Minit Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah Bil 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LUI

43100 HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER BIL 1/ 2022

Hari: RABU
Tarikh: 30 MAC 2022
Masa: 4.00 PETANG
Tempat: GOOGLE MEET

KEHADIRAN:
BIL NAMA JAWATAN
1 En Muhamad Ismadi Bin Hj Damsuki Guru Besar
2 Cik Hariati binti Yusoff @ Idris Penolong Kanan Pentadbiran
3 Pn. Azizah Bt Aziz Penolong Kanan HEM
4 En. Ahmad Sabli Bin Shaari Penolong Kanan Kokurikulum
5 Pn. Siti Masayu Bt Sikh Md Ariff
6 Pn. Siti Nur Hafezah Bt Ithnin
7 Pn. Noor Azizah Bt Muhamad Noor
8 Pn. Zaiton Yahya
9 Pn. Rodziah Bt Ahmad
10 Pn. Siti Nurina Bt. Abdullah
11 Pn. Siti Surita Bt. Omar
12 Pn. Noor Fadzlina Bt. Sulaiman
13 En. Syed Muhd Zahinyr B. Syed Abdul Rahim
14 En. Mohd Hisham B. Jaafar
15 En. Faizol B. Badrol
16 En. Shaiful Nizam B. Abd Rashid
17 En. Ku Ismail B. Tuan Yaacob
18 Pn. Norazmi Bt. Kamaruzaman
19 Pn. Jamatol Saadiah Bt. Tazaruddin
20 Pn. Che Gayah Bt. Che Ali
21 Cik Adibah Aqilah Bt. Mohammad Adib
22 En. Ainal Aidil Asyraf B. Abu Bakar
23 Pn. Nooradila Bt. Abd Samat
24 Pn. Puvneswari a/p Ratha Krishnan

1
25 Pn. Munira Bt Daud
26 Pn. Nyai @ Mariani Bt Ujud
27 Pn. Noraliza Bt. Naharudin
28 En. Mohamad Faizal bin Mohamad Hashim
29 En. Aluwi B. Md Yasin
30
31.
32.

TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN)


BIL NAMA JAWATAN
1

URUSETIA/SETIAUSAHA
Cik Adibah Aqilah Bt. Mohammad Adib

AGENDA:
1. Ucapan aluan pengerusi
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
3. Perkara berbangkit
4. Perkara baharu
5. Hal-hal lain
6. Ucapan penangguhan

Ucapan Aluan Pengerusi


En. Muhamad Ismadi bin Hj Damsuki mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
mengikuti mesyuarat menggunakan aplikasi Google Meet.

Ustaz Faizol dijemput untuk membacakan doa sebelum mesyuarat diteruskan.

2
1. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Pusat Sumber Bil 4/2021

1.1 Pn. Che Gayah Bt Che Ali mencadangkan agar minit mesyuarat Bil.3/2020 disahkan.
1.2 Disokong oleh Pn. Noraliza Bt Naharudin.

2. Perkara Berbangkit
2.1 Puan Rodziah juga memaklumkan bahawa jadual waktu NILAM telah diedarkan dan
ditampal dalam setiap kelas.

2.2 Puan Rodziah juga menyeru agar guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan
Bahasa Inggeris (BI) untuk memastikan semua murid mempunyai buku
NILAM. Bagi murid yang tidak mempunyai buku NILAM disarankan untuk
membeli buku tersebut di perpustakaan dengan harga RM 2.50 sen.
Makluman
2. Perkara Baharu
2.1 Pengurusan Buku Nilam
2.1.1 Puan Rodziah memaklumkan bahawa guru mata pelajaran BM dan BI ataupun
guru kelas untuk sentiasa mengingatkan murid-murid untuk mengumpul buku
NILAM di dalam kelas untuk mengurangkan kes kehilangan buku
NILAM serta memudahkan urusan pengumpulan data dibuat .
2.1.2 Selain itu, Puan Rodziah turut menegaskan agar guru yang terlibat sentiasa
memastikan murid-murid mencatat bacaan yang telah dibuat kerana setiap bulan
data bacaan murid akan direkodkan.
2.1.3 Guru mata pelajaran BM dan BI turut diingatkan untuk mengisi data NILAM
secara telus dimana guru tersebut perlu mengisi sendiri dan tidak membenarkan
murid mengutip dan mengisi data tersebut.

