Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

Pengenalan

Secara asasnya kajian tindakan ialah penyelidikan ke atas amalan oleh pengguna, baik
secara individu mahupun bersama orang lain; untuk mengubah dan menambah baik keadaan atau
perlakuan yang sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengguna boleh terdiri daripada seorang
pelajar universiti, guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang
terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimana pun, biasanya kajian
tindakan merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki cara kerja dalam
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh mengkaji kaedah pengajaran dan bahan
pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi tahap pengajarannya di sekolah.

  Pada mulanya Lewin telah menyatakan berkaitan kajian tindakan yang mengandungi
langkah perancangan, tindakan, pemerhatian dan penilaian hasil tindakan. Proses kajian tindakan
bermula dengan idea umum yang menekankan bahawa adanya peningkatan atau perubahan
dalam kerja dan amalan adalah diperlukan.selepas itu, kumpulan dibentuk untuk menjelaskan
dan mengkaji masalah yang dikenal pasti.

sesuatu kajian tindakan akan dimulakan dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau
penambahbaikan diperlukan dalam cara kerja guru. Idea tersebut akan muncul daripada rasa
prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan, di mana terdapat masalah yang sedang berlaku. 

Mengikut Mertler dan Charles (2011), empat prosedur (peringkat merancang,bertindak,


membina dan merefleks) melibatkan sembilan langkah dalam proses kajian tindakan. Sembilan
proses ini diterangkan secara jelas, Mertler (2009):

(a) Mengenal pasti dan mengehadkan topik;

(b) Mengaitkan maklumat;

(c) Mengkaji literatur yang berkaitan;

(d) Membina pelan kajian;

(e) Melaksanakan pelan dan mengumpul data;

(f) Menganalisis data;


(g) Membina pelan tindakan;

(h) Berkongsi dan berbincang keputusan yang diperoleh; dan

(i) Proses refleksi.     


Sembilan langkah dalam proses kajian Tindakan

(a) Mengenal pasti dan mengehadkan topik

Mengenal pasti topik bagi kajian adalah mustahak dalam kajian tindakan. Memilih topik
memerlukan pertimbangan awal berdasarkan keinginan, kepentingan kajian, masa, halangan, kos
dan etika kajian yang terlibat. Pemilihan topik yang tepat akan menjadi masalah jika ia terlalu
luas atau kabur, atau terlalu rumit. Seperti contoh kehidupan murid di luar kelas merupakan topik
atau tajuk yang luas manakala aktiviti pembelajaran dalam masa tertentu merupakan tajuk atau
topik yang kecik . Rousseau dan Tam (1996) mencadangkan topik kajian harus berdasarkan
masalah dalam kelas yang realistik seperti sesuatu yang berkaitan dengan akademik dan
pengurusan kelas.

Suatu kajian tindakan bermula dengan satu pendapat bahawa suatu perubahan atau
penambahbaikan diperlukan dalam cara kerja guru. pendapat tersebut akan terbit daripada rasa
prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
yang dilakui, di mana suatu masalah sedang dihadapi.

Contohnya, apabila hampir semua pelajar atau murid sebuah kelas gagal dalam ujian topikal
yang baru dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu perlu dijalankan bagi memperbaiki
kembali situasi; guru mendapati sekumpulan pelajar atau muridnya tidak memberi tumpuan serta
tidak menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan, membuat guru ingin mengetahui mengapa
ianya terjadi; guru mengetahui seorang guru subjek lain di sekolah menggunakan teknik
pengajaran berasaskan aktiviti permainan dalam komputer dengan jayanya di dalam kelas, dan
beliau ingin mengetahui sama ada teknik tersebut boleh berjaya diaplikasikan dalam mata
pelajaran yang diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu guru tersebut mencari jalan untuk
mengaplikasikan pembelajran berasakan komputer dalam mata pelajaran yang diajarnya dan
mencubanya dalam tindakan kelas.

Oleh itu, seseorang guru mahu pun pelajar akan sentiasa berdepan dengan masalah, yang
terjadi apabila nilai-nilai yang dipegang bertentangan dengan apa yang berlaku dalam amalan,
yang menyebabkan suatu penambahbaikan perlu dicari (Kemmis & Mctaggart,1982;
Whitehead,1985). Situasi tersebut akan memberi idea untuk memulakan suatu kajian tindakan. 
Kemmis & McTaggart (1988) menggariskan empat langkah penting bagi menjalankan kajian
tindakan;

(a) membina suatu rancangan tindakan bagi membaiki sesuatu yyang sedang berlangsung,

(b) melaksana rancangan yang dibina,

(c) memerhati kesan pelaksanaan dalam konteks bilik darjah, dan

(d) mereflek atau mengimbas kembali kesan yang terjadi sebagai asas untuk merancang
tindakan seterusnya.

(b) Mengaitkan maklumat

Sebelum memulakan tugas sebenar dalam kerja penyelidikan dan kajian, adalah sangat
penting jika maklumat awal diperoleh sebagai gambaran keseluruhan kajian. Seseorang pelajar
atau guru boleh memulakan kajian dengan melakukan kaji selidik atau temu bual ringkas
bersama guru, pihak pentadbiran, kaunselor di tempat kerja atau di kawasan tersebut.Pendekatan
awal ini akan memberikan guru atau pelajar untuk mendapat maklum balas mengenai idea untuk
kajian tindakan yang dirancang.

