Minit Mesyuarat Panitia PJPK Bil 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL


TAMAN INTAN
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN TELEFON: 04-4244977
FAX : 04-4257844
KBA3043@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT PANITIA PJPK BIL 3 /2022

Tarikh : 18.10.2022 (Selasa)


Masa : 1.30 ptg
Tempat : Dewan Ilmu Al-Khawarizmi SKTI

Kehadiran : En. Mohamad Roslan bin Mehat (PK Ko)


Pn. Che Roslina bt Sudin (PK HEM)
En Mohammad Amzari b Yaacob (Ketua Panitia)
Pn.Intan Azira bt. Abd Aziz (Setiausaha)
Pn Noor Haliza Bt. Mohd Rafie
En Mohd Shafik Bin Ithnin
En. Ab. Aziz b. Abbas @ Abas

Tidak hadir
Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia PJPK kali kedua ini.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru PJPK dalam
menjayakan semua aktiviti panitia sepanjang tahun 2022.

1.3 Makluman mengenai Bengkel Penjaminan Kualiti yang dirancang pada 10.10.2022 yang lalu
ditangguhkan ke 2.11.2022, hari Rabu. Kehadiran semua guru adalah diwajibkan.

1.4 Panitia PJPK diminta untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD).

1.5 Keputusan PBD akan digunakan untuk kelayakan murid Tahun 6 memohon ke Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), SekolahVokasional dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

1.6 Baki kewangan Panitia PJPK sehingga September 2022 ialah sebanyak RM 912.00

Tindakan : Makluman
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT.

3.1 Puan Intan Azira membentangkan minit mesyuarat kali kedua untuk disahkan.

3.2 Minit mesyuarat disahkan oleh Puan Noor Haliza dan disokong oleh Encik Ab Aziz.

Tindakan : Makluman

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

Tindakan : Makluman

5. ISU-ISU PENGURUSAN KURIKULUM

5.1 Analisa dan Post Mortem PPT dan PBD


5.1.1 Guru-guru boleh rujuk Analisa PBD yang telah pun dikongsi oleh Ketua Panitia di
aplikasi whatsapp. Analisa adalah mengikut tahun iaitu Tahun 1 hingga Tahun 6. Analisa
menunjukkan bilangan murid yang mendapat Tahap Penguasaan (TP) 1 hingga TP 6.

5.2 LDP / PLC

5.2.1 Merupakan LDP yang ke-2. Tajuk LDP ialah Kaedah Menghafal Anatomi Otot .

5.2.2 Guru-guru perlu memastikan murid-murid menguasai kemahiran yang diajar.

5.2.4 Guru guru perlu mengetahui kaedah Ujian SEGAK dilaksanakan dengan betul.

Tindakan : Semua guru PJPK

5.3 Program Bantu Baca


5.3.1 Semua guru Matematik terlibat dalam Program Bantu Baca. Guru-guru diingatkan
supaya mengikut jadual yang telah disediakan mengikut kumpulan masing-masing.

Tindakan : Makluman

5.3.2 Sekiranya guru-guru tidak hadir, sila maklumkan kepada Guru Penolong Kanan
Kurikulum.
Tindakan : Makluman

5.3.3 Terima kasih diucapkan kepada guru-guru PJPK yang telah sama-sama membantu
menjayakan Program Bantu Baca ini. Setelah selesai, guru-guru diingatkan untuk
menyediakan laporan berkenaan aktiviti.

Tindakan : Semua guru PJPK


5.4 Pemantauan dan Pencerapan
5.4.1 Penghantaran buku latihan murid bagi subjek PJPK adalah pada kali yang ke-3.
Guru-guru boleh merujuk kepada jadual penghantaran buku latihan yang terdapat pada
Buku Manual Pengurusan Sekolah.

4.4.2 Hantar 5 buah buku latihan murid untuk disemak kepada pentadbir bersama Borang
Semakan Buku Latihan.

4.4.3 Satu salinan Borang Semakan yang telah dikembalikan oleh pentadbir, hendaklah
diberikan kepada Ketua Panitia untuk simpanan fail.

4.4.5 Pemantauan dan pencerapan daripada pentadbir adalah merujuk kepada Buku Manual
Pengurusan Sekolah.

Tindakan : Semua guru PJPK

4.5 Pusat Sumber Sekolah (PSS) / Makmal Komputer


4.5.1 Guru-guru PJPK diingatkan supaya membawa murid ke Makmal Komputer
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Catatkan penggunaan makmal di Buku
Penggunaan yang telah disediakan serta mengisi Google Form mengikut link yang telah
disediakan.
Tindakan : Semua guru PJPK

6. AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA PJPK YANG AKAN DIJALANKAN

6.1 Bulan Sukan Negara akan dianjurkan Bersama Unit Sukan SKTI dan Panitia PJPK. Tarikh
perlaksanaan adalah pada 19 dan 20 Oktober 2022. Menyaksikan perlaksanaan aktiviti
Senam robik dan Merentas Desa peringkat sekolah. Semoga program yang dirancang ini
berjalan lancar dan Berjaya.

6.2 Ujian SEGAK akan dilaksanakan bagi murid Tahap 2, (Tahun 4, 5 dan 6). Ujian akan
dilaksanakan selama 3 hari berturut turut bermula pada 14 Nov hingga 16 Nov 2022.

7. AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA PJPK YANG BELUM DIJALANKAN

7.1 Aktviti Panitia PJPK yang belum dijalankan ialah penghasilan Lorong Sukan di tingkat
bawah bangunan Blok C. Ianya ditangguhkan untuk sementara waktu untuk memastikan
kewangan mencukupi.

Tindakan : Makluman

8. SKPMG2

8.1 Semua ahli panitia diingatkan supaya ,menghantar Borang Pencerapan Fasa 1 yang telah
siap diisi dan dicetak kepada Puan Hasni sebelum 18 Ogos 2022.

8.2 Semakan kali kedua bagi tahun 3 , 4 ,5 dan 6 telah dihantar mengikut takwim.

8.3 Semua ahli panitia diingatkan lebih peka untuk semakan buku kali seterusnya..
Tindakan : Makluman

9. LDP/PLC

9 1 .PLC kita kali seterusnya ialah ialah Pnghasilan Lorong Sukan dan ianya telah
diadakan.

Tindakan : Makluman

10. Kewangan / PCG

10.1 Ringkasan laporan kewnagan.

BIL PERKARA DEBIT (RM) KREDIT (RM)


.
1. Peruntukan PJPK 4461.81
2 Peralatan SEGAK 740
3 Pelbagai Jenis Bola 2017
4 Peralatan Skuasy 1244
5. Baki 460.81

10.2 Ketua Panitia memaklumkan baki Kewangan Panitia PJPK ialah sebanyak RM460.81 akan
digunakan untuk membeli peralatan lari berpagar mengikut sukatan pelajaran PJ Tahun 6.

Tindakan : Makluman

11. Hal-hal lain

11.1 Papan kenyataan masih lagi belum dikemaskini. Pengerusi memberi cadangan papan kenyataan
PJPK akan dikemaskini sebelum bulan Januari 2023.

Tindakan : Semua Guru PJPK

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………… ……………………………………………
(INTAN AZIRA BT ABD AZIZ) (MOHD AMZARI YAACOB)
Setiausaha Panitia PJPK, Ketua Panitia PJPK,
SK Tunku Ismail, SK Tunku Ismail,

You might also like