329), kondisi
peralatan (GPISE:2), dan pemberitahuan pelajar (GPISE, 2012: 1329). Persediaan masa
buat powerpoint juga mengambil masa yang lama berbanding bahan lain yang sekurang-
kurangnya sehari sebelum PdP (GPISD, 2012: 560, 562).

Set induksi merupakan cara penggunaan powerpoint yang paling rendah sekali
merujuk kepada Jadual 4.49. Dapatan menunjukkan bahawa hanya GPISD yang membuat
(GPISD, 2012: 841, 845) set induksi pada permulaan PdP menggunakan powerpoint.
215

(2) Penggunaan

Peringkat penggunaan powerpoint dijelaskan melalui dua jenis penggunaan, iaitu


penggunaan pelajar, penggunaan guru, dan penggunaan pelajar dan guru.

(a) Penggunaan Pelajar: Penggunaan powerpoint daripada pelajar adalah


merupakan aktiviti yang dilakukan oleh GPI semasa PdP untuk tujuan pembentangan.
Terdapat tiga cara penggunaan pelajar, iaitu pembinaan, semakan, dan penambahbaikan.

(i) Pembinaan: Penggunaan powerpoint oleh pelajar dimulakan dengan pembinaan


powerpoint yang dilakukan sebagai aktiviti ketika PdP. Merujuk kepada Jadual 4.50,
terdapat enam cara pembinaan yang dilakukan oleh majoriti GPI. Daripada keseluruhan
cara tersebut, hanya dua cara yang mencapai tahap pola, iaitu, aktiviti pelajar dan ciri
binaan yang kreatif.

Penglibatan pelajar ketika PdP adalah usaha GPI yang mewujudkan suasana
pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara penglibatan pelajar ialah aktiviti pembentangan
menggunakan powerpoint. Aktiviti pembentangan ini dilihat kurang dilakukan oleh GPI
kerana pola dapatan kajian yang rendah. Jadual 4.50 menunjukkan amalan pembinaan
powerpoint oleh pelajar.

Jadual 4.50: Pembinaan Powerpoint Semasa Penggunaan Pelajar


Bil. Pembinaan Powerpoint Pelajar SA SB SC SD SE
1. Aktiviti pelajar x - x - x
2. Kreatif x - x - x
3. Waktu persiapan x - - - x
4. Reka bentuk - - x - x
5. Hasil pelajar - - x - -
6. Ringkas - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J48

Aktiviti pelajar semasa pembentangan merupakan dapatan tertinggi yang


diwakili oleh GPISA, GPISC, dan GPISE. Aktiviti yang dimaksudkan antaranya
ialah pembentangan pelajar mengikut kumpulan yang telah dibahagikan (ADSA,
216

2012: 498; GPISA, 2012: 895, 898; ADSB, 2012: 417; ADSC, 2012: 359; GPISC,
2012: 1037). Persediaan aktiviti pembentangan ini ialah tugasan kepada setiap
kumpulan untuk menyediakan powerpoint (ADSA, 2012: 498, 500; ADSB, 2012:
413; NotaSC, 2012: 572, 666; OBSC, 2012: 63; KFSE, 2012: 29, 480). Setiap
kumpulan telah membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk
menyiapkan powerpoint (KFSE, 2012: 760, 768).

Amalan pola yang kedua tertinggi ialah kreatif dan diwakili oleh GPI SA, SC, dan
SE. Amalan kreatif yang dimaksudkan ialah dari aspek warna, tulisan, dan penggunaan
video (GPISA, 2012: 910, 915; GPISC, 2012: 1057, 1058). Untuk mendapatkan hasil
pelajar yang kreatif, GPI perlu memberikan masa yang lebih untuk pelajar membuat
powerpoint tersebut (GPISE, 2012: 1415).

Manakala amalan yang paling rendah sekali ialah ringkas dan diwakili oleh
GPISC. Amalan ini bergantung kepada GPI atau pelajar yang menghasilkannya
mampu untuk memberikan kesan walaupun powerpointnya ringkas (GPISC, 2012:
1058).

(ii) Semakan: Setiap kumpulan pelajar mestilah membuat persediaan


pembentangan dengan menghasilkan powerpoint berdasarkan tajuk. Kebiasaannya
GPI memberikan masa kepada pelajar untuk menyiapkan powerpoint pembentangan
tersebut. Setelah selesai, pelajar dikehendaki menghantar powerpoint tersebut kepada
GPI untuk tujuan semakan. Amalan ini dilakukan oleh GPI melalui tiga cara, iaitu
semakan, ulasan guru, dan penilaian merujuk kepada Jadual 4.51.

Jadual 4.51: Semakan Powerpoint Oleh GPI Semasa Penggunaan Pelajar


Bil. Semakan Bahan Pelajar SA SB SC SD SE
1. Semakan x - x - x
2. Ulasan guru - - x - x
3. Penilaian - - x - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J49

Amalan yang tertinggi dilakukan ialah semakan dan diwakili oleh GPI SA,
SC, dan SE. Semakan ini berlaku pada dua keadaan, iaitu sebelum dan selepas
pembentangan. Semakan sebelum pembentangan bermaksud pelajar yang tidak
217

terlibat perlu menyemak keselarian maklumat pembentangan dengan buku teks


(PYSA, 2012: 429, 432, 440; GPISA, 2012: 897; OBSC, 2012: 94, 96). Manakala
semakan selepas pembentangan pula ialah powerpoint pelajar hendaklah disemak
oleh GPI sebelum dibuat pembentangan (ADSC, 2012: 431; NotaSC, 2012: 618;
OBSC, 2012: 68, 94, 96; KFSC, 2012: 560, 565, 568; GPISC, 2012: 1009; KFSE,
2012: 485; GPISE, 2012: 1421).

(iii) Penambahbaikan: Cara yang terakhir diamalkan semasa penggunaan


powerpoint oleh pelajar ialah penambahbaikan. Cara ini adalah susulan daripada
semakan yang dilakukan oleh GPI terhadap powerpoint yang dibina oleh pelajar.

Penambahbaikan pada isi pembentangan merupakan perkara asas yang


perlu di semak oleh GPI. Amalan ini mencapai tahap pola kerana diwakili oleh
GPI SA, SC, dan SE. Semakan isi pembentangan bertujuan untuk selaraskan
penerangan dengan maklumat pada buku teks (GPISA, 2012: 931). Selain itu,
penambahbaikan juga meliputi aspek kekemasan, iaitu warna, tulisan dan
sebagainya (KFSC, 2012: 583, 587; GPISC, 2012: 1055). Sebagai panduan, GPI
akan menunjukkan contoh bagaimana menghasilkan powerpoint yang berkesan
(GPISE, 2012: 1439).

Jadual 4.52: Penambahbaikan Powerpoint Semasa Penggunaan Pelajar


Bil. Penambahbaikan Pembentangan SA SB SC SD SE
1. Isi pembentangan x - x - x
2. Warna x - x - -
3. Bahan rujukan x - x - -
4. Tulisan - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J50

Tiga penambahbaikan yang seterusnya tidak mencapai tahap pola, iaitu


warna, bahan rujukan, dan tulisan. Bagi bahan rujukan, GPI sentiasa memastikan
bahawa maklumat powerpoint sentiasa merujuk kepada buku teks kerana rujukan
utama (GPISA, 2012: 930). Manakala penerangan pelajar pula turut diberikan
teguran oleh GPI kerana kekurangan sumber rujukannya (GPISC, 2012: 920, 1055).
Penulisan maklumat pada powerpoint pelajar sememangnya tidak menjadi masalah.
Hal ini kerana hanya GPISC sahaja yang ada membuat penambahbaikan terhadap
tulisan pelajar (GPISC, 2012: 920, 1055).
218

(b) Penggunaan Guru: Penggunaan powerpoint oleh GPI yang dikenal pasti
melalui dapatan kajian ialah pembinaan dan penerangan. Kedua-dua cara
penggunaan oleh GPI ini akan dijelaskan berdasarkan jadual dapatan yang
diperolehi.

(i) Pembinaan: Powerpoint yang digunakan oleh GPI di SA-SE melalui proses
pembinaan yang perlu dilakukan. Proses pembinaan meliputi tiga jenis, iaitu ciri penulisan,
ciri tulisan, dan hiasan.

Ciri Penulisan: Pembinaan powerpoint oleh GPI ini dijelaskan melalui dapatan
kajian pada Jadual 4.53. Penulisan semasa menggunakan powerpoint mementingkan
cirinya yang menjadi amalan GPI di SA-SE. Terdapat lapan ciri penulisan GPI pada
powerpoint meliputi dapatan pola dan tidak pola. Pola dapatan kajian ini ialah had
baris ayat, lebih banyak perkataan, bersambung, dan tambah kekurangan.

Ciri penulisan tertinggi ialah berkenaan had baris ayat yang digunakan dalam
powerpoint. GPI mementingkan amalan tersebut untuk tujuan maklumat yang ada
pada powerpoint jelas dilihat oleh pelajar. Had baris ayat juga merupakan ciri
penulisan GPI di SA-SD. Jumlah perkataan juga menentukan bilangan baris ayat
yang akan digunakan. Oleh sebab itu, GPI membataskan penggunaan perkataan
hanya untuk isi penting sahaja (OBSB, 2012: 197, 198; PYSB, 2012: 241; GPISB,
2012: 1022, 1024; ADSC, 2012: 447, 449; OBSC, 2012: 86, 87; GPISC, 2012: 1080;
KFSD, 2012: 397, 399, 402; GPISD, 2012: 685, 859). Tujuan batasan perkataan
dibuat adalah untuk membolehkan tulisan kekal bersaiz besar. Tulisan besar juga
akan memberi kesan kepada penglihatan pelajar (PYSA, 2012: 333; GPISA, 2012:
880; OBSB, 2012: 171, 198; PYSC, 2012: 423).

Jadual 4.53: Ciri Penulisan Powerpoint Semasa Penggunaan Guru


Bil. Ciri Penulisan SA SB SC SD SE
1. Had baris ayat x x x x -
2. Lebih banyak perkataan x x - x -
3. Bersambung x x - x -
4. Tambah kekurangan x - x x -
5. Tajuk setiap slaid - - x x -
6. Beza saiz tajuk - x x - -
7. Jarak antara baris x - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J51
219

Manakala bagi ciri penulisan yang paling rendah sekali ialah jarak antara
baris dan hanya diwakili oleh GPI di SA dan SD (KFSA, 2012: 381, 382; OBSB,
2012: 174, 197, 198). Kesannya terdapat ruang antara dua baris maklumat pada setiap
slaid (ADSB, 2012: 72; KFSD, 2012: 415, 416). Jarak antara baris tidak perlu terlalu
besar dan terlalu kecil kerana akan memberikan kesan yang pelbagai (KFSD, 2012:
410, 412).

Penulisan Isi Penting: Di bawah ciri penulisan powerpoint, penulisan maklumat


penting turut diambil kira. Guru Pendidikan Islam mempunyai cara tersendiri yang
diamalkan terhadap penulisan isi penting semasa menggunakan powerpoint. Semasa
penulisan powerpoint, terdapat beberapa istilah yang dianggap penting oleh GPI
untuk pengetahuan pelajar. Oleh yang demikian, ciri penulisan istilah penting
diamalkan oleh GPI merujuk kepada Jadual 4.54. Terdapat enam ciri penulisan
istilah penting, iaitu bold, garis dan highlight, warna, ayat penuh, pengulangan,
besarkan. Namun hanya dua sahaja ciri yang mencpaai tahap pola, iaitu bold serta
garis dan highlight.

GPI di SA, SB, dan SD ada membuat bold (PYSA, 2012: 327; GPISA, 2012: 872;
OBSB, 2012: 177; PYSB, 2012: 293; ADSC, 2012: 459; KFSD, 2012: 864, 872) pada
istilah yang penting untuk tujuan perhatian pelajar (GPISA, 2012: 872; OBSB, 2012: 177).
Pelajar juga dapat membezakan antara isi penting dan tidak penting (KFSD, 2012: 871).
Hal ini membantu memudahkan pelajar untuk mengingat istilah-istilah penting tersebut
(OBSB, 2012: 177).

Jadual 4.54: Istilah Penting Pada Powerpoint Semasa Penggunaan Guru


Bil. Penulisan Istilah Penting SA SB SC SD SE
1. Bold x x - x -
2. Garis & Highlight x - x x -
3. Warna x - - x -
4. Ayat penuh x - - - -
5. Pengulangan x - - x -
6. Besarkan x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J52

Amalan garis dan highlight yang diwakili oleh GPI di SA, SC, dan SD juga
mencapai tahap pola. GPI menggariskan istilah penting yang ditulis di powerpoint
220

(KFSA, 2012: 416, 419; PYSA, 2012: 327; OBSB, 2012: 177; KFSD, 2012: 864) untuk
memudahkan pelajar fokus menghafalnya (KFSA, 2012: 416, 417; OBSB, 2012: 177).
Selain itu, GPI akan highlight istilah yang penting sahaja kemudia akan disusuli
dengan penerangan terperinci (GPISD, 2012: 863).

Ciri yang paling kurang sekali diamalkan ialah besarkan istilah penting tersebut.
Pada Jadual 4.52, hanya GPISA sahaja yang mengamalkannya. Amalan ini bermaksud
GPI akan membersarkan tulisan untuk istilah penting sahaja (GPISA, 2012: 872). Namun
ianya tidak sesuai kerana tulisan bersaiz besar hanya sesuai untuk tajuk dan subtajuk utama
sahaja (ADSC, 2012: 457).

Bentuk Penulisan: Tema lain di bawah ciri penulisan powerpoint ialah bentuk
penulisan yang diamalkan oleh GPI di SA-SE. Jadual 4.55 menjelaskan ciri
penulisan dari aspek bentuk yang dilakukan oleh GPI. Terdapat empat bentuk
penulisan powerpoint, iaitu bullet and numbering, anak panah, table/jadual, dan ayat
penuh. Daripada keseluruhan amalan tersebut, hanya satu amalan sahaja yang
mencapai tahap pola, iaitu bullet and numbering. Hal ini seperti yang dibuktikan oleh
PYSA, 2012: 320: " maklumat yang ustaz gunakan tu dalam bentuk point-point dan
tulisan yang ustaz gunakan tu sesuai untuk dibaca oleh semua pelajar kelas. "
PYSA, 2012:320.

Penggunaan bullet and numbering adalah bersesuaian dengan ciri powerpoint


yang mengutamakan penulisan isi-isi penting ADSA, 2012: 103, 265; KFSA, 2012:
292; GPISA, 2012: 872; GPISC, 2012: 1089; GPISD, 2012: 685, 778; GPISE, 2012:
1341). Amalan ini diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Penulisan bentuk ini
disebabkan GPI biasa menggunakan bentuk peta minda pada powerpoint (ADSA,
2012: 361; ADSC, 2012: 496, 501; KFSD, 2012: 386). Penggunaan bentuk ini
bermaksud penulisan GPI adalah penting dan perlu diambil perhatian oleh pelajar
(ADSA, 2012: 107, 265, 361; KFSA, 2012: 206, 292; OBSB, 2012: 200; PYSB, 2012:
207, 208, 211, 231, 240; GPISD, 2012: 685; GPISE, 2012: 1341). Kesan penulisan
bentuk ini sesuai untuk penglihatan, pembacaan, dan pemahaman pelajar (PYSA,
2012: 320 ; GPISA, 2012: 872; OBSB, 2012: 200; PYSB, 2012: 209, 211, 232).
221

Jadual 4.55: Ciri Bentuk Penulisan Powerpoint Semasa Penggunaan Guru


Bil. Bentuk Penulisan SA SB SC SD SE
1. Bullet and Numbering x x x x x
2. Anak panah - - x x -
3. Table - - x x -
4. Ayat penuh x - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J53

Manakala dapatan yang paling rendah sekali ialah ayat penuh yang hanya
diwakili oleh GPI di SA dan SC. Amalan penulisan ayat penuh biasa digunakan oleh
GPI untuk menjelaskan sesuatu istilah dengan lengkap (KFSA, 2012: 287; GPISC,
2012: 1073, 1074, 1081). Penulisan ayat penuh mampu memberikan kefahaman
kepada pelajar khususnya pengertian sesuatu bab (OBSB, 2012: 172). Walaupun
melibatkan penggunaan ayat yang panjang, tetapi tulisan yang digunakan oleh GPI
adalah besar (GPISC, 2012: 1073, 1074, 1081).

Ciri Tulisan: Bagi ciri tulisan yang diamalkan oleh GPI di SA-SE turut diamalkan dalam
penulisan powerpoint. Ciri ini hanya fokus kepada tulisan yang digunakan pada
powerpoint sepertimana yang dijelaskan pada Jadual 4.56. Ciri tulisan semasa
menggunakan powerpoint merupakan dapatan yang diperoleh hasil temu bual GPI di SA-
SE. Dapatan menunjukkan ciri tulisan yang diamalkan oleh GPI semasa menulis maklumat
menggunakan powerpoint. Terdapat enam ciri tulisan yang diperolehi mencapai tahap pola.
Ciri, kelihatan, jelas, besar, kontra, ringkas, formal dan warna adalah tujuh ciri yang
dihasilkan. Ciri kelihatan, jelas, dan besar diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Ciri
kelihatan adalah yang tertinggi diamalkan oleh semua GPI (ADSA, 2012: 102; KFSA,
2012: 268, 376). Faktor kelihatan tulisan adalah disebabkan peralatan dalam keadaan baik
(KFSA, 2012: 233). Kelihatan tulisan juga disebabkan penulisan GPI dalam bentuk isi
penting yang tersusun (PYSA, 2012: 320). Selain itu GPI pandai menggunakan jenis, saiz
dan warna tulisan serta latar belakang slaid untuk menampakkan tulisan (OBSB, 2012: 165,
171; GPISB, 2012: 1034; ADSC, 2012: 485, 489, 498; KFSD, 2012: 344, 349; PYSD,
2012: 333; GPISD, 2012: 680).

Kesan ciri kelihatan ini akan memudahkan pelajar untuk memahami


penerangan dan penulisan GPI (KFSA, 2012: 151). Pelajar juga akan rasa selesa
penglihatan mereka untuk melihat maklumat pada slaid (KFSA, 2012: 233; PYSA,
222

2012: 355; GPISA, 2012: 890; OBSB, 2012: 165, 171; KFSB, 2012: 654, 658, 674,
676; ADSC, 2012: 437).

Ciri tulisan jelas juga diperlukan di samping ciri tulisan boleh lihat (ADSA,
2012: 104; KFSA, 2012: 268, 375; GPISA, 2012: 889; OBSB, 2012: 167; KFSB, 2012:
707; PYSB, 2012: 240, 247; ADSC, 2012: 438; PYSC, 2012: 424; KFSD, 2012: 346,
349; PYSD, 2012: 333, 355; GPISD, 2012: 734, 863; KFSE, 2012: 568; GPISE, 2012:
1379, 1456, 1486). Ciri tulisan jelas ini bertujuan untuk membolehkan pelajar
melihat tulisan dari jarak jauh (ADSA, 2012: 102; PYSA, 2012: 335; OBSB, 2012:
171). Selain itu, tulisan jelas juga memberi maksud gambaran isinya disusun dengan
teratur dan mudah faham (ADSA, 2012: 104, 271; KFSA, 2012: 151; GPISA, 2012:
889; KFSD, 2012: 207).

Jadual 4.56: Ciri Tulisan Powerpoint Semasa Penggunaan Guru


Bil. Ciri Tulisan SA SB SC SD SE
1. Kelihatan x x x x x
2. Jelas x x x x x
3. Besar x x x x x
4. Kontra x x x x -
5. Ringkas x x - x x
6. Formal x x - x x
7. Warna - - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J54

Ciri tulisan yang ketiga tertinggi ialah besar. Ciri ini juga diperlukan bagi
memastikan pelajar boleh nampak dari jarak jauh terutamanya tajuk besar (ADSA, 2012:
102, 263; OBSB, 2012: 167; ADSC, 2012: 443, 454; OBSC, 2012: 74; GPISC, 2012:
1073, 1074). Langkah yang dilakukan oleh GPI adalah dengan menggunakan tulisan
bersaiz besar (ADSA, 2012: 93, GPISB, 2012: 1025; KFSD, 2012: 349; GPISD, 2012:
675; GPISE, 2012: 1379, 1486). Ciri penulisan ringkas diwakili oleh semua GPI kecuali
GPISC (PYSA, 2012: 321; GPISA, 2012: 881, 937; OBSB, 2012: 165, 198; KFSB, 2012:
705; PYSB, 2012: 209, 219, 234; ADSC, 2012: 446, 496; KFSD, 2012: 386, 390, 399;
KFSD, 2012: 406, 462; PYSD, 2012: 318, 355, 711, 770; GPISD, 2012: 626, 627, 643;
GPISE, 2012: 1454). Ciri ringkas yang dimaksudkan ialah penulisan GPI mestilah tidak
terlalu padat sehingga mengganggu fokus pelajar (GPISA, 2012: 887, 917; OBSB, 2012:
176; OBSB, 2012: 176, 198, 214; KFSB, 2012: 705; PYSB, 2012: 209; ADSC, 2012:
478). Ringkasan penulisan GPI di powerpoint dapat dikenal pasti melalui bilangan
223

perkataan yang ditulis pada setiap slaid (OBSB, 2012: 176; KFSD, 2012: 399; GPISD,
2012: 685). Tujuan ciri penulisan ringkas ini adalah untuk memudahkkan pelajar untuk
melihat isi penting yang disampaikan (GPISA, 2012: 867; OBSB, 2012: 165; PYSD,
2012: 318).

Ciri tulisan yang tidak mencapai tahap pola ialah warna. Namun ada GPI
yang menekankan penggunaan warna serta diterapkan dalam PdP mereka (KFSA,
2012: ). Majoriti GPI tidak mengamalkan penggunaan warna dalam powerpoint
mereka. Hal ini kerana GPI perlu bijak padankan warna yang sesuai untuk
penglihatan pelajar (ADSA, 2012: 104, 259; OBSB, 2012: 165; ADSC, 2012: 435,
439; KFSD, 2012: 189, 301).

Penetapan hiasan pada powerpoint semasa penggunaan powerpoint turtu


dilakukan oleh GPI di SA-SE. Hiasan pada bahan bantu mengajar yang dihasilkan sendiri
oleh GPI merupakan satu idea menarik. Hanya GPI yang berkemahiran sahaja mampu
untuk menghias powerpoint sehingga menarik perhatian pelajar. Jadual 4.57 adalah antara
jenis hiasan yang dihasilkan oleh GPI menggunakan powerpoint. Terdapat enam jenis
kesemuanya dan hanya dua sahaja yang mencapai tahap pola, iaitu biasa dan animasi.

