Mesyuarat Bidang Bahasa Pertama 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK METHODIST AYER TAWAR

MINIT MESYUARAT BIDANG BAHASA KALI 1 2023/2024


Tarikh : 16.3.2023
Hari : Khamis
Masa : 1.00 tgh
Tempat : War Room
Kehadiran: 1. Pn Lim Huey Jiuan (Pengerusi - GK Bahasa)
2. Datin Noor Arita bt Ismail (PK HEM)
3. Pn Rosnita bt Ismail (KP BM)
4. Cik Nursabirah bt Idris (KP BI)
5. En Ramakrishnan a/l Appadoo (KP BT)
6. Tn Hj Abdul Rahman b Hamid
7. Pn Wan Ruziana bt Ramli
8. En Rafizan b Mohamed Zain
9. Pn Sia Su Mei
10. Pn Nurul Amni bt Ehsan
11. Pn Nur Kamilah bt Mohamad Kamal
Turut hadir: Tn Hj Hassan b Abd Ghafor (PK Pentadbiran)
Tidak hadir : 1. Pn Alia bt Mohamad Khalid
2. En Nyanaseakaran a/l Sivaratnam

1. Ucapan Aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli bidang kerana dapat menghadiri
mesyuarat bidang bahasa untuk sesi persekolahan 2023/2024 dan mengalu-alukan
kedatangan Ketua Panitia Bahasa Tamil yang baharu, En Ramakrishnan a/l Appadoo.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli bidang kerana melaksanakan
program yang dirancang bagi tahun 2022 dengan jayanya.

Tindakan : Makluman

2. Dasar Kurikulum

2.1 Semua guru dimohon merujuk kepada Buku Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
2023/2024 untuk dasar kurikulum serta agenda mesyuarat kurikulum kali-1 2023/2024.

Tindakan : Semua guru

3. Persediaan Rekod Mengajar (RPT/RPH/CIDS)

3.1 Pengerusi menjelaskan bahawa RPT mesti merangkumi tajuk utama dan
anggaran masa (bilangan minggu dan tarikh). Disyorkan guru-guru berbincang sesama guru
yang mengajar tingkatan yang sama dan penyelaras tingkatan boleh menyediakannnya.
3.2 Sukatan pelajaran bagi Tingkatan 5 perlu dihabiskan pada pertengahan Oktober, Tingkatan 4
pada akhir November manakala sukatan pelajaran bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 perlu dihabiskan
pada awal Disember.
3.3 Rancangan pelajaran harian disediakan menggunakan CIDS mengikut ketetapan yang
dinyatakan dalam mesyuarat kurikulum.
Tindakan : Semua guru

4. Pdpc/BBM/Pemulihan/Pengayaan

4.1 Guru boleh mencadangkan BBM yang diperlukan semasa mesyuarat panitia untuk
dimasukkan dalam anggaran belanjawan PCG panitia.
4.2 Program Pemulihan 2M dikehendaki bermula seawal yang boleh sebaik sahaja murid telah
dikenalpasti untuk semua tingkatan. Senarai murid tersebut akan diberikan kepada KP BM
dan KP akan serahkan satu salinan diberikan kepada Pengetua dan Guru Kanan.

Tindakan : Semua guru

5. Pentaksiran dan Peperiksaan

5.1 Jadual penggubal soalan ujian dan peperiksaan akan disediakan oleh Ketua Panitia.
5.2 PBD haruslah dilaksanakan sepanjang tahun dan direkodkan dalam Borang Transit
berdasarkan Standard Prestasi (dalam DSKP) bagi semua tingkatan dengan menandakan / bagi
Standard Prestasi yang telah dikuasai.
PBD perlu dilaporkan menggunakan templat pelaporan dua kali setahun. Penjaminan kualiti PBD
(4P) akan dijalankan oleh GK dan KP(Pementoran, Pemantauan, Pengesanan) serta penyelaras
tingkatan(untuk Penyelarasan) bagi panitia berkenaan. Bagi pemberian TP6, guru perlu ada eviden
yang relevan (rujuk DSKP). Elakkan pemberian TP1 dan TP2 kecuali bagi murid yang belum
menguasai 2M dan sediakan eviden.

Tindakan : Semua guru

6. Program Peningkatan Akademik (Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan SPM)

6.1 Panitia masing-masing akan membincangkan program peningkatan akademik semasa


mesyuarat panitia dan menyediakan laporan (OPR) bagi aktiviti yang dijalankan.

Tindakan : Semua guru

7. Pemantauan (pencerapan pdpc dan penyemakan buku latihan)

7.1 Pengerusi meminta semua guru merujuk kepada Buku Pengurusan Sekolah untuk jadual
pencerapan pdpc dan penyemakan buku latihan.
Tindakan : Semua guru

8. Takwim Sekolah

8.1 Cadangan pelaksanaan Karnival/Minggu Bahasa (BM dan BI) adalah pada 8 hingga 12 Mei
2023 dan akan dianjurkan bersama-sama Panitia BM dan BI. Majlis pelancaran Karnival Bahasa
dicadangkan diadakan pada 10 Mei(Rabu) waktu perjumpaan kokurikulum.
8.2 Aktiviti yang akan diadakan sepanjang karnival ini akan dibincang oleh panitia masing-
masing. Kertas kerja berasingan akan disediakan oleh KP BM dan BI menggunakan peruntukan PCG.

Tindakan : Semua guru BM dan BI


9. Program TS25

9.1 Aktiviti TS25 harus dijalankan seperti yang dinyatakan dalam mesyuarat kurikulum contohnya
penulisan OB dan KK di papan putih kelas, Learning Walk, PBL dan sebagainya.

Tindakan : Semua guru


10. Hal-hal lain

10.1 Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti Sudut Pidato (Speaker’s Corner) untuk
meningkatkan kemahiran pengucapan awam murid dijalankan menggunakan masa pdpc. Guru
diminta menyediakan sekurang-kurang satu laporan bagi setiap kelas yang diajar dan diserahkan
kepada GK. Diharap aktiviti ini juga dapat meningkatkan tahap penguasaan BI murid dan merupakan
satu aktiviti “Highly Immersive Programme” (HIP) sekolah.
10.2 Pengerusi menyampaikan pesanan Pengetua untuk mengadakan aktiviti meningkatkan
kemahiran menulis murid bagi BM, BI dan BT semasa waktu Ganti Tetap, selain daripada program
NILAM yang juga boleh dijalankan. Murid boleh menulis berkaitan pengalaman, perasaan serta
perkara yang ingin disampaikan secara ringkas, lebih kurang 50 patah perkataan. Guru bahasa hanya
dikehendaki melihat sepintas lalu penulisan murid untuk memberi maklumbalas dan pengukuhan
kepada mereka. Cadangan program ini dinamakan Program Coretan Hati(Personal Diary).
10.3 Pengerusi meminta setiap panitia menjalankan sekurang-kurang dua kali PLC setahun dan
laporan OPR disediakan.
Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 ptg.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................... ...........................................
(PN WAN RUZIANA BT RAMLI) ( PN LIM HUEY JIUAN )
Setiausaha Bidang Bahasa Guru Kanan Bahasa
SMK Methodist, Ayer Tawar. SMK Methodist, Ayer Tawar.

You might also like