Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tujuan Kadet Bomba dan Penyelamat, Malaysia ditubuhkan ialah

Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan.

Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup.

Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab
kepada harta benda dan masyarakat.

Mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat,
Malaysia.

Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.

Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota Bomba dan Penyelamat sebagai kerjaya.

Keahlian

Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Menengah
Bantuan Kerajaan.

Keahlian bagi pelajar selain daripada sekolah seperti di atas adalah di bawah tanggungjawab dan
tanggungan sendiri dan perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Had Umur

Had umur adalah dari 12 tahun ke atas,

Fizikal

Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh ibu/bapa/penjaga
mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang yang telah disediakan.

Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga

Kebenaran bertulis ibu bapa/ penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi ahli. Ibu bapa / penjaga
dikehendaki mengisi dan menandatangani borang kebenaran ibubapa / penjaga.

Kelucutan Keahlian

Keahlian lucut serta merta apabila ahli kadet berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar
berdaftar di sekolah yang dinyatakan berkuatkuasa pada tarikh surat berhenti sekolah dikeluarkan.
Keahlian juga lucut apabila kadet melanggar peraturan sekolah yang menjejaskan kredibiliti Pasukan
Kadet Bomba dan Penyelamat jika didapati bersalah oleh lembaga disiplin sekolah.

Surat lucut ahli akan dikeluarkan secara rasmi kepada pelajar dan ibu bapa oleh pihak sekolah (jika
berkenaan).

Sekiranya pelajar diterima semula bersekolah, pelajar boleh mengemukakan rayuan kepada guru
penasihat pasukan kadet untuk menyertai semula pasukan di sekolah berkenaan dengan nombor
pendaftaran baru.

LAGU KADET BOMBA

Kadet Bomba bersatu

Sama berganding bahu

Pemuda pemudi harapan

Tiang negara

Jiwa raga yang murni

Tanggungjawab membantu

Di mana jua

Tetap bersedia

Menimba ilmu jaya

Demi masa hadapan

Berwawasan matlamatnya

Pastikan berjaya

Kadet bomba bersatu

Bersemangat membara

Cita-cita tersemat luhur

Gigih berusaha

Ikrar kami sahutlah

Berani beretika

Harumkan nama

Malaysia jaya ( 2X )

You might also like