Tindakan : Guru Kelas & Guru BM & BI

3
3.1 Perlaksanaan Program NILAM
3.1.1 Bagi tahun ini, Puan Rodziah telah menyediakan kotak buku cerita di pusat
sumber untuk diagihkan kepada kelas-kelas bagi memudahkan program
NILAM dilaksanakan meskipun murid tidak dibawa ke pusat sumber.
3.1.2 Disamping itu, murid-murid juga boleh teruskan membaca buku secara online
di rak buku maya dirumah.
Tindakan : Guru Kelas & Guru BM & BI

3.2 Aktiviti Pusat Sumber Sekolah (PSS)


3.2.1 Bicara Buku
3.2.1.1 Sekolah kita akan menghantar dua orang murid untuk mewakili sekolah
untuk Pertandingan Bicara Buku peringkat daerah.

3.2.2 Pemilihan Tokoh NILAM Sekolah


3.2.2.1 Pemilihan Tokoh NILAM peringkat sekolah akan berlangsung pada
bulan Jun.
3.2.2.2 Pemilihan tersebut akan melibatkan dua orang murid Tahun 5 bagi
kategori NILAM Bahasa Melayu dan kategori NILAM Bahasa
Inggeris.

3.2.3 Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS)


3.2.3.1 Puan Rodziah memaklumkan minggu PSS akan dilangsungkan pada
hujung bulan April.
3.2.3.2 Semua ketua panitia akan dilibatkan dalam menjayakan minggu PSS.
Makluman

4
3.2.4 Kelas NILAM terbaik
3.2.4.1 Pertandingan Kelas NILAM terbaik akan diumumkan dua kali setahun
iaitu pada pertengahan tahun dan pada akhir tahun. Pertandingan ini
diambil kira jumlah pembacaan kelas terbanyak.
Makluman

3.2.5 Pertandingan Sudut NILAM


3.2.5.1 Semua guru kelas perlu mewujudkan Sudut NILAM di dalam kelas
masing-masing.

Tindakan: Semua Guru Kelas

3.2.5.2 Pemenang Sudut NILAM terbaik akan dibahagikan kepada dua iaitu
tahap satu dan tahap dua.
Makluman
3.2.6 Pengawas PSS
3.2.6.1 Puan Rodziah mengingatkan guru-guru agar membenarkan pengawas
PSS yang bertugas untuk keluar rehat 10 minit lebih awal.

Tindakan: Semua Guru

Laman web PSS


3.2.6.2 Puan Rodziah turut mengalu-alukan rakan guru untuk menggalakkan
murid-murid tetap terus untuk melayari laman web yang disediakan.

Tindakan: Semua Guru

4. Hal-hal Lain

4.1 Cik Hariati memaklumkan markah SPLKPMG2 akan disimpan dua kali setahun.

4.2 Cik Hariati juga menggalakkan guru-guru sentiasa memastikan proses pengajaran di
dalam kelas ceria dan menyeronokkan. Beliau juga berharap guru-guru

5
mengimplementasikan unsur-unsur kecindan semasa proses PdPC
berlangsung.

4.3 Cik Hariati mengingatkan agar guru-guru menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) CUP 3 dan memasukkan item TS25.

Makluman

4.4 Tuan guru besar memaklumkan bahawa waktu pulang guru-guru adalah 10 minit setelah
waktu pulang murid-murid mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

4.5 Ustaz Faizol menyatakan bahawa projek pembinaan surau sekolah akan diteruskan
seperti yang dirancang.

Makluman

5. Ucapan Penangguhan

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan komitmen semua guru.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:20 petang dengan tasbih Kaffarah dan
Surah Al- as.

Disediakan Oleh :
ADIBAH AQILAH BINTI MOHAMMAD ADIB
SK SUNGAI LUI
30 MAC 2022
https://meet.google.com/mvo-wbxr-zin

You might also like