Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

 

                                                                     

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
FASA 1
(PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA)

TARIKH:

JUN 2020

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN TRIANG

ANJURAN:

PERTUBUHAN KOMPAS NEGERI SEMBILAN BERSAMA PPD


JELEBU
1.0     PENDAHULUAN
Pertubuhan KOMPAS Negeri Sembilan bersama PPD Daerah Jelebu akan melaksanakan
program pendidikan keselamatan jalan raya secara berterusan dalam kalangan pelajar sekolah
bagi membentuk budaya selamat seterusnya melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya
yang berhemah.

Program pendidikan dan warden trafik sekolah itu antara langkah untuk meningkatkan
kefahaman pelajar yang berhadapan dengan risiko tentang bahaya yang ada di jalan raya. Ia turut
membentuk murid agar lebih berdisiplin semasa di jalan raya sebenar melalui ketetapan laluan
tertentu, pengenalan tanda tertentu dan warna tertentu di persekitaran sekolah.

Di samping itu, persekitaran sekolah yang cantik, kemas dan menarik akan meningkatkan
proses kemenjadian murid. Hal ini disebabkan oleh kewujudan persekitaran yang kondusif dan
teraputik.

Sehubungan itu, kami Pertubuhan KOMPAS Negeri Sembilan ingin mengajurkan


Program Keceriaan Sekolah untuk semua sekolah di Daerah Jelebu dengan memfokuskan
aspek Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bagi merealisasikan dasar dan falsafah keselamatan
jalan raya iaitu Wawasan Sifar Kematian Jalan Raya yang merangkumi segala aspek
keselamatan termasuk pemandu, kenderaan, infrastruktur jalan dan keselamatan persekitaran ke
arah mencapai sifar kes kematian atau kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya. Dan
dalam masa yang sama membantu meningkatkan kemenjadian murid dan disiplin murid dalam
persekitaran yang memberangsangkan mereka untuk belajar dengan penuh keselesaan.
2.0  OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan nilai-nilai baik dan amalan
keselamatan di jalan raya.
2.2 Menggunakan nilai-nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya setiap kali
menggunakan jalan raya demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
2.3 Berkongsi pengetahuan berkaitan nilai-nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya
dengan orang-orang terdekat serta mempengaruhi mereka untuk menggunakan nilai-nilai
baik dan amalan keselamatan apabila berada di jalan raya.
2.4 Membentuk murid yang berdisiplin melalui penetapan laluan, tanda dan warna
tertentu di persekitaran sekolah.

3.0   TEMPAT
Semua Sekolah di Daerah Jelebu

4.0  TARIKH DAN MASA


Tarikh : 24 Jun 2020
Masa : 8.00 hingga 12.30 tengahari

5.0  PENGLIBATAN
Semua Sekolah Daerah Jelebu

6.0  JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penasihat : PPD Jempol Jelebu

Jawatankuasa pelaksana
Pengerusi : Dato’ Anuar Bin Rashidin
(Pengerusi Pertubuhan Gabungan Gerak Harapan)
Naib pengerusi : Pn. Rozita Bt Othman @ Ali
(Guru Besar SK Triang)
Pn Fazilah Binti Jaafar
Encik Zulkifli Bin Ismail
Penyelaras Program : Pn. Shafinez Binti Hussein

Ahli Jawatankuasa
AJK Makanan : En. Hidayat Bin Abdul Ghani
(Ketua Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan)
AJK Peralatan : En. Abdul Hafidz Bin Abdul Malek
(Ketua Jawatankuasa Keselamatan dan Kecemasan)
AJK Disiplin : En. Maslan Bin Mohamad Yusof
(Ketua Jawatankuasa Kesihatan dan Rawatan)
AJK Kebajikan : Pn. Norlelah Binti Mohd Noor
(Ketua Jawatankuasa Kebajikan)
7.0    SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

8.0   PENUTUP
Semoga dengan perlaksanaan program ini akan meningkatkan kesedaran murid tentang
keselamatan jalan raya.

Disediakan Oleh :
…………………………………….
(Shafinez Hussein)

You might also like