Selain itu, adalah juga penting untuk menilai kepercayaan, pengetahuan dan konteks idea
yang sedia ada. Proses ini dikenali sebagai peninjauan yang bermaksud masa yang diambil untuk
merefleks kepercayaan diri dan meningkatkan pemahaman mengenai masalah-masalah yang
sering timbul dalam penyelidikan. Pelaksanaan proses peninjauan melibatkan tiga bentuk iaitu
refleksi-kendiri, penerangan dan penjelasan (Mertler, 2009).

(a) Refleksi-kendiri

Refleksi-kendiri menilai semula teori pendidikan yang memberi impak kepada amalan
instruksional penyelidik, nilai yang dipegang oleh penyelidik dalam pendidikan dan konteks
sejarah persekolahan penyelidik dan pengajaran.

(b) Penerangan Penerangan harus berfokuskan kepada siapa, apa, di mana, bila dan
bagaimana masalahnya
(c) Penjelasan Penjelasan daripada penerangan di atas perlu menerangkan mengapa masalah
tersebut timbul, diikuti dengan tindakan susulan bagi dapatan.

(c) Mengkaji literatur yang berkaitan

Mengkaji literatur melibatkan proses mencari, mengurus, menggunakan dan menyelidik


bahan bacaan berdasarkan topik yang berkaitan dengan penyelidikan. Melakukan kajian literatur
melibatkan penilaian pelbagai sumber, sebagai contoh, artikel kajian, dokumen, jurnal dan buku,
bagi memilih topik,serta memfokuskan topik, untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian dan
memperoleh contoh data terkumpul dan teknik analisis. Selain itu, menjalankan kajian literatur
membantu menghubungkan penyelidik dengan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan.

Kajian literatur juga membolehkan guru atau pelajar untuk mencari kajian-kajian lepas yang
mempunyai persamaan dengan tema yang dipilih. Ia sangat berguna sebagai panduan untuk
melakukan kajian, seperti mencari langkah atau kaedah yang digunakan. Selain itu, ia juga
berfungsi untuk mengetahui apa yang telah dilakukan dan cadangan kajian akan datang untuk
kajian yang sama.

Menurut Koshy (2005), perbincangan di universiti mengenai cara bagaimana untuk menulis
kajian literatur, pelajar telah mengeluarkan format yang sangat berguna. Mereka mencadangkan
pelan tiga tahap seperti:

(a) Mengenal pasti beberapa tema penting yang timbul daripada pembacaan. Ini akan
ditonjolkan melalui pembacaan rumusan dan bahagian kod warna ketika membaca literatur.

(b) Kenalkan idea mengikut tema daripada menyenaraikan pandangan berbeza pengarang.
Jika anda menulis secara berperingkat pandangan tersebut, ia akan membosankan dan
menjejaskan mood pembaca.

(c) Kenalkan setiap tema dan jelaskan apakah tema tertentu. Kemudian, masukkan bukti-
bukti pembacaan, persetujuan atau perselisihan antara pakar. Sebagai contoh, jika anda
membincangkan tema menggunakan portfolio untuk meningkatkan pencapaian pelajar,
jelaskan mengenai tema tertentu berkaitan konteks dan kemukakan pandangan pengarang dan
pakar berdasarkan tema melalui komen kritikal mengenai apa yang anda fikirkan.

(d) Membina pelan kajian

Salah satu cara untuk memberi panduan kepada para pengkaji adalah proses menyoal dan
menjawab soalan, Bagaimanakah saya boleh membaiki apa yang saya lakukan? (Whitehead,
1989), yang merangkumi penerangan mengapa persoalan ini penting dan jawapan signifikan
yang mungkin (McNiff & Whitehead, 2006). Contoh yang baik boleh dilihat melalui proses di
bawah, seperti yang diterangkan oleh McNiff dan Whitehead (2006). Menurut Whitehead (1989;
2003) penyelidik selalunya akan menjalani proses seperti:

(a) Saya pernah merasa bimbang apabila beberapa nilai pendidikan yang saya amalkan telah
ditolak.

(b) Saya membayangkan penyelesaian terhadap kebimbangan.

(c) Saya bertindak mengikut arahan bagi penyelesaian yang dibayangkan.

(d) Saya menilai semula hasil daripada penyelesaian.

(e) Saya melakukan modifikasi terhadap amalan, pelan dan idea bagi melakukan penilaian.

Pelan ini ialah pelan tindakan umum yang boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan kajian
seseorang guru atau pelajar. Sesetengah soalan atau langkah adalah sesuai untuk persoalan kajian
anda. Untuk maklumat lebih lanjut, pengkaji boleh merujuk pada buku Kajian Tindakan untuk
Guru (McNiff & Whitehead, 2005), Adalah bagus untuk mengingatkan penyelidik untuk menulis
maklumat di bawah sebelum memulakan projek:

(a) Tajuk;

(b) Latar belakang kajian, daripada konteks profesional dan motivasi personal;

(c) Tujuan; dan

(d) Hasil spesifik yang diharapkan.


(e) Melaksanakan pelan dan mengumpul data;

Kajian tindakan memerlukan asas empirikal yang kukuh untuk membolehkan tindakan yang
tepat dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih amat penting. Dalam kajian tindakan,
guru boleh memungut data menggunakan instrumen seperti berikut:

1. Soal selidik

2. Temu bual

3. Pemerhatian

4. Ujian

Soal selidik kerap digunakan oleh seseorang guru atau pelajar yang menjalankan kajian
tindakan. Ia merupakan satu daripada cara yang paling mudah untuk memperoleh data yang
diperlukan bagi membolehkan guru atau pelajar mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu
pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik yang dibina mestilah menepati objektif atau masalah
yang dikaji.

