Tutorial Phos 2163 (Dhilla)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

NUR FADHILLAH BT HJ NIZAM

BPF2020-0036

TUTORIAL PHOS 2163 (TOPIK 1-3)


Topic 1 : Introduction to Occupational Health & Safety
1. Berikan definisi berikut ;
- Kesihatan dan keselamatan
 Kesihatan : merupakan sihat daripada aspek fizikal, Mental dan Sosial, dan bukan
sekadar bebas daripada penyakit kecacatan dan kecederaan sahaja.” (WHO)
 Keselamatan : pekerja daripada kemalangan, kecederaan dan ancaman yang
berkaitan dengan situasi/persekitaran tempat kerja dan amalan pekerjaan.
- Bahaya
 Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini
lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko.
Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan
lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.

Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan
lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza
ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada
kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health Assessment Series 18002” (OHSAS
18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca atau keadaan
yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan
dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat
kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak
selamat adalah beberapaa contoh-contoh hazard.

- Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan


 Bebas daripada penyakit kesihatan fizikal, mental dan sosial yang berkaitan dengan
keadaan tempat kerja, amalan pekerjaan dan juga persekitaran tempat.
2. Nyatakan perbezaan antara Kesihatan dan Keselamatan

Kesihatan Keselamatan
Dilihat – pencegahan penyakit Dilihat – pencegahan kemalangan
Berkaitan tempoh/ masa – lama Menunjukkan hasil – kecederaan fizikal
Hazard – kronik Hazard - Akut (Berulang/ Kerap berlaku)
Berkaitan dengan persoalan – Berkaitan dengan persoalan – mesin yang
mengurangkan risiko agen penyebab tidak selamat, lantai basah, elektrikal yang
penyakit tidak berfungsi dan lain-lain (teknikal)
3. Berikan EMPAT contoh risiko keselamatan yang boleh berlaku pada seorang Penolong
Pegawai Farmasi ketika menjalankan tugas
 Cytotoxic drug spillage
 Jatuh tangga dalam stor ubat
 Tersadung kotak ubat
 Keganasan terhadap kakitangan
4. Nyatakan sejarah dan perkembangan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di Malaysia
 < 1914 Era of Boiler Safety
 1914 – 1952 Era of Machinery Safety
 1953 – 1967 Era of Industrial Safety
 1970 – 1994 Era of Industrial Hygiene
 > 1994 Era of Occ. Health and Safety
 Era OSHMP 15
 OSHMP2020

5. Berikan LIMA peraturan yang ada di bawah Akta Kilang dan Jentera
 Peraturan-Peraturan (Dandang Stim dan Pengandung Tekanan Tidak Berapi) Kilang dan
Jentera 1970
 Peraturan Kilang dan Jentera (Perakuan Kebolehan Peperiksaan), 1970
 Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan), 1970
 Peraturan Kilang dan Jentera (Dandang Stim dan Pengandung Tekanan Tak Berapi),
1970
 Peraturan Kilang dan Jentera (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan),
1970
6. Nyatakan tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diwujudkan
 Bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan
di kalangan pekerja-pekerja dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-langkah
keselamatan dan kesihatan yang berkesan.

7. Terangkan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


 Matlamat utama untuk membangunkan modal insan yang selamat, sihat dan
produktif dengan menerap, memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat dan
sihat di tempat kerja.

8. Terangkan berkenaan EMPAT elemen penting dalam Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
di tempat Kerja
 Manusia - Sihat ,berpengetahuan dan berkemahiran
 Alatan/mesin - Sesuai, mudah dikendalikan, baru, selamat digunakan,terjamin
 Bahan/sumber - TIDAK berisiko kepada kesihatan, mudah di uruskan
 Persekitaran- Tempat kerja yang selesa, bersih, kemas, terjamin dan sihat.
9. Nyatakan tujuan/kepentingan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (KKP) diberi keutamaan
 Pekerja mempunyai hak sebagai pekerja
 Pekerja perlu dilindungi
 Majikan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja di
tempat kerja
 Majikan tertakluk kepada Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSHA 1994)

10. Senaraikan penyakit berkaitan pekerjaan dan contoh aktiviti yang menyumbang kepada
masalah tersebut.

 Leptospirosis
- Apa – apa pekerjaan yang melibatkan kerja di tempat yang banyak tikus atau roden
yang lain dan apa – apa pekerjaan yang melibatkan penjagaan atau pengendalian
anjing – anjing, lembu, kerbau, babi dan kuda atau mana – mana binatang lain yang
telah dijangkiti penyakit

 Tuberkulosis atau Kusta


- Apa – apa pekerjaan yang melibatkan hubungan yang rapat atau kerap dengan
sumber – sumber jangkitan atau sumber – sumber jangkitan tuberkulosis atau kusta
disebabkan oleh pekerjaan

 Penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan, tetapi tidak secara langsung, selalunya
disebabkan faktor lain.
 Contoh: low back pain syndrome, hernia
 Duduk di hadapan komputer terlalu lama
Topik 2 : Occupational Safety & Health in Healthcare Services

1. Namakan Akta yang terlibat dalam dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan
 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Seksyen (16)

2. Apakah peranan dan tanggungjawab seorang PPF bagi menjamin Kesihatan dan Keselamatan
di tempat kerja?
 Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan & kesihatan dirinya dan orang
lain.
 Bekerjasama dengan majikan atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa
kewajipan atau kehendak yang dikenakan keatas majikan atau orang lain.
 Memakai dan menggunakan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang disediakan oleh
majikan.
 Mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan & kesihatan yang
diperkenalkan oleh majikannya.

