Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BI TAJUK MUKA SURAT

L
1.0 PENGENALAN 2

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TARANNUM HIJAZ 3

3.0 BANDING BEZA TARANNUM HIJAZ DAN TARANNUM 4


NAHAWAND

3.1 Sifat Tarannum Hijaz dan Tarannum Nahawand 4

3.2 Peranan Tarannum Hijaz dan Tarannum Nahawand 4

4.0 RUMUSAN 5

RUJUKAN 6

1
1.0 PENGENALAN

Perkataan asal bagi tarannum ialah tarannama, yatarannamu merupakan dari


perkataan bahasa arab. Tarannum membawa maksud berdendang atau menyanyi.
Tarannum ( ‫ )ترنم‬dari sudut bahasa ialah menyanyi, mendendang dan memperelokkan
suara terhadap sesuatu (Muhammad Lukman, Mohd Yakub@Zulkifli & Mustaffa,
(2012). Kepelbagaian bunyi melalui proses-proses seperti nada, rentak dan irama
tertentu merupakan aspek yang terkandung dalam istilah Tarannum dengan tujuan
untuk menambahkan kemerduan sesuatu bacaan Al-Quran (Nik Jaafar, 2012;Mohd
Zaini, Adnan & Norakyairee,2018).

Ilmu tarannum merangkumi aspek kemahiran kaedah suara yang dipelbagaikan


mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Nada bermaksud tingkatan atau
tekanan bunyi suara, manakala rentak ialah pergerakan yang menghidupkan bunyi
suara. Irama adalah alunan atau bentuk bunyi. Menurut pendapat Muhammad Ali bin
Abu Bakar (2015) yang berpendapat bahawa alunan tarannum Hijaz ini mampu
mengusik jiwa orang yang mendengarnya kerana iramanya yang ringan, cepat dan
lincah. Tambahan pula, rentaknya yang agak kasar serta alunan suara yang terang.
Beliau berpendapat lagi bahawa, tidak semua orang mampu untuk membawakan
taranum hijaz ini dengan baik keranan mempunyai nada yang tinggi.

Daripada Bara’ Bin ‘Azib. Nabi saw bersabda :

Maksudnya :”Hiasilah al-Quran dengan suara kalian.”

Riwayat Ahmad (18788)

Tarannum merupakan istilah yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Sabda Baginda :

)‫ (رواه البخارى‬.‫رآن‬ ٍ ِ
ِ ‫ىء ما َِأذ َن لِنَّىِب َأ ْن يَتغَىَّن بِال ُق‬ ِ
َ ِّ َ ‫َما َأذ َن اهللُ ل َش‬

2
Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan
kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

2.0 Sejarah Perkembangan Tarannum Hijaz

Hijaz merupakan nama bagi sebuah Kawasan yang terletak di negara Arab Saudi
termasuk kota Mekah dan kota Madinah (Nik Jaafar bin Nik Ismail,2012) . Dasar
kepada nama ini adalah bersandarkan kepada qari-qari Hijazi yang mempopularkan
alunan taranum ini mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir
tandus yang berbukit bukau. Ahli Qura’ yang hidup di kawasan lembahan nil yang
begitu subur menghijau telah pun mengubah suai tarannum Hijaz mengikut budaya
bangsanya.

3
3.0 Banding Beza Tarannum Hijaz dan Tarannum Nahawand

3.1 Sifat-Sifat Tarannum Hijaz

Terdapat 5 sifat hijazi yang digariskan oleh Nik Jaafar bin Nik Ismail (2012),
antaranya ialah mempunyai gerak lembut tetapi berkesan, mempunyai ketegasan
pendorong semangat, mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan,
mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tabaqat dan mempunyai kesesuaian
dengan ayat yang menunjukkan perintah, tegah atau marah. Justeru itu, qari dan
qariah yang mempunyai suara lantang dan tinggi amat sesuai untuk bawakan
tarannum ini. Sebagai contoh, alunan tarannum ini sering digunakan dalam azan yang
dikumandangkan. Namun begitu, bagi sifat-sifat tarannum Nahawand pula yang
mempunyai gerak yang ringan, lemah lembut dan mengharukan yang alunannya lebih
sesuai dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon, mencerita (Nik Jaafar,2012)
serta menunjukkan kegembiraan dan kesedihan (Mohd Ali, 2015).

3.2 Peranan Tarannum Hijaz dan Tarannum Nahawand

Terdapat beberapa peranan tarannum Hijaz antaranya adalah untuk memberikan


tenaga kepada tarannum yang dibaca selepasnya. Namun, bagi tarannum Nahawand
adalah untuk melembutkan bacaan al-Quran. Kedua, menjadikan sesebuah
persembahan bacaan al-quran itu lebih lancar dan fasih. Seterusnya, dapat memberi
kepuasan dan kekhusyukan kepada pembaca dan pendengar. Di samping itu, memberi
semangat kepada sesuatu persembahan bacaan al-quran. Akhir sekali, peranan
tarannum Hijazi adalah untuk menyampaikan mesej ayat yang dibaca kepada
pendengar secara tegas dan berkesan. Melihat kepada sisi peranan tarannum
Nahawand pula yang lebih kepada untuk melahirkan kemukjizatan al-Quran dari
sudut bacaan (Nik Jaafar,2012).

4.0 Rumusan

4
Ilmu Tarannum sudah mula menapak di bumi Malaysia sekian lamanya. Namun hal
yang demikian, sejarah pengajian Al-Quran dan Tarannum mula berkembang di
kepulauan Tanah Melayu sejajar dengan kemunculan pedagang dan pendakwah Arab
pada kurun ke-sepuluh hingga ke-lima belas Masihi (Nik Jaafar,2012). Sehingga hari
ini, ilmu ini terus berkembang dan melahirkan lebih ramai perintis dalam setiap
bidang ilmu.

Sebagai murabbi yang perlu membentuk peribadi murid, adalah penting untuk
menguasai kepelbagaian ciri dan sifat dalam semua jenis tarannum agar dapat
memberi satu kesan signifikan dalam diri murid dalam mengimplementasi kaedah
pembacaan al-Quran secara bertarannum pada hari yang mendatang. Kepelbagaian
ciri dan sifat ini menjadikan tarannum sebagai sebuah tarannum yang unik yang
menjadikan sesuatu persembahan itu kedengaran dan kelihatan bertenaga.
Kesimpulannya, Tarannum hijaz berfungsi dalam menghidupkan sesuatu bacaan serta
meninggalkan kesan yang mendalam kepada para pendengar.

5
RUJUKAN

Hadith

Mohd Ali Abu Bakar (2015). Seni Lagu Al-Quran di Malaysia. Darul Fikir: Kuala Lumpur

Mohd Zaini, Z., Adnan, M. Y. & Norakyairee, M. R. (2018). Seni Tarannum Al-Quran.
Penerbit USIM: Negeri Sembilan.

Muhammad Lukman, I., Mohd Yakub@Zulkifli, M. Y., & Mustaffa, A. (2012). Pro dan
kontra tarannum di dalam tilawah al-quran: satu kajian perbandingan. Proceedings:
The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, (1963), 29–44.

Nik Jaafar Nik Ismail (2012). Buku Qawaid Tarannum; Cara Berlagu. Darul Fikir: Kuala
Lumpur

You might also like