Sej Dan Plan Sek

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Sejarah Sekolah.

Latar belakang sejarah sekolah Kebangsaan Maraba ini bermula pada tahun 1973 ( 08-01-1973 ).
Pengasas sekolah ini ialah Tuan Hj. Jahar bin Amba bersama-sama dengan beberapa orang penduduk kg.
Maraba, Andian, laboi dan Banting. Pada mulanya sekolah ini dipohon dalam tahun 1971 lagi, menurut
keterangan beliau pada tahun 19732 telah diluluskan hanya sebuah bangunan sahaja iaitu bangunan yang
terdapat didepan bangunan yang ada sekarang ini. Bangunan itu hanya dapat menampung beberapa orang
murid. Bangunan itu dibuat dengan secara kontrek dan seterusnya diambil alih oleh kerajaan, walaupun pada
mulanya sekolah ini dipohon sebagai sekolah sukarela rakyat. Sebab sekolah  ini dipohon, kerana ramai diantara
anak-anak mereka di kampung ini terpaksa belajar ke sekolah-sekolah yang agak jauh, walaupun di kawasan ini
terdapat banyak sekolah. Oleh itu memandangkan kepada masalah demikian permohonan telah diluluskan.
Tuan Hj. Jahar Amba pada ketika itu merupakan ketua kampong yang bertanggungjawab kepada semua anak
buahnya dan berusaha sehingga berjaya demi kepentingan semua masyarakat kampong. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada beliau.

Sejarah sekolah Kebangsaan Maraba ini telah wujud dari sejak mula dibuka ( dirasmikan ) pada 08-01-1973.
Usianya kini telah mencapai 34 tahun. Dalam usianya yang sedemikian muda, sekolah ini telah melampaui
beberapa perkembangan penting dari segi pelajaran dan pembelajaran dan telah menarik penglibatan kepada
semua lapisan masyarakat setempat dan guru-guru dari sekolah ini sendiri menerajui aktiviti-aktivitinya.

Sekolah Kebangsaan Maraba ialah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan, terletak kira-kira 22.54 km dari
Pekan Beaufort. Dari segi kedudukannya, sekolah ini sesuai kerana ia didirikan di pusat kampung. Ini
memberikan kemudahan kepada murid-murid dari kampung yang berhampiran seperti kampung Maraba,
Andian, laboi dan Banting ke sekolah. Ini merupakan satu perancangan tempat yang baik dan sesuai sekali.

Pada mulanya nama asal sekolah ini ialah sekolah rendah kerajaan Maraba, tetapi telah ditukarkan namanya
menjadi Sekolah Kebangsaan Maraba iaitu apabila Akta Pelajaran Kebangsaan dipanjangkan ke Negeri Sabah
pada bulan Januari 1977, Sejak itu bermula corak pelajaran kebangsaan di sekolah ini sebagai sebuah sekolah
bantuan kerajaan tetap tidak berubah.

Pada tanggal 8 Januari 1973 adalah kali pertama Sk. Maraba memulakan pengajarannya dengan bilangan murid
seramai 25 orang. Dalam tahun 1974 bilangan murid bertambah menjadi 34 orang murid. Sehingga tahun 1982
Sk. Maraba telah menerima kemasukan murid-murid berjumlah 161 orang semuanya dan telah menghasilkan 60
orang kelulusan Darjah Enam, seorang daripadanya telah mendapat Biasiswa Yayasan Sabah. Murid-murid di
sekolah ini terdiri dari berbagai bangsa seperti Kedayan, Brunei, bisaya dan kadazan.

Pada tahun 1973, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan ( satu bilik darjah ) sahaja yang hanya boleh
menampung satu kelas. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1975 dan memaksa murid-murid belajar dalam
keadaan bersesak-sesak dalam tiga kelas ( satu bilik ). Guru Besar, En. Ismail Md. Yassin ketika itu dengan
kerjasama persatuan PIBAGU telah membuat sebuah pondok sementara sebagai bilik tambahan untuk
mengatasi kesesakan kelas. Dalam tahun 1976, barulah Sk. Maraba mendapat sebuah lagi bangunan kerajaan
dengan dua bilik darjah dan boleh menampung empat kelas bercantum. Bilangan bilik darjah sebanyak tiga buah
itu belum dapat memenuhi keperluan ibubapa dan guru menjalankan peranannya dan terpaksa membina
sebuah lagi bilik tambahan dalam tahun 1979.

En. Ismail Md. Yassin merupakan guru yang pertama mengajar di Sk. Maraba dalam tempoh 1973-1979, beliau
telah memajukan Sk. Maraba dan mengadakan banyak aktiviti luar  dengan berteraskan persatuan ibubapa dan
guru. Dibawah pimpinannya, beliau telah menubuhkan persatuan ibubapa dan guru bagi kali pertama pada awal
tahun 1973 dengan pengerusinya Tuan Hj. Jahar Amba. Satu lagi projek yang berjaya dilaksanakan oleh
PIBAGU ialah pembinaan Taman Sains Pertanian dalam tahun 1976. Di Taman Sains ini berjenis-jenis binatang
dan tumbuhan yang dipelihara. Kegiatan Taman Sains ini agak merosot diakhir tahun 1978 kerana masalah
kewangan. Dalam tahun 1978 juga satu tugu peringatan telah didirikan.

Dalam tahun 1974, Sk. Maraba telah mendapat seorang guru tambahan iaitu Cik Marliah Mohamad. Menjelang
tahun 1981 seramai dua belas orang guru yang mengajar di Sk. Maraba. Guru Besar Sk. Maraba yang kedua
ialah En. Suhailin Hj. Abd. Rahman, dan mula menjalankan tugas pada awal tahun 1980. Sehingga tahun 2021
sekolah ini mempunyai bilik fizikal yang masih kurang lengkap kerana belum ada bilik sains, bilik akses, surau
dan dewan. Hanya mempunyai bangunan kantin yang sering digunapakai untuk sebarang aktiviti dan program
sekolah. Mempunyai tenaga pengajar seramai 13 orang termasuk Guru Besar dan seorang guru prasekolah.
Peta SK Maraba, Beaufort
Profil Sekolah

You might also like