Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK SECARA ISLAMIK

JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN


FALKUTI PENGAJIAN ISLAM

SEMESTER 1
SESI 2022 / 2023

DKK 2113
FALSAFAH , SEJARAH DAN KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK

TAJUK
ULASAN ARTIKAL MENGENAI PANDANGAN TOKOH BARAT DAN TOKOH ISLAM
DALAM PENDIDIKAN

PENSYARAH
PUAN SYAZWANI BINTI HUSIN

DISEDIAKAN OLEH
NO NAMA NO MATRIK KUMPULAN
1 WAN NOR ANIS NATASYA BINTI WAN PID 22014 2
NOR IRWAN

1
ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 1
2.0 ULASAN TENTANG PANDANGAN IBNU KHALDUN
DALAM PENDIDIKAN
2-3
2.1 KAEDAH YANG DIGUNAKAN IBNU KHALDUN DALAM
PENDIDIKAN
4

2.3 METODE PENDIDIKAN 5


3.0 ULASAN TENTANG PANDANGAN FROEBEL DALAM
PENDIDIKAN
6
3.1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FROEBEL DALAM
PENDIDIKAN
7
RUMUSAN

1
1.0 PENGENALAN

Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada
masa akan datang.Ibubapa wajib memberi pendidikan awal kepada anak –anak supaya anak
mendapat perkembangan – perkembangan yang mereka perlu ada sebagai contoh perkembangan
intelek , rohani , sosial , emosi , dan jasmani . Mengikut sejarah , bentuk pendidikan awal kanak
– kanak berdasarkan teori pendidikan awal kanak-kanak yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh
islam dan barat.

Antara tokoh islam yang tersohor ialah Ibnu Khaldun atau digelar sebagai tokoh pemikir islam
yang terkenal atau bapa ketamadun. Dimana beliau amat menegaskan mengenai konsep – konsep
persediaan belajar, motivasi, pengukuhan, latihan, pemerhatian dan perbezaan individu.
Manakala tokoh barat yang terkenal ialah Friedrich Wilhelm Froebel dan lebih dikenali sebagai
Froebel atau dianggap sebagai The founding Father. Froebel mempunyai banyak pengaruh dalam
bidang Pendidikan Awal Kanak – Kanak berdasarkan falsafah pembelajaran berasaskan aktiviti
berstruktur.

1
2.0 ULASAN TENTANG PANDANGAN IBNU KHALDUN DALAM PENDIDIKAN

Menurut artikal yang dikaji terdapat salah seorang tokoh islam yang tersohor iaitu Abdul
Rahman bin Muhammad bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun sempena
nama tempat kelahirannya di kawasan khalduniyah di Tunisia. Beliau dilahirkan pada tahun 732
hijrah/1332 masihi. Beliau meninggal dunia pada tahun 808 hijrah/1406 masihi di Kaherah ,
Mesir ketika beliau usia 87 tahun. Ibnu Khaldun di kebumikan di luar babun nasr,iaitu
perkuburan.Pada tahun (1332 – 1406 M ) Ibnu khaldun telah diakui sebagai seorang tokoh
sejarahwan dan pemikir islam dalam beberapa bidang seperti politik,sosial, ekonomi dan
pendidikan dalam kalangan ilmuan.

Ibnu Khaldun menekankan bahawa kanak – kanak tidak seharusnya diajar perkara yang
rumit. Kanak – kanak perlu belajar daripada perkara yang paling senang hingga perkara yang
sukar secara berperingkat menggunakan dengan pelbagai kaedah seperti latih tubi dan bahan
konkrit sebagai alat pembelajaran yang boleh difahami oleh pancaindera mereka . kanak - kanak
tidak boleh dibebankan dengan perkara yang melampaui kebolehannya kerana hal ini boleh
menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan tiada minat untuk belajar.Sebagai contoh pendidik
perlu memulakan pembelajaran dengan ABC atau 123 dan menggunakan cara yang boleh
menarik minat kanak – kanak seperti menyanyi ataupun menari.

Selain itu , pandangan ibnu khaldun tentang pendidikan awal kanak – kanak ini ialah
masa pembelajaran jangan terlalu lama. pembelajaran dan waktu rehat yang terlalu panjang akan
menyebabkan mereka mudah bosan dan mudah terlupa dengan pembelajaran yang diajar.
Gangguan – gangguan ini akan menyukarkan seorang kanak – kanak untuk mendapatkan atau
menguasai suatu pembelajaran dengan baik. Hal ini boleh menyebabkan mereka menganggap
pembelajaran ini sukar dan tiada minat untuk belajar. Kanak -kanak akan hilang fokus ketika
dalam kelas kerana didalam fikiran mereka hanya ingin bermain.Sebaliknya pendidik harus
mengajar dengan waktu yang singkat dengan cara yang berkesan bagi mendapatkan hasil
pembelajaran yang baik.