Hiasan powerpoint secara biasa diamalkan oleh GPI SA, SB, dan SE. Maksud
hiasan biasa ini ialah sesuaikan latar belakang dengan warna tulisan (KFSA, 2012: 271,
279, 283; GPISA, 2012: 927; OBSB, 2012: 164). Penyusunan maklumat juga teratur dan
tidak terlalu sesak dengan maklumat yang padat (PYSA, 2012: 322; GPISE, 2012: 1341).
Secara umumnya, hiasan yang perlu pada powerpoint mestilah tidak terlalu menyusahkan
pelajar untuk melihat (PYSA, 2012: 323; GPISA, 2012: 921)

Jadual 4.57: Hiasan Powerpoint Semasa Penggunaan Guru


Bil. Hiasan Menggunakan Powerpoint SA SB SC SD SE
1. Biasa x x - - x
2. Animasi x x - x -
3. Warna x - - x -
4. Kreatif x - - - -
5. Kemas - - - x -
6. Tiada bunyi - x - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J55
224

Penggunaan animasi juga merupakan hiasan yang ada pada powerpoint GPI.
Dapatan ini mencapai tahap pola diwakili oleh GPI SA, SB, dan SD. Antara animasi
yang digunakan oleh GPI ialah pergerakan tulisan ataupun gambar (GPISA, 2012:
916; KFSB, 2012: 660, 628; GPISB, 2012: 1053; GPISD, 2012: 949). Pergerakan
tersebut pada jumlah yang sedikit dan tidak mengganggu fokus pelajar (GPISA,
2012: 917; KFSB, 2012: 668, 670).

Manakala empat jenis hiasan tidak mencapai tahap pola, iaitu warna, kreatif,
kemas, dan tiada bunyi. Hiasan bersifat kemas tidak mencapai tahap pola kerana
hanya diwakili oleh GPISD sahaja. Hal ini tidak bermaksud GPI tidak mementingkan
kekemasan tetapi susunan yang teratur lebih diutamakan (KFSD, 2012: 254, 259).

(ii) Penerangan: Aspek penerangan yang dilakukan oleh GPI di SA-SE berdasarkan
dapatan kajian terbahagi kepada empat jenis, iaitu ciri penerangan, kedudukan guru,
penglihatan, dan alat menunjuk. Ciri penerangan yang diperolehi adalah merujuk kepada
Jadual 4.56.

Jadual 4.58: Ciri Penerangan Powerpoint Semasa Penggunaan Guru


Bil. Penerangan GPI SA SB SC SD SE
1. Lepas baca point & Berperingkat x x - x -
2. Lisan x x - x -
3. Beri kefahaman x - - x -
4. Sedia kata kunci - x - x -
5. Beri tumpuan - - - x -
6. Suara - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J56

Ciri penerangan GPI yang tertinggi ialah dilakuan selepas daripada baca point
dan secara berperingkat. Ciri ini diamalkan oleh GPI di SA, SB, dan SD. Ciri
penerangan lepas baca point bermaksud GPI membacakan isi penting dahulu
kemudian disusuli dengan penerangannya (ADSA, 2012: 224, 231; KFSA, 2012: 318;
OBSB, 2012: 187; PYSB, 2012: 207; KFSD, 2012: 247; PYSD, 2012: 356, 377;
GPISD, 2012: 782, 849). Manakala ciri berperingkat pula bermaksud GPI
menerangkan sedikit demi sedikit tanpa keseluruhannya (KFSA, 2012: 318, 321;
OBSB, 2012: 154, 156, 218; KFSD, 2012: 422, 426; GPISD, 2012: 836, 840). Ciri
seterusnya yang mencapai tahap pola ialah lisan. Bagi ciri penerangan yang paling
225

rendah pula ialah beri tumpuan, dan suara. Kekuatan suara ketika penerangan juga
merupakan satu sebab pelajar dapat menumpukan perhatian mereka. Namun, ciri
suara ini hanya diwakili oleh GPISD sahaja.

Kedudukan Penerangan: Kedudukan GPI semasa penerangan hanya diperolehi dua


tema sahaja yang mencapai tahap pola. Kedua-dua amalan tersebut dapat dilihat pada
Jadual 4.59 yang menjelaskan bahawa kedudukan tidak tetap dan tidak halang pelajar
menjadi amalan GPI di SA-SE.

Jadual 4.59: Kedudukan Ketika Penerangan Powerpoint Semasa Penggunaan Guru


Bil. Kedudukan Penerangan GPI SA SB SC SD SE
1. Tidak tetap x x - x x
2. Tidak halang penglihatan x x - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J57

Bagi kedudukan GPI, ciri yang tertinggi ini menjelaskan kedudukan GPI semasa
memberikan penerangan. Kedudukan GPI semasa penerangan adalah tidak tetap (KFSA,
2012: 445; PYSA, 2012: 349). Ada masanya GPI akan berpusing-pusing keliling kelas
semasa penerangan (KFSA, 2012: 440, 445, 447; PYSA, 2012: 349; KFSD, 2012: 288,
290; PYSD, 2012: 339, 341, 347; GPISD, 2012: 705, 713). Adakalanya GPI akan berdiri
pada satu tempat (KFSA, 2012: 455; OBSB, 2012: 204; PYSD, 2012: 347) atau
berdekatan dengan pelajar setelah berjalan-jalan keliling kawasan kelas (KFSA, 2012:
451, 452). Kedudukan GPI yang statik adalah di sebelah tepi kana atau kiri skrin
powerpoint (OBSB, 2012: 204, 205, 207; PYSB, 2012: 277; OBSC, 2012: 76; KFSD,
2012: 282; GPISD, 2012: 701, 705; GPISE, 2012: 1404). Secara umumnya, kedudukan
GPI mestilah tidak menghalang penglihatan pelajar untuk melihat maklumat pada slaid
(OBSC, 2012: 76).

Cara Penglihatan: Penggunaan powerpoint perlu mementingkan penglihatan, iaitu


semua pelajar dapat melihat slaid yang ditayangkna oleh GPI. Hal ini kerana
pancaran LCD projektor boleh menyebabkan pancaran di skrin tidak kelihatan.
Selain itu, beberapa cara perlu dilakukan untuk memastikan pelajar boleh melihat
slaid powerpoint tersebut. Jadual 4.60 menunjukkan cara yang diamalkan oleh GPI
untuk memastikan pelajar boleh lihat. Dua cara tersebut ialah pindah depan, dan
tutup lampu. Pindah depan merupakan cara yang mencapai tahap pola kerana
226

diwakili oleh GPI SA, SD, dan SE. Amalan ini dilakukan sendiri oleh pelajar tanpa
disuruh oleh GPI (KFSA, 2012: 367, 368, 371). Namun jika diketahui, GPI tidak
akan memarahinya bahkan menggalakkan pelajar ke hadapan (KFSD, 2012: 331;
GPISE, 2012: 1394).

Jadual 4.60: Cara Penglihatan Powerpoint Semasa Penggunaan Guru


Bil. Cara Penglihatan SA SB SC SD SE
1. Pindah depan x - - x x
2. Tutup lampu - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J58

Manakala cara tutup lampu hanya diwakili oleh GPISD sahaja dan tidak
mencapai tahap pola. Lampu yang ditutup bukanlah keseluruhan tempat PdP tetapi
hanya yang berhampiran dengan skrin powerpoint sahaja (KFSD, 2012: 326, 337).

Alat Menunjuk: Perbincangan terakhir pada penggunaan guru ialah alat menunjuk
semasa menggunakan powerpoint. Jadual 4.61 menunjukkan empat jenis alat menunjuk
yang digunakan oleh GPI di SA-SE. Alat yang tertinggi digunakan untuk menunjuk
semasa menggunakan powerpoint ialah kursor (tetikus) (GPISA, 2012: 958, 962; KFSB,
2012: 680, 683; PYSD, 2012: 349; GPISD, 2012: 745, 749; GPISE, 2012: 1354, 1359,
1404) yang diwakili oleh semua kecuali GPISC. Hal ini dibuktikan dengan jelas melalui
temu bual bersama PYSD: (BBM:PPT/PGGPG/PNR/AMJ/KSO) "ataupun ada masa
ustaz akan pergi dekat cursor tu dan gunakan untuk menunjuk lah." PYSD, 2012: 349.
Penggunaan kursor lebih memudahkan berbanding menggunakan laser point (GPISA,
2012: 958, 962; GPISE, 2012: 1354, 1359).

Lebih memudahkan, ada GPI yang hanya menggunakan kekuatan suara untuk
menunjukkan kepada pelajar maklumat yang ingin difokuskan. Hal ini bermaksud
bahawa GPI hanya menyebut sahaja maklumat yang ingin dijelaskan kepada pelajar
(OBSB, 2012: 191, 193; PYSB, 2012: 281, 287; GPISC, 2012: 1095; KFSD, 2012:
301). Selain itu, GPI juga ada menggunakan marker pen, rotan & kayu sebagai
penunjuk maklumat pada powerpoint. Penggunaan marker pen sebagai penunjuk
adalah disebabkan GPI memancarkan LCD projektor di papan putih. Hal ini
memudahkan GPI untuk membuat tanda pada maklumat yang dipancarkan (KFSA,
2012: 326, 329; GPISA, 2012: 962). Ada juga sekolah yang masih disediakan
227

pembaris kayu panjang untuk pelbagai guna. GPI menggunakan kemudahan tersebut
untuk tujuan menunjuk maklumat semasa menggunakan powerpoint (GPISC, 2012:
1094; KFSD, 2012: 297, 301).

Jadual 4.61: Alat Menunjuk Powerpoint Semasa Penggunaan Guru


Bil. Jenis Alat Menunjuk SA SB SC SD SE
1. Kursor x x - x x
2. Suara x x x x -
3. Marker pen, Rotan & kayu x - x x -
4. Tangan x - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J59

Amalan yang tidak mencapai tahap pola pula ialah GPI menggunakan tangan
untuk menunjuk semasa menggunakan powerpoint. Hal ini kerana peralatan untuk
menunjuk sedia ada tidak dapat digunakan pada waktu PdP yang diperlukan (GPISA,
2012: 962; PYSD, 2012: 347).

(c) Penggunaan Pelajar dan Guru: Penggunaan powerpoint yang melibatkan


penyertaan pelajar dan guru merujuk kepada dapatan kajian terdapat tiga jenis, iaitu
aktiviti, integrasi, dan penggunaan sumber.

(i) Aktiviti: Penglibatan pelajar dan guru adalah melalui aktiviti yang dilakukan
oleh GPI semasa PdP. Semasa penerangan GPI menggunakan powerpoint, GPI
sangat menggalakkan penglibatan pelajar. Terdapat beberapa jenis penglibatan
pelajar semasa penerangan GPI menggunakan powerpoint seperti pada Jadual 4.62.
Antaranya ialah bacaan, pertanyaan, menjawab. Interaksi, penulisan, hafalan,
penerangan, dan semakan. Hal ini dibuktikan melalui temu bual KFSA:
(BBM:PPT/PGGPG/PNR/LBTP) "emmm, ada. kalau macam masuk kelas tu semua
orang macam hambar, semua orang mengantuk saja nanti ustaz tanya lah sapa nak
baca, nanti baca lah." KFSA, 2012: 1018.

Aktiviti yang mencapai tahap pola pula ialah bacaan dan pertanyaan yang diwakili
oleh GPI di SA, SD, dan SE. Penglibatan pelajar untuk bacaan merupakan yang tertinggi
diamalkan (ADSA, 2012: 144, 220; KFSA, 2012: 333, 335, 1009, 1021; PYSA, 2012:
428; GPISA, 2012: 947; OBSB, 2012: 182; GPISD, 2012: 761, 762; GPISE, 2012: 1346)
kerana GPI dapat memperbetulkan bacaan pelajar (ADSA, 2012: 222; KFSA, 2012: 340,
228

342). Cara bacaan yang diminta oleh GPI adalah secara individu (ADSA, 2012: 223;
KFSA, 2012: 353, 356, 357, 1018; OBSB, 2012: 184, 185) dan beramai-ramai (KFSA,
2012: 339, 353, 357, 1013; OBSB, 2012: 183). Bacaan juga bergantung kepada kehendak
GPI sama ada secara kuat (OBSB, 2012: 185) ataupun secara perlahan (GPISA, 2012:
937; KFSD, 2012: 230; PYSD, 2012: 376). Bagi aktiviti kedua tertinggi yang diamalkan,
pertanyaan adalah daripada GPI (ADSA, 2012: 144; KFSA, 2012: 420, 432, 433; OBSB,
2012: 182, 183, 184, 185; OBSC, 2012: 109; PYSD, 2012: 366, 367, 369, 371; GPISD,
2012: 970, 971; GPISE, 2012: 1350, 1461) dan pelajar itu sendiri (OBSC, 2012: 112, 126;
KFSD, 2012: 371, 379). Tujuan pertanyaan daripada GPI adalah untuk mengetahui tahap
kefahaman (GPISD, 2012: 971) dan pengetahuan sedia ada pelajar (OBSB, 2012: 160).

Semasa pembentangan powerpoint oleh GPI ataupun kumpulan pelajar,


terdapat pelbagai aktiviti yang akan diwujudkan oleh guru ataupun pelajar. Sebagai
contoh dapatan pada Jadual 4.60 menunjukkan bahawa terdapat empat aktiviti GPI
dan pelajar yang melibatkan soal jawab. Namun semua aktiviti tersebut tidak
mencapai tahap pola kerana tidak diwakili oleh majoriti GPI. Aktiviti soal jawab
yang tertinggi ialah pelajar tanya dan diwakili oleh GPISC dan GPISE. Aktiviti ini
kebiasaannya berlaku di akhir setiap pembentangan GPI atau kumpulan pelajar
(ADSA, 2012: 501, OBSC, 2012: 92). Pertanyaan pelajar itu akan dijawab oleh
pembentang kumpulan pelajar ataupun GPI sendiri (OBSC, 2012: 127, 146; KFSC,
2012: 578; GPISC, 2012: 1048, 1049; KFSE, 2012: 29, 485, 547, 549).

Jadual 4.62: Penglibatan Pelajar dan Guru Semasa Penggunaan Powerpoint


Bil. Penglibatan Aktiviti SA SB SC SD SE
1. Bacaan x - - x x
2. Pertanyaan x - - x x
3. Pelajar Tanya - - x - x
4. Guru bantu jawab - - x - x
5. Pembentang jawab - - x - x
6. Guru Tanya - - x - -
7. Menjawab - - - x -
8. Interaksi x - - - -
9. Penulisan x - - - -
10. Hafalan x - - - -
11. Penerangan x - - - -
12. Semakan x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J60
229

Aktiviti guru bantu jawab merupakan amalan kedua tertinggi yang diwakili
oleh GPISC dan GPISE. Aktiviti ini hanya dilakukan oleh GPI sahaja yang bertindak
sebagai pemantau kepada aktiviti pembentangan pelajar serta membantu memberikan
jawapan (ADSA, 2012: 502; OBSC, 2012: 99, 104, 127; GPISC, 2012: 1050, 1051;
KFSE, 2012: 553, 556). Aktiviti pembentang jawab pula merupakan perancangan
asal pada waktu pembentangan pelajar (GPISC, 2012: 1049; KFSE, 2012: 553).
Aktiviti terakhir ialah guru tanya dan diwakili oleh GPISC sahaja. Aktiviti ini
dilakukan oleh GPI sahaja yang bertanyakan kepada kumpulan pelajar selepas
pembentangan mereka (OBSC, 2012: 93, 120, 124, 133, 146; GPISC, 2012: 1048,
1049).

Manakala aktiviti yang tidak mencapai tahap pola pula ialah menjawab, interaksi,
penulisan, hafalan, penerangan, dan semakan. Aktiviti yang paling rendah sekali ialah
semakan yang diwakili oleh GPISA sahaja. Tujuan GPI meminta pelajar membuat
semakan adalah untuk memastikan tiada kesalahan maklumat yang disampaikan (PYSA,
2012: 440).

(ii) Integrasi: Penggunaan powerpoint mampu menarik perhatian pelajar apabila


disatukan penggunaannya dengan bahan lain. Amalan GPI terhadap integrasi bahan-
bahan semasa menggunakan powerpoint dijelaskan pada Jadual 4.63. Hal ini juga
dijelaskan berdasarkan temu bual KFSA: (BBM:PPT/PGGPG/ITG) tapi untuk
jadikan powerpoint tu lagi menarik, ustaz akan buat penambahan contohnya video,
gambar, dan sebagainya lah, banyak juga ustaz gunakan." KFSA, 2012: 157.
Terdapat empat jenis bahan yang digunakan leh GPI untuk diintegrasikan
penggunaannya dengan powerpoint. Antaranya ialah gambar, video, papan putih, dan
Mp3.

Integrasi powerpoint dan gambar merupakan yang tertinggi diamalkan kerana


diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Terdapat dua cara penggunaan gambar, iaitu
sebagai penjelasan maklumat dan latar belakang setiap slaid (ADSA, 2012: 395, 397,
413; GPISA, 2012: 855, 927, 1029, 1030; ADSC, 2012: 488; NotaSC, 2012: 574;
GPISC, 2012: 988; KFSD, 2012: 180; GPISE, 2012: 1363, 1368). Tujuan penggunaan
gambar dengan powerpoint adalah untuk menarik minat pelajar untuk lihat, baca, dan
faham slaid yang ditayangkan (KFSA, 2012: 157; KFSD, 2012: 180, 181; GPISE,
230

2012: 1462). Hal ini kerana setiap gambar yang digunakan adalah berkaitan dengan
tajuk pelajaran yang diajar oleh GPI (ADSA, 2012: 116, 240, 309, 395, 397; GPISA,
2012: 855, 1028, 1035; OBSB, 2012: 217; NotaSC, 2012: 574; GPISC, 2012: 1009;
GPISE, 2012: 1368). Manakala bilangan gambar yang digunakan dalam satu slaid
adalah sebanyak dua hingga empat keping gambar (GPISA, 2012: 860; OBSB, 2012:
216; GPISC, 2012: 988; KFSD, 2012: 254).

Jadual 4.63: Integrasi Semasa Penggunaan Powerpoint


Bil. Integrasi Bahan SA SB SC SD SE
1. Gambar x x x x x
2. Video x x x - -
3. Papan putih x - - - -
4. Mp3 - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J61

Bahan yang paling kurang digunakan semasa amalan integrasi ini ialah Mp3
ataupun audio yang hanya diwakili oleh GPISC. Tujuan penggunaan Mp3 adalah sekadar
untuk mendengarkan ayat-ayat hafazan kepada pelajar sahaja (NotaSC, 2012: 577; GPISC,
2012: 353, 1043). Papan putih juga menjadi bahan integrasi dengan powerpoint yang
diwakili oleh GPISA. Menariknya, GPISA menggunakan powerpoint di kelas sahaja
(NotaSA, 2012: 52; KFSA, 2012: 241, 247). Segala peralatan powerpoint disediakan
sendiri oleh GPI dan dipancarkan powerpoint tersebut ke papan putih (KFSA, 2012: 57,
425). Kesannya, penggunaan powerpoint akan kelihatan seolah-olah seperti papan putih
interaktif (smartboard) (KFSA, 2012: 60, 226, 427).

(iii) Penggunaan Sumber: Penggunaan powerpoint semasa PdP GPI adalah


bergantung kepada sumber-sumber yang digunakan oleh GPI untuk
mendapatkannya. Ada antara GPI di SA-SE yang menghasilkan sendiri dan ada juga
powerpoint yang diperolehi sudah siap dibina. Oleh yang demikian, terdapat dua
jenis sumber yang digunakan oleh GPI untuk menghasilkan powerpoint dan
mendapatkannya.

Sumber Bahan: Sumber pertama ialah sumber bahan yang digunakan oleh GPI untuk
memperolehi powerpoint yang akan digunakan semasa PdP. Jadual 4.64 menunjukkan
jenis-jenis sumber bahan yang digunakan oleh GPI untuk mendapatkan powerpoint.
Terdapat empat jenis sumber yang digunakan oleh GPI, iaitu rakan, guru, pelajar, dan
231

internet. Tiga daripadanya mencapai tahap pola yang diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE
manakala satu sumber, iaitu internet tidak mencapai tahap pola. Sumber rakan adalah yang
tertinggi dan diwakili oleh GPI di SA, SD, dan SE. Sumber ini bermaksud GPI
mendapatkan powerpoint yang telah siap dibina daripada rakan-rakan mereka. Hal ini
dijelaskan melalui temu bual GPISA: (BBM:PPT/PGGPG/SMBR/BHN) "...yang awak
tengok baru ni tu kira baru yang tahap yang kedua tu. tahap pertama tu merupakan bahan
yang diambil daripada rakan dan sumber-sumber lain." GPISA, 2012: 928. Rakan yang
dimaksudkan oleh GPI adalah mereka yang berkhidmat sebagai guru mahupun semasa
belajar dahulu (GPISD, 2012: 562, 572, 602, 607, 617; GPISE, 2012: 1312). Sepertimana
yang dijelaskan oleh GPISE: "saya biasanya saya kongsi dengan kawan-kawan biasanya
saya ambil kawan-kawan punya." GPISD, 2012: 562. Perkongsian dengan rakan
memudahkan GPI kerana mereka boleh berpakat membahagikan tugasan untuk membuat
powerpoint (GPISD, 2012: 565, 566) dan berurusan menggunakan emai sahaja. Perkara
ini dibuktikan oleh temu bual GPISD: (BBM:PPT/PGGPG/SMBR/BHN/RKN) "kalau
dulu memang kitaorang kongsi-kongsi je... siapa buat kita ambil, kita email saja...
biasanya macam tu lah." GPISD, 2012: 565.

Jadual 4.64: Sumber Bahan Semasa Penggunaan Powerpoint


Bil. Sumber Bahan SA SB SC SD SE
1. Rakan x - - x x
2. Guru x - x x -
3. Pelajar x - x - x
4. Internet - - - - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J62

Sumber guru pula diwakili oleh GPI di SA, SC, dan SD. Guru yang
dimaksudkan ialah GPI sendiri yang menghasilkan powerpoint tersebut (PYSA,
2012: 440; GPISD, 2012: 547) seperti yang dinyatakan oleh PYSA: "ya, modul tu
dibina oleh guru." PYSA, 2012: 440. Powerpoint daripada GPI adalah merupakan
tajuk yang sukar dan GPI menghasilkannya bergantung kepada pengetahuan dan
kemudahan untuk penyampaiannya (GPISA, 2012: 927; GPISC, 2012: 906, 1065).
Hal ini dijelaskan oleh GPISC: (BBM:PPT/PGGPG/SMBR/BHN/GUR) "kalau
power point tu, dalam banyak-banyak pembentangan tu adalah daripada pelajar.
kalau yang melibatkan tilawah tu melibatkan kefahaman, daripada saya lah."
GPISC, 2012: 907. Namun tidak semua powerpoint itu dihasilkan oleh GPI kerana
ada yang hanya sekadar penambahbaikan dari bahan sedia ada seperti pernyataan
232

GPISA: "bukan keseluruhan saya buat sendiri. ada tambahan dan ubahan daripada
powerpoint yang saya dapat yang dah siap." GPISA, 2012: 852.