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi secara bersemuka
antara penyelidik dengan orang lain atau orang yang ditemu bual. Temu bual ialah kaedah
terbaik untuk meneroka (probe) dan mendapatkan maklumat daripada informan secara
mendalam. Informan bagi temu bual terdiri daripada murid, ahli panitia, rakan sejawatan, pihak
pentadbir dan ibu bapa. Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui persepsi, pendapat dan
sikap mereka terhadap kajian yang dijalankan. Temu bual juga boleh dilaksanakan melalui
panggilan telefon khususnya dengan ibu bapa. Lebih ramai responden dapat dihubungi
terutamanya yang melibatkan jarak jauh. Selain daripada penjimatan kos dapat dilaksanakan,
kaedah ini juga membolehkan pengkaji mendapatkan data dengan lebih cepat. Di samping itu,
tiada sentimen perasaan malu di kalangan responden dengan penyelidik kerana tidak bersua
muka iaitu hanya berkomunikasi dua hala melalui telefon.

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian
sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid atau seseoarang berdasarkan pemboleh
ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik. Pemerhatian
boleh dilaksanakan dengan mencatat nota tentang apa yang berlaku di bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya bagaimana guru mengajar dan bagaimana reaksi murid
semasa pengajaran. Selain daripada itu, pemerhatian juga boleh dilakukan dengan bantuan pita
rakaman video, pita rakaman audio, kamera ataupun melalui telefon bimbit yang mempunyai
fungsi merakam suara dan video. Seseorang penyelidik tidak boleh terpengaruh dengan tingkah
laku subjek semasa menjalankan pemerhatian.

  Ujian atau penilaian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi
menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian
boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis (pada kertas atau komputer). Terdapat dua jenis
ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian digunakan untuk mengetahui prestasi murid sebelum
dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan. Jika keputusan Ujian Pos
menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding Ujian Pra, maka objektif kajian tercapai.
Kedua-dua set soalan Ujian Pra dan Ujian Pos mestilah sama ataupun setara untuk membolehkan
perbandingan dibuat. Suasana peperiksaan kedua-dua ujian juga mesti tidak jauh berbeza.
Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang
pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar
kepada murid.

(f) Menganalisis data

Data yang diperolehi dalam sesuatu projek kajian tindakan perlu dianalisis dan penafsiran
dibuat ke atasnya. Dengan menganalisis data, seseorang guru atau pelajar dapat melaporkan hasil
kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi daripada responden. Dua jenis data biasanya
diperoleh, iaitu data dalam bentuk nombor dan data dalam bentuk teks. Kedua-dua jenis data ini
boleh dianalisis secara manual atau melalui komputer. Ini menunjukkan bagaimana data
dianalisis secara manual dan melalui komputer berdasarkan jenis instrumen seperti soal selidik,
temubual, pemerhatian, ujian, dan jurnal.

Sesuatu soal selidik biasanya mengandungi dua bahagian, iaitu satu bahagian yang
mengandungi item-item maklumat demografi dan satu bahagian lain yang mengandungi
maklumat skala pemeringkatan (rating scale). Item demografi adalah seperti jantina, umur,
kelayakan, pengalaman mengajar dan sebagainya. Item skala pemeringkaan adalah seperti
persepsi pelajar tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah.
Soalan-soalan yang diwujudkan dalam sesuatu soal selidik bolehlah dalam bentuk soalan tertutup
atau soalan terbuka.

Analisa melalui komputer digalakkan kerana ia lebih senang dan menjimatkan masa
untuk menghasilkan keputusan yang diperlukan. Salah satu perisian yang kerap digunakan ialah
SPSS. Bahagian-bahagian berikut menghuraikan bagaimana anda boleh mewujudkan fail SPSS,
memasukkan data dan menganalisis data bagi memperolehi statistik perihalan (descriptive
statistics). Sebelum menjalankan analisis melalui SPSS fail data perlu diwujudkan. Dalam fail
data ini, variabel-variabel perlu didefinisikan sebelum data kajian boleh dimasukkan.

Oleh kerana diari/jurnal mengandungi banyak bahan teks, maka analisis data bagi input
teks adalah sama seperti yang dilakukan bagi respons terhadap soalan terbuka ataupun temu bual.
Analisis diari/jurnal lebih ditumpukan kepada isi kandungannya (context analysis). Analisis
boleh dijalankan sama ada secara manual ataupun melalui komputer. Yang penting ialah melihat
tema-tema utama yang wujud pada kategori-kategori yang dihasilkan

(g) Membina pelan tindakan

Pelan tindakan adalah pelan formal atau tidak formal untuk beberapa bentuk tindakan,
implementasi atau semakan terhasil daripada keputusan projek kajian tindakan (Mertler, 2009).
Isu sama ada ia adalah pelan tindakan formal atau tidak formal bergantung pada tujuan projek
tersebut. Menurut Mertler (2009):

(a) Pelan tindakan formal mengandungi laporan bertulis lengkap bagi pembentangan atau
penerbitan.

(b) Pelan tindakan tidak formal pula mengandungi kenyataan ringkas atau penerangan
mudah berkaitan pelan untuk mengkaji semula atau melaksanakan amalan pendidikan
baharu. Hasil keputusan kebiasaannya telah dirancang untuk dikongsi bersama audiens
tempatan.