1
Seterusnya , jadual pembelajaran juga perlu disusun dengan baik supaya kanak – kanak dapat
mengikuti dengan baik dan faham apa yang akan disampaikan. Dengan jadual yang padat kanak
-kanak akan lelah dan bosan. Hal ini kerana akan terjejas tahap permakanan yang baik , cepat
letih dan tiada kawan.Jadual yang tersusun bagus untuk kanak – kanak dapat membahagikan
masa bermain dan masa belajar yang ditetapkan oleh pendidik atau ibubapa. Jadual balajar
tidaklah terlalu padat untuk kanak – kanak supaya kanak – kanak tidak terlalu tertekan dan dapat
memahami apa yang disampaikan.

Pada pemerhatian Ibnu Khaldun pendidikan bukan sahaja memberi dan menerima ilmu semata
– mata. Pendidikan ini juga sebagai satu cara untuk membentuk akhlak dan keperibadian kanak –
kanak. Beliau telah memberi pendapat secara terbuka untuk panduan kepada pendidik dan
ibubapa berkenaan cara hukuman dan tindakan yang harus dikenakan kepada kanak – kanak
sekiranya mereka melakukan kesalahan supaya pendidikan menjadi lebih sempurna. Ibnu
Khaldun tidak menggalakkan sama sekali guru atau ibubapa menggunakan kekasaran dalam
mendidik kanak – kanak kerana ini akan merosakan fikiran dan membahaya kan kanak – kanak
terutamanya yang masih kecil. Beliau mengatakan kanak – kanak yang dibesarkan dengan
kekerasan ini akan merasakan tertekan dan mendorong mereka kepada pembohongan. Tindakan
membohong ini mereka merasakan akan terlepas dengan hukuman dan menjadi kebiasaan
kepada mereka untuk mengelakkan mereka dimarahi dan dihukum oleh guru dan ibubapa.

Menurut Ibnu Khaldun dalam kitabnya iaitu muqaddimah telah menyatakan bahawa “Al -Quran
itu perlu dipelajari dan dibaca oleh anak – anak pada awal usia . Hal ini kerana dengan membaca
Al-Quran akan menanam benih – benih keimanan dalam jiwa kanak – kanak sejak kecil lagi”.
Antara manfaat membaca Al – Quran pada awal usia anak – anak adalah , ianya akan
meluruskan lidah dan membaca huruf dengan betul dan tepat. Membaca Al -Quran adalah ibadah
yang diberi pahala oleh Allah kepada sesiapa yang membaca, jika bacaannya dibaca dengan
sebutan yang betul dan hukum tajwid dengan tepat.

1
2.1 KAEDAH YANG DIGUNAKAN IBNU KHALDUN DALAM PENDIDIKAN

Ibnu Khaldun menganggap kaedah muhakah atau taklid yang bermaksud peniruan atau lakonan
semula ini antara kaedah yang paling penting dalam pengajaran dan kaedah ini sangat memberi
kesan dalam pendidikan. Sebagai contoh kanak – kanak akan meniru apa sahaja yang dilihat oleh
pancaindera penglihatan kepada pelakuan dan tingkah laku berdasarkan apa yang mereka lihat.
Para pendidik dan ibubapa haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada anak – anak. Hal ini
kerana perbuatan ibubapa dan pendidik akan menjadi contoh untuk anak – anak mengikuti
perkara tersebut. Ibubapa yang membuat perkara yang baik atau buruk anak – anak akan
mengikuti.

