Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

buli

- Punca
- Langkah atasi
-
Video youtube :
https://youtu.be/JLxWXeWt8qk
https://youtu.be/JYMmfK064WQ

Assalamualaikum, dan Salam 1 Malaysia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah
kurnia daripada-Nya, dapat kita bertemu di dalam gelanggang forum ini
dalam rancangan kita jaga kita (ah tiber), bersama-sama saya Syahira
binti Yusuff pada petang yang mulia ini.

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, izinkan
saya untuk memperkenalkan secara ringkas berkaitan dengan isu kita
pada hari ini iaitu isu buli. Menurut Kamus Dewan, buli didefinisikan
sebagai menyakitkan hati seseorang dengan perbuatan dan perkataan.
Sejak kebelakangan ini, kes buli semakin meningkat. Sebanyak 38 kes
buli berlaku di sekolah-sekolah di negara ini dalam tempoh empat bulan
pertama tahun ini bermula Januari. Implikasi Negatif daripada isu buli ini
akan menyebabkan mangsa buli juga tidak akan mempunyai keyakinan
diri yang tinggi dan boleh menyebabkan kemerosotan dalam prestasi
akademik.

Sebelum mengupas tajuk kita pada hari ini iaitu buli bukan gurauan dalam
era digital dengan lebih lanjut, terlebih dahulu, marilah kita berkenalan
dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Baiklah, ahli panel kita
yang pertama, sangat peramah orangnya, Puan Shafinaz yang
merupakan seorang guru daripada sekolah kebangsaan melati. apa
khabar puan? Seterusnya, mempunyai sangat senyuman yang sangat
manis Datin Ngo yang merupakan ahli jawatankuasa pibg di sekolah
kebangsaan ahmad. Apa khabar datin? Tidak dilupakan Dr Wawa yang
merupakan kaunselor yang telah berkhidmat selama beberapa tahun di
kpm. Dan ahli panel kita yang terakhir iaitu saudari Irdina yang
merupakan seorang ketua pelajar di sekolah kebangsaan indah maya.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel
pertama, soalan pertama ditujukan kepada Puan Shafinaz, pada
pendapat saudari apakah punca terjadinya isu buli di sekolah? Silakan
saudari.

Panel 1 Baiklah, terima kasih saudari moderator atas soalan yang diajukan.
Terima kasih juga atas kesudian saudari menjemput saya sebagai selaku
panel dan mewakili pihak guru pd hari ini.. Dalam membicarakan
mengenai isu buli di sekolah ini, guru merupakan antara individu utama
yg akan dipersoal dan dirujuk oleh para masyarakat.. Selaku guru saya
amat ingin menegaskan bahawa perkara yg berlaku itu tidak boleh
dihukum dgn serta merta kerana kita seharusnya tahu mengenai punca
dan latar belakang perkara tersebut tercetus… Makanya pada pendapat
dan pengalaman saya..isu ini seringkali berlaku di kalangan pelajar
sekolah disebabkan oleh tiga sudut/punca utama.. keluarga+diri

Keluarga
-kurang kasih sayang dan perhatian
-membandingkan anak
-gagal didik moral dan agama
Diri
-cuba bende baru.. Rasa hebat
-terpengaruh media sosial
-sifat dendam
Sekolah
-pengawasan disiplin yg longgar
-tiada tindakan disiplin berat dikenakan

jadi itu adalah antara pendapat saya mengenai punca isu buli di sekolah
ini.. jadinya sy tegaskan skali lagi..jgnlah menghukum dgn melulu tanpa
usul periksa…sekian shja drpd sy ..sy serahkan kembali kpd saudari
moderator

Pada pendapat saudari Panel kedua Datin ngo, adakah isu buli ini sangat
dipengaruhi oleh pengaruh rakan sebaya dan Mengapa hal ini boleh
terjadi? Silakan datin.

Panel 2 Terima kasih saudari moderator atas soalan yang diajukan.


