Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEMPOH :

NOVEMBER – DISEMBER 2021


ANJURAN :
KELAS PPKI SK LADANG MUTIARA
KERTAS KERJA

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah


kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau
kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga
dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan
ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah.

2.0 RASIONAL
Projek Sekolahku Indah ini dijalankan berhasrat menjadikan kelas PPKI sebagai
organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria dan
berseri. Persekitaran yang bersih dan sihat akan memberangsang suasana pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.

3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik
secara tidak langsung di sekolah.
3.2 Menjadikan suasana bangunan dan persekitaran kawasan kelas PPKI
supaya lebih efektif dan kondusif bagi meningkatkan keberkesanan P&P di
sekolah.
3.3 Meningkatkan kemudahan prasarana sekolah.
3.4 Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah dalam kalangan
murid – murid PPKI
3.5 Mengalakkan kehadiran murid ke sekolah secara maksimun
4.0 OBJEKTIF

4.1 Menjadikan kawasan persekitaran PPKI sebagai kawasan yang cantik dan
indah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.
4.6 Meningkatkan minat murid – murid PPKI untuk hadir ke sekolah
4.7 Memupuk minat murid – murid untuk menjaga dan meningkatkan keceriaan
sekolah.

5.0 NAMA PROGRAM


Projek Sekolahku Indah

6.0 ANJURAN
Guru PPKI

7.0 TARIKH
01 November – 30 Disember 2021

8.0 TEMPAT
Kawasan Persekitaran Kelas PPKI.

9.0 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN :


i. Pembinaan kolam ikan
ii. Menaik taraf pondok tanaman bunga

10.0 ORGANISASI
Penasihat : En Azizul Azihan bin Mahmud ( Guru Besar)
Pengerusi 1 : En Ahmad Hasif bin Mohammad
Setiausaha : En Amirul Firdaus bin Kamaruddin
Ajk : En Sufian bin Hashim
: Cik Nooreha binti Abdul Rahman
: En Amirul Azim bin Pusairi
: En Selamat Fauzi bin Samsuni

11.0 SUMBER KEWANGAN


Sumbangan daripada pihak luar

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Unit Perbelanjaan


1 Pasir putih I tan RM 400
2 Simen RM20 x 10 RM200
3 Kain Kanvas 1 RM 100
4 Kayu RM 10 X 20 RM 200
5 Simen Gam RM 15 x 4 RM 60
6 Plastik Jernih 1 RM 40
7 Dawai Besi (112” x 112”) 45 Meter RM 180
8 Besi RM10 X 10 RM 100
9 Cat Kolam RM 40 x 2 Rm 80
10 Batu Hiasan RM 80 x 2 RM160
11 Batu bata RM 3 X 30 RM 90
Jumlah RM 1610.00
13.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan. Sesungguhnya kejayaan Projek Sekolahku Indah peringkat sekolah
yang dirancang ini bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada
semua pihak yang terlibat. Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan
program ini. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan
kelulusan pihak Tuan.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

……………………………………………….
(AMIRUL FIRDAUS BIN KAMARUDDIN )
Setiausaha,
Projek Sekolahku Indah
SK Ladang Mutiara

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

You might also like