Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN

SEMESTER 1 (SESI 2022/2023)

PQI6002 SOSIOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN 2:

REVIEW FILEM “3 IDIOTS”

PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. FONNY DAMEATY HUTAGALUNG

NAMA NO. MATRIK

NURUL ATIQAH AMIRAH BINTI MOHD NORDIN 17068178/2

NUR SUHADAH BINTI ZAID S2161935

TEO VERN SIN 17158803

LIM JIAT SIN 17114039

SIM KING YING 17141551/2


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 TEORI FUNGSIONALISME 2-3

1. Peranan ibu bapa dan anak-anak


2. Kebergantungan pelajar kepada guru
3. Peranan pelajar dalam mengaplikasikan
pengetahuannya

3.0 TEORI KONFLIK 4-6

1. Prejudis terhadap pelajar golongan bawahan dan kurang


berpendidikan
2. Tekanan daripada ibu bapa untuk mengikut kemahuan
mereka
3. Konflik antara pelajar dengan pelajar

4.0 TEORI INTERAKSIONALISME 6-8

1. Guru menggunakan kuasanya untuk mengancam


(Simbolik: Ancaman)
2. Pertikaian terhadap kedudukan pelajar mengikut
peringkat (Simbolik: Keadilan)
3. Memberi pesan kepada rakan sekelas
(Simbolik: Kesedaran)

5.0 TEORI PASCAMODENISME 8-9

1. Gaya hidup
2. Gaya pemakaian
3. Kemajuan dalam pendidikan

6.0 KESIMPULAN 10

7.0 RUJUKAN 11
PENGENALAN

Sosiologi adalah salah satu ilmu sosial dimana objeknya ialah masyarakat. Sosiologi
mengkaji tentang masyarakat dan tingkah laku manusia untuk mengetahui dan mempelajari
keadaan-keadaan yang berlaku yang menjadi punca kepada perubahan kehidupan masyarakat.
Berdasarkan Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985),
sosiologi merupakan satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan adalah sains
sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah
masyarakat. Menurut Damsar (2011:9), konsep sosiologi pendidikan adalah mempelajari
hubungan antara masyarakat di mana ia melibatkan interaksi sosial dengan pendidikan. Dalam
hubungan tersebut dapat dilihat bagaimana masyarakat mempengaruhi pendidikan.

Pendekatan kajian yang di diaplikasikan dalam sosiologi pendidikan terbahagi kepada


dua iaitu pendekatan makro dan mikro. Pendekatan makro melibatkan teori fungsionalisme dan
teori konflik manakala pendekatan mikro berkait rapat dengan teori interaksionisme simbolik.
Teori sosiologi terbahagi kepada empat arus yang berbeza iaitu teori fungsionalisme, teori
konflik, teori interaksionalisme dan teori pascamodernisme. Fungsi teori sosiologi yang
berbeza ini adalah untuk menerangkan tingkah laku manusia dan membolehkan menganalisis
dan mentafsirkan masyarakat sepenuhnya. Berdasarkan filem “3 Idiots”, filem yang dipilih ini
mengandungi keempat-empat teori sosiologi yang berbeza.

Telefilem “3 Idiots”

Mengisahkan kehidupan pelajar kejuruteraan India di sebuah kolej kejuruteraan, ICE (Imperial
College of Engineering). Watak utama filem tersebut adalah Rancho bersama rakan baiknya,
Farhan dan Raju. Isu utama filem ni menekankan berkaitan tekanan sosial dalam sistem
pendidikan di India yang menuntut para pelajar untuk selalu berprestasi dan bersaing.