Apabila analisis kajian telah selesai, pendidik-penyelidik kemudiannya akan mensasarkan untuk
menjawab persoalan berikut: Berdasarkan apa yang telah saya pelajari daripada kajian saya,
apakah yang perlu saya lakukan? Ini dikenal pasti sebagai peringkat paling penting dalam projek
kajian tindakan. Untuk menjawab persoalan ini, seseorang perlulah secara profesionalnya
meneliti perincian seluruh proses. Mills (2011) mencadangkan supaya penyelidik membentuk
„Langkah-langkah berikut:

(a) Apa yang telah dipelajari daripada kajian;

(b) Cadangan bagi tindakan, berkait dengan persoalan kajian khusus;

(c) Siapa yang bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut;

(d) Siapa yang perlu dirujuk, dimaklumkan atau didekati untuk mendapat

kebenaran bagi pelaksanaan tindakan seterusnya;

(e) Siapa yang akan memantau atau mengumpul data pada masa hadapan;

(f) Garis masa bagi pelaksanaan tindakan; dan

(g) Spesifikasi bagi sebarang sumber lain yang diperlukan.

(h) Berkongsi dan berbincang keputusan yang diperoleh;

Keputusan bagi kajian tindakan dapat dikongsi bersama pada peringkat tempatan. Pembentangan
ini cenderung menggalakkan perbincangan professional dalam kalangan ahli-ahli yang berkaitan,
yang mungkin terlibat adalah seperti berikut:

(a) Rakan Sekerja

Berikut ialah penerangan mengenai rakan sekerja:

(i) Perbincangan profesional; berkemungkinan bukan formal;

(ii) Pastikan ringkas; gunakan alat bantuan visual; dan

(iii) Beri penekanan terhadap aspek utama kajian anda.

(b) Pentadbiran Daerah

Berikut ialah penerangan mengenai pentadbiran daerah:


(i) Ahli lembaga sekolah, penguasa, penolong penguasa, pengarah, pentadbir
peringkat bangunan; dan

(ii) Dapat membantu mengelakkan penyelewengan pendidikan.

Komuniti kajian tindakan juga dikenali sebagai komuniti pembelajaran profesional (professional
learning community atau PLC) terdiri daripada profesional pendidikan yang didorong oleh
matlamat yang sama untuk mengamalkan pengajaran reflektif dalam meningkatkan amalan
instruksional bilik darjah atau aspek lain dalam proses pendidikan.

(i) Proses refleksi.     

Mertler (2009) menjelaskan bahawa perancangan tindakan ialah masa yang sesuai bagi
melaksanakan refleksi profesional. Ini kerana ia menyediakan peluang untuk memikirkan tentang
tahap keberadaan, apa yang telah anda pelajari dan di mana anda akan pergi (Mills, 2011).
Refleksi jenis ini akan menjurus kepada identifikasi bidang yang memerlukan penambahbaikan.
Ia juga berpotensi untuk menjurus kepada lebih banyak kajian tindakan atau aktiviti
pembangunan profesional. Refleksi juga membenarkan literatur dikaji semula, justeru
menjadikannya terkini setiap masa. Bagi membuat hubung kait antara dapatan, persoalan berikut
mungkin berguna (Mills, 2011):

(a) Apakah kesan terjangka dan tidak terjangka daripada tindakan anda?

(b) Apakah isu-isu pendidikan yang berbangkit daripada apa yang anda telah pelajari
tentang amalan anda?

Terdapat juga pengajaran reflektif, satu proses pembangunan pengajaran atau capaian
pembelajaran pelajar dengan pertimbangan bernas teori pendidikan,kajian sedia ada dan
pengalaman praktikal, bersama-sama analisis kesan pengajaran terhadap pembelajaran pelajar
(Parsons & Brown, 2002).

Anda juga memerlukan refleksi bagi mengkaji semula metodologi anda, dengan bertanyakan
soalan-soalan seperti berikut (Mertler, 2009):
(a) Adakah reka bentuk kajian saya bersesuaian dengan apa yang saya ingin tangani atau
menjawab persoalan kajian saya?

(b) Jika tidak, adakah terdapat reka bentuk lain yang mungkin lebih bagus?

(c) Adakah data yang saya kumpul paling bersesuaian bagi membolehkan saya menjawab
persoalan kajian saya?

(d) Jika benar, adakah terdapat sumber-sumber tambahan bagi data yang mungkin boleh
saya masukkan pada masa akan datang?

Perlu diingatkan bahawa tiada projek kajian yang sangat tepat; namun cara kajian tindakan yang
berfungsi dapat memberikan guru atau pelajar cukup ruang untuk penambahbaikan melalui
kitaran seterusnya.

Guru boleh memahami keberkesanan pengajarannya dengan lebih mendalam lagi, terutamanya
kenapa beliau berjaya atau tidak berjaya dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Dengan
memahami proses ini, guru boleh mengambil tindakan pemulihan untuk menangani kelemahan
dan memperkukuhkan teknik pengajarannya.
Proses penyelidikan tindakan yang paling sukar untuk dilaksanakan?

Refleksi

Kajian Tindakan adalah satu kajian yang sanagt memerlukan refleksi kendiri, iaitu satu
kajian yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial peserta itu sendiri misalnya guru sebagai
penyelidik, perlu melakukan refleksi yang dilalui pelaksanaan tindakan praktik (intervensi) yang
dibuatnya sendiri bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti kerjanya, di samping
meningkatkan kefahaman tentang cara kerja tersebut serta situasi di mana kaedah itu dilakukan.
Justeru, amalan refleksi terhadap pengajaran sendiri oleh guru adalah penting sebagai asas bagi
menggerakkan guru untuk menyelidik amalan pengajaran mereka masing-masing. Guru yang
melaksanakan refleksi yang sistematik terhadap amalan pengajarannya akan menjadi agen
perubahan. Guru yang sedemikian akan sentiasa membuat perubahan terhadap pengajarannya
untuk tujuan penambahbaikan atau peningkatan.

