Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KETIGA SESI 2022

SMK. METHODIST AYER TAWAR

Tarikh : 11 Januari 2023


Hari : Selasa
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Guru Kanan, SMK Methodist Ayer Tawar
Kehadiran : Pn. Lim Huey Jiuan, Pn. Sia Su Mei, Pn. Alia Bt Mohamad
Khalid, Pn. Amni Bt Ehsan, Cik Nursadatul Nessa Bt Ahmad
Cik Nursabirah Bt Idris, En. Nyanaseakaran

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan mengucapkan terima


kasih atas kehadiran dalam Mesyuarat Panitia BI Kali Ketiga tahun 2022.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cadangan Pengesahan : Pn. Alia Bt Mohamad Khalid


Sokongan Pengesahan : Pn. Sia Su Mei

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi mencadangkan agar guru-guru memanfaatkan baki PCG. Guru –


guru yang ingin membuat pembelian sama ada bahan bantu mengajar,
modul, buku rujukan atau cetakan modul dan latihan pada sebelum akhir
bulan November. Ketua panitia akan menyediakan nota minta dan
kemukakan kepada pengetua.

3.2 Pengerusi memaklumkan agar guru-guru dapat melakukan sesi


perbincangan melihat kepada analisis markah-markah PP pelajar, analisis-
analisis soalan-soalan lepas dan soalan-soalan percubaan negeri-negeri
lain selepas selesai menghabiskan silibus.

4.0 POST MORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2022


4.1 Pengerusi membentangkan keputusan Bahasa Inggeris iaitu peratus lulus
ialah 81.82% (99/114 pelajar) dengan GPMP 4.98
4.2 Pengerusi mengharapkan supaya guru yang mengajar dapat membantu
untuk meningkatkan lagi keputusan SPM yang bakal menjelang tiba. Sikap
pelajar yang tidak serius, kehadiran yang tidak memuaskan dan kurang

1
latihan kendiri juga merupakan faktor-faktor kemerosotan keputusan.
4.3 Pengerusi juga memaklumkan program-program yang akan dijalankan
adalah sejajar dengan program kecemerlangan sekolah dan masih
diteruskan.
5.0 PAT T4
5.1 PAT T4 telah dilaksanakan sebelum cuti Disember 2022.
5.2 Markah PAT T4 akan dimasuk dalam sistem SAPS. Tarikh tutup akan
dimaklumkan oleh S/U Peperiksaan.
5.3 Keputusan penuh PPT T4 akan dimaklumkan kemudian.
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Pengerusi juga mengingatkan agar guru-guru mengemaskini borang transit
dari semasa ke semasa dan diserahkan kepada ketua panitia untuk tujuan
perekodan pemantauan PBD.

6.2 Pengerusi mengingatkan bahawa program-program peningkatan


memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk meningkatkan
keputusan SPM.

6.3 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian semua guru
sepanjang mesyuarat diadakan.

Mesyuarat Panitia BI Kali Ketiga 2022 ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

NURSABIRAH BINT IDRIS LIM HUEY JIUAN


Ketua Panitia Bahasa Inggeris Guru Kanan Bahasa
SMK Methodist Ayer Tawar SMK Methodist Ayer Tawar

You might also like