Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

DEA 2332 / K07

KOLEJ VOKASIONAL KUCHING


SARAWAK

UNIT ELEKTRIK
KERTAS PENERANGAN
PROGRAM /
TEKNOLOGI ELEKTRIK
PROGRAMME
KOD KURSUS /
DEA 2332
COURSE CODE
SEMESTER /
02 (DUA)
SEMESTER
NAMA KURSUS /
SUPERVISORY ELECTRICAL WORK
COURSE NAME

STANDARD
KANDUNGAN / 07 MENYEDIAKAN LAPORAN KEMALANGAN
CONTENT STANDARD

Pelajar-pelajar akan boleh:

1 Menentukan jenis kemalangan mengikut OSHA.


2 Mengenalpasti mangsa atau saksi mengikut OSHA.
HASIL 3 Mengasingkan mangsa mengikut OSHA.
PEMBELAJARAN
KURSUS / 4 Menyediakan borang laporan mengikut OSHA.
COURSE OUTCOMES 5 Menyediakan data kemalangan dan laporan maklumat mengikut OSHA
6
Menentukan tempat, lokasi dan masa kemalangan mengikut OSHA.
7
Mengenal pasti jenis kecederaan mengikut OSHA.
8
Menyatakan sebab-sebab kecederaan mengikut OSHA.

NAMA PELAJAR /
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
STUDENT'S NAME

NO. KAD
………………………………………………………………………………………….
PENGENALAN /IC NO.

TARIKH / DATE ………………………………………………………………………………………….

TS LINANG ANAK ABI 1 / 6


DEA 2332 / K07

NAMA KURSUS SUPERVISORY ELECTRICAL WORK

STANDARD
07 MENYEDIAKAN LAPORAN KEMALANGAN
KANDUNGAN

PENERANGAN:

1. LAPORAN

1.1. DEFINISI LAPORAN

Merupakan dokumen/komunikasi secara bertulis yang digunakan untuk menyampaikan


maklumat/sesuatu maksud kepada pihak pengurusan, pelanggan atau kakitangan organisasi
yang lain.

1.2. TUJUAN LAPORAN

Penilaian ke atas penulis sebuah laporan dibuat berdasarkan kebolehan menulis dan menyusun
atur kandungan laporan , oleh itu , adalah penting untuk kita menyiapkan laporan tepat pada
masa yang telah ditetapkan.

Tujuan laporan boleh dibahagikan kepada 3 perkara yang utama seperti di bawah :

1. Menyampaikan informasi/maklumat tentang :-

 Sejarah atau latar belakang sesuatu perkara/isu.


 Proses, keadaan sesuatu perkara/isu.
 Penemuan / hasil sesuatu sesuatu perkara/kajian.

TS LINANG ANAK ABI 2 / 6


DEA 2332 / K07

2. Kajian kebolehlaksanaan memberi idea/perakuan

 Membuat penilaian tentang tahap pencapaian / kegagalan sesuatu perkara.


 Memberi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 Mengemukakan cadangan khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

3. Membuat keputusan / kesimpulan (rumusan membantu / meminta pihak ketiga


membuat keputusan)

 Proses sesuatu perkara / projek


 Menjelaskan sebab dan akibatnya
 Penemuan atau hasil sesuatu perkara/ kajian.

Maklumat dan data di dalam laporan akan digunakan untuk membuat keputusan yang penting
dalam sesebuah organisasi . Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa data di dalam laporan
adalah relevan kepada isu utama laporan , yang terkini, yang sahih, dalam bentuk yang sesuai
dan maklumat berdasarkan sumber yang boleh dipercayai , boleh dipastikan oleh sumber lain
serta dapat diperiksa semula kesahihan .

1.3. MENYUSUN MAKLUMAT DALAM LAPORAN

(a) Mengikut aliran masa


(b) Mengikut isu
(c) Mengikut susunan kepentingan

TS LINANG ANAK ABI 3 / 6


DEA 2332 / K07

2. KEMALANGAN

2.1. DEFINISI BAHAYA

Di mana sesuatu keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan atau Keadaan yang
mendatangkan gangguan kepada sesuatu aktiviti yang sepatutnya berjalan lancar akibat dari
kemalangan.

2.2. APAKAH KEMALANGAN

Sesuatu keadaan atau kejadian yang tidak disengajakan dan biasanya akan menyebabkan
kecederaan. Kemalangan akan mengakibatkan kecederaan pada mangsa dan kerosakan pada
harta benda. Biasanya sistem dan sikap pengurusan atau sikap kurang ambil peduli menjadi
puncanya.

2.3. TINDAKAN SEMASA KEMALANGAN

a) Tindakan Pantas mengenal pasti punca.


b) Memutuskan punca bekalan.
c) Mengalihkan mangsa ke tempat selamat.
d) Memeriksa kecederaan mangsa.
e) Menjalankan proses pertolangan cemas.
f) Mendapatkan bantuan dan menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjutan.
2.4. TINDAKAN SELEPAS KEMALANGAN

a) Menghadang tempat kemalangan saperti tali amaran BAHAYA.


b) Melaporkan kepada pihak pengurusan.
c) Melaporkan kepada Suruhanjaya Tenaga jika kemalangan Elektrik.
d) Melaporkan kepada pihak polis jika kecederaan parah/maut atau berkaitan dengan kanun
keseksaan.
e) Membuat laporan bertulis mengenai kemalangan tersebut.

TS LINANG ANAK ABI 4 / 6


DEA 2332 / K07

2.5. LAPORAN BERTULIS KEMALANGAN

Laporan bertulis mestilah lengkap serta jelas mengikut pemerhatian yang membuat laporan serta
fakta-fakta kes dari saksi-saksi kemalangan tersebut.

Bentuk Kandungan Laporan

1. Nama Mangsa:______________________________

2. Tarikh Berlaku :_____________________________

3. Masa Berlaku :______________________________

4. Tempat Kemalangan:_________________________

5. No.Mesin/Kenderaan Terlibat:_________________

6. Jenis Kemalangan:___________________________

7. Fakta-Fakta Kemalangan:_______________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

8. Nama Saksi Kemalangan:1._______________________ (No.K.P:_____________)

9. Nama Saksi Kemalangan:2._______________________ (No.K.P:_____________)

10. Nama Pelapor:_________________________________ (No.K.P:_____________)

(Jawatan) Tarikh:_________________

TS LINANG ANAK ABI 5 / 6

You might also like