Refleksi boleh dinyatakan sebagai proses mengingat kembali pengalaman yang telah
dilalui, memikirkannya, mempertimbangkannya dan seterusnya membuat penillaian terhadap
pengalaman tersebut. Refleksi adalah proses yang amat penting dalam Kajian Tindakan. Ia
didefinisikan sebagai inkuiri yang sistematik oleh seseorang guru terhadap amalan pengajaran
sendiri bagi memperbaiki dan meningkatkan keberkesanannya serta memperdalamkan
kefahaman terhadapnya.

Semua guru perlu menjadi pemikir yang reflektif. Guru yang efektif adalah berkait rapat
dengan guru yang reflektif. Guru yang reflektif adalah guru yang responsif terhadap perubahan
emosi dan keperluan pendidikan setiap individu murid yang diajarnya, sentiasa memantau
tindakan yang diambil dan matlamat yang hendak dicapai, seterusnya melihat kembali matlamat
pengajaran, kaedah dan bahan pengajarannya.

Mengikut Dewey (1909; 1933), sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang yang
berfikiran reflektif adalah berfikiran terbuka (open-mindedness), kesungguhan
(wholeheartedness) dan tanggung jawab intelek (intellectual responsibility). Seseorang yang
berfikiran reflektif mempunyai kesediaan melihat sesuatu masalah daripada pelbagai perspektif
dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab.
Refleksi adalah segala proses mengingat dan merenung kembali aktiviti yang telah
dijalankan seseorang di peringkat awal, semasa dan selepas menjalankan kajian Tindakan
Refleksi Peringkat Awal Refleksi peringkat ini dilakukan sebelum memulakan sesuatu Kajian
Tindakan. Antara langkah yang boleh dijalankan adalah:  membuat analisis situasi serta
menjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi;  menganalisis kefahaman kendiri terhadap
isu, fenomena atau masalah pedagogi;  menentukan isu/bidang keprihatinan; dan 
mengenalpasti tindakan intervensi yang bersesuaian.

Refleksi Semasa Kajian Refleksi peringkat ini dilakukan semasa kajian sedang dijalankan
iaitu membuat keputusan awal terhadap perjalanan proses tindakan (intervensi); menerima
komen dan teguran spontan semasa menjalankan tindakan tersebut; mengatasi segala rintangan
dengan penambabaikan yang sewajarnya; dan menilai keberkesanan tindakan intervensi tersebut.

Refleksi Selepas Kajian Refleksi peringkat ini dilakukan selepas menjalankan tindakan, iaitu:
mensintesis perubahan dan peningkatan diri guru dan murid; menilai kembali kesan tindakan
yang telah diambil serta kefahaman baru yang diperolehi; menentukan rumusan yang boleh
dilaksanakan; dan merancang tindakan susulan
Kesimpulan

Dalam bidang pendidikan, selalunya akan terdapat sesuatu masalah dengan amalan
pengajaran dan pembelajaran, dan ini memerlukan pemulihan keadaan. Misalnya, katakan
segelintir murid tidak berminat dan gagal daal ujian terhadap sesuatu mata pelajaran apabila
diajar oleh seorang guru yang baru mengambil alih tugas daripada guru lain. Situasi sebegini
dapat diatasi melalui pelaksanaan suatu penyelidikan bagi mengembalikan minat kumpulan
pelajar tersebut terhadap mata pelajaran tersebut, yakni suatu penambahbaikan terhadap amalan.

Penyelidikan juga boleh dijalankan bagi memahami punca minat sekumpulan pelajar
merosot apabila berlaku pertukaran guru yang mengajar; untuk mengetahui sama ada perubahan
yang berlaku adalah berikutan ciri guru atau ciri topik yang diajar oleh guru - suatu
penambahbaikan terhadap kefahaman guru terhadap amalan. Malah penyelidikan tindakan juga
dapat dilaksanakan bagi mengubah situasi di mana masalah kekurangan minat berlaku,
contohnya dengan mewujudkan elemen baru. Misalnya, penggunaan pendekatan bermain dalam
pengajaran guru bagi meningkatkan kembali minat terhadap pengajaran. Ini bermakna, kajian
tindakan bukan sahaja membantu memahami amalan serta menambah baik amalan, malah
membantu menyesuaikan amalan dengan perubahan yang berlaku di luar, serta mengubah apa
yang berlaku di luar bagi menambah baik amalan. Sebagai contoh, kemunculan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut guru menyesuaikan amalan pengajarannya dengan
mengemas kini fakta-fakta yang disampaikan; fakta-fakta terkini dapat dicapai melalui internet.
Guru juga boleh mencari jalan untuk mengesan dan menghalang amalan memplagiat dalam
kalangan pelajarnya dengan menggunakan kemudahan internet; seperti mewajibkan pelajar
menyertakan senarai rujukan alamat URL laman web yang dirujuk oleh pelajar.

Suatu lagi matlamat kajian tindakan ialah memastikan penambahbaikan berlaku terhadap
guru dari segi kefahaman terhadap perubahan yang berlaku serta amalan bertindak balas dengan
perubahan itu. Kesimpulannya, kajian tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses
penambahbaikan dalam bidang tugasnya iaitu menggalakkan guru menyelesaikan masalah
amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha
membawa pembaharuan dan kemajuan serta menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan
yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai
hasil dan keberkesanan usaha itu.Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan
dalam bilik darjahnya yang boleh menambah tingkat tahap keprofesionalisme yang dimilikinya.
Rujukan

Mertler, C. A., & Charles, C. M. (2011). Introduction to educational research (7th ed.).

