Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

1

SULIT*

944/1 STPM 2023


Set 1

EKONOMI
KERTAS 1

UJIAN PENGESANAN PRESTASI

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

2 Jam
Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada borang jawapan Aneka
Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B, anda boleh menjawab semua bahagian B, tetapi
hanya empat jawapan pertama dalam bahagian B yang diperiksa,

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam
Bahagian C, tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan anda pada helaian yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu
helaian jawapan.

Tunjukkkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.
_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak.
@Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2022
2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 Usahawan adalah ganjaran kepada faktor pengeluaran yang


A merupakan anugerah alam semulajadi
B dicipta oleh manusia untuk digunakan dalam proses pengeluaran
C menyumbang tenaga untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
D menggabungkan sumber ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

2 Masalah asas ekonomi berpunca daripada perkara berikut kecuali


A kekurangan sumber ekonomi
B faktor pengeluaran yang terhad
C masyarakat kekurangan pendapatan
D kehendak masyarakat yang tidak cekap

3 Jadual di bawah menunjukkan titik kombinasi barang X dan barang Y yang dikeluarkan
dalam sebuah ekonomi.

Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit)

A 10 0
B 9 2
C 7 4
D 4 6
E 0 8

Berapakah kos lepas bagi menambah pengeluaran barang Y dari 2 kepada 6 unit?
A 4 unit barang X
B 4 unit barang Y
C 5 unit barang X
D 5 unit barang Y

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
3

4 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D) bagi suatu barang.

Berapakah kuantiti diminta pada harga RM4?


A 30 unit
B 40 unit
C 60 unit
D 70 unit

5 Faktor-faktor berikut akan mempengaruhi penawaran kecuali


A kestabilan politik
B keuntungan maksimum
C harga faktor pengeluaran
D tingkat teknologi pengeluaran

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
4

6 Gambar rajah di bawah menunjukkan keadaan keseimbangan pasaran bagi suatu barang

Keseimbangan asal ialah pada titik E. Jika pengguna menerima bonus dan pengeluar
diberi subsidi, keseimbangan baru adalah pada
A M
B N
C O
D P

7 Fungsi permintaan bagi pasaran barang Z ialah Qd = 180 - 5P. Harga dan kuantiti
keseimbangan ialah RM20.00 dan 80 unit. Berapakah nilai lebihan pengguna
A RM 320.00
B RM 360.00
C RM 640.00
D RM 720.00

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
5

8 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan dengan kuantiti diminta bagi
barang A, barang B dan barang C.

Tingkat Kuantiti diminta (unit)


pendapatan
(RM) Barang A Barang B Barang C

4000.00 50 40 60

4800.00 80 30 60

Barang A, Barang B dan Barang C ialah


A barang normal, barang bawahan dan barang mesti
B barang mewah, barang bawahan dan barang mesti
C barang normal, barang mewah dan barang bawahan
D barang mewah, barang mesti dan barang tiada kaitan

9 Persamaan penawaran barang X ialah Qs = 20 + 25P, dengan Qs ialah kuantiti ditawarkan


(unit) dan P ialah harga (RM). Berapakah keanjalan penawaran apabila harga barang X
meningkat daripada RM1.00 kepada RM2.00?
A 0.14
B 0.56
C 0.86
D 1.80

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
6

10 Yang berikut ialah fungsi permintaan (Qd) dan fungsi penawaran (Qs) bagi suatu barang.
Qd=200-25P
Qs=100+25P

dengan P ialah harga (RM). Penetapan harga minimum pada RM3.00 perunit menyebabkan
A lebihan penawaran sebanyak 50 unit
B lebihan permintaan sebanyak 50 unit
C lebihan permintaan sebanyak 125 unit
D lebihan penawaran sebanyak 175 unit

11 Dalam teori pengeluaran, jangka masa pendek merujuk kepada keadaan apabila
A kos pengeluaran terdiri daripada kos tetap dan kos berubah
B pengeluaran dilakukan dengan semua input boleh ditambah
C pengeluaran yang melibatkan tempoh masa kurang daripada setahun
D pengeluaran melibatkan penggabungan input tetap dan input berubah

12 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata
(AVC ) dan keluk kos sut (MC) bagi sebuah firma

Berapakah jumlah kos tetap firma ini pada tingkat keluaran 100 unit?
A RM700
B RM800
C RM1200
D RM1300

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
7

13 Sebuah firma yang menggunakan jalan raya yang rosak semasa menjalankan aktiviti
pengeluarannya sedang mengalami
A ekonomi bidangan luaran
B ekonomi bidangan dalaman
C tak ekonomi bidangan luaran
D tak ekonomi bidangan dalaman

14 Yang manakah bukan ciri yang boleh membezakan antara jenis pasaran
A bilangan firma dalam pasaran
B jenis produk yang dikeluarkan
C kuasa firma menentukan harga
D matlamat firma menghasilkan keluaran

15 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata
(AVC), keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi sebuah firma.