Pada pendapat saya, isu psikososial iaitu isu buli lazimnya akan tercetus
akibat pengaruh rakan. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak yang
telah mulai belajar di sekolah akan menemui kawan-kawan atau
rakan-rakan sebaya yang berbeza latar belakang. Dalam konteks ini, ibu
bapa sukar untuk mengawal pergaulan mereka. Kanak-kanak turut
berpeluang untuk menerokai dunia baru iaitu berinteraksi dengan orang
lain secara sendiri. Hal ini dikatakan sedemikian kerana manusia
merupakan insan yang amat memerlukan aktiviti sosial. Maka, wujudlah
sekumpulan kawan-kawan yang sama cita rasa dan minat. Pada masa
yang sama akan wujudnya konflik di antara satu kelompok dengan
kelompok. Dengan ini, isu buli akan berlaku seandainya konflik tersebut
tidak dapat diselesaikan. Hal ini akan membawa kesan buruk kepada
kanak-kanak yang dibuli seperti kecederaan sama ada dari fizikal ataupun
mental. Hal ini juga akan mencetuskan post-traumatic stress disorder
(PTSD) iaitu salah satu penyakit psikologi yang tercetus setelah
mengalami sesuatu kecederaan atau kemalangan. Isu buli ini lazimnya
berlaku disebabkan kesalahfahaman. Dengan ini, kanak-kanak gagal
menggunakan cara yang betul dan sesuai untuk menyelesaikannya. Tidak
dapat dinafikan bahawa terdapatnya kanak-kanak yang bertindak
terburu-buru. Hal ini akan mempengaruhi rakan di sekelilingnya untuk
mempelajari tingkah laku tersebut. Oleh hal yang demikian wujudlah isu
buli dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Andai kata, kanak-kanak
tersebut selalunya beramalan baik tetapi dia mempunyai seorang rakan
yang bertingkah laku negatif. Dia akan dipengaruhi oleh rakannya dan
perasaan ingin cuba dalam sanubarinya akan menyebabkan dia untuk
cuba membuli orang lain. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai
jatidiri yg kukuh Jadi, pengaruh kawan telah menjadi punca utama yang
mencetuskan isu psikososial iaitu isu buli.

Seterusnya, saudari panel ketiga Dr. wawa, bagaimanakah cara untuk


kita mengatasi isu buli yang semakin meningkat di sekolah pada masa
kini?

Panel 3 Baiklah, terima kasih saudari moderator atas rasional soalan yang
diajukan. Terima kasih juga kepada sidang hadirin yang sudi meluangkan
masa untuk hadir dan turut serta dalam forum kita pada pagi yang mulia
ini.

Baiklah, semua pihak perlulah memainkan peranan dalam menangani isu


dan mencari formula penyelesaikan tingkahlaku buli yang berlaku di
sekolah dengan melaksanakan pelbagai intervensi. Tindakan awal segera
yang dilaksanakan mampu menyelesaikan masalah buli dalam kalangan
pelajar. Sebagai kaunselor di sekolah, saya menyarankan supaya
pembuli dibawa ke unit disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling. Pihak
kaunseling akan membantu murid dengan menyediakan sesi kaunseling
yang bersesuaian dengan murid tersebut. Sesi kaunseling yang
dilaksanakan dapat membendung pelajar untuk berubah kearah sikap
yang lebih positif. Pihak kaunselor akan mengenalpasti dan berusaha
mencapai minat atau kebolehan yang ada pada murid dalam apa jua
bidang dan aspek yang baik. Contohnya, jika murid tersebut mempunyai
minat dalam bermain bola sepak jadi guru boleh melibatkan diri murid
kepada latihan yang mampu mengalihkan tingkah laku mereka ke arah
yang lebih positif. Selain itu, pihak kerajaan juga harus memainkan
peranan dalam membendung gejala ini. Kementerian pembelajaran harus
menitikberatkan isu kes ini dalam pelajaran tertentu seperti pendidikan
moral, pendidikan islam dan pendidikan sivik. Melalui pendidikan ini para
pelajar dapat kesedaran dan mempelajari kebaikan serta menjauhi gejala
kurang baik kerana pelajar akan banyak didedahkan dengan hukum
hakam sesuatu perbuatan yang boleh memberi kesedaran terhadap
setiap murid. Sebagai langkah menangani masalah buli juga, pihak
keluarga perlulah mengambil tahu tentang aktiviti anak mereka. Hal ini
supaya, ibu bapa dapat mengawal tindakan dan kegiatan anak agar tidak
berlaku keadaan di mana anak-anak melakukan kesalahan yang tidak
bermoral. Ibu bapa disarankan agar tidak terlalu percaya dan
memanjakan anak mereka kerana jika keadaan ini berlaku anak2 malah
akan mudah mengambil kesempatan kerana mereka tahu yang ibu bapa
mereka sibuk dan kepercayaan diletakkan sepenuhnya ke atas diri
mereka sendiri. Dengan itu, mereka merasa bebas untuk melakukan
perkara yang tidak bermoral termasuk membuli. Bukan itu sahaja, ibu
bapa juga perlu menjaga emosi anak mereka di rumah. Hal ini supaya
anak-anak tidak berasa tertekan dan tekanan tersebut tidak ditempiaskan
kepada orang lain yang boleh menyebabkan orang lain menjadi mangsa
amarah mereka. Pembuli sengaja melampiaskan amarahnya kepada
orang lain agar mangsa juga akan berasa tertekan dan si pembuli pula
akan berasa puas hati dengan tindakan mereka walaupun terpaksa
mengancam keselamatan mental dan fizikal orang lain. Contohnya seperti
menedang, menumbuk, mengejek, menghina dan seumpamanya.