Pelajar juga termasuk dalam sumber-sumber GPI memperoleh powerpoint kerana


pembentangan pelajar melibatkan penyertaan pelajar untuk membina powerpoint (KFSC,
2012: 558, 560, 578). Hal ini dibuktikan merujuk kepada rancangan pengajaran GPI
(ADSC, 2012: 360): (BBM:PPT/PGGPG/SMBR/BHN/PJR) "Pelajar diarahkan oleh
responden untuk menyiapkan slaid power point di luar waktu PdP dan mestilah siap
sebelum tibanya waktu pembentangan mengikut giliran." ADSC, 2012: 360, dan kata-kata
KFSE: "kitorang buat sendiri. pelajar buat lah." KFSE, 2012: 480. Tugasan yang
diberikan kepada pelajar untuk membina powerpoint adalah diagihkan secara
berkumpulan (ADSC, 2012429 4; NotaSC, 2012: 392) merujuk kepada temu bual GPISA:
"powerpoint tu disediakan oleh pelajar secara berkumpulan lah." GPISA, 2012: 895. Bagi
memastikan hasil powerpoint pelajar tidak terdapat kesalahan, GPI akan menyemak dan
menambahbaik kandungannya (GPISC, 2012: 1060, 1066; KFSC, 2012: 560, 578) seperti
yang dikatakan oleh GPISC: (BBM:PPT/PGGP/PNBK) "tapi memang setakat ni untuk
saya, penggunaan power point tu yang dihasilkan oleh pelajar dan dengan penambahan
yang kita lakukan." GPISC, 2012: 1060.

Sumber internet adalah sumber yang tidak mencapai pola amalan sumber
dalam mendapatkan powerpoint. Sumber ini terdapat kekurangannya, iaitu GPI
perlukan masa yang panjang dan kemudahan yang mencukupi untuk mendapatkan
bahan di internet. Hal ini dijelaskan oleh GPISE melalui temu bual:

(GPISE, 2012): "kadang-kadang bila buat dekat makmal bestari ni tak ada
masa. spent masa dalam beberapa minit akhir tu, ktia bagi dia buka
internet. kalau ada internet lah, kalau komputer masa tu OK aaa... tak ada
masalah nak buka internet, kita bagi dia buka internet."
GPISE, 2012: 1522, 1526

Sumber Rujukan: Sumber kedua pula ialah sumber rujukan yang berkaitan dengan GPI
sebagai sumber dalam mendapatkan powerpoint seperti pada Jadual 4.64. GPI
menghasilkan sendiri powerpoint bergantung kepada sumber rujukan yang dirujuknya.
233

Jadual 4.65 menunjukkan sumber-sumber yang dirujuk oleh GPI semasa membuat
powerpoint.

Jadual 4.65: Sumber Rujukan Semasa Penggunaan Powerpoint


Bil. Sumber Rujukan SA SB SC SD SE
1. Buku teks x - x x x
2. Buku rujukan - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J63

Terdapat dua bahan rujukan GPI, iaitu buku teks dan buku rujukan. Hanya
buku teks sahaja yang mncapai tahap pola yang diwakili ole semua GPI kecuali di
SB. Majoriti GPI mengatakan bahawa penghasilan powerpoint adalah merujuk
kepada buku teks, sebagai contoh kata-kata GPISA:
(BBM:PPT/PGGPG/SMBR/RUJ/BKS) "kadang-kadang saya buat juga apa yang
sama dalam buku teks tu, saya taip lah kan" GPISA, 2012: 871. Hal ini juga
dikukuhkan dengan temu bual GPISC: (BBM:PPT/PGGPG/SMBR/RUJ/BKS)
"sebab apa yang dibentangkan tadi semuanya daripada buku teks atau buku
rujukan." GPISC, 2012: 1052. Kelebihan merujuk kepada buku teks semasa
membina powerpoint adalah kerana telah disediakan bab-bab dan isi penting setiap
tajuk. Pernyataan ini dibuktikan oleh GPISD: "biasanya kalau powerpoint ni lebih
kepada dalam buku teks dia ada bab-bab utama dengan dia punya point-point"
GPISD, 2012: 600.

Oleh itu, isi kandungan powerpoint GPI adalah sama seperti kandungan yang ada
dalam buku teks tanpa ada sebarang perubahan, selaras dengan pendapat GPISD:

(GPISD, 2012): "dia biasanya kalau kita buatpun bendanya sama je jadi
apa yang dibuat tu itu lah yang kita terima, memang itulah yang kita terima
itulah yang kita gunakan sebab... sebab kalau ubah pun sebenarnya tak ada
apa yang ubah sangat sebab dah sama bendanya memang tak ubah apa-
apa"
GPISD, 2012: 602

Sumber rujukan pula hanya diwakili oleh GPI di SC sahaja. Dapatan ini tidak
mencapai tahap pola kerana tidak diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE. GPI ada membuat
234

rujukan semasa menghasilkan powerpoint merujuk temu bual GPISC: sebab apa yang
dibentangkan tadi semuanya daripada buku teks atau buku rujukan." GPISC, 2012: 1052.

(3) Selesai Guna

Setelah selesai menggunakan powerpoint, amalan yang dilakukan oleh


kebanyakan GPI di SA-SE ialah merujuk kepada Jadual 4.66.

Jadual 4.66: Amalan Selesai Penggunaan Powerpoint


Bil. Cara Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Salin nota x x - x x
2. Latihan - - - x x
3. Rumusan x - - x -
4. Harapan x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J64

Pada amalan tersebut, terdapat empat cara amalan selesai guna oleh GPI di
SA-SE, iaitu salin nota, latiha, rumusan, dan harapan. Amalan penggunaan
powerpoint yang tertinggi ialah salin nota yang diwakili oleh GPI SA, SB, SD, dan
SE. Hal ini diakui oleh GPISA: (BBM:PPT/SSG/SNO) "mungkin sambil-sambil tu
ada pelajar yang salin, saya pun tak berapa perasan sangat kan" GPISA, 2012: 904.

Cara menyalin nota yang dimaksudkan ialah GPI memberikan masa dan
tanpa memberikan masa. Jika diberikan masa, pelajar merujuk kepada slaid
pembentangan GPI (ADSA, 2012: 147, 557; OBSB, 2012: 230; KFSB, 2012: 696;
KFSD, 2012: 499, 506). Manakala jika tiada masa, pelajar merujuk slaid
pembentangan secara langsung dan buku teks sebagai tambahan (KFSA, 2012: 223,
228; GPISA, 2012: 903, 904, 905; KFSD, 2012: 183; KFSE, 2012: 586). Manakala
amalan lain tidak mencapai tahap pola yang dilakukan dalam kalangan GPI di SA-
SE.

Jadual 4.49 sehingga Jadual 4.66 telah menjelaskan tentang amalan


penggunaan powerpoint oleh GPI di SA-SE. Powerpoint merupakan BBM yang
ketiga tertinggi digunakan oleh GPI ketika PdP kerana pelbagai kelebihannya. Oleh
235

itu, pengkaji meringkaskan penjelasan amalan tersebut merujuk kepada Rajah 4.8
amalan pola penggunaan powerpoint.

PERSEDIAAN Adaptasi

Isi Pelajaran

PENGGUNAAN
Pembinaan Penambahbaikan Semakan

Aktiviti Pelajar Isi Pembentangan Guru Semak


Penggunaan Pelajar
Kreatif

Penggunaan Guru Penerangan Pembinaan

Penglihatan Ciri Penulisan Ciri Tulisan


Pindah Depan Had Baris Ayat Ringkas
Lebih Banyak Kelihatan
Ciri Penerangan Perkataan
Jelas
Lisan Bersambung
Besar
Lepas Baca Point & Tambah Kekurangan
Berperingkat Kontra
Istilah Penting Formal/Biasa
Kedudukan Guru
Bold
Hiasan
POWERPOINT Tidak Tetap
Garis & Highlight
Tidak Halang Biasa
Bentuk
Penglihatan
Animasi
Bullet & Numbering
Alat Menunjuk
Table & Ayat Penuh
Kursor

Suara

Marker Pen, Rotan


& Kayu

Penggunaan Pelajar Penglibatan Pelajar Integrasi Sumber


& Guru
Bacaan Gambar
Bahan
Pertanyaan Video
Rakan

Guru

SELESAI GUNA Salin Nota Pelajar

Rujukan

Buku Teks

Rajah 4.8: Pola Amalan Penggunaan Powerpoint


236

4.3.4.4 Kertas Edaran

Kertas edaran merupakan salah satu BBM yang dapat membantu pengajaran
GPI sama ada di dalam mahupun luar kelas. Penggunaan kertas edaran adalah
inisiatif GPI yang menghasilkan sendiri bahan tersebut. Dalam bahagian kertas
edaran ini, pengkaji akan menjelaskan amalan penggunaannya merujuk kepada
jadual matrik dapatan kajian. Kertas edaran yang akan dibincangkan ini dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu latihan edaran dan nota edaran. Setiap jenis akan dijelasan
melalui tiga peringkat, iaitu persediaan, penggunaan, dan selesai guna.

(1) Latihan Edaran

Penggunaan latihan edaran oleh GPI bukanlah suatu yang baru tetapi sudah
lama diamalkan oleh kebanyakan guru di sekolah. Tujuan penggunaan latihan edaran
adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar kerana selain menghafal dan
mengingat, pelajar juga boleh menulis. Pembahagian pertama dalam penggunaan
kertas edaran adalah dari jenis latihan edaran. Penjelasan berkenaan latihan edaran
akan berlandaskan kepada peringkat penggunaan BBM dalam kalangan GPI di SA-
SE, iaitu persediaan, penggunaan, dan selesai guna.

(a) Persediaan

Peringkat pertama penggunaan latihan edaran adalah persediaan terhadap


BBM yang akan digunakan. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, Jadual 4.67
menunjukkan terdapat dua cara persediaan yang diamalkan oleh GPI di SA-SE. Cara
persediaan yang tertinggi diamalkan ialah hasilkan sendiri. Latihan edaran ini
dihasilkan sendiri oleh GPI di SC, SD, dan SE. Guru Pendidikan Islam menghasilkan
latihan edaran tersebut dengan menggunakan komputer, tulisan tangan, dan ada yang
237

diambil daripada buku latihan (ADSB, 2012: 664; GPISC, 2012: 971; KFSD, 2012:
31).

Jadual 4.67: Persediaan GPI Semasa Penggunaan Latihan Edaran


Bil. Cara Umum Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Hasilkan sendiri - - x x x
2. Edarkan kepada pelajar - x - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J65

Manakala latihan edaran yang dihasilkan sendiri oleh GPI ini akan diedarkan
oleh GPI kepada semua pelajar di kelasnya (ADSA, 2012: 407, 440; ADSB, 2012: 54,
241, 573; KFSB, 2012: 55, 59; GPISB, 2012: 1216, 1218; KFSD, 2012: 88; PYSD,
2012: 552; PYSE, 2012: 414, 613, 720, 721; GPISE, 2012: 1567, 1568). Kedua-dua
amalan ini merupakan persediaan kepada pelajar sebelum GPI memulakan PdP
mereka.

(b) Penggunaan

Peringkat kedua ialah penggunaan BBM yang dipilih oleh GPI yang akan
digunakan pada waktu PdP mereka. Peringkat penggunaan ini akan menjelaskan
bagaimana cara penggunaan latihan edaran yang diamalkan oleh GPI di SA-SE.
Terdapat enam cara penggunaan latihan edaran yang diperolehi hasil analisis dapatan
kajian. Cara-cara tersebut ialah pembinaan, tugasan, masa pelaksanaan, ciri
penulisan, bentuk latihan, dan semakan. Cara penggunaan ini akan dijelaskan secara
terperinci merujuk kepada jadual matrik yang akan dilampirkan kemudian.

(i) Pembinaan: Penggunaan latihan edaran pada peringkat ini akan menjelaskan
beberapa ciri yang ditetapkan oleh GPI terhadap latihan yang dibina. Berdasarkan dapatan
kajian, terdapat empat cara pembinaan yang diperolehi antaranya saiz, ikut tajuk pelajaran,
perlukan masa, dan soalan ramalan. Daripada keseluruhan empat dapatan tersebut, dua
daripadanya mencapai tahap pola dapatan kajian. Amalan yang tertinggi dipersetujui oleh
majoriti GPI di SA-SE ialah saiz latihan edaran yang dihasilkan. Saiz latihan edaran ini
ada merujuk kepada penggunaan kertas yang digunakan untuk menghasilkan latihan
edaran tersebut. Majoriti GPI di SA-SE, iaitu GPI SC, SD, dan SE menyatakan bahawa
238

GPI menghasilkan latihan edaran menggunakan kertas bersaiz A4. Saiz kertas ini adalah
ukuran kebiasaan yang digunakan untuk pelbagai tujuan kerana mudah dilihat dan
disimpan. Saiz latihan edaran yang biasa dihasilkan oleh GPI adalah menggunakan kertas
A4 (GPISC, 2012: 970; KFSD, 2012: 784, 850, 852; GPISD, 2012: 46, 50; GPISE, 2012:
1637, 1652).

Jadual 4.68: Pembinaan Latihan Edaran Semasa Penggunaan GPI


Bil. Cara Umum Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Saiz - - x x x
2. Ikut tajuk pelajaran - - x x x
3. Perlukan masa - - x - -
4. Soalan ramalan - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J66

Bagi ciri kedua tertinggi, GPI membina latihan edaran tersebut bercirikan mengikut
tajuk pelajaran. Ciri ini diwakili oleh GPI di SC, SD, dan SE. Latihan edaran yang dihasilkan
oleh GPI akan diasing-asingkan mengikut tajuk pelajaran untuk tujuan memudahkan pelajar
mengingat kembali apa yang telah dipelajari (GPISC, 2012: 288, 298, 302, 949, 951, 955,
977, 981; ADSD, 2012: 204; PYSE, 2012: 811). Hal ini diakui oleh GPISD bahawa:
(BBM:KE/LTHN/PGG/PBN/ITP) "kena tengok tajuk. Biasanya satu edaran tu untuk satu
tajuk. Kita tak campur lah biasanya..." GPISC, 2012: 288. Dua lagi ciri yang diperolehi
tidak mencapai tahap pola, iaitu perlukan masa dan soalan ramalan. Amalan yang kurang
dilakukan oleh GPI ialah menghasilkan latihan edaran berdasarkan soalan ramalan (ADSB,
2012: 210; GPISD, 2012: 1560, 1562) kerana hanya diwakili oleh GPISD. Hal ini kerana
tujuan latihan edaran ini adalah sebagai latih tubi kepada pelajar (GPISE, 2012: 950; ADSD,
2012: 186).

(ii) Tugasan: Semasa penggunaan latihan edaran, GPI ada mengamalkan pemberian
tugasan kepada para pelajar mereka. Terdapat dua amalan yang diperolehi merujuk kepada
Jadual 4.69. Amalan tersebut ialah beri tugasan dan pelajar cari jawapan dan kedua-
duanya diwakili oleh GPI di SC, SD, dan SE. Amalan yang tertinggi diperolehi daripada
dapatan kajian tersebut ialah beri tugasan. Amalan beri tugasan ini bermaksud, GPI
menyediakan latihan edaran untuk diberikan tugasan kepada pelajar (ADSA, 2012: 121,
329; ADSB, 2012: 104, 121, 664; NotaSC, 2012: 554; KFSC, 2012: 14, 16, 30; PYSC,
2012: 148; GPISC, 2012: 288, 292, 297, 331, 352, 948, 949, 955; ADSD, 2012: 140, 186;
239

KFSD, 2012: 12, 81, 82, 95, 128, 781, 784, 806, 807; PYSD, 2012: 656, 662; ADSE,
2012: 195, 203, 210; PYSE, 2012: 816, 874; GPISE, 2012: 349, 413, 414, 1631, 1641).

Jadual 4.69: Tugasan Pelajar Semasa Penggunaan Latihan Edaran


Bil. Cara Umum Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Beri tugasan - - x x x
2. Pelajar cari jawapan - - x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J67

Bagi amalan yang kedua pula ialah pelajar mencari jawapan (ADSE; GPISE).
Amalan ini merupakan tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar setelah GPI
mengedarkan kertas latihan edaran kepada mereka. Amalan ini diakui oleh GPISC:
"penghasilan tu pelajar yang berusaha cari sendiri. Ataupun ada ketika kita buat
dalam kumpulan" GPISC, 2012: 965. Semasa pelajar memberikan jawapan, GPI
membantu dengan mengingatkan semula topik yang telah diajarkan (PYSD, 2012:
662).

(iii) Masa: Penggunaan latihan edaran dalam kalangan GPI di SA-SE bergantung
kepada waktu-waktu tertentu sahaja. GPI tidak menggunakan keseluruhan waktu PdP
hanya menggunakan latihan edaran sahaja. Hal ini dijelaskan melalui dapatan pada
jadual matrik bahawa terdapat satu tema yang menjelaskan tentang waktu
penggunaan latihan edaran.

Jadual 4.70: Waktu Semasa Penggunaan Latihan Edaran


Bil. Waktu Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Waktu guna - - x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J68

Dapatan ini diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE, iaitu GPI SC, SD, dan SE.
Jadual 4.70 menjelaskan dapatan waktu guna yang diamalkan dalam kalangan
majoriti GPI di SA-SE.

Guru Pendidikan Islam menggunakan latihan edaran ini sebagai tugasan kepada
pelajar. Ketika PdP dijalankan, GPI akan menetapkan waktu penggunaan latihan edaran.
Waktu penggunaan yang diamalkan oleh majoriti GPI di SA-SE ialah pada akhir waktu
setiap kali PdP (GPISC, 2012: 955; PYSD, 2012: 656; PYSE, 2012: 821). Hal ini diakui
240

oleh PYSD: "kata lah dihujung waktu PdP tu kan, ada soalan yang ustaz nak berikan
kepada pelajar yang dah disiapkan dalam kertas, nanti pelajar akan tampal kertas latihan
tu dalam buku latihan pelajar tu." PYSD, 2012: 656.

(iv) Ciri Penulisan: Latihan edaran yang digunakan majoritinya adalah dihasilkan
sendiri oleh GPI sama ada menggunakan bantuan computer ataupun tulisan tangan.
Semasa penulisan, terdapat beberapa ciri yang diamalkan oleh GPI merujuk kepada Jadual
4.71. Terdapat lima ciri penulisan dalam menghasilkan latihan edaran. Namun semua ciri
tersebut tidak mencapai tahap pola dapatan kajian. Ciri yang diamalkan ialah ringkas,
tersusun, besar dan jelas, bold, dan isi penting diwakili oleh seorang GPI sahaja.

Jadual 4.71: Ciri Penulisan Semasa Penggunaan Latihan Edaran


Bil. Ciri Penulisan SA SB SC SD SE
1. Ringkas - x x x x
2. Jelas & besar - x x x x
3. Tulisan sesuai - x x x x
4. Memenuhi ruang - - x x x
5. Tersusun - x - x x
6. Mudah di fahami - x - x x
7. Bold - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J69

Penulisan GPI menepati ciri ringkas walaupun latihan edaran kelihatan


memenuhi ruang kertas A4 yang digunakan. Penulisan yang ringkas ini membantu
GPI untuk meringkaskan pelajaran sehingga fokus kepada tajuk tertentu sahaja
(KFSD, 2012: 812). Oleh itu, GPI hanya memuatkan isi-isi penting pada latihan
edaran tersebut (KFSD, 2012: 826). Penggunaan ruang kertas A4 tersebut adalah
memenuhi ruang dengan tersusun (ADSA, 2012: 338, 479; ADSB, 2012: 202, 665).
GPI juga memastikan penggunaan kertas hanyalah satu sisi sahaja (ADSA, 2012: 3;
PYSE, 2012: 803, 807). Susunan soalan-soalan pada latihan edaran itu diletakkan
dengan tersusun sehingga memenuhi ruang kertas A4 (ADSB, 2012: 201, 202, 216;
ADSD, 2012: 202; KFSD, 2012: 827, 828, 842). Soalannya juga dapat dilihat dengan
baik kerana menggunakan tulisan yang besar dan jelas untuk setiap item soalan
(ADSA, 2012: 334, 473, 479; ADSB, 2012: 125, 134, 135, 137, 155, 203; ADSD,
2012: 195; KFSD, 2012: 845, 857).
241

Ciri penulisan yang paling kurang diamalkan ialah bold tulisan pada nota
edaran. Ciri ini hanya diamalkan oleh GPISD sahaja. Tujuan diamalkan ciri ini
adalah untuk menambahkan fokus pelajar terhadap istilah isi penting yang disediakan
oleh GPI (ADSA, 2012: 335, 336, 473; ADSB, 2012: 145, 187, 188, 197, 198, 202;
PYSD, 2012: 591). Jenis tulisan pada nota edaran yang dihasilkan juga tidak bercorak
supaya tidak mengganggun penglihatan pelajar (ADSB, 2012: 71; PYSC, 2012: 441;
PYSE, 2012: 756). Satu lagi ciri yang tidak dilakukan oleh GPI semasa penulisan
nota edaran ialah jarak tulisan. Ciri ini penting untuk membezakan antara setiap baris
ayat supaya pelajar selesa untuk membaca (ADSB, 2012: 72).

(v) Bentuk: Majoriti GPI yang menggunakan latihan edaran telah menghasilkan
sendiri latihan tersebut untuk diberikan kepada pelajar. Penghasilan latihan edaran ini
adalah dam pelbagai bentuk sepertimana yang dijelaskan pada Jadual 4.72.

