Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

PUSAT KO-KURIKULUM

JABATAN HAL-EHWAL PELAJAR


UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Soalan Lazim Berkaitan Penawaran Subjek Ko-Kurikulum Mengikut Sistem Pembelajaran Secara Anjal (Flexible Learning)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bermula Semester II, Sessi Akademik 2020/2021, Pusat Ko-Kurikulum, Jabatan Hal-Ehwal Pelajar akan melaksanakan sistem
penawaran Subjek Ko-Kurikulum (UQB1**1 dan UQ***1) secara Pembelajaran Anjal (flexible learning).

Melalui kaedah baharu ini, pelajar tidak perlu membuat sebarang pendaftaran subjek Ko-Kurikulum di awal semester sebagaimana
kebiasaan, tetapi hanya perlu mendaftar modul-modul Ko-Kurikulum di Pusat Ko-Kurikulum sahaja.
Jadual penawaran modul akan mula dipamerkan pada 5 April 2021 (Isnin).

Perubahan kaedah penawaran ini adalah dalam rangka mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan mengikut halatuju Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan juga Pelan Strategik UMP25 (2021 – 2025) berdasarkan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan -

Falsafah Pendidikan Kebangsaan -


“Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta Negara.”
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

SOALAN LAZIM

1. Di dalam Amanat Naib Canselor tahun 2021 yang berlangsung pada 16 Februari 2021 yang lepas, beliau ada
menyatakan kewujudan satu pusat yang dinamakan Akademi Pembangunan Adab (ADAB@UMP), boleh jelaskan
secara lanjut terkait ADAB@UMP ini?
Ya. Benar. Bermula pada Semester II, Sessi Akademik 2020/2021, nama Pusat Ko-Kurikulum, Jabatan Hal-Ehwal Pelajar
(JHEP) akan dijenamakan kepada nama baharu iaitu Akademi Pembangunan Adab (ADAB@UMP). Penjenamaan ini adalah
bertujuan untuk meluaskan lagi peranan Pusat Ko-Kurikulum daripada pelaksanaan skop berkaitan teras Ko-Kurikulum kepada
skop pembangunan pelajar yang merangkumi aspek jasmani, emosi dan rohani. Di samping itu, ADAB@UMP juga akan
membolehkan penglibatan pelajar di dalam aktiviti pembangunan pelajar diiktiraf melalui sijil-sijil professional yang akan menjadi
nilai tambah kepada pelajar untuk persediaan memasuki alam pekerjaan nanti.

2. Boleh jelaskan, kenapa saya wajib mengambil subjek Ko-Kurikulum?


Apabila seseorang pelajar mendaftar sesuatu program pengajian samada di Kolej/Fakulti/Pusat, setiap program pengajian
mempunyai struktur program akademik yang tersendiri. Struktur program adalah senarai semua subjek yang wajib pelajar ikuti
beserta jumlah kredit yang wajib diambil untuk keperluan bergraduat. Kluster subjek di bawah struktur program dibahagikan
kepada tiga (3) iaitu, Kluster Teras Program, Kluster Teras Kolej/Fakulti/Pusat dan Kluster Matapelajaran Pengajian Umum
(MPU).
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

Subjek Ko-Kurikulum adalah termasuk di bawah Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) dan ianya merupakan ketetapan oleh
Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertujuan meningkatkan kualiti insan sejajar dengan
matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan disusun di bawah 4 kategori
utama, iaitu:
U1: Penghayatan Falsafah, Nilai Dan Sejarah.
U2: Penguasaan Kemahiran Insaniah.
U3: Perluasan Ilmu Pengetahuan Tentang Malaysia.
U4: Kemahiran Pengurusan Masyarakat Yang Bersifat Praktikal Seperti Khidmat Masyarakat Dan Kokurikulum.

Adakah boleh seseorang pelajar itu tidak mendaftar subjek Ko-Kurikulum?


Secara dasar, setiap subjek yang ada di dalam struktur program adalah wajib diambil samada di bawah kategori wajib lulus
atau wajib hadir sebagaimana subjek lain seperti yang ditetapkan di dalam Buku Peraturan Akademik Program Diploma Dan
Sarjana Muda Sepenuh Masa UMP (2019).
Disebabkan subjek Ko-Kurikulum adalah matapelajaran yang dimasukkan di bawah kategori subjek yang wajib lulus, maka
setiap pelajar wajib mendaftar dan lulus subjek Ko-Kurikulum ini.
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

3. Jika begitu, kenapa pada tahun ini (2021) dibuat perubahan kaedah penawaran subjek Ko-Kurikulum kepada konsep
pembelajaran secara anjal? Kenapa tidak dikekalkan dengan cara yang lama?

