Latihan Kelas Insentif LMS

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

LATIHAN KELAS INSENTIF LMS

1. Apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat di negara kita tidak mematuhi undang-
undang.
2. Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa revolusi yang berlaku di barat?
3. Pada pendapat anda, apakah peranan yang dimainkan oleh golongan intelektual dalam
pembangunan negara?
4. Mengapakah negara kita menjadi rujukan , contoh dan teladan kepada negara lain di
dunia dalam menangani isu global?
5. Sebagai rakyat di sebuah negara yang merdeka, apakah usaha yang perlu anda
lakukan bagi menghadapi cabaran yang mendatang bagi menegekalkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang berdaulat?
6. Pada pendapat anda, apakah kepentingan Sistem Ahli ke arah kemerdekaan?
7. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kebaikan yang boleh dinikmati oleh penduduk
Persekutuan Tanah Melayu melalui perlaksanaan Sistem Ahli?
8. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pilihan raya dalam
sesebuah negara?
9. Sekiranya anda sebagai pengundi, apakah ciri-ciri calon yang menjadi pilihan anda
dalam pilihan raya?
10. Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat nasionalisme boleh terus dipupuk
dalam kalangan generasi muda kita hari ini?
11. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan kemerdekaan negara
kita?
12. Sebagai warganegara yang patriotik, apakah perasaan anda ketika mendengar lagu
kebangsaan kita berkumandang? Berikan dua alasan anda berperasaan demikian.
13. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah undang-undang penting dalam
kehidupan masyarakat pada masa kini?
14. Pada pendapat anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi yang
diamalkan di negara kita?
15. Bagaimanakah anda menunjukkan ketaatan dan kesetiaan anda kepada raja dan negara
Malaysia.
16. Pada pendapat anda, mengapakah Institusi Raja Berpelembagaan perlu
dipertahankan?
17. Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di sebuah negara yang mengamalkan
sistem pemerintahan demokrasi, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda akan
amalkan?
18. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pentadbiran yang cekap perlu
diwujudkan dalam sesebuah negara Persekutuan seperti Malaysia?
19. Pada pandangan anda, apakah kepentingan pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
20. Tindakan Tunku Abdul Rahman membawa usul pemisahan Singapura ke dalam
Parlimen adalah wajar. Jelaskan.
21. Pada pendapat anda, mengapakah usaha mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi
nasional merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh Malaysia?
22. Bagaimanakah keharmonian kaum di Malaysia dapat diwujudkan?
23. Sebagai warganegara Malaysia yang patriotik, bagaimanakah anda mengamalkan
prinsip-prinsip Rukun Negara.
24. Pada pandangan anda, adakah PBB mampu berperanan menjamin keamanan dunia?
25. Pada pendapat anda, apakah manfaat yang diperoleh oleh Malaysia melalui
penyertaan pertubuhan serantau.
26. Pada pendapat anda, apakah kesan ke atas masyarakat dunia jika kita gagal
menangani wabak penyakit berjangkit?

You might also like