Kertas Kerja

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN,

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


DAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM
INDAH

KERTAS KERJA

PROJEK KOMUNITI

PROGRAM PEMERKASAAN
PEMBELAJARAN ABAD KE-21

TARIKH : 31 JUN 2022


HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI – 1.00 PETANG

Tempat

SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM INDAH

1.0 PENDAHULUAN
Maklumat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) (SDG) merupakan 17
matlamat yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menjamin
pembangunan dan kemaslahatan manusia dan bumi. SDG yang keempat iaitu Pendidikan
Berkualiti membawa maksud menjamin pendidikan yang menyeluruh dan ekuiti serta
menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada semua manusia. Pendidikan
merupakan kunci kepada pembangunan negara yang lestari. Kemahiran berfikir dengan
kreatif dapat melahirkan generasi yang mampu menjana idea untuk memantapkan serta
menaiktarafkan kemudahan dan struktur pendidikan bagi memastikan SDG 4 dapat
dicapai di seluruh dunia. Kerajaan Malaysia telah merancang pelan strategik yang
berjangka panjang untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara melalui pelaksanaan
transformasi pendidikan yang menyeluruh. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk
menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah
melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014. Terdapat
beberapa elemen kemahiran abad ke-21 yang diperlukan dalam dalam pekembangan
pendidikan terkini bagi mendorong pelajar supaya dapat menjadi seorang yang lebih
berdaya saing. Antaranya ialah, kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian
masalah, komunikasi dan kolaborasi, literasi maklumat, literasi teknologi, maklumat dan
komunikasi, fleksibiliti dan mempunya keupayaan menyesuaikan diri, berinisiatif dan
mempunyai haluan diri, kemahiran sosial dan antara budaya, produktiviti dan
akauntabiliti serta kempimpinan dan tanggungjawab. Projek komuniti ini akan
memfokuskan elemen kreativiti dan inovasi serta pemikiran kritis dan penyelesaian
masalah dalam kalangan pelajar.
Kesemua elemen ini kreativiti penting bagi meransang kebolehan penghasilan idea baru
atau kreatif dan mengaplikasikan kreativiti dengan mempraktikkan idea yang dihasilkan.
Kesemua elemen ini mampu menjadikan pelajar lebih matang dan bersifat objektif
dalam membuat penilaian dan keputusan yang baik.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini disediakan bagi melengkapkan kerja kursus PGA 103: Guru, Sekolah dan
Masyarakat yang merupakan subjek teras bagi pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
Sehubungan itu, pelajar yang terdiri daripada 30 orang dibentuk sebagai satu kumpulan
berganding bahu untuk melaksanakan projek komuniti yang melibatkan 60 orang pelajar
darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Program yang mengandungi modul ini
dilengkapkan untuk melakukan pemerhatian ke atas pelajar yang terlibat bahawa mereka
akan diterapkan elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21.
Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat tidak terkecuali daripada melibatkan diri
dalam beberapa aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah
kemahiran-kemahiran tertentu yang terdapat dalam diri pelajar sejajar dengan elemen-
elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memastikan aktiviti yang dijalankan dapat mengasah kemahiran pelajar dalam
kemahiran-kemahiran tertentu.
3.2 Merangsang kemahiran pembelajaran Abad Ke-21 dalam kalangan pelajar darjah 6
SK Bertam Indah
3.3 Memupuk kemahiran pembelajaran Abad Ke-21 dalam kalangan pelajar darjah 6 SK
Bertam Indah
3.4 Menjelaskan keberkesanan/refleksi kepada pelajar yang terlibat berkaitan penerapan
elemen yang terkandung dalam kemahiran Abad ke-21
3.5 Menghuraikan kesan langsung terhadap kalangan pelajar selepas diterapkan elemen
yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 melalui aktiviti yang dijalankan

4.0 RASIONAL PROGRAM

Program ini dijalankan adalah untuk memenuhi tugasan subjek ini disamping memberi
pendedahan kepada para mahasiswa dan para pelajar mengenai kepentingan elemen-
elemen yang terdapat dalam pembelajaran abad ke-21 dalam membentuk modal insan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menerangkan tentang kepentingan pembelajaran
abad ke-21 kepada pelajar. Antara sasaran elemen-elemen yang terkandung dalam
kemahiran abad ke-21 adalah:

o Melatih pelajar berfikiran kritis dalam melakukan sesuatu perkara.