3. Berikan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


 Menyediakan dan menyelenggara suatu tempat dan sistem kerja yang berkualiti,
selamat serta sihat dari sebarang hazard dan risiko.

 Mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan
penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko
kepada kesihatan.

 Menyiasat semua ketidakakuran produk dan perkhidmatannya, insiden, penyakit


pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-
langkah untuk mempastikan ianya tersebut tidak berulang lagi.

 Mengenalpasti, mematuhi kehendak-kehendak pelanggan, perundangan dan lainlain


keperluan seperti ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan industri yang diluluskan.

 Mempromosikan dan mencapai objektif kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan,


prosedur kerja, peraturan-peraturan dan garis-garis panduan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di kalangan pekerjanya di seluruh negara.
4. Terangkan berkenaan EMPAT perkara berkaitan keselamatan yang perlu diambil kira di
bawah skop perkhidmatan pekerja
 Hazard jentera
 Keselamatan pengangkutan
 Kekemasan dan susunan fizikal
 Peralatan Perlindungan diri (PPE)

5. Nyatakan perbezaan antara AMALAN dan PROSEDUR kerja yang selamat


 Amalan
- Kaedah bertulis yang menggariskan cara melaksanakan tugas dengan risiko
minimum kepada orang, peralatan, bahan, persekitaran dan proses
 Prosedur
- Satu siri langkah khusus yang membimbing pekerja melalui tugas dari awal hingga
akhir dalam susunan kronologi.

6. Berikan ENAM keadaan kerja yang selamat dan sihat

 Susun atur yang kemas.


 Ruang kerja yang selesa.
 Pencahayaan yang mencukupi bagi kerja yang dilakukan.
 Bunyi bising yang terkawal.
 Pengalihan udara yang baik.

7. Senaraikan contoh-contoh perilaku kerja yang sihat dan selamat

 Sentiasa mengikut protokol kerja yang selamat


 Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja
 Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa
 Menyelenggara mesin dan peralatan secara sistematik
Topik 3 : Legislative Work and Ethic
1. Berikan definisi undang undang dan nyatakan jenis undang-undang yang ada
 Sesuatu perkara berkaitan peraturan yang perlu dipatuhi /ditetapkan yang telah
diwartakan secara bertulis oleh pemerintah.
Jenis undang-undang
i. Undang Undang Perlembagaan
ii. Undang-Undang Jenayah
iii. Undang Undang Sivil

2. Terangkan perbezaan antara undang-undang jenayah dan sivil dengan menggunakan contoh
situasi yang berlaku

UNDANG-UNDANG JENAYAH CONTOH


Undang-undang yang  Mencuri
mengawal kesalahan yang  Mencederakan
dilakukan terhadap  membunuh
masyarakat.
UNDANG-UNDANG SIVIL CONTOH
Sistem undang-undang yang  kecederaan peribadi
berkaitan dengan hubungan  pelanggaran kontrak
peribadi antara ahli komuniti  kerosakan harta
dan bukannya jenayah, benda
ketenteraan, atau hal ehwal  kecuaian
agama  fitnah

3. Terangkan proses yang terlibat dalam membuat undang-undang


 Peringkat Cadangan
 Bacaan Kali Pertama
 Bacaan Kali Kedua
 Peringkat Jawatankuasa
 Bacaan Kali Ketiga
 Dewan Negara
 Diperkenankan YDPA

4. Nyatakan LIMA undang-undang yang berkaitan dengan Penolong Pegawai Farmasi


 Akta Racun 1952 (Disemak 1989) & PeraturanPeraturannya
 Akta Dadah Merbahaya 1952 (Disemak 1980)
 Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1989) & Peraturannya
 Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 (Disemak 1983)
 Akta Kilang dan Jentera, 1967 dan Peraturan-Peraturannya
5. Terangkan kewajiapan bagi seorang PPF di bawah OSHA 1994
 Memastikan orang awam mendapat keluaran farmaseutikal yang berkualiti, selamat
dan berkesan
 Melindungi kepentingan mereka melalui penguatkuasaan undang-undang yang
berkaitan, serta
 Memastikan ubat-ubatan digunakan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan dan juga
pesakit secara wajar

6. Terangkan peranan undang-undang dalam pekerjaan


 Menyediakan set peraturan yang harus diikuti oleh semua pekerja semasa bekerja,
atau organisasi
 Menyeragamkan aktiviti-aktiviti industri yang sama
 Memastikan K&K orang-orang yang sedang bekerja dengan risiko
 Melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang
bekerja.
 Tindakan mahkamah boleh diambil sekiranya seseorang tidak mengikutnya

7. Terangkan kepentingan nilai etika profesionalisma bagi seorang PPF


 Berilmu
 Kreativiti dan inovatif
 Integriti
 Neutraliti
 Akauntabiliti

You might also like