Ciri-Ciri Pentaksiran

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

1.

Jelaskan maksud kesahan , dan kebolehpercayaan dengan memberikan conoth yang


bersesuaian.

Kesahan merujuk kepada takat mana suatu ujian boleh mengukur apa yang sepatut diukur, iaitu,
takat mana ujian itu memenuhi objektifnya. Kita akan tanya soalan, “Adakah ujian itu mengukur
apa yang ia sepatutnya diukur?”

Kesahan juga boleh diertikan sebagai;


i) merujuk kepada kesesuaian interpretasi keputusan sesuatu ujian atau alat penilaian
untuk satu-satu kumpulan individu, bukan alat itu sendiri.
ii) merupakan suatu anggaran darjah. Ia paling sesuai dianggap dalam bentuk kategori-
kategori yang menentukan darjah, seperti kesahan tinggi, kesahan sederhana dan
kesahan rendah.
iii) spesifik terhadap kegunaan tertentu atau interpretasi. Tiada ujian yang sah untuk semua
tujuan.

Sebagai contoh, keputusan-keputusan suatu ujian matematik mungkin mempunyai


darjah kesahan yang tinggi dalam menentukan kemahiran komputer, satu
darjah kesahan yang rendah untuk penaakulan matematik dan darjah kesahan yang
sederhana untuk meramalkan kejayaan dalam seni atau muzik.

kebolehpercayaan pula merujuk kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang
ditadbir pada masa yang berlainan.

Sebagai contoh, seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian Matematik dan kemudian
memperoleh markah yang sama apabila ujian yang sama ditadbirkan selepas seminggu. Dalam kes
ini, ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

sifat kebolehpercayaan.
i) kebolehpercayaan merujuk kepada keputusan yang diperolehi dengan satu instrumen
penilaian, bukan kepada instrumen itu. Adalah sesuai untuk menyatakan bahawa
kebolehpercayaan “skor ujian” atau “ pengukuran” daripada “ujian” atau “instrumen”
ii) satu anggaran kebolehpercayaan sentiasa merujuk kepada ketekalan tertentu. Skor-skor
ujian boleh dipercayai pada tempoh-tempoh masa yang berlainan terhadap sampel
soalan yang berlainan, pelbagai pemeriksa dan sebagainya.
iii) kebolehpercayaan adalah satu keperluan tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk
kesahan. Satu ujian yang memberi keputusan yang tidak konsisten tidak mungkin
merupakan maklumat sah tentang prestasi yang diukur. Pada satu pihak yang lain,
keputusan-keputusan ujian yang konsisten mungkin mengukur sesuatu yang salah atau
digunakan dalam cara yang tidak sesuai. Akhirnya, kebolehpercayaan ujian mudah
dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti emosi, tempat ujian, situasi sekitar, kesihatan,
masa dan keselamatan item ujian.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan "keobjektifan" dalam pentaksiran?

Keobjektifan dalam pentaksiran merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi
memberi keputusan yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang dperolehi tidak
dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa. Untuk ujian bilik darjah yang dibina oleh
guru-guru, keobjektifan memainkan peranan penting.

Contohnya, satu ujian yang mempunyai keobjektifan yang tinggi merujuk kepada takat mana
pemeriksa memberi markah yang sama kepada kertas jawapan ujian yang berlainan dengan
jawapan –jawapan yang sama berdasarkan peraturan memberi markah. Jika keadaan sebegini,
ujian tersebut dikatakan sebagai mempunyai keobjektifan yang tinggi.

Ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana pemeriksaan tidak
dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi pemeriksa. Manakala, ujian subjektif
mempunyai keobjektifan yang rendah kerana skor yang diberi mungkin akan berbeza daripada
seorang pemeriksa dengan yang lain walau pun mereka diberi kertas jawapan yang sama.

Oleh yang demikian, bagaimanakah kita boleh cuba mempastikan keobjektifan dalam ujian
subjektif? Ini boleh dilakukan dengan menyedia dan membekalkan peraturan memberi markah
untuk digunakan oleh semua pemeriksa bagi sesuatu ujian berkenaan. Tambahan pula, pemeriksa
boleh dilatih dan moderasi pemarkahan dilaksanakan untuk mengurangkan perbezaan dalam skor
yang diberikan oleh mereka.

3. Bagaimanakah guru dapat memainkan peranan dalam mentadbir dan mentafsir pentaksiran di
sekolah?

Dalam pelaksanaan pentaksiran di sekolah, guru perlu memerhati beberapa perkara beikut;

i) Kebolehtadbiran

- merujuk kepada pelaksanaan ujian-ujian dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan dengan
lancar. Ini bermaksud ujian yang ditadbir harus memenuhi syarat-syarat dan keperluan
untuk pengujian. Dalam perkataan lain, ia harus praktikal dan boleh diurus dengan mudah.

Faktor- Faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran


• Mudah dalam pentadbiran. Ini bermaksud arahan yang jelas dan mudah serta tempoh masa
ujian perlu diberi perhatian. Ia merangkumi penyediaan dewan peperiksaan secara sistematik dan
berkesan, pengagihan kertas peperiksaan, pengawasan dan pengumpulan kertas peperiksaan
serta kertas jawapan
• Masa yang diperlukan untuk pentadbiran. Jika kita hendakkan pengukuran yang boleh
dipercayai dalam bidang yang diliputi, kita perlu tingkatkan masa pengujian kerana
kebolehpercayaan berkait secara langsung dengan panjangnya ujian.
• Kos pengujian

ii) Kemudahtafsiran

ujian merujuk kepada takat mana keputusan ujian diinterpretasikan agar ia memberi maklumat
yang jelas berdasarkan objektif penilaian. Ini bermaksud bahawa keputusan ujian harus boleh
dikumpul dengan mudah dan diinterpretasikan untuk memberi satu gambaran yang jelas tentang
perkara-perkara berikut:

· Pencapaian pelajar dalam kelas


· Kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar
· Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
· Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan mengajar yang digunakan
· Kesesuaian aras kesukaran item ujian

Secara mudahnya, ini bermaksud markah yang diperolehi dapat ditukar kepada data statistik
seperti min, sisihan piawai dan skor piawai dengan mudah. Barulah ujian dianggap sebagai
mempunyai kebolehtafsiran yang tinggi atau kemudahtafsiran. Kejayaan atau kegagalan suatu
program pengujian ditentukan oleh kegunaan pentafsiran daripada keputusan ujian. Jika ia ditafsir
dengan betul dan diaplikasikan secara berkesan, ia akan menyumbang ke arah keputusan-
keputusan pendidikan yang bijak. Manakala, jika keputusan ujian ditafsir secara tidak tepat, ia
kurang bernilai dan mungkin menjejas individu-individu atau kumpulan-kumpulan tertentu.

You might also like