Beliau juga telah mendedahkan kaedah tajribah yang bermaksud kaedah percubaan
sebagai salah satu kaedah pendidikan yang penting dalam memberi ilmu dan mengetahuan. Ibnu
Khaldun membuktikan bahawa tajribah berkait rapat dengan pengalaman dan penyaksian yang
kedua – duanya berkaitan dengan pancaindera. Beliau menyatakan bahawa seseorang pemerhati
tidak akan mencapai sesuatu perkara yang berhasil dengan hanya membuat pemerhatian , namun
ianya boleh mencapai perkara tersebut dengan berhasil jikalau seseorang itu membuat percubaan.
Dengan membuat percubaan maka seseorang tersebut akan mendapat manfaat pengetahuan
kerana mereka mencuba sendiri melakukan perkara tersebut dan mengetahui perkara itu benar
atau palsu. Selain itu , manusia deria manusia sangat penting dalam setiap pembelajaran
terutamanya pembelajaran yang berbentuk teori dan meningkatkan potensi asas akal dalam aspek
pemikiran. Oleh itu Ibnu Khaldun menyatakan bahawa asas kepada pembelajaran dan
pengalaman terlibat dalam kaedah percubaan ialah deria yang sihat.
Ibnu Khaldun memberi pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah pengulangan atau dalam bahasa arabnya Al – Tikrar. Kaedah pengulangan
ini harus digunakan oleh guru kerana sesetengah pelajar tidak memahami dengan sekali
pembelajaran sahaja. Oleh itu para guru disarankan agar membuat pengulangan semula
pembelajaran tersebut sehingga para pelajar dapat memahami pembelajaran tersebut. Hal ini
bertujuan supaya para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dijelaskan oleh guru dengan
baik. Dengan menggunakan kaedah pengulangan, pelajar dapat menambah kefahaman dalam
sesuatu mata pelajaran yang dipelajari. Guru tidak digalakkan sama sekali meneruskan tajuk
yang lain sehingga para pelajar dapat meguasai tajuk yang diajar oleh guru tersebut. Sekiranya
pelajar tidak memahami pembelajaran tersebut guru haruslah membuat pengulangan bagi
memastikan pelajar memahami.

1
2.3 METODE PENDIDIKAN

Metode pendidikan bermaksud kaedah belajar dari segi kegiatan yang menjuruskan kepada
membimbing dan mendidik anak – anak untuk mencapai proses belajar yang dinginkan dan
membuat perubahan yang dikehendaki pada tingkah laku mereka. Ibnu Khaldun tidak bersetuju
dengan cara pembelajaran yang bertele – tele melainkan memfokuskan tajuk – tajuk yang asas
sahaja untuk anak – anak mengikut peringat umur. Beliau juga mengkritik cara pembelajaran
yang terlalu ringkas dan cepat. Terdapat beberapa metode pendidikan menurut Ibnu Khaldun
antaranya ;-
Metode ceramah secara menyeluruh. Dengan menggunakan kaedah ini guru dapat melihat
kemampuan persediaan pelajar dan menggunakan struktur pembelajaran secara sedikit demi
sedikit dan berperingkat. Hal ini guru dapat melihat kebolehan dan kelemahan setiap pelajar dan
membantu pelajar yang lemah.
Selain itu, metode problem solving yang membawa maksud penyelesaian masalah.dalam
problem solving ini guru hendaklah memberikan pendedahan yang berlawanan dengan konsep
awal dalam rangka untuk meningkatkan kefahaman. Guru haruslah mengajarkan kepada para
pelajar tentang beberapa masalah yang asas mengenai setiap cabang ilmu yang dipelajari dengan
memberikan keterangan yang bersikap umum.
Seterusnya, metode diskusi atau membuat perbincangan untuk menyelesaikan masalah. Metode
diskusi ini sangat penting bagi bagi pelajar untuk menceritakan masalah mereka dan pihak guru
berusaha membantu menyelesaikan masalah tersebut. Para guru perlu juga mengajar pelajar
untuk menyelesaikan masalah sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