Quote dalam filem ini

“All Izz Well”

1
TEORI FUNGSIONALISME

Teori fungsionalisme ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan
Emile Durkheim. Mengikut teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan
sosial dan perubahan semasa. Masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma dan setiap organ
mempunyai peranan yang tersendiri. Teori fungsionalisme ini mengkaji fungsi perlakuan sosial
atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
Teori ini menyatakan bahawa setiap ahli masyarakat dan institusi dalam sesebuah komuniti
saling bergantung antara satu sama lain. Contoh yang dapat dilihat berkaitan teori
fungsionalisme dalam filem ini adalah seperti adegan berikut :

1. Peranan ibu bapa dan anak-anak

Teori fungsionalisme yang terdapat di dalam filem ini adalah ibu bapa berperanan untuk
membesarkan anak sehingga dewasa. Contohnya, ibu bapa Farhan membesarkan Farhan dan
memberi sokongan kepadanya dari segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran di Imperial
College of Engineering. Walaupun Raju Rastogi berasal dari keluarga miskin, tetapi ibu bapa
Raju Rastogi mencuba sedaya upaya untuk membesarkannya. Selain itu, teori fungsionalisme
juga dapat dilihat apabila anak berperanan untuk menjaga ibu bapa mereka. Raju Rastogi
bekerja mencari rezeki untuk menjaga ibu bapanya dan meningkatkan kualiti hidup
keluarganya apabila dia sudah habis belajar.

2. Kebergantungan pelajar kepada guru

2
Teori fungsionalisme dapat dijelaskan di mana pelajar bergantung kepada pensyarah untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan. Contohnya, Ranchoddas menghadiri kelas tahun yang lebih
tinggi dan mendapat ilmu. Pensyarah kelas tersebut telah memainkan peranannya untuk
mengajar kelasnya dengan bersungguh-sungguh. Pelajar-pelajar di universiti tersebut juga
menghadiri kelas masing-masing bagi mendapatkan ilmu. Kebergantungan ini berfungsi untuk
memastikan sosial masyarakat (pelajar, guru dan sekolah) itu bergerak. Tujuan ia adalah untuk
mencapai pertumbuhan interaksi sosial dan perkembangan taraf hidup dalam kalangan
masyarakat. Pendekatan fungsionalisme boleh disamakan seperti bahagian anggota badan yang
mempunyai peranan masing-masing dan setiap anggota itu bergantung di antara satu sama lain
untuk berfungsi.

3. Peranan pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuannya

Teori fungsionalisme juga dapat dilihat apabila ahli pakar menggunakan ilmu pengetahuan
yang dipelajari untuk membantu orang lain. Sebagai contoh, Rancho dan rakannya
mengaplikasikan pengetahuan bidang jurutera untuk menukar bateri kereta kepada kuasa dan
mencipta pump untuk menyedut bayi semasa membantu Mona melahirkan bayi. Sebagai
doktor, Pia memberi arahan kepada Ranchoddas dan Mona melalui Skype.

3
TEORI KONFLIK

Menurut Gibson (1977) konflik adalah sesuatu pertelingkahan bagi seseorang individu
dengan sesuatu perkara yang diharapkan oleh dirinya, individu lain dan sesebuah organisasi.
Hal ini demikian akan terjadi sekiranya antara dua pihak ingin memiliki kepentingan atau
tujuan tersendiri. Berdasarkan filem “3 Idiots”, teori konflik ini dapat dilihat melalui adegan di
bawah:

1. Prejudis terhadap pelajar golongan bawahan dan kurang berpendidikan

“Ujian tak akan berpengaruh kepada mereka, kerana tidak akan ada perusahaan yang akan
mengambil mereka pekerjaan, aku jamin itu !”-Virus (1:38:43)