Boston, MA: Allyn & Bacon.

Data analysis in action research. (2013). Dicapai dari http://www.broward.k12.

fl.us/hrd/actionresearchstudies/coordinator/day2/dataanalysis/DataAnalysisinActionResearch.pdf

Hendricks, C. (2006). Improving schools through action research: A comprehensive guide for
educators. Boston, MA: Allyn & Bacon.

Johnson, A. P. (2008). A short guide to action research (3rd ed.). Boston, MA:Allyn &Bacon.

Koshy, V. (2005). Action research for improving practice: A practical guide.London, England:
Sage.

Koshy, E., Koshy, V., & Wateman, H. (2011). Action research in healthcare.London, England:
Sage Publication.
Pengenalan (latar belakang kajian)

Pendidikan prasekolah adalah merupakan satu program pendidikan bagi kanak-kanak yang
berumur diantara 4 hingga 6 tahun (Kukurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003). Pendidikan
prasekolah juga adalah pendidikan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan jasmani
dan rohani murid di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki tahap pendidikan yang lebih
tinggi atau pun sekolah rendah. Dalam tempoh pembelajaran pada tahap pra sekolah ini,
penekanan yang diberikan kepada pelajar adalah berfokus kepada perkembangan pelajar secara
menyeluruh dalam aspek jasmani, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran
yang selamat, aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Amalan serta cara
penceritaan merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang diguna pakai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Amalan serta cara ini dapat membantu menarik perhatian
dan minat pelajar dalam pembelajaran. Ketika mendengar cerita, pendengar, khasnya kanak-
kanak akan berimaginasi dan ada kalanya mereka akan meletakkan diri mereka sebagai karektor
di dalam cerita tersebut (Rabiatul, 2010). Kaedah ini juga dapat memaksimumkan penggunaan
deria dan pemikiran murid. Antara penggunaan deria yang dominan digunakan adalah deria
pendengaran dan penglihatan. Hal ini akan membantu murid untuk lebih menghayati konteks
pembelajaran serta menghayati isi kandungan pembelajaran. Penceritaan digital adalah suatu
penyampaian cerita menerusi peralatan komputer dan teknologi multimedia. Dengan
menggunakan elemen digital, teknik penceritaan akan lebih menarik minat pelajar dan memberi
satu pembaharuan kepada cerita yang disampaikan. Gabungan imej 2D dan 3D, kesan bunyi dan
muzik, teks serta animasi berupaya meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap sesuatu
topik dan secara tidak langsung meningkatkan daya kreativiti mereka (Hafiza, 2010.). Ia juga
akan membantu murid untuk membentuk konstruk pemahaman yang tersendiri dan mencetuskan
rasa ingin tahu serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif.
Masalah yang dikenal pasti

Pengajaran dan pembelajaran semestinya akan melibatkan proses interaksi di antara


murid dan guru. Proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan mempunyai cara dan
kaedah yang tersendiri. Menurut Sharifah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar
ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Oleh itu,
guru merupakan agen dan mempunyai peranan untuk menentukan kaedah pengajaran yang
terbaik bagi memastikan proses P&P berjalan dengan lancar.

Namun begitu, dengan peredaran teknologi sekarang, guru mempunyai banyak pilihan
untuk menentukan kaedah serta cara yang yang bersesuaian. Bagi guru-guru prasekolah, cabaran
mereka untuk mengajar kanak-kanak di dalam lingkungan 4-6 tahun sangat sukar dan mencabar.
Pelajar pada peringkat ini sangat gemar bermain dan sukar memberi tumpuan dan perhatian
terhadap pembelajaran yang dijalankan. Kaedah tradisional atau biasa yang selalu digunakan
kebanyakan guru membuatkan murid-murid bosan dan kurang berminat mengikuti pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas tersebut. Selain itu, punca lain pelajar menjadi bosan atau tidak
berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan
mengakibatkan murid dalam kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya
berpunca daripada kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih kepada
berpusatkan guru (Sabar et.al). Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah
kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan
membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Oleh itu, guru perlu peka dan pandai menyesuaikan kaedah pengajaran agar proses
P&P menjadi lebih berkesan dan tidak membosankan. Menurut kajian Clements dan Sarama
(2003) menyatakan bahawa bahan pembelajaran ICT penting dalam menggalakkan pembelajaran
pelajar melalui penerokaan, penting dalam menggalakkan pembelajaran pelajar melalui
penerokaan, penyelesaian masalah secara kreatif. Berdasarkan gaya dan sikap pembelajaran yang
ada pada pelajar, proses perubahan yang perlu dilakukan terutamanya perubahan pengajaran dan
pembelajaran secara lisan atau tradisional kepada media digital. Pendekatan yang baik ini pasti
dapat menarik minat para pelajar untuk melalui proses P&P dengan baik.