Jadual 4.72: Bentuk Penulisan Semasa Penggunaan Latihan Edaran


Bil. Bentuk Penulisan SA SB SC SD SE
1. Isi tempat kosong - - x x x
2. Pemilihan jawapan - - - x -
3. Guna jadual/table - - - x -
4. Beri kepala ayat - - x - -
5. Sambung secara lisan - - x - -
6. Sambung secara penulisan - - x - -
7. Bantuan ayat pertengahan - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J70

Terdapat tujuh bentuk latihan yang diamalkan GPI, iaitu isi tempat kosong,
pemilihan jawapan, guna jadual (table), beri kepala ayat, sambung secara lisan,
sambung secara penulisan, bantuan ayat pertengahan, dan penjelasan. Bentuk latihan
yang mencapai tahap pola dapatan kajian hanyalah isi tempat kosong. Bentuk ini menjadi
amalan untuk setiap latihan yang dilakukan oleh majoriti GPI khususnya di SC, SD, dan SE
(ADSA, 2012: 126, 478; ADSB, 2012: 123, 151; ADSC, 2012: 627; GPISC, 2012: 303,
956; ADSD, 2012: 198; KFSD, 2012: 799, 834; GPISD, 2012: 1588, 1589; PYSE, 2012:
757; GPISE, 2012: 1631, 1652). Penggunaan bentuk latihan ini adalah memudahkan GPI
semasa menghasilkannya dan memudahkan pelajar untuk menjawabnya (ADSA, 2012: 332,
478; ADSB, 2012: 177, 198; ADSC, 2012: 628; GPISC, 2012: 970; KFSD, 2012: 791, 795;
GPISD, 2012: 1594, 1598; GPISE, 2012: 1637). Manakala bentuk penulisan yang
selebihnya hanya diwakili oleh seorang GPI sahaja.
242

(vi) Semakan: Pada bahagian semakan, GPI ada melakukannya terhadap kertas
latihan yang diedarkan kepada pelajar semasa penggunaannya pada PdP. Amalan ini
mencapai tahap pola kerana diwakili oleh majoriti GPI, iaitu di SC, SD, dan SE. Semakan
yang dibuat oleh GPI adalah dengan cara beri markah terhadap latihan yang dilakukan dan
dihantar oleh pelajar kepada GPI (GPISC, 2012: 958; PYSE, 2012: 876). Markah yang
diberikan kepada pelajar adalah sebagai penanda aras tahap penguasaan pelajar terhadap
topik yang diajar oleh GPI (ADSD, 2012: 228; KFSD, 2012: 46, 82).

Jadual 4.73: Semakan Latihan Pelajar Semasa Penggunaan Latihan Edaran


Bil. Semakan SA SB SC SD SE
1. Beri markah - - x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J71

Ada kalangan GPI melakukan semakan terus di dalam kelas melalui aktiviti
perbincangan di dalam kelas bersama dengan pelajar. Hal ini dinyatakan oleh PYSE
katanya: (BBM:KE/LTHN/PGG/SMKN) "ya dalam waktu tu juga.. dibincang di kelas
dan para pelajar akan lihat jawapan yang betul lah. Yang diberikan oleh ustaz mereka"
PYSE, 2012: 821.

(c) Selesai Guna

Peringkat penjelasan amalan penggunaan latihan edaran yang terakhir ialah selesai
guna. Peirngkat ini menjelaskan amalan yang dilakukan oleh GPI setelah selesai
menggunakan BBM yang dipilih. Bagi amalan ini hanya terdapat satu tema hasil analisis
dapatan yang diperolehi. Dapatan tersebut mencapai tahap pola kerana dipersetujui oleh
semua GPI di SA-SE. Amalan tampal di buku bermaksud pelajar akan mengupulkan
segala latihan edaran yang diberikan oleh GPI pada satu tempat dan tampal di buku
(GPISA, 2012: 976, 983; ADSB, 2012: 682, 717; GPISB, 2012: 543, 546; KFSC, 2012:
723; ADSD, 2012: 187; KFSD, 2012: 27; PYSD, 2012: 655, 656; GPISE, 2012: 1582,
1597, 1643). Tujuan GPI menyuruh pelajar tampal di buku supaya tidak mudah hilang
243

(GPISE, 2012: 1582) dan mudah untuk membuat rujukan (GPISA, 2012: 983). Dapatan
ini turut dijelaskan pada Jadual 4.74.

Jadual 4.74: Amalan Semasa Selesai Guna Latihan Edaran


Bil. Selesai Guna SA SB SC SD SE
1. Tampal di buku x x x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J72

(2) Nota Edaran

Penggunaan kertas edaran jenis kedua pula ialah nota edaran. Kertas edaran
jenis ini mempunya konsep yang sama dengan latihan edaran namun berbeza dari
segi isi kandungan yang dimuatkan pada kertas tersebut. Sepertimana amalan
penggunaan latihan edaran, pada nota edaran juga mempunyai persamaan
penggunaannya dalam kalangan GPI di SA-SE. Penjelasan ini adalah berdasarkan
kepada peringkat penggunaan, iaitu persediaan, penggunaan, dan selesai guna.

(a) Persediaan

Persediaan yang dilakukan oleh GPI di SA-SE untuk menggunakan nota


edaran sama seperti persediaan ketika menggunakan latihan edaran. Merujuk kepada
Jadual 4.75, terdapat dua amalan yang dilakukan sebagai persediaan penggunaan
nota edaran, iaitu hasilkan sendiri dan edarkan kepada pelajar. Nota edaran tersebut
dihasilkan sendiri oleh GPI dengan menggunakan cetakan komputer atau tulisan
tangan (ADSA, 2012: 353, 407, 440; GPISA, 2012: 283; ADSB, 2012: 54, 55, 241,
573; KFSB, 2012: 59; GPISB, 2012: 1210; KFSD, 2012: 889; PYSD, 2012: 545, 548,
550, 556, 564; GPISD, 2012: 1539, 1540; PYSE, 2012: 721).

Jadual 4.75: Amalan Persediaan Semasa Penggunaan Nota Edaran


Bil. Persediaan SA SB SC SD SE
1. Hasilkan sendiri x x - x x
2. Edarkan kepada pelajar - x - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J73
244

Nota edaran yang dihasilkan sendiri oleh GPI ini akan diedarkan oleh GPI
kepada semua pelajar di kelasnya (ADSA, 2012: 407, 440; ADSB, 2012: 54, 241,
573; KFSB, 2012: 55, 59; GPISB, 2012: 1216, 1218; KFSD, 2012: 88; PYSD, 2012:
552; PYSE, 2012: 404, 613, 720, 721; GPISE, 2012: 1567, 1568). Tetapi ada juga
yang dihasilkan oleh pelajar melalui pemberian tugas membuat nota oleh GPI setiap
kali selesai PdP (KFSA, 2012: 717; ADSB, 2012: 1, 2; ADSC, 2012: ; GPISC, 2012: ;
KFSE, 2012: 2, 3, 4; PYSE, 2012: 1, 2; GPISE, 2012: 1, 2, 3, 4). Pemberian tugas oleh
GPI juga bermaksud pelajar perlu menulis nota supaya tidak hanya menjadi penerima
sahaja (ADSB, 2012: 717; GPISB, 2012: 1268; PYSD, 2012: 617, 620; PYSE, 2012:
726).

(b) Penggunaan

Penggunaan nota edaran dalam kalangan GPI di SA-SE menghasilkan beberapa


cara yang mencapai tahap pola dapatan kajian. Merujuk kepada dapatan penggunaan nota
edaran, terdapat enam cara penggunaan nota edaran yang diamalkan oleh GPI di SA-SE,
iaitu pembinaan, tugasan, masa, ciri penulisan, bentuk, dan kesesuaian.

(i) Pembinaan: Cara penggunaan ini adalah melibatkan ciri pembinaan yang
diamalkan oleh GPI di SA-SE. Terdapat empat ciri yang diamalkan oleh GPI di SA-SE,
iaitu penuh maklumat, asingkan bab, isi penting/ point, kekurangan dan tidak amalkan
selalu. Tiga ciri tersebut mencapai tahap pola manakal satu lagi ciri, iaitu tidak amalkan
selalu tidak mencpaai tahap pola. Amalan tertinggi ialah penuh maklumat yang diwakili
oleh GPI di SA, SB, SD, dan SE. Berbeza dengan latihan edaran, nota edaran ini
mempunyai ciri penuh maklumat memandangkan ianya adalah nota untuk rujukan pelajar.
Maklumat yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan sukatan pelajar yang diajar oleh
GPI (KFSA, 2012: 112, 115; KFSB, 2012: 623, 627; KFSD, 2012: 889; PYSD, 2012:
614; PYSE, 2012: 720; GPISE, 2012: 1571).

Bagi mengelakkan kekeliruan, GPI mengasingkan penulisan nota edaran itu


mengikut bab agar tidak bercampur (ADSA, 2012: 56; ADSB, 2012: 56, 284, 723;
GPISB, 2012: 1267; KFSD, 2012: 881; PYSD, 2012: 598, 601, 645; GPISE, 2012: 1582,
245

1589). Pengasingan bab itu ditulis dengan pelbagai bentuk yang mampu menarik perhatian
pelajar (ADSB, 2012: 301, 600; KFSB, 2012: 597; GPISB, 2012: 432, 1213; PYSC, 2012:
297; PYSD, 2012: 573, 585) supaya kelihatan tersusun (KFSB, 2012: 613; PYSD, 2012:
573). Fokus penulisan untuk menghasilkan nota edaran ini ialah dengan menggunakan isi-
isi penting sahaja (ADSA, 2012: 355, 408; ADSB, 2012: 57, 62, 91, 249; KFSB, 2012:
601, 2; PYSD, 2012: 576; GPISD, 2012: 1551; PYSE, 2012: 408; GPISE, 2012: 1602).
Penggunaan isi penting ini mampu untuk membantu pelajar supaya tidak terbeban untuk
mengingat (ADSB, 2012: 91).

Jadual 4.76: Pembinaan Semasa Penggunaan Nota Edaran


Bil. Pembinaan SA SB SC SD SE
1. Penuh maklumat x x - x x
2. Asingkan Bab - x - x x
3. Isi penting/point - x - x x
4. Kekurangan - x - - -
5. Tidak amalkan selalu - x - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J74

Cara penggunaan yang paling rendah diamalkan sekali ialah tidak amalkan
selalu dan diwakili oleh GPISB. Hal ini kerana dikhuatiri pelajar akan hanya
mengikut sepenuhnya nota yang diberikan tanpa usaha sendiri (GPISB, 2012: 1267).
Maka seelok-eloknya pelajar sendiri yang menghasilkan nota tersebut (GPISB, 2012:
1277).

(ii) Tugasan: Semasa penggunaan nota edaran, terdapat dalam kalangan GPI di
SA-SE yang memberikan tugasan kepada pelajar mereka. Tugasan yang diberikan ini
adalah berbeza dengan tugasan semasa penggunaan latihan edaran. Penggunaan nota
edaran tidak memerlukan pelajar mencari jawapan kerana tiada soalan yang
dikemukakan dalamnya. Nota edaran hanya mengandungi maklumat baru ataupun
sedia ada yang telah dipelajari.

Jadual 4.77: Tugasan Semasa Penggunaan Nota Edaran


Bil. Tugasan Nota Edaran SA SB SC SD SE
1. Pelajar menulis juga - x - x x
2. Baca & Bentang - x - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J75
246

Merujuk Jadual 4.77, terdapat dua dapatan tugasan yang diamalkan oleh GPI
di SA-SE. Namun satu sahaja amalan yang mencapai tahap pola dapatan kajian, iaitu
pelajar menulis juga. Manakala dapatan baca dan bentang hanya diwakili oleh
GPISB sahaja dan tidak mencapai tahap pola.

Nota edaran yang dihasilkan sendiri oleh GPI ini akan diedarkan oleh GPI
kepada semua pelajar di kelasnya (ADSA, 2012: 407, 440; ADSB, 2012: 54, 241,
573; KFSB, 2012: 55, 59; GPISB, 2012: 1216, 1218; KFSD, 2012: 88; PYSD, 2012:
552; PYSE, 2012: 414, 603, 720, 721; GPISE, 2012: 1567, 1568). Tetapi ada juga
yang dihasilkan oleh pelajar melalui pemberian tugas membuat nota oleh GPI setiap
kali selesai PdP (KFSA, 2012: 2; ADSB, 2012: 1, 2; ADSC, 2012: ; GPISC, 2012: ;
KFSE, 2012: 2, 3, 4; PYSE, 2012: 1, 2; GPISE, 2012: 1, 2, 3, 4). Pemberian tugas oleh
GPI juga bermaksud pelajar perlu menulis nota supaya tidak hanya menjadi penerima
sahaja (ADSB, 2012: 717; GPISB, 2012: 1268; PYSD, 2012: 617, 620; PYSE, 2012:
726).

(iii) Masa: Masa yang diperuntukkan oleh GPI kepada pelajar untuk membuat
nota edaran ini adalah di dalam kelas sewaktu PdP (KFSA, 2012: 90, 91; GPISC,
2012: 929; GPISE, 2012: 1658, 1737, 1741; PYSE, 2012: 676; KFSE, 2012: 651, 655,
669, 673). Dapatan ini diakui oleh PYSE: "
kena disiapkan di dalam kelas" PYSE, 2012: 751. Dapatan masa buat ini diwakili
oleh majoriti GPI, iaitu di SA, SC, dan SE seperti yang dijelaskan pada Jadual 4.78.
Selain pada waktu kelas, ada kalangan GPI yang menjadikannya sebagai kerja rumah
untuk pelajar menyiapkannya di luar waktu kelas (GPISE, 2012: 1658)

Jadual 4.78: Masa Penggunaan Semasa Penggunaan Nota Edaran


Bil. Masa SA SB SC SD SE
1. Masa buat x - x - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J76

(iv) Ciri Penulisan: Nota edaran yang dihasilkan oleh GPI mempunyai beberapa
ciri yang diperolehi dapatannya di SA-SE. Ciri penulisannya adalah seperti yang
terdapat pada Jadual 4.79 sebanyak tujuh ciri. Terdapat enam ciri yang mencapai
tahap pola dapatan kajiaan. Ciri tertinggi yang diamalkan semasa menghasilkan nota
edaran ialah ringkas. Ciri ini diwakili oleh semua GPI kecuali GPISA. Penulisan
247

ringkas yang dimaksudkan ialah hanya terbatas kepada isi-isi penting sahaja (KFSB,
2012: 605; GPISB, 2012: 1224; PYSC, 2012: 431; PYSD, 2012: 576; GPISD, 2012:
1531, 1551, 1552). Tujuannya penulisan ringkas adalah mampu beri kefahaman
kepada pelajar (PYSE, 2012: 745; GPISE, 2012: 1570). Selain itu GPI akan terus
fokus kepada isi penting yang hendak disampaikan (PYSE, 2012: 745, 756).

Selain itu, tulisan yang digunakan juga perlulah jelas dan besar untuk
memudahkan pelajar untuk membaca nota edaran (GPISB, 2012: 1217; PYSC, 2012: 443;
GPISD, 2012: 1552; PYSE, 2012: 777). Pemilihan jenis tulisan juga membantu GPI
menghasilkan tulisan yang jelas dan besar (PYSD, 2012: 590; GPISD, 2012: 1552;
GPISE, 2012: 1576). Penekanan ciri penulisan ini sangat penting memandangkan
penulisan nota edaran memenuhi ruangan depan dan belakang kertas yang digunakan
(PYSC, 2012: 437; KFSD, 2012: 885; PYSD, 2012: 597, 598; GPISD, 2012: 1550, 1551).
Bagi mengelakkan kekeliruan, GPI mengasingkan penulisan nota edaran itu mengikut bab
agar tidak bercampur (ADSA, 2012: 356; ADSB, 2012: 56, 284, 723; GPISB, 2012: 1267;
KFSD, 2012: 881; PYSD, 2012: 598, 601, 645; GPISE, 2012: 1582, 1589). Pengasingan
bab itu ditulis dengan pelbagai bentuk yang mampu menarik perhatian pelajar (ADSB,
2012: 301, 600; KFSB, 2012: 597; GPISB, 2012: 432, 1213; GPISC, 2012: ; PYSD, 2012:
573, 585) supaya kelihatan tersusun (KFSB, 2012: 613; PYSD, 2012: 573). Tujuannya
adalah untuk memastikan pelajar mudah memahami gambaran nota edaran tersebut
apabila membacanya (ADSB, 2012: 98, 255, 271, 290, 291; GPISB, 2012: 1213; KFSD,
2012: 893; PYSE, 2012: 745, 763). Fokus penulisan untuk menghasilkan nota edaran
ini ialah dengan menggunakan isi-isi penting sahaja (ADSA, 2012: 355, 408; ADSB,
2012: 57, 62, 91, 249; KFSB, 2012: 601, 627; PYSD, 2012: 576; GPISD, 2012: 1551;
PYSE, 2012: 408; GPISE, 2012: 1602). Penggunaan isi penting ini mampu untuk
membantu pelajar supaya tidak terbeban untuk mengingat (ADSB, 2012: 91).

Ciri penulisan yang paling kurang diamalkan ialah bold tulisan pada nota
edaran. Ciri ini hanya diamalkan oleh GPISD sahaja. Tujuan diamalkan ciri ini
adalah untuk menambahkan fokus pelajar terhadap istilah isi penting yang disediakan
oleh GPI (ADSA, 2012: 357; ADSB, 2012: 59, 96, 266, 312, 637, 644; PYSD, 2012:
591).
248

Jadual 4.79: Ciri Penulisan Semasa Penggunaan Nota Edaran


Bil. Ciri Penulisan SA SB SC SD SE
1. Ringkas - x x x x
2. Jelas & besar - x x x x
3. Tulisan sesuai - x x x x
4. Memenuhi ruang - - x x x
5. Tersusun - x - x x
6. Mudah di fahami - x - x x
7. Bold - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J77

(v) Bentuk: Bentuk penulisan nota edaran turut dijelaskan penggunaan bergantung
kepada ciri penulisan pengasingan bab yang diterangkan sebelum ini. Berdasarkan dapatan
kajian, terdapat dua bentuk penulisan nota edaran pada Jadual 4.80, iaitu bentuk menarik
dan tidak bercorak. Daripada dua dapatan ini, hanya satu sahaja yang mencapai tahap pola
dapatan kajian, iaitu bentuk menarik. Manakala satu lag dapatan, iaitu tidak bercorak tidak
mencapai tahap pola. Bagi bentuk penulisan yang menarik, GPI menulis atau
menghasilkan nota edaran dengan pelbagai bentuk yang mampu menarik perhatian pelajar
(ADSB, 2012: 92; KFSB, 2012: 597; GPISB, 2012: 432, 1213; PYSC, 2012: 297; PYSD,
2012: 573, 585) supaya kelihatan tersusun (KFSB, 2012: 613; PYSD, 2012: 573). Dapatan
ini dipersetujui oleh majoriti GPI di SB, SC, dan SD.

Bagi dapatan tidak bercorak ini adalah merujuk kepada jenis tulisan pada nota
edaran yang dihasilkan. Dapatan ini bertujuan supaya tidak mengganggu penglihatan
pelajar (ADSB, 2012: 71; PYSC, 2012: 441; PYSE, 2012: 756) semasa
menggunakannya. Dapatan ini tidak mencapai tahap pola kerana hanya diwakili oleh
GPI di SC dan SE.

Jadual 4.80: Bentuk Penulisan Semasa Penggunaan Nota Edaran


Bil. Bentuk Nota Edaran SA SB SC SD SE
1. Bentuk menarik - x x x -
2. Tidak bercorak - - x - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J78

(vi) Kesesuaian: Tujuan GPI menggunakan nota edaran adalah sebagai pemudahcara
untuk pelajar membaca, memahami, dan menghafal. Tujuan GPI menggunakan nota
edaran juga adalah merujuk kepada kesesuaian seperti yang dijelaskan pada Jadual 4.81.
Terdapat tiga kesesuaian semasa menggunakan nota edaran. Antaranya ialah nota edaran
249

yang sesuai kegunaannya untuk peperiksaan. Kesesuaian ini mencapai tahap pola yang
dipersetujui oleh majoriti GPI kecuali GPISA. Majoriti GPI bersetuju bahawa nota edaran
adalah sesuai untuk ulangkaji semasa peperiksaan (KFSB, 2012: 609; GPISB, 2012: 1276;
PYSC, 2012: 430, 432; GPISD, 2012: 1519, 1532, 1544; GPISE, 2012: 1609, 1620). Oleh
sebab itu, GPI jarang menggunakan jika tiada tujuan untuk peperiksaan (GPISB, 2012:
1276; GPISD, 2012: 1532, 1544).

Jadual 4.81: Kesesuaian Semasa Penggunaan Nota Edaran


Bil. Kesesuaian Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Untuk peperiksaan - x x x x
2. Tajuk sirah - - - x -
3. Ketika dipantau - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J79

Dua lagi dapatan tidak mencapai tahap pola, iaitu kesesuaian untuk tajuk sirah dan
ketika dipantau. Penggunaan nota edaran oleh GPISD adalah semasa mengajar bab pada
tajuk sirah (GPISD, 2012: 445). Hal ini kerana dapat membantu pelajar untuk memahami
dan mengingat peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam (GPISD, 2012: 449,
1520). Waktu penggunaannya adalah semasa GPI sedang dipantau sama ada oleh
pentadbir sekolah (GPISD, 2012: 445, 449).

(c) Selesai guna

Seperti amalan penggunaan latihan edaran, tampal atau simpan di buku


merupakan yang tertinggi. Begitu juga bagi nota edaran, amalan tampal atau simpan
di buku juga tertinggi dicatatkan pada Jadual 4.81 kerana diwakili oleh semua GPI di
SA-SE.

Jadual 4.82: Amalan Semasa Selesai Guna Nota Edaran


Bil. Cara Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Tampal/Simpan di buku x x x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J80
250

Hasilkan Sendiri

Persediaan Edarkan Kepada


Pelajar

Saiz

Penggunaan Pembinaan

Ikut Tajuk Pelajaran


Bentuk

Isi Tempat Kosong Beri Tugasan

Tugasan
Semakan
Pelajar Cari Jawapan
Beri Markah
Latihan Edaran
Masa
Ciri Penulisan Waktu Guna

Ringkas
Jelas & Besar Memenuhi Ruang Mudah Di Fahami

Tulisan Sesuai Tersusun


KERTAS EDARAN

Selesai Guna Tampal Di Buku

Hasilkan Sendiri

Nota Edaran Persediaan Edarkan Kepada


Pelajar

Penggunaan Pembinaan

Penuh Maklumat

Asingkan Bab

Isi Penting/Point

Bentuk Ciri Penulisan Tugasan

Bentuk Menarik Ringkas Pelajar Menulis Juga


Jelas & Besar
Kesesuaian Tulisan Sesuai Masa
Untuk Peperiksaan
Memenuhi Ruang Masa Buat
Tersusun

Mudah DiFahami

Selesai Guna Tampal Di Buku

Rajah 4.9: Pola Amalan Penggunaan Kertas Edaran


251

Dapatan selesai guna yang diperolehi melalui dapatan kajian hanya satu
sahaja, iaitu tampal/simpan di buku.