Ketika sesi perbincangan antara guru bersama pelajar di dalam kelas berkaitan hala tuju
mereka, guru yang digelar sebagai Virus memandang remeh pelajarnya yang dirasakan tidak
pandai dan nakal. Ketika sesi perbincangan berlangsung, guru tersebut memanggil dua
pelajarnya yang bernama Farhan dan Raju datang ke depan kelas hanya untuk memperlekehkan
mereka. Guru tersebut memerli bahawa otak mereka sangat mahal kerana mereka tidak
menggunakannya. Hal ini berlaku kerana mereka bertanya soalan tentang peluang pekerjaan
jika terdapat pelajar gagal dalam ujian akhir. Beliau dengan rasa bangga mengatakan bahawa
beliau sangat yakin tiada syarikat yang akan memberikan pelajar seperti mereka pekerjaan. Hal
ini menunjukkan hakikat layanan dan sikap prejudis golongan atasan terhadap golongan
bawahan dalam dunia sebenar. Disebabkan Raju dan Farhan yang mendapat ranking terendah
dan adalah golongan bawahan, beliau meremehkan masa depan mereka. Sejajar dengan teori
konflik dalam pendidikan yang diperkenalkan oleh Max Weber, sekolah seharusnya menjadi
sebuah institusi yang berfungsi untuk mendidik pelajar tentang status budaya, memberi latihan
tentang sikap, tingkah laku, kemahiran, intelektual dan sosialisasi.

4
2. Tekanan daripada ibu bapa untuk mengikut kemahuan mereka

“Saya melabur duit saya untuk pembelajaran Farhan dan saya banyak berkorban untuk
kesenangan Farhan dimasa akan datang. Di sebabkan itu saya tak nak Farhan menjadi
photographer”-Ayah Farhan (minit 43:00)

Konflik seterusnya yang diwujudkan dalam drama 3 Idiots ini adalah konflik antara anak dan
ibu bapa. Di sebalik sifat ceria 3 Idiots ini, terdapat cerita sedih yang perlu mereka pendam dan
memilih ICE untuk menyambung pelajaran. Hal ini wujud disebabkan, ibu bapa mereka yang
tidak memahami minat dan kemahiran anak mereka. Raju dan Farhan yang dipaksa untuk
menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan supaya mendapat pekerjaan yang bagus
untuk mengubah nasib keluarga. Pada masa yang sama juga, Profesor Virus menjadi punca
anak lelakinya membunuh diri disebabkan beliau memaksa anaknya belajar dalam bidang
kejuruteraan sedangkan anaknya meminati bidang sastera untuk menjadi seorang penulis.
Dengan keadaan sedemikian, terbukti konflik yang diwujudkan oleh ibu bapa adalah sikap
mementingkan diri telah menyebabkan tekanan kepada anak-anak untuk mencorak
kehidupannya pada masa akan datang. Konflik seperti ini sangat biasa kita dengar dalam
bidang pendidikan kerana kurangnya pendedahan kepada ibu bapa tentang memahami minat
dan kelebihan anak serta merasakan diri mereka selalu betul kerana lebih meelalui cara
kehidupan yang sukar.

3. Konflik antara pelajar dengan pelajar

5
“Saya juga memberi maksud yang sama dengan dia (Chatur), cuma saya memberi maksud
yang lebih mudah sedangkan dia (Chatur) menggunakan maksud mengikut buku teks”-
Rancho (minit 14:00)

Chatur merupakan pelajar pintar di ICE tetapi hanya menghafal buku teks sedangkan tidak
mahir mengendalikannya secara praktikal berbeza dengan Rancho dan rakan-rakanya. Pada
masa yang sama, terdapat konflik antara pelajar dengan pelajar di mana sistem senioriti di kolej
ICE mewujudkan budaya sosiologi yang tidak baik dalam pendidikan kerana menjadikan
pelajar mempunyai sifat rasa berkuasa dalam perhubungan antara pelajar. Oleh itu, institusi
pendidikan perlu memantau keadaan semasa sistem yang ada di dalam persekitaran kolej
tersebut bagi mewujudkan ekosistem harmoni.

TEORI INTERAKSIONALISME

Interaksionalisme merupakan cabang dari ilmu sosiologi yang membahas tentang cara
seorang individu berperilaku dan membuat keputusan berdasarkan lingkungan individu
tersebut. Berdasarkan teori interaksionalisme yang telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji
yang Bernama George Herbert Mead (1863-1931), manusia adalah bersifat tidak pasif di mana
seseorang individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam
masyarakat. Teori ini berfokus kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh seseorang
individu yang terlibat terutama guru dan pelajar. Individu berinteraksi dengan menggunakan
simbol-simbol yang terdiri daripada tanda-tanda, isyarat dan kata-kata. Terdapat beberapa
interaksi dalam pendidikan yang dapat diketengahkan berdasarkan filem 3 Idiots.