Di antara faktor penting yang setiap pelajar perlu fahami adalah, di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), kaedah
penyampaian adalah bersifat dinamik dan focus kepada keberhasilan hasil pembelajaran (Outcome-Based Education).

Oleh itu, perubahaan yang dibuat adalah berdasarkan justifikasi seperti berikut:
a. Pembelajaran secara anjal (flexible learning) akan membolehkan pelajar UMP mengikuti pelbagai modul-modul
pembangunan pelajar bermula dari semester 1 sehingga ke semester akhir pengajian dan tidak terikat dengan jadual
kelas mengikut semester seperti sebelum dari ini.
b. Melalui cara ini, ia akan membolehkan setiap penglibatan pelajar di dalam aktiviti diluar waktu kuliah diiktiraf sebagai satu
pencapaian yang memungkinkan pelajar membuat tuntutan kredit di bawah subjek Ko-Kurikulum mengikut proses
penilaian kualiti dan standard. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat lebih aktif diluar
waktu kuliah dan kampus universiti akan dihidupkan dengan pelbagai aktiviti pembangunan pelajar merentasi pelbagai
teras pembangunan.
c. Kaedah ini juga bermaksud, pelajar tidak perlu lagi mengikuti sistem lama iaitu mendaftar subjek Ko-Kurikulum dan
mengikuti proses pengajaran & pembelajaran selama 14 minggu. Pelajar hanya perlu mengambil modul-modul di Pusat
Ko-Kurikulum mengikut teras-teras seperti yang ditetapkan sepanjang tahun pengajian. (Jadual 1 – Teras Ko-Kurikulum)
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

JADUAL 1 – TERAS KO-KURIKULUM

KOD TERAS KOD TERAS


A PALAPES UDARA R REKREASI
B SENI, BUDAYA & WARISAN S SUKAN
C KEPIMPINAN T DAYA USAHA & INOVASI
D PALAPES DARAT U KEUSAHAWANAN
E PENGUCAPAN AWAM V SUKARELAWAN
K SULAM/KHIDMAT KOMUNITI W WATANIAH
N PALAPES LAUT X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
P SUKSIS Z SISPA
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

4. Saya masih belum jelas perbezaan diantara kaedah lama dan kaedah baharu yang dinamakan sistem pembelajaran
anjal, boleh jelaskan dengan bantuan gambarajah?
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

5. Apa kelebihan sistem baharu ini?

a. Dengan sistem baharu ini, pelajar boleh mengikuti pelbagai modul tanpa terikat dengan tempoh 14 minggu bagi setiap
semester. Ianya akan mengurangkan beban jadual PdP setiap minggu dan pelajar boleh merancang jadual kehidupan di
kampus dengan lebih dinamik. Secara tidak langsung, sistem ini dijangka meningkatkan kemahiran pelajar membuat
perancangan pembelajaran ketika di kampus dan ianya merupakan salah satu diantara campus life experience
(pengalaman hidup di kampus) yang akan menjadi memori indah sepanjang berada di UMP.
b. Melalui sistem ini juga, pelajar boleh mengambil mana-mana modul diluar semester seperti ketika cuti pertengahan
semester atau cuti semester yang panjang dan ia akan memberi kelebihan bagi pelajar yang mengambil subjek ketika
semester pendek (short semester) kerana masa terluang di hujung minggu boleh diisi dengan mempelajari ilmu baharu
ko-kurikulum secara modular ini.
c. Ia juga bermakna, pelajar diberi kebebasan mengikuti pelbagai teras pembangunan pelajar sepanjang pengajian dan tidak
lagi merasa “terpaksa atau tertekan” untuk mengikuti hanya satu jenis subjek ko-kurikulum sahaja selama 14 minggu
seperti amalan sebelum dari ini. (Sistem OR yang terhad dari sudut bilangan pelajar/seksyen).
d. Melalui kaedah ini juga, pelajar boleh memilih modul-modul yang mendapat penilaian tinggi untuk dikumpul sebagai
markah tuntutan kredit Subjek Ko-Kurikulum tersebut. Ia akan meningkatkan motivasi pelajar untuk sentiasa mencuba
ilmu baharu dan meningkatkan potensi diri secara lebih luas dan dinamik.
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

