Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN
Kesusasteraan Kanak-kanak merupakan satu bidang yang penting kerana berperanan mewujudkan dunia
kanak-kanak menyeronokkan. Bidang sastera mampu memupuk minat kanak-kanak untuk membaca
bahan sastera kanak-kanak yang kreatif sesuai dengan usia mereka. Menurut Sidin (2005), kesusasteraan
kanak-kanak dilihat sebagai karya yang tidak mengetepikan kanak-kanak iaitu yang meliputi semua karya
daripada buku cerita bergambar kanak-kanak sehingga novel yang boleh diamati oleh kanak-kanak. Di
Malaysia, bidang sastera sudah berkembang pesat dan sudah diterapkan dalam pendidikan awal kanak-
kanak di sekolah.
2.0 ANALISIS PERKEMBANGAN SASTERA DI MALAYSIA
Sastera kanak-kanak di Malaysia bermula pada awal abad ke-18 apabila penyebar agama Kristian,
bertapak di Negeri-Negeri Selat (NNS) melalui aktiviti London Missionary Society dan diikuti
oleh American Mission. Mereka telah menerbitkan buku dengan tujuan untuk menyebarkan agama Kristian
(Halimah & Luthfi: 2014) dan memperkenalkan kemahiran membaca dan menulis(Sidin, 2008: 27).
Perkembangan sastera kanak-kanak menjadi pesat apabila sekolah-sekolah diseluruh Tanah Melayu
berkembang. Keadaan ini menyebabkan permintaan buku-buku teks meningkat. Oleh sebab itu, Pejabat
Karang-Mengarang atauThe Malay Translation Bureau telahditubuhkan. Pejabat ini disokong penguasa
pendidikan kolonial dengan kerjasama penerbit, pencetak dan pengedar Inggeris. PenerbitanThe Malay
Home Library Series merupakan sumbangan terbesar Pejabat Karang-Mengarang. Buku ini menyediakan
bahan bacaan sastera ringan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Pejabat Karang-Mengarang bertanggungjawab untuk menterjemah dan menyadur buku-buku teks ke


dalam bahasa Melayu selain menganjurkan Peraduan Mengarang Cerita Pendekdan Panjang pada tahun
1951, 1953 dan 1956 (Halimah & Lutfi, 2014: 28). Melalui peraduan yang diadakan, ramai penulis
tempatan mula menunjukkan bakat penulisan mereka. Antaranya ialah Syed Mahmud Syed Abdul Kadir,
Muhamad Ibrahim Munshi dan Alang Ahmad Alang Yunus. Pada pertengahan tahun 1970-an, penerbitan
buku kanak-kanak berkembang dengan mendadak disebabkan oleh dua faktor iaitu pertama, Dasar
Pelajaran Kebangsaan dan kedua, pelaksanaan perpustakaan sekolah yang lebih teratur (Othman
Puteh,1989).