1. Guru menggunakan kuasanya untuk mengancam (Simbolik: Ancaman)

“Ujian sudah dekat jika tetap sebilik dengan Rancho kamu berdua pasti akan gagal”-Virus

(minit 53.46)

Guru yang dikenali sebagai VIRUS telah mengirim surat kepada ibu bapa Farhan dan Raju
menyuruh anak mereka menjauhi Rancho dan memberitahu mereka bahawa Rancho mampu

6
merosakkan masa depan anak mereka. Beliau juga menyuruh Farhan dan Raju supaya
berpindah dari bilik yang mereka diami bersama Rancho. Guru tersebut cuba memanipulasi
pelajarnya dengan memberi ancaman kepada mereka

2. Pertikaian terhadap kedudukan pelajar mengikut kepandaian


(Simbolik:Keadilan)

“Kenapa harus duduk berdasarkan peringkat?”-Rancho (minit 1:22:54)

Rancho mempertikaikan kepada Virus selaku pengetua di universiti mengapa kedudukan


bergambar pelajar disusun berdasarkan peringkat yang dicapai dalam ujian. Baginya perkara
tersebut seperti penggolongan kasta. Rancho juga mencadangkan keputusan ujian tidak
dipublikkan kepada umum kerana ia hanya memperlihat kelemahan seseorang pelajar kepada
umum dan memalukan pelajar yang mendapat markah rendah dalam ujian. Ini menunjukkan
pelajar tersebut cuba berinteraksi dengan pengetua untuk mewujudkan keadilan di sekolah
tersebut.

3. Memberi pesan kepada rakan sekelas (Simbolik: Kesedaran)

“Kalian semua hanya kalut dan berlumba, apakah pengetahuanmu meningkat? Tidak, hanya
akan ada tekanan.”-Rancho (minit 41.19)

Ketika disuruh mengajar, Rancho telah menulis perkataan yang tidak wujud dalam buku dan
tidak membawa apa-apa makna. Dia ingin menyedarkan rakan sekelasnya bahawa tidak perlu
mengejar dan bersaing dalam mencari ilmu pengetahuan. Baginya, tindakan ini tidak dapat

7
meningkatkan pengetahuan malahan tekanan yang akan dirasai. Jelaslah bahawa Rancho cuba
berinteraksi dengan rakan-rakannya untuk mengubah pemikiran mereka dalam pembelajaran.

TEORI PASCAMODENISME

Menurut Kamus Dewan (1994: 914) “pasca” bermaksud selepas, sesudah atau setelah.
“Moden” pula bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara
(kaedah) baru dan mutakhir. Menurut Zakaria Stapa (1999: 144; Aminuddin Ruskam 2004: 6),
pascamoden ialah fahaman yang bersifat anti agama dan anti Tuhan kerana pascamoden ialah
lanjutan dan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden. Jika difahami dengan
mendalam lagi, Shahrom T. M. Sulaiman (2000: 165) merumuskan bahawa pascamoden adalah
dominasi budaya atau logik budaya dari budaya kapitalisme yang bermula pada Perang Dunia
kedua. Menurut Sarup (1989), jika modenisme dianggap budaya moden, maka pascamoden
ialah budaya kemodenan. Manakala Encyclopedia of Cultural Anthropology (1996)
menyatakan:

“Pascamoden ditakrifkan sebagai satu gerakan dari pelbagai sistem atau falsafah, bermula
dalam reka bentuk dan falsafah-estetik”.