6. Apakah contoh modul-modul yang ditawarkan?

Di antara contoh modul yang akan ditawarkan kepada pelajar adalah seperti berikut:

HQC0021 How to identify potential leaders. HQU0102 Fundamental of Mobile Apps Technovation Entrepreneurship
HQC0031 Essential of Problem Solving HQU0112 Mobile Apps Development Planning for Cybrepreneurs
HQC0041 On Decision Making HQT0041 Theory of Hexa-drone
HQS0041 Asas Biomekanik HQT0051 Battery & Safety Features of Drone
HQS0051 Asas Kecergasan HQT0061 Mission Planner Software
HQS0031 Anatomi & Fisiologi HQT5012 Drone Assembly & Flying Technique
HQS0021 Sukan di Malaysia HQT5022 Arduino Programming & Interfacing - Basic
HQC0051 Design vs Implementation HQT5032 Interfacing Arduino with Display Devices
HQU0012 Basic Finance HQX0011 Managing Stress & Pressure
HQU0022 Business Model Canvas HQX0021 Unleash Your Potentials
HQU0032 Customer Approach HQX0031 Effective Workplace Communication
HQU0042 Digital Marketing HQX0041 Self-understanding
HQU0052 Entrepreneurship Mindset HQX0051 Career Decision Making
HQU0062 Ideation – Idea Analysis HQX0061 Teamwork
HQX0091 Career Development Strategies HQX0071 Resumes CV and Cover Letters
HQX0101 Job Analysis HQX0081 Interview
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

7. Apakah maksud kod modul tersebut? Kenapa ia berbeza dengan kod sebelum dari ini (UQB1**1/UQ***1)?

H – KOD bagi Kerangka Pembelajaran Sepanjang Hayat UMP


Q – KOD bagi Pusat Ko-Kurikulum
Abjad (C, S atau T) – KOD Teras seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1 – Teras Ko-Kurikulum.
Digit Pertama – (0 – 4) adalah modul yang berkonsepkan teoritikal (5 – 9) modul bersifat praktikal
Digit Kedua – Running Number
Digit Ketiga – Running Number
Digit Keempat – CATS (1 CATS adalah bersamaan 10 jam Student Learning Time (SLT) di dalam Kerangka PSH)

CONTOH
HQC0031 – Essential of Problem Solving (Modul Teras Kepimpinan, bersifat teori, tempoh masa 4 jam)
HQT5012 – Drone Assembly & Flying Technique (Modul Teras Daya Usaha & Inovasi, bersifat praktikal, tempoh masa 8 jam)

8. Berapakah jumlah modul yang akan ditawarkan oleh Pusat Ko-Kurikulum?

Secara keseluruhan, dijangkakan jumlah modul yang akan ditawarkan di Pusat Ko-Kurikulum mencecah antara 200 – 300
modul yang merentasi kesemua teras yang dinyatakan di Jadual 1.
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

9. Adakah saya dibenarkan belajar apa sahaja modul di Pusat Ko-Kurikulum walaupun telah menyelesaikan Subjek Ko-
Kurikulum saya?

YA. Walaupun telah mendapat gred bagi Subjek Ko-Kurikulum, setiap pelajar UMP dibenarkan mengambil semua modul yang
ditawarkan di Pusat Ko-Kurikulum UMP. Jika pelajar mengumpul 200 jam pertemuan modul, pelajar boleh memilih mana-mana
modul dengan markah terbaik sebanyak 80 jam pertemuan untuk membuat tuntutan kredit manakala 120 jam berbaki akan
dipertimbangkan oleh Pusat Ko-Kurikulum untuk diberikan sijil-sijil yang bersesuaian (dalam perancangan terdekat).

10. Adakah saya perlu membayar apa-apa kos untuk belajar modul-modul di Pusat Ko-Kurikulum?

TIDAK. Ini kerana, setiap pelajar telah membayar yuran ko-kurikulum selama 2 semester dan yuran aktiviti pelajar ssetiap
semester, sepanjang pengajian. Melalui yuran-yuran ini, ia mencukupi untuk pihak kami menawarkan modul-modul tersebut
secara percuma kepada setiap pelajar UMP tanpa terkecuali. Walaubagaimanapun, kedapatan modul-modul yang bersifat
esklusif seperti modul selaman di Pusat Selam UMP yang akan dikenakan bayaran yang berpatutan untuk menampung kos
operasi dan penyelenggaraan yang agak mahal berbanding modul-modul yang lain. Secara umum, keseluruhan modul di
Pusat Ko-Kurikulum ditawarkan secara percuma.
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

11. Jika saya mengumpul lebih dari keperluan jam untuk tuntutan kredit subjek ko-kurikulum (80 jam), apakah insentif
tambahan yang saya boleh dapat?