1
3.0 ULASAN TENTANG PANDANGAN FROEBEL DALAM PENDIDIKAN

Antara tokoh barat yang saya kaji ialah Friendrich Wilheim August Froebel atau lebih dikenali
Froebel. Beliau seorang pendidik berbangsa Jerman dan merupakan seorang pengasas tadika.
Froebel diantara orang yang mengusahakan cara pendidikan yang berpegaruh abad ke 19. Beliau
juga digelar Father of Kindergarden yang membawa maksud bapa tadika. Beliau dilahirkan pada
12 April 1782 di Oberweibach , Thuringia yang terletak di Jerman. Froebel meninggal dunia
pada 21 Jun 1852 di Marienthal. Beliau mempunyai lima orang adik beradik dan Froebel anak
terakhir dalam adik beradiknya.
Menurut pandangan Froebel tadika ini perlu dipenuhi dengan keindahan yang boleh menarik
perhatian kanak – kanak. Suasana yang ceria dan kondusif dapat menarik minat kanak- kanak
untuk ke tadika. Contohnya, warna tadika perlulah menggunakan warna yang ceria dan tiada
objek yang dapat mencederakan kanak – kanak. Keadaan persekitaran perlulah luas supaya
kanak- kanak selesa dan tadika tersebut ada kelengkapan seperti meja dan kerusi. Sebagai contoh
kerusi dan meja plastik yang pelbagai warna dan bentuk.
Justeru itu, beliau mengatakan kanak –kanak dapat bergaul dengan rakan – rakannya untuk
meningkatkan perkembangan sosialnya sebagai contoh,kanak-kanak melakukan kerja
berkumpulaan dan juga kanak-kanak akan makan bersama-sama apabila tiba waktu rehat di
tadika.Kemudian, froebel mengatakan bahawa sebuah intitusi tadika haruslah mempunyai
pengawalan dan penjagaan yang selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak dpat terhindari
pengaruh yang tidak baik daripada masyarakat dan alam semula jadi.
Froebel mengatakan di sebuah intitusi tadika perlulah memupuk perkembangan kanak –
kanak dari segi mental,fizikal ,dan sosial. Sebagai contoh seorang guru perlu mengadakan
pelbagai aktiviti kognitif untuk mengembangkan kecerdasan otak kanak –kanak. Seorang guru
juga perlu membuat aktiviti untuk melihat perkembangan, perwatakan dan peribadi kanak –
kanak mengikut kesesuian peringkat umur mereka.
Mengikut Froebel guru adalah cermin kepada kanak – kanak. Oleh itu seorang guru
perlulah mendidik kanak – kanak dengan cara yang betul supaya mereka tidak mengikuti ajaran
yang salah. Guru perlu memberi kebebasan dan pendidikan yang berlandaskan keperluan dan
kemampuan kanak – kanak. Seorang guru tidak digalakan untuk melarang kanak – kanak
menerokai perkara tersebut melainkan perkara itu membawa kemudaratan kepada mereka.

1
3.1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FROEBEL DALAM PENDIDIKAN

Froebel telah memberikan penekanan terhadap kaedah bermain dan belajar melalui membuat
perkara yang boleh mempelajari kanak – kanak. Pemikiran kanak – kanak ialah bermain
disebabkan itu froebel membuat satu kaedah yang mana belajar sambil bermain adalah satu cara
yang berhasil. Kanak – kanak akan gembira dan bersemangat kerana dengan menggunakan
kaedah tersebut suasana pembelajaran itu tidak sunyi. Guru perlu mengajar kanak – kanak
mengunakan pergerakan badan sebagai contoh menari sambil menyanyi. Kanak – kanak lebih
menumpukan perhatian dengan benda yang seronok bagi mereka.
Selain itu, beliau juga telah menghasilkan gift atau bahan –bahan pembelajaran
menggunakan pelbagai bentuk yang terdapat di alam semula jadi. Sebagai contoh gift yang
froebel hasilkan ialah membuat bentuk –bentuk seperti sfera,kubus,silinder,segi empat tepat,segi
tiga ,bulatan ,dan garisan. Dengan menggunakan bentuk –bentuk tersebut dapat membantu kanak
– kanak menerokai dan memahami hubungan dengan alam sekitar. Bahan – bahan ini juga dapat
membantu mereka membentuk sesuatu benda ataupun mengira nombor.
Seterusnya, froebel menggunakan gift tersebut dengan membuat aktiviti yang dinamakan
perkerjaaan. bahan - bahan iru juga dapat membuat pelbagai aktiviti kemahiran sebagai contoh
menjahit,menenun,menyusun manik, mencantum titik,menampal dan melipat kertas. Dengan
mengadakan aktiviti tersebut guru dapat melihat kemahiran kanak – kanak dalam sesuatu
aktiviti.

1
RUMUSAN
Menurut dua tokoh ini, beliau sangat menitip beratkan tentang kasih sayang terhadap kanak –
kanak.kanak . Mereka tidak boleh diajar perkara yang susah froebel mengatakan bahawa tadika
itu adalah sebuah taman dan kanak – kanak itu adalah penyeri taman itu. Akhir
kalam ,Penekanan terhadap pendidikan awal kanak – kanak sangat penting pada masa sekarang.
Ini menunjukkan perlunya diwujudkan satu sistem yang boleh dijadikan pameran kepada kepada
pendidikan tadika dan prasekolah berasaskan teori falsafah yang telah digariskan dalam
mencapai objektif kepada pendidikan awal kanak – kanak.pendidikan sebenar adalah salah satu
proses yang aktif kepada kanak – kanak keadaan semulajadi mereka.pendidikan perlu diterapkan
dalam kehidupan kanak – kanak dimana pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengenalan
dan aktiviti.

1
SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL KANAK – KANAK

1
1
1
1
1
1
1

You might also like