Secara ringkasnya, pelbagai rintangan dan cabaran yang bakal dihadapi


oleh generasi akan datang, jika kita tidak mempersiapkan mereka
menjadi insan yang berguna untuk bangsa, agama, dan negara. maka,
sebaiknya semua pihak perlu berganding bahu dalam membuat
perancangan yang lebih teliti bagi mengawal masalah ini daripada
menjadi lebih serius.

Saya rasa itu sahaja yang dapat saya kongsikan sendiri tentang cara
mengatasi isu buli.

Pada pendapat saudari irdina, apakah langkah lain yang boleh diambil
oleh guru atau pihak lain untuk membantu dalam membanteras isu buli ini
sebagai seorang pelajar.

Panel 4 Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada saudari
pengerusi majlis kerana sudi menjemput saya pada hari ini. Sebagai
seorang pelajar merangkap seorang ketua pengawas di SMKL, isu buli ini
bagai kelip-kelip terbang malam di mana ia tidak dapat dirahsiakan,
bukan satu isu yang asing bagi kita. Buli ini memberikan kesan yang
mendalam kepada mental dan juga fizikal. Terdapat banyak jenis buli
seperti buli verbal, fizikal, dan buli siber. Walaubagaimanapun, kesemua
jenis buli ini memberikan kesan paling mendalam pada kesihatan mental
seseorang individu sehingga boleh mengakibatkan kes bunuh diri.

Oleh itu, pada pendapat saya,isu buli ini perlu ditangani dengan
kerjasama pelbagai pihak. Antara pihak yang dapat mengatasi isu buli ini
ialah pihak sekolah atau guru. Dimana guru perlulah peka terhadap apa
yang berlaku di sekolah atau muridnya. Seorang guru yang prihatin
yang bertanyakan kepada muridnya berkaitan dengan masalah yang
dihadapi muridnya serba sedikit dapat membendung isu buli di kalangan
pelajar. Selain itu, pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan pihak
polis untuk memberikan kesedaran bahaya jenayah buli di kalangan
pelajar sekolah dengan mengadakan kempen “ katakan tidak pada
buli”. Isu buli ini selalunya berpunca daripada “gurauan” atau salah
faham. Oleh yang demikian, ibu bapa dan juga guru perlulah mendidik
anak-anak ini perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Bergurau tidaklah sehingga menyakiti rakan, dan berfikir secara rasional,
fikir kesan baik atau buruk sesuatu tindakan sebelum bertindak membuat
keputusan. Seterusnya, guru juga perlulah bertindak adil ketika
meleraikan dan menyelesaikan masalah di antara pelajar tanpa pilih kasih
dengan baik, agar murid tidak ditindas dan tidak menyebabkan isu ini
berlarutan dan secara tidak langsung menyebabkan kes buli.

Kesimpulannya, isu buli ini bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar


sekolah, malah di institusi pengajian tinggi, dan tempat kerja. Kita perlu
mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku agar kita dapat
membentuk masyarakat dan generasi yang sihat dan membangun. Kita
tidak boleh memandang dengan sebelah mata isu buli ini, walaupun isu
buli ini kelihatan isu kecil namun ia boleh menyebabkan isu-isu lain yang
lebih serius. Contohya isu buli pegawai kadet laut upnm zulfarhan yang
berpunca daripada salah faham isu kecurian sehingga menyebabkan
kematian.

Oleh itu, sekian sahaja pada hari ini, sebelum mengakhiri forum kita pada hari ini, saya
ingin membuat sedikit rumusan mengenai forum kita pada hari ini. Kesimpulannya,
terdapat beberapa punca dan langkah untuk mengatasi isu buli di sekolah. Setiap pihak
perlu memainkan peranan bagi memastikan isu ini dapat dibendung. Hal ini kerana buli
memberi kesan kepada mental dan fizikal mangsa buli. Dan kesan atau traumanya
akan berkekalan hingga ke tua.

Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua ahli panel kita
pada hari ini kerana sudi berkongsikan pendapat masing-masing dan menceriakan
forum kita pada hari ini. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir,
terimalah serangkap pantun indah daripada saya

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan dalam peti;

Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan di dalam hati.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

You might also like