o Memastikan setiap pelajar mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
dengan baik.
o Meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu
memanfaatkan segala sumber yang sedia ada untuk menghasilkan pelbagai idea yang
mendatangkan faedah kepada pelajar, keluarga, sekolah, masyarakat dan juga negara.
Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar supaya dapat
melatih kemahiran berkomunikasi dengan baik dalam diri pelajar. Program ini juga
membenarkan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir seperti menjana idea yang
bernas dan mereka cipta. Rasionalnya program ini adalah untuk memberi pendedahan
kepada pelajar tentang kelebihan penguasaan elemen-elemen yang terkandung dalam
kemahiran abad ke-21.
5.0 KEPENTINGAN PROGRAM

1. Memahami dan mendalami elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad


ke 21.
2. Dapat berfikir secara kreatif dalam mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah.
3. Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih
praktikal sama ada di dalam atau di luar sekolah
4. Mewujudkan pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan rasional dalam membuat
keputusan.
5. Memberi pendedahan kepada para pelajar betapa pentingnya pendidikan bagi
manusia terutamanya di negara yang masih membangun.
6. Dapat berfikir dengan kreatif untuk memindahkan informasi yang sedia ada kepada
satu persembahan atau pembentangan yang mudah difahami oleh orang ramai.
7. Dapat melihat perkara pada sudut yang berlainan untuk menjana idea baharu.
8. Memberi peluang kepada pelajar untuk membebaskan fikiran mereka daripada
dibelenggu had dan peraturan
9. Meningkatkan kebolehan berucap dan bercakap di depan orang awam untuk
menyampaikan sesuatu maklumat.
10. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.
11. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dan seterusnya perkembangan intelek mereka.

6.0 SASARAN

Pihak perancang program menyasarkan 60 pelajar untuk mengambil bahagian dalam


program ini. Pelajar yang disasarkan termasuk pelajar Darjah 6 dari SK Bertam Indah,
SPU.

7.0 BUTIRAN PROGRAM

7.1 Tarikh : 26 JUN 2020 (JUMAAT)

7.2 Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang

7.3 Tempat : Dewan Utama Pelajar Sekolah Kebangsaan Minden Heights


8.0 JUMLAH PERBELANJAAN
Perbelanjaan yang digunakan oleh kumpulan kami adalah sebanyak RM 146.30.
Kumpulan kami telah berjaya mengumpul perbelanjaan tersebut yang ditampung sendiri
oleh setiap ahli kumpulan kami. Jadi, projek ini mendapat kos perbelanjaan yang
mencukupi.

Perkara Kuantiti Harga Jumlah


(unit × harga)

Peralatan Kumpulan 1 3 aktiviti x RM 30 = RM 90.00 RM 270.00


Aktiviti
Kumpulan 2 3 aktiviti x RM 30 = RM 90.00

Kumpulan 3 3 aktiviti x RM 30 = RM 90.00

Hadiah Hamper: RM 420.00


Peserta ∙ Tempat Pertama 3 kumpulan × RM 30 = RM 90.00
. Tempat Kedua 3 kumpulan x RM 20 = RM 60.00
. Tempat Ketiga 3 kumpulan x RM 10 = RM 30.00

Cenderamata: 60 orang × RM 4 = RM 240.00


∙ Peserta: 20 orang

Makanan 60 peserta 91 orang x RM 6 = RM 546 RM 546.00


Peserta
30 pelajar USM

1 pensyarah

Jumlah Perbelanjaan RM 1236.00


9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT PROJEK
DR. NOR ASNIZA BINTI ISHAK