Berapakah untung per unit firma pasaran persaingan sempurna pada tingkat keseimbangan?
A RM 1.50
B RM 1.00
C RM 0.80
D RM 0.50

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
8

16 Maklumat yang berikut menunjukkan persamaan hasil sut (MR) dan kos sut (MC) bagi
sebuah firma monopoli.
MR = 20 - 0.5Q
MC = RM2.00
Dengan Q = tingkat keluaran yang dihasilkan dalam unit.
Berapakah tingkat keluaran yang memaksimumkan untung firma tersebut?
A 36 unit
B 38 unit
C 72 unit
D 88 unit

17 Dalam jangka panjang, firma persaingan bermonopoli tidak mencapai kecekapan dalam
peruntukan sumber kerana tingkat keluaran berada pada
A kos purata minimum
B kos sut sama dengan hasil sut
C jumlah hasil melebihi jumlah kos
D harga lebih tinggi daripada kos sut

18 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara bilangan buruh dengan tingkat keluaran
sebuah firma.

Bilangan buruh (orang) Jumlah keluaran (unit)

1 44
2 80
3 112
4 140
5 164
6 184
7 200

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
9

Jika harga keluaran ialah RM3.00 per unit dan upah ialah RM84.00 per orang, berapakah
jumlah hasil yang diperoleh firma pada tingkat keseimbangan?
A RM336.00
B RM420.00
C RM492.00
D RM552.00

19 Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan buruh dan keluk penawaran buruh.

Apakah yang akan berlaku jika kerajaan menetapkan upah minimum pada upah RM10?
A Pengangguran sebanyak 10 unit
B Upah meningkat sebanyak RM10
C Kenaikan kos buruh sebanyak RM10
D Lebihan penawaran buruh sebanyak 20 unit

20 Encik Azfar menyimpan RM25 000 dalam simpanan tetap di bank dengan kadar bunga
7% setahun dan inflasi pada tahun itu ialah 3%. Hitung bunga benar yang diterima pada tahun
tersebut?
A RM1750
B RM1250
C RM1000
D RM750

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
10

Bahagian B [40 markah]


Jawab empat soalan sahaja.

21 Dengan berbantukan contoh yang sesuai, jelaskan perkaitan antara konsep kekurangan,
pilihan dan kos lepas bagi pelaku ekonomi berikut:
(a) Isi rumah [5]
(b) Firma [5]

22 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran. Dengan menggunakan gambar rajah,
terangkan hukum penawaran? [4]
(b) Terangkan tiga perbezaan antara perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan
penawaran. [6]

23 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi bidangan? [2]


(b) Keluk di bawah menunjukkan kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah firma.

Huraikan empat faktor berlakunya pergerakan dari A ke B pada keluk kos purata jangka
panjang firma di atas. [8]

24 Huraikan lima kelebihan pasaran persaingan sempurna berbanding dengan pasaran


persaingan monopoli pada tingkat keseimbangan [10]

25 Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan keadaan firma pasaran persaingan


bermonopoli yang memberhentikan operasi pengeluaran dalam jangka pendek. [10]

26 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan


(i) sewa ekonomi? [2]
(ii) perolehan pindahan? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah huraikan perbezaan antara sewa ekonomi dengan
perolehan pindahan bagi keluk penawaran faktor yang tak anjal. [6]

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
11

Bahagian C [20 markah]


Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta barang A dan barang B pada


pelbagai tingkat harga barang A.

Harga barang A Kuantiti diminta barang A Kuantiti diminta barang B


(RM perunit) (unit) (unit)

6 15 12
8 11 15
10 6 18

(a) Hitung jumlah perbelanjaan pengguna barang A pada setiap tingkat harga. [2]
(b) (i) Hitung keanjalan permintaan harga barang A, apabila harga meningkat
daripada RM6 kepada RM8. [2]
(ii) Berdasarkan jawapan pada b(i), apakah hubungan jumlah hasil dengan
keanjalan permintaan. [2]
(c) (i) Hitung keanjalan silang barang B apabila harga barang A naik dari RM6
kepada RM10. [2]
(ii) Berdasarkan jawapan (c)(i), jelaskan hubungan antara barang A dan barang B.
[2]

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
12

28 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos dan hasil bagi sebuah firma
monopoli.

(a) (i)Tentukan harga dan output keseimbangan [2]


(ii) Hitung jumlah untung atau rugi pada tingkat keseimbangan? [2]
(b) Sekiranya kerajaan menetapkan harga pada tingkat output apabila harga sama
dengan kos sut (P=MC)
(i) Tentukan tingkat harga dan output yang baharu? [2]
(ii) Hitung jumlah untung atau rugi? [2]
(iii) Hitung peratusan perubahan keuntungan sebelum dan selepas campur tangan
kerajaan dalam pasaran? [2]

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
13

29 Rajah di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah


keluaran bagi sebuah firma.

(a) Jika harga keluaran ialah RM4 per unit, pada setiap tingkat buruh, hitung
(i) jumlah hasil keluaran [2]
(ii) keluaran hasil purata [2]
(iii) keluaran hasil sut [2]
(b) Tentukan kuantiti buruh keseimbangan firma ini jika kadar upahnya RM32 per
unit. [2]
(c) Berapakah jumlah untung atau rugi firma pada tingkat keseimbangan. [2]

UJIAN PENGESANAN PRESTASI STPM 2023 – 944/1 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

You might also like