Pengenalan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan hasrat Kementerian Pelajaran untuk membina koleksi
Perpustakaan Awam Negeri menjadi pencetuas kepada pertambahan bahan bacaan yang pada masa itu.
Jelasnya, sastera kanak-kanak berkembang dengan pesat seperti “cendawan tumbuh selepas hujan”
disebabkan keperluan pendidikan pada masa itu. Sumbangan sastera kanak-kanak dalam perkembangan
Kesusasteraan Melayu dapat dilihat dengan jelas dimana sastera kanak-kanak menjadi pencetus kepada
perkembangan Kesusasteraan Melayu. Pertandingan mencipta sastera kanak-kanak juga telah berjaya
melahirkan penulis-penulis tempatan yang berbakat seperti Ibrahim Munsyi dan lain-lain.
3.0 KONSEP KREATIVITI DAN PROSES KREATIF
Terdapat pelbagai konsep kreativiti yang dikemukakan oleh pengkaji Barat dan pengkaji tanah air kita
berdasarkan perspektif yang berbeza. Umum mengetahui bahawa istilah kreativiti itu berasal daripada
perkataan Greek ‘creare’ yang bermaksud memenuhi iaitu kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru. Takrifan konsep kreativiti yang dinyatakan oleh J.P Guildford (1950)
dalam Model Kreativiti ada menyentuh bahawa pemikiran kreatif difahami sebagai terdapat sesuatu yang
baharu tentang sesuatu perkara. Manakala, Erich Fromm (1976) melalui Saiful Akram Che Rob (2008)
telah memberi dua makna kreativiti. Pertama, kreativiti adalah salah satu gaya khas dalam hidup iaitu
seseorang itu memandang yang baharu pada yang lama. Makna kedua pula, kreativiti menghasilkan
sesuatu yang baharu yang dapat dilihat atau didengar oleh orang lain. Melalui takrifan kedua-dua tokoh ini,
dapat dikenal pasti bahawa konsep kreativiti mencakupi makna yang cukup luas untuk diperkatakan yang
mungkin boleh dikaitkan dengan pandangan pemikiran seseorang dalam menghasilkan sesuatu. Bahkan,
kreativiti dapat ditafsirkan sebagai satu proses berterusan yang dapat dijelmakan dalam bentuk abstrak.

Berbeza pula dengan pandangan yang diutarakan oleh pengkarya di Malaysia. Misalnya, Abdullah
Hassan dan Ainon Mohd (2007) menyatakan bahawa kreativiti ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu
daripada pelbagai sudut dan menghasilkan pelbagai cara untuk melakukan sesuatu yang baru atau dari
sudut yang baru. Dalam konteks ini, merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan
sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai
penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Pentakrifan konsep ini terus menjurus kepada
penghasilan karya kreatif Kesusasteraan Melayu yang berlaku di negara kita. Tuntasnya, kreativiti adalah
kemampuan untuk mencipta sesuatu yang bernilai dengan menggabungkan kemahiran dan imaginasi bagi
menghasilkan sesuatu yang kreatif.

Proses kreatif adalah satu proses yang unik untuk mencetuskan karya dan membuka pemikiran. Ini
merupakan satu proses berkaitan dengan situasi sedar dan bawah sedar seseorang selain faktor
penjanaan bakat dan pengalaman serta kesan-kesan psikologi dalam kehidupan penulis. Hal ini turut
disokong oleh Shahnon Ahmad (1993) yang dinyatakan oleh Abdul Halim Ali (2011) iaitu proses kreatif
dapat dimaknakan sebagai tahap tindakan yang diperlakukan insan secara sedar atau tidak sedar dalam
penciptaan sesuatu. Terdapat beberapa model proses kreatif yang diwujudkan oleh pemikir-pemikir yang
gemar membicarakan proses kreatif. Antara model proses kreatif yang dihasilkan ialah yang dipelopori
oleh Graham Wallas pada tahun 1926. Tokoh ini banyak memberikan pendapat dan idea tentang proses
kreatif. Oleh hal yang demikian, terdapat empat peringkat proses kreatif yang dihuraikan oleh Graham
Wallas. Peringkat pertama iaitu penyediaan yang melibatkan langkah-langkah dalam membina draf awal
dan mengenalpastian masalah. Peringkat kedua pula ialah pengeraman idea berlaku untuk memberi ruang
kepada minda bagi melakukan aktiviti lain. Seterusnya, peringkat ketiga pula lebih kepada iluminasi iaitu
penerbitan idea penyelesaian masalah berlaku secara spontan dalam keadaan minda sedar. Peringkat
terakhir merangkumi proses verifikasi sesuatu idea yang telah disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan
dalam bentuk maujud.
Seterusnya, lima peringkat proses kreatif mengikut James Webb Young melalui Belch 2004. Rujuk rajah
dibawah:

Pengumpulan
bahan

Penyatuan dan
Pengembangan
penyerapan bahan

Penglahiran idea Pengeraman

Proses ini bermula dengan peringkat pengumpulan bahan iaitu mengumpulkan kesemua maklumat,
data atau bahan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul ataupun bagi membuat persediaan
awal sebelum memulakan sesuatu idea kreatif. Seterusnya, berlaku proses penyatuan dan penyerapan
untuk mengenal pasti dan meneroka bahan-bahan yang dikumpulkan tadi. Hal ini bagi mengetahui sejauh
mana bahan atau maklumat yang diperoleh boleh memberi impak terhadap penjanaan idea kreatif.
Peringkat proses yang ketiga pula ialah proses pengeraman iaitu kemunculan lintasan-lintasan idea di
dalam benak penulis. Peringkat ini melibatkan kehadiran idea hanya berlaku di ruangan otak seseorang
penulis. Peringkat keempat iaitu penglahiran idea menunjukkan idea yang terbit telah mengalami pemilihan
idea sebenar yang dapat diterangkan dan disampaikan kepada orang lain. Peringkat yang terakhir ialah
proses pengembangan. Peringkat ini memperlihatkan idea sebenar yang muncul tadi terus-menerus diolah
dan disempurnakan sehingga menjadi satu idea yang matang dan jelas bagi menghasilkan karya sastera.
Begitu juga dengan model proses kreatif yang dibangunkan oleh Alex Osborn pada tahun 1953 melibatkan
tujuh peringkat proses kreatif. Bermula dengan peringkat orientasi, persediaan, penganalisisan, hipotesis,
pengeraman, sintesis dan yang terakhir verifikasi. Model ini lebih kurang sama dengan model-model kreatif
yang lain cuma perbezaan dari aspek penghuraian setiap peringkat.

Berdasarkan penelitian terhadap beberapa model proses kreatif, dapat disimpulkan bahawa peringkat
proses kreatif terbahagi kepada dua bahagian iaitu peringkat proses dalaman dan proses luaran. Proses
dalaman merangkumi segala perlakuan yang berlaku dalam ruang lingkup otak seseorang manusia.
Manakala, proses luaran pula melibatkan proses pengaplikasian dan penglahiran idea-idea yang
diterjemahkan dalam bentuk visual. Oleh itu, pemahaman dan ideologi yang berbeza telah membawa
kepada kewujudan pelbagai model proses kreatif yang sebenarnya menjurus ke arah matlamat yang sama
iaitu merungkai proses kompleks seseorang manusia.

4.0 PENUTUP
Dapat kita simpulkan bahawa, bidang sastera sangatlah penting untuk diterapkan dalam diri kanak-
kanak. Perkembangan sastera kanak-kanak mengikut umur memberi impak terhadap perkembangan
menyeluruh mereka disamping dapat mendedahkan karya sastera dalam usia yang muda. Melalui
penulisan dan hasil karya tokoh berjaya memberi sumbangan terhadap kesusasteraan Melayu. Malahan,
perkaitan konsep kreativiti dan proses kreatif juga mempunyai kaitan dengan sastera kanak-kanak.
RUJUKAN

Abdul Halim Ali. (2011). Proses Kreativiti A. Samad Said Berasaskan Teori Teksdealisme.
Jurnal Melayu. Jilid 6. 153-168.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2007). Kuasa Berfikir Kreatif: Teknik Menyelesaikan
Masalah secara Kreatif. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Arba'ie Sujud & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2011). Pembentukan Emosi Kanak-
kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera. Jurnal Pengajian Melayu. Jilid 22.

Belch. (2004). Advertising and Promotion: An Integrated Marketing Communication


Perspective. Sixth Edition. New York: McGraw-Hill.

Guilford, J.P. (1950). Creativity. American Psychologist. 444-454.

Md. Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-kanak di Malaysia. Selangor:
Cerdik Publications Sdn Bhd.

You might also like