Secara umumnya, teori pascamodenisme adalah satu pandangan baru tentang masyarakat yang
mengalami perubahan-perubahan yang semakin membezakannya dengan masyarakat moden
sebelumnya. Teori pascamodenisme ini dapat dilihat melalui adegan di bawah:

1. Gaya hidup

Teori pascamodenisme dapat dilihat daripada perkembangan kehidupan pelajar di universiti


tersebut. Kehidupan ketiga-tiga sahabat iaitu Rancho, Farhan dan Raju telah berubah. Masing-
masing telah berjaya dalam kehidupan walaupun sebelumnya mereka telah diremehkan. Farhan
telah berjaya mencapai cita-citanya yang selama ini diimpikan di mana Farhan menjadi seorang
jurukamera yang terkenal dan menghasilkan banyak buku berkaitan hasil kerjanya. Raju juga
mendapat pekerjaan yang bagus dan mampu menyara dan mengubah nasib keluarganya

8
manakala Rancho pula telah menjadi seorang saintis yang terkenal. Beliau telah
membangunkan sebuah sekolah yang sangat unik di mana pelajar-pelajar di sana mampu
mencipta pelbagai produk untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Jelaslah bahawa
terdapat perubahan-perubahan yang berlaku dalam diri mereka daripada sebelumnya. Mereka
mampu membuktikan bahawa mereka juga boleh berjaya walaupun sentiasa direndahkan oleh
guru mereka.

2. Gaya pemakaian

Perubahan juga ketara dari segi pemakaian pelajar-pelajar tersebut. Pemakaian yang digayakan
oleh mereka menggambarkan aspek kemodenan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih
modern jika dibandingkan dengan situasi silam mereka semasa zaman persekolahan. Mereka
kelihatan lebih matang dan lebih dewasa.

3. Kemajuan dalam pendidikan

Teori pascamodenisme juga dapat diketengahkan berdasarkan perubahan perkembangan dalam


pendidikan. Jika sebelum ini pendidikan di sekolah hanya berfokuskan kepada teori, namun
dengan ilmu yang ada, Rancho telah meningkatkan kualiti sekolah di India dengan
membangunkan sekolah yang lebih maju dan berfokus ke arah perkembangan teknologi dalam
pendidikan. Penciptaan idea-idea yang kreatif dan berguna kepada kehidupan dapat dilihat di
sekolah tersebut. Jelaslah bahawa, pendidikan telah berubah dan lebih modern daripada
sebelumnya yang hanya berfokuskan buku dan teori

9
KESIMPULAN

Filem 3 Idiots telah menampilkan 4 teori tersebut dalam sosiologi pendidikan. Filem 3
ini juga menjelaskan bagaimana hubungan antara setiap bahagian masyarakat yang terlibat dan
bagaimana ianya berfungsi serta filem ini juga telah mengambarkan bahawa konflik adalah
bahagian asas dalam kehidupan sosial dan pendidikan. Ia juga telah memaparkan teori
Interaksionisme iaitu terdapat beberapa interaksi dalam pendidikan dapat dilihat di mana
interaksi tersebut melibatkan simbolik seperti simbolik ancaman, keadilan dan kesedaran dan
teori pascamodenisme di mana budaya dan gaya hidup baru sebagai pemikiran. Pendidikan dan
sosiologi merupakan satu perkara yang sangat berkait antara satu sama lain, malah fenomena
yang berlaku dalam dunia pendidikan jelas dapat dilihat dalam filem “3 Idiots” ini.

10
RUJUKAN

Fathonah Effendy. (2016, October 17). Perkembangan Pascamodernisme. Retrieved from:


https://www.academia.edu/29226996/Perkembangan_Pascamodernisme
N Carlyn. (2022). KPS3014 - PENGURUSAN PEMBELAJARAN. Retrieved from:
https://foliokps3014-pengurusanpembelajaran.blogspot.com/2019/04/
Nur Faizah. (2013). BAB 1: PENGENALAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN.Retrieved from:
https://www.academia.edu/5006127/BAB_1_PENGENALAN_SOSIOLOGI_PENDI
DIKAN
nurulhusnajaafar. (2013). 8.5 teori interaksionisme. Retrieved from:
https://www.slideshare.net/nurulhusnajaafar/85-teori-interaksionisme
Suff Fyee. (2013). teori konflik. Retrieved from:
https://www.slideshare.net/suffioldskool/teori-konflik-15844817

11

You might also like