Dalam proses menyampaikan sesuatu aktiviti, alat bahan bantu mengajar juga merupakan
salah satu elemen yang boleh digunakan dalam sesi pembelajaran untuk membantu para guru
memberi kefahaman kepada para pelajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari
dan bersesuaian dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen
iaitu komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif, Perkembangan
Fizikal, Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kreativiti dan Estetika dan
Perkembangan Sosioemosi. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan
penceritaan digital interaktif terhadap pembelajaran, motivasi dan penglibatan kanak-kanak.
Persoalan kajian ini ialah adakah keberkesanan penggunaan penceritaan digital terhadap
penglibatan kanak-kanak?
Objektif kajian dan soalan kajian

Melalui mendengar cerita , murid atau kanak-kanaka dapat meningkatkan tahap


pembacaan mereka di samping mendapat pengetahuan baru. Ia disokong oleh Norhayati et.al
(2000), yang menyatakan melalui cerita, kanak-kanak boleh memperoleh perbendaharaan kata
yang baru, nilai moral, pengetahuan asas, menyelesaikan masalah dan mengenali keindahan
bahasa tersebut melalui penyampaian cerita. Biasanya, kanak-kanak atau murid gemar dan suka
apabila ibu, bapa, guru atau sesiapa sahaja membacakan cerita dan mereka mendengar. Pada
masa yang sama, mereka sebenarnya menyimpan perasaan untuk dapat membaca seperti yang
dilakukan oleh pencerita tersebut. Oleh itu, setiap kali pelajar masuk ke bilik darjah, guru-guru
boleh menggunakan keedah bercerita untuk menarik minat mereka untuk membaca dan belajar.

Konsep penceritaan yang biasanya diamalkan dan dilakukan oleh ibu, bapa, guru
mahupun sesiapa sahaja di kategorikan sebagai penceritaan tradisional (PT) iaitu cerita tersebut
disampaikan melalui lisan ataupun percakapan. Pada masa kini konsep PT mempunyai gelaran
baharu seiring dengan perkembangan teknologi masa kini iaitu melalui konsep penceritaan
digital (PD). PD merujuk kepada satu kaedah mencabar untuk membina satu perhubungan antara
PT yang berlaku secara lisan dengan bentuk komunikasi yang diadaptasikan oleh media dan
teknologi maklumat terkini.

Dalam PD, pengguna berinteraksi dengan bahagian maya (virtual) dalam konteks
penceritaan (U. Spierling, 2002 dan J. Cassell, 2003). Pendekatan ini menggabungkan
komunikasi tidak verbal dan pengurusan perbincangan dengan struktur naratif, serta kerap
menggunakan antaramuka pengguna gabungan realiti (mixed-reality).
Sorotan literatur

Penceritaan adalah salah satu cara tradisional yang biasnya digunakan untuk
menyampaikan sesuatu cerita atau perkara dalam biasanya bentuk perkataan, gambar, dan bunyi
oleh seseorang. Selalunya cerita disampaikan bagi berkongsi bersama bagi setiap budaya dan
tempat bertujuan sebagai hiburan, pendidikan dan tradisi budaya serta menyemai nilai-nilai
murni. Dalam pemikiran dan komunikasi manusia, cerita merupakan salah satu elemen yang
utama (Schank, 1995). Cerita digunakan untuk menarik perhatian pelajar kerana ia dapat
menggabungkan idea, menyentuh emosi, menggambarkan keadaan hidup, menyatakan
pandangan masyarakat dan cara semula jadi perkembangan kemahiran literasi pelajar
(Kozlovich, 2002). Cerita disampaikan melalui penceritaan juga merupakan salah satu teknik
pembelajaran yang dapat digunakan dalam sesi P&P. Teknik seperti ini merupakan salah satu
cara yang dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk memberi perhatian dalam sesi
pembelajaran kerana ia mendorong kepada pertanyaan, dialog dan refleksi (Lordly, 2007).
Teknik ini juga memudahkan pelajar menghayati isi pembelajaran dengan mudah dan lebih baik,
meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal serta kemahiran menyelesaikan masalah. Maka
dengan itu teknik ini amat sesuai untuk digunakan dalam P&P bagi memudahkan pelajar untuk
memahami dan guru untuk memberi tunjuk ajar. Jonassen (2002) menyatakan teknik penceritaan
dilihat sebagai satu proses perkongsian ilmu pengetahuan secara tradisional yang logik dan
saintifik. Melalui teknik penceritaan dan cerita yang menarik serta persekitaran pembelajaran
yang aktif, menyebabkan pelajar perlu membuat sesuatu yang bukan hanya sekadar mendengar
tetapi mereka semestinya membaca, menulis, berbincang atau menyelesaikan masalah, Bull et al.
(2004). Keterlibatan aktif ini mendapati bahawa pelajar bukan sahaja mampu menyelesaikan
masalah tetapi menghasilkan laporan yang baik (Chung, 2007; Sadik, 2008). Penceritaan
merupakan alat pengajaran yang amat bernilai dalam kelas pengajaran berasaskan hasil
(outcome-based education). Ia mampu membantu mendapatkan kemahiran literasi, nombor dan
kehidupan secara berkesan pada fasa permulaan dan menyediakan sumber berharga untuk
pembelajaran dan pengajaran bahasa pada peringkat persekolahan rendah dan menengah.
Metodologi - Perancangan pengutipan data.