Semua nota edaran yang diserahkan kepada pelajar dihimpunkan pada satu buku
untuk tujuan memudahkan pelajar membuat rujukan (GPISA, 2012: 976, 983; ADSB,
2012: 682, 717; GPISB, 2012: 543, 546; KFSC, 2012: 723; PYSD, 2012: 651, 653; PYSE,
2012: 826; GPISE, 2012: 1582, 1597, 1643). Nota edaran tersebut dihasilkan sendiri oleh
GPI dengan menggunakan cetakan komputer atau tulisan tangan (ADSA, 2012: 353, 407,
440; GPISA, 2012: 283; ADSB, 2012: 54, 55, 241, 573; KFSB, 2012: 593; GPISB, 2012:
1210; KFSD, 2012: 889; PYSD, 2012: 547, 548, 550, 558, 564, 565; GPISD, 2012: 1539,
1540; PYSE, 2012: 721).

Secara keseluruhannya, penggunaan kertas edaran dibahagikan kepada dua,


iaitu latihan edaran dan nota edaran. Penjelasan secara terperinci tentang amalan
penggunaan latihan dan nota edaran dijelaskan melalui Rajah 4.9. Dapatan pada rajah
ini adalah amalan yang merujuk kepada tahap pola dapatan temu bual.

4.3.4.5 Kertas Majong

Penggunaan kertas majong sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah satu
perkara yang baru dalam PdP. Guru telah lama menggunakannya sejak sebelum
kedatangan zaman canggih berteknologi. Namun penggunaannya masih relevan pada
masa kini oleh guru semasa PdP. Pengkaji akan menjelaskan bagaimana amalan
penggunaan kertas majong melalui dapatan yang diperolehi. Penggunaan kertas majong
secara umum oleh GPI di SA-SE dijelaskan berdasarkan tiga peringkat, iaitu persediaan,
penggunaan, dan selesai guna.

(1) Persediaan

Penjelasan amalan penggunaan kertas majong dimulakan dengan persediaan


yang dilakukan oleh GPI dan pelajar di SA-SE. Persediaan yang dilakukan juga
252

melihat kepada kesesuaian penggunaan kertas majong dengan topik subjek yang
akan diajar pada waktu PdP.

(a) Guru: Amalan persediaan yang dilakukan oleh GPI di SA-SE dapat
dijelaskan pada Jadual 4.83. Pada jadual tersebut disenaraikan dapatan kajian yang
dapat diklasifikasikan sebagai persediaan yang biasa dilakukan oleh GPI di SA-SE.
Persediaan yang dilakukan oleh GPI ini lebih kepada penulisan pada kertas majong
yang perlu dilakukan sebelum penggunaannya. Terdapat 12 persediaan yang
dilakukan oleh GPI di SA-SE namun hanya empat sahaja yang mencapai tahap pola.
Kesemua dapatan pola tersebut diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE, iaitu isi
penting, jelas, bentuk penulisan, dan inisiatif lain. Manakala selebihnya lapan
dapatan tidak mencapai tahap pola kerana tidak diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE.
Dapatan tertinggi yang diperolehi ialah isi penting. Dapatan ini bermaksud GPI di
SA-SE mengamalkan persediaan penulisan kertas majong menggunakan isi penting.
Dapatan isi penting diwakili oleh GPI di SA, SD, dan SE. Ciri penulisan kertas
majong yang dilakukan oleh GPI dan pelajar mementingkan isi penting (KFSA,
2012: 545, 573, 575; KFSD, 2012: 976, 978, 994; PYSD, 2012: 234, 235). Isi penting
dipersembahkan dengan menggunakan bentuk peta minda (OBSA, 2012: 214; KFSD,
2012: 994; KFSE, 2012: 560). Selain itu, penggunaan warna yang pelbagai juga
membantu mengasingkan isi-isi penting yang ada (OBSA, 2012: 216; KFSD, 2012:
994).

Kertas majong digunakan oleh GPI dan ada sebahagian pelajar yang turut
menggunakannya. Bentuk penulisan kertas majong yang menjadi amalan GPI ialah bentuk
peta minda (OBSA, 2012: 214; KFSA, 2012: 567, 569; OBSD, 2012: 117; KFSD, 2012:
983, 1005; PYSD, 2012: 119, 211, 245, 246, 252; GPISD, 2012: 1697; KFSE, 2012: 560,
564; GPISE, 2012: 1283, 1299). Perancangan penggunaan kertas majong juga tidak lari
daripada kegagalan walaupun perancangan telah dibuat. Inisiatif GPI adalah dengan
menggunakan kertas A4 sebagai ganti kepada penggunaan kertas majong (KFSA, 2012:
593; GPISB, 2012: 995). Selain itu, penggunaan kertas majong juga boleh digantikan
dengan penggunaan powerpoint (PYSD, 2012: 131, 138, 139), papan putih (PYSD, 2012:
221), dan test pad (PYSD, 2012: 283) semasa PdP.
253

Jadual 4.83: Persediaan Guru Semasa Penggunaan Kertas Majong


Bil. Persediaan GPI SA SB SC SD SE
1. Isi penting x - - x x
2. Jelas - - x x x
3. Bentuk penulisan x - - x x
4. Inisiatif lain x x - x -
5. Tulisan jawi - - - x x
6. Berwarna - - - x x
7. Besar - - x x -
8. Sumber rujukan - - - x x
9. Hasil - - - x x
10. Tidak rapat - - x - -
11. Ringkas - - - x -
12. Sama fungsi - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J81

Dapatan yang tidak mencapai tahap pola ialah tulisan jawi, berwarna, besar, sumber
rujukan, hasil, tidak rapat, ringkas dan sama fungsi. Penggunaan tulisan jawi ditekankan oleh
GPI semasa aktiviti kumpulan pelajar di dalam kelas (KFSD, 2012: 966; GPISD, 2012:
1690; GPISE, 2012: 1275). Ciri ini amatlah digalakkan oleh GPI kepada pelajar kerana
rujukannya adalah buku teks (PYSD, 2012: 218, 219). Penggunaan marker pen yang
berwarna juga mempunyai tujuan tertentu. Antaranya untuk mengasingkan isi penting dan
tajuk pada kertas majong (OBSA, 2012: 216; PYSD, 2012: 252) sehingga terhasil bentuk
peta minda (PYSD, 2012: 211, 246). Saiz tulisan yang digunakan untuk menulis adalah
besar dan diwakili oleh GPI di SC dan SD. Tulisan bersaiz besar ini digunakan adalah untuk
fokus kepada tajuk-tajuk besar (OBSA, 2012: 214, 218). Selain itu, tulisan yang besar juga
untuk tujuan semua pelajar mampu untuk melihatnya dengan jelas (KFSD, 2012: 970;
PYSD, 2012: 227, 228).

Bagi sumber rujukan yang diwakili oleh GPISD dan GPISE, penggunaan kertas
majong adalah merupakan aktiviti pembentangan kumpulan pelajar di dalam kelas
(OBSA, 2012: 222). Antara rujukan yang digunakan untuk menghasilkan kertas majong
ialah buku teks dan buku rujukan (OBSA, 2012: 206; NotaSD, 2012: 163; KFSD, 2012:
1069, 1071; GPISD, 2012: 1072; GPISE, 2012: 1239, 1250). Ada jaga rujukan lain yang
diberikan oleh GPI kepada pelajar yang meminta daripadanya (GPISE, 2012: 1186, 1187,
1219, 1239, 1251). Daripada aktiviti pembentangan pelajar yang dilakukan di dalam kelas,
hasil kertas majong tersebut dimanfaatkan oleh GPI dan pelajar. Antaranya yang dilakukan
ialah meletakkan hasil kertas majong tersebut di belakang kelas (PYSD, 2012: 701, 703;
254

GPISD, 2012: 1750; GPISE, 2012: 1291, 1292). Ada masanya juga bahan tersebut tidak
digunakan dan dibuang sahaja (GPISD, 2012: 531, 536, 1752).

Bagi dapatan tidak rapat dan ringkas merupakan dua dapatan yang berada pada
tahap rendah kerana diwakili oleh seorang GPI sahaja. Baris ayat dalam penulisan GPISC
semasa menggunakan kerta majong adalah tidak terlalu rapat (GPISC, 2012: 919). Hal ini
kerana maklumat yang dimuatkan pada kertas majong itu adalah isi-isi penting yang
ringkas sahaja (PYSD, 2012: 259). Manakala cara yang paling rendah diamalkan ialah
sama fungsi dan diwakili oleh GPISD. Cara ini bermaksud GPI menganggap bahawa
penggunaan kertas majong adalah sama fungsinya jika menggunakan papan putih
(GPISD, 2012: 1640, 1646, 1679).

(b) Pelajar: Selain guru, persediaan penggunaan kertas majong juga melibatkan
pelajar khususnya apabila GPI membuat aktiviti ketika PdP. Berdasarkan dapatan
pada Jadual 4.84, terdapat dua tema dapatan yang wujud sebagai elemen persediaan
pelajar. Sebagai persediaan, GPI perlu memastikan pelajar bersedia untuk
menggunakan kertas majong. Dapatan tertinggi yang dicatatkan ialah beri tajuk yang
diwakili oleh GPI di SA, SD, dan SE. Dapatan tertinggi ini bermaksud setiap
kumpulan pelajar akan diberikan topik-topik tertentu dalam subjek yang diajar oleh
GPI. Oleh itu, kertas majong yang dihasilkan pelajar adalah bergantung kepada tajuk
yang diberikan kepada setiap kumpulan (ADSA, 2012: 184; OBSA, 2012: 191; KFSA,
2012: 541, 544; KFSD, 2012: 958, 960; PYSD, 2012: 119, 203; GPISD, 2012: 1656,
1666, 1667; KFSE, 2012: 490; GPISE, 2012: 1162, 1226, 1227).

Jadual 4.84: Persediaan Pelajar Semasa Penggunaan Kertas Majong


Bil. Cara Pelajar SA SB SC SD SE
1. Beri tajuk x - - x x
2. Bahan dibekalkan x - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J82

Selain itu, bahan pembentangan juga dibekalkan kepada kumpulan pelajar


seperti kertas majong dan marker pen (ADSA, 2012: 149; OBSA, 2012: 201, 204,
251; KFSA, 2012: 585, 588; KFSD, 2012: 922, 987; PYSD, 2012: 242, 243, 244;
255

GPISD, 2012: 1664, 1665; GPISE, 2012: 1164, 1186, 1191). Bahan yang dibekalkan
ini menjadikan aktiviti PdP GPI lebih mudah.

(c) Kesesuaian: Penggunaan kertas majong adalah bergantung kepada maklumat


yang ingin disampaikan kepada pelajar. Kesesuaian penggunaannya menurut
pendapat GPI adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 4.85. Kesesuaian yang
mencapai tahap pola ialah untuk tajuk tokoh dan tajuk akhlak. Manakala selebihnya
tidak mencapai tahap pola, iaitu untuk dipantau, untuk mengingat, mengikut zaman,
dan tajuk akidah. Tajuk tokoh akan menggunakan kertas majong memandangkan
tajuk tersebut perlu difokuskan kerana banyak pecahannya (PYSA, 2012: 228; KFSD,
2012: 64, 65, 69; GPISE, 2012: 1226, 1227).

Jadual 4.85: Kesesuaian Penggunaan Kertas Majong


Bil. Kesesuaian Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Tajuk Tokoh x - - x x
2. Tajuk Akhlak x - - x x
3. Untuk mengingat - - x x -
4. Untuk dipantau - - - x -
5. Mengikut zaman - - x - -
6. Tajuk Akidah - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J83

Bagi tajuk akhlak sesuai digunakan kertas majong untuk tujuan aktiviti
pembentangan pelajar (PYSA, 2012: 228; GPISD, 2012: 1732; GPISE, 2012: 1227).
GPISC dan GPISD berpendapata bahawa penggunaan kertas majong adalah sesuai untuk
pelajar mengingat apa yang dituliskan pada kertas tersebut (PYSC, 2012: 487; KFSD,
2012: 65). Selain itu, GPISD juga bersetuju bahawa penggunaan kertas majong hanyalah
ketika dipantau oleh penyelia sahaja (GPISD, 2012: 1637, 1783, 1787). Walaupun banyak
lagi BBM yang terkini tetapi GPISC mengakui bahawa kertas majong masih lagi
mengikut zaman walaupun kelihatan lama (GPISC, 2012: 903). Kesesuaian yang terakhir
sekali ialah untuk tajuk akidah yang diwakili oleh seorang GPI sahaja (GPISD, 2012:
1732).
256

(2) Penggunaan

Penggunaan kertas majong pula akan dijelaskan penggunaannya oleh pelajar


sahaja kerana majoriti GPI di SA-SE kurang menggunakannya ketika PdP.
Penggunaan daripada pelajar adalah daripada aktiviti PdP yang dirancangkan oleh
GPI di SA-SE. setelah penjelasan penggunaan daripada pelajar, pengkaji akan
menjelaskan aspek kurang penyediaan yang berlaku semasa penggunaan pelajar. Jika
berlakunya kekurangan masa, maka beberapa inisiatif perlu dilakukan oleh GPI di
SA-SE.

(a) Pelajar: Penggunaan daripada pelajar dijelaskan melalui empat dapatan yang
diperolehi berdasarkan dapatan kajian. Hasil dapatan kajian yang diperolehi
antaranya hasilkan sendiri, persiapan, waktu penulisan, dan pembentangan.

(i) Hasilkan sendiri: Bahan bantu mengajar ini turut digunakan oleh pelajar semasa
sesi PdP GPI sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Penggunaan kertas majong
adalah sebagai salah satu aktiviti yang dilakukan oleh GPI, iaitu pembentangan kumpulan
pelajar. Pembentnagan pelajar dimulakan dengan cara pelajar menghasilkan sendiri kertas
majong yang akan digunakan. Cara ini adalah yang tertinggi kerana diwakili oleh semua
GPI di SA-SE. Kertas majong ini dilakarkan sebelum kumpulan pelajar membuat
pembentangan (ADSA, 2012: 149, 151; OBSA, 2012: 204, 206; KFSA, 2012: 501, 503;
PYSA, 2012: 228; PYSB, 2012: 299; PYSC, 2012: 168, 484, 485; GPISC, 2012: 905;
KFSD, 2012: 73, 916, 918, 922, 928 ; PYSD, 2012: 119, 123, 126; GPISD, 2012: 1656,
1661; KFSE, 2012: 504, 507; GPISE, 2012: 1162, 1165, 1211, 1260). Tugasan yang
diberikan kepada pelajar untuk menghasilkan kertas majong sama ada di dalam kelas
ataupun di luar kelas (PYSB, 2012: 312, 314; PYSC, 2012: 486; PYSD, 2012: 130;
GPISD, 2012: 1685; KFSE, 2012: 496; GPISE, 2012: 1218, 1219).

Bagi cara kedua pula, iaitu guru memantau pelajar tidak mencapai tahap pola
kerana hanya diwakili oleh GPI di SD dan SE sahaja. Dapatan ini bermaksud semasa
menghasilkan kertas majong, tidak ramai GPI di SA-SE yang bertindak sebagai pemantau
257

aktiviti penulisan pelajar (OBSA, 2012: 208, 213; KFSD, 2012: 1041, 1044, 1050, 1050,
1064, 1065; GPISD, 2012: 1, 2; KFSE, 2012: ; GPISE, 2012: 1, 2, 3).

Jadual 4.86: Pelajar Hasilkan Sendiri Semasa Penggunaan Kertas Majong


Bil. Hasil Pelajar SA SB SC SD SE
1. Pelajar hasilkan sendiri x x x x x
2. Guru memantau pelajar - - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J84

(ii) Persiapan: Bahagian persiapan pelajar semasa penggunaan kertas majong


dijelaskan melalui Jadual 4.87. Terdapat lima tema dapatan yang menjelaskan
persiapan kertas majong yang dilakukan semasa penggunaannya. Tiga dapatan
mencapai tahap pola manakala selebihnya dua dapatan tidak mencapai tahap pola.
Antara amalan pola ialah pembahagian tugas, masa buat diberikan, dan sebagai
tugasan. Manakala dua lagi amalan yang tidak mencapai tahap pola ialah kumpul
bahan pembentangan, dan siap penulisan. Aktiviti pembentangan menggunakan
kertas majong dilakukan setelah pemilihan dan pembahagian ahli kumpulan
dilakukan. Setiap kumpulan adalah seramai tiga atau emapt orang. Pembahagian
tugas akan diberikan kepada setiap ahli kumpulan (ADSA, 2012: 184, 188; OBSA,
2012: 206; KFSA, 2012: 522; PYSA, 2012: 228; PYSB, 2012: 310; GPISB, 2012: 382;
KFSD, 2012: 73, 928, 1005, 1007, 1010, 1051; PYSD, 2012: 116, 119, 123, 127, 203;
GPISD, 2012: 1663; KFSE, 2012: 504, 507; GPISE, 2012: 1162, 1165, 1211, 1260).
Setiap kumpulan menerima tajuk yang berlainan sebagai tugasan (ADSA, 2012: 184;
PYSD, 2012: 116, 119, 127, 203; GPISE, 2012: 1162).

Jadual 4.87: Persiapan Pelajar Semasa Penggunaan Kertas Majong


Bil. Persiapan Pelajar SA SB SC SD SE
1. Pembahagian tugas x x - x x
2. Masa buat diberikan x x x x x
3. Sebagai tugasan - x x x x
4. Siap penulisan - x - - x
5. Kumpul bahan pembentangan x - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J85

Untuk mendapatkan hasil pelajar yang baik, GPI ada memberikan masa
kepada setiap ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan mereka (OBSA, 2012: 204,
222; KFSA, 2012: 507, 509; GPISB, 2012: 413; PYSD, 2012: 130). Masa yang
258

diberikan pada waktu kelas ataupun sehingga luar kelas (KFSA, 2012: 513, 517;
GPISC, 2012: 912; KFSD, 2012: 950, 953; PYSD, 2012: 125, 126, 127, 145, 264, 269,
271; GPISD, 2012: 1661, 1663, 1685; KFSE, 2012: 496, 500; GPISE, 2012: 1182).
Segala aktiviti yang dilakukan oleh GPI adalah dianggap sebagai tugasan kepada
pelajar dan tiada tugasan lain sebagai tambahan yang diberikan (ADSA, 2012: 184;
OBSA, 2012: 204, 206, 209, 213; PYSB, 2012: 308; PYSC, 2012: 486; KFSD, 2012:
922; PYSD, 2012: 116, 123, 203, 269, 271, 278; GPISD, 2012: 1661; KFSE, 2012:
496; GPISE, 2012: 1164, 1197).

Penulisan kertas majong pelajar kebiasaannya akan mengambil masa untuk


disiapkan. Namun yang pastinya pelajar dapat menyiapkan penulisan kertas majong
sebelum tiba waktu pembentangan kumpulan mereka (ADSA, 2012: 186; OBSA, 2012:
222, 226; PYSB, 2012: 314; GPISE, 2012: 1204). Amalan yang kurang dilakukan oleh
pelajar adalah mengumpulkan bahan pembentangan untuk disemak oleh GPI sebagai
pembetulan dan tambahan (KFSA, 2012: 550, 555; GPISC, 2012: 913).

(iii) Waktu penulisan: Penulisan pelajar untuk pembentangan kertas majong


diberikan masa oleh GPI sehingga selesai. Penulisan kertas majong untuk
pembentangan pelajar mempunyai waktu yang tertentu. Berdasarkan kepada Jadual
4.88, terdapat dua waktu yang diperuntukkan oleh pelajar untuk menyiapkan
penulisan mereka, iaitu waktu kelas dan luar waktu kelas. Kedua-dua waktu tersebut
mencapai tahap pola yang dipersetujui oleh majoriti GPI di SA-SE. Amalan waktu
yang tertinggi ialah penulisan di luar waktu kelas, iaitu sama ada di asrama ataupun
di rumah (PYSB, 2012: 312, 314; GPISB, 2012: 404; PYSC, 2012: 486; KFSD, 2012:
941; PYSD, 2012: 277; KFSE, 2012: 496, 500; GPISE, 2012: 1182). Tujuan GPI
meminta pelajar menyiapkan di luar kelas adalah untuk menjimatkan masa PdP
(GPISB, 2012: 406).

Jadual 4.88: Waktu Penulisan Pelajar Semasa Penggunaan Kertas Majong


Bil. Waktu Penulisan Pelajar SA SB SC SD SE
1. Luar waktu kelas - x x x x
2. Waktu kelas - - x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J86
259

Pernah juga pelajar diberikan masa untuk menyiapkan kertas majong untuk
pembentangan pada waktu kelas semasa PdP GPI (ADSA, 2012: 187; OBSA, 2012:
209, 222; PYSC, 2012: 170; KFSD, 2012: 934, 936, 950; PYSD, 2012: 121; GPISD,
2012: 1661, 1662, 1663; GPISE, 2012: 1218, 1219). Waktu kelas yang melibatkan
aktiviti penulisan kertas majong hanyalah kelas yang mempunyai dua masa sahaja.
Hal ini kerana untuk memastikan pelajar sempat siapkan penulisan mereka (KFSD,
2012: 950, 953; PYSD, 2012: 125, 126, 127, 145, 264, 269, 271; GPISD, 2012: 1661).

(iv) Pembentangan: Jadual 4.89 menjelaskan dua dapatan berkenaan


pembentangan pelajar menggunakan kertas majong. Kedua-dua dapatan tersebut
mencapai tahap pola kerana diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE. Dapatan tertinggi
ialah kumpulan pelajar bentang yang diwakili oleh semua GPI di SA-SE. Dapatan ini
bermaksud setelah selesai kertas majong dihasilkan, tiba giliran pelajar untuk
membentangkan hasil mereka sendiri secara bergilir-gilir mengikut kumpulan
(ADSA, 2012: 183, 190; NotaSA, 2012: 75; OBSA, 2012: 222, 225, 226, 227; KFSA,
2012: 495, 497, 579; PYSB, 2012: 19, 313; GPISB, 2012: 412; PYSC, 2012: 169, 170,
183; GPISC, 2012: 902; KFSD, 2012: 73, 994, 1005, 1010; PYSD, 2012: 119, 154,
278; GPISD, 2012: 1656, 1671, 1676, 1737; KFSE, 2012: 540; GPISE, 2012: 1166,
1206).