PENGARAH PROJEK 1
MUHAMMAD AIDIL IKQMAL BIN SHARUDIN

PENGAHARH PROJEK 2
MUHAMMAD AIZAT BIN AHMAD NASIM

TIMBALAN PENGARAH PROJEK


PUTERI NASIHAH BINTI WAN MOHD NORRIZAN
WAN MUHAMMAD ASRAF BIN WAN TAJU RAHIM
NURFITRAH BINTI CHE YUSOFF

SETIAUSAHA PROJEK
SARAH BINTI MOHD FERDAUS
MUHAMMAD AIMAN BIN JALALUDDIN

BENDAHARI
MUHAMMAD AKMAL SIDDIQ BIN NOOR AZIDIN
MOHAMMAD NAZRY BIN NASMANI

AJK PENGURUSAN AKTIVITI


AZHAM BIN JA’FAR

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABDUL KADIF

STANLEY QUAH
MOHAMAD IQBAL FAHMI BIN KASIM
MOHAMED AZRIN BIN SAMAH
SITI KHADIJAH BINTI MOHD NASIR
NUR HANIEYZURA AISYA BINTI AZMAN

AJK PENDAFTARAN & CENDERAHATI


NUR ZAHIRAH AQILAH BINTI MOHD PAUZI
NOR FARHANA BINTI MOHD NOOR HAKIM

MUHAMMAD ZAIM SYAKIR BIN HAIRANI

WAN MUHAMMAD MUZAKKIR BIN WAN MANSOR


ARISYA ILYANI BT WAHI
DARVINAA A/P NAVA RETHNAM
AJK TEKNIKAL/LOGISTIK
MUHAMMAD AMIRUN BIN ALI

SAID AHMAD ZUHRI BIN KAMIL

MUHAMMAD AMSYAR BIN MOHD RADZI


FATEN AISYAH BINTI AB HALIM

AJK MEDIA
MUHAMMAD ALI HAKIM BIN CHE LAH
MUHAMAD ASWIN BIN RAHMAN
MUHAMMAD SHAH RIZAL BIN NANYAN

5
10.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Perkara Tempat

8.00 - 8.30 Pendaftaran peserta Dewan utama


pagi o Pengisian Borang Soal Selidik SKBI
Majlis pembukaan
o Nyanyian lagu Negaraku
o Bacaan doa
o Ucapan alu-aluan
o Penerangan mengenai perjalanan program
dan SDG 4
o Taklimat ringkas tentang objektif dan matlamat
program

8.30 – 10.00 Ice Breaking Dewan utama


pagi o Pembahagian kumpulan SKBI
o Sesi suai kenal bersama fasilitator

Aktiviti Kumpulan 1,2,3 (Berjalan


Serentak)

10.00 - 11.30 Ice Breaking Dewan utama


pagi o Pembahagian kumpulan SKBI
o Sesi suai kenal bersama fasilitator
o
Aktiviti Kumpulan 1,2,3 (Berjalan Serentak)

11.30-11.45 REHAT Dataran SKBI


pagi

11.45 - 1.15 tgh Ice Breaking Dewan utama


o Pembahagian kumpulan SKBI
o Sesi suai kenal bersama fasilitator
Aktiviti Kumpulan 1,2,3 (Berjalan Serentak)

1.15 - 1.45 tgh Majlis Penutup Dewan utama


o Sesi penyampaian hadiah SKBI
o Sesi bergambar
o Makan tengahari

11.0 PENUTUP

Dengan ini, adalah diharapkan agar program ini akan dapat berjalan dengan lancar dan
mencapai matlamatnya. Kerjasama daripada BHEPA dan pihak dari sekolah dipilih
amatlah dihargai untuk kelancaran program ini agar dapat membantu semua pihak
terutamanya untuk murid meningkatkan kemahiran abad ke-21. Projek ini akan
dikendalikan untuk memenuhi skop tugasan yang digariskan dalam Kursus PGA 103
(Guru, Sekolah dan Masyarakat).

Disediakan oleh :

…………………………………
(MUHAMMAD AIDIL IKQMAL BIN SHARUDIN)
PENGARAH PROJEK PROGRAM PEMERKASAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Disemak oleh :

…………………………………
(DR. NOR ASNIZA ISHAK)
PENASIHAT PROJEK PROGRAM PEMERKASAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Disokong oleh :

…………………………………
(EN. NORAZRIN ABDUL RAZAK)
GURU BESAR
SK BERTAM INDAH

Disokong oleh :

…………………………………
(PROF. MADYA DR. RAHIMI CHE AMAN)
DEKAN
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

You might also like