Kajian ini dilaksanakan bagi sasaran pengguna yang telah ditetapkan iaitu pelajar berumur 5 dan
6 tahun yang berada di Tadika KEMAS Taman Rimba dan tadika Kemas Batu Putih. Data yang
telah dikumpul telah dianalisis menggunakan dua cara. Profil responden telah dianalisis
menggunakan analisis deskriptif iaitu hanya melihatan frekuensi atau kekerapan sahaja.
Kekerapan ini dilihat dari sudut jantina dan juga umur pelajar. Data ini telah dipersembahkan
dalam bentuk jadual supaya lebih memudahkan untuk dibaca dan difahami. Bagi menjawab
persoalan kajian pula data telah dianalisis mengikut tema analisis. Antara temanya ialah
keberkesanan penggunaan penceritaan digital dari segi pembelajaran pelajar dan kesannya dari
segi penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Profil responden ini membincangkan maklumat peribadi responden yang menjadi sampel kajian
dalam kajian ini. Secara umumnya kajian ini melibatkan kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun
yang berada di Tadika KEMAS Taman Rimba dan tadika Kemas Batu Putih. Bagi melihat secara
lebih terperinci, profil responden ini dipecahkan kepada perbincangan mengikut kajian kes.

Penyelidik telah mengedarkan sebanyak 20 borang soal selidik kepada responden di kalangan
kanak-kanak Tadika KEMAS Taman Rimba. Profil responden dari segi jantina dan umur
ditunjukkan dalam Jadual yang berikut:

umur lelaki perempuan


5 12 8
6 9 11

Daripada Jadual 1, kesemua responden terdiri yang terdiri daripada 40 orang kanak-kanak tadika
yang berumur di antara 5 dan 6 tahun. Seramai 12 orang kanak-kanak lelaki dan 8 kanak-kanak
perempuan berumur 5 tahun. Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun, terdapat 9
orang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan iaitu seramai 11 orang. Kesemua
responden ini berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Keberkesanan penggunaan penceritaan digital terhadap penglibatan kanak-kanak ini juga telah
dikumpulkan mengggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik. Pemerhatian dilakukan secara
tidak turut serta. Penyelidik hanya membuat pemerhatian tanpa terlibat sama dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Dalam pemerhatian ini penyelidik telah
menggunakan borang soal selidik di samping memmbuat catatan ringkas tentang apa yang
diperhatikan. Secara keseluruhannya didapati penggunaan penceritaan digital telah menyebabkan
pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Pelajar kelihatan begitu teruja dan memberi respon yang sangat baik sepanjang aktiviti
dijalankan. Penglibatan kanak-kanak dapat dilihat berdasarkan respon yang baik, mempengaruhi
emosi, berinteraksi antara satu sama lain, pergerakan badan atau bahasa badan, memberi tindak
balas dan memberi jawapan yang tidak terdapat dalam cerita.

1. Selepas pelajar menjalani Ujian Pra, saya telah meminta pelajar 5 Sains 2 membawa pen /
pensil warna semasa kelas Kimia kerana saya ingin memperkenalkan satu teknik P & P
yang dapat membantu mereka mendapat keputusan yang lebih baik.

2. Sebelum saya membimbing pelajar melakar ‘ COMIL’ ( Coloured Mind Link ) saya telah
menerangkan serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja.

3. Saya juga telah menyentuh perihal kepentingan warna dalam kehidupan sebagaimana
yang dinyatakan oleh Tony Buzan :-‘People are 80% more likely to remember what they
read if it’s in colour’.

4. Seterusnya saya membimbing pelajar membina ‘COMIL’. Sebelum itu saya telah
mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada pelajar terlebih dahulu.

5. Pelajar diingatkan bahawa warna yang dipilih adalah sepadan dengan warna sebenar
bahan kimia tertentu dan dapat membezakan antara satu tindak balas dengan tindak balas
yang lain.
6. Pelajar membina ‘COMIL’ di atas sekeping kertas putih ( rujuk lampiran ).

7. Pelajar menjalani Ujian Pos 1 dan Pos 2. Selepas ujian Pos 1 dan 2, saya dan pelajar akan
membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.

8. Setiap kali kelas kimia, saya mengingatkan pelajar supaya membaca atau membuat
semula ‘COMIL’ untuk mengukuhkan daya ingatan.
Keseluruhan

Dari kajian ini penyelidik mendapati bahawa bahan pengajaran berbantukan komputer seperti
penggunaan penceritaan digital dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif
selain pengajaran secara biasa untuk menarik minat pelajar. Penggunaan teknik penceritaan
digital dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya bagi para pelajar disamping
memotivasikan mereka. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif
di dalam bilik darjah.

Selain itu, proses pengujian juga boleh dilakukan terhadap pelajar prasekolah lain terutamanya di
sekolah kerajaan mahupun swasta. Penjaga pelajar terutamanya ibu bapa dan guru-guru juga
boleh dilibatkan di dalam pengujian ini. Penggunaan penceritaan digital di dalam modul
pengajaran prasekolah perlu diperluaskan. Hasil daripada kajian ini dapat membantu guru
menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar kerana ia dapat meningkatkan kefahaman,
motivasi dan penglibatan pelajar.

Secara keseluruhannya penggunaan penceritaan digital sememangnya memberi kesan yang yang
baik kepada penglibatan kanak-kanak. Kanak-kanak 5 dan 6 tahun begitu menyukai penceritaan
digital sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka. Malah berulang-ulang kali mereka
minta guru untuk menonton cerita itu semula. Lebih mengujakan lagi pelajar dengan sendiri rela
terlibat dalam aktviti yang dijalankan dan mampu memberikan jawapan yang betul apabila
ditanya. Hal ini jelas menunjukkan kaedah penceritaan digital ini berkesan menggalakkan
penglibatan kanak-kanak dan dengan ciri interaktif yang ada pada koswer penceritaan digital ini
menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan aktif.
Rujukan

1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

2. Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical


Investigations. PhD thesis, University of Southampton.

3. Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA: Sage.

You might also like