Semasa pelajar membuat pembentangan, GPI duduk di belakang kelas sambil


memerhatikan dan kemudian memberikan komen terhadap pelajar (ADSA, 2012:
194; OBSA, 2012: 232, 237, 240; KFSA, 2012: 561, 563, 631, 634; PYSB, 2012: 329,
332; KFSD, 2012: 1057, 1061, 1064, 1065; PYSD, 2012: 165; KFSE, 2012: 525, 540,
543; GPISE, 2012: 1219). Dapatan ini diwakili oleh semua GPI kecuali GPI di SC
sahaja.

Jadual 4.89: Pembentangan Pelajar Semasa Penggunaan Kertas Majong


Bil. Pembentangan Pelajar SA SB SC SD SE
1. Kumpulan pelajar bentang x x x x x
2. Komen guru x x - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J87
260

(b) Kurang penyediaan: Pada bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan


berkenaan kurang penyediaan yag berlaku disebabkan oleh kekurangan masa PdP.
Terdapat tiga cara yang dilakukan oleh GPI di SA-SE jika berlakunya kurang
penyediaan dan kurang masa. Cara yang dilakukan tersebut ialah sediakan tarikh,
sebagai tugasan, dan penulisan di luar waktu kelas. Pembentangan yang dilakukan
adalah mengikut ketetapan tarikh yang dipersetujui oleh GPI dan pelajar (GPISB,
2012: 399; PYSC, 2012: 170; GPISC, 2012: 912, 913; KFSD, 2012: 999, 1001; GPISE,
2012: 1197, 1199). Segala aktiviti yang dilakukan oleh GPI adalah dianggap sebagai
tugasan kepada pelajar dan tiada tugasan lain sebagai tambahan yang diberikan
(ADSA, 2012: 184; OBSA, 2012: 204, 206, 209, 213; PYSB, 2012: 308; PYSC, 2012:
486; KFSD, 2012: 922; PYSD, 2012: 116, 123, 203, 269, 271, 278; GPISD, 2012:
1661; KFSE, 2012: 497; GPISE, 2012: 1165, 1197).

Amalan waktu yang terakhir ialah penulisan di luar waktu kelas, iaitu sama
ada di asrama ataupun di rumah (PYSB, 2012: 312, 314; GPISB, 2012: 404; PYSC,
2012: 486; KFSD, 2012: 941; PYSD, 2012: 277; KFSE, 2012: 496, 500; GPISE, 2012:
1182). Tujuan GPI meminta pelajar menyiapkan di luar kelas adalah untuk
menjimatkan masa PdP (GPISB, 2012: 406).

Jadual 4.90: Kurang Persediaan Pelajar Semasa Penggunaan Kertas Majong


Bil. Cara Pelajar SA SB SC SD SE
1. Sediakan tarikh - x x x x
2. Sebagai tugasan - x x x x
3. Luar waktu kelas - x x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J88

(3) Selesai guna

Bahagian terakhir dalam penggunaan kertas majong adalah selesai guna. Pada
bahagian ini, dapatan menjelaskan bahawa GPI di SA-SE ada mengamalkan aktiviti sebagai
penutup kepada penggunaan kertas majong. Semua amalan yang disenaraikan pada Jadual
4.91 dapat dikategorikan kepada aktiviti soal jawab antara GPI dan pelajar.
261

Jadual 4.91: Aktiviti Semasa Selesai Penggunaan Kertas Majong


Bil. Sesi Soal Jawab SA SB SC SD SE
1. Pelajar Tanya x x - x x
2. Penglibatan pembentang dan pelajar x x - x x
3. Pembentang jawab - x - x x
4. Guru bantu - - - x x
5. Pelajar lain bantu jawab - - - x -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J89

Terdapat lima jenis aktiviti soal jawab yang menunjukkan tiga daripadanya
mencapai tahap pola manakala selebihnya tidak mencapai tahap pola. aktiviti pertanyaan
pelajar adalah yang tertinggi mencapai tahap pola dapatan kajian kerana diwakili oleh
majoriti GPI di SA-SE.

Selesai sesi pembentangan pelajar, GPI membuka ruang sesi soal jawab
terhadap pembentangan kumpulan yang dilakukan. Jadual 4.91 menunjukkan aktiviti
soal jawab yang berlangsung semasa penggunaan kertas majong. Terdapat lima cara
yang diamalkan semasa sesi soal jawab. Dua amalan mencapai tahap pola yang
diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE, iaitu pelajar tanya, penglibatan pembentang dan
pelajar, dan pembentang jawab. Manakala amalan yang tidak mencapai tahap pola
ialah guru bantu, dan pelajar lain bantu jawab.

Semasa sesi soal jawab, pelajar ada bertanya pembentang soalan-soalan yang
mereka kurang faham (ADSA, 2012: 192; OBSA, 2012: 228; KFSA, 2012: 617,622;
PYSB, 2012: 323, 324; GPISB, 2012: 413, 414, 424; KFSD, 2012: 1019, 1033;
PYSD, 2012: 156, 696; KFSE, 2012: 547, 549; GPISE, 2012: 1167, 1239). Aktiviti
pertanyaan pelajar ini menunjukkan bahawa terdapat penglibatan antara pembentang
dan pelajar di dalam kelas PdP tersebut (OBSA, 2012: 228; KFSA, 2012: 626;
PYSB, 2012: 324; GPISB, 2012: 418; PYSD, 2012: 156; GPISE, 2012: 1167).
Penglibatan ini diakui oleh semua GPI kecuali GPISC. Sebagai respon kepada
pertanyaan pelajar, pembentang memberikan jawapan terhadap pertanyaan tersebut
(ADSA, 2012: 194; OBSA, 2012: 230; PYSB, 2012: 323; GPISB, 2012: 415; KFSD,
2012: 1015, 1025, 1028, 1033, 1036; PYSD, 2012: 156, 696, 697; GPISD, 2012:
1742; KFSE, 2012: 553, 556; GPISE, 2012: 1167, 1232, 1239).
262

PERSEDIAAN

Guru Isi Penting Bentuk Penulisan

Jelas Inisiatif Lain

Pelajar Beri Tajuk Bahan Dibekalkan

Kesesuaian Tajuk Tokoh Tajuk Akhlak

PENGGUNAAN

Pelajar Hasilkan Sendiri Persiapan Pelajar

Masa Buat Diberikan


Waktu Penulisan

Luar Waktu Kelas Pembahagian Tugas


KERTAS MAJONG
Waktu Kelas
Sebagai Tugasan
Pembentangan

Kumpulan Pelajar
Bentang

Komen Guru

Kurang Masa Sebagai Tugasan


Penyediaan
Luar Waktu Kelas

Sediakan Tarikh

Pelajar Tanya
SELESAI GUNA
Penglibatan
Pembentang &
Soal Jawab Pelajar
Pembentang Jawab

Rajah 4.10: Pola Amalan Penggunaan Kertas Majong

GPI juga terlibat dalam membantu pelajar memberikan jawapan yang ditanya
oleh pelajar. Hal ini kerana ada pembentang yang tidak mampu untuk menjawab
soalan yang diajukan kepada mereka (OBSA, 2012: 232; KFSD, 2012: 1028; PYSD,
2012: 699; GPISD, 2012: 1741, 1745; KFSE, 2012: 524, 553; GPISE, 2012: 1232,
1231, 1241, 1244).
263

Manakala amalan yang kurang dilakukan ialah memberi peluang pelajar lain
untuk memberikan jawapan bagi pihak pembentang. GPI berperanan untuk membuka
peluang kepada pelajar yang mengetahui jawapan bagi soalan yang diajukan oleh
rakan mereka (GPISD, 2012: 1743).

Pada Rajah 4.10 menjelaskan gambaran secara pola penggunaan kertas


majong yang diamalkan oleh GPI semasa PdP. Pola amalan penggunaan kertas
majong ini dijelaskan melalui tiga pembahagian utama, iaitu penggunaan guru,
penggunaan pelajar, dan kesesuaian penggunaan.

4.3.4.6 Gambar

Gambar merupakan satu lagi BBM yang digunakan oleh majoriti GPI di SA-
SE. Jenis BBM ini digunakan merujuk kepada dapatan amalan yang akan dijelaskan.
Pada bahagian ini pengkaji akan menjelaskan secara terperinci dapatan amalan
penggunaan gambar yang mencapai tahap pola. Perbincangan penggunaan gambar
dijelaskan merujuk kepada peringkat persediaan dan penggunaan sahaja.

(1) Persediaan

Persediaan penggunaan gambar perlu dilakukan oleh GPI sebelum


menggunakannya. Persediaan penggunaan gambar sangat penting kerana bahan yang
digunakan akan bertepatan dengan konteks pelajaran pada waktu tersebut.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, terdapat satu amalan persediaan yang
dilakukan oleh GPI di SA-SE. Amalan tersebut ialah persediaan bahan, iaitu gambar
yang berkaitan dengan tajuk pelajaran yang diajarkan.

Cara persediaan penggunaan gambar yang tertinggi sekali ialah berkaitan


dengan tajuk (ADSA, 2012: 95, 113, 116, 202, 309, 316, 394, 422; KFSA, 2012:
186,198, 201; PYSA, 2012: 372, 375; ADSB, 2012: 377; OBSB, 2012: 213, 216;
264

KFSB, 2012: 788; GPISB, 2012: 1285; ADSC, 2012: 133, 204; PYSC, 2012: 410;
GPISC, 2012: 989, 998, 1009, 1011; KFSD, 2012: 186, 192, 194, 263, 268; GPISE,
2012: 1368, 1375, 1469, 1471). Gambar yang berkaitan itu semestinya terkini dan
terbaru yang sentiasa di kemaskini oleh GPI (KFSA, 2012: 186).

Jadual 4.92: Persediaan Semasa Penggunaan Gambar


Bil. Persediaan Menggunakan Gambar SA SB SC SD SE
1. Berkaitan dengan tajuk x x x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J90

Hakikatnya gambar yang tidak berkaitan dengan tajuk lebih sukar untuk
pelajar mengaitkannya dengan pelajaran. Maka gambar tersebut berkemungkinan
menjadi hiasan semata-mata.

(2) Penggunaan

Penggunaan gambar pada dapatan kajian ini diperincikan dengan tiga jenis yang
diamalkan oleh GPI di SA-SE. Amalan tersebut ialah integrasi, ciri gambar, dan fokus
penggunaan gambar. Semua dapatan jenis amalan yang ditunjukkan melalui jadual matrik
adalah merupakan hasil analisis terperinci yang dilakukan oleh pengkaji.

(a) Integrasi: Amalan integrasi semasa penggunaan gambar sering dilakukan


oleh GPI di SA-SE. Semua GPI di SA-SE menyatakan bahawa mereka menggunakan
gambar hanya dengan integrasi bersama powerpoint.

Jadual 4.93: Integrasi Semasa Penggunaan Gambar


Bil. Integrasi Menggunakan Gambar SA SB SC SD SE
1. Integrasi dengan powerpoint x x x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J91

Oleh itu, amalan penggunaannya tidak hanya gambar semata-mata, semua


GPI bersetuju bahawa mereka mengamalkan penggunaan gambar bersama
powerpoint (ADSA, 2012: 95, 173, 309, 395, 397, 421; KFSA, 2012: 180, 182;
PYSA, 2012: 372; GPISA, 2012: 535, 855, 927; ADSB, 2012: 378; OBSB, 2012:
265

212; KFSB, 2012: 757, 761; PYSB, 2012: 261; GPISB, 2012: 1292; NotaSC, 2012:
574; PYSC, 2012: 408; GPISC, 2012: 988; KFSD, 2012: 181, 186; GPISE, 2012:
1363, 1368). Hal ini diakui oleh PYSC: (BBM:GBR/PGG /ITG) "setakat yang saya
menyelia tak ada nampak pula dia guna gambar. kalau ada pun dia gunakan gambar
di power point lah." PYSC, 2012: 408. Gambar yang digunakan adalah sebagai
penjelasan maklumat (GPISA, 2012: 855; NotaSC, 2012: 574; GPISC, 2012: 988;
KFSD, 2012: 181, 186; GPISE, 2012: 1368) ataupun sebagai latar belakang slaid
powerpoint sahaja (GPISA, 2012: 927; GPISC, 2012: 988; GPISE, 2012: 1363).

(b) Ciri Gambar: Penggunaan gambar yang digunakan oleh GPI di SA-SE sentiasa
mementingkan beberapa ciri seperti yang dinyatakan pada Jadual 4.94. Terdapat lima ciri
yang diamalkan oleh GPI di SA-SE semasa penggunaan gambar ini terhasil daripada
analisis dapatan kajian. Semua ciri yang dinyatakan adalah bertujuan untuk membolehkan
pelajar dapat mengaitkannya dengan pelajaran yang disampaikan oleh GPI. Daripada
keseluruhan dapatan tersebut, hanya tiga sahaja yang mencapai tahap pola amalannya,
iaitu penerangan gambar tajuk gambar, dan saiz gambar. Manakala dua lagi ciri kurang
diamalkan oleh majoriti GPI di SA-SE, iaitu terangkan isi penting dan tempoh menunjuk.

Jadual 4.94: Ciri Semasa Penggunaan Gambar


Bil. Ciri Gambar SA SB SC SD SE
1. Penerangan gambar x x x x -
2. Tajuk gambar - x x x x
3. Saiz gambar x x x - x
4. Terangkan isi penting - x - x -
5. Tempoh menunjuk - x x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J92

Penggunaan gambar juga disertakan dengan penerangannya supaya pelajar


jelas dengan apa yang ingin disampaikan oleh GPI (ADSA, 2012: 114, 425, 547;
KFSA, 2012: 196, 198, 201; PYSA, 2012: 376; GPISA, 2012: 862; OBSB, 2012:
216; KFSB, 2012: 240, 244, 765, 769; PYSB, 2012: 264; GPISB, 2012: 1291;
ADSC, 2012: 143; GPISC, 2012: 862, 863, 864, 998, 1004; KFSD, 2012: 263).
Maksud gambar yang ingin disampaikan juga diletakkan tajuk yang berkaitan dengan
pelajaran. Maka pelajar dapat mengetahui bahawa setiap gambar yang digunakan itu
berkaitan dengan tajuk (ADSA, 2012: 95, 113, 116, 202, 309, 316; KFSB, 2012:
266

788; GPISB, 2012: 1285; ADSC, 2012: 133, 204; GPISC, 2012: 989, 998; KFSD,
2012: 192, 194; GPISE, 2012: 1368).

Berkenaan dengan saiz gambar pula, GPI menggunakan pelbagai jenis saiz
pada satu slaid. Antaranya GPI meletakkan dalam satu slaid itu dengan lima (ADSA,
2012: 96), tiga (ADSA, 2012: 312, 399; GPISA, 2012: 861), dua (ADSA, 2012: 113;
GPISA, 2012: 861; GPISE, 2012: 1477) dan satu (ADSA, 2012: 313; KFSA, 2012:
189, 191; GPISE, 2012: 1477) jenis gambar sekaligus. Secara konsistennya GPI
menggunakan gambar yang bersaiz besar dan memenuhi ruang setiap slaid (ADSA,
2012: 415, 422; KFSA, 2012: 186; GPISA, 2012: 860; OBSB, 2012: 212; KFSB,
2012: 777, 782; GPISC, 2012: 989). Ada juga dalam kalangan GPI yang
menggunakan gambar untuk dijadikan latar belakang setiap slaid yang digunakan
(GPISC, 2012: 989; ADSA, 2012: 417). Umumnya setiap gambar yang digunakan
oleh GPI untuk menarik perhatian pelajar supaya fokus kepada isi penting yang akan
diajarkan (ADSA, 2012: 421; OBSB, 2012: 214; GPISB, 2012: 1302; NotaSC, 2012:
574; KFSD, 2012: 268). Tempoh menunjuk semasa menggunakan gambar hanya
diwakili oleh GPI di SB dan SC. Gambar yang digunakan ditunjuk pada waktu yang
singkat sahaja untuk tujuan penerangan (ADSA, 2012: 425; KFSB, 2012: 774, 776;
GPISB, 2012: 1306; GPISC, 2012: 998, 1004).

(c) Fokus Penggunaan: Penggunaan gambar semasa PdP tidak hanya dikaitkan
oleh GPI untuk semua maklumat yang akan diajar. Malah gambar yang digunakan
hanyalah berkaitan dengan keseluruhan tajuk ataupun sebahagian tajuk yang penting
sahaja. Pada Jadual 4.95 menunjukkan bahawa terdapat dua dapatan amalan fokus
penggunaan gambar ketika PdP GPI. Kedua-dua amalan yang diperolehi hasil dapatan
kajian itu mencapai tahap pola kerana dipersetujui oleh majoriti GPI di SA-SE.

Penggunaan gambar oleh GPI memberi impak kepada pelajar khususnya dalam
menambahkan kefahaman sesuatu tajuk yang disampaikan. Fokus yang tertinggi adalah
maklumat awal dan diwakili oleh semua GPI kecuali GPISB. Penggunaan gambar
adalah untuk tujuan penerangan sesuatu tajuk yang hendak diajar oleh GPI (ADSA,
2012: 116, 201, 202, 309, 395, 397, 413, 421; PYSA, 2012: 374; ADSB, 2012: 376;
OBSB, 2012: 212; ADSC, 2012: 124, 133, 142, 204; NotaSC, 2012: 340, 342, 344,
389; GPISC, 2012: 864, 990; KFSD, 2012: 180, 181, 186, 912, 194, 263, 268; GPISE,
267

2012: 1469). Selain itu adalah untuk maklumat awal yang bermaksud gambar dijadikan
set induksi (ADSA, 2012: 173, 491, 546, 549; GPISA, 2012: 1071).

Jadual 4.95: Fokus Semasa Penggunaan Gambar


Bil. Fokus Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Maklumat awal x - x x x
2. Hiasan x - x - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J93

Fokus penggunaan yang terakhir pula ialah sebagai hiasan dan diwakili oleh
GP di SA, SC, dan SE. Majoriti GPI bersetuju bahawa gambar yang digunakan
adalah sebagai hiasan (ADSA, 2012: 109, 309, 418; GPISC, 2012: 864, 990, 1018)
semasa menggunakan powerpoint dan dijadikan sebagai latarbelakang slaid (ADSA,
2012: 104; GPISA, 2012: 927; ADSC, 2012: 483, 488; GPISC, 2012: 988; GPISE,
2012: 1363).

Pada amalan penggunaan gambar, GPI tidak melakukan penutup atau amalan
selesai guna disebabkan cara penggunaannya adalah hasil integrasi dengan powerpoint
ataupun bahab lain. Guru Pendidikan Islam di SA-SE tidak pernah menggunakan BBM
jenis gambar ini bersendirian sahaja tanpa digabungkan penggunaannya dengan BBM lain.

Berkaitan Dengan
PERSEDIAAN Tajuk

GAMBAR

Integrasi Dengan
PENGGUNAAN
Powerpoint

Penerangan Gambar

Ciri Gambar Tajuk Gambar

Saiz Gambar

Maklumat Awal
Fokus Semasa
Penggunaan
Hiasan

Rajah 4.11: Pola Amalan Penggunaan Gambar


268

Keseluruhan perbincangan berkenaan dengan amalan penggunaan gambar


digambarkan melalui Rajah 4.11. Keseluruhan amalan pada rajah tersebut hanyalah
amalan yang mencapai tahap pola merujuk kepada Jadual 4.92 hingga Jadual 4.95.

4.3.4.7 Buku Nota Pelajar

Buku nota pelajar juga merupakan bahan yang dapat membantu GPI
menyampaikan pengajaran mereka ketika sesi PdP. Merujuk kepada dapatan data yang
diperolehi, terdapat beberapa amalan penggunaan buku nota pelajar yang diamalkan oleh
GPI untuk penggunaan pelajar. Penggunaan buku nota pelajar adalah melibatkan pelajar
sepenuhnya serta sebahagian penglibatan guru. Tiga peringkat penggunaan buku nota
pelajar adalah bermula daripada persediaan, penggunaan dan selesai guna.

(1) Persediaan

Jadual 4.96 yang dilampirkan merupakan senarai persediaan yang dilakukan


oleh GPI sebagai arahan kepada pelajar terhadap penggunaan buku nota pelajar.
Terdapat dua amalan yang diperolehi daripada dapatan kajian, iaitu tugasan pelajar
dan usaha sekolah. Dapatan amalan yang tertinggi adalah tugasan pelajar kerana
diwakili oleh majoriti GPI di SA-SE. Manakala dapatan usaha sekolah tidak
mencapai tahap pola kerana diwakili oleh seorang GPI sahaja di SC.

Jadual 4.96: Persediaan Semasa Penggunaan Buku Nota Pelajar


Bil. Cara Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Tugasan pelajar - x - x x
2. Usaha sekolah - - x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J94

GPI mengakui bahawa nota yang diberikan merupakan tugasan yang pelajar
diberikan kepada pelajar dan tidak hanya bergantung kepada GPI semata-mata
(GPISB, 2012: 439, 1211, 1214; ADSD, 2012: 144, 259; OBSD, 2012: 54, 59, 191;
KFSD, 2012: 59, 535, 1306, 1311, 1315; GPISD, 2012: 1244, 1612, 1617, 1618;
269

ADSE, 2012: 546; OBSE, 2012: 158, 167; KFSE, 2012: 691, 704; GPISE, 2012:
419).

Manakala amalan penggunaan buku nota yang paling rendah sekali


dapatannya ialah usaha sekolah yang hanya diwakili oleh GPISC. Amalan ini
merujuk kepada kempen atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam
meningkatkan kemahiran penulisan nota (PYSC, 2012: 231).

(2) Penggunaan

Fasa penggunaan buku nota pelajar berdasarkan dapatan kajian dibahagikan


kepada dua, iaitu penulisan dan pembinaan. Kedua-dua pembahagian ini adalah
terhasil daripada dapatan kajian yang dianalisis secara terperinci dan akan dijelaskan
dengan lebih mendalam.

(a) Penulisan: Bermula dengan penulisan pada buku nota pelajar, GPI sentiasa
memastikan bebrapa ciri yang perlu diambil perhatian oleh pelajar terhadap maklumat
yang disampaikan. Berdasarkan kepada persediaan yang dilakukan, penulisan buku nota
pelajar adalah sebagai tugasan kepada pelajar untuk membuatnya. Oleh itu pelajar telah
menjelaskan ciri penulisan mereka seperti Jadual 4.97 yang dilampirkan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa penulisan pelajar mempunyai dua ciri, iaitu kemas dan tulisan jawi.