Bagi mana-mana pelajar yang mengumpul pembelajaran modul-modul di Pusat Ko-Kurikulum melebihi keperluan tuntutan kredit
sebanyak 80 jam (2 kredit), insyaAllah pihak kami di dalam perancangan untuk mengeluarkan sijil-sijil pencapaian mengikut
teras-teras pembangunan tersebut. Ini bermakna, tiada kerugian dari pihak pelajar untuk mengambil manfaat mengisi masa
dengan mengikuti modul-modul pembangunan ini kerana ianya akan membolehkan pelajar mendapatkan sijil-sijil tambahan.

Selain mendapat ilmu, pelajar juga akan meningkatkan kemahiran insaniah yang menjurus kepada pembangunan Jasmani,
Emosi dan Rohani seperti mana termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga merupakan satu proses
pembangunan diri yang akan meningkatkan nilai diri pelajar, sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan selepas
tamat pengajian nanti.

12. Saya merupakan pelajar semester akhir, bagaimanakah caranya untuk saya melengkapkan kredit Subjek Ko-
Kurikulum saya sebelum tamat pengajian?

Bagi mana-mana pelajar yang sedang berada di Semester Akhir Pengajian pada Semester II, Sessi Akademik 2020/2021,
anda boleh menghubungi Pusat Ko-Kurikulum untuk disusunkan modul-modul khusus bagi memastikan markah Subjek Ko-
Kurikulum dilengkapkan dan anda boleh tamat pengajian di UMP tanpa sebarang masalah keciciran.

Manakala, bagi pelajar yang bukan di Semester Akhir Pengajian, rancang jadual anda untuk mengikuti modul-modul di Pusat
Ko-Kurikulum yang akan bermula pada April 2021 sehingga anda tamat pengajian di UMP.
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

13. Bilakah paling awal saya boleh membuat tuntutan kredit dengan kaedah ini?

Bagi mana-mana pelajar yang bukan di Semester Akhir Pengajian, paling awal proses tuntutan kredit boleh dibuat adalah
pada Semester I, Sessi Akademik 2021/2022 nanti. Ini adalah kerana sepanjang April 2021 sehingga akhir September 2021,
pelajar boleh mengumpul jumlah jam kredit yang diperlukan termasuk ketika cuti semester nanti.

14. Jika saya pelajar tahun satu, adakah perlu saya mengumpulkan jam pertemuan dengan segera dan membuat tuntutan
kredit?

YA dan TIDAK.
YA – jika anda ingin mendapatkan gred Subjek Ko-Kurikulum di awal pengajian dan mempunyai perancangan lain yang lebih
bermakna ketika di Kampus.
TIDAK – Jika anda lebih memilih untuk mengikuti modul-modul di Pusat Ko-Kurikulum secara berkala dan ingin
memanfaatkan masa untuk subjek-subjek teras di Fakulti.

Ini bermakna – keputusan dan perancangan sepenuhnya di tangan anda!


Syaratnya adalah wajib pastikan sebelum berada di Semester Akhir, anda telah mencukupi 80 jam pertemuan (2 kredit) dan
membuat tuntutan kredit mengikut proses yang telah ditetapkan.
SOALAN LAZIM – PENAWARAN ANJAL SUBJEK KO-KURIKULUM

15. Jika saya masih tidak memahami dan keliru, kepada siapa seharusnya saya berhubung untuk mendapat penjelasan
lebih lanjut?

Setelah membaca penjelasan ini dan masih mempunyai persoalan yang tidak difahami dengan baik, anda boleh
menghubungi Pusat Ko-Kurikulum di email pusatkoump20@gmail.com atau di talian 09–5493158 atau boleh terus
berhubung dengan Dekan Pembangunan Pelajar (Dr Ahmad Johari b Mohamad) di email johari@ump.edu.my atau di talian
01110556127.

Selamat menjalani kehidupan kampus melalui sistem pembelajaran anjal di UMP!

Semoga Berjaya!

Pusat Ko-Kurikulum
Jabatan Hal-Ehwal Pelajar
Universiti Malaysia Pahang

9 Sya’ban 1442H / 23 Mac 2021

You might also like