Penulisan buku nota pelajar adalah bergantung kepada individu pelajar tersebut
walaupun ada sekolah yang melaksanakan kursus penulisan nota. Namun ciri tulisan
pada buku nota yang diamalkan oleh pelajar adalah berdasarkan kepada Jadual 4.95,
iaitu kemas dan tulisan jawi. Ciri tulisan kemas mencapai tahap pola yang diwakili oleh
majoriti GPI di SA-SE manakala ciri tulisan jawi tidak mencapai tahap pola.

Kekemasan tulisan yang diamalkan adalah merujuk kepada analisis terhadap


dokumen-dokumen, iaitu ADSD: (BBM:BNP/PGG/PLS/KMS) "saiz tulisan yang
ditulis oleh pelajar adalah besar dan jelas. Walaupun tulisan tidak cantik tetapi
270

penulisannya dikawal dan kemas." ADSD, 2012: 150. Kekemasan tulisan yang
diamalkan pelajar bermaksud penyusunan nota yang dibuat memenuhi kehendak GPI
kerana tiada komen penambahbaikan diterima (GPISB, 2012: 849; ADSC, 2012:
527, 529, 543, 547, 555, 557, 559, 562; PYSC, 2012: 226, 297; GPISC, 2012: 1023;
ADSD, 2012: 150, 154, 155, 161, 163, 164, 175; PYSD, 2012: 602; ADSE, 2012:
554, 558, 561, 574, 577).

Jadual 4.97: Ciri Penulisan Semasa Penggunaan Buku Nota Pelajar


Bil. Ciri Penulisan SA SB SC SD SE
1. Kemas - x x x -
2. Jawi - - x - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J95

Manakala ciri tulisan yang kurang diamalkan pula ialah penggunaan tulisan
jawi semasa penulisan nota. Ciri ini diwakili oleh GPISC dan GPISE. Penggunaan
tulisan jawi ini adalah untuk membiasakan pelajar setelah dikenal pasti mereka yang
tidak mampu menulisnya (ADSC, 2012: 560; GPISC, 2012: 801, 804; ADSD, 2012:
147, 259; ADSE, 2012: 549; GPISE, 2012: 1715). Kedua-dua ciri ini turut ditambah
dengan ciri tulisan yang jelas dan besar (ADSD, 2012: 150) untuk tujuan
memudahkan GPI dan pelajar membacanya (ADSC, 2012: 557, 561). Untuk
menjadikan nota mereka lebih menarik dan mudah, pelajar menggunakan pen warna
yang pelbagai (ADSC, 2012: 543, 545; ADSD, 2012: 152, 155, 177; ADSE, 2012:
554, 565).

(b) Pembinaan: Pembinaan buku nota pelajar adalah lebih kepada pengukuhan
penguasaan pelajaran untuk tujuan pelajar mengingat kembali apa yang
dipelajarinya. Pembinaan buku nota oleh pelajar menghasilkan tiga tema berdasarkan
dapatan kajian. Ketiga-tiga tema tersebut telah ditunjukkan pada Jadual 4.98 ialah
pelajar buat sendiri, masa buat, dan jenis buku. Namun tidak semua amalan
pembinaan tersebut mencapai tahap pola antaranya jenis buku yang hanya diwakili
oleh GPI di SD dan SE. Manakala amalan yang mencapai tahap pola ialah pelajar
buat sendiri dan masa buat.
271

Jadual 4.98: Pembinaan Pelajar Semasa Penggunaan Buku Nota Pelajar


Bil. Pembinaan Pelajar SA SB SC SD SE
1. Pelajar buat sendiri x x x x x
2. Masa buat x - x x x
5. Jenis buku - - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J96

Buku nota pelajar ini dihasilkan sepenuhnya oleh pelajar atas bantuan GPI di
SA-SE. Hal ini dibuktikan oleh GPISA: (BBM:BNP/PGG/PBN/PBU) "nota...nota
kita pun ada sebenarnya. semua ada. tapi pelajar buat sendiri." GPISA, 2012: 283.
Penghasilan nota ini adalah atas arahan GPI sebagai tugasan kepada pelajar (GPISA,
2012: 283, 288, 397, 1013; ADSC, 2012: 523, 649; NotaSC, 2012: 557; GPISC,
2012: 308, 830; KFSD, 2012: 59, 235, 237, 535, 599, 602, 683, 685, 1306; GPISD,
2012: 1609; OBSE, 2012: 167). Ada juga sebahagian pelajar atas inisiatif mereka
sendiri untuk membuat nota tanpa arahan daripada GPI (KFSA, 2012: 132; GPISB,
2012: 283, 288; KFSC, 2012: 45, 185, 190, 732, 736, 744, 748; PYSC, 2012: 227;
GPISC, 2012: 313, 353, 507, 814, 830, 1023; ADSD, 2012: 248; KFSE, 2012: 40,
438, 586, 589; GPISE, 2012: 420, 425, 1615, 1685, 1694). Untuk memudahkan
pelajar, GPI membuat aktiviti kumpulan dengan memberikan tugasan membuat nota
kepada pelajar (ADSA, 2012: 523; OBSB, 2012: 112).

Penghasilan nota itu bergantung kepada masa yang diberikan oleh GPI
kepada pelajar. Antara masanya ialah pelajar perlu menyelesaikan di dalam kelas
(ADSA, 2012: 524; GPISC, 2012: 508; KFSD, 2012: 241, 243; GPISD, 2012: 1610,
1617; OBSE, 2012: 160; GPISE, 2012: 1684) dan di luar kelas sama ada di rumah
ataupun asrama (GPISA, 2012: 398; ADSC, 2012: 523; KFSC, 2012: 182; GPISC,
2012: 832; ADSD, 2012: 165; KFSD, 2012: 535, 599, 602, 1311, 1315; GPISD,
2012: 1617, 1618; ADSE, 2012: 546; OBSE, 2012: 167; KFSE, 2012: 40, 585, 589,
701, 704; GPISE, 2012: 1685, 1690, 1694). Semua nota yang dihasilkan pelajar akan
di kumpulkan dan kemudian dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan (ADSD, 2012:
166, 169; GPISE, 2012: 1703). Tujuannya adalah untuk GPI membuat semakan dan
pembetulan jika terdapat sebarang kekurangan (GPISA, 2012: 290; GPISC, 2012:
810; ADSD, 2012: 168, 252, 257; OBSD, 2012: 63, 198; GPISD, 2012: 1624, 1628;
ADSE, 2012: 584; KFSE, 2012: 714).
272

Penulisan nota yang digalakkan oleh GPI adalah menggunakan jenis buku
yang telah ditetapkan saiznya. Jenis buku tersebut adalah bergantung kepada buku-
buku yang dibekalkan oleh sekolah kepada pelajar setiap awal tahun persekolahan
dibuka (ADSC, 2012: 525; ADSD, 2012: 148; KFSD, 2012: 1320, 1323; GPISD,
2012: 1633; ADSE, 2012: 544; GPISE, 2012: 430, 1699). Amalan ini adalah yang
paling rendah kerana diwakili oleh GPI di SD dan SE.

(3) Selesai Guna

Setelah dijelaskan persediaan dan penggunaan buku nota pelajar, bahagian ini
akan menjelaskan bagaimana amalan selesai guna yang dilakukan oleh GPI di SA-
SE. Terdapat tiga amalan di akhir penggunaan buku nota pelajar. Berdasarkan
dapatan kajian, Jadual 4.99 menunjukkan bahawa GPI di SA-SE akan menyemak,
dan menambah nota yang dihantar oleh pelajar. Dapatan tersebut menunjukkan
terdapat dua peranan GPI terdapat hasil pada buku nota pelajar, iaitu GPI menyemak
dan GPI menambah. Kedua-dua peranan ini mencapai tahap pola yang diwakili oleh
semua GPI kecuali GPISB. Hal ini diakui oleh GPISD: (BBM:BNP/SSG/SMG)
"biasanya saya akan semak lah buku tu." GPISD, 2012: 1626. Semakan yang dibuat
oleh GPI dengan cara menandakan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam
penulisan nota mereka (GPISA, 2012: 290; GPISC, 2012: 810; ADSD, 2012: 168,
250, 252, 257; OBSD, 2012: 63, 198; GPISD, 2012: 1624, 1628; ADSE, 2012: 584;
GPISE, 2012: 1703).

Setelah menyemak dengan menandakan kesalahan pelajar, GPI menambah


kekurangan dengan memberikan arahan kepada pelajar supaya melengkapkan nota
mereka (GPISA, 2012: 300; GPISC, 2012: 900; ADSD, 2012: 168, 250, 252, 257;
OBSD, 2012: 63, 98; GPISD, 2012: 1624, 1628; ADSE, 2012: 584; GPISE, 2012:
1703). Kedua-dua amalan menyemak dan menambah ini adalah merupakan peranan
yang perlu diberi perhatian oleh GPI di SA-SE. Tujuannya supaya pelajar melakukan
tugasan yang diberikan kepada mereka.
273

Jadual 4.99: Peranan Pelajar dan Guru Selesai Penggunaan Buku Nota Pelajar
Bil. Peranan GPI dan Pelajar SA SB SC SD SE
1. Guru menyemak x - x x x
2. Guru menambah x - x x x
3. Hantar buku x - x x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J97

Bagi dapatan yang paling rendah pula, amalan ini adalah dibawah
tanggungjawab pelajar. Semua buku nota yang dihasilkan pelajar akan di kumpulkan
dan kemudian dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan (ADSD, 2012: 166, 169;
GPISE, 2012: 1703). Tujuannya adalah untuk GPI membuat semakan dan
pembetulan jika terdapat sebarang kekurangan (GPISA, 2012: 290; GPISC, 2012:
810; ADSD, 2012: 168, 252, 257; OBSD, 2012: 63, 198; GPISD, 2012: 1624, 1628;
ADSE, 2012: 584; KFSE, 2012: 714).

Perbincangan berkenaan amalan penggunaan buku nota pelajar meliputi


aspek persediaan, penggunaan, dan selesai guna. Namun tidak semua perbincangan
di bawah subtajuk tersebut mencapai tahap pola amalan penggunaannya. Hanya
beberapa subtajuk dan tema yang dibincangkan sahaja mencapai tahap pola seperti
pada Rajah 4.12. Rajah ini menjelaskan amalan yang diwakili oleh majoriti GPI di
SA-SE.

PERSEDIAAN Tugasan Pelajar

PENGGUNAAN Penulisan
BUKU NOTA Kemas
PELAJAR

Pembinaan

Pelajar Buat Sendiri

Masa Buat

Guru Menyemak
SELESAI GUNA
Guru Menambah

Pelajar Hantar Buku

Rajah 4.12: Pola Amalan Penggunaan Buku Nota Pelajar


274

4.3.4.8 Video

Penggunaan video sebagai BBM mempunyai banyak kelebihannya kerana


mampu menarik perhatian pelajar terhadap PdP GPI. Amalan penggunaan video
yang diamalkan oleh GPI di SA-SE berasaskan peringkat utama, iaitu persediaan,
penggunaan, dan selesai guna. Dapatan tersebut dinyatakan merujuk kepada jadual
matrik yang dilampirkan bersama setiap penjelasannya.

(1) Persediaan

Persediaan GPI terhadap penggunaan video berkaitan tajuk merupakan satu-


satunya amalan yang mencapai tahap pola. GPI sentiasa memastikan video yang
digunakan adalah berkaitan dengan tajuk pelajaran yang akan disampaikan (ADSA,
2012: 54, 203, 281373, 387, 507, 536; OBSB, 2012: 151, 160; KFSB, 2012: 752,
755; GPISB, 2012: 1294, 1295; GPISC, 2012: 1107; GPISE, 2012: 1509, 1773).

Jadual 4.100: Persediaan Guru Semasa Penggunaan Video


Bil. Persediaan Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Berkaitan tajuk - x x - x
3. Persediaan x x - - -
4. Integrasi x x - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J98

Hal ini dibuktikan oleh P1SB: (BBM:VDO/PSD/BET) "emmm...kadang-


kadang lah. kadang-kadang kalau ada, macam ada berkaitan dengan tajuk ustaz
tunjuk lah. kalau tak ada kaitan, ustaz tak tunjuk lah." P1SB, 2012: 752.

Sebelum penggunaan video lagi, perkara utama yang perlu ialah persediaan
GPI itu sendiri. Persediaan GPI terhadap video yang digunakan bertujuan mengelak
tayangan yang tidak teratur (KFSA, 2012: 1230, 1231; GPISA, 2012: 1083; GPISB,
2012: 1316). Sebagai contoh yang dijelaskan oleh KFSA: "dia bergantung. tapi
kalau ustaz ni biasanya kalau video tu panjang nanti dia akan mengambil masa
275

kelas, nanti ustaz akan potong-potong lah." KFSA 2012: 1230. Oleh itu, inisiatif
persediaan GPI adalah dengan memotong video menjadi pendek supaya tidak
mengambil masa semasa ingin membukanya (KFSA, 2012: 1234, 1235). Manakala
amalan yang paling rendah sekali ialah dengan cara integrasi video. Kebiasaannya
integrasi video akan dilakukan bersama penggunaan powerpoint (ADSA, 2012: 348;
KFSA, 2012: 35; OBSB, 2012: 151; KFSB, 2012: 712; GPISB, 2012: 1292).

(2) Penggunaan

Penggunaan video yang diamalkan oleh GPI di SA-SE meliputi waktu


penggunaan, sumber video, dan simpanan video.

(a) Waktu Tayangan: Penggunaan video semasa PdP perlulah ditetapkan


masanya agar waktu mencukupi dan tidak terlalu lama. Penetapan masa ini juga
bertujuan untuk memudahkan GPI mengawal pelajar yang tidak fokus kepada PdP
nya. Jadual 4.101 menunjukkan waktu yang sesuai untuk GPI menunjukan video
kepada para pelajar mereka. Antaranya waktu yang tertinggi diamalkan oleh GPI di
SA-SE untuk menayangkan video ialah pada akhir PdP (KFSA, 2012: 1210, 1216;
GPISA, 2012: 1076, 1089). Waktu ini mencapai tahap pola dengan diwakili oleh
majoriti GPI di SA-SE. Tujuannya agar semasa PdP pelajar dapat fokus dahulu
dengan pelajaran dan bukan untuk menonton video semata-mata (GPISA, 2012:
1061, 1062; GPISB, 2012: 1293; GPISE, 2012: 1780). Selain itu, tayangan pada
waktu akhir PdP tidak akan mengganggu waktu PdP jika sekiranya video yang
ditayang terlalu panjang (GPISA, 2012: 1064, 1066; KFSB, 2012: 712).

Jadual 4.101: Waktu Tayangan Semasa Penggunaan Video


Bil. Waktu Tayangan SA SB SC SD SE
1. Akhir PdP x x x - x
2. Tengah PdP x x - - -
3. Set induksi - - - - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J99
276

Kebiasaannya video yang ditunjukkan pada waktu akhir PdP merupakan


selingan sahaja dan tidak berkaitan dengan PdP (GPISA, 2012: 1062, 1076, 1089;
GPISC, 2012: 1101; GPISE, 2012: 1779).

Selain itu, ada juga GPI yang menayangkan video kepada pelajar ketika
waktu pertengahan PdP. Tayangan video pada waktu ini disebabkan ada kaitannya
dengan pelajaran yang diajar (KFSA, 2012: 169; GPISB, 2012: 678, 1294). Waktu
tayangan yang terakhir ialah set induksi yang menggambarkan waktu awal PdP
(ADSA, 2012: 135; GPISB, 2012: 1293).

(b) Sumber video: Amalan penggunaan video diteruskan lagi dengan mengenal
pasti sumber yang digunakan oleh GPI untuk memperolehi video yang digunakan
ketika PdP. Terdapat dua sumber yang mencapai tahap pola dalam menghasilkan
video oleh GPI. Merujuk kepada Jadual 4.102, sumber-sumber tersebut ialah internet
dan rakan. Internet merupakan sumber yang paling tinggi digunakan untuk
mendapatkan video.

Jadual 4.102: Sumber Guru Semasa Penggunaan Video


Bil. Sumber Video SA SB SC SD SE
1. Internet x x - - x
2. Rakan x x - - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J100

Kemahiran komputer yang dimiliki oleh GPI lebih memudahkan mereka


semasa mencari video yang berkaitan dengan PdP (KFSA, 2012: 1207, 1214;
GPISA, 2012: 1097; GPISB, 2012: 1311, 1312; GPISE, 2012: 1766). Sumber yang
terakhir dalam mendapatkan video ialah daripada rakan GPI sendiri. Rakan yang GPI
maksudkan ialah rakan guru semasa perkhidmatan mereka di sekolah (GPISA, 2012:
1096; GPISB, 2012: 1311, 1313). Ada juga rakan yang dimaksudkan ialah rakan GPI
semasa waktu mereka belajar dahulu (GPISE, 2012: 1767).

(c) Simpanan video: Semasa menggunakan video, GPI menyimpan video yang
akan digunakan pada komputer atau laptop mereka. Cara simpanan ini menjadi
277

penyebab urusan tayang video oleh GPI menjadi mudah. Jadual 4.103 menunjukkan
dua jenis cara simpanan video yang diamalkan oleh GPI di SA-SE. Cara tersebut
ialah tidak link dan link video tersebut yang diintegrasikan penggunaannya dengan
powerpoint. Majoriti GPI mengamalkan cara tidak link video tersebut dengan
penggunaan powerpoint (KFSA, 2012: 1264,1267, 1274, 1276; PYSA, 2012: 384,
385; GPISA, 2012: 1075, 1076; OBSB, 2012: 158, 159; PYSB, 2012: 252, 253, 260,
266, 270; GPISB, 2012: 676, 1042, 1318; GPISE, 2012: 1514). Video yang tidak link
ditempatkan dalam folder khusus supaya memudahkan GPI untuk mencarinya
(ADSA, 2012: 54, 203, 281, 369, 373;). Selain dalam folder khusus, GPI meletakkan
video tersebut hanya di desktop sahaja (PYSA, 2012: 386; GPISB, 2012: 677, 1318).

Manakala bagi video yang di link hanyalah diwakili oleh GPISE sahaja.
Video yang di link adalah bergantung kepada kesempatan GPI untuk membuat
persiapan demikian (ADSA, 2012: 348; GPISE, 2012: 1514). Namun ada masanya
GPISE tidak membuat link tersebut dan hanya terus menayangkan video dari sumber
asalnya sahaja.

Jadual 4.103: Tempat Simpanan Semasa Penggunaan Video


Bil. Tempat Simpanan SA SB SC SD SE
1. Tidak link x x - - x
2. Link - - - - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J101

(3) Selesai Guna

Analisis dapatan kajian mendapati bahawa terdapat amalan yang dilakukan


majoriti GPI di SA-SE setelah selesai penggunaan video. Dapatan ini mencapai tahap
pola kerana diwakili oleh majoriti GPI, iaitu GPI di SA, SB, dan SE.

Jadual 4.104: Amalan Selesai Penggunaan Video


Bil. Selesai Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Berikan tugas x x - - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J102
278

Video yang ditayangkan kepada pelajar bukanlah bertujuan untuk tontonan


semata-mata. Namun GPI akan memberikan arahan kepada pelajar supaya
melakukan beberapa tugasan terhadap video yang ditayangkan (ADSA, 2012: 350,
508, 551; KFSA, 2012: 1225; PYSA, 2012: 553; GPISA, 2012: 1105; GPISB, 2012:
1324). Antara tugasan yang diberikan adalah memberikan ulasan terhadap video
yang ditonton oleh pelajar (ADSA, 2012: 551; KFSA, 2012: 1220; GPISE, 2012:
1785).

Secara keseluruhannya, Jadual 4.100 hingga Jadual 4.104 menjelaskan


amalan penggunaan video oleh GPI di SA-SE. Segala dapatan pada jadual tersebut
telah dijelaskan secara terperinci tentang bagaimana GPI di SA-SE menggunakan
video semasa PdP mereka. Sebagai pengukuhan terhadap dapatan kajian, pengkaji
menjelaskan amalan penggunaan video dalam bentuk yang mudah dilihat seperti
pada Rajah 4.13. Amalan penggunaan pada rajah ini merupakan pola amalan yang
dipersetujui oleh majoriti GPI di SA-SE.

Berkaitan Dengan
PERSEDIAAN
Tajuk

Waktu Menunjuk

Akhir PDP

Sumber video

Internet
VIDEO
PENGGUNAAN
Rakan

Simpanan Video

Tidak Link

SELESAI GUNA Berikan Tugas

Rajah 4.13: Pola Amalan Penggunaan Video

4.3.4.9 Buku Latihan Dan Modul

Buku latihan dan modul turut digunakan oleh GPI dalam melaksanakan PdP di
sekolah. Walaupun penggunaan buku latihan dan modul bukan pilihan namun pengkaji
dapat memperolehi amalan penggunaannya melalui temu bual bersama GPI di SA-SE.
279

(1) Persediaan

Persediaan dimulakan dengan dapatan rujukan untuk latihan yang tertinggi,


iaitu diwakili oleh semua GPI kecuali GPISC (GPISA, 2012: 973; PYSB, 2012: 126;
KFSD, 2012: 12, 813; GPISD, 2012: 1558; PYSE, 2012: 534, 676). Penggunaan
BBM ini menjadi rujukan kepada pelajar sebagai nota ataupun latihan (GPISA, 2012:
973, 875, 982; ADSB, 2012: 364; PYSB, 2012: 125, 130; PYSD, 2012: 172).

Sebagai persediaan, GPI perlu memastikan bahawa penggunaan buku latihan


dan modul adalah sebagai pengukuhan kepada pelajar. Oleh itu GPI akan membuat
ulangan latihan bagi tajuk yang dirasakan penting dan berpotensi keluar semasa
peperiksaan (KFSA, 2012: 1095, 1098, 1107, 1108; GPISA, 2012: 332; KFSD, 2012:
826; GPISD, 2012: 1560, 1561; GPISE, 2012: 1737, 1739).

Jadual 4.105: Amalan Persediaan Sebelum Penggunaan Buku Latihan dan Modul
Bil. Persediaan Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Rujukan untuk latihan x x - x x
2. Ulang tajuk penting x - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J103

(2) Penggunaan

Penggunaan buku latihan dan modul yang diperolehi melalui dapatan kajian
terbahagi kepada lima cara, iaitu ciri bahan, bentuk penulisan, waktu guna, sumber
modul dan sumber latihan. Kemudian pengkaji menjelaskan setiap satu daripadanya
merujuk kepada jadual matrik yang disertakan bersama.

(a) Ciri bahan: Penghasilan buku latihan dan modul oleh GPI di SA-SE
menggunakan beberapa ciri penulisan. Jadual 4.106 menjelaskan ciri yang diamalkan
oleh GPI di SA-SE untuk menghasilkan buku latihan dan modul. Ciri yang tertinggi
sekali ialah penulisan yang teratur dan diwakili oleh semua GPI di SA-SE kecuali
280

GPISE. Penyusunan soalan-soalan yang digunakan semasa penulisan adalah seperti


soalan peperiksaan (KFSA, 2012: 1082, 1085, 1126, 1127; ADSC, 2012: 590) dan
bentuk-bentuk yang lain (GPISA, 2012: 1000; GPISB, 2012: 1213). Ciri teratur ini
juga ditambah dengan penulisan tajuk yang bercampur-campur tajuk dan dibentuk
menjadi buku (KFSC, 2012: 767; KFSD, 2012: 827, 828). Rujukan untuk latihan
pula diwakili oleh semua GPI kecuali GPISC (GPISA, 2012: 973; PYSB, 2012: 130;
KFSD, 2012: 12, 813; GPISD, 2012: 1558; PYSE, 2012: 534, 676). Penggunaan
BBM ini menjadi rujukan kepada pelajar sebagai nota ataupun latihan (GPISA, 2012:
973, 975, 982; ADSB, 2012: 364; PYSB, 2012: 125, 130; PYSD, 2012: 672).
Penghasilannya adalah daripada arahan GPI yang meminta pelajar membuat latihan
daripada pelbagai sumber (ADSB, 2012: 369, 401, 445, 479; PYSB, 2012: 126, 130;
KFSD, 2012: 36, 40; GPISD, 2012: 1506; OBSE, 2012: 229, 315; KFSE, 2012: 636,
640; PYSE, 2012: 534; GPISE, 2012: 856, 1658).

Amalan ciri bahan mengikut tajuk dan ringkas pula diwakili oleh GPI di SA,
SC, dan SD. Buku latihan dan modul yang dibina itu mengikut tajuk-tajuk tertentu
sebagai gambaran kepada pelajar (KFSA, 2012: 1120; GPISA, 2012: 825, 969, 970,
972, 973, 988, 955; ADSB, 2012: 683, 685, 703; ADSC, 2012: 344, 571; NotaSC,
2012: 466, 613; KFSC, 2012: 727, 729; KFSD, 2012: 826, 827).

Jadual 4.106: Ciri Bahan Semasa Penggunaan Buku Latihan dan Modul
Bil. Ciri Bahan SA SB SC SD SE
1. Teratur x x x x -
2. Rujukan untuk latihan x x - x x
3. Mengikut tajuk & Ringkas x - x x -
4. Saiz x - - x x
5. Ulang tajuk penting x - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J104

Buku latihan dan modul yang digunakan oleh GPI di SA-SE adalah
dihasilkan sendiri oleh GPI dan ada yang diambil daripada buku latihan yang dibeli.
Jenis buku yang digunakan adalah buku yang dibekalkan oleh sekolah kepada pelajar
(ADSC, 2012: 584; ADSE, 2012: 544). Penyusunan modul latihan itu bergantung
kepada saiz yang digunakan, iaitu kertas A4 (GPISA, 2012: 800; ADSC, 2012: 566;
KFSD, 2012: 850; GPISE, 2012: 849). Saiz kertas ini memudahkan penyusunan
maklumat sehingga memenuhi ruang melibatkan kedua-dua muka kertas (KFSA,
281

2012: 1075, 1078; GPISA, 2012: 969, 972, 973, 988; ADSC, 2012: 575). Pada buku
latihan dan modul ini juga, pelajar diminta oleh GPI untuk menghias dan meletakkan
sasaran pencapaian untuk mata pelajaran Pendidikan Islam (ADSB, 2012: 678, 730).
Sebagai pengukuhan kepada pelajar, GPI akan membuat ulangan latihan bagi tajuk
yang dirasakan penting dan berpotensi keluar semasa peperiksaan (KFSA, 2012:
1095, 1098, 1107, 1108; GPISA, 2012: 825; KFSD, 2012: 826; GPISD, 2012: 1560,
1561; GPISE, 2012: 1537, 1539).

b) Bentuk Penulisan: Semasa pembinaan soalan latihan pada buku latihan dan
modul untuk pelajar, GPI ada mementingkan ciri yang mampu menarik perhatian
pelajar. Terdapat dua ciri yang diamalkan oleh GPI merujuk kepada Jadual 4.107.
Antara bentuk latihan tersebut ialah penulisan, dan lisan. Kedua-dua bentuk latihan
ini diakui oleh majoriti GPI di SA-SE dan mencapai tahap pola dapatan kajian.

Bentuk penulisan adalah yang paling tinggi diamalkan dengan diwakili oleh
GPI di SA, SC, dan SE. Bentuk latihan penulisan ini melibatkan bentuk isi tempat
kosong, gambarajah, jadual dan peta minda (GPISA, 2012: 786, 1004; ADSB, 2012:
691, 693, 703; ADSC, 2012: 352, 573, 580, 604; KFSC, 2012: 98, 100, 1061; ADSE,
2012: 519; KFSE, 2012: 625, 631, 633, 647; PYSE, 2012: 676). Kesemua bentuk
latihan ini diperolehi hasil pencarian daripada buku rujukan, buku teks, dan
sebagainya (KFSA, 2012: 1061).

Jadual 4.107: Bentuk Latihan Semasa Penggunaan Buku Latihan dan Modul
Bil. Bentuk Latihan SA SB SC SD SE
1. Penulisan x - x - x
2. Lisan x - - x x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J105

Manakala bentuk latihan secara lisan juga mencapai tahap pola diwakili oleh
GPI di SA, SD, SE. Bentuk ini bermaksud GPI tidak perlu menulis latihan tersebut
tetapi hanya menyebutnya dan pelajar menulisnya di buku latihan dan modul mereka
(KFSA, 2012: 89, 94; ADSB, 2012: 364, 370; PYSD, 2012: 567; KFSE, 2012: 633).
282

(c) Waktu Guna: Penggunaan buku latihan dan modul tidak sepenuhnya
sepanjang PdP berlangsung. Penggunaannya bergantung kepada perancangan GPI
sama ada pada waktu kelas ataupun luar waktu kelas seperti mana yang dijelaskan
pada Jadual 4.108. Penggunaan buku latihan dan modul pada waktu kelas mencapai
tahap pola dengan diwakili oleh semua GPI di SA-SE kecuali GPISB. Penggunaan
buku latihan dan modul pada waktu kelas adalah dengan cara GPI mengadakan
aktiviti untuk pelajar (KFSA, 2012: 90, 91; ADSB, 2012: 441, 699; PYSE, 2012:
676, 846, 849). GPI turut memberikan tugasan dan mengarahkan pelajar
menyiapkannya di dalam kelas (ADSC, 2012: 612; GPISC, 2012: 929; OBSD, 2012:
244; KFSD, 2012: 36; OBSE, 2012: 315, 324; KFSE, 2012: 651, 655, 671, 673;
GPISE, 2012: 1658, 1665, 1738, 1742).

Jadual 4.108: Waktu Penggunaan Semasa Penggunaan Buku Latihan dan Modul
Bil. Waktu Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Waktu kelas x - x x x
2. Luar waktu kelas - - x - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J106

Bagi penggunaan buku latihan dan modul di luar waktu kelas, hanya GPSC
dan GPISE sahaja yang mewakilinya. Penggunaan di luar waktu kelas bermaksud
buku latihan dan modul dibuat bukan pada waktu PdP (GPISC, 2012: 929; OBSE,
2012: 228, 229; GPISE, 2012: 1671).

(d) Sumber Modul: Seperti amalan pada buku latihan, modul juga mempunyai
sumber-sumbernya tersendiri yang dirujuk GPI untuk menggunakannya. Jadual
4.109 menunjukkan bahawa terdapat tiga sumber yang digunakan oleh GPI untuk
mendapatkan modul. Antaranya ialah guru, beli, dan PPD. Sumber guru adalah yang
tertinggi kerana GPI menghasilkan sendiri modul untuk diberikan kepada pelajar
(GPISA, 2012: 275, 278, 768, 770, 1302; ADSC, 2012: 243, 245; NotaSC, 2012:
469; KFSC, 2012: 125, 127; PYSD, 2012: 175; PYSE, 2012: 57, 831, 835, 841;
GPISE, 2012: 461, 462, 1728, 1731). Selain menghasilkan sendiri, GPI ada
mengambil bahan daripada powerpoint dan dicetak untuk dijadikan modul pelajar
(GPISB, 2012: 544, 1210). Selain itu, modul untuk kegunaan GPI ada yang dibeli
283

oleh pihak panitia sekolah (GPISA, 2012: 276; KFSD, 2012: 156; GPISE, 2012:
1754).

Jadual 4.109: Sumber Modul Semasa Penggunaan Buku Latihan dan Modul
Bil. Sumber Modul SA SB SC SD SE
1. Guru x x x x x
2. Beli x - - x x
3. PPD x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J107

Pihak sekolah juga ada dibekalkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
dengan modul-modul Pendidikan Islam yang sesuai. Daripada sumber PPD itulah
GPI akan memurnikan semula untuk kegunaan semasa PdP (GPISA, 2012: 767).

(e) Sumber latihan: Pada bahagian ini, dapatan menjelaskan berkenaan sumber-
sumber yang digunakan GPI untuk mendapatkan dan menghasilkan buku latihan.
Jadual 4.110 menjelaskan tiga jenis sumber semasa GPI menggunakan buku latihan,
iaitu panitia, buku teks, dan pelajar. Sumber panitia adalah yang tertinggi dalam
mendapatkan buku latihan kerana usaha semua GPI di setiap sekolah membina buku
tersebut (KFSA, 2012: 1054, 1057; GPISC, 2012: 935). Ada juga yang dibeli oleh
panitia Pendidikan Islam untuk kegunaan semua GPI di sekolah tersebut (KFSD,
2012: 156; GPISD, 2012: 1560).

Jadual 4.110: Sumber Latihan Semasa Penggunaan Buku Latihan dan Modul
Bil. Sumber Latihan SA SB SC SD SE
1. Panitia x - x x -
2. Buku teks - - x x x
3. Pelajar x - - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J108

Sumber buku teks pula merupaka rujukan yang dibuat oleh GPI untuk
menghasilkan sendiri buku latihan untuk kegunaan pelajar (KFSC, 2012: 717, 719;
KFSD, 2012: 813; GPISE, 2012: 855).
284

(3) Selesai Guna

Tugasan yang diberikan oleh GPI untuk pelajar siapkan perlu dibuat dalam
buku latihan dan modul. Tugasan ini kemudiannya akan dilihat oleh GPI dengan
meminta pelajar menghantar buku latihan dan modul tersebut (GPISC, 2012: 932;
ADSB, 2012: 714; ADSC, 2012: 571; P2SE, 2012: 676). Hal ini dijelaskan oleh
GPISC: (BBM:BLM/SSG/MPH) "kemudian pada beberapa ketika kita akan pungut
lah buku latihan tu" GPISC, 2012: 932.

Jadual 4.111: Amalan Guru Semasa Selesai Penggunaan Buku Latihan dan Modul
Bil. Selesai Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Perlu hantar & Melibatkan pelajar - - x x- x
2. Betulkan jawapan - - - - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J109

Bagi memastikan semua pelajar menghantar, GPI meminta wakil pelajar


mengumpulkan buku untuk dihantar merujuk kepada OBSD:
(BBM:BLM/SSG/MPH) "responden meminta pelajar menyiapkan latihan tersebut di
dalam kelas, meminta wakil kelas untuk menghantar kepada responden, dan mengisi
markah di borang PBS." OBSD, 2012: 244 dan OBSE: (BBM:BLM/SSG/MPH)
"Kemudian responden memberitahu pelajar yang dah siap boleh menghantarnya
kepada ketua kelas." OBSE, 2012: 325.

Penggunaan buku latihan dan modul ini kebiasaannya melibatkan pelajar


khususnya bagi GPI di SD dan SE. Penglibatan pelajar dalam aktiviti semasa PdP ini
adalah berbentuk bacaan dan memberi jawapan (ADSB, 2012: 363, 369, 401; ADSC,
2012: 610).

Kemudian GPI membetulkan jawapan yang diberikan oleh pelajar sama ada
melalui soal jawab mahupun latihan yang dibuat (ADSB, 2012: 445, 479, 727; ADSC,
2012: 613; KFSD, 2012: 36; OBSE, 2012: 315, 320; GPISE, 2012: 1666; OBSE 2012:
320; KFSE, 2012: 679; PYSE, 2012: 536, 675; GPISE, 2012: 1662, 1670).
285

Rujukan Untuk
PERSEDIAAN Latihan
Ulang Tajuk
Penting

PENGGUNAAN Ciri Bahan

Mengikut Tajuk &


Ringkas
Saiz
Sumber Modul
Teratur
Guru
Ulang Tajuk
Beli
Penting
BUKU LATIHAN
Rujukan Untuk
& MODUL Sumber Buku
Latihan
Latihan
Panitia
Waktu Penggunaan
Buku Teks
Waktu Kelas

Bentuk Latihan

Penulisan

Lisan

SELEPAS GUNA Melibatkan Pelajar


& Perlu Hantar

Rajah 4.14: Pola Amalan Penggunaan Buku Latihan dan Modul

Perbincangan berkenaan amalan penggunaan buku latihan dan modul telah


dijelaskan secara terperinci merujuk kepada jadual-jadual yang berkaitan. Terdapat tujuh
jadual amalan penggunaan buku latihan dan modul yang telah dijelaskan. Daripada
kesemua jadual perbincangan tersebut, pengkaji meringkaskan amalan penggunaannya
merujuk kepada amalan yang mencapai tahap pola seperti pada Rajah 4.14.

4.3.4.10 Buku Rujukan

Buku rujukan juga merupakan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh
GPI dan kebanyakan pelajar. Penggunaan buku rujukan adalah disebabkan
penyusunannya bertepatan dengan sukatan pelajaran yang ada pada buku teks.
286

Penerangan buku rujukan ini akan dijelaskan merujuk kepada tiga peringkat amalan,
iaitu persediaan, penggunaan, dan selesai guna.

(1) Persediaan

Buku rujukan digunakan oleh majoriti GPI di SA-SE. Oleh yang demikian
pengkaji ingin menjelaskan persediaan yang dilakukan sebelum menggunakan buku
rujukan. Jadual 4.112 menunjukkan amalan persediaan penggunaan buku rujukan,
iaitu sebanyak empat jenis. Antara amalan yang dipastikan ialah pelajar bawa sendiri,
guru bawa sendiri, panitia sediakan untuk guru, dan panitia sediakan untuk pelajar.
Sumber 'pelajar bawa sendiri' mencapai tahap pola kerana majoriti pelajar
menggunakan semasa PdP GPI (GPISA, 2012: 649, 657; KFSB, 2012: 114; GPISB,
2012: 1081; GPISC, 2012: 753; KFSD, 2012: 139, 144, 148, 150; PYSD, 2012: 180,
682, 683) berbanding GPI sendiri (GPISA, 2012: 649; GPISE, 2012: 444).

Jadual 4.112: Amalan Persediaan Penggunaan Buku Rujukan


Bil. Amalan Persediaan SA SB SC SD SE
1. Pelajar bawa sendiri x x x x -
2. Guru bawa sendiri x - - - x
3. Panitia sediakan untuk guru - - - - x
4. Panitia sediakan untuk pelajar - - - - x
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J110

Manakala persediaan daripada pihak panitia sekolah pula kurang diwakili


oleh GPI di SA-SE khususnya untuk guru dan pelajar. Kedua-dua sumber in hanya
diwakil oleh GPISE yang mana panitia sekolah menyediakan buku rujukan untuk
kegunaan GPI dan pelajar (GPISE, 2012: 435, 437).

(2) Penggunaan

Buku rujukan juga merupakan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh
GPI dan kebanyakan pelajar. Penggunaan buku rujukan adalah disebabkan
penyusunannya bertepatan dengan sukatan pelajaran yang ada pada buku teks. Pada
287

bahagian ini dijelaskan cara-cara umum penggunaan buku rujukan yang menjadi
amalan GPI di SA-SE. Jadual 4.113 menunjukkan cara-cara penggunaan yang
diamalkan oleh GPI di SA-SE, iaitu buku rujukan digunakan sebagai rujukan
tambahan, rujukan untuk pembacaan, rujukan untuk pendedahan, rujukan untuk
penerangan, dan rujukan untuk gambaran yang mncapai tahap pola. Bagi rujukan
tambahan, ianya menjadi cara yang tertinggi diamalkan oleh GPI kerana diwakili
oleh semua GPI di SA-SE. Rujukan tambahan merupakan bahan yang dirujuk oleh
GPI selepas rujukan bahan utama, iaitu buku teks (KFSA, 2012: 911; PYSA, 2012:
402, 403, 448, 453, 455; KFSB, 2012: 121; PYSB, 2012: 85, 115; ADSC, 2012: 45;
GPISC, 2012: 731, 736, 737; NotaSD, 2012: 205, 206, 207, 212; PYSD, 2012: 183,
682, 683; GPISE, 2012: 454, 1720, 1721). Rujukan tambahan dibuat adalah
bertujuan untuk mendapatkan idea-idea dalam membentuk pendahuluan, soalan,
contoh-contoh, dan rumusan ketika mengajar (OBSA, 2012: 133, 249; KFSA, 2012:
79, 80, 896).

Secara keseluruhannya, bahan tambahan ini memudahkan kefahaman GPI


dan pelajar dengan bacaan sebelum memulakan PdP (PYSA, 2012: 416, 471; KFSB,
2012: 206, 2012, 216, 218, 222, 224, 228; KFSD, 2012: 139). Buku rujukan
berfungsi memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap apa yang diajar oleh GPI
(KFSB, 2012: 109, 114; PYSB, 2012: 107; GPISC, 2012: 760; GPISE, 2012: 445,
454, 1722).

Bagi GPI sendiri, buku rujukan digunakan untuk memberikan penerangan


kepada pelajar (OBSA, 2012: 249; PYSA, 2012: 471; KFSB, 2012: 116; GPISC,
2012: 742, 789). Manakala bagi pelajar, buku rujukan yang digunakan mampu untuk
memberikan gambaran kepada mereka berkaitan tajuk yang akan diajarkan oleh GPI
(GPISA, 2012: 657; PYSB, 2012: 107; GPISE, 2012: 1720, 1722).

Jadual 4.113: Amalan Penggunaan Buku Rujukan


Bil. Cara Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Rujukan tambahan x x x x x
2. Rujukan untuk pembacaan x x - x -
3. Rujukan untuk pendedahan - x x - x
4. Rujukan untuk penerangan x x x - -
5. Rujukan untuk gambaran x x - - x
6. Rujukan sukatan pelajaran x x - - -
288

7. Rujukan untuk nota - x x - -


8. Menjelaskan kekeliruan - x x - -
9. Rujukan utama x x - - -
10. Sesuaikan dengan rancangan tahunan - x - - -
11. Kesan penekanan - x - - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J111

Rujukan yang dibuat oleh GPI untuk selaraskan sukatan pelajaran dengan
buku teks sebagai rujukan utama (KFSA, 2012: 912, 915; GPISA, 2012: 655; PYSB,
2012: 99, 101). Rujukan juga dibuat ketika membuat nota (OBSA, 2012: 249; KFSB,
2012: 130, 134; GPISC, 2012: 787, 790) serta ketika menjelaskan kekeliruan yang
dihadapi pelajar (KFSB, 2012:191, 193, 233; GPISC, 2012: 787). Selain itu,
perbincangan antara GPI dan pelajar juga melibatkan penggunaan buku rujukan
(KFSA, 2012: 80, 915; GPISB, 2012: 1096). Namun GPI perlu selaraskan
penggunaan buku rujukan dengan rancangan tahunan agar tidak berbeza dengan
buku teks (KFSA, 2012: 911, 915; GPISA, 2012: 655; PYSB, 2012: 99, 101).
Walaupun amalan penggunaan buku rujukan tinggi tetapi ianya bukan menjadi
rujukan utama oleh semua GPI (GPISA, 2012: 655; GPISB, 2012: 1080, 1111).
Amalan yang terakhir pula ialah kesan penekanan yang dilakukan oleh GPI kepada
pelajar untuk menggunakan buku rujukan (PYSB, 2012: 110).

(3) Selesai Guna

Pada amalan selesai guna, GPI menggunakan latihan pada buku rujukan
hanya diwakili oleh GPI di SB dan SC sahaja. Penggunaan soalan yang ada pada
buku rujukan tersebut adalah untuk aktiviti soal jawab dan perbincangan antara GPI
dan pelajar (OBSA, 2012: 133, 249; KFSB, 2012: 265; PYSB, 2012: 124, 126, 130;
PYSC, 2012: 152; GPISC, 2012: 790; NotaSC, 2012: 208, 209, 210, 211, 213, 214,
215).

Jadual 4.114: Amalan Selesai Penggunaan Buku Rujukan


Bil. Cara Penggunaan SA SB SC SD SE
1. Gunakan latihan & Rujukan untuk perbincangan x x x - -
Keterangan: Dapatan data mengikut jenis data boleh dirujuk pada Lampiran J112
289

Jadual 4.112 hingga Jadual 4.114 menjelaskan bagaimana penggunaan buku


rujukan yang diamalkan oleh GPI di SA-SE. Setelah dijelaskan secara terperinci,
pengkaji akan meringkaskan amalan tersebut merujuk kepada pola penggunaan yang
diamalkan oleh GPI di SA-SE pada Rajah 4.15.

PERSEDIAAN Pelajar Bawa Sendiri

Rujukan Tambahan
PENGGUNAAN
Rujukan Untuk Pembacaan

BUKU RUJUKAN
Rujukan Untuk Pendedahan

Rujukan Untuk Penerangan

Gunakan Latihan & Rujukan


SELESAI GUNA
Perbincangan

Rajah 4.15: Pola Amalan Penggunaan Buku Rujukan

4.4 Penutup

Pada perbincangan bahagian analisis data ini, pengkaji telah menyenaraikan


semua datapan dalam bentuk jadual bermula dari Jadual 4.1 sehingga Jadual 4.114.
Kesemua jadual tersebut dijelaskan secara terperinci merujuk kepada dapatan yang telah
dianalisis menggunakan perisian NVivo versi 7.0 sehingga membentuk tema dan jadual
matrik. Perbincangan secara terperinci ini kemudiannya dijelaskan lagi merujuk kepada
Rajah 4.1 hingga 4.15 yang terdiri daripada tema-tema yang mencapai tahap pola.

You might also like